laporan akhir khusus kemahiran pengurusan dan keusahawanan

10
LAPORAN AKHIR KHUSUS KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN

Upload: dacey

Post on 23-Feb-2016

122 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

LAPORAN AKHIR KHUSUS KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN. PROGRAM HARI KEUSAHAWANAN. disediakan oleh : NAMA: SUHANIYA A/P KALAISILVEN NO MATRIK: A145206 JAWATAN : BENDAHARI. PENGENALAN. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN AKHIR KHUSUS KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN

LAPORAN AKHIR KHUSUSKEMAHIRAN

PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN

Page 2: LAPORAN AKHIR KHUSUS KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN

PROGRAM HARI KEUSAHAWANAN

disediakan oleh:

NAMA: SUHANIYA A/P KALAISILVEN

NO MATRIK: A145206

JAWATAN : BENDAHARI

Page 3: LAPORAN AKHIR KHUSUS KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN

PENGENALAN

- Saya Suhaniya a/p Kalaisilven (A145206). Pada semester 2 ini saya menyertai program bawah fakulti sains sosial dan kemanusian iaitu Hari Keusahawanan di bawah program induk iaitu Karnival Ria Ceria.

- Saya menyertai hari keusahawanan adalah untuk menyelesaikan pembelajaran saya dalam (HHHC9701) kemahiram pengurusan dan keushawanan.

- Jawatan saya adalah sebagai bendahari dalam program hari keushawanan tersebut. Program Hari Keushawanan ini adalah salah satu program dibawah program induk Kanival Ria Ceria yang dijalankan dibawah pimpinan Perwakilan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian. Program ini bertujuan menggalakan kemahiran pengurusan dan keushawanan serta kemahiran komunikasi dalam kalangan mahasiswa dan badan-badan korporat.

Page 4: LAPORAN AKHIR KHUSUS KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN

- Program Hari Keusahawanan ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar universiti terutama pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian tentang kemahiran pengurusan dan keusahawanan. Selain menerapkan nilai, sikap, estetika dan profesionalisme semasa menguruskan program Hari Keusahawanan.

- Program Hari keusahawanan ini juga mengasah dan menyuntik bakat pelajar dalam kemahiran komunikasi dengan pihak-pihak lain.

Page 5: LAPORAN AKHIR KHUSUS KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN

OBJEKTIF HARI KEUSAHAWANAN

- Membentuk pelajar yang komited kepada tugas dan tanggungjawab yang diberikan dalam suatu organisasi.

- Menerapkan nilai-nilai perpaduan, sikap bekerjasama saling membantu dalam melakukan aktiviti secara berorganisasi.

- Menerapkan sifat keusahawanan dalam diri setiap pelajar untuk menyertai bidang keusahawanan.

-membantu pelajar mengasah kemahiran komunikasi mereka untuk tampil berkeyakinan

Page 6: LAPORAN AKHIR KHUSUS KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN

PERJALANAN PROGRAM HARI KEUSAHAWANAN

1. Tarikh dan masa Program ini diadakan pada tarikh 26 march 2014

2. Tempat program Tempat program ini diadakan di sekitar laluan foyer FSSK, Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Page 7: LAPORAN AKHIR KHUSUS KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN

Masa Aktiviti9.00 pagi Ketibaan jemputan Khairul Nazri

9.15 pagi – 11.00 pagi Beliau memberikan tips-tips untuk menjana pendapatan semasa belajar

11.00 pagi -11.30 pagi Sesi bergambar bersama11.45 pagi – 12 tengah hari Menjamu selera yang telah disediakan

• Sebelum hari kejadianSebelum hari sebenar program Hari Keusahawana berlaku , sebanyak 3 kali minit mesyuarat utama telah diadakan bersama-sama ketua pengarah program Hari Keusahawanan. Minit mesyuarat ini diadakan pada setiap hari rabu. Minit mesyuarat ini diadakan bagi menyelesai beberapa masalah dan memantapkan lagi program Hari Keusahawanan tersebut. Selain daripada minit mesyuarat utama ini diadakan, beberapa mesyuarat kecil juga diadakan bersama pengarah mengikut seketeriat masing-masing bagi mencari jalan penyelesaian masalah untuk membuat tindakan selanjutnya .•Semasa hari sebenar programProgram Hari Keusahawanan dijalankan pada 26 march 2014.Bersama ini saya sertakan jadual Perasmian program Hari Kusahawanan :

