document4

11
BILIK DARJAH MESRA BUDAYA 1.0 PENDAHULUAN Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh rakyat berbilang kaum daripada pelbagai latar belakang budaya yang hidup aman dan damai bersama. Integrasi antara kaum ini seterusnya membentuk budaya Malaysia.Budaya ini menjadi sebahagian daripada budaya pendidikan di sekolah yang turut meliputi budaya dari segi lokasi, pekerjaan ibu bapa, pendidikan yang diterima, status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa, bahasa, adat resam, kepercayaan dan jantina. Justeru itu, bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, adalah penting bagi guru dan pihak sekolah untuk membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.Guru perlulah kreatif dan bijak dalam menyediakan pelan bilik darjah yang mesra budaya. Umur, tahap persekolahan, minat dan keperluan murid- murid dalam kelas tersebut perlulah diambil kira dalam penyediaan pelan bilik darjah ini. Hasil daripada pembelajaran dalam persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ini, kita dapat melahirkan murid-murid tanpa mengira latar belakang sosio -budaya yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelektualdan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Murid-murid ini seterusnya akan membentuk masyarakat yang harmonis dan aman serta berjaya.

Upload: lenny-mangai

Post on 09-Dec-2015

37 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

4

TRANSCRIPT

Page 1: Document4

BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

1.0 PENDAHULUAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh rakyat berbilang kaum

daripada pelbagai latar belakang budaya yang hidup aman dan damai bersama.

Integrasi antara kaum ini seterusnya membentuk budaya Malaysia.Budaya ini

menjadi sebahagian daripada budaya pendidikan di sekolah yang turut meliputi

budaya dari segi lokasi, pekerjaan ibu bapa, pendidikan yang diterima, status

ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa, bahasa, adat resam, kepercayaan

dan jantina. Justeru itu, bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif,

adalah penting bagi guru dan pihak sekolah untuk membina persekitaran bilik darjah

yang mesra budaya.Guru perlulah kreatif dan bijak dalam menyediakan pelan bilik

darjah yang mesra budaya.

Umur, tahap persekolahan, minat dan keperluan murid-murid dalam kelas

tersebut perlulah diambil kira dalam penyediaan pelan bilik darjah ini. Hasil daripada

pembelajaran dalam persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ini, kita dapat

melahirkan murid-murid tanpa mengira latar belakang sosio -budaya yang seimbang

daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelektualdan sosial selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Murid-murid ini seterusnya akan membentuk masyarakat

yang harmonis dan aman serta berjaya.

Menurut Najeemah Md. Yusof (2006), pembelajaran merujuk kepada

perubahan tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman.

Pembelajaran ini pula dipengaruhi oleh persekitaran yang positif, atau disebut

persekitaran pembelajaran kondusif iaitu merupakan satu komponen yang amat

penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pendidikan,

Choong Lean Keow (2008) mendefinisikan persekitaran pembelajaran yang kondusif

sebagai iklim dan budaya bilik darjah secara menyeluruh yang merangkumi

beberapa aspek seperti pola komunikasi, reka bentuk, pelan lantai dan susun atur

ruang fizikal dan kebolehan guru mengurus murid-murid dalam bilik darjah.

Bersandarkan maksud tersebut, dapat difahami bahawa persekitaran pembelajaran

kondusif merupakan satu keperluan wajib untuk memungkinkan proses

Page 2: Document4

pembelajaran berlaku dengan lancar. Persekitaran yang kondusif ini merangkumi

empat aspek iaitu persekitaran fizikal, persekitaran psiko-sosial, peraturan bilik

darjah dan rutin bilik darjah.

