39452623-sejarah

11
Soalan ; Pengadilan moral merupakan salah satu cara pentafsiran sejarah. Namun ia dipertikaikan oleh kebanyakan sejarahwan. Bincangkan? Pendahuluan Pengadilan moral dalam sesuatu penulisan sejarah kadang-kadang tidak dapat dielakan. Namun unsur-unsur tersebut sedikit sebanyak membantu dalam membuat tafsiran dalam penulisan sejarah. Lantaran itu pengadilan moral dalam sejarah sering sekali menjadi perbahasan umum dalam kalangan para sejarahwan ketika menyajikan hasil penulisan dan pentafsiran sejarah sama ada wajar atau pun tidak wajar untuk menjatuhan moral kepada pelaku – pelaku sejarah silam. Malah ia akan menjadi isu kontroversi yang berpanjangan dalam menghasilkan karya sejarah. Namun, persoalan ini pada kebiasaannya akan mempunyai segolongan ahli sejarah yang pro dan segolongan ahli sejarah yang kontra. Masing – masing dengan hujah dan alasan untuk membenarkan pendapat mereka diterima oleh para pembaca serta penulis sejarah kemudian dari mereka. Melalui dua perspektif inilah membuatkan hasil karya sejarah itu menjadi hidup dan menarik untuk ditatapi dan dikaji. Di sini pula, saya akan mencuba membincangkan tentang pengadilan moral daripada dua pandangan iaitu pro dan kontra sebagai salah satu cara pentafsiran sejarah. Definisi Apa itu pengadilan moral? Menurut pendapat seorang sarjana iaitu Andrian Oldfield, beliau menegaskan dan mendefinisikan pengadilan moral sebagai: “ Pernyataan moral terutama pengadilan moral adalah berbentuk pujian dan Kutukan. Pernyataan moral bergantung kepada perbezaan tahab sama ada baik atau buruk. ” 1 Qasim Ahmad pula mendefinisikan pengadilan moral secara ringkas sebagai pelakuan – pelakuan menjatuhkan hukuman, atau pun mengenakan penilaian tertentu kepada sesuatu peristiwa sejarah dan / atau kepada seseorang pelaku sejarah. 2 Misalnya di dalam sesebuah tulisan seorang ahli sejarah ada menyatakan sesuatu peristiwa itu tidak baik, ketua negara itu bersalah, sultan negara Z zalim, masyarakat 1 Adrian Oldfield, Moral Judgement in history, History and theory, Jilid xx, bil 3, 1981, hlm.260. 2 Qasim Ahmad, pengadilan moral dalamsejarah: Kes Nazi di Jerman, Dewan Masyarakat, Jilid xix, bil.6 ( Jun 1981 ), hlm. 54

Upload: nieysa-wan

Post on 10-Nov-2015

226 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

SEJARAH

TRANSCRIPT

  • Soalan ; Pengadilan moral merupakan salah satu cara pentafsiran sejarah. Namun ia

    dipertikaikan oleh kebanyakan sejarahwan. Bincangkan?

    Pendahuluan

    Pengadilan moral dalam sesuatu penulisan sejarah kadang-kadang tidak dapat

    dielakan. Namun unsur-unsur tersebut sedikit sebanyak membantu dalam membuat

    tafsiran dalam penulisan sejarah. Lantaran itu pengadilan moral dalam sejarah sering

    sekali menjadi perbahasan umum dalam kalangan para sejarahwan ketika menyajikan

    hasil penulisan dan pentafsiran sejarah sama ada wajar atau pun tidak wajar untuk

    menjatuhan moral kepada pelaku pelaku sejarah silam. Malah ia akan menjadi isu

    kontroversi yang berpanjangan dalam menghasilkan karya sejarah. Namun, persoalan

    ini pada kebiasaannya akan mempunyai segolongan ahli sejarah yang pro dan

    segolongan ahli sejarah yang kontra. Masing masing dengan hujah dan alasan untuk

    membenarkan pendapat mereka diterima oleh para pembaca serta penulis sejarah

    kemudian dari mereka. Melalui dua perspektif inilah membuatkan hasil karya sejarah

    itu menjadi hidup dan menarik untuk ditatapi dan dikaji. Di sini pula, saya akan

    mencuba membincangkan tentang pengadilan moral daripada dua pandangan iaitu pro

    dan kontra sebagai salah satu cara pentafsiran sejarah.

