buletin jakim september 2010

16
www.islam.gov.my PERCUMA • TAHUN 21 • BILANGAN 135 • SEPTEMBER 2010 • RAMADAN - SYAWAL 1431 H

Upload: yusof-s

Post on 21-Mar-2016

282 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Buletin Jakim September 2010

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin Jakim September 2010

www.islam.gov.my

PERCUMA

• TAHUN 21 • BILANGAN 135 • SEPTEMBER 2010 • RAMADAN - SYAWAL 1431 H

Page 2: Buletin Jakim September 2010

2 | September 2010

Meja Pengarang

Karnival Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan 3Dapat Sambutan Hangat

22 Program Ihya’ Ramadan Peringkat Kebangsaan 4

Ihya’ Ramadan Menteri di JPM Meriah 5

Menteri di JPM lancar Manual Islam dan HIV/AIDS 6 Jakim dan 1MDB Materai Kerjasama Dua Hala 7dalam Pemberian Biasiswa

Seminar Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 7

Berita Bergambar 8–9

Ibu Bapa dan Keluarga Penting Menjayakan 10Institusi Kekeluargaan - Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim

Bubur Lambuk Drive Thru Masjid Wilayah Persekutuan 10Kuala Lumpur Tarik Perhatian Awam

2

KandunganKewangan Islam: Cabaran dan Harapan 11- KP Jakim

Rakaman Takbir Raya Bersama Empat 12Imam Jemputan Luar

TKP(P) Lawat Tapak SRA Presint 9 12

1Malaysia 1Halal di Johor Meriah 13

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI 13 Bersidang Kali ke-91

Bengkel Penyelarasan Pengurusan Fatwa 14Jabatan Mufti Seluruh Malaysia

Timb. Ketua Menteri Sabah Rasmi 14Pelancaran Taqwim Berbuka Puasa dan Imsak untuk MAS & MASwings

Senarai Pertukaran dan Penempatan 15Pegawai Jakim Bulan Ogos 2010

SIDAng REDAKSIPENAUNG

Dato’ Haji Wan MohamadDato’ Sheikh Abdul Aziz

Ketua PengarahJabatan Kemajuan Islam Malaysia

PENASIHATMohd Noor Abd. Hamid

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim

KETUA PENGARANGMohamad Saari

Pengarah Bahagian Penerbitan

PENGARANGMohd Yusof Sham

PENOLONG PENGARANGMohd Firdaus Mohd Suhani

JURUFOTOJamal Ibrahim

PENGEDARUnit Edaran

Bahagian PenerbitanJabatan Kemajuan Islam MalaysiaAras 1 & 4, Blok D9, Kompleks D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62519 Putrajaya

ATUR HURUF / REKA BENTUKVisual Print Sdn. Bhd.

PERcETAKANVisual Print Sdn. Bhd.

Bahaya di Mana-mana

Jenayah merujuk sesuatu perbuatan jahat yang salah di sisi undang-undang. Kes jenayah seperti kes bunuh, rogol, samun, rasuah, gangster, mencuri dan sebagainya di negara kita semakin meruncing dan amat membimbangkan. Terbaru,

kes bunuh membabitkan jutawan kosmetik yang dibunuh dengan kejam. Mangsa bukan sahaja dibunuh dengan kejam, malah mayatnya dibakar dan dibuang di sungai. Apa yang mengejutkan kita ialah jenayah bunuh tersebut membabitkan jenayah kolar putih.

Kita tidak seharusnya merasa berada dalam zon yang selamat kerana bahaya berada di mana-mana tanpa mengenal pangkat, dan usia. Kita juga tidak boleh berfikir jenayah berada jauh daripada kita. Walaupun menggunakan kereta paling mahal, duduk di bangunan yang serba canggih, tidak mustahil kereta mahal tersebut mengalami kemalangan, bangunan canggih tersebut boleh musnah.

