van serbaguna komuniti jabatan agama islam wilayah

9
1 VAN SERBAGUNA KOMUNITI JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 1. LATAR BELAKANG 1.1 JAWI sekali lagi mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi perintis kepada transformasi perkhidmatan masjid–masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dengan menaik taraf kenderaan jenazah sedia ada kepada van serbaguna fleksibel yang dikenali sebagai van serbaguna komuniti. 1.2 Keperluan perkhidmatan van serbaguna di setiap kawasan zon-zon terlibat merupakan satu aspek yang perlu dititik beratkan dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan yang terdiri daripada anak-anak kariah dalam perkhidmatan pengurusan jenazah dan lain- lain. 1.3 Jika sebelum ini, van jenazah hanya digunakan dengan fungsi membawa jenazah sahaja, maka kini dengan perluasan penggunaan van pelbagai guna, fungsinya telah ditambah kepada penggunaan untuk membawa penumpang, membawa jenazah dan juga kerja-kerja kebajikan dan sosial kepada masyarakat setempat. 1.4 Van serbaguna komuniti ini berfungsi sebagai van penumpang biasa seperti kenderaan yang lain. Namun, ia dapat digunakan sebagai van jenazah yang sempurna sekiranya diperlukan dalam pengurusan jenazah. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan beberapa peralatan untuk tiga opsyen perkhidmatan yang boleh berfungsi sebagai Van Penumpang (dilengkapi dengan kerusi penumpang), Van Jenazah (dilengkapi dengan keranda) dan Van Kecemasan (dilengkapi dengan stretcher).

Upload: duongphuc

Post on 11-Dec-2016

270 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: VAN SERBAGUNA KOMUNITI JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH

1

VAN SERBAGUNA KOMUNITI

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

1. LATAR BELAKANG

1.1 JAWI sekali lagi mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi perintis

kepada transformasi perkhidmatan masjid–masjid dan surau di Wilayah

Persekutuan dengan menaik taraf kenderaan jenazah sedia ada

kepada van serbaguna fleksibel yang dikenali sebagai van serbaguna

komuniti.

1.2 Keperluan perkhidmatan van serbaguna di setiap kawasan zon-zon

terlibat merupakan satu aspek yang perlu dititik beratkan dalam

memberikan perkhidmatan kepada pelanggan yang terdiri daripada

anak-anak kariah dalam perkhidmatan pengurusan jenazah dan lain-

lain.

1.3 Jika sebelum ini, van jenazah hanya digunakan dengan fungsi

membawa jenazah sahaja, maka kini dengan perluasan penggunaan

van pelbagai guna, fungsinya telah ditambah kepada penggunaan

untuk membawa penumpang, membawa jenazah dan juga kerja-kerja

kebajikan dan sosial kepada masyarakat setempat.

1.4 Van serbaguna komuniti ini berfungsi sebagai van penumpang biasa

seperti kenderaan yang lain. Namun, ia dapat digunakan sebagai van

jenazah yang sempurna sekiranya diperlukan dalam pengurusan

jenazah. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan beberapa peralatan

untuk tiga opsyen perkhidmatan yang boleh berfungsi sebagai Van

Penumpang (dilengkapi dengan kerusi penumpang), Van Jenazah

(dilengkapi dengan keranda) dan Van Kecemasan (dilengkapi dengan

stretcher).

Page 2: VAN SERBAGUNA KOMUNITI JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH

2

1.5 Majlis pelancaran van berkenaan telah dirasmikan oleh YB Mejar

Jeneral Dato’ Seri Haji Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri Di

Jabatan Perdana Menteri pada 23 November 2011, di Kompleks

Pusat Islam, JAWI.

2. Tujuan Projek Inovasi- Van Serbaguna komuniti

2.1 Pihak Pengurusan JAWI merasakan adalah perlu dan wajar satu bentuk

pembaharuan dan inovasi dibuat melalui penggunaan kenderaan

jenazah. Jika selama ini fungsinya hanya tertumpu pada satu

perkhidmatan sahaja, maka dilihat dengan keadaan persekitaran dan

kehidupan sosial bandar sesuailah van ini di pelbagaikan fungsinya.

2.2 Kemudahan van ini juga dilihat mampu untuk memberi kebaikan

kepada anak-anak kariah di setiap zon khususnya kepada golongan

yang kurang berkemampuan untuk membayar caj kegunaan van

tersebut. Cadangan konsep pelbagai guna ini juga dibuat bagi

memudahkan kakitangan masjid di kawasan zon untuk turun padang

bagi memberi khidmat bakti serta menjalankan kerja-kerja dakwah

dengan lebih efisyen.

3. Sebelum Inovasi Projek Dilaksanakan

3.1 Jika sebelum ini, penggunaan van sedia ada adalah untuk pengurusan

jenazah sahaja dan tidak terpakai untuk kegunaan lain. Apabila

terdapat keperluan lain seperti melakukan khidmat masyarakat,

pemantauan, pengagihan bantuan kepada asnaf atau program-program

yang melibatkan keperluan mendesak untuk menggunakan van,

seringkali JAWI berhadapan dengan kesukaran dan kekurangan

kenderaan sehingga pihak jabatan terpaksa bergilir-gilir menggunakan

kenderaan jabatan antara tiap Bahagian.