    Definisi

    Apa itu pengadilan moral? Menurut pendapat seorang sarjana iaitu Andrian

    Oldfield, beliau menegaskan dan mendefinisikan pengadilan moral sebagai:

    Pernyataan moral terutama pengadilan moral adalah berbentuk pujian dan

    Kutukan. Pernyataan moral bergantung kepada perbezaan tahab sama ada

    baik atau buruk. 1

    Qasim Ahmad pula mendefinisikan pengadilan moral secara ringkas sebagai

    pelakuan pelakuan menjatuhkan hukuman, atau pun mengenakan penilaian tertentu

    kepada sesuatu peristiwa sejarah dan / atau kepada seseorang pelaku sejarah.2

    Misalnya di dalam sesebuah tulisan seorang ahli sejarah ada menyatakan sesuatu

    peristiwa itu tidak baik, ketua negara itu bersalah, sultan negara Z zalim, masyarakat

    1 Adrian Oldfield, Moral Judgement in history, History and theory, Jilid xx, bil 3, 1981, hlm.260.2 Qasim Ahmad, pengadilan moral dalamsejarah: Kes Nazi di Jerman, Dewan Masyarakat, Jilid xix, bil.6 ( Jun 1981 ), hlm. 54

  • pada masa lalu mundur, sistem politik itu tidak progresif dan sebagainya. Maka

    seseorang ahli sejarah telah pun menghukum atau membuat penilaian moral dalam

    konteks tersebut.

    Berdasarkan definisi di atas, penulis amat bersetuju dan berpendapat bahawa

    dalam penulisan dan pentafsiran sejarah, seseorang ahli sejarah tidak akan dapat

    membebaskan diri daripada menjatuhkan hukuman moral ke atas kajian dan

    penulisansejarah yang ditulisnya. Ini disebabkan penyelidikan seseorang ahli sejarah

    adalah berasaskan kepada pemahaman beliau terhadap pelakuan-pelakuan dan watak-

    watak manusia yang menentukan sesuatu peristiwa. Ditambah pula dengan

    pengalaman dan latar belakang penulis sendiri yang mempengaruhi hasil penulisan

    dan tafsiran sejarah yang diusahakan olehnya. Pengalaman dan latar belakang penulis

    itu amat mempengaruhi tafsiran serta penulisan karya sejarah oleh seorang penulis

    sebagaimana yang diterangkan oleh Muhd Yusof Ibrahim, seperti berikut:

    Kemampuan untuk berbuat demikian terletak pula kepada pengaruh yang

    membentuk pendirian dan pandangannya, yang diterimanya dari

    masyarakatnya, pelajarannya, pengalamannya, serta juga pemikirannya.

    Semua ini merupakan unsur unsur yang merupakn tenaga pengaruh dalam

    penulisannya.3

    Implikasinya ialah tindakan tindakan atau perlakuan perlakuan manusia itulah

    yang membawa kesan kesan yang besar kepada masyarakat dan negara sama ada ia

    merupakan sesuatu yang menguntungkan, merugikan, berpihak, merbahaya,

    mengkritik ataupun sebaliknya.

    Pro dan Kontra dalam Pengadilan Moral

    Dalam pengkajian dan pengamatan mengenai pengadilan moral dalam sejarah

    maka kita akan temui dua golongan iaitu golaongan yang pro dan satu lagi golongan

    yang kontra dalam kes pengadilan moral dalam penulisan sejarah.

    Pertama, golongan ahli sejarah yang berpendapat bahawa pengadilan moral

    tidak wajar dlakukan kerana seseorang penulis itu tidak dapat menyelami dan

    mengetahui keadaan sebenar peristiwa sejarah itu berlaku. Sebagaimana yang

    ditegaskan oleh Butterfiel iautu sarjana sejarah yang mewakili golongan pertama ini,

    yang mengatakan bahawa pengadilan moral tidak dianggap penting dalam penyiasatan 3 Muhd Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1975, hlm.52.

