kertaskerja wifi smkppm

4
SMK PUCHONG PERMAI KERTAS KERJA RANGKAIAN WIFI SMKPPm 1 KERTAS KERJA RANGKAIAN WIFI SMKPPm PENGENALAN: Capaian internet adalah menjadi suatu yang perlu khususnya di kalangan guru-guru dan kakitangan di SMK Puchong Permai. Walaupun rangkaian sedia ada sudah wujud, namun kawasan liputannya adalah terhad, iaitu hanya di sekitar pejabat sekolah, bilik guru dan makmal ICT. Maka dengan itu cadangan memperluaskan kawasan liputan internet ke seluruh kawasan sekolah dibuat melalui kertas kerja ini. RASIONAL: 1. Persekitaran WIFI sudah menjadi satu keperluan dalam kehidupan hari ini, perkhidmatan ini menyediakan capaian internet kepada semua Warga SMKPPm. 2. Kewujudan aplikasi dalam talian seperti Emis, SAP, SPLG, SPS, eGuru, eTukar, eGaji dan lain-lain yang memerlukan kemudahan internet sebagai medium capaian. 3. Bentuk komunikasi moden hari ini juga memerlukan internet sebagai saluran dan mediumnya, penggunaan kemudahan interaksi yang aktif ini perlu di kalangan guru-guru sebagai saluran yang komunikasi dan pelaksaaan tugasan harian. 4. Pengajaran dan pembelajaran hari ini juga menggunakan teknologi Web 3.0 yang menyediakan persekitaran virtual (maya) sebagai wadah pendidikan. VLE Frog dan portal sekolah antaranya adalah persekitaran maya pendidikan yang perlu dibudayakan bagi melestarikan pendidikan di SMKPPm selari dengan transformasi pendidikan nasional. 5. Pola dan kaedah pengajaran dan pembelajaran hari ini sudah menjurus kepada Pendidikan Alaf Ke-21 yang berteraskan kepada internet dan pembelajaran secara dalam talian. Kewujudan WIFI SMKPPm nanti diharap dapat meletakkan SMKPPm sebaris dengan sekolah lain yang telah melaksanakan kedah pembelajaran moden tersebut. VISI: Pendidikan Alaf 21 Maklumat Di Hujung Jari MISI: Panitia Teknologi Maklumat dan Komunikasi - SMKPPm

Upload: kulaku

Post on 15-Sep-2015

53 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

contoh kertas kerja

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA RANGKAIAN WIFI SMKPPm

SMK PUCHONG PERMAIKERTAS KERJA RANGKAIAN WIFI SMKPPm

3

KERTAS KERJA RANGKAIAN WIFI SMKPPm

PENGENALAN:Capaian internet adalah menjadi suatu yang perlu khususnya di kalangan guru-guru dan kakitangan di SMK Puchong Permai. Walaupun rangkaian sedia ada sudah wujud, namun kawasan liputannya adalah terhad, iaitu hanya di sekitar pejabat sekolah, bilik guru dan makmal ICT. Maka dengan itu cadangan memperluaskan kawasan liputan internet ke seluruh kawasan sekolah dibuat melalui kertas kerja ini.

RASIONAL:1. Persekitaran WIFI sudah menjadi satu keperluan dalam kehidupan hari ini, perkhidmatan ini menyediakan capaian internet kepada semua Warga SMKPPm.2. Kewujudan aplikasi dalam talian seperti Emis, SAP, SPLG, SPS, eGuru, eTukar, eGaji dan lain-lain yang memerlukan kemudahan internet sebagai medium capaian.3. Bentuk komunikasi moden hari ini juga memerlukan internet sebagai saluran dan mediumnya, penggunaan kemudahan interaksi yang aktif ini perlu di kalangan guru-guru sebagai saluran yang komunikasi dan pelaksaaan tugasan harian.4. Pengajaran dan pembelajaran hari ini juga menggunakan teknologi Web 3.0 yang menyediakan persekitaran virtual (maya) sebagai wadah pendidikan. VLE Frog dan portal sekolah antaranya adalah persekitaran maya pendidikan yang perlu dibudayakan bagi melestarikan pendidikan di SMKPPm selari dengan transformasi pendidikan nasional.5. Pola dan kaedah pengajaran dan pembelajaran hari ini sudah menjurus kepada Pendidikan Alaf Ke-21 yang berteraskan kepada internet dan pembelajaran secara dalam talian. Kewujudan WIFI SMKPPm nanti diharap dapat meletakkan SMKPPm sebaris dengan sekolah lain yang telah melaksanakan kedah pembelajaran moden tersebut.VISI: Pendidikan Alaf 21 Maklumat Di Hujung JariMISI: Meningkatkan perkhidmatan dan kemudahan internet bagi Warga SMKPPm dalam menjayakan Pendidikan Alaf 21.MATLAMAT: Menyediakan kemudahan WIFI di SMKPPm secara menyeluruh meliputi semua kawasan dan bangunan bagi kemudahan Warga Sekolah dari guru, kakitangan, pelajar sehingga kepada masyarakat/tetamu sekolah. Memastikan budaya pembelajaran Alaf 21 dinikmati oleh guru dan pelajar di SMKPPm.

KONSEP WIFI Wifi 24 jam. Boleh dicapai di mana sahaja dalam kawasan sekolah. Menggunakan perkhidmatan Wifi untuk tugasan guru dan pendidikan.

KAWASAN PILUTAN:

= Kawasan liputan WIFI bagi satu AP (Access Point)

OBJEKTIF: Memudahkan kerja-kerja dalam talian khusus dalam pengurusan dan pentadbiran. Membantu guru melaksanakan tanggungjawab kerja pengurusan maklumat, markah dan sebagainya yang berbentuk aplikasi dalam talian. Menjadi medium komunikasi di kalangan Warga SMKPPm dalam urusan tugasan dan perkhidmatan. Memberikan kemudahan capaian internet untuk guru dan murid bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Persediaan bagi kaedah pengalajaran moden dan berasaskan web.

KUMPULAN SASARAN: Semua Warga SMK Puchong Permai.

ANGGARAN KOS & KEPERLUAN:BilItemKeperluan/KuantitiHarga Seunit(RM)Harga(RM)

1.UTP Cat6 Internet Cable 300 meter360.00360.00

2.Switch / Hub ( 8 Port)1 unit90.0090.00

3.Access Point (Wifi)7 unit100.00700.00

JUMLAH ANGGARAN KOS(Ringgit Malaysia: Satu Ribu Satu Ratus Lima Puluh Sahaja)1150.00

Disediakan oleh;Disahkan oleh;

_____________________________________(MOHD AZMI BIN SULAIMAN)Ketua Panitia Teknologi Maklumat & KomunikasiSMK PUCHONG PERMAI.Panitia Teknologi Maklumat dan Komunikasi - SMKPPm