46202818 laporan tahunan bidang kurikulum tahun 2010 final

10
Laporan Tahunan Bidang Kurikulum Tahun 2010 Program Peningkatan Pencapaian Akademik Secara umum, program utama yang menjadi asas kepada usaha semua guru di SMK. Narinang untuk meningkatkan pencapaian akademiknya ialah: i) Program Headcount semua tingkatan. ii) Program Menganalisis pencapaian pelajar setiap kali peperiksaan /ujian topikal /Program Excel diadakan. Antara bentuk analisa yang dilakukan ialah analisis item dan analisis penguasaan pelajar bagi setiap mata pelajaran. iii) Merancang strategi untuk menangani isu yang dikesan berdasarkan analisa yang yang dilakukan. Program ini melibatkan panitia mata pelajaran, Guru Kanan Bidang dan pihak pentadbir. Ketiga-tiga program utama ini adalah selaras dengan perancangan strategik sekolah serta usaha- usaha yang telah dinyatakan untuk mencapai tiga objektif utama School Improvement Program (SIP). Tiga Objektif Utama Peningkatan Akademik School Improvement Program (SIP) Objektif KPI 2009 2010 2011 2012 1.1 - Meningkatkan pencapai pelajar dalam peperiksaan PMR. Meningkatkan peratus lulus dan meningkatkan kualiti pencapaian pelajar berdasarkan peningkatan kualiti GPS 61.2% GPS 2.99 GPS. 2.94 GPS 2.89 GPS 2.84 1.2 Meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM Meningkatkan peratus lulus dan meningkatkan kualiti pencapaian pelajar berdasarkan peningkatan kualiti GPS 99.61% GPS 5.57 GPS 5.52 GPS 5.47 GPS 5.42 1.3 - Meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan STPM. Pencapaian 100% kelulusan menjelang Tahun 2011 dengan PNGK 2.25 PNGK 2.14 PNGK 2.21 PNGK 2.25 PNGK 2.30 Program Peningkatan Akademik Standard Antara strategi standard yang telah dilakukan oleh semua panitia mata pelajaran dan telah dilaksanakan sepanjang tahun 2010 untuk meningkatkan pencapaian akademik dalam peperiksaan awam adalah seperti berikut: i) Program kelas tambahan bertujuan membolehkan guru menghabiskan sukatan pelajaran mengikut takwim yang telah dirancang. ii) Program latih tubi bertujuan membiasakan para pelajar dengan format soalan sebenar serta melatih pelajar agar dapat memenuhi kehendak soalan. iii) Program motivasi untuk mempersiapkan pelajar dalam aspek mental untuk menghadapi cabaran menghadapi peperiksaan. iv) Pendedahan mengenai teknik menjawab mengikut mata pelajaran bertujuan memantapkan kefahaman dan kecekapan pelajar untuk menjawab mengikut kehendak soalan. v) Membuat kajian tindakan untuk mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai kekuatan dan kelemahan serta mencari penyelesaian berkaitan dengan isu-isu yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. vi) Program Pecutan Terakhir – Program berbentuk latih tubi selepas Peperiksaan Percubaan /Excel 2 menggunakan soalan-soalan bertaraf peperiksaan dari pada sekolah-sekolah berwibawa seperti MRSM, SBP serta peperiksaan yang dikendalikan oleh Jabatan Pelajaran Negeri lain.

Upload: norliza-sapatanoh

Post on 26-Oct-2015

42 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

EDUCATION

TRANSCRIPT

Page 1: 46202818 Laporan Tahunan Bidang Kurikulum Tahun 2010 Final

Laporan Tahunan Bidang Kurikulum Tahun 2010

Program Peningkatan Pencapaian Akademik Secara umum, program utama yang menjadi asas kepada usaha semua guru di SMK. Narinang

untuk meningkatkan pencapaian akademiknya ialah:i) Program Headcount semua tingkatan.ii) Program Menganalisis pencapaian pelajar setiap kali peperiksaan /ujian topikal /Program

Excel diadakan. Antara bentuk analisa yang dilakukan ialah analisis item dan analisis penguasaan pelajar bagi setiap mata pelajaran.

iii) Merancang strategi untuk menangani isu yang dikesan berdasarkan analisa yang yang dilakukan. Program ini melibatkan panitia mata pelajaran, Guru Kanan Bidang dan pihak pentadbir.

Ketiga-tiga program utama ini adalah selaras dengan perancangan strategik sekolah serta usaha-usaha yang telah dinyatakan untuk mencapai tiga objektif utama School Improvement Program (SIP).