Kita mungkin tidak mampu mengelak sesuatu jenayah itu berlaku, namun risikonya boleh dikurangkan melalui langkah berjaga-jaga serta tidak mendedahkan diri dalam bahaya. Jenayah berlaku apabila terdapat ruang dan peluang untuk mereka melakukannya. Langkah menutup ruang-ruang tersebut mampu mengurangkan dan menyukarkan hasrat untuk melakukan demikian. Contohnya seperti tidak keluar ke tempat-tempat sunyi seorang diri terutama golongan wanita, tidak menyimpan wang tunai yang banyak di rumah, menambah kunci tambahan pada pagar rumah, motor atau kereta, dan sebagainya. Ini bersesuaian dengan surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud “…Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan…”

Kita perlu sentiasa berwaspada terhadap keadaan di sekeliling kita. Ada masanya kita perlu menjadi tepi kain orang demi menjadi keselamatan dan kesejahteraan ummah. Jika sangsi dengan pergerakan orang di sekeliling kita seperti berlaku pergaduhan, tindak tanduk yang meragukan, kita perlu bertindak segera dengan menghubungi pihak-pihak berkaitan. Jika kita dapat memainkan peranan sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, sudah pasti kes jenayah dapat dibanteras dan diatasi.

Page 3: Buletin Jakim September 2010

3September 2010 |

Karnival Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan 2010 yang berlangsung dari 5 hingga 8 Ogos

di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya mendapat sambutan hangat daripada orang ramai. Karnival bertemakan “Inovatif 1Malaysia 1Ummah” ini dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kemuncak karnival ini ialah penyampaian Anugerah Khas Inovasi Islam dan empat kategori lain, iaitu Anugerah Sektor Halal, Sektor Kewangan Islam, Sektor Pendidikan Islam dan Sektor Pengurusan Masjid Mandiri. Prof. Dr. Yaakob Che Man, muncul sebagai penerima Anugerah Khas Inovasi Islam 2010. Kategori Inovasi Masjid Mandiri dirangkul oleh Masjid Jamek Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor. Bagi kategori Inovasi Produk Halal, disandang oleh Pengarah Urusan Ambang Dorongan Sdn. Bhd., Pn. Rozaini

Saleh. En. Khairul Anwar Ramlan dari Sekolah Menengah Teknik Perdagangan, Johor Bahru menerima Anugerah Inovasi Pendidikan Islam, dan Bursa Malaysia Berhad; Bursa Suq Al-Sila’ (BSAS) penerima bagi kategori Inovasi Kewangan Islam.

Selain pameran membabitkan 180 gerai pameran dan jualan, turut diadakan aktiviti lain seperti bengkel Inovasi Islam, Forum Perdana Ehwal Islam, dialog industri, aktiviti untuk kanak-kanak, bicara mufti, dan pelbagai demonstrasi serta pertandingan.

Sementara itu, Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan program menjayakan agenda inovasi negara harus lebih praktikal demi memastikan ia dekat di hati rakyat dan mudah diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Beliau berkata, “Memasyarakatkan program itu terlebih dahulu adalah penting sebelum semua pihak membudayakannya dalam kehidupan seharian.

‘‘Penganjuran karnival ini juga bermatlamat untuk membuktikan ajaran Islam bukan sahaja menggalakkan umatnya melakukan ibadah dalam konteks ritual semata-mata tetapi amat menggalakkan sebarang kajian, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta penemuan- penemuan baru dalam pelbagai bidang yang dapat menjadikan seluruh urusan kehidupan ini better, faster and cheaper (lebih baik, lebih pantas dan lebih menjimatkan)” kata beliau dalam sekapur sirih buku cenderamata karnival tersebut.

