37465232-pedagogi-jakim

Upload: ahmad-fadzli

Post on 07-Jan-2016

237 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

  • PEDAGOGI: Metodologi, Pendekatan,Kaedah,Teknik dan strategi mengajar dengan berkesan.Oleh: Ustazah Sarimah bt. Mokhtar Institut Perguruan Tawau

  • Pengenalan PEDAGOGI(PEDAGOGUE): Kajian tentang kaedah dan prinsip pengajaran, sebilangan guru di negara ini memerlukan latihan semula tentang perkembangan terbaru dalam bidang kurikulum.

    METODOLOGI: Sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, disiplin(terutama dalam bidang akademik) dsb.Metode:cara melakukan sesuatu,sistem, kaedah belajar.

    PENDEKATAN: Cara mengajar berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan berdasarkan teori, prinsip atau model tertentu.contoh: daripada yang mudah kepada yang lebih susah atau daripada konkrit kepada yang lebih abstrak. Diantara contoh pendekan pengajaran ialah :Pendekatan induktif dan deduktif , pendekatan koperatif(bekerjasama dalam kumpulan) , pendekatan kolaboratif(kerjasama antara dua pihak), pendekatan intergratif(menggabungkan atau sepadu) dan pendekatan tematik(tema fokus utama:contoh tema isu semasa akan menjurus kepada masalah salahlaku remaja).

  • Pengenalan KAEDAH:Siri tindakan guru yang sistematik bertujuan mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan, pemilihan kaedah yang sesuai dalam jangka masa pendek.contoh:kaedah praktis, kaedah dapatan dan sebagainya. Di antara contoh kaedah ialah :Kaedah kuliah, kaedah perbincangan, kaedah bercerita, kaedah projek, kaedah inkuiri penemuan(Ingin tahu/meneroka ilmu) dan kaedah penyelesaian masalah.

    TEKNIK: Kemahiran guru mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar yang telah dilaksanakan.contoh: teknik bercerita,latihtubi,menghafal, simulasi, teknik penyoalan, teknik penyampaian, teknik perbincangan, teknik tunjuk cara dan sebagainya.

  • Pengenalan

    STRATEGI: Kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran.Mengambil kira semua aspek pengajaran termasuk pemilihan bahan,masa,aktiviti dan sebagainya. Di antara contoh strategi pengajaran :Strategi penggabungjalinan(aqidah+sirah+akhlak+sains+geografi), strategi berpusatkan pelajar, strategi penyerapan(nilai Islam/nilai murni).

  • Konsep metodologi pengajaran Pendidikan IslamBermula sejak zaman permulaan Islam hingga ke hari ini.contoh: bermula dengan wahyu pertama,..Bacalah dengan nama Rabbmu(surah al-Alaq 1-5).Al-Quran: sumber utama ilmu pengetahuan yang sebenar dan asli.Menurut Prof.Omar As-Syaibani,..iaitu segala kegiatan yang terarah dijalankan oleh guru dalam memenuhi keperluan matapelajaran yang diajar, ciri-ciri perkembangan pelajar,suasana alam sekitar dan tujuan untuk membantu pelajar mencapai matlamat pembelajaran dan perubahan tingkahlaku yang dikehendaki.Bercirikan sepadu dan selaras dengan matlamat, roh dan akhlak Islam( perkaitan hubungan antara manusia, alam dan Penciptanya) serta bersifat luwes(boleh disesuaikan dengan perkembangan masa dan keadaan),seimbang diantara teori dan praktis, proses belajar dan amal, hafalan dan kefahaman dan sebagainya.

  • Prinsip utama Metodologi P.IslamMembantu pelajar mencapai objektif dan tujuan pembelajarannya.Sentiasa menjaga motivasi, minat dan keinginan pelajar untuk terus belajarMemelihara tahap kematangan dan kemampuan pelajar untuk belajarMemberi perhatian terhadap perbezaan individu mengikut pencapaian pelajarMemberi peluang pelajar mengambil bahagian secara praktikal dalam proses pembelajaranMemberi perhatian terhadap aspek kefahaman dan bukan hafalan semata-mata.Mewujudkan suasana yang gembira dalam proses pembelajaran(Kondusif)

  • Metodologi pengajaran Rasulullah dan tokoh IslamPelopor metodologi Pendidikan Islam & ilmu Pendidikan : Para Rasul utusan Allah sejak dari Nabi Adam a.s hingga kepada Rasulullah,disambung dan dikembangkan oleh para sahabat dan tokoh-tokoh Islam di zaman Khulafaar-Rasyidin dan Tabiin

    DI ANTARA METODE PENGAJARAN RASULULLAH: 1.Kuliah/Khutbah 2.Soal jawab 3.Diskusi/perbincangan 4.Bercerita 5.Berdialog 6.Hafalan 7.Tunjukcara/demonstrasi/amali 8.Projek(Rancangan kerja/aktiviti) 9.Statistik(butiran/bukti yang ditunjukkan dengan angka/bilangan 10.Berdebat 11.Menggunakan rajah(gambaran,tanda,tulisan,melukis)

