4. kemahiran pengurusan

27
1 MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Tn.Hj Ramli Bin Ismail – SMK. Sg.Pasir Jamaludin Mohd Noh- SMK Baling. Mohd Fuad Abd.Latif- SMK.Padang Serai Wan Nazri Bin Wan Azib- SMK Pendang Roslinda Bt Mukhtar- SMK. Tunku Anum Tunku Abdul Rahman. Norleha Bt. Ibrahim – SMK.Kuala Ketil Farizan Md. Noor – SMK. Jitra

Upload: zulhilmi-mat-zain

Post on 18-Jun-2015

3.997 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 4. Kemahiran Pengurusan

1

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tn.Hj Ramli Bin Ismail – SMK. Sg.PasirJamaludin Mohd Noh- SMK Baling.Mohd Fuad Abd.Latif- SMK.Padang SeraiWan Nazri Bin Wan Azib- SMK PendangRoslinda Bt Mukhtar- SMK. Tunku Anum Tunku Abdul Rahman.Norleha Bt. Ibrahim – SMK.Kuala KetilFarizan Md. Noor – SMK. Jitra

Page 2: 4. Kemahiran Pengurusan

2

4.0 KEMAHIRAN PENGURUSAN 4.1 Jenis kemahiran

i. Definisi pelbagai jenis kemahiran pengurusan-Kemahiran teknik-kemahiran manusia-Kemahiran konsep-Kemahiran Masa-Kemahiran membuat keputusan.

ii. Mengaitkan kemahiran pengurusan dengan peringkat pengurusan.

4.2 Proses Membuat Keputusan.i. Definisi pembuatan keputusanii. Langkah-langkah dalam proses membuat keputusan rasional:

-Mengenalpasti masalah-Mengutip dan menganalisis data atau maklumat-Mencari alternatif-Menilai alternatif-Memilih alternatif terbaik.

4.3 Alat-alat membuat keputusani. Keputusan kualitatif dan kuantitatifii. Alat-alat keputusan kuantitatif dan kualitatif.

- Statistik deskriptif- Pokok keputusan.

iii. Alat keputusan kualitatif.-Tulang ikan(analisis sebab dan kesan)-Kretiviti dan inovasi

4.4 Pengurusan ketegangani. Definisi keteganganii Punca keteganganiii.Tanda-tanda keteganganiv.Menguruskan ketegangan

4.5 Tabii orang berjayai. Tabii orang yang sangat efektifii. Faktor kejayaan seimbang.

Page 3: 4. Kemahiran Pengurusan

3

Bab 4 : KEMAHIRAN PENGURUSAN

4.1 : Jenis kemahiran

i. Definisi pelbagai jenis kemahiran pengurusan

a. Definisi kemahiran

Kemahiran adalah kebolehan seseorang membuat sesuatu dengan betul (berkesan) dan cepat ( cekap).

Page 4: 4. Kemahiran Pengurusan

4

Lima asas kemahiran pengurusan tersebut ialah:-

A.Kemahiran teknik.Merujuk kepada kemampuan dan keupayaan pengurus untuk menggunakan kepakaran dan pengetahuan mereka dalam kaedah, proses dan prosedur kerja.

B.Kemahiran manusiaMerujuk kepada keupayaan dan kemampuan seorang pengurus untuk bekerja dengan baik bersama-sama dengan orang lain dalam sesebuah organisasi termasuklah pekerja bawahan, ketua dan rakan sekerjanya.

C.Kemahiran konsepMerujuk kepada kemampuan seseorang pengurus untuk melihat organisasi secara keseluruhan. Pengurus-pengurus yang mempunyai kemahiran konsep yang baik boleh melihat perkaitan antara setiap jabatan di dalam organisasi.

D.Kemahiran masaMerujuk kepada kemampuan pengurus untuk menjadualkan kerja mengikut keutamaan kerja. Oleh kerana seseorang pengurus merupakan seorang yang sibuk dengan tugas berkaitan dengan pengurusan, maka beliau perlu pandai menguruskan kerja yang perlu dilaksanakan tidak terbengkalai.