Meja PengarangKarnival inovasi islam PeringKat

Kebangsaan DaPat sambutan Hangat

Page 4: Buletin Jakim September 2010

4 | September 2010 4

Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadan Peringkat Kebangsaan Tahun 2010M/1431H. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar

Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B) pada 6 Ogos 2010 bertempat di Dewan Sheikh Daud al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadan ini dilaksanakan selaras dengan hasrat menjadikan Ramadan sebagai bulan transformasi spiritual dan rohani, dan memperkenalkan masyarakat dengan program-program penghayatan Ramadan yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan al-Mubarak oleh Jakim dan agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dengan tema “Ramadan...Datangmu Dirindui Pergimu Ditangisi,” sebanyak 22 aktiviti telah diatur. Antaranya, Seminar Penghayatan Ramadan, agihan makanan kepada fakir miskin, penyampaian bantuan kepada fakir miskin, penyampaian sumbangan kepada anak yatim, penyampaian bantuan perubatan dan sumbangan Aidilfitri kepada pesakit hospital, serta program pengimarahan masjid dan surau seluruh negara termasuklah tazkirah Ramadan, tadarus al-Quran, majlis khatam al-Quran, sambutan nuzul al-Quran, iftar

Ramadan, solat tarawih dan qiyamullail.

Menurut Dato’ Seri Jamil Khir, ia dibentuk dengan pendekatan holistik sebagai membangunkan agenda agama khususnya untuk menyambut bulan Ramadan. “Jangan kita biarkan Ramadan berlalu tanpa membuat apa-apa bentuk transformasi perubahan ke arah meningkatkan ketakwaan kepada Allah,” tambah beliau.

22 Program Ihya’ Ramadan Peringkat Kebangsaan

Page 5: Buletin Jakim September 2010

5September 2010 |

ihya’ ramadan menteri di JPm meriah

Jakim dan agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Majlis Ihya’ Ramadhan

YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 26 Ogos 2010 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Majlis ini telah berjaya menghimpunkan lebih 1200 orang pegawai dan kakitangan agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Majlis Ihya’ Ramadan ini dimulakan dengan bacaan al-Quran oleh Hjh. Sharifah Khasif Fadzilah

Syed Badiuzzaman, Johan Qariah Peringkat Antarabangsa 2009.

Dalam majlis ini juga, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B) berbesar hati menyampaikan sumbangan hari raya kepada agensi-agensi di bawah beliau. Sumbangan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan berjumlah RM74,200.00 ini khusus untuk kakitangan agensi yang terpilih sempena hari raya.

Majlis turut diserikan lagi dengan alunan ibtihalat dan selawat oleh Syeikh Amro Abdo Sayed Ahmed, imam jemputan dari Mesir. Kemuncak majlis adalah acara berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah yang dipimpin oleh Syeikh Mahmood Mohamed El-Tantawi, yang juga merupakan imam jemputan dari Mesir.

5

Page 6: Buletin Jakim September 2010

Seminar Menyambung Kasih Ilahi, HIV/AIDS Bersama Ditangani dan Majlis Pelancaran Manual Islam dan HIV/AIDS diadakan pada 5 Ogos 2010 di Dewan Muktamar,

Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Seminar sehari tersebut telah dihadiri oleh 800 orang peserta yang terdiri daripada para pegawai Jakim, Jawi, MAIS, NGO serta imam dari Negeri Sembilan dan Melaka.

Seminar yang dilaksanakan ini bertujuan menyampaikan maklumat terkini berkaitan penularan gejala HIV/AIDS di kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Di samping itu, seminar ini juga telah menghimpunkan ilmuwan Islam, para imam, Pegawai Syarak, pemimpin masyarakat Islam serta NGO Islam bagi menjelaskan isu berkaitan Islam dan HIV/AIDS berpandukan manual yang dilancarkan. Antara pengisian pada majlis tersebut ialah pembentangan kertas kerja oleh Dato’ Dr. Faisal Ibrahim dan Dr. Zulkifli Al-Bakri. Sesi petangnya telah diisi dengan satu forum yang melibatkan beberapa ahli panel iaitu Dato’ Zaman Khan (MAC), Dr.Wan Sohor Bani Leman (UIA) dan Dr. Norsiah

Ali (KKM) dengan tajuk “Menyambung Kasih Ilahi, HIV/AIDS Bersama Ditangani.” Forum ini membincangkan langkah dan usaha yang sepatutnya dimainkan oleh setiap individu dan agensi berkenaan isu HIV/AIDS.

