401-799-1-sm

8
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013 256 CROSS-TICKING METHOD’ MEMBANTU MURID TAHUN 4 MENYELESAIKAN PENAMBAHAN DAN PENOLAKAN PECAHAN WAJAR Oleh: Mohd Ridzuan Bin Ahmad Johar & Nik Mohamad Bin Nik Jusoh Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail [email protected] & [email protected] ABSTRAK Pecahan merupakan salah satu topik yang unik dan mencabar. Adakalanya topik ini menimbulkan kekeliruan dalam kalangan murid apabila melibatkan operasi penambahan dan penolakan yang penyebutnya berbeza. Kajian ini dijalankan untuk membantu murid tahun 4 menyelesaikan soalan tajuk penambahan dan penolakan pecahan wajar yang tidak sama penyebut. Kaedah yang diperkenalkan dalam kajian ini diberi nama Kaedah Menanda Simpang (Cross-ticking Method). Seramai 4 orang murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Tok Jiring telah terlibat sebagai responden. Tinjauan awal menunjukkan responden mengalami masalah mencari penyebut yang sesuai dan tidak memahami konsep penambahan dan penolakan pecahan yang berlainan penyebut. Instrumen yang diguna pakai dalam kajian ini ialah ujian pra dan pasca, analisis dokumen yang diperoleh daripada responden, pemerhatian dan temubual. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan ‘Cross- ticking Method’ membantu murid untuk menyelesaikan penambahan dan penolakan pecahan wajar yang tidak sama penyebut. Ini berdasarkan peningkatan peratusan markah responden sebanyak 75% untuk responden pertama, 83% untuk responden kedua, 100% untuk responden ketiga dan 79% bagi responden ke-4. Kata kunci : ‘Cross-ticking Method’ PENDAHULUAN Sewaktu menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas tahun 4 Hanafi, pengkaji memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan mengulang kembali fakta-fakta asas pecahan. Antaranya ialah berkenaan istilah pengangka dan penyebut, cara menambah dan cara menolak pecahan yang sama penyebut menggunakan jalur kertas. Secara keseluruhan, objektif pembelajaran tercapai sepenuhnya. Murid mempunyai pengetahuan sedia ada berkenaan penambahan dan penolakan pecahan yang sama penyebut. Namun begitu, apabila murid mula diajar penambahan pecahan yang tidak sama penyebut, mereka menunjukkan tanda-tanda negatif seperti tidak menyelesaikan soalan dan berkelakuan agak pasif. Setelah melakukan pemerhatian terhadap hasil kerja murid, pengkaji mendapati kebanyakan mereka tidak dapat menyelesaikan soalan penambahan dan penolakan pecahan yang berbeza penyebut. Biarpun telah diajarkan kaedah yang terdapat dalam sukatan pembelajaran, hanya segelintir sahaja yang mampu menggunakannya. Mereka tidak dapat menyamakan penyebut

Upload: x-wei-ling

Post on 18-Dec-2015

12 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

    256

    CROSS-TICKING METHOD MEMBANTU MURID TAHUN 4 MENYELESAIKAN PENAMBAHAN DAN PENOLAKAN

    PECAHAN WAJAR

    Oleh:

    Mohd Ridzuan Bin Ahmad Johar & Nik Mohamad Bin Nik Jusoh

    Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato Razali Ismail [email protected] & [email protected]

    ABSTRAK

    Pecahan merupakan salah satu topik yang unik dan mencabar. Adakalanya

    topik ini menimbulkan kekeliruan dalam kalangan murid apabila melibatkan

    operasi penambahan dan penolakan yang penyebutnya berbeza. Kajian ini

    dijalankan untuk membantu murid tahun 4 menyelesaikan soalan tajuk

    penambahan dan penolakan pecahan wajar yang tidak sama penyebut.