  • sejarah kerana ketidakupayaan atau tidak mampunya ahli sejarah untuk melihat

    sesuatu peristiwa dari lubuk hati si pelaku. Ini menekankan bahawa, kami tidak

    mampu untuk melihat apa yang ada pada manusia lain merupakan faktor penting

    yang menghalang seseorang ahli sejarah itu untuk bersikap objektif dalam

    menjatuhkan hukuman moral.4 Hujah beliau ini tidak dinafikan memandangankan ia

    merupakan satu persoalan yang objektif. Malah timbul pula persoalan seperti

    mengapakan ahli sejarah perlu memikul tugas sebagai seorang hakim atau pengadil di

    dalam mahkamah sejarah dunia? Bukankah persoalan baik atau buruk dalam sesebuah

    masyarakat dahulu tidak semestinya baik atau buruk dari kaca mata masyarakat hari

    ini? Ataupun adilkan seseorang ahli sejarah kotemporari menjatuhkan hukuman moral

    ke atas pelaku sejarah zaman silam? Bukankan nilai moral masyarakat dahulu amat

    berbeza dengan nilai moral masyarkat hari ini. Amat tidak wajar kita menghukum

    mereka berdasarkan pandangan hari ini. Walau bagaimanapun pada pendapat saya, hl

    ini dapat diatasi apabila kita dapat menentukan satu bentuk ukuran yang sejagat untuk

    menjatuhkan hukuman moral agar pengadilan moral yang dikenakan ke atas pelaku

    pelaku sejarah silam itu menjadi amat wajar dan diterima oleh pembaca.

    Penilaian moral amat penting dalam dunia hari ini, pandangan moral menurut

    kaca mata dahulu dngan sekarang sudah berubah kerana peredaran zaman. Mungkin

    dahulu suatu itu dianggap baik tetapi hari ini ia dianggap sesuatu yang ketinggalan

    zaman atau dahulu ia merupakan suatu perkara yang mudah diterima masyarakat

    namun hari ini ia sudah menjadi suatu yang amat asing sekali. Sebagai contoh kita

    lihat dari segi pakaian wanita Melayu, kalau dahulu bertudung atau berselindang

    merupakan pakaian yang semestinya dipakai untuk keluar rumah, namun hari ini

    memakai seluar atau gaya pakian yang simple atau tanpa tudung atau berskaf

    dianggap biasa dan tidak menghairankan. Ini adalah perbandingan penerimaan nilai

    moral antara masyarakat dahulu dan hari ini. Tetapi dari segi nilai agama ia tetap tidak

    dapat diterima.

    Begitulah juga dengan penulisan sejarah kalau kita menilai bernamun dasarkan

    kaca mata hari ini mungin dianggap boleh diterima namun kesalahan kesalahan yang

    dilakukan tetap dihukum oleh nilai moral dan agama sejagat. Kita boleh lihat

    peristiwa sejarah silam iaitu mengenai kisah Hang Tuan dengan Hang Jebat. Kisah

    kesetiaan Hang Tuah dianggap melulu. Manakala kisah penderhakaan Hang Jebat

    4 Herbert Butterfield, Moraj Judgement in History, The Philosophy of History in Our Time, penyunting H. Meyerhoff, New York, 1959, hlm. 236.

  • yang dianggap wajar dengan situasi yang berlaku pada masa tersebut kerana membela

    kematian sahabatnya. Penilaian kaca mata hari ini, watak Hang Tuah amat tidak

    sesuai dengan budaya masyarakat hari ini kerana memberi kesetiaan yang dianggap

    melulu yang kadang kadang tidak masuk akal. Lain pula dengan Hang Jebat, kalau

    menurut pandangan masyarakat hari ini beliau dianggap hero kerana sanggup

    membahayakan diri untuk menuntut bela atas fitnah yang mengorbankan sahabat

    karibnya. Di sini sebagai seorang ahli sejarah, seharusnya memperlihatkan dengan

    jelas tindakan Hang Jebat adalah salah kerana telah melanggar undang undang

    negara dan nilai agama kerana mengamuk dan membunuh. Sekiranya ukuran nilai

    moral sejagat diguna dipakai maka tidak sukar untuk menjatuhkan hukuman moral ke

    atas Hang Jebat. Begitulah juga sebaliknya dengan kes Hang Tuah.