Page 8: LAPORAN AKHIR KHUSUS KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN

Pencapaian HP melalui HARI KEUSAHAWANAN dan peranan saya.  Peranan saya dalam menjalankan program keusahawanan ini ialah saya sebagai bendahari telah berusaha

dan berjaya menguruskan kewangaan untuk menjalankan program ini.   Melalui program Hari Keusahawanan ini saya telah didedahkan dengan kemahiran pengurusan dan

keusahawanan apabila saya perlu mengagihkan dan menguruskan dana kewangaan untuk menjalankan program ini kepada ahli jawatakuasa yang memerlukan dana kewangan untuk meneruskan kerja-kerja bahagian masing-masing seperti, untuk menjalankan pengiklanan sejumlah wang diperlukan agar dapat membuat banner dan mengedarkan risalah untuk menarik lebih banyak peserta dan pelanggan untuk datang menyertai program keusahawanan kami pada 26 march 2014.

Di samping itu, saya dan rakan-rakan saya juga telah membuka sebuah gerai untuk menjual barang semasa program keusahawanan dijalankan, dimana kami telah menjual makanan, kain dan lain-lain. Gerai kami telah mendapat sambutan yang hebat , dimana kami berjaya menjual semua barangan jualan kami. Makanan jualan kami yang mendapat sambutan yang hebat ialah creep durian dan biskut coklat. Semasa membuka gerai jualan, saya telah dapat mempelajari dan merasai sendiri menjadi seorang usahawan. Ini telah memupuk minat saya dalam bidang keusahawanan. 

Dengan menyertai program keusahawanan ini, saya telah mendapat satu pengalaman yang hebat dimana, saya berpeluang menjadi bendahari dan mempelajari cari menguruskan sesuatu perbelanjaan projek. Malah,saya juga turut berpeluang menjadi seorang usahawan dan ini telah membantu saya menyerlahkan sifat keusahawanan dalam diri saya. Semasa saya berurusan dengan pelanggan, saya telah mempelajari cara-cara mempromosikan barang jualan kami untuk menarik minat pelanggan untuk membeli barangan kami. Dengan ini, saya dapat memupuk kemahiran pengurusan dan keusahawanan dalam diri saya.  

Page 9: LAPORAN AKHIR KHUSUS KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN

REFLEKSI Saya bersyukur program Hari Keusahawanan ini dapat dijalankan dengan lancar seperti mana

yang telah dibincangkan dan dipersetujui dalam mesyuarat-mesyuarat walaupun kami telah mengalami beberpa masalah semasa menjalankan program ini tetapi kesemua masalah itu telah dapat kami selesaikan.

Saya rasa program Hari Keusahawanan ini sangat menekankan kemahiran pengurusan dan keusahawanan, selain menenkankan kerja bersama kumpulan. Selain itu, program Hari Keusahawanan ini juga menekankan kemahiran kepimpinan.

Program Hari Keusahawanan ini telah membantu memantapkan kemahiran komunikasi saya . Hal ini dapat dicapai apabila saya perlu bentangkan dana kewangaan dan belajawanan saya dalam mesyuarat utama kepada ketua pengarah dan ahli jawatankuasa. Ini membantu saya lebih berani berkomunikasi di depan orang ramai .

Akhir sekali, saya sangat berpuas hati menyertai program Hari Keusahawanan , kerana banyak kemahiran yang saya belajar . Malah banyak manfaat yang telah saya perolehi melalui program ini dan ia membantu saya untuk lebih maju kehadapan.

Page 10: LAPORAN AKHIR KHUSUS KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN

GAMBAR HARI KEUSHAWANAN