Tiga Objektif Utama Peningkatan Akademik School Improvement Program (SIP)

Objektif KPI 2009 2010 2011 20121.1 - Meningkatkan pencapaipelajar dalam peperiksaan PMR.

Meningkatkan peratus lulus danmeningkatkan kualiti pencapaianpelajar berdasarkan peningkatankualiti GPS

61.2%GPS 2.99

GPS. 2.94

GPS 2.89

GPS 2.84

1.2 Meningkatkan pencapaianpelajar dalam peperiksaan SPM

Meningkatkan peratus lulus danmeningkatkan kualiti pencapaianpelajar berdasarkan peningkatankualiti GPS

99.61%GPS 5.57

GPS 5.52

GPS 5.47

GPS 5.42

1.3 - Meningkatkan pencapaianpelajar dalam peperiksaanSTPM.

Pencapaian 100% kelulusanmenjelang Tahun 2011 denganPNGK 2.25

PNGK2.14

PNGK2.21

PNGK2.25

PNGK2.30

Program Peningkatan Akademik Standard

Antara strategi standard yang telah dilakukan oleh semua panitia mata pelajaran dan telah dilaksanakan sepanjang tahun 2010 untuk meningkatkan pencapaian akademik dalam peperiksaan awam adalah seperti berikut:i) Program kelas tambahan bertujuan membolehkan guru menghabiskan sukatan pelajaran

mengikut takwim yang telah dirancang.ii) Program latih tubi bertujuan membiasakan para pelajar dengan format soalan sebenar serta

melatih pelajar agar dapat memenuhi kehendak soalan.iii) Program motivasi untuk mempersiapkan pelajar dalam aspek mental untuk menghadapi

cabaran menghadapi peperiksaan.iv) Pendedahan mengenai teknik menjawab mengikut mata pelajaran bertujuan memantapkan

kefahaman dan kecekapan pelajar untuk menjawab mengikut kehendak soalan.v) Membuat kajian tindakan untuk mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai kekuatan dan

kelemahan serta mencari penyelesaian berkaitan dengan isu-isu yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

vi) Program Pecutan Terakhir – Program berbentuk latih tubi selepas Peperiksaan Percubaan /Excel 2 menggunakan soalan-soalan bertaraf peperiksaan dari pada sekolah-sekolah berwibawa seperti MRSM, SBP serta peperiksaan yang dikendalikan oleh Jabatan Pelajaran Negeri lain.

Page 2: 46202818 Laporan Tahunan Bidang Kurikulum Tahun 2010 Final

vi) Pemberian insentif seperti hadiah khas jika mencapai 7A dalam Peperiksaan PMR, 9/10A dalam Peperiksaan SPM, 4A/5A untuk Peperiksaan STPM serta kupon yang boleh ditunaikan di kantin jika mencapai sasaran dalam program headcount sekolah.

Program-program standard yang dinyatan di atas dirangka dengan matlamat untuk meningkatkan pencapaian pelajar secara menyeluruh dari segi kualiti dan kuantiti. Oleh sebab itu bermula pada tahun ini penekanan telah dibuat untuk menangani fenomena near miss cemerlang dan near miss lulus khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia kerana ianya merupakan penentu kepada peningkatan dalam pencapaian pelajar di dalam peperiksaan SPM.

Lain-lain Program Peningkatan Akademika) Mengadakan perkongsian pintar dengan membawa masuk guru-guru cemerlang /guru

berpengalaman dari sekolah lain untuk memantapkan pengetahuan /pengalaman guru di sekolah ini. Ini penting bagi mata pelajaran yang baru ditawarkan seperti Pengajian Perniagaan.

b) Program near miss cemerlang dan near miss lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Program ini telah dibuat dalam dua fasa.

i) Fasa Pertama – Program dikendalikan oleh guru mata pelajaran masing-masing yang diintergrasikan dalam masa pengajaran dan pembelajaran menggunakan modul khas yang dihasilkan oleh Encik Juilis Mokujal (GC).

ii) Fasa Kedua – Pelajar dikumpulkan mengikut kategori masing-masing (kategori near-miss cemerlang dan kategori near-miss lulus) dalam satu program selama satu sesi persekolahan dan dikendalikan khas oleh Encik Juilis Mokujal (GC) dengan bantuan guru-guru Bahasa Malaysia yang lain menggunakan modul khas yang bersesuaian dengan tahap pelajar.

c) Aktiviti-aktiviti sokongan mata pelajaran seperti lawatan sambil belajar serta aktiviti-aktiviti sempena bulan jabatan seperti yang telah dilaksanakan oleh Panitia Ekonomi Asas, Panitia Sains Pertanian dan Panitia Geografi.

