4.0 pembaikpulihan

15
1 / 15 Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III Bab 4 Pembaikpulihan Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan 4.0 PEMBAIKPULIHAN Tempat-tempat berkepentingan budaya mengambarkan kepelbagaian masyarakat kita, memberitahu kita siapa kita dan masa lampau yang telah membentuk masyarakat kita dan landskap setempat. Tempat-tempat yang mempunyai kepentingan budaya tidak boleh ditukar ganti dan sangat bernilai. Tempat-tempat berkepentingan budaya ini hendaklah dilindungi dan langkah-langkah pembaikpulihan perlulah diambil supaya ia terus kekal untuk generasi masa kini dan masa hadapan. Tempat-tempat yang mempunyai kepentingan budaya (cultural significant) dapat meningkatkan kehidupan manusia, sentiasa mewujudkan satu kesedaran mengenai hubungan yang mendalam dan berinspirasi kepada masyarakat dan landskap, dengan keadaan masa lalu dan pengalaman-pengalaman hidup. Ia merupakan rekod-rekod bersejarah sebagai gambaran sebenar identiti dan pengalaman masyarakat setempat. 4.1 Kriteria–kriteria Pembaikpulihan Proses pembaikpulihan lazimnya seperti mana yang diterangakan dalam ”Burra Charter” adalah terbahagi kepada empat kategori dan mempunyai piawaian-piawaian tertentu yang perlu digunakan di dalam menilai cadangan projek, dan di dalam perancangan serta pelaksanaannya. Kategori-kategori tersebut ialah : 4.1.1 Pemeliharaan (preservation) 4.1.2 Pengekalan (rehabilitation) 4.1.3 Pemulihan (restoration) 4.1.4 Membina semula (reconstruction) 4.1.1. Pemeliharaan (preservation) Pemeliharaan adalah satu proses mengekalkan kerektor dan integriti sediada sesebuah landskap budaya dengan menghalang dan menghentikan kerosakan yang disebabkan oleh faktor-faktor semulajadi dan penggunaan sehari-harian. Proses tersebut termasuklah penyelenggaraan dan penstabilan. Penyelenggaraan merupakan aktiviti mengurangkan penggunaan dan kerosakan secara sistematik sesebuah landskap budaya dengan mempertahankan keadaannya. Di dalam usaha mewujudkan landskap yang dinamik, penyelenggaraan adalah sesuai bagi pemeliharaan jangka masa panjang terhadap ciri-ciri individu dan integriti keseluruhan landskap. Penstabilan

Upload: mohd-rashidi-bin-zainal-abidin

Post on 12-Jun-2015

443 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 4.0  Pembaikpulihan

1

/ 15 Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III Bab 4 Pembaikpulihan

Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan

4.0 PEMBAIKPULIHAN

Tempat-tempat berkepentingan budaya mengambarkan

kepelbagaian masyarakat kita, memberitahu kita siapa kita dan

masa lampau yang telah membentuk masyarakat kita dan

landskap setempat. Tempat-tempat yang mempunyai

kepentingan budaya tidak boleh ditukar ganti dan sangat bernilai.

Tempat-tempat berkepentingan budaya ini hendaklah dilindungi

dan langkah-langkah pembaikpulihan perlulah diambil supaya ia

terus kekal untuk generasi masa kini dan masa hadapan.

Tempat-tempat yang mempunyai kepentingan budaya

(cultural significant) dapat meningkatkan kehidupan manusia,

sentiasa mewujudkan satu kesedaran mengenai hubungan yang

mendalam dan berinspirasi kepada masyarakat dan landskap,

dengan keadaan masa lalu dan pengalaman-pengalaman hidup.

Ia merupakan rekod-rekod bersejarah sebagai gambaran sebenar

identiti dan pengalaman masyarakat setempat.