    Kaedah yang diperkenalkan dalam kajian ini diberi nama Kaedah Menanda

    Simpang (Cross-ticking Method). Seramai 4 orang murid Tahun 4 Sekolah

    Kebangsaan Tok Jiring telah terlibat sebagai responden. Tinjauan awal

    menunjukkan responden mengalami masalah mencari penyebut yang sesuai

    dan tidak memahami konsep penambahan dan penolakan pecahan yang

    berlainan penyebut. Instrumen yang diguna pakai dalam kajian ini ialah ujian

    pra dan pasca, analisis dokumen yang diperoleh daripada responden,

    pemerhatian dan temubual. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan Cross-ticking Method membantu murid untuk menyelesaikan penambahan dan penolakan pecahan wajar yang tidak sama penyebut. Ini berdasarkan

    peningkatan peratusan markah responden sebanyak 75% untuk responden

    pertama, 83% untuk responden kedua, 100% untuk responden ketiga dan 79%

    bagi responden ke-4.

    Kata kunci : Cross-ticking Method

    PENDAHULUAN

    Sewaktu menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas tahun 4 Hanafi, pengkaji

    memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan mengulang kembali fakta-fakta asas

    pecahan. Antaranya ialah berkenaan istilah pengangka dan penyebut, cara menambah dan

    cara menolak pecahan yang sama penyebut menggunakan jalur kertas. Secara keseluruhan,

    objektif pembelajaran tercapai sepenuhnya. Murid mempunyai pengetahuan sedia ada

    berkenaan penambahan dan penolakan pecahan yang sama penyebut. Namun begitu, apabila

    murid mula diajar penambahan pecahan yang tidak sama penyebut, mereka menunjukkan

    tanda-tanda negatif seperti tidak menyelesaikan soalan dan berkelakuan agak pasif. Setelah

    melakukan pemerhatian terhadap hasil kerja murid, pengkaji mendapati kebanyakan mereka

    tidak dapat menyelesaikan soalan penambahan dan penolakan pecahan yang berbeza

    penyebut. Biarpun telah diajarkan kaedah yang terdapat dalam sukatan pembelajaran, hanya

    segelintir sahaja yang mampu menggunakannya. Mereka tidak dapat menyamakan penyebut

  • SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

    257

    pecahan sehingga membuatkan mereka tersekat untuk meneruskan jalan kira yang

    seterusnya. Pengkaji telah membuat pemerhatian sewaktu sesi murid menghafal sifir

    bersama-sama guru mata pelajaran mereka. Rata-rata daripada mereka hanya mempunyai

    pengetahuan sehingga sifir 3. Seharusnya pada usia 10 tahun mereka sudah mampu

    menghafal sifir sekurang-kurangnya sifir 9. Hal ini membuatkan pengkaji berpendapat

    kemahiran sifir yang agak rendah membuatkan mereka tersekat untuk menyelesaikan soalan

    pecahan yang tidak sama penyebut, khususnya yang mempunyai penyebut kurang daripada

    10. Bagi sesi pembelajaran yang seterusnya, pengkaji mengambil pendekatan menggunakan

    carta darab untuk membantu murid mencari sifir bagi menyamakan penyebut. Murid biasa

    dengan bentuk soalan pecahan yang melibatkan faktor sepunya. Contohnya antara penyebut 2

    dan 4, 3 dan 9 dan sebagainya. Mereka hanya perlu menyamakan salah satu penyebut,

    kemudian mereka akan menambah atau menolak sebelum memperoleh jawapan yang

    dikehendaki. Namun begitu, murid berhadapan masalah apabila melibatkan penyebut yang

    tidak mempunyai faktor sepunya antara satu sama lain. Mereka gagal menyamakan pecahan

    yang melibatkan antara penyebut 3 dan 7. Berdasarkan senario yang berlaku, secara tidak

    langsung pengkaji menemui satu kelemahan penggunaan carta darab. Penemuan ini

    dikuatkan lagi dengan dapatan kajian yang lalu. Hazwany Abdul Karim (2012) dalam

    kajiannya mendapati murid seringkali memilih nilai pecahan yang tidak bersesuaian bagi

    kedua-dua pecahan dan hal ini membuatkan operasi penambahan menjadi sedikit sukar.

