buletin jakim februari 2010

16
Februari 2010 | JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA www.islam.gov.my PERCUMA • TAHUN 21 • BILANGAN 128 • FEBRUARI 2010 • SAFAR - RABIULAWAL 1431 H JAKIM BANTAH PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH BUKAN ISLAM JAKIM BANTAH PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH BUKAN ISLAM

Upload: yusof-s

Post on 09-Mar-2016

289 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Buletin jakim Februari 2010

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin jakim Februari 2010

Februari 2010 |

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

www.islam.gov.my

PERCUMA

• TAHUN 21 • BILANGAN 128 • FEBRUARI 2010 • SAFAR - RABIULAWAL 1431 H

JAKIM BANTAHPENGGUNAAN KALIMAH

ALLAH OLEHBUKAN ISLAM

JAKIM BANTAHPENGGUNAAN KALIMAH

ALLAH OLEHBUKAN ISLAM

Page 2: Buletin jakim Februari 2010

�| Februari 2010

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Kandungan

Meja Pengarang

• Sultan Kedah Merasmikan Sambutan Ma‘al Hijrah 3

• Amanat Awal Tahun Menteri di JPM 4�

• Kenyataan Media Berhubung Isu Kalimah Allah 5

• Jakim Bantah Penggunaan Kalimah Allah oleh Bukan Islam 6

• Ceramah Penerapan Nilai-nilai Islam: Isu Kalimah Allah 6

• Sekalung Tahniah Buat Menteri di JPM 7

• Muhadharah Perdana Bersama Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi 7

• Simposium Perdana Wanita Erat Silaturahim Kaum Hawa 8

• Memperkasakan Ekonomi Zakat dan Wakaf 8

• Semakan Tarikh Lahir Mengikut Kalendar Islam Tarik Hati PM 9

• Muzakarah JKF Bincang Isu Remaja 9

• Seminar Takhrij Hadith Nusantara: Realiti dan Keperluan dalam Masyarakat Islam 10

• Kunjungan CMIA ke Jakim 10

• KP Jakim Beri Amanat kepada Pelajar Ijazah Sarjana Muda USIM-DQ 11

• Interllectual Discourse on The Approach of Islam Hadhari 11

• Seminar Pengurusan Kewangan dan Keushawanan 12

• Pembentangan Penilaian Kursus Luar Negara 12

• Dakwah Melalui Mesra Desa 13

• Dr. Sukida Disita 13

• Berita Bergambar 14�

• Senarai Pertukaran dan Lantikan Baru Pegawai Jakim Januari 2010 15

SIDANg REDAKSI

PENAUNGDato’ Haji Wan MohamadDato’ Sheikh Abdul Aziz

Ketua PengarahJabatan Kemajuan Islam Malaysia

PENASIHATMohd Noor Abd. HamidTimbalan Ketua Pengarah

(Pengurusan) Jakim

KETUA PENGARANGMohamad Saari

Pengarah Bahagian Penerbitan

PENGARANGMohd Yusof Sham

PENOLONG PENGARANGMohd Firdaus Mohd Suhani

JURUFOTOJamal Ibrahim

PENGEDARUnit Edaran

Bahagian PenerbitanJabatan Kemajuan Islam Malaysia

Aras 1 & 4�, Blok D9, Kompleks D,Pusat Pentadbiran

Kerajaan Persekutuan62519 Putrajaya

ATUR HURUF / REKA BENTUKVisual Print Sdn. Bhd.

Bayangkan anak kecil kita bertanya kepada rakannya yang beragama Kristian, “Awak hendak ke mana?”“Saya mahu pergi ke Masjid St. John.”

“Saya pun mahu pergi ke Masjid, tapi Masjid ar-Rahman!”

Kebelakangan ini, semakin banyak cabaran yang dihadapi oleh umat Islam di negara ini walaupun umum mengetahui Islam merupakan agama Persekutuan dan majoriti masyarakatnya beragama Islam. Kadangkala tindakan mereka yang melampau yang mencabar serta menggugat kredibiliti agama dan umat Islam mengundang kekecohan dan persengketaan antara agama. Terbaharu, isu penggunaan kalimah suci Allah oleh orang Kristian yang mereka terjemahkan daripada perkataan god atau tuhan.

Walaupun ada sesetengah antara kita berbeza pandangan dalam hal ini, namun kita perlu menyedari tujuan mereka menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan bahan cetakan bukan sahaja boleh mengelirukan umat Islam di Malaysia, malah lebih jauh daripada itu boleh memurtadkan umat Islam. Kita juga perlu menyedari mengapa mereka beria-ia memperjuangkan kalimah Allah dalam terbitan mereka. Sedar atau tidak mereka telah menggunakan kalimah Allah dalam bible bahasa Melayu yang dikenali sebagai Alkitab Berita Baik yang diterbitkan oleh Persatuan Bible Malaysia. ‘Alkitab’ ini turut menggunakan perkataan lain seperti firman Allah.

Sebelum isu ni lebih parah eloklah ia diselesaikan dengan cara yang baik mengikut norma dan keadaan masyarakat Malaysia. Andai kata ia dibenarkan penggunaannya dalam agama Kristian, tidak hairan suatu hari nanti agama-agama lain turut menuntut menggunakannya termasuklah perkataan lain seperti Baitullah, Kaabah, firman, masjid dan sebagainya. Tidak pelik suatu hari nanti semua agama di Malaysia, nama tuhannya ialah Allah. Kita tidak mahu melihat negara kita mengembangkan fahaman pluralisme agama seperti yang berlaku di negara lain.