4.1 Kriteria–kriteria Pembaikpulihan

Proses pembaikpulihan lazimnya seperti mana yang

diterangakan dalam ”Burra Charter” adalah terbahagi kepada

empat kategori dan mempunyai piawaian-piawaian

tertentu yang perlu digunakan di dalam menilai

cadangan projek, dan di dalam perancangan serta

pelaksanaannya. Kategori-kategori tersebut ialah :

4.1.1 Pemeliharaan (preservation)

4.1.2 Pengekalan (rehabilitation)

4.1.3 Pemulihan (restoration)

4.1.4 Membina semula (reconstruction)

4.1.1. Pemeliharaan (preservation)

Pemeliharaan adalah satu proses mengekalkan kerektor

dan integriti sediada sesebuah landskap budaya dengan

menghalang dan menghentikan kerosakan yang disebabkan oleh

faktor-faktor semulajadi dan penggunaan sehari-harian. Proses

tersebut termasuklah penyelenggaraan dan penstabilan.

Penyelenggaraan merupakan aktiviti mengurangkan penggunaan

dan kerosakan secara sistematik sesebuah landskap budaya

dengan mempertahankan keadaannya. Di dalam usaha

mewujudkan landskap yang dinamik, penyelenggaraan adalah

sesuai bagi pemeliharaan jangka masa panjang terhadap ciri-ciri

individu dan integriti keseluruhan landskap. Penstabilan

Page 2: 4.0  Pembaikpulihan

2

/ 15 Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III Bab 4 Pembaikpulihan

Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan

merangkumi aktiviti menstabilkan semula kestabilan sesuatu

landskap budaya yang tidak selamat, musnah ataupun yang telah

rosak dan pada masa yang sama mengekalkan karektor asalnya.

4.1.2 Pengekalan (rehabilitation) Pengekalan adalah proses memperbaiki utiliti atau fungsi

sesuatu landskap budaya melalui pembaikan atau pengubahan,

bagi membolehkan kegunaan yang efisyien sementara

memelihara bahagian-bahagian atau ciri-ciri yang penting di

dalam menampakkan kepentingannya. Oleh itu proses-proses

bagi pengekalan adalah melibatkan kerja-kerja pembaikan,

pengubahan dan penambahan.

4.1.3 Pemulihan (restoration)

Pemulihan adalah proses mengambarkan dengan tepat

bentuk, ciri-ciri dan kerektor sesuatu landskap budaya

sebagaimana yang telah wujud pada satu-satu zaman ataupun

berdasarkan kepada rekabentuk binaannya yang asal. Ia mungkin

melibatkan pembinaan semula ciri-ciri sejarah yang hilang dan

penyingkiran mana-mana ciri-ciri yang wujud selepasnya, yang

sebahagiannya mempunyai nilai-nilai kebudayaan.

4.1.4 Membina semula (reconstruction)

Membina balik melibatkan proses

pengambaran bentuk, dan perincian-perincian landskap budaya

yang sudah tiada, atau mana-mana bahagian yang mana, telah

wujud pada satu jangkamasa yang tertentu, ataupun

sebagaimana yang telah dicadangkan berdasarkan rekabentuk

binaan yang asal. Membina semula keseluruhan landskap

biasanya penyelesaian terakhir yang diambil kira bagi mencapai

objektif pengurusan dan akan hanya dilaksanakan selepas

sesuatu polisi telah dibentangkan oleh mana-mana pihak terlibat.

Page 3: 4.0  Pembaikpulihan

3

/ 15 Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III Bab 4 Pembaikpulihan

Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan

4.2 Kaedah Pembaikpulihan Di Kawasan Kampung Kuala Kepis. Setelah melakukan analisa dan mengenalpasti beberapa

kepentingan yang terdapat di Kampung Kuala Kepis, didapati

terdapat beberapa kaedah yang sesuai untuk memastikan

indentiti kepentingan kawasan kajian dapat dikekalkan dengan

berpadukan kepada kaedah pembaikpulihan seperti mana yang

diterangkan “Burra Charter” iaitu:-

4.2.1 Pemuliharaan (rehabilitation)

4.2.2 Pengekalan (rehabilitation)

4.2.3 Pemuliharaan (restoration)

Terdapat dua kawasan yang telah dikenalpasti untuk

melakukan kerja – kerja pembaikpulihan iaitu:-

4.3 Rumah Tradisional Negeri Sembilan (Hjh. Jahara bt. Atin ).

4.4 Kawasan Pertembungan diantara Sungai Muar dan Sungai

Kepis.

