39494965 kertaskerja-gelanggang-serbaguna skl

7
KERTAS KERJA UNIT KO-KURIKULUM SMK PERANTAU DAMAI 26700 MUADZAM SHAH TAJUK PROJEK : GELANGGANG SERBA GUNA LOKASI TAPAK : PADANG SEKOLAH DISEDIAKAN OLEH : MOHD.RIZAL BIN ATAN GPK KO KURIKULUM TARIKH : 08HB FEBRUARI 2006

Upload: mat-ell-honda

Post on 24-Jul-2015

64 views

Category:

Design


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 39494965 kertaskerja-gelanggang-serbaguna skl

KERTAS KERJAUNIT KO-KURIKULUM

SMK PERANTAU DAMAI26700 MUADZAM SHAH

TAJUK PROJEK : GELANGGANG SERBA GUNA

LOKASITAPAK : PADANG SEKOLAH

DISEDIAKANOLEH : MOHD.RIZAL BIN ATAN

GPK KO KURIKULUM

TARIKH : 08HB FEBRUARI 2006

Page 2: 39494965 kertaskerja-gelanggang-serbaguna skl

Setiap tahun SMK Perantau Damai dipilih sebagai tuan rumah untuk Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSM (Rompin) yang melibatkan penyertaan di peringkat sekolah rendah dan juga menengah. Walau bagaimana pun setiap kali perlawanan diadakan pihak sekolah terpaksa memohon kebenaran menggunakan gelanggang di sekolah-sekolah sekitar memandangkan SMK Perantau Damai tidak mempunyai gelanggang sepak takraw yang mencukupi dan sempurna. Ketiadaan kemudahan prasarana yang sempurna juga menyebabkan pelajar-pelajar tidak dapat memperkembangkan potensi diri dalam permainan ini. Oleh sebab itu Unit Kokurikulum SMK Perantau Damai berazam untuk mewujudkan sebuah gelanggang serba guna di mana gelanggang serba guna ini bukan sahaja boleh digunakan untuk permainan sepak takraw tetapi juga permainan bola tampar dan bola jaringDiharapkan dengan kewujudan gelanggang serbaguna ini akan memberi manfaat kepada pelajar dan secara tidak langsung melahirkan bakat-bakat baru dalam permainan tersebut.

Menyediakan prasarana yang sesuai dan selesa untuk kemudahan pelajar beriadah

Menyediakan kemudahan untuk aktiviti kokurikulum lain

Program jangka panjang bagi melahirkan bakat-bakat baru

Memperkembangkan potensi diri pelajar dalam pelbagai bidang permainan.

Memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam penekanan terhadap aktiviti Kokurikulum

1

LATAR BELAKANG

MATLAMAT

Page 3: 39494965 kertaskerja-gelanggang-serbaguna skl

Objektif khusus:

Meningkatkan kecemerlangan kurikulum melalui kemudahan prasarana- Aktiviti PJK

Meningkatkan kecemerlangan ko-kurikulum SMKPD Menjadi pemangkin kepada penglibatan pelajar dalam sukan &

permainan Mewujudkan hubungan muhibbah antara pelajar Melahirkan bakat baru yang berkualiti Melahirkan pelajar yang sihat dan seimbang dari segi jasmani,

emosi, rohani dan intelek selaras dengan falsafah Pendidikan Negara.

1. Lokasi

Di kawasan padang.

Lokasi yang strategik – Hujung tepi padang (berhampiran tapak perkhemahan)Dengan siapnya gelanggang ini nanti akan mewujudkan prasarana kemudahan sukan secara berpusat di mana kemudahan Kokurikulum yang telah ada di sekitar kawasan tersebut adalah seperti tapak perkhemahan, Gelanggang Petanque, Gelanggang Bola Tampar, Padang Bola Sepak, Gelanggang Bola Baling dan Gelanggang Bola Jaring.

2. Proses Pembinaan

2

OBJEKTIF

PERLAKSANAAN PROJEK

Page 4: 39494965 kertaskerja-gelanggang-serbaguna skl

Pembinaan bergantung kepada bajet yang diterima untuk pembelian bahan-bahan binaan. ( Sila lihat lampiran bajet)

Pembinaan melibatkan bahan asas seperti simen, batu kerikil,pasir ,vrc, penyewaan JCB dan upah kerja.

Kadar keluasan 50’ X 82’

3. Jangkamasa siap – 01 bulan

4. Sumber Kewangan

Jangkaan Sumber kewangan - Unit Kokurikulum JPNP- Sumbangan orang perseorangan

Pihak sekolah khususnya Unit Kokurikulum berharap semoga projek ini akan menjadi kenyataan kerana dengan pembinaan gelanggang serba guna akan dapat menyelesaikan masalah kekurangan gelanggang dan memberikan manfaat kepada pembangunan diri pelajar.Hal ini merupakan satu kemudahan kepada pelajar dan diharapkan menjadi perangsang kepada pelajar untuk lebih bersaing dalam apa jua kejohanan baik di peringkat sekolah dan daerah seterusnya ke peringkat negeri selaras penekanan yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran terhadap aktiviti dan penglibatan Pelajar dalam Kokurikulum.

3

PENUTUP

Page 5: 39494965 kertaskerja-gelanggang-serbaguna skl

1. Lampiran Bajet

DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH :

(Mohd.Rizal Bin Atan) (En. Idrus Bin Othman)GPK Ko-kurikulum Pengetua SMK Perantau Damai SMK Perantau Damai26700 Muadzam Shah 26700 Muadzam Shah

4

LAMPIRAN

Page 6: 39494965 kertaskerja-gelanggang-serbaguna skl

BIL ITEM KUANTITI RM CATATAN

1 Simen 50 beg x RM 15.00 750.00

2 Pasir 07 Lori x RM 170.00

1190.00

3 Batu Kerikil 01 Lori x RM 436.00

436.00

4 VRC 4’x8’ 26 Keping x RM 35.00

910.00

5 Sewa JCB 5 Jam x RM 40.00 200.00

6 Upah Kerja 1600.00

JUMLAH 5876.00

5

LAMPIRAN BAJET