Pencapaian Pelajar Tingkatan 5 Berdasarkan Peratus Lulus

0

20

40

60

80

100

120

Semester 1 65 53.1 33.6 37.1 40.2 79.8

Excel 2 73.1 59.8 39.7 47.7 41.9 81.1

Sasaran 2010 98.8 76.2 86.2 93.2 83.1 94.3

BM BI MT Sn SJ PM

Graf 1: Pencapaian pelajar secara perbandingan dalam 6 mata pelajaran teras Tingkatan 5, Semester 1 dengan Excel 2/Percubaan Serta Sasaran Bagi Tahun 2010

Page 3: 46202818 Laporan Tahunan Bidang Kurikulum Tahun 2010 Final

0

50

100

150

Semester 1 92.3 71.9 10 0 40 60

Excel 2 73.3 15.6 13.8 100 57.1 60

Sasaran 2010 84.6 100 100 80 93.3 83.3

ICT AddSn Pak Tw rIs PAI Muzik

Graf 2: Pencapaian pelajar secara perbandingan dalam mata pelajaran Elektif Tingkatan 5, Semester 1 dengan Excel 2/Percubaan Serta Sasaran Bagi Tahun 2010

Graf 3: Pencapaian pelajar secara perbandingan dalam mata pelajaran Elektif Tingkatan 5, Semester 1 dengan Excel 2/Percubaan Serta Sasaran Bagi Tahun 2010

0

100

200

Semester 1 77.4 16.4 72.7

Excel 2 22.6 16.4 50.9 8.2

Sasaran 2010 100 100 100 88.5

Fiz Kim Bio AddMath

Graf 4: Pencapaian pelajar secara perbandingan dalam mata pelajaran Sains Tingkatan 5, Semester 1 dengan Excel 2/Percubaan serta sasaran bagi tahun 2010

0

50

100

150

Semester 1 72.5 92.4 15 32.5 23.5 79.4 63.4

Excel 2 85 98.9 35 40 14.3 70.6 80.5

Sasaran 90 96.8 100 65 97.2 80 100

GF PSV LKJ SPtn PDG EA ERT

Page 4: 46202818 Laporan Tahunan Bidang Kurikulum Tahun 2010 Final

Jadual 1: Analisa Pencapaian Pelajar Tingkatan 5 Berdasarkan Peratus Penguasaan Pelajar Secara Perbandingan Dalam Peperiksaan Semester 1 dan Excel 2

Ba

has

a M

ela

yu

Ba

ha

sa I

ng

ge

ris

Ma

tem

ati

k

Se

jara

h

Pe

n.

Mo

ral

PA

I

PJ

K

PS

K

Sai

ns

Ad

d M

ath

Ph

ysic

Ch

em

istr

y

Ad

d.

Sci

en

ce

Semester 1 46.4 39.2 36 35.8 55.1 37.4 63.8 63.3 34.2 16 47.7 26.3 53.2Excel 2 49.1 45.1 39.3 35.9 58.6 43.2 Nil Nil 37.4 14.8 33.7 30.8 29

Bio

log

y

ICT

Pri

ns

ip A

ka

un

Ek

on

om

i A

sas

Sa

ins

Su

kan

Sai

ns

Pe

rta

nia

n

Ge

og

rafi

PS

V

Per

da

ga

ng

an

Ta

saw

wu

r Is

lam

ER

T

LK

J

Mu

zik

Semester 1 46.6 57.5 23.5 45 48.8 34 54 50.5 35.8 35 43.4 27.3 46.5Excel 2 43 47.7 30 43.1 49.9 33 54 55.9 34 54 49.4 27.2 49

Berdasarkan rekod di atas, jika dinilai dari aspek peratus penguasaan didapati bahawa 53.8% atau sebanyak 14 mata pelajaran menunjukkan peningkatan ketara berbanding 34.61% atau 9 mata pelajaran merekodkan penurunan. Selain itu satu mata pelajaran iaitu Geografi mengekalkan peratus penguasaannya manakala 2 mata pelajaran tidak dapat dibuat perbandingan kerana tidak ada data.