Jangan benarkan kalimah Allah dijaja dan diperkotakkatikkan oleh mereka. Marilah kita bersatu hati tanpa mengira ideologi politik menentang sekeras-kerasnya penggunaan kalimah suci ini daripada digunakan seterusnya disalahgunakan oleh bukan Islam. Kita perlu mempersiapkan diri dengan hujah dan pengetahuan yang jelas berkaitan isu ini. Kita juga diseru supaya tidak bertindak mengikut emosi, sebaliknya berfikir dan bertindak secara waras dan berhikmah. Tunjukkan Islam menitikberatkan perdamaian.

AdA ApA dengAn kAlimAh AllAh? AdA ApA dengAn kAlimAh AllAh?

Page 3: Buletin jakim Februari 2010

�Februari 2010 |

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

AdA ApA dengAn kAlimAh AllAh?

Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1431H/2009M telah berlangsung pada 18 Disember 2009 di Dewan Plenari, Pusat

Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Sultan Negeri Kedah Darul Aman, KDYMM Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah selaku Timbalan Yang di-Pertuan Agong telah berkenan merasmikan majlis seterusnya menyampaikan anugerah Tokoh Ma‘al Hijrah 1431H.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Jamil Khir Baharom (B) selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan diikuti titah ucapan daripada Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Tema yang telah dipilih bagi sambutan Ma‘al Hijrah pada tahun ialah “Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah.”

“Umat Islam hendaklah sentiasa menanam rasa kasih sayang antara satu sama lain. Sebarang bentuk perbezaan pendapat yang boleh merugikan dan memecahbelahkan ummah haruslah diselesaikan dengan baik dan bijaksana,” titah baginda.

Baginda turut menyeru umat Islam menjadikan peristiwa hijrah sebagai titik permulaan melakukan perubahan bagi

memantapkan ukhuwah supaya dapat membina umat yang terbilang.

Turut hadir memeriahkan majlis sambutan Ma‘al Hijrah pada tahun ini YABhg. Tun Haji Sakaran Dandai, YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi, YB Dato’ Mustapa Mohamed, YB Dato’ Seri Shafie Apdal, YB Dato’ Dr. Abdullah Md. Zin, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim dan Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang. Dewan Planeri dipenuhi 2700 penonton terdiri daripada kontinjen jabatan kerajaan, agensi swasta, badan berkanun dan orang awam.

Acara kemuncak bagi sambutan ini ialah pengumuman tokoh Ma‘al Hijrah oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz. Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Yusuf Noor telah dinobatkan sebagai tokoh Ma‘al Hijrah (tempatan) dan Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Al-Allamah Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi, sebagai tokoh Ma‘al Hijrah (antarabangsa).

Majlis turut dimeriahkan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Johan Majlis Tilawah al-Quran KAFA 2009, Adik Amir Naufal Mohd Rashid, persembahan kumpulan nasyid Brothers, qasidah dan sketsa yang bertajuk “Pertarungan Hijrah Hati dan Nafsu” yang dijayakan oleh Norzizi Zulkifli, Azri Iskandar dan Que Haidar, serta persembahan dikir barat oleh Kumpulan Dikir Barat Permata Timur.

Sultan Kedah MeraSMiKan Sambutan ma‘al HijraH

Page 4: Buletin jakim Februari 2010

�| Februari 2010

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

AmAnAt AwAl tAhun menteri di JPm

Jakim telah diberi penghormatan menjadi urus setia dalam menganjurkan Majlis Perhimpunan Agensi-agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana

Menteri (JPM) dan Ucapan Amanat YB Menteri bagi Tahun 2010 di Auditorium Blok D8, Putrajaya pada 11 Januari 2010.

Dalam majlis tersebut, semua ketua agensi telah hadir bersama wakil dari agensi masing-masing bagi mendengar ucapan amanat dari Menteri di JPM, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Jamil Khir Baharom (B). Majlis turut diserikan dengan kehadiran wakil dari

Cambodian Muslim Intelectual Alliance (CMIA) dalam rangka lawatannya ke Malaysia.

Agensi-agensi yang hadir selain daripada Jakim termasuklah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Lembaga Tabung Haji, Institut Kefahaman Malaysia (IKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Yayasan Wakaf Malaysia dan International Zakat Organization (IZO).

Dalam ucapan amanatnya, Dato’ Jamil Khir menyeru agensi di bawahnya supaya menerapkan empat elemen iaitu iman, amal soleh, berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran. Selain itu, beliau turut menyatakan beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh agensi-agensi di bawah beliau sepanjang tahun 2009. Dato’ Jamil Khir juga menyeru agar kita menyusun saf dengan semangat 1Malaysia menjenguk tahun 2010 dengan penuh strategik mengorak langkah.

Turut diadakan semasa perhimpunan tersebut ialah majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) dengan CMIA dan disaksikan Dato’ Jamil Khir dan timbalannya, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim.

Selain itu, tabung derma pendidikan turut dilancarkan dan berjaya mengutip hampir RM5,000 dalam usaha meningkatkan keperluan pendidikan masyarakat Islam di Kemboja. Dato’ Jamil Khir turut berbesar hati meluluskan sumbangan RM50,000 untuk tabung berkenaan.

Page 5: Buletin jakim Februari 2010

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Saya ingin merujuk berhubung isu keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember

2009 yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah.

Pihak saya akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membawa perkara ini kepada Mahkamah Rayuan untuk tindakan dan pembelaan yang sewajarnya bagi memastikan kesucian agama Islam di Malaysia terpelihara.

Sehubungan itu, saya ingin menasihatkan semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan umat Islam di Negara ini agar dapat bertenang berhubung perkara ini dan menghormati keputusan mahkamah serta memberi peluang perkara ini diselesaikan melalui proses perundangan.