    Pemilihan pecahan setara (proses menyamakan penyebut) yang tidak sesuai setelah beberapa

    kali percubaan telah membuatkan murid berasa kecewa dan tidak mahu mencuba lagi.

    Ditambah lagi dengan pengetahuan sedia ada murid yang terhad, sudah pasti mereka tidak

    dapat menyamakan penyebut tanpa bantuan carta darab. Untuk sesi pengajaran dan

    pembelajaran seterusnya, pengkaji cuba untuk menerapkan elemen first-hand experience. Ini berdasarkan pendapat Baynes dan MacIntyre (1990) yang berbunyi:

    Children learn best when there is a sense of purpose, a degree of motivation and when their work is grounded in first-hand experience

    Pengkaji berpendapat murid akan dapat belajar dengan lebih baik apabila mereka merasai

    sendiri konsep pembelajaran yang diketengahkan dan bukan bergantung kepada hafalan

    semata-mata. Melalui kaedah yang diperkenalkan pengkaji, murid bukan sahaja berpeluang

    untuk meneroka ilmu melalui pembinaan pengetahuan konsep, malah dapat mengaplikasi

    kaedah dalam kebanyakan situasi. Ini dapat membantu mereka menyelesaikan soalan

    penambahan dan penolakan pecahan tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada sifir, lantas

    memudahkan mereka menjawab soalan dalam peperiksaan.

    FOKUS KAJIAN

    Pengkaji menumpukan kajian ini kepada penambahan dan penolakan pecahan wajar yang

    berbeza penyebut. Murid yang terlibat sebagai responden mempunyai pengetahuan sifir yang

    sangat terhad. Mereka cuai dalam menjalankan operasi dan hanya mengetahui sifir dua dan

    tiga, sebahagian sifir empat, lima dan sembilan. Tinjauan masalah dilakukan secara

    pemerhatian dan rujukan terhadap buku latihan. Semasa tinjauan dibuat, pengkaji mendapati

    bahawa murid melakukan kesalahan seperti membuat penambahan dan penolakan penyebut

    secara terus. Contoh kesalahan yang dibuat boleh diperhatikan dalam Rajah 1.

  • SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

    258

    Rajah 1: Kesilapan Mengaplikasi Konsep Penambahan Pecahan

    OBJEKTIF KAJIAN

    Objektif umum kajian ini berfokuskan untuk membantu murid tahun 4 Hanafi yang lemah

    dalam tajuk Pecahan. Objetif khusus pula adalah berdasarkan sasaran dalam:

    1. Membantu murid yang kurang pengetahuan sifir menyelesaikan soalan penambahan

    dan penolakan pecahan wajar tidak sama penyebut.

    2. Meningkatkan tahap penguasaan murid tahun 4 dalam menyelesaikan penambahan

    dan penolakan pecahan wajar tidak sama penyebut menggunakan Cross-Ticking

    Method (CTM)

    Kajian ini akan merungkai beberapa persoalan yang timbul iaitu:

    1. Apakah kaedah yang sesuai untuk membantu murid menyelesaikan soalan pecahan

    wajar bagi operasi penambahan dan penolakan?

    2. Adakah cara yang digunakan mampu meningkatkan tahap penguasaan murid tahun 4

    bagi tajuk Pecahan dalam mata pelajaran Matematik?

    KUMPULAN SASARAN

    Kajian ini melibatkan 4 orang murid Tahun 4 Hanafi Sekolah Kebangsaan Tok Jiring Kuala

    Terengganu bagi sesi persekolahan tahun 2013 iaitu 1 orang pelajar lelaki dan 3 orang pelajar

    perempuan. Semua murid yang terlibat sebagai sampel kajian adalah terdiri daripada murid

    berbangsa Melayu yang beragama Islam. Mereka tinggal di kawasan sekitar Tok Jiring dan

    Wakaf Tembesu. Mereka juga bukan berasal daripada keluarga yang berpendapatan tinggi.

