40 soalan latih tubi tatabahasa kata ganda

7
40 Soalan Latih Tubi Tatabahasa | PENGGANDAAN KATA GANDA Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai. 1 Petani memasang __________ di tengah sawah untuk menakutkan burung. A kisi-kisi B orang-orang C tupai-tupai D layang-layang 2 Pawagam menjadi ___________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai ditayangkan. A riuh-rendah B gelap-gelita C porak-peranda D terang-benderang 3 Baju Jaswan Singh ___________ kerana terkena warna air ketika menyertai aktiviti mewarna. A comot-momot B koyak-rabak C serba-serbih D compang-camping 4 Ideanya telah ditolak _________ oleh majikannya. A hidup-hidup B bulat-bulat C betul-betul D terang-benderang 5 Pak Chee suka makan sup ____________ ikan. A bebola B jejari C dedaun D kekabu 6 Mereka ketawa ___________ apabila menonton filem komedi lakonan Tan Sri P. Ramlee. A teresak-esak

Upload: twin-sis

Post on 22-Jul-2015

252 views

Category:

Education


24 download

TRANSCRIPT

Page 1: 40 soalan latih tubi tatabahasa kata ganda

40 Soalan Latih Tubi Tatabahasa | PENGGANDAAN

KATA GANDA

Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai.

1 Petani memasang __________ di tengah sawah untuk menakutkan

burung. A kisi-kisi B orang-orang

C tupai-tupai D layang-layang

2 Pawagam menjadi ___________ setelah lampu dipasang menandakan

filem telah selesai ditayangkan.

A riuh-rendah B gelap-gelita C porak-peranda

D terang-benderang

3 Baju Jaswan Singh ___________ kerana terkena warna air ketika menyertai aktiviti

mewarna. A comot-momot

B koyak-rabak C serba-serbih D compang-camping

4 Ideanya telah ditolak _________ oleh majikannya.

A hidup-hidup B bulat-bulat

C betul-betul D terang-benderang

5 Pak Chee suka makan sup ____________ ikan.

A bebola B jejari C dedaun

D kekabu

6 Mereka ketawa ___________ apabila menonton filem komedi lakonan Tan Sri P. Ramlee.

A teresak-esak

Page 2: 40 soalan latih tubi tatabahasa kata ganda

B terkebil-kebil C terbahak-bahak

D tergelak-gelak

7 Kemalangan sering berlaku di jalan yang __________ itu. A berkelip-kelip

B berpinar-pinar C berderet-deret

D berliku-liku 8 Bantal yang berisi __________ amat lembut sekali.

A dedaun B kekabu

C bebola D bebiri

9 Ayah menyapu __________ kering yang gugur dari pohon manggis itu.

A dedaun B kekabu C bebola

D bebiri

10 Keadaan menjadi _________ apabila sebuah pesawat merempuh bangunan pencakar

langit itu. A haru-biru

B keluh-kesah C kusut-masai D tunggang-langgang

11 Sereena membalut hadiah itu ___________.

A kemas-kemas B ketat-ketat

C kuat-kuat D erat-erat

12 Sebilangan besar murid sekolah itu mengalami __________ akibat keracunan makanan.

A lemah-longlai B lemah-gemalai

C hiruk-pikuk D cirit-birit

13 Sheela menangis __________ apabila menyedari cintanya terhadap

Page 3: 40 soalan latih tubi tatabahasa kata ganda

pemuda itu tidak berbalas.