E.Kemahiran membuat keputusanMerujuk kepada kemampuan pengurus untuk membuat keputusan yang dapat membantu organisasi mencapai matlamat yang ditetapkan dengan cekap dan berkesan

Page 5: 4. Kemahiran Pengurusan

5

ii. Mengaitkan kemahiran pengurusan dengan peringkat pengurusan

Atasan

Pertengahan

Bawahan

SP

SP

SP

SP

SP

SPP

AP

Hierarki Pengurusan

Manusia masa

Teknik

Petunjuk:-AP = Amat PentingSP = Sama Penting. P = PentingKP = Kurang Penting

Kemahiran konsep

Kemahiran membuat keputusan

KP

AP

P

AP

P

KP

Page 6: 4. Kemahiran Pengurusan

6

4.2 : Proses Membuat Keputusan

I. Definisi pembuatan keputusan- Adalah pemilihan satu jalan tindakan daripada beberapa alternatif yang disarankan.- Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, pengurus boleh menggunakan tiga kategori

penyelasaian, iaitu;-

A. Keputusan yang diprogramkan.

- Merupakan keputusan yang rutin yang dibuat secara berulang-ulang dan

Secara tipikal.

B. Keputusan yang tidak diprogramkan.

- Keputusan yang tidak diprogramkan digunakan pada masa-masa tertentu

Sahaja

C. Keputusan yang bersifat adaptif.- Merupakan perantaraan keputusan yang diprogramkan dengan yang tidak

Diprogramkan

Page 7: 4. Kemahiran Pengurusan

7

Terdapat tiga keadaan persekitaran di mana keputusan tersebut dibuat, iaitu:-

a. Pembuat keputusan dalam keadaan kepastian.

melibatkan maklumat yang dikumpulkan untuk keputusan yang dibuat adal lengkap, tepat dan boleh dipercayai .

b. Pembuat keputusan dalam keadaan berisiko.

melibatkan pembuat keputusan mempunyai maklumat yang dikumpul adalah tidak lengkap dan kurang lengkap .

c. Pembuat keputusan dalam keadaan ketidakpastian.

melibatkan pembuat keputusan tidak mempunyai maklumat terhadap sesuatu keputusan yang akan dibuat.

Page 8: 4. Kemahiran Pengurusan

8

ii. Langkah-langkah dalam proses pembuatan keputusan rasional

a. Mengenal pasti masalah.

b. Mengutip dan menganalisis data atau maklumat

c. Mencari alternatif

d. Menilai alternatif

e. Memilih alternatif terbaik

Page 9: 4. Kemahiran Pengurusan

9

4.3 : Alat-alat Membuat Keputusan

i.Keputusan kuantitatif dan kualitatif

a.Keputusan kuantitatif.

merupakan keputusan yang di buat berdasarkan satu set nilai yang diperolehi dan kemudian diproses dengan menggunakan hukum matematik bagi meramalkan nilai untuk masa depan

•b.Keputusan kualitatif

merupakan keputusan dibuat berdasarkan pendapat dan pengetahuan pakar apabila data-data terperinci tidak diperolehi

ii. Alat keputusan kuantitatif

a.Statistik deskriptif.- merangkumi taburan frekuensi, ukuran kecenderungan memusat (min, mod dan

median ); ukuran serakan seperti julat, varians dan sisihan piawai.

Page 10: 4. Kemahiran Pengurusan

10

Min- adalah jumlah semua nilai dalam data itu dibahagikan kepada bilangan data yang

ada.

- misalnya:Data di dalam jadual di bawah menunjukkan bilangan produk yang dihasilkan oleh lima orang buruh di sebuah kilang.