Majlis Pelancaran Manual Islam & HIV/AIDS disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B). Manual ini diguna pakai oleh pemimpin masyarakat terutamanya para imam dalam memahami dan menangani perkembangan isu yang masih dipandang enteng oleh masyarakat umum sekarang.

Menteri di JPM Lancar Manual IslaM dan HIV/aIds

6 | September 2010

Page 7: Buletin Jakim September 2010

7September 2010 | 7

Jakim dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengukuhkan lagi kerjasama dua hala khususnya

dalam pemberian biasiswa untuk lulusan Sekolah Menengah Agama Negeri dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAN/SMAR). Ini terbukti dengan termeterainya perjanjian persetujuan (MoA) antara Jakim dan 1MDB di ruang legar Pejabat Ketua Pengarah Jakim pada 4 Ogos 2010. Majlis Menandatangani MoA Biasiswa 1MDB ini seiring dengan hasrat YAB Perdana Menteri untuk membentuk generasi ulul albab sebagaimana amanat beliau semasa Majlis Penyerahan Surat Tawaran Biasiswa 1MDB kepada 17 orang pelajar SMAN/SMAR pada 26 Mei 2010

yang lalu. Pembiayaan ini disediakan melalui Tabung Yayasan 1MDB yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri sendiri.

Pada majlis ini, Jakim telah diwakili oleh Ketua Pengarah, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz manakala 1MDB diwakili oleh Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, En. Shahrul Azral Ibrahim Halmi. Turut hadir menyaksikan peristiwa bersejarah tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B) dan Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB, Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin.

Dalam sidang media, Dato’ Seri Jamil Khir menjelaskan bidang perubatan di Mesir dipilih untuk penajaan biasiswa kerana kos pengajiannya yang lebih tinggi berbanding bidang-bidang lain, manakala kos sara hidup di Mesir pula adalah lebih rendah berbanding negara lain. Menurut beliau lagi, pada masa hadapan, Jakim dengan bantuan 1MDB tidak menolak kemungkinan untuk meluaskan lagi penajaan kepada bidang-bidang lain seperti perbankan Islam yang sangat relevan dengan keperluan pasaran kerja.

Sempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa tahun ini, Jakim telah menganjurkan Seminar

al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-2 pada 1 Ogos 2010 di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Seminar ini diisi dengan pembentangan empat kertas kerja oleh Hakim Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa iaitu, “Kepentingan Al-Quran Dalam Kehidupan” oleh Asy-Syeikh Samih Ahmad Khalid Uthaminah dari Jordan, “Ilmu Tarannum dan Pengamalannya dalam Pembacaan Al-Quran” oleh Prof. Dr. H. Said Agil Husin Almunawwar dari Indonesia, “Pemantapan

Tajwid dalam Pembacaan al-Quran” oleh As-Syeikh Tan Sri Haji Hassan Haji Azhari dari Malaysia dan “Mukjizat al-Quran Pada Seni Bacaannya” oleh Asy-Syeikh Alaudin Al-Qaisy dari Iraq.

Satu sesi forum yang bertajuk “Sistem Pengajian al-Quran Masa Kini dan Akan Datang” turut menyemarakkan seminar sehari ini. Ia membariskan tiga orang ahli panel daripada Hakim Tilawah al-Quran iaitu Asy-Syeikh Sayid Ali Abdul Majid dari Mesir, Asy-Syeikh Dr. Mohammed Ali Aatafay dari

Maghribi, dan Asy-Syeikh Dr. Al-Salem Mohammed Mahmoud Al-Shanqiti dari Saudi.

Jakim dan 1MDB Materai Kerjasama Dua Hala dalam Pemberian Biasiswa

SEMINAR AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-2

Page 8: Buletin Jakim September 2010

8

B e r i t a B e r g a m b a r

8 | September 2010

Seminar Ambang Ramadan di Dewan Sa’adah Wisma MUIS Kota Kinabalu pada 5 Ogos 2010.

Program Edaran Taqwim, Kurma dan Risalah Ramadan kepada Penumpang Bas Ekspres di Terminal Inanam, Sabah Pada 18 Ogos 2010.