Dalam hal ini, saya akan mengambil langkah untuk mengadakan pertemuan dengan pihak NGO dalam

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia berpandangan Tan Sri Murphy Pakiam, Archbishop Roman Catholic Kuala Lumpur harus mengguna kebijaksanaannya

agar tidak menggunakan lafaz Allah dalam sebarang bahan terbitan pihaknya atau lain-lain. Selain dari kes ini belum muktamad dan masih dalam proses kehakiman, sensitiviti umat Islam dan martabat Islam dalam Perlembagaan Persekutuan wajib diambil kira. Kita sama-sama bertanggungjawab menyekat ruang bagi kelompok ekstremis bergerak dalam pertubuhan agama masing-masing. Pengalaman di India di mana pelampau Hindu membakar gereja dan masjid harus dijadikan iktibar. Keharmonian yang sedia wujud di Malaysia perlu dihargai bersama. Nasihat YAB Perdana Menteri perlu kita beri perhatian berat.

Jakim hairan kerana dalam Perlembagaan Persekutuan, agama Islam adalah satu-satunya nama agama yang disebut tetapi kelihatan agama lain yang lebih diraikan.

Islam sebagai Agama Persekutuan di negara ini perlu dijunjung dan dihormati oleh semua sebagaimana SPB Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara perlu ditaati oleh semua. Begitu juga kedudukan raja-raja yang

masa terdekat bagi mendengar pandangan mereka dan membincangkan perkara ini selanjutnya.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 telah mencapai keputusan seperti berikut:

“Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.”

Sehubungan itu, sukacita dipohon pihak media dapat memaklumkan perkara ini kepada masyarakat. Sekian, terima kasih.

Ketua Pengarah JaKiM

menjadi raja bagi seluruh rakyat jelatanya dan bukan untuk kaum keturunannya sahaja.

Inilah realiti Malaysia yang perlu difahami semua, pengundi yang tidak pernah seumur hidupnya mengundi parti pimpinan Perdana Menteri mesti menerima kenyataan bahawa beliau adalah Perdana Menteri untuk semua.

Sehubungan itu, saya menasihati semua pihak agar memahami dan menghayati realiti serta menjunjung semangat Perlembagaan di negara Malaysia, Islam tetap Agama Negara yang dimartabatkan oleh Perlembagaan Persekutuan walaupun anda tidak menganutnya.

Sementara itu bagi umat Islam, apa pun pandangan penganut lain tentang lafaz Allah, ia adalah lafaz suci yang merujuk kepada tuhan yang Esa, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

Oleh itu, sukacita dipohon pihak media dapat memaklumkan perkara ini kepada masyarakat.

Sekian, terima kasih.

Februari 2010 | �

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Page 6: Buletin jakim Februari 2010

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Taklimat Isu Penggunaan Allah telah diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) pada 8 Januari 2010.

Taklimat ini dihadiri oleh ketua agensi Islam dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Taklimat telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Aizam Mas’od dari Bahagian Penyelidikan Jakim dan Tuan Haji Mohamad Naser

Disa, Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara serta dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Penyelidikan, Tuan Haji Razali Shahabudin. Ustaz Mohd Aizam menyampaikan taklimat dari perspektif ilmiah serta hujah-hujah menolak alasan Gereja Katolik menggunakan kalimah Allah, manakala En. Mohamad Naser dari perspektif perundangan. Dalam sesi ini juga, para hadirin berpeluang melontarkan persoalan dan pandangan kepada ahli panel. Sesi taklimat turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha.

Ustaz Mohd Aizam dalam pembentangan kertas kerja bertajuk “Hujah Menolak penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian” menyatakan beberapa alasan gereja Katolik menggunakan kalimah Allah dan hujah bagi menolak alasan mereka. Beberapa pandangan tokoh ulama’ luar negara yang menyokong tindakan kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam turut dipetik. Keputusan kerajaan membantah dalam isu ini selari dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menobatkan Islam sebagai agama Persekutuan.

�| Februari 2010

JaKiM bantah Penggunaan KaliMah

allah oleh buKan iSlaM

Dalam usaha memberi penerangan dan kefahaman berkaitan isu

kalimah Allah, Bahagian Dakwah Jakim telah menganjurkan Ceramah Penerapan Nilai-nilai Islam yang berjudul Isu Kalimah Allah, Hukum Penggunaannya Bagi Bukan Islam yang disampaikan oleh Ustaz Rashidy Jamil Muhammad ar-Rasyid dari Bahagian Penyelidikan Jakim pada 15 Januari 2010 di Bilik Mesyuarat Utama Jakim.

Menurut Ustaz Rashidy, sebahagian ulama’ seperti Syeikh Fauzi al-Zafzaf, bekas Timbalan Reaktor Al-Azhar mengemukakan pendapat tentang keharusan menggunakan kalimah Allah bagi bukan Islam. Namun kebanyakan ulama’ menyatakan tidak harus digunakan berdasarkan realiti dan waqi’ di Malaysia.

Antara sebab ketidakharusan atau haram menggunakan lafaz Allah bagi bukan Islam dalam konteks Malaysia ialah, lafaz Allah jelas menunjukkan maksud dan mafhum yang berbeza antara Islam dan bukan Islam; konsep tauhid wujud dalam Islam sahaja, sedangkan mereka seperti ahli kitab di kalangan Nasrani dan Yahudi menganggap tuhan tidak esa. Selain itu, mengikut konteks Malaysia, umum mengetahui penggunaan Allah untuk umat Islam sahaja.

Walaupun penggunaan nama Allah dinyatakan dalam al-Quran oleh musyrikin dan ahli kitab, namun mempunyai maksud lain daripada akidah Islamiah. Jika diberi keizinan sudah pasti ia akan menimbulkan perpecahan dan pertikaian justeru kaedah sa’d al-zara‘i boleh digunakan bagi menyekat penggunaannya oleh bukan Islam.

CeraMah iSu KaliMah allah

Page 7: Buletin jakim Februari 2010

�Februari 2010 |

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Ketua Pengarah dan seluruh warga Jakim mengucapkan tahniah dan syabas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B), atas penganugerahan yang

telah dikurniakan sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang ke-82.

