bab 4 - jadual berkala tingkatan 4

17
KIMIA TINGKATAN 4 BAB 4: JADUAL BERKALA UNSUR.

Upload: harjagdeeskaur

Post on 09-Jan-2017

327 views

Category:

Education


23 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 4 - Jadual Berkala Tingkatan 4

KIMIA TINGKATAN 4

BAB 4:

JADUAL BERKALA UNSUR.

Page 2: Bab 4 - Jadual Berkala Tingkatan 4

A-JADUAL BERKALA UNSUR.

Page 3: Bab 4 - Jadual Berkala Tingkatan 4

SEJARAH PERKEMBANGAN JADUAL BERKALA UNSUR.

Ahli sains pertama yang

mengelaskan bahan-bahan

cahaya dan haba kepada

logam dan bukan logam.

Pengelasannya tidak berjaya

kerana cahaya, haba, dan

beberapa sebatian yang lain

juga dianggap sebagai unsur.Antoine Lavoisier

(1743-1794)

Page 4: Bab 4 - Jadual Berkala Tingkatan 4

Pada tahun 1829, Dobereiner membahagikan unsur-unsur kepada kumpulan.Setiap kumpulan mengandungi tiga unsur yang mempunyai sifat kimia yang serupa, yang dikenali sebagai triad Dobereiner. Jisim atom bagi unsur di tengah hampir sama dengan purata jisim atom bagi dua unsur yang lain dalam setiap triad.Pengelasan ini memberikan kesedaran kepada ahli kimia bahawa sifat kimia berhubung kait dengan jisim atom bagi setiap unsur.

Johann Dobereiner(1780-1849)

Page 5: Bab 4 - Jadual Berkala Tingkatan 4

Pada tahun 1864, John

Newlands telah menyusun

unsur mengikut tertib menaik

jisim atom. Beliau telah

memperkenalkan Hukum

Oktaf iaitu sifat yang serupa

berulang pada setiap unsur

kelapan dalam susunannya.

Malangnya, Hukum Oktaf

gagal kerana hanya dipatuhi

oleh 17 unsur yang pertama.

John Newlands ialah ahli kimia

pertama yang menunjukkan

kewujudan corak berkala bagi

sifat unsur-unsur.

John Newlands

(1837-1898)

Page 6: Bab 4 - Jadual Berkala Tingkatan 4

Pada tahun 1870, Meyer

memplot graf isi padu atom

melawan jisim atom bagi

semua unsur yang wujud

pada ketika itu.

Beliau menyedari bahawa

unsur dengan sifat kimia

yang serupa menepati

kedudukan yang setara pada

kedudukan lengkung itu.

Beliau berjaya menunjukkan

bahawa sifat unsur dapat

membentuk suatu corak

berkala terhadap jisim

atomnya.

Lothar Meyer

(1830-1895)

Page 7: Bab 4 - Jadual Berkala Tingkatan 4

Pada tahun 1869,

Mendeleev menyusun

unsurmengikut tertib jisim

atom yang menaik dan

mengelaskannya mengikut

sifat kimia yang serupa.

Beliau meninggalkan

tempat kosongdalam

jadualnya untuk diisi

dengan unsur yang masih

belum dijumpai.

Beliau dapat meramalkan

sifat bagi unsur yang belum

dijumpai.

Dmitri Mendeleev

(1834-1907)

Page 8: Bab 4 - Jadual Berkala Tingkatan 4

Pada tahun 1914, Moseley

membuat kajian spektrum

sinar-X bagi unsur.

Daripada ekperimennya, beliau

menyimpulkan bahawa nombor

proton seharusnya digunakan

sebagai asas bagi perubahan

berkala sifat kimia, dan

bukannya jisim atom.

Beliau menyusun menyusun

semula unsur mengikut tertib

nombor proton yang menaik

dalam Jadual Berkala Unsur.

Dengan ini, beliau

mengesahkan kerja

Mendeleev .

Henry J.G Moseley

(1887-1915)

Page 9: Bab 4 - Jadual Berkala Tingkatan 4

JADUAL BERKALA UNSUR…

Page 10: Bab 4 - Jadual Berkala Tingkatan 4
Page 11: Bab 4 - Jadual Berkala Tingkatan 4

SUSUNAN UNSUR-UNSUR DALAM

JADUAL BERKALA UNSUR.

Page 12: Bab 4 - Jadual Berkala Tingkatan 4

Apakah Prinsip Asas Yang Diaplikasikan Dalam Penyusunan Unsur Dalam Jadual

Berkala Unsur Moden?

Unsur-unsur dalam Jadual Berkala Unsur disusun mengikut tertib nombor proton yang menaik, daripada 1 hingga 113.

Unsur dengan sifat kimia yang serupa diletakkan dalam lajur menegak yang sama

Dalam buku teks Kimia, Jadual Berkala Unsur yang pada m/s 176 mempunyai 18 lajur yang menegak.

Setiap lajur ini dinamakan kumpulan, iaitu Kumpulan 1 hingga Kumpulan 18

Selain itu, terdapat 7 baris mendatar dalam Jadual Berkala Unsur

Setiap baris mendatardinamakan kala,iaitu Kala 1 hingga Kala 7.

Page 13: Bab 4 - Jadual Berkala Tingkatan 4

Bagaimanakah susunan elektron atom bagi sesuatu unsur berhubung kait dengan kumpulan

dan kalanya? Bilangan elktron valens dalam satu atom

menentukan kedudukan kumpulan sesuatu unsur dalam Jadual Berkala Unsur .

Bagi unsur-unsur yang mempunyai 1 atau 2 elektron valens,

Nombor kumpulan bagi unsur:=bilangan elektron valens di dalam atomnya

Bagi unsur-unsur yang mempunyai 3 hingga 8 elktron valens,

Nombor kumpulan bagi unsur=bilangan elektron valens di dalam atomnya + 10

Page 14: Bab 4 - Jadual Berkala Tingkatan 4

Kedudukan kala bagi unsur dalam Jadual Berkala Unsur ditentukan oleh bilangan petala yang berisi elektron di dalam atom unsur itu.

Contohnya:UNSUR . Li Ca Al C P O Cl Ne

SUSUNAN ELKTRON ATOM.

2.1 2.8.8.2 2.8.3 2.4 2.8.5 2.6 2.8.7 2.8

BILANGAN ELEKTRON VALENS.

1 2 3 4 5 6 7 8

KUMPULAN. 1 2 13 14 15 16 17 18

BILANGAN PETALA YANG BERISI ELEKTRON.

2 4 3 2 3 2 3 2

KALA 2 4 3 2 3 2 3 2

Page 15: Bab 4 - Jadual Berkala Tingkatan 4

KEBAIKAN MENGELASKAN UNSUR-UNSUR DALAM JADUAL

BERKALA UNSUR.

Page 16: Bab 4 - Jadual Berkala Tingkatan 4

Unsur yang disusun secara tertib dalam Jadual Berkala Unsur membantu kita mengkaji unsur-unsur ini secara sistematik, terutamanya dari segi fizik dan kimianya.

Unsur-unsur dengan bilangan elektron valens yang sama terletak dalam kumpulan yang sama kerana unsur ini mempunyai sifat kimia yang serupa.

Kita juga harus berterima kasih atas jasa ahli sains dalam penemuan susunan unsur yang teratur dalam Jadual Berkala Unsur kerana mereka telah menghabiskan masa yang lama dalam penyelidikan untuk mengkaji sifat unsur-unsur ini.

Page 17: Bab 4 - Jadual Berkala Tingkatan 4

SEKIAN TERIMA KASIH…