2.0 Huraian Tentang Pelan Lantai.

Setiap pelajar mempunyai cara pembelajaran yang berbeza-beza antara satu

sama lain. Sebagai guru, kami tahu bahawa setiap individu pelajar itu mempunyai

budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang berbeza-beza

Kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu dikaji dan difahami dengan sebaiknya

dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran setiap orang pelajar dalam

menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan. Oleh yang sedemikian kami

sentiasa memastikan strategi yang dipilih bersesuaian dengan murid. Sebagai

memenuhi keperluan pengurusan bilik darjah yang mersra budaya, beberapa

langkah telah kami tetapkan ke arah itu. Antara langkah-langkah tersebut ialah:

2.1 Sebagai guru, kita perlu tahu bahawa setiap individu murid itu mempunyai

budaya agama latar belakang keluarga tahap sosio ekonomi yang berbeza-beza. Ia

juga adalah satu impak yang sangat penting kepada murid untuk mencapai kejayaan

daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.

2.2 Layanan yang sesuai ialah layanan berbentuk sama rata tanpa ada berat

sebelah kepada murid-murid tanpa mengira status dan latar belakang kehidupan

seseorang murid itu . Kepelbagaian murid, guru seharusnya bersikap adil dan

saksama kepada murid-murid mereka. Sebagai contoh, apabila seseorang guru itu

berbangsa Melayu, guru tersebut tidak seharusnya melebihkan murid bangsanya

sendiri daripada murid-murid berbangsa lain. Ia akan memberi kesan secara

langsung kepada murid-murid bangsa lain dan memberikan perspektif yang negatif

terhadap guru tersebut. Dengan itu, pemupukan semangat perpaduan tidak dapat

dicapai dengan jayanya. Oleh itu kami mengambil langkah dengan meletakkan

murid-murid dalam kumpulan yang mempunyai pelbagai kaum.

2.3 Dalam menghadapi kepelbagaian sosiobudaya di bilik darjah, guru seharusnya

bijak mengendalikan bilik darjah. Sebagai contoh dengan mewujudkan satu

persekitaran psikososial Guru tidak seharusnya memberikan layanan yang berat

sebelah kepada murid-murid. Ditambah pula apabila di dalam sesuatu bilik darjah itu

Page 3: Document4

mempunyai murid-murid yang datang dari latar belakang keluarga yang berbeza,

budaya yang pelbagai, agama yang berlainan dan tahap kognitif yang berbeza. Kami

sentiasa memastikan layanan yang diberikan sama rata antara semua murid-murid

tanpa mengira bangsa dan agama.

2.4 Interaksi dua hala yang bersifat ramah mesra dan produktif menimbulkan satu

persekitaran yang mesra antara guru-murid mengeratkan serta merapatkan jurang

perpaduan dalam kalangan mereka mudah dicapai semangat motivasi yang tinggi

pemupukan perpaduan. Kedudukan antara murid-murid yang duduk menghadap

antara satu sama lain membolehkan mereka berinteraksi dengan mudah. Dalam

memupuk satu persekitaran psiko sosial yang baik di dalam bilik darjah, seseorang

guru itu seharusnya mempunyai kemahiran dalam hubungan dengan manusia,

khususnya murid-murid. Sebagai contoh, beramah mesra, bersikap positif,

mendengar masalah murid, dan kebolehan memberi kata-kata pujian secara ikhlas .

Ia merupakan satu tret yang penting bagi seorang guru. Lebih-lebih lagi apabila

terpaksa menguruskan bilik darjah yang mempunyai kepelbagaian sosiobudaya,

oleh itu kami sentiasa menunjukkan sikap ramah sama ada dengan memberikan

senyuman atau dalam memberikan ucapan apabila berselisih dengan murid-murid

dan lain-lain.

2.5 Dengan kata lain, di sini terdapatnya unsur-unsur kurikulum tersirat , di mana

kami cuba untuk mendidik murid supaya menghormati antara satu sama lain serta

memupuk sikap yang baik dalam kalangan mereka. Apabila mereka melihat guru

yang berperwatakan mesra, secara tidak langsung memberikan mereka motivasi

dalaman untuk menunjukkan sikap seperti guru itu.

Guru perlu mengetahui pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu etnik.

