4. perlembagaan persekutuan kedudukan … persekutuan.pdf · kedudukan kementerian kerja raya di...

1
20 Panduan Mengenai Bidang Kuasa Menteri & Pegawai Pengawal Kementerian Kerja Raya 4. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 4.1. Kedudukan Kementerian Kerja Raya di dalam Perlembagaan Persekutuan a. Perkara 74 dan 77 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan mengenai hal perkara undang-undang Persekutuan dan Negeri dan kuasa baki perundangan yang bertujuan untuk menjelaskan bidang kuasa yang berkaitan dengan Persekutuan dan Negeri. b. Senarai 1 (Senarai Persekutuan) dalam Jadual Ke-9, Perlembagaan Persekutuan menyenaraikan perkara-perkara berikut yang berkaitan dengan Kementerian Kerja Raya dan Agensinya. i. Butiran 10 : Perhubungan dan pengangkutan, termasuk: jalan, jambatan, feri dan cara perhubungan yang lain jika diisytiharkan sebagai Persekutuan oleh atau di bawah undang-undang Persekutuan. ii. Butiran 11 : Kerja-kerja dan kuasa Persekutuan, termasuk a) Kerja raya bagi maksud Persekutuan iii. Butiran 12 : Tinjauan, siasatan dan penyelidikan, termasuk: c) Penyelidikan sains dan teknik c. Bagi fungsi yang berkaitan dengan JKR Negeri pula, Senarai II (Senarai Negeri) Jadual ke-9, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan peruntukan yang agak sama tetapi ianya adalah terhad kepada maksud Negeri. Peruntukan dalam Senarai II (Senarai Negeri) Jadual ke-9 adalah seperti berikut: i. Butiran 6 : Kerja-kerja Negeri dan air iaitu: (a) Kerja raya bagi maksud Negeri; (b) Jalan, jambatan dan feri selain yang ada dalam Senarai Persekutuan, pengawalseliaan berat dan kelajuan kenderaan di atas jalan itu; (c) Tertakluk kepada Senarai Persekutuan, air (termasuk bekalan air, sungai dan terusan); pengawalan kelodak; hak riparia d. Berkenaan dengan fungsi JKR Persekutuan & JKR Negeri mengenai bekalan dan perkhidmatan air, pindaan telah dibuat kepada :– i. Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 2) 2004 [P.U. (A) 206/2004] di mana, perkara mengenai “mengendalikan dan menyenggara sistem bekalan air” diletakkan di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Justeru itu, JKR tidak lagi menjalankan apa-apa fungsi berkaitan dengan air.

Upload: hoanghanh

Post on 08-Feb-2018

290 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 4. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Kedudukan … Persekutuan.pdf · Kedudukan Kementerian Kerja Raya di dalam Perlembagaan Persekutuan a. ... perkara undang-undang Persekutuan dan Negeri

20

Panduan Mengenai Bidang Kuasa Menteri &

Pegawai Pengawal Kementerian Kerja Raya

4. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

4.1. Kedudukan Kementerian Kerja Raya di dalam Perlembagaan Persekutuan

a. Perkara 74 dan 77 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan mengenai hal

perkara undang-undang Persekutuan dan Negeri dan kuasa baki perundanganyang bertujuan untuk menjelaskan bidang kuasa yang berkaitan denganPersekutuan dan Negeri.

b. Senarai 1 (Senarai Persekutuan) dalam Jadual Ke-9, Perlembagaan Persekutuanmenyenaraikan perkara-perkara berikut yang berkaitan dengan Kementerian Kerja

Raya dan Agensinya.

i. Butiran 10 : Perhubungan dan pengangkutan, termasuk: jalan, jambatan,

feri dan cara perhubungan yang lain jika diisytiharkan sebagaiPersekutuan oleh atau di bawah undang-undang Persekutuan.

ii. Butiran 11 : Kerja-kerja dan kuasa Persekutuan, termasuka) Kerja raya bagi maksud Persekutuan

iii. Butiran 12 : Tinjauan, siasatan dan penyelidikan, termasuk:c) Penyelidikan sains dan teknik

c. Bagi fungsi yang berkaitan dengan JKR Negeri pula, Senarai II (Senarai Negeri)

Jadual ke-9, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan peruntukan yang agaksama tetapi ianya adalah terhad kepada maksud Negeri. Peruntukan dalam SenaraiII (Senarai Negeri) Jadual ke-9 adalah seperti berikut:

i. Butiran 6 : Kerja-kerja Negeri dan air iaitu:(a) Kerja raya bagi maksud Negeri;(b) Jalan, jambatan dan feri selain yang ada dalam Senarai

Persekutuan, pengawalseliaan berat dan kelajuankenderaan di atas jalan itu;

(c) Tertakluk kepada Senarai Persekutuan, air (termasukbekalan air, sungai dan terusan); pengawalan kelodak; hakriparia

d. Berkenaan dengan fungsi JKR Persekutuan & JKR Negeri mengenai bekalan danperkhidmatan air, pindaan telah dibuat kepada :–

i. Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 2) 2004 [P.U. (A)206/2004] di mana, perkara mengenai “mengendalikan dan menyenggara

sistem bekalan air” diletakkan di bawah Kementerian Tenaga, Air danKomunikasi. Justeru itu, JKR tidak lagi menjalankan apa-apa fungsiberkaitan dengan air.