4.5 Adat Tradisi dan Budaya.

4.3 Rumah Tradisional Negeri Sembilan (Hjh. Jahara bt. Atin ).

Kaedah Pembaikpulihan : Pemuliharaan,

Pengekalan dan Pemulihan.

Rumah pusaka turun - temurun Hjh. Jahara b. Atin adalah

satu rumah yang terdapat di Kampung Kuala Kepis yang

mempunyai nilai sejarah terhadap sejarah pembukaan kampung.

Berpandukan kepada analisa yang telah dibuat, dipercayai

bahagian rumah ibu pada struktur bangunan rumah tersebut

adalah rumah yang terawal pada era pembukaan Kampung Kuala

Kepis.

Jika dilihat dari segi struktur binaan yang terdapat pada

rumah tersebut, didapati terdapat komponen – komponen yang

terdapat pada bahagian rumah telah rosak. Walaubagaimanapun

pada bahagian terdapat juga komponen – komponen yang masih

lagi kukuh pada bahagian kerangka rumah. Terdapat juga

beberapa perkara luaran yang memburukan lagi keadaan fizikal

dengan wujudnya persekitaran yang semak dan boleh

menjejaskan ‘kualiti visual’ yang terdapat disekitarnya.

Page 4: 4.0  Pembaikpulihan

4

/ 15 Lad 500 Rekabentuk Landskap LanBab 4 Pembaikpulihan

Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan

Oleh kerana itu, rumah yang mempunyai kepentingan dan

nilai sejarah ini haruslah diberi penumpuan yang lebih efektif

kerana keindahan, keunikan, dan indentiti rekabentuk yang

tersendiri. Dengan ini, adalah wajar untuk memberi beberapa

kaedah pembaikpulihan terhadap rumah pusaka tinggalan Uwan

Jahara dan arwah Atok Osman ini ialah pemuliharaan,

pengekalan dan pemulihan.

jutan III

4.3.1 Bumbung Pada bahagian bumbung rumah lama Uwan

Jahara di dapati hampir 50% bahagian bumbungnya telah rosak

akibat hentakan buah kelapa yang jatuh dan disebabkan faktor

cuaca dan peredaran masa. Didapati pada bahagian bumbung

panjang rumah ibu masih lagi berada dalam keadaan baik. Pada

bahagian bumbung pada ruang serambi yang terdiri daripada

hujung serambi dan pangkal serambi didapati telah rosak . Pada

bahagian bumbung di bahagian dapur terdapat bumbung yang

bocor dan berlubang.

Pada bahagian tebar layar atau tubulair adalah diperbuat

dari anyaman buluh. Salah satu dari bahagian tebar layar sudah

rosak menyebabkan tempias air hujan boleh memasuki ruang

rumah ibu. Hal ini boleh mereputkan struktur bahagian lantai.

Komponen – komponen Kerangka pada bahagian

bumbung yang terdiri daripada kekuda, kasau perabung, tunjuk

langit, para adalah masih lagi dalam keadaan baik.

Walaubagaimanapun terdapat juga kayu yang dimakan bubuk.

Ianya perlu diperlihara agar tidak berlaku ke rosakan yang lebih

teruk.