Kami juga perlu sensitif dengan tabiat dan perangai bangsa sendiri dan penyataan

yang dinyatakan dalam kelas. Pastikan bilik darjah membawa imej yang positif

kepada pelbagai kumpulan etnik. Sebagai guru juga kami perlu sensitif dengan

bangsa dan tabiat etnik pelajar dan tanpa menilai pelajar melalui luaran sahaja. Guru

juga perlu bijaksana dalam membuat pilihan dan alat bantu mengajar. Mendalami

budaya dan warisan etnik sendiri.

2.6 Mengetahui sensitiviti setiap etnik dengan lebih mendalam untuk mencapai

objektif pengajaran. Sensitif dengan tahap perkembangan pelajar apabila terlibat

Page 4: Document4

dengan aktiviti bangsa, etnik, budaya dan bahasa. Kami sentiasa berusaha untuk

tonjolkan pelajar sebagai pemenang. Guru memainkan peranan yang penting dalam

kejayaan pelajar. Kami gunakan teknik belajar bekerjasama dan kerja berkumpulan

untuk memperkenalkan bangsa dan integrasi kaum di dalam sekolah dan kelas.

Semua aktiviti di sekolah mestilah melibatkan pelbagai bangsa, agama dan etnik.

Sebagai kesimpulannya kepelbagaian sosio budaya murid, secara tidak

langsung menjadi cabaran utama dalam menghasilkan pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan. Guru perlu kreatif serta peka dengan aspek ini kerana

ia akan berubah mengikut peredaran masa. Guru yang berjaya merealisasikan

perkara-perkara ini merupakan guru yang berkesan dan cemerlang. Kepekaan guru

terhadap kepelbagaian sosio budaya ini adalah sangat penting dalam dunia

pendidikan. Apa jua cabaran yang mendatang, inilah dunia pendidikan yang sebenar

dalam usaha menyatukan kepelbagaian pelajar yang pelbagai budaya seiring

dengan konsep 1 Malaysia.

3.0 Pelan Lantai Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah

amat penting dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan

lebih-lebih lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang

etnik.Pengurusan fizikal harus melewati bukan hanya dari aspek kemudahan

prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran

fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif

dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan

sosial.

Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah dirumuskan oleh Fred

Steele(1973) sedemikian “ the effects of physical setting in a classroom is a setting

for social interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure”.

Kenyataan yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang

menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana

pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara mrurid dari latar belakang

lingustik dan kebudayaan yang berbeza.

Page 5: Document4

Kriteria-kriteria Fizikal Umum Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah yang

Mesra Budaya

3.1 Aspek Fizikal :-

Terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai

mengikut keperluan aktiviti. Murid diletakkan dalam kumpulan yang sama, terdiri

daripada etnik yang berbeza,· Menyusun atur tempat duduk semula murid-murid

dalam bilik darjah supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari

pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam

satu kumpulan. Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan

ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung

kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan akan dapat diwujudkan

serta memupuk satu suasana mesra budaya,.Pembelajaran dalam persekitaran

fizikal yang mesra budaya akan merangsang pelajar untuk menimba ilmu secara

berkesan

3.2 Sudut-Sudut Pembelajaran:-

Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat

membantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik

serta sudut kreativiti dan sebagainya.Di samping itu, terrdapat sudut-sudut bacaan

seperti buku cerita dan majalah pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer,

televisyen dan multimedia.

Aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural -mural biasanya dilakukan oleh

guru kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. Adalah sesuai

sekiranya tema lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta

kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di negara ini.Aktiviti sedemikian juga

merupakan salah satu aktiviti yang sesuai yang boleh dilakukan oleh murid-murid

dari pelbagai latar belakang kumpulan etnik supaya dapat memupuk perasaan

kekitaan dalam kalangan mereka. Perbincangan serta persediaan untuk lukisan

mural secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai serta belajar untuk

bertoleransi dan bekerjasama. Secara tidak langsung guru telah berjaya secara tidak

langsung untuk memujudkan persekitaran mesra budaya.