    Ibu bapa mereka melakukan kerja kerja seperti pemandu lori dan berniaga secara kecil-kecilan. Ada juga ibu bapa murid yang mempunyai pekerjaan di sektor kerajaan seperti

    pegawai bomba dan pembantu jururawat. Kesemua sampel kajian ini tidak mengikuti mana mana kelas tambahan yang dihantar oleh ibu bapa mereka sama ada di sekolah mahupun

    pihak swasta. Mereka hanya bergantung kepada sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam

    kelas sahaja.

  • SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

    259

    TINDAKAN

    Spesifikasi

    Klinik Matematik yang akan dilaksanakan ini akan melibatkan 4 orang peserta yang terdiri

    daripada murid Tahun 4 Hanafi di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring bagi sesi persekolahan

    2013. Klinik Matematik ini akan memfokuskan kepada penambahan dan penolakan pecahan

    yang tidak sama penyebut yang bertumpu kepada penggunaan Kaedah Menanda Simpang

    (Cross Ticking Method). Penggunaan bahan bantu mengajar yang diaplikasikan dalam klinik

    ialah lembaran papan simpang untuk kegunaan murid. Klinik yang dijalankan ini menjurus

    kepada sesi interaksi yang menyerupai kelas kelas konvensional yang biasa dijalankan. Cuma perkara yang membezakan antara klinik ini dengan kelas biasa ialah pembimbing

    hanya akan beralih kepada tahap pengajaran yang seterusnya apabila murid yang mengikuti

    klinik melepasi kriteria yang ditetapkan berdasarkan penilaian yang dijalankan oleh

    pembimbing. Kriteria kriteria tersebut merangkumi aspek ketepatan aplikasi asas kaedah, kebolehan untuk menjawab soalan soalan lisan yang diajukan sewaktu pertandingan kuiz serta kemampuan untuk menggunakan kaedah tersebut secara menyeluruh. Bagi

    memudahkan pengurusan, aktiviti Klinik Matematik akan tebahagi kepada beberapa fasa

    iaitu fasa pengenalan, fasa pengukuhan dan fasa pengayaan. Murid murid pula akan dibahagikan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada empat orang peserta. Tempoh

    peserta untuk lulus kriteria yang ditetapkan bergantung kepada prestasi yang ditunjukkan

    sewaktu aktiviti sedang dijalankan. Fasa yang pertama iaitu fasa pengenalan ialah fasa yang

    mengetengahkan pendedahan penggunaan kaedah. Pada peringkat ini, murid murid akan diberi peluang untuk menggunakan kaedah menggunakan lembaran papan simpang yang

    disedian sebagai alat untuk mengembangkan pengetahuan berkenaan konsep kaedah ini. Fasa

    kedua iaitu fasa pengukuhan pula menjurus kepada pemindahan pengetahuan yang diperoleh

    dari fasa pertama yang memerlukan murid murid untuk membina atau melukis sendiri papan simpang mengikut kehendak soalan yang diberikan. Fasa yang terakhir iaitu fasa

    pengayaan merupakan fasa paling tinggi yang memerlukan murid murid menterjemahkan segala pengetahuan yang diperoleh dalam bentuk ayat. Pada peringkat ini, murid murid perlu memberikan penerangan bagaimana mereka mengaplikasi penggunaan kaedah tersebut

    untuk menyelesaikan soalan. Soalan soalan yang digunakan adalah berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) untuk mata pelajaran Matematik tahun 4. Aktiviti yang

    akan dijalankan sewaktu program berlangsung ialah pengenalan kepada kaedah Menanda

    Simpang, demonstrasi penggunaan kaedah serta pertandingan kuiz Siapa Hebat yang akan memperlihat kepada hasil pembelajaran. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan melibatkan

    aktiviti hands on yang menjana penerokaan pengetahuan oleh murid murid. Guru yang menjalankan aktiviti tersebut bertindak sebagai pembimbing dan jenis komunikasi yang

    digunakan ialah komunikasi dua hala iaitu murid kepada guru dan murid kepada murid.