Peningkatan peratus penguasan dalam kebanyakan mata pelajaran banyak dibantu oleh program-program panitia yang telah mereka laksanaka seperti yang dijelaskan dalam jadual berikut:

Mata Pelajaran Program Yang Telah Dilaksanakan Oleh Panitia Mata Pelajaran

Bahasa Melayu a. Bengkel teknik menjawab soalan SPMb. Ceramah Motivasi SPMc. Latih tubi menjawab soalan moduld. Program Bulan Bahasa Melayu dan Kemerdekaan

(Pertandingan Penghasilan Karya)e. Program Near Miss Cemerlang dan Near Miss Lulus

Bahasa Inggeris a. English Month (Mac)b. Action Research by English Teachersc. 1 Teacher 1A Programmed. Answering Techniques –SPMe. Latih Tubi SPM

Sejarah a. Penggunaan Courseware Sejarahb. Latih tubic. Penggunaan soalan-soalan dari sekolah berwibawa seperti

MRSM dan SBP

Page 5: 46202818 Laporan Tahunan Bidang Kurikulum Tahun 2010 Final

Pendidikan Moral a. Latih tubi berdasarkan soalan-soalan SPM tahun sebelumnya.

b. Buku latihan khas untuk aktiviti lanjutan (Kerja Rumah).c. Mengedarkan nota nilai-nilai dan definisi nilaid. Perbincangan profesional guru-guru PM untuk

meningkatkan kaedah penyampaian dan keberkesanan pnp. Matematik a. Analisis item – mengenalpasti tajuk /bab yang sukar

b. Teknik menjawab kertas 1 dan kertas 2c. Pendedahan kepada soalan-soalan mirip peperiksaan

sebenard. Program pengukuhan pelajar near misse. Klinik matematik kepada pelajar lemah (asas) oleh guru

mata pelajaran.Sains Sukan a. Program Latih Tubi

b. Aktiviti Praktikal di luar kelas (padang, gelanggang, mini gim)

c. Kelas TambahanPendidikan Muzik a. Folio Tingkatan 4 dan Tingkatan 5

b. Latihan dalam kelas menggunakan Buku Kerja Muzik yang berkualiti dan mengikut aras.

c. Pemeriksaan nota pelajar dan latihan secara berterusan.d. Latih tubi soalan-soalan subjektif.e. Latihan praktikal di luar jadual.

Tasawwur Islam a. Latih tubi soalan-soalan percubaan dari negeri lain (Perak, Kelantan, Melaka dan Pahang).

b. Perbincangan terbuka antara pelajar senior (Tingkatan 5) dengan junior (Tingkatan 4).

c. Program Kerja Rumah Semasa Cuti – Permuafakatan (KRSC-P).

Jadual 2: Program-program Peningkatan Akademik Tingkatan 5 Kendalian Panitia Mata Pelajaran

Di sebalik usaha-usaha yang telah dilaksanakan, beberapa mata pelajaran didapati masih berada di bawah tahap yang diharap-harapkan. Berikut adalah faktor-faktor penurunan peratus pencapaian bagi mata pelajaran yang mencatatkan penurunan.

Mata Pelajaran Faktor Penurunan PencapaianAdditional Science a. Pelajar kurang bahan rujukan kerana penerbit tidak banyak

menerbitkan buku-buku berkaitan mata pelajaran ini.b. Guru matra pelajaran tidak berjaya mendapatkan koleksi

soalan latih tubih dalam pasaran.c. Pelajar kurang berusahan dan suka membuat persediaan di

saat-saat akhir.d. Penggredan sekolah yang berbeza dengan penggredan

SPM.Physic a. Soalan peperiksaan yang terlalu sukar terutama soalan

program Excel.b. Soalan didapati tidak menepati standard peperiksaan SPM

yang mana terdapat penggunaan istilah physic yang kurang sesuai.

Page 6: 46202818 Laporan Tahunan Bidang Kurikulum Tahun 2010 Final

c. Terdapat soalan (Program Excel) yang kurang jelas dan mengelirukan.

d. Pelajar kurang bersedia.Jadual 3: Faktor-faktor Penurunan Pencapaian Pelajar Tingkatan 5 Bagi Mata pelajaran Yang Menurun

Satu cabaran yang belum diatasi sepenuhnya ialah kecenderungan pelajar yang tidak begitu melihat program Excel sebagai sama penting dengan ujian yang ditadbir oleh sekolah sepenuhnya. Bersadarkan maklumbalas guru-guru didapati bahawa ramai pelajar yang kurang berusaha dalam peperiksaan Excel oleh kerana mengharapkan adanya peperiksaan sekali lagi yang ditadbir sepenuhnya oleh guru-guru mereka. Persepsi ini banyak mempengaruhi pencapaian pelajar serta keberkesanan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh guru-guru. Selain itu terdapat juga rungutan di pihak guru mengenai kualiti kertas soalan Excel yang mengandungi banyak kelemahan seperti mengandungi banyak kesilapan serta penggunaan istilah yang jarang-jarang digunakan dalam kertas peperiksaan biasa. Walau bagaimanapun, bancian yang dilakukan oleh Pejabat Pelajaran Daerah menunjukkan kebanyakan guru SMK Narinang bersetuju Excel dikekalkan.