Page 6: Document4

Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong

menolong antara murid dari pelbagai latarbelakng dan budaya.Tugasan yang di

berikan oleh guru dapat di bincang diruang ini; di mana secara tidak langsung Atan,

Kumari serta Kim Sengi dapat berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta

untuk tugasan mereka. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau “work space” ini

disokong oleh Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian bahawa “ the physical

environment of the classroom such as use of space, classroom setting and cocial

dimensions interact to shape classroom culture”

3.3 Sudut-Sudut Pembelajaran dan Bacaan:-

Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru

seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat

mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta

kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Secara tidak langsung murid-

murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta hormat-

menghormati yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan

kaum .Guru juga boleh menyediakan pelabagai aktiviti - aktivti multimedia atau

interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-

murid.Contohnya di sudut budaya ini Ali dapat mengetahui tentang kebudayaan

serta agama Samy dan sebaliknya agar terdapat satu pemahaman yang jelas dan

tidak prasangka agar tidak menyentuh isu-isu sensitif serta menjaga sensitiviti

sesuatu kaum etnik.Begitu juga dengan murid-murid dari Sabah dan

Sarawak.Tindakan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong oleh Morrow

dan Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian “keep in mind to include a

literacy center in your classroom to allow pupils to explore, investigate and discover

knowledge”.

Guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik; di mana sudut-

sudut ini akan meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan antara kaum-

kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang

aman dan makmur. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu suasana

mesra budaya dalam bilik darjah. Selain daripada sudut-sudut pembelajaran, guru

juga boleh menyediakan sudut bacaan di mana bahan bacaan adalah terdiri dari

Page 7: Document4

buku-buku atau risalah-risalah dari Sabah dan Sarawak atau sebaliknya yang

mengandungi informasi mengenai sesuatu kaum atau kumpulan etnik.

Sudut pembelajaran elektronik adalah penting; di mana murid dari pelabagi latar

belakang etnik dapat menggunakan perisian “software” yang di sediakan oleh guru

seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam

kumpulan.Semasa membuat tugasan murid-murid dapat memupuk serta menghayati

nilai-nilai seperti bekerjasama, tolong menolong serta toleransi.

3.0 Kesimpulan

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran akan terus meningkat setanding

dengan mutu pendidikan di negara-negara maju yang lain. Budaya sekolah dan iklim

sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan

struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada

proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Kaedah

pengajaran dan pembelajaran (P&P), keterbukaan dan bentuk hubungan yang wujud

antara pentadbir, guru, ibu bapa dan pelajar menyumbang kepada pembentukan

iklim sekolah.Walau bagaimanapun, budaya sekolah dan iklim sekolah adalah dua

bentuk yang saling berkaitan.

Namun begitu, iklim sekolah lebih merujuk kepada kesan persekitaran sekolah

ke atas pelajar manakala, budaya sekolah lebih merujuk kepada cara dan gaya guru

dan staf bekerja dalam satu kumpulan. Maka jelaslah di sini bahawa iklim sekolah

serta budaya sekolah memainkan peranan yang sangat penting di dalam

mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Untuk

mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan pelajar perlu mengetahui

peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu. Ini kerana

dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh

berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga, sekolah, rakan sebaya dan

media massa.

Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial

dan pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan

keberkesanan interaksi di dalam bilik darjah. Usaha dari segi perubahan pengajaran

Page 8: Document4

dan pembelajaran, meningkatkan teknologi, infrastruktur dan perkakasan di sekolah

seterusnya peranan dan tingkahlaku guru yang menggalakkan proses pengajaran

dan pembelajaran, mengenalpasti perbezaan antara pelajar serta mempertingkatkan

persekitaran fizikal bilik darjah harus dilaksanakan dengan berkesan supaya tidak

ada lagi pelajar-pelajar yang akan tercicir dari arus pendidikan yang yang akan

memberi impak kepada pembangunan negara. Peluang pendidikan yang sama rata

perlu diambil kira.