Page 3: VAN SERBAGUNA KOMUNITI JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH

3

4. Selepas Inovasi Projek Dilaksanakan

4.1 Ini berbeza apabila penggunaan van serbaguna komuniti ini dibuat

pengubahsuaian. Kepelbagaian fungsinya boleh diaplikasi mengikut

situasi dan keadaan yang memerlukan. Sebagai contoh, apabila ada

kes-kes kematian dan pengurusan jenazah, maka van ini akan dibuat

penukaran pada platform landasan dibuat bagi pemasangan stainless

steel plate untuk laluan keranda.

4.2 Manakala apabila terdapat keperluan untuk menggunakan van bagi

tujuan khidmat masyarakat atau sosial, van komuniti serbaguna ini akan

diubahsuai dan dipenuhkan dengan kerusi penumpang yang boleh

memuatkan seramai sembilan (9) orang penumpang.

4.3 Van ini akan berfungsi seperti ambulan di mana pemasangan stainless

steel plate itu juga boleh dilaraskan untuk laluan primary strecher

sekiranya terdapat keperluan bagi menghantar pesakit ke hospital yang

berdekatan, maka van serbaguna komuniti ini boleh digunakan tanpa

perlu menunggu ketibaan ambulan.

5. Impak Selepas Inovasi Projek Dilaksanakan

i) Masalah kekurangan kenderaan bagi kegunaan Bahagian dapat diatasi

dengan penggunaan van serbaguna komuniti secara maksimum.

ii) JAWI dilihat sebagai pelopor kepada inovasi van yang diubahsuai untuk

pelbagai kegunaan di peringkat Agensi dan Jabatan.

Iii) Masyarakat luar terutamanya di kawasan kariah dapat menggunakan

kemudahan yang disediakan bagi pengurusan jenazah tanpa risau

ketiadaan van jenazah bila diperlukan.

Page 4: VAN SERBAGUNA KOMUNITI JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH

4

6. Spesifikasi Pengubahsuaian

Antara aspek yang diambil kira bagi pengubahsuaian kenderaan Toyota Hiace

kepada Van Komuniti Serbaguna bagi kegunaan JAWI ialah:

Bil

Butiran

Spesifikasi

1.

Papan Lantai Van

Menggunakan plywood 10mm dengan dilapisi

cheque- plate

2. Langsir Dipasang antara ruang pemandu dan

penumpang belakang

3. Cermin Kenderaan Memasang tinted gelap 95% di sekeliling-

cermin kiri, kanan dan belakang.

4. Lampu Membaca Dipasang di ruang penumpang belakang

5. Light Bar Memasang light bar amber color di atas

bumbung pemandu

6. Ventilator Dipasang di atas bumbung van di sebelah

penumpang belakang beserta suis

7. Platform Landasan Memasang stainless steel plate untuk laluan

keranda dan primary strecher

8. Keranda Satu unit keranda bagi setiap unit van. Stiker

kalimah jawi dan kain penutup keranda

dengan tulisan jawi beserta satu tilam, bantal

dan dua bantal golek untuk keranda.

9. Kerusi Penumpang Mengubah suai semua kaki dan tapak keusi

penumpang sedia ada kepada heavy duty

clips type. Memasang 9 unit head rest pada

semua kerusi penumpang.

Page 5: VAN SERBAGUNA KOMUNITI JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH

5

7. Penutup

7.1 Sebagai penambahbaikan kepada kenderaan yang sedia ada, maka

JAWI sekali lagi mengambil usaha untuk mempelbagaikan kegunaan

van . Jika sebelum ini ianya terhad kepada satu kegunaan sahaja,

maka dengan pengubahsuaian yang telah dibuat, van serbaguna

komuniti ini dapat dipelbagaikan fungsinya sehingga kepada

pengurusan jenazah dan membawa pesakit. Diharapkan dengan

adanya van seumpama ini, maka khidmat sosial dan masyarakat dapat

diperluaskan lagi di samping membantu mereka yang memerlukan

penggunaan van jenazah terutamanya.

Disediakan oleh:

Nama: Khatijah Binti Jusoh

Unit: Inovasi dan Kualiti

Jabatan: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Tel: 03- 2274 9333

Faks: 03- 2273 1575

E-Mel: [email protected]

AIN2012/ Unit Inovasi JAWI/ 14082012/JAWI.T100-17/5

Page 6: VAN SERBAGUNA KOMUNITI JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH

6

Page 7: VAN SERBAGUNA KOMUNITI JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH

7

Page 8: VAN SERBAGUNA KOMUNITI JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH

8

Page 9: VAN SERBAGUNA KOMUNITI JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH

9