Walau bagaimanapun, berdasarkan analisa peratus penguasaan ini terdapat petanda jelas trend peningkatan yang kita harapkan akan berterusan dalam peperiksaan sebenar. Saya yakin, berdasarkan pengalaman yang lalu, dan jika disandarkan dengan usaha-usaha yang kita telah jalankan sepanjang tahun ini, pencapaian pelajar akan lebih baik dalam peperiksaan sebenar. Ini kerana keputusan peperiksaan ini belum menggambarkan usaha keseluruhan guru oleh kerana kita belum melihat hasil di bawah program ‘Pecutan Terakhir’ yang telah dijalankan selepas Peperiksaan Percubaan /Program Excel 2.

Program Kendalian Guru Kanan Bidang Tahun 2010Bidang Kemanusian

Bil Aktiviti Catatan1 Menyemak/memeriksa Buku Rekod Mengajar 11 orang guru, Jan-Nov, 20102 Mesyuarat Jabatan Kemanusiaan 2 kali3 Mengikuti mesyuarat Panitia 3 kali: Sejarah, Geografi, Sivik

dan Kenegaraan4 Mencerap guru di bawah Jabatan Kemanusiaa 11 kali5 Memeriksa stor PJK & Sains Sukan 1 kali6 Memeriksa Bilik Muzik 2 kali7 Mengadakan Kursus Skema Pemarkahan 2 kali Pendidikan Moral & Sejarah

SPM8 Perbincangan Strategi PMR Geografi & Sejarah 2 kali9 Memastikan Panitia menyiapkan analisis keputusan

peperiksaan2 kali - Semester 1, Excel 1 @ 2

10 Memantau P & P sidang petang 4 kali11 Merancang dan memantau P & P khas pelajar-pelajar

Islam SPM2 kali

Page 7: 46202818 Laporan Tahunan Bidang Kurikulum Tahun 2010 Final

Bidang Sains dan MatematikBil Aktiviti Catatan1 Menyemak/memeriksa Buku Rekod Mengajar 16 orang guru pagi sahaja,

petang 14 orang guru buku rekod diperiksa oleh penyelia petang ( Jan-Nov, 2010)

2 Mesyuarat Jabatan Sains dan Matematik 2 kali3 Mengikuti mesyuarat Panitia 2 kali: Sains, Matematik,

Kimia, Biologi, Sains Tambahan dan Fizik(penyelarasan sahaja dibuat)

4 Mencerap guru di bawah Jabatan Sains Matematik 4 kali (pagi), 6 kali Petang 5 Memeriksa stor PPSMI 2 kali6 Memeriksa makmal Sains 4 kali7 Mengadakan Kursus Skema Pemarkahan 1 kali Sains dan Matematik-PMR,

SPM (Kemuanya dijalankan minggu pertama hingga minggu ke empat saptember 2010.

8 Perbincangan Strategi PMR Sains dan Matematik 4 kali Matematik(cg. Albert), 2 Sains (cg. Jerry)

9 Memastikan Panitia menyiapkan analisis keputusan peperiksaan

2 kali - Semester 1, Excel 1 @ 2

10 Memantau P & P sidang petang 8 kali Termasuk menyemak penghantaran nota dan latihan pelajar

11 Merancang dan pengendalian PBS-Mata pelajaran Sains, Bio, Fizik dan Kimia

3 kali – Prapersediaan, Pengendalian, dan pemasukkan markah untuk pelajar calon SPM

12 Pemantauan penggunaan alat bantu P & P 4 Periksa Penggunaan rekod penggunaan

13 Penggunaan makmal oleh guru-guru Sains 6 kali (Jan-Sept 2010)14 Penggunaan peralatan makmal oleh guru-guru sains 10 kali ( Rujukan borang

pesanan alat) 15 Pemeriksaan fail panitia 2 kali (setiap kali mesyuarat)

Bidang BahasaBil Aktiviti Catatan1 Menyemak /Memeriksa Buku Rekod Mengajar 10 Orang Guru2 Mesyuarat Jabatan Bahasa 3 Kali3 Mengikuti Mesyuarat Panitia Panitia Bahasa Melayu 2 Kali4 Mencerap guru di bawah Jabatan Bahasa 8 Kali5 Memeriksa Bilik Bahasa Melayu dan SAL 4 Kali6 Memantau P&P Sidang Petang 3 Kali7 Program /Aktiviti Lain Jabatan

a. Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayub. Seminar Teknik Menjawab Bahasa Inggeris

