4 perbincangan
DESCRIPTION
Perbincangan Projek WargaTRANSCRIPT
4.0 Perbincangan Dapatan Kajian
4.1 Demografi
Pelajar kajian ini merupakan sekolah di daerah Timur Laut iaitu pelajar-pelajar SMK
(P) St George (SGGS). Responden ini adalah daripada pelbagai latar belakang tanpa
mengira bangsa, agama dan jantina.
4.2 Rumusan, Cadangan dan Kesimpulan
Secara keseluruhannya, projek warga ini adalah untuk mengkaji tentang sebabnya
obesiti dalam kalangan pelajar di Georgetown Daerah Timur Laut, serta mencadangkan
langkah-langkah yang berkesan bagi mengatasi masalah ini.
Masalah kegemukan dan obesiti semakin meningkat saban tahun. Selama ini,
kerajaan kita telah mengambil langkah untuk mengatasi masalah ini. Contohnya, Dasar
Pemakanan Kebangsaan Malaysia telah dijalankan sejak sekian lama. Namun, masih
kurang nampak keberkesanannya. Usaha kerajaan untuk memastikan kesejahteraan
penduduk dicapai dan dikekalkan melalui pemakanan. Hal ini demi untuk mencegah dan
mengawal penyakit-penyakit berkaitan pemakanan melalui makanan dan amalan
pemakanan sihat.
Oleh hal yang demikian, kami telah mengemukakan beberapa cadangan supaya
pelajar dapat mengamalkan pemakanan sihat dan sempurna. Dasar-dasar yang kami
cadangkan ialah Program “STOP”, Satu Pelajar Satu Buku dan Program “Akademi
Buku”. Dasar yang telah kami bangunkan sebagai polisi kelas ialah Program “STOP”.
1
Program STOP ialah merupakan satu program untuk menggalakkan pelajar
merancang dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti pemakanan bagi pencegahan
dan pengawalan obesiti dalam kalangan pelajar. Di bawah program ini, pelajar diminta
untuk mengamalkan pemakanan yang sihat dan sempurna.
Selepas memilih polisi kelas, kami telah mencadangkan cara-cara untuk
mewartakan polisi ini. Antaranya ialah melalui kertas kerja. Kertas kerja ini akan
dibentangkan oleh pihak pengurusan sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian
Pelajaran Malaysia bagi meraihkan sokongan mereka bagi polisi kita. Seandainya polisi
ini diterima, ia akan dilaksanakan di semua sekolah seluruh Malaysia. Inilah harapan kita
untuk membangunkan pelajar yang mencegah dan mengawal penyakit-penyakit berkaitan
pemakanan melalui makanan dan amalan pemakanan sihat. Tidak hairanlah jika
ungkapan “Bulan semakin terang, bayang kian jelas” sering kali kita gunakan untuk
menunjukkan betapa pentingnya amalan pemakanan dalam penjagaan kesihatan kendiri..
Pihak sekolah tidak harus bersikap sambalewa atau sekadar melepaskan batuk di tangga.
Namun begitu, sokongan daripada ibu bapa juga penting untuk menjayakan dasar ini kerana
bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Dalam kalangan keterer, operator serta pengendali
makanan yang menyediakan makanan dan kerajaan merancang dan melaksanakan penyelidikan
dan latihan berkaitan promosi pemakanan. Mudah-mudahan, hasrat kita untuk melahirkan modal
insan yang meningkatkan kesedaran dalam pemakanan yang baik untuk penjagaan kesihatan
kendiri.
2