Gambar: keadaan rumah Uwan Jahara yang mempunyai nilai sejarah kepada Kampung Kuala Kepis. Kini rumah yang bersejarah ini ditinggalkan usang. Sumber : Penulis

Page 5: 4.0  Pembaikpulihan

5

/ 15 Lad 500 Rekabentuk Landskap LanBab 4 Pembaikpulihan

Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan

jutan III

4.3.1 (a) Kaedah pembaikpulihan:

i. Pokok kelapa yang berdekatan dengan rumah

ditebang bagi mengelakkan buah kelapa menimpa

bumbung rumah.

ii. Atap – atap yang telah reput dan rosak teruk, ianya

harus diganti dengan atap yang baru dan tahan dalam

jangka masa yang lama tetapi ianya harus

menggunakan bahan dan warna yang sediada untuk

mengekalkan identiti asalnya. Bagi atap yang masih

lagi dalam keadaan elok dari segi fizikalnya tetapi

bocor dengan kadar lubang – lubang kecil atau

tarcabut, ianya harus ditampal dan atap

yang tercabut harus dipaku semula

dengan bahan dan warna yang sama

dengan warna atap yang asal supaya tidak

diterbangkan oleh angin yang kuat.

iii. Bagi kerangka bumbung yang mengalami kerosakan

dan yang telah dimakan bubuk, ianya masih lagi boleh

digunakan kerana kerangkanya masih kukuh.

Walaubagimanapun, kayu – kayu tersebut haruslah

dirawat dengan ati cat seperti syelek dan vernis untuk

menimbulkan menimbulkan seri pada ukiran yang

terdapat pada hujung kekudanya dan hayat kayu

tersebut dapat bertahan lebih lama.

Gambar: Keadaan bumbung rumah yang telah rosak ditimpa buah kelapa dan berkarat boleh mengakibatkan atap reput. Sumber : Penulis

iv. Pada bahagian tebar layar atau tubulair yang telah

rosak, bahan anyaman yang diperbuat daripada buluh

dengan berpandukan kepada bahagian tebar layar

atau tubulair yang masih elok di sebelah hulu

bumbung supaya bentuk asal tebar layar dapat

dikekalkan.

Page 6: 4.0  Pembaikpulihan

6

/ 15 Lad 500 Rekabentuk Landskap LanBab 4 Pembaikpulihan

Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan

jutan III

4.3.2 Bahagian Dinding Pada bahagian dinding rumah, terdapat dua

bahan yang berlainan tetapi masih mengunakan kayu sebagai

bahan binaan. Pada bahagian rumah ibu, kulit kayu kopong telah

dijadikan sebagai dinding manakala pada bahagian serambi dan

dan bahagian dapur, papan lapis telah digunakan sebagai

dinding.

Gambar: Tabar layar atau tubulair yang terdapat pada sebelah hulu bumbung menjadi panduan yang diperbuat daripada anyaman buluh. Sumber : Penulis

Keadaan dinding rumah ibu adalah masih elok dan tidak

rosak. Akan tetapi, pada bahagian dinding yang terdapat pada

bahagian pangkal serambi dan hujung serambi telah rosak dan

hilang. Pada asalnya pada dinding pada bahagian serambi

mempunyai ruang terbuka yang dipanggil sebagai lompa.

Gambar: Dinding pada bahagian rumah ibu masih elok dan ianya adalah bentuk yang asal seperti mana yang diterangkan oleh pemiliknya. Sumber : Penulis

Gambar: Pokok kelapa yang berhampiran dengan rumah harus ditebang sebagai langkah keselamatan dan tidak merosak bumbung rumah akibat ditimpa buahnya. Sumber : Penulis

Page 7: 4.0  Pembaikpulihan

7

/ 15 Lad 500 Rekabentuk Landskap LanBab 4 Pembaikpulihan

Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan

4.3.2 (a) Kaedah pembaikpulihan:

jutan III

i. Mencari semula kayu – kayu yang mungkin tercabut

dan masih boleh digunakan yang terdapat disekitar

kawasan rumah.

ii. Komponen bahagian dinding yang telah reput akan

diganti dengan komponen dinding baru tetapi warna

dan jenis kayu yang sama digunakan.

iii. Mengecat semula dinding rumah dengan anti cat

seperti ‘varnis’, ‘Shelex’, ‘acrylic’ untuk mengilatkan

dan memberi kekemasan. Ianya bertujuan untuk

memanjangkan hayat dinding dan dapat menonjolkan

bahan dinding yang digunakan.

iv. Dinding pada rumah ibu yang berkulat hendaklah

dicuci dengan peluntur dan mengosoknya dengan

berhati – hati tanpa merosakkan struktur asalnya.