Dalam Majlis Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah-darjah serta Bintang Kebesaran itu, Dato’ Seri Jamil Khir telah dianugerahkan Darjah Seri Setia Diraja Kedah (SSDK) yang membawa gelaran Dato’ Seri pada 17 Januari 2010 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan mempermudahkan segala urusan Dato’ Seri dalam meningkatkan syiar Islam khususnya di Malaysia.

Bersempena Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1431H, satu Majlis Muhadharah Perdana Tahun 2009 telah diadakan pada 19

Disember 2009 di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC). Muhadharah ini telah disampaikan oleh Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia yang juga Tokoh Ma‘al Hijrah 1431H, al-Allamah Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi.

Majlis yang julung kali dianjurkan oleh Jakim ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran seramai 1000 orang yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, agensi swasta, badan berkanun, pelajar IPT serta orang awam. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim, Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz, dan para mufti.

Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi yang telah menyampaikan ceramah berkaitan dengan tajuk yang diambil daripada karya terbaru beliau berjudul “Fiqhul Jihad.” Turut membantu

SeKAlunG tAhniAh BuAt menteri di JPm

bagi melancarkan majlis muhadharah tersebut ialah Ustaz Nidzamuddin Zakaria, pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertindak sebagai moderator dan Ustaz Abdul Rahim Ahmad, pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sebagai penterjemah.

Dr. Yusuf al-Qaradawi telah menyeru agar umat Islam berpegang dengan konsep jihad yang sebenar dalam Islam iaitu tidak melampau dan tidak pula cuai dalam melaksanakan tuntutan jihad. Beliau juga menegaskan Islam bukan agama keganasan dan tidak ditegakkan di atas mata pedang sebagaimana tanggapan oleh sesetengah pihak. Umat Islam dilarang untuk mencari musuh, menggunakan kekerasan sebaliknya Islam adalah agama yang mementingkan perdamaian dan peperangan merupakan langkah terakhir untuk memelihara kesucian Islam demi membela umat Islam yang ditindas. Majlis yang berlangsung selama dua jam ini diakhiri dengan ucapan penghargaan serta penyampaian cenderahati yang disampaikan Dato’ Dr. Mashitah.

Muhadharah Perdana berSaMa

Prof. dr. YuSuf

al-Qaradawi

Page 8: Buletin jakim Februari 2010

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

menyatakan penganjuran persidangan ini merupakan langkah yang wajar dalam keadaan ekonomi sekarang ini. Persidangan ini penting bagi melihat pandangan dan nasihat untuk mempertingkatkan lagi program-program zakat dan wakaf. Beliau menyarankan mereka yang berkhidmat dalam bidang ini perlu diberi latihan dan kursus profesional seperti pengurusan, kewangan dan pentadbiran.

Seramai 200 orang peserta dari pelbagai agensi, IPTA dan wakil jabatan kerajaan telah menyertai persidangan tersebut. Sebanyak 24 kertas kerja telah dibentangkan para pensyarah

dan pakar ekonomi dari pelbagai negara seperti Indonesia, Brunei, Bangladesh, Iran, Pakistan, India dan sebagainya.

Jakim dengan kerjasama Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri-menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta Puspanita Kebangsaan telah menganjurkan Simposium Perdana Wanita bertempat di Hotel Pan Pacific, KLIA, Sepang, Selangor pada 11 dan

12 Disember 2009. Simposium ini telah dihadiri oleh seramai 180 peserta yang terdiri daripada isteri YB persekutuan dan negeri serta Puspanita Kebangsaan dan NGO.

Simposium julung kali diadakan yang melibatkan kepimpinan wanita ini mempunyai signifikan bagi meningkatkan kesedaran wanita tentang peranan dalam membangunkan negara dan memperkasakan kredibiliti serta pencapaian golongan hawa dalam mendepani cabaran dunia global masa kini. Di samping itu, simposium ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta agar dapat bekerjasama dalam merangka pembangunan modal insan berteraskan gagasan 1Malaysia.

Beberapa kertas kerja telah dibentang oleh beberapa ilmuwan mengikut bidang masing-masing. Antara pembentang termasuklah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim, kertas kerja bertajuk “Peranan Kepimpinan Wanita Dalam Konteks 1Malaysia,” dan Dr. Danial Zainal Abidin dengan kertas kerja bertajuk “Sains dan Kesihatan: ke Arah Pembangunan Generasi Pewaris.”

Para peserta turut dihidangkan dengan sesi diskusi bertajuk “Gagasan 1Malaysia: Konsep dan Penghayatan,” dengan dibarisi ahli panel Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin, Dato’ Faiza Thamby Chik dan Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba, serta dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz. Sesi Anjung Nurani pula mengetengahkan SS Tan Sri Dato’ Seri Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak dengan membawa para peserta kembali kepada fitrah iaitu mengenali siapa, kenapa dan ke mana kita dicipta dan ke mana kesudahan hidup manusia.

Perasmian simposium ini telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Jamil Khir Baharom (B).

Institut Islam Hadhari UKM dengan kerjasama Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) telah

menganjurkan Persidangan Antarabangsa Kali Ke-7 Epistemologi Tauhid: Ekonomi Zakat dan Waqaf pada 6 dan 7 Januari 2010.

Persidangan tersebut telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, YABhg. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi. Turut hadir Naib Cancelor UKM, Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Pensyarah UKM, Prof. Dr. Abdul Ghafar Ismail, Ketua Pengarah Jawhar, Dato’ Dr. Haji Sohaimi Mohd Salleh dan Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz. Tun Abdullah dalam ucapannya

SiMPoSiuM Perdana wanita erat SilaturahiM KauM hawa

MeMPerKaSaKan eKonoMi zaKat dan waKaf

�| Februari 2010

Page 9: Buletin jakim Februari 2010

�Februari 2010 |

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

SiMPoSiuM Perdana wanita erat SilaturahiM KauM hawa

Pada 8 hingga 10 Januari 2010, Bahagian Penyelidikan telah menyertai Ekspo Juara Rakyat yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang julung-julung kalinya

diadakan di Taman Sentosa, Bukit Beruntung Rawang, Selangor.