    Prosedur

    Bagi model penyiasatan, Stephen Kemmis dan Robin McTaggart telah membentuk satu

    model penyelidikan yang mudah. Model yang direka ini menggambarkan proses

    penyelidikan yang bersifat kitaran. Setiap kitaran mengandungi empat langkah iaitu

    merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Kaedah Cross-ticking ini mengetengahkan

    kaedah mengira palang yang terhasil daripada pertembungan garis menegak dan melintang.

  • SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

    260

    Kaedah ini berasaskan kaedah menyamakan penyebut yang digunakan dalam menyelesaikan

    pecahan. Khususnya yang melibatkan dua pecahan yang tidak sama penyebut. Kaedah ini

    bermula dengan mencari garis menegak yang diwakilkan dengan penyebut pada pecahan

    yang pertama, diikuti dengan garis melintang yang diwakilkan dari penyebut pecahan kedua.

    Kemudian, murid perlu mengira berapakah jumlah palang yang terhasil dan memasukkannya

    ke ruangan jawapan. Langkah seterusnya memerlukan murid mencari titik persilangan yang

    melibatkan pengangka pecahan pertama dengan penyebut pecahan kedua. Selepas menemui

    titik persilangan tersebut, murid akan terus menandakannya ke arah kiri dari titik persilangan

    sehingga tiada lagi palang yang belum ditanda. Kemudian murid perlu menanda ke arah atas

    titik persilangan sepertimana yang dilakukan pada kaedah sebelumnya. Contoh hasil kerja

    yang menggunakan kaedah ini boleh dilihat dalam rajah 2 di bawah.

    Rajah 2: Contoh aplikasi kaedah

    ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

    Rajah 3: Perbandingan markah ujian pra dan pasca

    Pra

    Pasca

    0

    5

    10

    15

    20

    Khatima Zamir Aliya Rabiatul

    18 20

    24

    19

    Pra

    Pasca

    Pencapaian markah ujian pra dan pasca

  • SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

    261

    Berdasarkan rajah 3, semasa ujian pra tiada seorang pun responden yang dapat mencatatkan

    markah untuk soalan yang diberikan. Manakala bagi ujian pasca, Khatima mencatat 18

    markah, diikuti Rabiatul dengan 19 markah, kemudian Zamir dengan 20 markah dan akhir

    sekali Aliya yang mencatat markah penuh. Dalam ujian pra, responden membuat kesalahan

    seperti membuat penambahan dan penolakan penyebut secara terus. Terdapat responden yang

    tidak menjawab item lalu membiarkannya kosong disebabkan tidak tahu untuk

    menyelesaikannya. Dalam ujian pasca pula, kebanyakan responden berjaya menggunakan

    kaedah. Namun begitu kesilapan kecil tidak dapat dielak daripada dilakukan seperti tersilap

    pengiraan jumlah simpang dan tersilap penandaan pada simpang.

    Rajah 4: Peningkatan peratus markah ujian pra dan pasca

    Rajah 4 pula menunjukkan peningkatan peratusan markah yang diperoleh oleh keempat-

    empat responden pada Ujian Pos yang diberikan. Kesemua responden terlibat berjaya

    menunjukkan peningkatan yang baik iaitu Khatima yang mencatatkan peningkatan 73%,

    Zamir mencatatkan peningkatan 83%, Aliya yang mendapat markah penuh 100%, iaitu

    markah tertinggi yang dicatatkan, dan seorang lagi iaitu Rabiatul mencatat peningkatan

    sebanyak 79%. Peningkatan markah ini membuktikan bahawa penggunaan Cross-ticking Method dapat membantu responden menyelesaikan penambahan dan penolakan pecahan wajar yang tidak sama penyebut.