    Kedua, golongan pro yang mengatakan bahawa wajar pengadilan moral

    dilakukan oleh ahli sejarah seperti apa yang ditegaskan oleh Qasim Ahmad, si pelaku

    yang melakukan sesuatu kejahatan dari segi lahiriah atau secara luaran walaupun ia

    berhasrat baik atau suci, ia akan dihukum juga dalam mahkamah dan didakwa

    melakukan sesuatu kesalahan dari segi undang undang dan moral. Beliau menambah

    bahawa:

    Tanpa menerima andaian bahawa manusia itu bertanggungjawab terhadap

    dirinya sendiri, pengadilan moral ke atas tindakan manusia adalah sesuatu

    yang tidak munasabah. Begitu jugalah pengadilan ke atas negara negara lain,

    malah kegiatan seluruh dunia, adalah tidak munasabah kalau kita tidak

    menerima andaian mengenai hubungan antara bangsa yang disebutkan itu.5

    Ini menjelaskan kepada kita bahawa persoalan untuk memahami dari lubuk

    hati si pelaku, merupakan suatu masalah yang kecil sebagaimana yang disarankan

    oleh Butterfield kerana apabila ahli sejarah yang membuat sesuatu kajian, ia akan

    menjatuhkan hukuman moral berdasarkan kepada tindakan tindakan lahiriah si

    pelaku yang disokong oleh bukti bukti dan sumber sumber sejarah yang ditemui

    oleh beliau. Menurut Qasim Ahmad, tindakan lahiriah seseorang individu atau tokoh

    adalah bertanggungjawab terhadap tindakannya. Justeru itu, tindakan lahiriah ini akan

    menjadi pegangan seseorang ahli sejarah untuk menjatuhkan pengadilan moral.6

    5 Qasim Ahmad, Karya Sejarah: Pendekatan an Persoalan. Pengadilan Moral dalam kes Nazi Jerman, hlm.59.6 Qasim Ahmad, Karya sejarah: Pendekatan dan persoalan. Pengadilan moral dalam kes Nazi Jerman, hlm.59.

  • Tindakan lahiriah biasanya dilakukan secara sedar atau disengajakan serta dirancang

    dengan rapi. Untuk menerangkan yang tindakan tindakan lahiriah yang menjadi titik

    tolak seseorang ahli sejarah untuk menjatuhkan pengadilan moral, maka kita dapat

    perhatikan watak Panglima Nayan dalam buku yang ditulis oleh Mansor bin Abdullah

    yang berpendapat pengadilan moral amat wajar dilakukan oleh para sajarahwan. Maka

    dalam penulisan ini saya akan cuba memaparkan kewajaran pengadilan moral dalam

    pentafsiran sejarah.

    Tindakan Lahiriah sebagai Pengukur Pengadilan Moral

    Sarjana Mansor Abdullah menerangkan bagaimana watak Panglima Nayan

    yang berada di Kedah, telah menolong rakyat tempatan dengan cara mencuri harta

    orang kaya dan membahagi bahagikannya kepada orang miskin. Sebenarnya beliau

    mengatakan bahawa golongan tuan tanah atau orang kaya inilah yang telah melakukan

    pemerasan terhadap golongan rakyat miskin dengan cara mengeksploitasi tenaga

    rakyat bawahan untuk mengusahakan tanah tanah mereka tetapi sebaliknya

    keuntungan hanya dinikmati oleh golongan kaya sahja. Maka Panglima Nayan telah

    mengambil tindakan yang tersebut di atas tadi. Di sini Panglima Nayan telah

    digambarkan sebagai bandit sosial oleh Cheah Boon Kheng, dikatakan telah

    diberikan gelaran Panglima oleh rakyat kononnya, membela nasib rakyat malang.

    Mansor Abdullah menjelaskan lagi:

    Lihat harta harta ini semuanya harta pemerasan mereka ke atas orang

    orang miskin, dan sekarang orang miskinlah yang memilikinya.7

    Beliau menambah lagi

    Menoleh memandang dengan penuh kejayaan sambil berkata: Memang

    benar dan hari ini juga kejayaan ini segera kita bahagikan mengikut kadarnya

    dan sebahagian daripadanya masa yang tertentu.8

    7 Mansor Abdullah, Panglima Nayan, Sinaran Bros, Pulau Pinang, 1959, hlm. 22.8

    Ibid.

