4 pengurusan keselamatan

19
SEKTOR PERCETAKAN, PENGEDARAN DAN KESELAMATAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN KESELAMATAN AMALI SAINS LEMBAGA PEPERIKSAAN

Upload: tranasb

Post on 02-Oct-2015

156 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Peperiksaan Amali Biologi

TRANSCRIPT

SEKTOR PERCETAKAN, PENGEDARAN DAN KESELAMATAN

GARIS PANDUAN PENGURUSAN KESELAMATAN AMALI SAINSLEMBAGA PEPERIKSAAN

OBJEKTIF TAKLIMAT

Untuk memberi pendedahan tentang pengendalian pengurusan keselamatan peperiksaan amali sains mengikut tatacara atau prosedur keselamatan yang betul

KLASIFIKASIInstrumen Peperiksaan Amali Sains diklasifikasikan SULIT di dalam Buku Daftar Suratan Rahsia Rasmi Am4912A mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972

PENGENDALIANHanya boleh dijalankan oleh pegawai atau guru atau kakitangan yang dilantik sahaja

Semua petugas yang dilantik hendak diberi taklimat berkaitan proses pengendalian amali sains

Pengendalian perlu bersaksi dan berekod

PEMBEKALANBahan amali yang dibekalkan hendaklah diberi perlindungan keselamatan bagi mengelak daripada ketirisan maklumat

PENGHANTARAN DAN PENERIMAANPenghantaran dan penerimaan bahan dan dokumen peperiksaan amali sains melibatkan pergerakan dari Lembaga Peperiksaan ke Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah/ sekolah dengan mematuhi langkah-langkah keselamatan, bersaksi dan berekod.

PENYIMPANANPenyimpanan dokumen peperiksaan amali sains hendaklah disimpan di tempat selamat seperti bilik kebal dan almari atau bilik berkunci di sekolah.

Penyimpanan bahan peperiksaan amali sains hendaklah disimpan di tempat selamat seperti almari berkunci di bilik berkunci/makmal di sekolah.

PENYERAHAN DOKUMAN ATAU BAHAN KEPADA SEKOLAHDokumen peperiksaan amali sains diserah kepada pusat peperiksaan pada hari peperiksaan.

Dokumen penyediaan bahan peperiksaan diserah kepada sekolah sebelum peperiksaan berlangsung.

Bahan peperiksaan amali sains yang dibekalkan terus dari Lembaga Peperiksaan diserah kepada sekolah sebelum peperiksaan berlangsung.

TEMPAT PEPERIKSAAN ATAU MAKMAL SAINSPersediaan bahan peperiksaan di atas meja calon hendaklah disediakan sebelum peperiksaan berlansung dan makmal sains ini hendaklah diberi kawalan keselamatan seperti pintu atau tingkap dikunci dan dipasang langsir lut cahaya bagi mengelak ketirisan

Diletak papan tanda PEPERIKSAAN SEDANG DIJALANKAN. Orang yang tidak berkenaan dilarang berada di kawasan makmal peperiksaan.

Kawasan makmal sains yang dijadikan tempat peperiksaan perlu dilingkungi dengan tali/pita keselamatan bagi menghalang orang yang tidak berkenaan mendekati makmal sains.

TEMPAT PEPERIKSAAN ATAU MAKMAL SAINS

BILIK KUARANTIN ATAU BILIK MENUNGGUBilik kuarantin atau bilik menunggu dikawal selia oleh pengawas yang dilantik bagi menghalang calon berhubung dengan mana-mana calon yang sedang atau sudah mengambil peperiksaan.

LARANGAN KOMUNIKASICalon yang terlibat dengan peperiksaan amali sains dilarang sama sekali membawa telefon bimbit atau alat komunikasi atau kaedah komunikasi semasa berada di bilik kuarantin atau bilik menunggu atau makmal sains.

PENGURUSAN PEPERIKSAANMengikut panduan pengurusan pengendalian pusat peperiksaan

KESELAMATAN ALAT DAN BAHAN PEPERIKSAAN AMALI SAINSMaklumat berkaitan Amali Sains dikawal bagi mengelak ketirisan.

Alat atau bahan atau senarai awal dan arahan persediaan disimpan dengan selamat dalam almari berkunci

Alat/bahan dikodkan dan tidak menggunakan nama sebenar

Kutipan atau pembelian bahan dilakukan secara rahsia

PEPERIKSAAN AMALI SAINSPAGI HARI PEPERIKSAAN

Ketua Pengawas mengambil dan menyemak kertas soalan dari penyelia kawasan di bilik kebal.

Kertas soalan dimasukkan ke dalam karung dan diseal dengan seal keselamatan. No seal dicatat dalam buku rekod pengurusan.

Karung disimpan di dalam ruang bagasi kereta.

Tiba di pusat peperiksaan, pengawas menyemak karung dan no seal dan pastikan tiada kesan ceroboh.

Sampul kertas soalan dibuka dan disemak bilangannya.

Pastikan mencukupi.

Soalan yang tepat.

Kertas soalan diedar mengikut jadual waktu peperiksaan.

PEPERIKSAAN AMALI SAINS

KP memberi taklimat kepada calon dan memulakan peperiksaan tepat pada waktunya.

Pengawas membuat pengawasan secara aktif.

Jika terdapat sebarang kes salah laku, pengawas mengambil atau mencatat eviden tanpa menganggu calon selesai peperiksaan. Pengakuan calon dicatat.

PEPERIKSAAN AMALI SAINSSELESAI PEPERIKSAAN

Calon diminta berhenti melakukan eksperimen dan berhenti menulis.

Skrip jawapan calon dikutip dan pastikan bilangan mencukupi.

Pengawas mengiringi calon ke bilik kuarantin.PEPERIKSAAN AMALI SAINS

SEKIAN TERIMA KASIH