  • DI ANTARA METODE PENGAJARAN IMAM AL-GHAZALIKaedah HalaqahKaedah Dialog dan PerbincanganKaedah PerbandinganKaedah Petunjuk dan BimbinganMetodologi pengajaran Rasulullah dan tokoh Islam

  • DI ANTARA METODE PENGAJARAN IMAM as-SyafieKaedah KuliahKaedah Imlak(penulisan serentak dengan hafaz)Kaedah HalaqahKaedah DiskusiKaedah Usuli(dasar,asal,cadangan,pandangan)Kaedah BacaanMetodologi pengajaran Rasulullah dan tokoh Islam

  • Kaedah pengajaran Tafsir al Quran/HadisKaedah Kuliah ringkasKaedah perbincanganSoaljawabPembelajaran melalui Pusat SumberPenggunaan alat TeknologiMaklumat,Ms Word,Ms Power Point,internet, Slaid,elektronik(audio visual) dsb

  • Langkah pengajaran Tafsir/HadisPermulaan pengajaran: memetik salah satu isi kandungan yang manarik,mula dengan Asbabul Nuzul,mulakan dengan masalah-masalah semasa yang berkaitan dengan ayat tersebut- Perkembangan pengajaran: 1.Tilawah(baca) ayat/hadis oleh pelajar atau guru 2.Terjemahan ayat/hadis 3.Perbincangan ringkas- dalam bentuk soaljawab untuk merangsang pemikiran pelajar spt istilah baru dalam ayat. 4.Tafsiran ayat/hadis- guru 5.Perbincangan lanjut- Antara guru dengan pelajar mengenai tuntutannya dalamkehidupan 6.Penilaian- guru mengemuka beberapa soalan untuk menilai sejauhmana pencapaian objektif pengajaranPenutupTugas lanjutanPenilaian kendiri

  • Kaedah pengajaran AqidahKaedah induktif atau deduktif:

    Induktif iaitu pendekatan yang memberi peluang kepada pelajar membuat kesimpulan sendiri mengenai sesuatu konsep atau benda.Guru akan memulakan pengajaran dengan memberi sebanyak mungkin contoh khusus sehingga pelajar dapat membuat kesimpuan.

    Deduktif iaitu cara pengajaran yang bermula dengan memberikan rumus-rumus atau teori yang sudah diketahui umum.Seterusnya pelajar akan menganalisis rumus yang didedahkan terlebih dahulu melalui contoh yang telah dibentangkan.contoh:guru mendedahkan dahulu masalah,hukum,formula atau teori tertentu, kemudian menggunakan .Guru hanya membimbing pelajar cara menyelesaikan masalah melauicontoh yang sesuai diaplikasi dalam situasi yang lain

  • Kaedah pengajaran AqidahKaedah diskusi atau perbincanganKaedah rehlah atau lawatanPenggunaan ICT. MS Power Point,MS Word(Bahan edaran)LANGKAH PENGAJARAN AQIDAH:-Permulaan pengajaran-membentangkan sesuatu isu atau masalah yang memerlukan kepada penyelesaian mengingatkan pelajar tentang pelbagai nikmat yang telah dianugerahkan Allah menghubungkan pelajar dengan peristiwa atau hari-hari kebesaran Islam yang sesuai-Membentangkan kefahaman yang salah-untuk menguji pelajar, kemudian kesalahan tersebut dikritik dari segi latar belakang,rasional,tujuan dan implikasi kepada individu dan masyarakat seperti kepercayaan kepada berhala atau Tuhan banyak.-Membentangkan kefahaman yang betul-berdasarkan dalil naqli dan aqli, hujah dan rasional yang meyakinkan,gaya bahasa yang menarik, jelas dan penuh perasaan, buat perbandingan dan kefahaman secara ilmiah-Perbincangan-guru dan pelajar bersoaljawab untuk mengukuhkan kefahaman. Pelajar diberi peluang untuk mengemukakan pandangan dan persoalan yang berkaitan dengan tajuk.-Penilaian objektif pengajaran-Penutup--Tugas lanjutan-Penilaian kendiri

  • Kaedah pengajaran feqahBanyak memerlukan kepada aktiviti,amali dan praktikal spt ibadah solat,zakat,haji,sembelihanKaedah Demonstrasi dan tunjuk caraKaedah papan hitamKaedah penyelesaian masalah(menganalisis,membuat keputusan,pemikiran kritis)Kaedah kuizKaedah permainanKaedah simulasi(keadaan/situasi sebenar)Tayangan slaid/video audio visualPenggunaan ICT spt MS Power Point, MS Word. CD Interaktif,Benda maujud