  • Walaupun Panglima Nayan digelar sebagai seorang panglima, tetapi Mansor

    Abdullah dalam bukunya menjatuhkan pengadilan moral dengan mengatakan

    Panglima Nayan sebagai seorang penyamun yang kejam, berdasarkan kepada:

    Kerana mereka kenalkan saya dan Taukeh Ah Leng Pula cuba....Sebab itu

    maka mereka dibunuh.9

    Sebagai ahli sejarah kita tidak boleh menjatuhkan pengadilan moral kepada

    Panglima Nayan? Mungkin bagi sesetengah ahli sejarah akan mengatakan tidak patut

    dan tidak harus dijatuhkan pengadilan moral terhadap tindakan merompak dan

    membunuh yang telah dilakukan oleh Panglima Nayan kerana kita harus meihat niat

    suci mereka yang melakukan tindakan tersebut semata mata untuk membantu

    golongan miskin. Maka tidak harus pengadilan moral dijatuhkan terhadap beliau.

    Tetapi sebagai seorang insan biasa wajarkan tindakan Panglima Nayan tersebut? Saya

    berpendapat bahawa walaupun niatnya amat suci namun tindakan lahiriahnya seperti

    mencuri dan membunuh dua orang kaya secara sewenang wenangnya patut dikutuk.

    Malah kalau kita perhatikan membunuh dan mencuri adalah sangat bercanggah

    dengan hukum moral dan agama serta nilai sejagat. Kita tidak boleh meletakkan

    undang undang dan hukuman ditangan sendiri. Lagipun matlamat suci tidak

    menghalalkan cara untuk memperolehinya. Maka adakah tidak tidak wajar bagi

    seseorang ahli sejarah untuk menjatuhkan pengadilan moral terhadap Panglima Nayan

    yang terkutuk itu. Dengan kata lain, tindakan lahirian si pelaku atau individu yang

    mencetuskan sesuatu peristiwa menjadi kayu pengukur atau asas untuk menjatuhkan

    hukuman moral.

    Pengadilan Moral Berdasarkan Bukti dan Penyelidikan

    Sebagai seorang ahli sejarah maka sudah menjadi kewajipan baginya

    membuat penyelidikan berdasarkan bukti bukti yang ditemui. Daripada sumber

    sumber ini maka penulisan ahli sejarah akan berjalan lancar sehingga mencapai satu

    tahab untuk membuat satu keputusan atau keputusan. Sumber sumber sejarah boleh

    berbentuk lisan mahupun tulisan mahupun tinggalan artifak. Keadaan ini menjelas

    bahawa satu kejadian dan penyiasatan yang rapi serta teliti amat perlu dilakukan oleh

    seseorang ahli sejarah sebelum membuat sesuatu keputusan atau rumusan.9

    Ibid, hlm, 22.

  • Lanjutan dari itu, pada pendapat saya seseorang ahli sejarah tidak dapat bebas

    daripada terlepas atau bebas dari menjatuhkan pengadilan moral ke atas peristiwa

    yang dikajinya. Ini adalah kerana penyelidikan atau kajian seseorang ahli sejarah

    adalah berasaskan kepada pemahaman beliau terhadap pelaku pelaku atau watak

    watak manusia yang mencetuskan peristiwa tersebut ditambah pula dengan sokongan

    sumber sumber yang ditemui atau disandarkan oleh seorang ahli sejarah tadi. Hasil

    daripada ini, tindakan atau perlakuan manusia itulah yang membawa kesan yang besar

    kepada sesebuah negara atau masyarakat. Justeru itu dapat ditegaskan bahawa

    pengadilan moral tidak harus diketepikan dalam penulisan sejarah kerana sekurang

    kurangnya penulisan sejarah ini dapat memberi satu pedoman atau panduan serta

    pengajaran kepada kita untuk mewujudkan satu kehidupan yang lebih baik.

    Pada kebiasaannya sesuatu pengadilan moral hanya akan dijatuhkan pada hai,

    iaitu penghujung sesuatu kajian dan bukannya diawal kajian. Malah, ahli sejarah

    dalam penulisannya ada mengemukakan bukti bukti dan sumber sumber sejarah

    dengan teliti, atau dengan kata lain bukti atau sumber mestilah terlebih dahulu melalui

    proses saringan. Oleh sebab itu ahli sejarah boleh menjatuhkan hukuman moral

    diakhir penulisannya terhadap peristiwa sejarah yang ditulisnya.

