4.0 fokus kajian

3
4.0 Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran kajian ini adalah murid Tahun 3 Juara seramai 6 orang dalam mendapatkan maklum balas kajian. Kumpulan sasaran ini terdiri daripada 4 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan. 6 orang murid ini berlatar belakangkan pelajar yang tinggal di luar bandar. Pencapaian akedemik bagi kumpulan sasaran adalah sederhana. Keputusan pencapaian sains dalam ujian yang lepas menjadi bahan pengukuran tahap pencapaian awal murid dalam mata pelajaran sains. Murid Pencapai ujian OTI 1 M1 54 C M2 48 C M3 48 C M4 56 C M5 58 C M6 46 C

Upload: amirul-hakim

Post on 04-Aug-2015

29 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: 4.0 fokus kajian

4.0 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran kajian ini adalah murid Tahun 3 Juara seramai 6 orang dalam

mendapatkan maklum balas kajian. Kumpulan sasaran ini terdiri daripada 4 orang murid

lelaki dan 2 orang murid perempuan. 6 orang murid ini berlatar belakangkan pelajar

yang tinggal di luar bandar. Pencapaian akedemik bagi kumpulan sasaran adalah

sederhana. Keputusan pencapaian sains dalam ujian yang lepas menjadi bahan

pengukuran tahap pencapaian awal murid dalam mata pelajaran sains.

Murid Pencapai ujian OTI 1

M1 54 C

M2 48 C

M3 48 C

M4 56 C

M5 58 C

M6 46 C

Namun begitu, tinjauan melalui pemerhatian merupakan instrumen terpenting

dalam pemilihan respoden saya.

Page 2: 4.0 fokus kajian

Antara pemerhatian terhadap pelajar ini ialah sukar memberikan tumpuan semasa

pembelajaran. Contohnya murid M1 mudah hilang tumpuan dengan memandang

keluar tingkap semasa saya sedang mengajar. Teguran kerap kali diberikan bagi

mengatasi masalah ini. Namun perkara yang sama tetap berlaku. Manakala murid M2

pula kerap lambat mengeluarkan buku dari beg setiap kali saya memulakan

pengajaran. Ini bermakna setiap kali saya masuk mengajar pelajar tidak mempunyai

kesediaan untuk menerima pengajaran saya.

Manakala murid M3 pula kelihatan tidak bersemangat semasa pengajaran saya.

Ini dapat saya perhatikan apabila saya menyoal soalan. Murid ini memberikan jawapan

dengan suara yang perlahan dan sukar difahami buah butir perkataan yang

dikeluarkan. Tidak menampakkan keyakinan dengan jawapan yang diberikan.

Responden yang saya pilih juga tidak memegang apa-apa jawatan di dalam mahupun

di luar kelas. Kemungkinan faktor kurang minat terhadap pelajaran dan juga kurang

yakin pada diri sendiri menyebabkan murid ini mempunyai masalah pembelajaran serta

motivasi yang rendah.