Program ini memuatkan pelbagai aktiviti yang melibatkan masyarakat berbilang kaum bagi memupuk semangat perpaduan dan keharmonian. Jakim juga turut menyediakan kaunter semakan tarikh lahir dalam bulan Hijri dan juga edaran buku-buku percuma kepada para pengunjung yang hadir.

Program yang berlangsung selama tiga hari ini telah berjaya menarik seramai 50,000 orang pengunjung ke tapak ekspo ini yang menyediakan hampir 70 buah gerai daripada pelbagai agensi kerajaan, GLC dan swasta.

SeMaKan tariKh lahir MengiKut Kalendar iSlaM tariK hati PM

Bertempat di The Legend Hotel Kuala Lumpur, Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah

mengadakan muzakarah bagi kali ke-89 bermula pada 14 hingga 16 Disember 2009. Muzakarah yang dipengerusikan oleh Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin ini telah dihadiri oleh para mufti, timbalan mufti dan ahli-ahli yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja.

Antara isu penting yang telah dibincangkan pada muzakarah kali ini ialah mengenai “Garis Panduan Pengendalian Masalah Kesihatan Seksual dan Reproduktif di Kalangan Remaja dari Perspektif Syariah” dan “Pandangan Syariah Berkenaan

MuzaKarah JKf binCang iSu reMaJa

Pengguguran dan Membekalkan Bahan Kontraseptif kepada Remaja yang Berisiko Tinggi.” Dua orang pakar telah dijemput untuk memberikan taklimat dan penjelasan mengenai isu tersebut iaitu Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi dari Jabatan Pendidikan Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Dr. Nik Rubiah Nik Abdul Rashid dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Muzakarah kali ini juga telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Permuafakatan Badan Amal Islam Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada 18 buah NGO yang dipengerusikan oleh Dato Hj. Mustapha Ma bagi membincangkan beberapa isu yang berkaitan dengan agama dan umat Islam. Muzakarah turut mengadakan perbincangan dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, YM Engku Tan Sri Dato’ Sri Ibrahim Engku Ngah bagi mendapatkan pandangan ke arah memperkukuhkan lagi peranan JKF pada masa akan datang.

Page 10: Buletin jakim Februari 2010

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya (APIUM) dengan kerjasama Jakim, Bahagian Ijazah Tinggi APIUM, Majlis Agama Islam Perak dan Yayasan Taqwa telah

menganjurkan Seminar Takhrij Hadith Nusantara pada 30 dan 31 Disember di APIUM.

Antara objektif seminar ini adalah untuk mengenal pasti keperluan dan kepentingan takhrij hadith serta cabaran dan rintangannya dalam masyarakat Islam serantau, selain daripada menghuraikan peranan IPT berkaitan dalam menangani penyebaran hadith-hadith palsu dan terlalu daif dalam masyarakat.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz. Dalam ucapannya, beliau menegaskan hadith merupakan tanggungjawab yang perlu disampaikan dengan memastikan ketepatan dan kesahihannya. Beliau melarang ilmu takhrij

unjungan hormat buat pertama kalinya dari delegasi Cambodian Muslim Intelectual Alliance (CMIA) dianggap sebagai pembuka tirai kepada tahun baru 2010 apabila delegasi seramai enam orang dapat bertemu dan berbincang bersama Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) yang turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz.

Sebelum daripada ini, Jakim melalui PKPU telah mengadakan lawatan ke Kemboja pada 29 November 2009 yang bertujuan untuk menjalankan misi bantuan serta menjalankan ibadah korban di kampung-kampung Islam sekitar Kemboja.

Pihak delegasi yang menginap di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, telah menjadi tetamu bagi Jakim bermula pada 6 hingga 12 Januari 2010.

Dalam majlis kunjungan hormat tersebut, Dato’ Haji Wan Mohamad

SeMinar taKhriJ hadith nuSantara: realiti dan KePerluan dalaM MaSYaraKat iSlaM

dijadikan ilmu yang ‘tersembunyi’ dengan menyarankan supaya diadakan bengkel atau klinik hadith di tapak-tapak ekspo. Pada akhir ucapannya, Dato’ Haji Wan Mohamad berharap satu pusat penyelidikan hadith dapat diwujudkan sebagai rujukan para ilmuwan, masyarakat dan agensi-agensi.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengarah APIUM, Prof. Dr. Ahmad Hidayat Buang, Ketua Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Prof. Madya Dr. Mustafa Abdullah, dan Pengarah Seminar, Prof. Dr. Fauzi Deraman.

Antara pembentang kertas kerja utama dari dalam negara ialah Prof Dr. Mohammed Abul Lais Khairabadi (UIAM), Prof Dr. Jawiah Dakir (UKM), Prof Madya Dr. Fauzi Deraman (UM), Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (USM), Prof. Madya Dr. Ishak Hj. Suliaman (UM). Pembentang dari luar negara terdiri daripada Prof. KH Dr. Ali Mustafa Yaqub (Institut Ilmu al-Quran (HQ) Jakarta, Indonesia), Prof. Madya Dr. Abdullah Benyousef Kareena (Prince of Songkla University), Dr. Haji. Muhammad Nur Lubis Abd Razak Nur al-Hafiz (Timbalan Mufti Brunei Darussalam), Ustaz Jamaluddin Abdul Wahab (Persatuan Ulama dan Guru-guru Agama Singapura - Pergas).