    Istilah Melambangkan Pengadilan Moral

    Seterusnya, dalam penulisan sejarah penggunaan perkataan, ayat ayat

    mahupun frasa frasa, kadang kadang telahpun meletakkan atau mengambarkan

    nilai moral, seperti merogol, zalim, kejam, jahat, membunuh, banyak yang menderita

    dan sebagainya. Walaupun penulis akan mendakwa atau mungkin mendakwa ia

    bersikap berkecuali dalam penulisannya tetapi pada hakikatnya ia tidak akan terlepas

    daripada menjatuhkan hukuman moral ke atas kajiannya. Sebagai satu contoh ingin

    saya petik dari penulisan Aron Shai, iaitu;

    Kemudian, diberitahu tentera udara Jepun menyerang penumpang

    penumpang kereta api di Wilayah Honan dan Hopei telah membunuh dan

    mencederakan 24 penduduk awam China10

    Dari penulisn ini jelas menunjukkan bahawa tindakan ganas tentera udara

    Jepun ke atas orang orang awam di Wilayah Honan dan Hopei semasa peperangan

    Sino-Jepun. Walaupun penulis tidak menjelaskan pengadilan moral secara langsung 10 Aron Shai, Origin of the war in the east, Crobm Helm, London, 1976,hlm.20.

  • atas tindakan tentera udara Jepun tetapi impak daripada penggunaan perkataan

    tertentu dalam penulisannya menggambarkan dan memaparkan kekejaman serta

    keganasan tentera Jepun tersebut. Ini sudah cukup jelas bahawa kesan penggunaan

    perkataan tadi menyerupai dengan hukuman moral ke atas pelaku sejarah.

    Pengadilan Moral Sebagai Teladan dan Pengajaran

    Sejarah juga perlu dilihat sebagai alat pengajaran moral kepada pembaca

    khususnya masyarakat hari ini, agar peristiwa peristiwa masa lalu menjadi teladan

    dan iktibar. Hujah ini amat dipersetujui oleh Andrian Oldfield kerana beliau berhujah

    bahawa sebenarnya pengadilan moral adalah penting dalam penulisan sejaran dan

    merupakan sesuatu aspek yang tidak harus dilupakan begitu sahaja. Sebabnya kata

    beliau, pengadilan moral akan memberikan pengajaran moral kepada pembaca.11 Di

    sini, saya akan cuba membentangkan satu contoh sejarah bagaimana ahli sejarah

    memberikan pengajaran moral kepada masyarakat dan menyedarkan mereka daripada

    kesilapan yang lepas dan sekiranya dilakukan kembali maka akan membawa padah

    atau kesan buruk kepada masyarakat dunia amnya. Kes yang hendak saya paparkan

    ialah mengenai pengeboman bom atom oleh Amerika ke atas bandaraya Hiroshima

    dan Nagasaki di Jepun. Sekumpulan pengkaji dari Persatuan The Pacific War Reseach

    dari Jepun menulis dan merakamkan bahawa:

    The Hiroshima Atomic Hospital reported that in the first six months of 1971,

    Thirty three patiens died there, twenty three of cencer. Up to mid 1971 the

    leukimia death rate among survivors was running at the over sixteen times

    the everage, and death from other form other of cencer at eight times the

    national average. The full genetic effect will not be know for three to four

    generation.12

    Ini bermakna bahawa kesan nuklear yang dihadapi oleh mangsa mangsa

    bom atom semasa peristiwa tersebut tidak dapat dipastikan melainkan selepas tiga

    atau empat generasi yang akan datng, terutama dalam aspek genetik manusia. Dengan

    ini kita boleh dan dapat membayangkan kesengsaraan perang nuklear semasa Perang

    Dunia Kedua. Ia kan menjadi suatu pengajaran dan iktibar kepada masyarakat dunia

    buat selama lamanya.11 Andrian Oldfield,Moral judgement in history,hlm.274 276.12 The Pacific War reseach Sociaty, The day man lost, Kondansha International Limited, Tokyo,1972,hlm.294.