Page 8: 46202818 Laporan Tahunan Bidang Kurikulum Tahun 2010 Final

c. Bengkel Memeriksa Kertas Bahasa Melayu SPMd. Bulan Bahasae. Aktiviti ‘Pecutan Terakhir’ untuk pelajar-pelajar

Tingkatan 5

Bidang Teknik dan Vokasional Bil Aktiviti Catatan1 Menyemak/memeriksa Buku Rekod Mengajar 6 orang2 Mesyuarat Jabatan Teknik Dan Vokasional 2_____kali3 Mengikuti mesyuarat Panitia 2 kali -Panitia KH & LKJ4 Mencerap guru di bawah Jabatan Teknik& Vokasional 7 kali5 Memeriksa stor KH 5 kali6 Memeriksa Bilik Komputer

Memeriksa bilik ERTMemeriksa tapak kebun Pertania

3 kali6 kali2 kali

10 Memantau P & P sidang petang 6 kali11 Program /Aktiviti lain

a. Contoh: Bengkel /Seminar Teknik Menjawabb. Lawatan sambil belajarc. Bulan Teknik & Vokasional

7 kali1 kali. (Ekonomi Asas)1 kali

Cabaran Guru dan Aspek Yang Memerlukan Penambahbaikan Sepanjang Tahun 2010

Di sebalik usaha semua pihak khususnya Jawatan Kuasa Kurikulum dan guru-guru yang bertanggungjawab menterjemahkan perancangan strategik sekolah, masih banyak ruang yang boleh ditambah baik pada masa hadapan. Antara yang penting diberikan perhatian ialah mengenai keperluan latihan. Semua pihak yang terlibat perlu merancang bersama bentuk latihan yang perlu untuk semua guru sama ada guru-guru senior mahupun guru-guru junior. Guru-guru junior perlu dimantapkan dengan realiti sebenar dunia pendidikan manakala guru-guru senior perlu bersedia membimbing guru-guru junior agar dapat bersama-sama melonjakkan pencapaian di sekolah ini. Selain itu guru-guru senior juga perlu meneruskan pendidikan sepanjang hayat supaya tidak ketinggalan dengan perubahan kurikulum dan ilmu-ilmu semasa. Pengetahuan yang dipelajari 15 tahun di maktab atau universiti tentunya tidak dapat dijadikan modal ilmu selama-lamanya. Oleh itu guru-guru yang ada di sekolah ini dalam kategori ini perlulah proaktif meningkatkan pengetahuan agar kekal relevan dengan perubahan kurikulum yang telah dilaksanakan serta tuntutan negara.

Sehubungan itu Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) perlu dirancang dengan baik. Penggunaan Analisis Keperluan mungkin boleh digunakan sebagai instrumen untuk menentukan bentuk latihan yang diperlukan guru supaya ianya dapat disisih mengikut prioriti. Dalam hal ini input dari semua guru adalah penting supaya latihan yang benar-benar diperlukan oleh guru dapat diperolehi. Menurut maklumbalas daripada guru-guru, latihan-latihan berbentuk perkaedahan dan kemahiran menggunakan teknologi maklumat merupakan pilihan utama guru-guru. Saya percaya dengan perancangan teliti, lebih banyak program latihan berkualiti yang dilaksanakan akan menjadi realiti pada tahun-tahun akan datang.

Anggota Jawatan Kuasa Kurikulum khususnya Panitia Mata Pelajaran juga perlu memainkan peranan dengan lebih proaktif. Berdasarkan laporan awal panitia pelajaran, selain daripada panitia Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu serta sebilangan kecil panitia lain, didapati masih terlalu kurang bermesyuarat secara formal. Terdapat panitia mata pelajaran pada tahun 2010 yang hanya melaporkan sekali mengadakan perbincangan /mesyuarat formal. Saya percaya, perbincangan profesional dalam kalangan panitia boleh menjadi penentu kepada kejayaan panitia mata pelajaran.

Page 9: 46202818 Laporan Tahunan Bidang Kurikulum Tahun 2010 Final

Perbincangan formal membolehkan perancangan dapat dibuat dengan teliti serta dapat dipantau pelaksanaannya. Oleh sebab itu, jadual mesyuarat pada tahun 2011 telah dimasukkan dalam takwim induk sekolah agar panitia dapat diingatkan untuk melakukan mesyuarat masing-masing.

