kertaskerja mural

7
TEMA : MOTIF KELARAI TAMPUK JANTUNG TEMPAT : BILIK PSV, BLOK E, STUDI. TEMPOH : JUN – JULAI 2013 ANJURAN : PANITIA PSV KERTAS KERJA PROJEK MURAL

Upload: zaigmie-najyana

Post on 05-Nov-2015

242 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kertaskerja

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA PROJEK MURAL

TEMA : MOTIF KELARAI TAMPUK JANTUNG

TEMPAT: BILIK PSV, BLOK E, STUDI.TEMPOH : JUN JULAI 2013ANJURAN: PANITIA PSV

1.0 PENGENALAN

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke arah kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum atau kerohanian. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah juga dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Salah satu cara yang dapat dijalankan ialah dengan mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan indah. Oleh itu, guru-guru PSV akan mengambil peluang ini bagi menceriakan persekitaran sekolah dan mewujudkan suasana yang kondusif semasa bekerja dalam kalangan guru.

2.0 RASIONAL

Prasarana dan pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda utama serta salah satu budaya yang perlu diterapkan di sekolah. Persekitaran yang perlu diwujudkan mestilah bersesuaian dengan warga sekolah yang terdiri daripada guru, kakitangan sekolah dan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum supayaperkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Keselesaan dan suasana yang kondusif digabungjalinkan dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui pembinaan mural akanterasa lebih mesra. Secara tidak langsung tetamuyang melalui kawasan sekolah akan membaca kata-kata hikmah serta mengenal motif seni yang dijadikan mural. Mural yang dibina juga dapat dijadikan wadah yang menonjolkan budaya sekolah.

OBJEKTIF

i) Untuk menjadikan laluan tangga utama sebagai satu tempat tumpuan yang menarik bagi guru-guru, murid-murid dan tetamu yang berkunjung ke sekolah.ii) Merancangdanmelaksanakanaktivitiataupunprojek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.iii) Menyumbang tenaga dan buahfikirandalam sebagai sumbangan terhadap sekolah.iv) Hasil kerja guru pelatih sebagai tanda kenangan apabila selesai menjalani internship di sekolah ini.v) Dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam pengurusan keceriaan sekolah dan pengalaman ini dapat digunakan apabila kami bakal berkhidmat sebagai guru sebenar pada masa akan datang.

3.0 TEMPOH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Tempoh: Jun Julai 2012Tempat: Laluan Tangga Utama Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil

4.0 SASARAN

Pelawat dan Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil

5.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat: Puan Juriah Bt JupriPengerusi: Pn Salmiah Bt Mohd IsaNaib Pengerusi: Encik Kamarul Ariffin Bin IshakPenyelaras Projek: Muhammad Hanif Bin Abu BakarPenolong Penyelaras: Nurul Izzati Bt Mohamad @ HusinSetiausaha: Nur Hafizza Munirah Bt HamdanReka Grafik: Nur Zuraidah Bt Abdul Rahman : Nurliana Izzaty Bt Ahmad Shafir

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil.PerkaraHarga/Kos

1BerusRM 10.00

2Cat pelaka RM 40.00

3PolisterinRM 30.00

4Cat DindingRM 20.00

JumlahRM 100.00

7.0 SUMBER KEWANGAN

Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil, Kuala Lumpur

8.0 PERANCANGAN PROJEKBil.AktivitiBahanTindakan

1Perbincangan mengenai idea mural bertemakan kelaraiGambar kelarai Semua guru

2Pembinaan kertas kerjaKertas kerja Setiausaha

2Perbincangan dan pemilihan bersama pihak pentadbiran untuk khidmat nasihat bagi mendapat kelulusan daripada Pengetua. Kertas Cadangan Pengurus Projek AJK Pengerusi Projek Guru Besar

3Pemilihan Kata-kata Hikmah yang bersesuaian di laluan tangga utama.Tema Motivasi Semua guru

4Projek dimulakanBahan dan alatan melukis mural Semua guru

5Refleksi dan dokumentasiKertas Dokumentasi Pengurus projek

9.0 PENUTUPPerancangan kertas kerja projek ini adalah untuk memudahkan pengurusan yang akan dikendalikan oleh guru Pendidikan Seni Visual. Kami berharap projek melukis mural dan kata-kata hikmah ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Projek seperti ini akan menjadi satu program mengenai pengurusan keceriaan di luar bilik darjah di samping mengeratkan hubungan antara guru-guru pelatih dengan warga Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil. Semoga projek yang bakal dilaksanakan ini dapat menceriakan lagi persekitaran Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil. LAMPIRAN

Cadangan Kata-kata Hikmah:

1. The mediocre teacher tells. The good teacher explains. The superior teacher demonstrates. Thegreat teacher inspires.Kata kata hikmah

Cadangan Lukisan Mural

Kelarai Tampuk Jantung Kuning Merah

Disediakan oleh:

.......................................( )Setiausaha Projek.

Disemak oleh:

........................................( )Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,STUDI Muar.

Disahkan oleh:

.........................................( )Pengetua,STUDI Muar.