A tercungap-cungap B terbahak-bahak

C teresak-esak D tersipu-sipu

14 Setiap hari kami terpaksa __________ di kawasan perkuburan itu kerana

jalan itu merupakan jalan pintas. A ulang-alik

B bolak-balik C mundar-mandir

D lalu-lalang

15 Daerah Kuala Kangsar terkenal dengan penghasilan __________ Sayong yang

digunakan untuk menyimpan air minuman. A kekuda B sesiku

C kekisi D lelabu

16 Berbasikal secara ____________ di jalan raya boleh mengundang

kemalangan. A bersaing-saing

B berbaris-baris C berluncur-luncur D berderet-deret

17 Banyak __________ rendang yang ditahan di kawasan rekreasi itu.

A dedahan B pepohon

C dedaun D reranting

18 Ada sebuah busut __________ di bawah pokok ketapang itu. A jentik-jentik

B pijat-pijat C anai-anai

D kura-kura

19 Keluarga Encik Zain seronok ___________ di kawasan air terjun yang popular itu.

Page 4: 40 soalan latih tubi tatabahasa kata ganda

A ulang-alik B lalu-lalang

C mundar-mandir D mandi-manda

20 Muka Aliyah menjadi ___________ apabila diusik oleh rakan-rakannya.

A kebiru-biruan B kemalu-maluan

C keanak-anakan D kemerah-merahan

21 Rancangan itu dilakukan secara __________ sehingga tiada sesiapa pun yang

mengetahuinya. A lambat-laun

B sorok-sorok C senyap-senyap

D sayup-sayup 22 Rambut budak lelaki itu kelihatan __________ kerana tidak disisir.

A kusut-masai B serba-serbih

C comot-momot D compang-camping

23 Polis telah __________ tembakan dengan perompak dalam insiden

rompakan kedai emas kelmarin. A bertukar-tukar

B berhujah-hujah C berbalas-balas

D berganti-ganti

24 Aiman lari __________ melarikan diri apabila dikejar seekor anjing liar. A riuh-rendah

B lintang-pukang C kumat-kamit D lalu-lalang

25 Pengusaha kantin menjadi __________ apabila penyelia kesihatan

membuat pemeriksaan kebersihan.

A huru-hara B remeh-temeh

Page 5: 40 soalan latih tubi tatabahasa kata ganda

C kelam-kabut D kacau-bilau

26 Pendapat pemuda itu telah ditolak __________ oleh majikannya.

A mentah-mentah B senang-senang

C semua-semua D betul-betul

27 Adik berjalan __________ ke sekolah kerana kakinya terseliuh akibat terjatuh dari

tangga semalam. A terkial-kial

B tersekat-sekat C terhuyung-hayang

D terhincut-hincut

28 Saya suka __________ di pasar raya Jaya Jusco A berulang-alik B meliang-liuk

C bersiar-siar D membeli-belah

29 Dedaun kelapa __________ ditiup angin sepoi–sepoi bahasa.

A berkibar-kibar B meliang-liuk

C bersiar-siar D membeli-belah

30 Kilang simen itu mengeluarkan __________ asap ke udara. A bergumpal-gumpal

B bersimpul-simpul C berkepul-kepul

D berketul-ketul

31 Adi memeluk pinggang ayahnya __________ ketika membonceng motorsikal ayahnya. A erat-erat

B dekat-dekat C betul-betul

D diam-diam

32 Hal yang __________ tidak sepatutnya dibincangkan dalam mesyuarat tadi.

Page 6: 40 soalan latih tubi tatabahasa kata ganda

A hangar-bingar B kucar-kacir

C dolak-dalik D remeh-temeh

33 Pakaian di dalam mesin basuh itu __________ ketika dicuci.

A berketul-ketul B berbonggol-bonggol

C bergumpal-gumpal D bersimpul-simpul

34 Menjelang pilihan raya yang ke-12, orang ramai __________ keluar untuk mendengar

ceramah yang disampaikan oleh calon–calon yang bertanding. A berhimpit-himpit

B berpusu-pusu C berebut-rebut

D berbaris-baris 35 Pembalakan haruslah dijalankan secara terancang supaya __________

tidak kelihatan gondol.

A rumput-rampai B gunung-ganang

C semak-samun D bukit-bukau

36 Tangan datuk __________ akibat daripada menghidap penyakit Parkinson.

A terketar-ketar B tergigil-gigil

C termangu-mangu D terkial-kial

37 Wajah Intan Suraya __________ apabila mendapat hadiah sempena hari

jadinya yang ke-14. A berseri-seri

B berkilau-kilau C berpinar-pinar

D bersinar-sinar

38 Jalur Gemilang kelihatan __________ apabila ditiup angin. A berbuai-buai

Page 7: 40 soalan latih tubi tatabahasa kata ganda

B berkibar-kibar C bergoyang-goyang

D bergerak-gerak

39 Muka petinju itu __________ akibat tumbukan pihak lawan. A calar-balar

B bengkak-bengkil C comot-momot

D bengkang-bengkok 40 Samira _________ dilanggar kereta ketika sedang melintas jalan raya

yang sibuk itu. A dekat-dekat

B kadang-kadang C nyaris-nyaris

D hampir-hampir

| SELAMAT MENCUBA SEMOGA BERJAYA |