Gambar: Dinding pada bahagian pangkal serambi telah rosak dan hilang perlu diganti dengan bahan dinding yang sama. Sumber : Penulis

Gambar: Hanya terdapat dua papan lapis yang disusun secara mendatar dan perlu ditambah sehingga ke aras para serambi. Sumber : Penulis

Page 8: 4.0  Pembaikpulihan

8

/ 15 Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III Bab 4 Pembaikpulihan

Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan

4.3.3 Tiang Rumah. Rumah tinggalan Uwan Jahara ini adalah merupakan

rumah tiang 16 kerana pembinaan rumahnya yang terlalu besar

pada rumah ibunya. Pada masa dahulu pembinaan rumah adalah

sangat mengambil kira ketinggian tiang rumah dari paras bumi

kerana sebagai faktor keselamatan dari binatang buas yang

merayak pada sesuatu ketika.

Tiang – tiang yang digunakan adalah diperbuat dari kayu

Ponak yang diambil dari hutan pada masa dahulu. Bentuk tiang

yang unik yang berkentuk tuang pecah lapan adalah hanya

terdapat satu – satunya di Kampung Kuala Kepis.

Namun kini tiang yang tiang – tiang yang terdapat di

rumah tersebut sedah berkulat dan ditumbuhi oleh lumut.

Walaubagaimanapun, tiang tersebut masih lagi kukuh dan kuat

untuk menampung baban rumah dan tidak pernah dimakan anai –

anai sejak rumah tersebut ditinggalkan usang.

Boleh dikatakan semua tiang – tiang di rumah Uwan

Jahara telah dialas dengan simen buku. Walaubagaimanapun,

simen buku tersebut telah ditumbuhi oleh lumut dan terdapat juga

yang telah pecah dan juga yang telah hilang. Hal ini,

sedikit sebanyak menyebabkan kawasan rumah

tersebut tidak stabil dan telah menyebabkan

kerosakkan pada bahagian hujung serambi.

4.3.3 (a) Kaedah pembaikpulihan:

i. Membersihkan segala kesan kulat dan lumut yang

terlekat pada tiang –tiang rumah dengan peluntur dan

mengosoknya dengan berhati – hati tanpa

merosakkan struktur asalnya.

ii. Menggantikan alas tiang rumah dengan batu buku

yang baru demi menjaga keselamatan dan juga

kekukuhan rumah tersebut.

iii. Walaupun semua tiang – tiang di rumah tersebut tidak

diserang anai – anai tetapi langkah – langkah untuk

merawat tiang – tiang dengan racun anai – anai perlu

dilakukan.

iv. Mengecat semula dinding rumah dengan anti cat

seperti ‘varnis’, ‘Shelex’, ‘acrylic’ untuk mengilatkan

Page 9: 4.0  Pembaikpulihan

9

/ 15 Lad 500 Rekabentuk Landskap LanBab 4 Pembaikpulihan

Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan

dan memberi kekemasan. Ianya bertujuan untuk

memanjangkan hayat tiang

jutan III

4.3.4 Tangga Kebanyakan tangga yang terdapat di Kampung Kuala

Kepis adalah setinggi tingkat anak tangga sahaja. Keadaan

tangga di rumah Uwan Jahara sudah tidak wujud lagi dan

komponen – komponen tangga tersebut telah hilang. Menurut

Uwan Jahara yang mengambarkan keadaan tangganya pada

masa lampau menyatakan bahawa terdapat 5 anak

tangga yang terletak terus pada permukaan bumi.

Jenis kayu yang digunakan ialah jenis kayu Resak

akan tetapi kayu tersebut telah hilang. Menurutnya tangga

tersebut adalah berbentuk seperti tiang rumah yang terdapat

pada rumah ibu berbentuk tiang pecah lapan dan hanya

menggunakan pasak paku kayu.