Perbelanjaan Peruntukan PCG semua mata pelajaran pada tahun ini telah dilaksanakan. Walau bagaimanapun, pihak pentadbir mendapati masih memerlukan penambahbaikan khususnya dalam pelaksanaannya. Sekali lagi panitia mata pelajaran dituntut untuk membuat perancangan lebih jelas supaya peruntukan itu dapat memanfaatkan pelajar khususnya. Ini termasuklah merancang perolehan yang benar-benar relevan dengan keperluan pelajar. Prosedur perlu menepati peraturan-peraturan kewangan perlu dititik beratkan untuk mengelakkan masalah audit. Dalam hal ini semua Guru Kanan Bidang dan Ketua Panitia perlulah menurunkan ilmu yang telah diperolehi melalui bengkel-bengkel sebelunya untuk membantu pembantu tadbir memantapkan pengurusan kewangan di sekolah kita.

Pada tahun ini, timbul juga dilema guru yang terpaksa meninggalkan sekolah kerana bertugas di luar sekolah. Perkara ini sememangnya jelas khususnya kepada guru yang aktif dalam sukan dan terpaksa menguruskan atlet sekolah dalam kegiatan sukan di luar sekolah. Selain itu terdapat juga guru-guru yang telah mendapat kepercayaan sekolah lain untuk membantu meningkatkan pencapaian pelajar mereka. Dari satu segi, situasi ini sememangnya tidak dapat dielakkan. Guru-guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu mempunyai tanggung jawab sosial untuk membantu rakan-rakan dari sekolah lain. Beberapa guru lagi dari sekolah ini seperti mantan Ketua Panitia Bahasa Melayu, Encik Juilis Mokujal, Guru Cemerlang Ekonomi Encik Choo Han Chyi, Penyelaras Mata Pelajaran Prinsip Akaun yang juga merupakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Zamri Ahmad terus mendapat kepercayaan pihak Jabatan Pelajaran Sabah (JPNS) dan sekolah-sekolah lain untuk mengendalikan ceramah dan bengkel bagi membantu sekolah lain. Sebagai sebuah institusi pendidikan, sekolah juga tidak boleh menekankan aspek kurikulum sahaja kerana pelajar juga mempunyai potensi lain dalam bidang ko-kurikulum. Sepanjang tahun 2010, ramai pelajar sekolah yang turut cemerlang dalam kegiatan ko-kurikulum seperti bidang olahraga, sukan dan permainan, koir, tarian dan sebagainya yang sudah tentu mencapai kecemerlangan hasil bimbingan dan komitmnen guru. Tidak hairanlah terdapat peningkatan bilangan guru yang bertugas di luar sekolah kerana diberikan kepercayaan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kota Belud untuk membantu menguruskan program JPNS di peringkat daerah. Situasi ini sesungguhnya tidak dapat dielakkan tetapi langkah tertentu perlu dilakukan agar ketiadaan mereka di sekolah tidak menghambat usaha pihak sekolah mempertingkatkan pencapai pelajar di sekolah ini. Sebarang aktiviti luar yang melibatkan guru di sekolah ini perlu dirancang sebegitu rupa agar tidak menganggu penyampaian pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Peranan Guru Jadual Ganti dan Ketua Panitia amat diperlukan untuk mempastikan perlaksanaan kurikulum tidak terganggu. Selain itu, mungkin sudah tiba masanya agar kita menguatkuasakan arahan dalaman agar program guru memberikan ceramah di luar sekolah hanya dilakukan di luar masa mengajar guru tersebut. Selain itu kira perlu mempertimbangkan situasi menang-menang dengan mencari guru-guru pakar dari sekolah lain untuk membantu kita memantapkan perlaksanaan kurikulum di sekolah ini.

Satu lagi isu yang perlu diambil perhatian ialah pengurusan Jadual Waktu. Sejak dahulu lagi, kita sememangnya berusaha untuk memantapkan pengurusan jadual waktu tetapi semua pihak haruslah memahami bahawa pengurusan jadual waktu bukanlah sesuatu yang mudah. Sebagai sebuah sekolah Gred A dan mempunyai lebih 100 orang guru, memang agak mustahil kita dapat menghasilkan jadual waktu mengajar yang benar-benar ‘zero rungutan’. Antara isu yang timbul ialah pengagihan jadual waktu yang tidak seimbang dari segi bilangan masa mengajar, rungutan guru yang tidak mendapat mata pelajaran opsyen, pilihan mengajar di sidang petang atau sidang pagi, pilihan mengajar mata pelajaran peperiksaan dan bukan peperiksaan, mengelakkan diri mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan banyak lagi isu lain. Mulai tahun 2009, Jawatan Kuasa Kurikulum telah mengeluarkan dasar pengagihan jadual waktu iaitu antara lainnya ialah memberikan suara dan peranan yang lebih besar kepada

Page 10: 46202818 Laporan Tahunan Bidang Kurikulum Tahun 2010 Final

Ketua Panitia untuk memilih guru yang sesuai dengan mengambil kira opsyen guru serta kesesuaian dan pengalaman guru sebagai asas pemilihan guru mengajar. Pilihan itu turut diteliti oleh Guru Kanan Bidang dan dibentangkan dalam Mesyuarat Pentadbir. Walau bagaimanapun pihak pentadbir tidaklah dapat menjamin 100 peratus bahawa pilihan itu dapat memuaskan sepenuhnya guru oleh kerana kekangan opsyen yang tidak menentu. Terdapat mata pelajaran yang mempunyai bilangan opsyen lebih daripada sepatutnya manakala terdapat pula opsyen yang kurang atau tiada langsung dalam sesetengah mata pelajaran.