  • Langkah pengajaran Fiqh-Permulaan pengajaran: pelbagai teknik boleh digunakan oleh guru untuk menarik perhatian pelajar-Perkembangan: -Soaljawab- segi kefahaman pelajar,masalah dan kekaburan mereka sepertiyang telah dipelajari-solat,puasa, haji sebagai ibadah seharian-Huraian fakta isi pelajaran-menggunakan papanhitam atau bahan bantu mengajar yang lain-Perbincangan-guru dan pelajar berbincang/ perbincangan dalam kumpulan kecil-Tunjukcara-guru tunjuk secara praktikal tentang tatacara melakukan ibadah tersebut-Penilaian objektif pengajaran-Penutup-Tugas lanjutan-Penilaian kendiri

  • Kaedah pengajaran Sirah/Tamadun IslamKaedah ProjekKaedah perbincangan/soaljawabKaedah KuliahKaedah Simulasi(Situasi)Kaedah pembelajaran melalui Pusat SumberKaedah Bercerita,gambar,peta,rajah-gunakan gaya,nada suara yang sesuai,isyarat memek muka dan gerak badan(body contact)Kuiz atau teka-tekiTayangan slaid/video,penggunaan ICT

  • Kaedah pengajaran AkhlakGuru sebagai Qudwah Hasanah(role model)Kaedah perbincanganKaedahberceritaKaedah perbandinganKaedah Simulasi/lakonan semula(situasi sebenar masa kini spt masalah keruntuhan moral dikalangan masyarakat kini).Kaedah lakonanPenggunaan bahan elektronik(audio visual), penggunaan ICT

  • PRINSIP ASAS DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BACAAN DALAM ERA NEGARA MAJU

  • Merangkumi falsafah pendidikan yang menjadikan guru berperanan sebagai: Moderator(sederhana) dalam pemikiranPencipta konflik konsep(masalah)Pencabar kemahuan konvensional(kebiasaan umum/amalan kebiasaan yang telah diiktiraf ramai/adat)Fasilitator kepada pembinaan dan penggunaan pengetahuan latar pelajar terhadap alam mereka(situasi kehidupan sebenar)

  • Guru sebagai moderator Bertindak membimbing pelajar dalam persembahan pemikiranMembimbing pelajar melakukan tugasan bacaan berdasarkan kemampuan dan minat merekaMenggalakkan tugasan dilakukan secara berkoperatif dan berkalobratifMenggalakkan pembelajaran berasaskan masalahMelakukan penilaian secara berformatif dan bertujuan memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran

  • Guru sebagai pengarah Menggerakkan aksi pelajar di dalam bilik darjahnyaSebagai juru kamera yang melihat aksi para pelajarnya menerusi lensa yang dipasang dalam pemikirannyaMelibatkan pelajar dalam drama improvasi daripada kehidupan

  • Guru sebagai pengurus Mengurus strategi perancang dan pelaksanaanMengurus sumber bahan dan masaMengurus pengajaran agar bergerak di sekitar parameter yang dihadkanMengurus risiko dalam suasana pembelajaran yang menekanMengurus dalam pencapaian objektif jangka pendek dan jangka panjang

  • Guru sebagai fasilitator Memandu dalam menentukan arah yang ingin dituju oleh pelajarPembimbing pembelajaran eksplorasi(penjelajahan minda/mencari maklumat)Pembimbing pembelajaran berasaskan pengalamanPenujukkan arah pada waktu berlakunya konflik

  • Guru sebagai pakar rujuk. Mengamalkan proses pembelajaran yang dinamik(maju/pembaharuan/bertenaga/kekuatan)Sumber untuk mendapat nasihat kamus bergerak atau buku rujukanEnsaiklopedia ilmuPakar pedagogi

  • PENUTUPTugas memperkasa proses pengajaran bukanlah satu tugas yang mudahGuru harus menerima hakikat bahawa kehidupan adalah dinamikHarus terus belajarHarus terus mengkajiHarus terus membuat refleksi diri(muhasabah diri)

  • Gurindam Menjalankan Kerja Mahzan Arshad, Januari 2002Jika banyak cela-mencelaTidak menjadi satu pun kerjaJika kurang usul-periksaKerja yang berat menjadi sia-siaJika asyik bercakap-cakapSegala kerja menjadi tak cekapJika kerja berdikit-dikitDari busut menjadi bukitJika mahu bergotong-royongSagu diperoleh di dalam ruyungJika masih bercerai-beraiSampai bila kerja tak selesai Jika orang banyak perintahBertungkus-lumus amatlah betahJika mahu tegur-menegurNyiur yang tinggi boleh digugurJika banyak memberi alasanUsah diharap mendapat ganjaranJika kerja menurut aturanGuni yang berat menjadi ringanJika asyik berbalas nistaRosaklah kuah pecahlah belangaJika tangan ringan sentiasaHasil diperoleh sepanjang masa

  • Sekian Selamat Berkhidmat Kerana Allah untuk Generasi Ummah