Jumlah produk 10 + 20 + 30 + 40 + 50

Min produk = ----------------------- = ------------------------------ = 30

Bilangan buruh 5

Bilangan Buruh

Bilangan

Produk

1 10

2 20

3 30

4 40

5 50

Page 11: 4. Kemahiran Pengurusan

11

Median- ialah nilai yang terletak ditengah-tengah data yang telah disusun mengikut tertib.- ukuran ini membahagikan data itu kepada dua bahagian dengan setiap bahagian mempunyai bilangan data yang sama banyak,

- misalnya: Contoh 1

markah prestasi bagi lima orang buruh adalah seperti berikut: 85, 78, 90, 88, 99

Cari median lima orang buruh berikut:-

Langkah 1:- susun semula data tersebut secara tertib menaik

- angka yang terdapat ditengah-tengah susunan itu ialah median

78, 85, 88, 90, 99

- maka mediannya ialah 88

Page 12: 4. Kemahiran Pengurusan

12

Contoh 2

Tentukan median bagi kumpulan data yang berikut:- 65, 80, 75, 90, 82, 78

Langkah 1:

Dengan menyusun data tersebut, kita memperolehi :- 65, 75, 78, 80, 82, 90

- median tidak boleh diperolehi jika kerana terdapat dua nombor ditengah-tengah susunan.

- langkah seterusnya diperlukan untuk mencari median. Langkah 2:

78 + 80Median = ----------------

2 = 79

-maka mediannya ialah 79

Sekiranya bilangan data dalam sesuatu set adalah ganjil (contoh 1),maka nilai yang berada di tengah tengah data tertib itu adalah median.Sebaliknya, jika bilangan data sesuatu set data adalah genap (contoh 2 ), min bagi dua nilai yang berada di tengah-tengah data itu ialah median

Page 13: 4. Kemahiran Pengurusan

13

Modadalah nilai atau fakta yang paling kerap berulang dalam set itu.

Contoh 1

-Cari mod bagi kumpulan nombor berikut:-

6,4,8,2,6,8,9,2,5,7,8,9

oleh kerana nombor lapan ( 8 ) paling kerap berulang, maka modnya ialah 8

Page 14: 4. Kemahiran Pengurusan

14

• untuk meninjau sejauhmana semua nilai dalam data itu ditaburkan daripada nilai minnya.Ukuran yang digunakan untuk tinjauan ini ialah ukuran serakan.

• Antara ukuran serakan yang digunakan ialah:-

Julat

ialah ukuran perbezaan antara nilai cerapan yang terbesar dengan cerapan nilai terkecil dalam sesuatu set data .

Varian

ialah ukuran min kuasa dua sisihan- sisihan daripada min

Sisihan Piawai

ialah punca kuasa dua varians

Page 15: 4. Kemahiran Pengurusan

15

Carta bar- Digunakan untuk membuat perbandingan antara dua atau lebih sesuatu perkara pada

sesuatu masa.

Carta pai- Digunakan untuk mewakili data-data dengan menggunakan sekoir yang berlainan

dalam sebuah bulatan.- Sudut-sudut sektor berkadar tertentu dengan jumlah data yang diwakili.

Graf garis- Di gunakan untuk menunjukkan pergerakan turun naik atau perubahan sesuatu perkara

mengikut turutan masa tertentu.

Histogram- Digunakan untuk menunjukkan kekerapan sesuatu perkara berlaku dan bentuk taburan

data tersebut.- Kekerapan tersebut diwakili oleh ketinggian palang.- Dibina daripada data kuantitatif manakala carta bar dibina berdasarkan data berbentuk

kualitatif.

Carta pareto ( 1884 – 1923 )- carta ini menggunakan beberapa bar seperti dalam carta bar tetapi bar yang disusun

adalah secara menurun, iaitu dari kekerapan yang terbesar hingga kepada kekerapan terkecil.

- Bar yang dibina mewakili masalah atau punca masalah yang perlu diatasi mengikut keutamaan.

Page 16: 4. Kemahiran Pengurusan

16

B.Pokok keputusan- Merupakan satu bentuk persembahan perancangan yang menyediakan pelbagai

pilihan yang dapat di ambil oleh pembuat keputusan dan juga akibat-akibat bagi setiap pilihan yang di buat.

- Amat berguna dalam analisis situasi yang melibatkan pembuatan keputusan yang berurutan.