4.3.4 (a) Kaedah pembaikpulihan:

i. Membina semula tangga seperti mana yang telah

digambarkan oleh pemiliknya iaitu Uwan Jahara.

Gambar: Tiang – tiang rumah yang telah berkulat dan beralas dengan seketul simen buku. Sumber : Penulis

ii. Kayu Resak yang digunakan hendaklah dirawat

dengan racun anai – anai dan kulat supaya kekal

lama.

iii. Mengecat tangga yang akan dibina dengan cat

pengilat seperti ‘varnis’, ‘Shelex’, ‘acrylic’ sebagai

kekemasannya.

Page 10: 4.0  Pembaikpulihan

10

/ 15 Lad 500 Rekabentuk Landskap LanBab 4 Pembaikpulihan

Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan

jutan III

4.3.5 Tingkap. Pada rumah ibu yang terdapat pada rumah Uwan Jahara,

hanya terdapat sekeping tingkap kecil yang terletak tinggi dari

paras lantai. Hal ini sudah menjadi ciri –ciri senibina rumah

Melayu Negeri Sembilan yang menyatakan bahawa pada rumah

ibu hanya boleh diletakkan sebuah tingkap yang bersaiz yang

terletak tinggi dari paras lantai yang bertujuan untuk pencahayaan

dan pengaliran udara.

Terdapat juga tingkap jenis kesisi yang

terletak di bahagian depan serambi. Semestinya

rumah Melayu Negeri Sembilan mempunyai banyak

tingkap atau ruang terbuka yang dipanggil sebagai lompa.

Komponen – komponen yang terdapat pada tingkap

seperti ensel, selak sudah tidak berfungsi lagi.

Walaubagimanapun, struktur binaan seperti kayu masih lagi

dalam keadaan baik akan tetapi ciri fizikalnya telah berkulat dan

wajar untuk dipulihara.

Gambar: Lokasi tangga yang akan dibina semula yang terletak di hadapan pintu serambi. Sumber : Penulis

4.3.5 (a) Kaedah pembaikpulihan:

i. Membaiki engsel – engsel dan selak yang terdapat

pada tingkap supaya ianya berfungsi dengan baik.

ii. Membersihkan kayu tingkap yang telah berkulat

dengan cara mencuci dan menggosok tanpa

merosakkan struktur asalnya.

iii. Mengecat semula dinding rumah dengan anti cat

seperti ‘varnis’, ‘Shelex’, ‘acrylic’ untuk mengilatkan

dan memberi kekemasan.

Page 11: 4.0  Pembaikpulihan

11

/ 15 Lad 500 Rekabentuk Landskap LanBab 4 Pembaikpulihan

Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan

jutan III

Gambar: Engsel – engsel tingkap tidak berfungsi menyebabkan tingkap sukar untuk dibuka. Sumber : Penulis

Gambar: Tingkap dan kayu kesisi masih elok akan tetapi telah diserang kulat. Sumber : Penulis

Gambar: Tingkap kecil di bahagian rumah ibu harus dikekalkan untuk menjaga ciri – ciri senibinanya. Sumber : Penulis

Page 12: 4.0  Pembaikpulihan

12

/ 15 Lad 500 Rekabentuk Landskap LanBab 4 Pembaikpulihan

Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan

4.4 Kawasan Pertembungan Diantara Sungai Muar Dan Sungai Kepis.

Kaedah Pembaikpulihan : Pengekalan dan Pemulihan.

Kampung Kuala Kepis adalah diberi nama semperna

pertembungan diantara dua sungai iaitu Sungai Muar dan Sungai

Kepis yang terletak diantara sepadan Kampung Bukit Tempurung

dengan Kampung Kuala Kepis.

Lokasi tersebut adalah terletak di sebuah kawasan rizab

hutan yang kaya dengan aam semulajadi yang terdiri dari

paelbagai spisies flora dan fauna.