Dalam tahun akan datang ini, pihak sekolah akan terus memberikan penekanan kepada guru-guru yang mengajar di kelas-kelas menengah rendah dengan mengambil kira keperluan bagi matapelajaran kritikal seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Ini kerana penguasaan mata pelajaran ini dianggap penting dan juga merupakan kunci kepada kejayaan mereka dalam peperiksaan PMR mahupun peperiksaan SPM. Pihak sekolah harus berusaha mengenalpasti kualiti-kualiti guru yang dianggap pali sesuai diberi kepercayaan untuk membina kefahaman pelajar mengenai mata pelajaran ini bermula dengan tajuk-tajuk awal. Selain itu, guru-guru yang mempunyai kualiti tertentu yang boleh membangkitkan minat para pelajar mempelajari mata pelajaran ini adalah asas yang kritikal yang akan menentukan kejayaan para pelajar di peringkat selanjutnya.

Umum mempercayai sumbangan dan peranan masyarakat khususnya ibubapa dalam meraih kejayaan yang lebih besar terhadap pendidikan anak-anak . Sepanjang tahun 2010, sekolah telah mendapat sokongan dan bantuan Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) dalam pelaksanaan program yang memerlukan penglibatan mereka. Salah satu program yang menonjol adalah Program Kerja Rumah Semasa Cuti-Permuafakatan (KRSC-P) di mana pihak PIBG telah menaja kertas yang digunakan untuk menjayakan program ini. Walau bagaimanapun, jaringan kerjasama ini perlu dipertingkatkan dan diperluaskan. Sebagai badan yang mewakili kepentingan ibubapa PIBG boleh membantu pihak sekolah dalam aspek kawalan disiplin. Selain itu mereka boleh membantu pihak sekolah untuk mempertingkatkan tahap kehadiran pelajar terutama sekali kehadiran ke kelas tambahan yang masih berada pada tahap kurang memuaskan. Memandangkan latar belakang ibubapa pelajar sekolah ini yang berasal dari luar bandar dengan majoritinya bekerja sebagai petani dan penoreh getah, kefahaman dan kesedaran ibubapa terhadap isu yang menyentuh kepentingan pendidikan, penjagaan kesihatan serta pemakanan perlu didedahkan kepada mereka kerana semua perkara ini turut mempengaruhi pencapaian pelajar dalam bidang akademik.

PenutupSecara keseluruhannya, Jawatankuasa Kurikulum dan semua guru telah melaksanakan tugas

sebaik mungkin. Walau bagaimanapun, di sebalik usaha-usaha yang telah dijalankan, berdasarkan penilaian dan maklum balas guru masih banyak ruang yang boleh ditambah baik untuk memperbaiki pencapaian sekolah pada masa akan datang. Walau bagaimanapun sekalung tahniah dan ucapan terima kasih wajar ditujukan kepada semua guru kerana telah berusaha memberikan yang terbaik sepanjang tahun 2010. Keputusan peperiksaan PMR pada tahun 2010 baru-baru ini yang mencatatkan peratus kelulusan sebanyak 69.14% berbanding 61.2% pada tahun 2009 serta pertambahan bilangan pelajar yang memperolehi semua A dalam peperiksaan daripada 2 orang pada tahun 2009 kepada 7 orang pada tahun 2010 adalah yang terbaik sekurang-kurangnya dalam 9 tahun dan merupakan petunjuk peningkatan dari segi kualiti dan kuantiti. Peningkatan ini membuktikan komitmen guru serta kerjasama yang ditunjukkan untuk memperbaiki pencapaian sekolah dalam peperiksaan awam. Pentadbiran sekolah khususnya pengetua yang telah memberikan penekanan kepada aspek penganalisaan serta pembinaan strategi untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang dikesan telah terbukti membuahkan hasil yang baik. Walau bagaimanapun, semua guru tidak harus berpuas hati dengan kejayaan ini. Usaha-usaha sedia ada akan terus diperhalusi dipertingkatkan dan akan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.