KunJungan CMia Ke JaKiM

telah mencadangkan beberapa bentuk kerjasama dan bantuan yang boleh diambil perhatian oleh pihak Jakim meliputi bidang pendidikan, penyiaran radio, dakwah dan penerbitan yang boleh membantu masyarakat Kemboja yang majoritinya Islam tetapi berapa di bawah tahap kemiskinan tegar dan daif.

10| Februari 2010

K

Page 11: Buletin jakim Februari 2010

11Februari 2010 |

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Satu majlis perjumpaan Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz bersama pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia

(USIM) - Darul Quran (DQ) Jakim telah diadakan pada 16 Disember 2009 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).

Majlis bermula dengan solat maghrib berjemaah dan makan malam bersama KP Jakim, sesi taaruf dan seterusnya semua pelajar berpeluang mendengar amanat dan nasihat daripada KP Jakim.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim, En. Mohd Noor Abd Hamid dan Ahli Lembaga DQ yang juga mantan Pengarah DQ, Dato’ Salahudin Omar dan Tuan Haji Mohd Moni Awang Man.

Bagi pengambilan pertama sesi pengajian 2009/10 seramai 33 orang pelajar telah mendaftarkan diri pada 13 Julai 2009 yang lalu. Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah USIM-DQ ini dilaksanakan sepenuhnya di kampus DQ, Kuala Kubu Bharu dengan pemantauan oleh pihak USIM. Tenaga pengajar terdiri daripada pensyarah DQ, pegawai Jakim dan pensyarah IPTA.

KP JAKim Beri AmAnAt KePAdA PelAJAr iJAzAh SArJAnA mudA uSim-dQ

Jakim dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Universiti Putra Malaysia (UPM), Institut Islam Hadhari (UKM) dan Yayasan Islam Hadhari telah menganjurkan Intellectual Discourse on The Approach of Islam Hadhari for

International Students pada 8 Disember 2009 di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Serdang.

Antara objektif program tersebut adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar asing IPT tentang pelaksanaan Pendekatan Hadhari sebagai seorang pelajar serta membantu kerajaan Malaysia memperjelaskan pendekatan ini kepada masyarakat di negara masing-masing.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah. Turut hadir ialah menghadiri program ini ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha, Pengarah Institut Islam Hadhari UKM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Islam Hadhari, Tuan Haji Wan Abdul Hamid Wan Teh, dan Pengarah Bahagian Hadhari dan Pembangunan Insan Jakim, Tuan Haji Mohamad Nordin Ibrahim.

Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan oleh tiga orang penceramah yang tidak asing lagi di negara ini iaitu:

1. Hadhari Reflects: Malaysia as The Model of Development oleh Prof Dr. Sidek Baba (UIAM)

2. Faith and Piety: The Approach of Islam Hadhari In Ummatic Development oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady (ISTAC).

3. Balanced Development Through Mastery of Knowledge oleh Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof Othman (UKM)

Seramai 116 orang peserta IPT dari pelbagai negara telah menghadiri program ini. Para peserta juga berpeluang untuk berinteraksi dengan penceramah dan mengemukakan pelbagai persoalan, pandangan serta komentar pada akhir pembentangan.

Intellectual DIscourse on the approach of Islam haDharI

Page 12: Buletin jakim Februari 2010

1�| Februari 2010

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Agensi Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dengan kerjasama Jakim, Majlis Agama Islam Wilayah

Persekutuan (MAIWP), dan Masjid Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Seminar Pengurusan Kewangan dan Keusahawanan 2009 di Dewan Serba Guna, Masjid Wilayah Persekutuan pada 13 Disember 2009.

Objektif utama seminar ini adalah untuk mendedahkan kepada peserta terutamanya kepada para belia mengenai peluang-peluang yang boleh diterokai untuk mengubah gaya hidup mereka di samping dapat mengubah persepsi kerja makan gaji dapat menjamin kelangsungan hidup mereka.

Ucapan pembukaan majlis telah disampaikan oleh Presiden Pembina, Dr. Kamil Azmi Tohiran. Sesi pembentangan pertama yang bertajuk “Tips Pengurusan Kewangan” telah disampaikan oleh Encik Mohd Adnan Abdullah iaitu salah seorang kaunselor Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), seterusnya pembentangan kedua oleh Encik Mohd Rashidi dari Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yang membincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh PUNB untuk membangunkan usahawan bumiputera tulen yang profesional dan beretika tinggi.

Satu forum diskusi keusahawanan turut diadakan dengan menampilkan Tuan Haji Abd. Rahman Mat Dali (Pengarah Urusan, Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah), Tuan Haji Ahmad Radzi Yahaya (Pengarah Urusan, Servco Resources Sdn. Bhd.) dan En. Aminuddin Yahaya (Pengurus syarikat perkhidmatan perakaunan) selaku ahli panel. Diskusi ini membincangkan tajuk “Kewangan

Bahagian Latihan Jakim telah mengadakan Majlis Pembentangan Laporan Penilaian Keberkesanan dua kursus luar negara yang diadakan bagi tahun

2009 pada 9 Disember 2009 bertempat di Dewan Syura Jakim. Kursus tersebut ialah:

i. Kursus Pengurusan Dakwah dan Pengendalian Fatwa di Mesir pada 25 April 2009 hingga 25 Julai 2009.

ii. Kursus Khas Perkhidmatan Hal Ehwal Islam di Muslim College, London pada 1 Jun 2009 hingga 28 Ogos 2009.

Majlis telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha. Turut hadir ialah pegawai-pegawai dari JPA, Jakim, serta peserta-peserta kursus.