Maka dengan wajudnya sebuah kawasan hutan dan

kawasan tersebut merupakan nilai sejarah terhadap sejarah

pembukaan Kampung Kuala Kepis maka adalah wajar untuk

wartakan sebagai kawasan bersejarah dan beberapa

pembangunan tanpa menjejaskan ekosistem sedia ada.

jutan III

Menurut ketua kampung, kawasan ini sering dinaiki air

sehingga ke tebing sungai dan berselut. Terdapat juga sampah

sarap yang dibuang oleh penduduk kampung dan juga aktiviti

mengambil buluh yang dijalankan berhampiran dengan lokasi

bersejarah tersebut. Kesan daripada aktiviti yang

dinyatakan tersebut, Sungai Muar menjadi cetek

sering dinaiki air. Aspek fizikal pada Sungai Kepis

juga menjadi mengecil dan ditumbuhi dengan tumbuh –

tumbuhan semulajadi menyukarkan pengaliran air untuk terus ke

Sungai Muar.

4.4.1 Kaedah pembaikpulihan:

i. Pengekalan dan Pemulihan kawasan semulajadi yang

mempunyai latarbelakang sejarah yang tersendiri

hendaklah mengikut garis panduan yang akan

dicadangkan untuk mengekalkan ekosistem dan

kawasan persekitarannya.

Gambar: Kawasan ini harus dipullihara kerana mempunyai nilai sejarah setempat dan menjaga ekosistem yang terdapat di situ. Sumber : Penulis

Page 13: 4.0  Pembaikpulihan

13

/ 15 Lad 500 Rekabentuk Landskap LanBab 4 Pembaikpulihan

Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan

4.5 Adat Tradisi dan Budaya.

jutan III

Kaedah Pembaikpulihan : Pemeliharaan, Pengekalan

dan Pemulihan.

Kampung Kuala Kepis mempunyai identiti yang tersendri

kerana mempunyai amalan dan adat tradisi yang unik seperti

amalan pantang larang, kebudayaan dan kesenian. Adalah amat

wajar untuk dipelihara dan dikekalkan untuk menjadi warisan

pada masa hadapan. Generasi pelapis kampung tersebut sedang

dang munuju ke arah dunia moden tanpa menghiraukan keunikan

tradisi yang telah lama bersemadi di kampung tersebut. Dengan

itu, amatlah wajar untuk dipulihara untuk menjaga warisan yang

telah diperturunkan sejak era pembukaan Kampung Kuala Kepis.

4.5.1 Kaedah pembaikpulihan:

i. Mengadakan banyak aktiviti yang bercorakkan

kebudayaan dan kesenian yang terdapat di Kampung

Kuala Kepis untuk dihidupkan semula zaman

kegemilangan tradisi dan budaya di kampung tersebut.

Gambar: Hj. Arob adalah seorang yang boleh menjalankan upacara berandoi akan tetapi beliau bimbang kerana tiada generasi muda yang ingin mewarisi kebudayaan tersebut. Sumber : Penulis

Gambar: Setelah kematian Ahmad b Ismail, tiada lagi pewaris untuk menyambung kesenian berbongai di Kampung Kuala Kepis. Sumber : Laman web

Page 14: 4.0  Pembaikpulihan

14

/ 15 Lad 500 Rekabentuk Landskap LanBab 4 Pembaikpulihan

Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan

jutan III

Gambar: Setelah kematian Arwah Mohd Amin b. Badul tiada lagi pewaris untuk menyambung kesenian silat. Kini kebanyakan anak muridnya tidak lagi menetap di Kampung Kuala Kepis. Sumber : Penulis dan laman web

Page 15: 4.0  Pembaikpulihan

15

/ 15 Lad 500 Rekabentuk Landskap LanBab 4 Pembaikpulihan

Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan

4.5 Peta Lokasi Pembaikpulihan Di Kampung Kuala Kepis

jutan III

Petunjuk:-

Rumah Uwan Jahara

Kawasan Pertembungan

Diantara Sungai Muar Dan

Sungai Kepis.

Pelan : Kedua – dua kepentingan ini haruslah dijaga dan dipelihara agar ianya berkekalan untuk generasi pelapis akan datang.