  • Pengadilan Moral Sebagai Benting Hak Asasi Manusia

    Selain daripada pedoman dan pengajaran kepada pembaca, sejarah juga

    bertanggungjawab memelihara hak asasi manusia sejagat. Persoalan hak asasi sejagat

    perlu dititik beratkan, ia juga disokong oleh sejarahwan R. Sunthara. Beliau

    berpendapat bahawa ukuran dalam penilaian ahli sejarah bukan sahaja berdasarkan

    kepada persoalan kepentingan negara dan rakyat secara keseluruhannya. Ia juga

    melihat kepada pihak manakah yang menodai hak asasi manusia yang merupakan

    aspek penting yang harus diambil kira dalam penulisan sejarah.13 Contoh yang amat

    ketara dalam kes yang melibatkan persoalan siapakah yang menodai hak asasi

    manusia sejagat dalam dua kes yang saya paparkan di atas tadi iaitu kes pengeboman

    di Jepun( bom atom ) dan serangan Amerika di Iraq. Kedua dua kes ini

    memperlihatkan penderitaan yang amat ketara ke atas rakyat Jepun dan Iraq yang

    tidak berdosa seperti wanita dan kanak kanak. Amat jelas wanita dan kanak kanak

    tidak terlibat langsung dalam peperangan walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Di

    sini persoalan yang serupa akan timbul iaitu apkn wajar pengadilan moral dijatuhkan

    ke atas tindakan Amarika? Apa yang jelas sejarah mesti diutarakan dalam bentuk apa

    yang sebenarnya terjadi. Maka kalau itulah caranya sudah jelas tanpa perlu

    menekankan ayat pengadilan moral secara khusus ke atas tindakan Amarika Syarikat

    mengakibatkan kematian berjuta juta manusia yang tidak berdosa. Di sini dengan

    jelas manusia telah menjatuhkan pengadilan moral ke atas Amarika Syarikat yang

    telah menyebabkan kemusnahan ke atas kedua dua negara tadi. Kesan di sini dengan

    jelas Amarika Syaraikat dengan jelas melanggar hak asasi manusia di Jepun dan Iraq.

    Kesimpulan

    Kesimpulannya, memang soal menjatuhkan pengadilan moral tidak seharusnya

    diketepikan dalam pentafsiran sejarah. Ini kerana seseorang ahli sejarah perlu

    memikul tanggungjawab tersebut. Ini berlaku apabila menggunakan sesuatu perkataan

    maka sudah menunjukkan satu bentuk pengadilan moral telah berlaku sama ada secara 13 R.Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Merican and Sons. Kuala Lumpur, 1985,hlm.118.

  • sedar ataupun tidak sedar. Agak sukar agar tidak menggunakan perkataan membunuh,

    berperang, penindasan, rampasan, rogol dan sebagainya dipisahkan daripada

    penulisan dan pentafsiran sejarah. Seandainya dipisahkan juga maka penulisan itu

    pincang tanpa makna. Malah catatan sejarah yang dipaparkan akan menjadi amat mati

    dan kaku. Lantaran itu pengadilan moral merupakan antara unsur atau kaedah dalam

    melakukan penyelidikan bagi menghasilkan sesuatu penulisan sejarah yang baik.

    Mahu tidak mahu seseorang ahli sejarah harus membuat penilaian moral

    dalam penganalisaan penulisan dan pentafsiran sejarah yang dipaparkan. Sikap pro,

    anti atau neutral dalam persoalan pengadilan moral sudah pasti mengakibatkan

    rentetan sejarah seterusnya. Kalau ahli sejarah tidak mahu menjatuhkan pengadilan

    moral di atas sesuatu peristiwa sejarah, sudah tentu pembaca atau bukan ahli sejarah

    sudah pasti membuat pengadilan moral untuk mereka. Pokoknya, jalan keluar

    daripada masalah ini bukanlah lari daripadanya tetapi memperlengkapkan lagi ahli

    sejarah dengan kemahiran yang berkait....14

    Saya berpendapat sebagai seorang ahli sejarah, pengadilan moral dalam

    pentafsiran sejarah adalah tidak semestinya diketepikan begitu sahaja. Seandainya

    pentafsiran sejarah tidak dipaparkan tentang pengadilan moral akan menyebabkan

    paparan sejarah itu tidak bermakna dan tidak lengkap. Pembaca akan terasa digantung

    tanpa penghujungnya dan menjadi tidak menarik. Semestinya sesuatu pentafsiran

    sejarah tentang pengadilan moral harus dipaparkan supaya menjadi pengajaran kepada

    genarasi akan datang. Tanpa sejarah kehidupan kita tidak lengkap dan menyukarkan

    kita untuk maju kehadapan yang mana sejarah akan menjadi panduan kepada kita.

    14 Qasim Ahmad, Karya Sejarah: Pendekatan dan persoalan. Pengadilan moral dalam kes Nazi Jerman, hlm.143.