Tuan Haji Othman dalam ucapannya merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada JPA di atas jalinan kerjasama dan peruntukan kewangan yang diberikan kepada Jakim, dengan memberi peluang kursus luar negara kepada pegawai-pegawai agama. Secara keseluruhan, kursus yang dianjurkan memberi manfaat kepada para pegawai dalam meningkatkan pencapaian dan kemajuan kerjaya masing-masing serta telah menambah maklumat dan kepakaran dalam bidang berkaitan. Pihak Jakim berharap JPA dapat mempertimbangkan lebih banyak kursus seumpama ini pada masa akan datang selain kursus sedia ada.

PeMbentangan Penilaian KurSuS luar negara

SeMinar PenguruSan Kewangan dan KeuSahawanan

Terancang, Usahawan Cemerlang, Islam Dijulang.” Perasmian penutup disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Penyelidikan Jakim, Tuan Haji Razali Haji Shahabudin.

Page 13: Buletin jakim Februari 2010

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Berikutan aduan awam berkaitan penyalahgunaan logo halal Jakim/JAIN, Bahagian Hab Halal Jakim, pegawai dari JAIN Perak dan Bahagian

Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya telah menjalankan serbuan ke atas sebuah premis yang menjual penapis air jenama Dr. Sukida di Bandar Sunway, Petaling Jaya.

Operasi yang diketuai oleh Ustaz Mohd Amri Abdullah telah dijalankan pada 23 Disember 2009 bermula dari jam 1.00 petang dan berakhir pada jam 9.45 malam. Dalam operasi ini juga, pihak Jakim, JAIN Perak dan KPDNKK telah mendapati

logo halal JAIN Perak telah digunakan pada produk tersebut tanpa mempunyai sijil halal yang sah atau telah tamat tempoh.

Hasil dari pemeriksaan yang telah dijalankan, didapati pemilik produk berkenaan telah menggunakan serta mempamerkan logo halal JAIN Perak pada produk tanpa mendapat sijil pengesahan halal yang sah dari pihak Jakim atau JAIN. Jika disabit kesalahan, syarikat boleh didenda sehingga RM250,000.

KPDNKK Putrajaya telah mengambil tindakan dengan menyita produk tersebut dan tindakan lanjutan akan dilakukan kepada pemilik syarikat tersebut. Nilai anggaran sitaan dianggarkan RM 2.1 juta.

daKwah Melalui MeSra deSa

dr. SuKida diSita

Pada 13 Disember 2009, Unit Dakwah Jakim Cawangan Sabah dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan Kampung Kobuni telah menganjurkan

Program Mesra Desa. Program yang berbentuk santai ini melibatkan masyarakat bukan Islam, bersesuaian dengan gagasan 1Malaysia yang sering dilaungkan.

Aktiviti dianjurkan mengambil kira semua golongan sama ada kanak-kanak, remaja, dewada dan warga emas. Program ini dimulai dengan senamrobik dan merentas desa. Pelbagai pertandingan dan sukaneka diadakan sepanjang hari seperti pertandingan mewarna, dam ular, puzzle dan sebagainya untuk kanak-kanak. Bagi golongan remaja dan dewasa pula, antara acara yang dipertandingkan ialah pancing botol, ikat kaki sambil kepit belon, futsal kain sarung, dan sebagainya. Warga emas turut tidak ketinggalan bertanding dalam acara meraut lidi dan kupas buah pinang. Selain itu, bagi kategori keluarga, pengantin surat khabar, ratu kobuni dan perang wakid turut dipertandingkan.

Satu ceramah berkaitan dengan perpaduan turut disampaikan oleh Ustaz Saiful Zaman Sangul yang berbangsa Dusun dari Jabatan Pelajaran Negeri Sabah bagi meraikan masyarakat Kampung Kobuni yang majoritinya berbangsa Dusun.

Majlis penutupan disempurnakan oleh ADUN Inanam, YB Encik Johnny Goh. Turut hadir ialah Pengarah Jakim Cawangan Sabah dan isteri, serta Ketua Kampung Kobuni. Beliau merakamkan penghargaan kepada Jakim Cawangan Sabah atas kesudian turun bermesra dengan masyarakat kampung.

1�Februari 2010 |

Page 14: Buletin jakim Februari 2010

1�| Februari 2010

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Majlis Gabungan NGO Islam Sabah (Concern) telah mengadakan Bengkel Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2010 telah diadakan pada 18 hingga 20 Disember 2009 bertempat di Beringgis Beach Resort Kinarut.

Jakim dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) telah menganjurkan Majlis Solat Sunat Gerhana Matahari dan cerapan gerhana di Masjid Putra pada 15 Januari 2010.

Bahagian Dakwah Jakim dengan kerjasama Unit Agama, Utusan Malaysia telah menganjurkan Kursus Pemantapan Sahsiah Belia R2U bertempat di Nur Lembah Pangsun Resort, Hulu Langat, Selangor pada 10 hingga 14 Disember.

Karnival Sukan pelajar-pelajar Diploma Pengajian Islam dan Dakwah Pusat Latihan Dakwah Keningau (PLDK) & Institut Kemahiran Islam Sarawak (Ikmas) telah berlangsung pada 25 hingga 26 Disember 2009 di PLD Keningau.

Bahagian Kesuma Jakim telah mengadakan lawatan kerja ke Majlis AIDS Malaysia (MAC) pada 16 Disember 2009.

Jakim Cawangan Sabah mengadakan ziarah keluarga mangsa bot karam Pulau Banggi, Kudat, Sabah pada 17 Disember 2009.

Majlis Dialog Penyeragaman Pensijilan Halal Malaysia antara Jakim dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) / Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) telah diadakan pada 22 dan 23 November 2009 di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur.

Bahagian Penyelidikan Jakim telah menyertai program cerapan gerhana bulan separa yang telah dianjurkan oleh Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dan Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009.

Seramai 40 orang pegawai dan kakitangan Jakim Cawangan Sabah telah mengikuti Kursus Motivasi dan Pemantapan Sahsiah Daie pada 7 hingga 9 Disember 2009 di Manikar Beach Resort, Labuan.