    Pra

    Pasca

    0

    20

    40

    60

    80

    100

    Khatima Zamir Aliya Rabiatul

    73

    83

    100

    79

    Pra Pasca

    Peratus markah ujian pra dan pasca

  • SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

    262

    Jadual 1

    Analisis Item Mengikut Responden

    Berdasarkan jadual 1, responden pertama iaitu Khatima berjaya mencatat markah penuh

    untuk item-item lain kecuali item 2, item 7 dan item 8. Berdasarkan semakan skirp jawapan,

    kesilapan yang dilakukan Khatima ialah cuai mengira jumlah simpang yang terbentuk

    selepas menggabungkan garisan menegak dan melintang penyebut. Kesilapan ini menjurus

    kepada pengiraan yang menghasilkan jawapan yang salah. Responden kedua iaitu Zamir

    melakukan kesilapan dengan melakukan operasi tambah di item 3 walhal operasi yang

    dikehendaki ialah operasi tolak. Bagi item 5 dan item 8, beliau melakukan kesilapan dengan

    memberi jawapan yang salah biarpun mengisi ruang pengiraan dengan maklumat yang tepat.

    Responden ke-4, Rabiatul melakukan kesilapan dengan memasukkan maklumat yang salah

    dalam ruang pengiraan sehingga menyebabkan jawapan yang salah diperoleh.

    PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN

    Menerusi keputusan Ujian Pra dan juga analisis skrip jawapan yang dilakukan, didapati

    bahawa responden yang terlibat mengalami kesukaran dalam menyelesaikan penambahan

    dan penolakan pecahan wajar yang tidak sama penyebut. Ini kerana kesemua mereka tidak

    memperoleh sebarang markah iaitu 0%. Berdasarkan kepada dapatan inilah, Cross-ticking Method telah diperkenalkan bagi membantu menyelesaikan penambahan pecahan wajar yang tidak sama penyebut dan setelah penggunaan kaedah ini, responden telah menunjukkan

    peningkatan pencapaian serta dapat menyelesaikan penambahan pecahan dengan lebih

    mudah dan cepat. Peningkatan tertinggi dan drastik telah dicatatkan iaitu sebanyak 100%

    manakala peningkatan terendah pula dicatatkan sebanyak 73%. Setelah kaedah ini

    PESERTA

    KAJIAN UJIAN

    ITEM MARKAH

    (n/24)

    MARKAH

    (%)

    1 2 3 4 5 6 7 8

    KHATIMA

    PRA 0 0 0 0 0 0 0 0 0/24 0

    PASCA 3 1 3 3 3 3 1 1 18/24 75

    ZAMIR

    PRA 0 0 0 0 0 0 0 0 0/8 0

    PASCA 3 3 1 3 2 3 3 2 20/24 83

    ALIYA

    PRA 0 0 0 0 0 0 0 0 0/8 0

    PASCA 3 3 3 3 3 3 3 3 24/24 100

    RABIATUL

    PRA 0 0 0 0 0 0 0 0 0/8 0

    PASCA 3 2 2 3 2 2 3 2 19/24 79

  • SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

    263

    digunakan, keputusan membuktikan bahawa penggunaan kaedah Cross-ticking Method telah membantu dalam menyelesaikan penambahan pecahan wajar yang tidak sama

    penyebut.

    RUJUKAN

    Hazwany Abd Karim (2012) Penggunaan Times Squares Method Dalam Membantu Menyelesaikan Soalan Penambahan Pecahan Wajar Yang Tidak Sama Penyebut Bagi

    Murid Lemah Tahun 4 Arif Sk Pagar Besi, Ipg Kampus Dato Razali Ismail

    Baynes, K. And Macintyre, J. (1990) Signs Of Design: An Introduction, London: Newgate

    Press Ltd