- Misalnya, pengurus yang mulanya membina kilang kecil tetapi mendapati permintaan pasaran amat besar kemudiannya.

- Oleh itu, pengurus tersebut akan di arahkan membuat keputusan sama ada hendak membesarkan kilang yang sedia ada atau membina sebuah lagi kilang yang baru.

- Contoh:-- Jalankan analisis ke atas pokok keputusan di bawah dan tentukan apakah keputusan

awal yang harus diambil iaitu :-

membina kilang kecil

atau

Membina kilang besar

- Supaya mendapat jangkaan pulangan yang besar.

Page 17: 4. Kemahiran Pengurusan

17

Langkah 1- Tentukan pilihan yang akan dipilih bagi setiap kemungkinan.- Bagi pembinaan kilang kecil dengan permintaan tinggi,

terdapat dua pilihan iaitu:-Bekerja lebih masa atau membesarkan kilang.

- Oleh kerana pembesaran kilang dijangka memberi pulangan paling tinggi, maka ia akan dipilih.

- Ini bermakna pilihan lain ( bekerja lebih masa ) akan disingkirkan dengan ditunjukkan tanda ( ).

- begitu juga pembinaan kilang besar dengan permintaan rendah, terdapat dua pilihan iaitu tidak berbuat apa-apa dan kurangkan harga.

- Oleh kerana, pengurangan harga dijangka memberi pulangan paling tinggi, maka ia dipilih.

- Ini bermana pilihan yang satu lagi ( tidak berbuat apa-apa ) disingkirkan dengan tanda ( )

Langkah 2- Tentukan hasil darab kebarangkalian peristiwa dengan pulangan yang sepadan bagi

setiap baki cabang.

Pembinaan kilang kecilPermintaan rendah 0.4 x ( rm 40 000 ) = rm 16 000Permintaan tinggi 0.6 x ( rm 55 000 ) = rm 33 000

Pembinaan kilang besarPermintaan rendah 0.4 x ( rm 50 000 ) = rm 20 000Permintaan tinggi 0.6 x ( rm 70 000 ) = rm 42 000

Page 18: 4. Kemahiran Pengurusan

18

Langkah 3

- Tentukan pulangan jangkaan bagi setiap pilihan awal.A. Pembinaan kilang kecil : -

RM 16 000 + RM 33 000 = RM 49 000 b.Pembinaan kilang besar: -

RM 20 000 + RM 42 000 = RM 62 000– Maka, pilihan yang patut diambil ialah membina sebuah kilang besar kerana ia

menghasilkan jangkaan pulangan yang lebih besar berbanding yang patut diambil .

Page 19: 4. Kemahiran Pengurusan

19

Iii.Alat keputusan kualitatif

A.Tulang ikan

- Juga dikenali sebagai analisi sebab dan akibat.

- Kaedah ini digunakan untuk analisis masalah dengan mengenal pasti sebab-sebab yang menjadi punca masalah melalui percambahan fikiran.

- Langkah-langkah untuk membina sebuah rajah tulang ikan.

Langkah 1

– Kenal pasti masalah, misalnya laporan projek tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

Langkah 2

– Kenal pasti sebab-sebab utama. Biasanya terdapat empat sebab utama

Kepada sesuatu masalah ( 4M ), iaitu:-

A.Manusia (man) B.Peralatan (material)

C.Kaedah (method) D.Mesin( machine)

Page 20: 4. Kemahiran Pengurusan

20

Langkah 3

- Kenal pasti sebab-sebab kecil di bawah setiap sebab utama.- Daripada sebab-sebab utama, maka boleh diterbitkan sebab-sebab kecil yang

berkaitan dengan masalah utama.

Langkah 4- Kenal pasti sebab-sebab sebenar. Setelah kenal pasti semua sebab kecil, barulah

sebab sebenar sesuatu masalah dapat dikenal pasti

B.Kreativiti dan inovasi

- kreativiti bermaksud penghasilan idea-idea baru.

- Inovasi merangkumi penghasilan idea baru, penerimaanya serta pelaksanaan idea tersebut untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Page 21: 4. Kemahiran Pengurusan

21

4.4 : Pengurusan Ketegangan

i.Definisi ketegangan.