Beberapa orang pegawai dari Bahagian Penyelidikan Jakim, Bahagian Penerbitan dan Teks al-Quran KDN dan JAIN sedang memeriksa buku-buku atau terbitan yang telah diharamkan.

BERITA BERGAMBAR

Page 15: Buletin jakim Februari 2010

1�Februari 2010 |

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Senarai PertuKaran dan lantiKan baru Pegawai JaKiM Januari 2010

PertuKaran Pegawai hal ehwal iSlaMBIL NAMA PEGAWAI GRED DARI KE TARIKH KUAT KUASA

1 MAZLAN BIN ABDULLAH S48 JAWI PENYELIDIKAN 4.1.2010

2 MAMAT BIN SAID S48 DAKWAH JAWI 4.1.2010

3 TUAN ISMAIL BIN TUAN ABDULLAH S44KEMT. SUMBER ASLI &

ALAM SEKITARPEJ. PENASIHAT AGAMA KPD YB MENTERI, JPM

4.1.2010

4 MAIZURA BINTI SHAMSUDIN S44 JAWI PEJ. S/U PERLIS 4.1.2010

5 ABDUL HALIM BIN TAWIL S44 JAIN MELAKA PEJ. S/U MELAKA 4.1.2010

6 ZURAINI BINTI YAHAYA S44 CBBP HAB HALAL 12.1.2010

7 RAZALI BIN AHMAD S44 JAWI ILIM 4.1.2010

8 JAMALI BIN MOHD ADNAN S44 MASJID NEGARA JABATAN PENJARA 4.1.2010

9 MOKHTAR BIN ABDUL RAHMAN S44 JAB. PENJARA PEJ. S/U TERENGGANU 4.1.2010

10 MOHD SUKRI BIN ABD. GHANI S44 BPM JAWI 18.1.2010

11 NORAMINUDDIN BIN AZIS S41 MASJID PUTRA JAIN MELAKA 4.1.2010

12 MD KHAIRULZAKI BIN MISBAH S41 KESUMA JAIN MELAKA 4.1.2010

13 HUZAILAN BIN HAMZAH S41 HADHARI JAIN MELAKA 4.1.2010

14 ZURUL IMAN BIN ZAKARIA S41 KESUMA JAIN MELAKA 4.1.2010

15 MOHD YUSOF BIN MUSA S41 KESUMA DAKWAH 5.1.2010

16 NORAINE BINTI HAMZAH S41 CBBP HAB HALAL 6.1.2010

17 SYED ABDULLAH BIN SYED NORDIN S41 JAWI DAKWAH 4.1.2010

18MUHAMAD SHAHRIN @ SHARIN BIN ZULKIPLY

S41 DAKWAH HADHARI 5.1.2010

19 RUSHDAN BIN AB. HADI S41 HADHARI KESUMA 5.1.2010

20 SAKDIAH BINTI MOHD NUSI S32 PGA PERAK HOSPITAL IPOH 5.1.2010

21 SALISAH RADZIAH BINTI RABANI S32 JAWI HAB HALAL 5.1.2010

22 KUSNAH BINTI KUSAINI S32 JAWI MASJID TUNKU MIZAN 5.1.2010

23 RAFIDAH BINTI AB. RAZAK S32 PENERBITAN PENYELIDIKAN 5.1.2010

24 ROSNANI BINTI ALI S17 KESUMA PENYELIDIKAN 5.1.2010

25 SUZANARIAH BINTI SAMSUDIN S17 LEPAI KESUMA 5.1.2010

26 MUTAIR BIN ABDUL RAHIM S17 IPD SABAH JAKIM SABAH 5.1.2010

27 JALEH BIN SEMAN S17 JAKIM SABAH IPD SABAH 5.1.2010

28 MOHAMAD NOOR NADAWI BIN HAMIM S17 JKM JOHOR JAWI 5.1.2010

29 NOR AZLINA BINTI OSMAN S17 PENYELIDIKAN DAKWAH 5.1.2010

PertuKaran dan PeneMPatan Pegawai guna SaMa JaKiM

BIL NAMA PEGAWAI GRED DARI KE TARIKH KUAT KUASA

1 NOR KAMILA BINTI KAMARUZAMAN M41 BARU PERHUBUNGAN 6.1.2010

2 NOR LIYANA BINTI MUHAMMED KURNAIN DC41 BARU DARUL QURAN 19.1.2010

3 AZIATUL NUREEN BIN ABD AZIZ C41 BARU HAB HALAL 4.1.2010

4 NORLIZA BINTI TAIB C41 BARU HAB HALAL 4.1.2010

5 AZILAWATI BINTI MOHD ISMAIL C41 BARU HAB HALAL 4.1.2010

6 SYAZWANI BINTI ZAWAWI L41 BARU UNDANG-UNDANG 7.1.2010

7 ABDUL MUTALIB BIN OTHMAN N32 PERHUBUNGAN PENYELIDIKAN 25.1.2010

8 MOHD SANI BIN JAMIL N27 BARU ILIM 7.1.2010

9 NOR AKMA BINTI ABD RAHMAN N22 PEJ. S/U SABAH ILIM 21.1.2010

Page 16: Buletin jakim Februari 2010

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang

dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa lafaz

Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat

Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan

agama-agama bukan Islam yang lain.

Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang

terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau

penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu

disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah

termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan MuzaKarah JawatanKuasa Fatwa MaJlis Kebangsaan

bagi hal ehwal agaMa islaM Malaysia Mengenai isu

tuntutan Kristian terhadap penggunaan KaliMah allah

Bil. Muzakarah : Kali Ke-82Tarikh : 5 Hingga 7 Mei 2008

Tempat : Holiday Villa Hotel & Suites, Alor Star, Kedah