- adalah tindakbalas fisiologi dan emosi ke atas sesuatu perangsang

/ stimuli yang memberikan tuntutan – tuntutan fizikal atau psikologi kepada seseorang individu.

Page 22: 4. Kemahiran Pengurusan

22

Ii.Punca ketegangan.

- Punca-punca ketegangan dapat dilihat daripada dua faktor utama, iaitu:-

A. Berkaitan dengan faktor pekerjaan– Kitaran hayat organisasi

– Struktur organisasi

– Gangguan seksual

– Konflik peranan

– Kekaburan peranan

– Keperluan kerja

– Kekurangan sokongan sosial

– Terlalu banyak/sikit tugas

– Tanggungjawab terhadap orang lain.

– Keadaan tempat kerja.

– Kepimpinan organisasi

Page 23: 4. Kemahiran Pengurusan

23

b.berkaitan dengan faktor individu

– Personaliti

– Tanggapan

– Rutin harian

– Kejadian-kejadian yang mengejutkan

– Pengalaman

– Berkaitan dengan faktor-faktor lain.

c. Faktor-faktor lain.– Ketidaktentuan ekonomi.

– Ketidakstabilan politik.

– Ketidaktentuan teknologi.

Page 24: 4. Kemahiran Pengurusan

24

iii.Tanda-tanda ketegangan

– Serangan– Fixation– Regresi– Menarik diri– Letih– Kurang selera makan, banyak makan.– Sakit kepala– Penyakit jantung– Kurang tenaga– Cepat marah– Produktiviti menurun– Ponteng kerja– Peningkatan penggunaan alkohol– Darah tinggi– Peningkatan tahap kebimbangan– Peningkatan kadar lantik henti.

Page 25: 4. Kemahiran Pengurusan

25

iv.Menguruskan ketegangan.Pendekatan individu dalam membantu menangani masalah ketegangan pekerja.

- Menguruskan masa

- Senaman

- Teknik fisiologi

- Sokongan sosial

- Pengurusan masa

Pendekatan organisasi dalam membantu menangani masalah ketegangan pekerja

– Wujudkan iklim organisasi yang baik.– Program kaunseling– Program sokongan keluarga– Program Pengurusan ketegangan– Sistem mentor– Komunikasi organisasi– Mengagihkan semula beban kerja– Penetapan matlamat– Kawalan yang beri keselesaan kepada pekerja

Page 26: 4. Kemahiran Pengurusan

26

4.5 : Tabii orang berjaya

i.Maksud Tabii• Mengikut Covey, tabii boleh didefinisikan sebagai persilangan tiga dimensi, iaitu

pengetahuan, kemahiran dan keinginan seperti di bawah:-

• Dimensi pengetahuan merujuk kepada paradigma teori, iaitu berkaitan dengan apa yang perlu dibuat dan mengapa ia dibuat.

• Dimensi kemahiran ialah berkenaan dengan cara untuk melakukan sesuatu perkara.• Dimensi keinginan pula ialah kemahuan dan motivasi membuat perkara tersebut.• Ketiga-tiga aspek ini adalah penting dan perlu untuk membina tabii yang berkesan

dalam kehidupan seseorang.

Pengetahuan (apa dan mengapa

Keinginan

(mahu)Kemahiran

(Bagaimana)

TabiiTabii Yang Berkesan

Page 27: 4. Kemahiran Pengurusan

27

ii.Tabii orang yang sangat efektif.

mengikut Cover dalam bukunya”Tujuh Tabii Orang yang Amat berkesan” telah menggariskan tujuh tabii asas yang terdapat pada individu yang berkesan dan berjaya, iaitu;

a. Bersifat proaktif

b. Mula sesuatu dengan mengingati matlamat

c.Pertamakan perkara yang utama dahulu.

d.Fikirkan menang-menang

e. Cuba memahami dahulu, kemudian cuba untuk difahami

f. Bersinergi

g.Tajamkan gergaji