Persidangan Aids Antarabangsa Ke XVIII di Vienna, Austria pada 17 hingga 22 Julai 2010.

Program Info Ramadan Bersama SAHABAT Jakim Cawangan Sabah di Lintasan Deasoka Tamu Gaya, Kota Kinabalu pada 8 Ogos 2010.

Jakim Cawangan Sarawak telah menyertai Program Ziarah ke Kampung Long Busang Daerah Beliga, Kapit pada 21 hingga 23 Julai 2010. Ceramah Khas Sempena Nuzul Quran di Masjid Negara

pada 26 Ogos 2010.

Page 9: Buletin Jakim September 2010

9

B e r i t a B e r g a m b a r

9September 2010 |

Program Ziarah Wad dan Majlis Iftar di Hospital Umum Sarawak

pada 21 Ogos 2010.

Kempen Derma Darah dan Pameran Pendidikan Kesihatan Siri 2/2010 Sempena Hari Pahlawan 2010 pada 30 Julai 2010 anjuran Masjid Negara.

Program Smart Study, Smart Solat & Smart Ramadan di Masjid Negara pada 21 Ogos 2010.

Kursus Asas Auditor anjuran Bahagian Hab Halal dengan kerjasama SIRIM pada 23 Julai 2010 hingga 24 Julai 2010 di Masjid Putra, Putrajaya dan Bahagian Latihan.

Lawatan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, KPTM ke Jakim pada 09 Ogos 2010.

Program Jejak Pulau 2010 pada 19 hingga 22 Julai 2010 di Pulau Jambongan, Beluran.

Page 10: Buletin Jakim September 2010

10 | September 2010

“Ibu Bapa dan keluarga merupakan golongan penting dalam menjayakan institusi kekeluargaan.” Demikianlah intipati penting ucaptama yang telah disampaikan oleh Timbalan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim sempena Program Sesi Bersama Pemimpin: Perpaduan 1Malaysia pada 23 Julai 2010 di Dewan HIKMAH Petra Jaya, Kuching.

Program yang dianjurkan oleh Jakim Cawangan Sarawak dengan kerjasama Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini turut dihadiri Menteri di Pejabat Ketua Menteri, YB Datin Hajah

10

Fatimah Abdullah dan Pengarah Jakim Cawangan Sarawak, Tuan Haji Mohamad Nawi Abu Bakar.

Selain itu juga seramai 400 orang tetamu yang terdiri daripada ketua jabatan persekutuan dan negeri, wakil-wakil jabatan, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan ketua masyarakat juga hadir bagi memeriahkan majlis.

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta telah mengedarkan bubur lambuk secara drive thru berhampiran

masjid tersebut bagi membolehkan orang ramai mendapatkan dengan pantas dan mudah.

Penolong Pengarah Kanan Cawangan Kebajikan dan Khidmat Sosial, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustazah Fathiah Abdul Rahman berkata pihaknya mengedarkan 4000 bungkus bubur lambuk secara percuma setiap hari bermula jam 4 petang.

Bubur Lambuk Drive Thru Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tarik Perhatian Awam

Ibu bapa dan Keluarga pentIng MenjayaKan InstItusI KeKeluargaan - Dato’ Dr. Mashitah ibrahiM

Page 11: Buletin Jakim September 2010

11September 2010 | 11

Sistem Kewangan Islam wajar diperkasa kedudukan dan peranannya berteraskan prinsip Islamik yang tidak

membebankan pengguna, mesra pelanggan, menyekat sebarang bentuk penindasan malah menjadi sistem pilihan bukan sahaja kepada umat Islam malah bukan Islam.

Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz berkata, untuk mengekalkan daya tahan sistem kewangan Islam dalam industri kewangan antarabangsa yang mencabar, kita perlu bersikap terbuka dalam menerima inovasi berasaskan syariah dalam pembangunan produk kewangan Islam.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Muzakarah Penasihat Syariah Kewangan Islam kali ke-5 pada 5 Ogos 2010, bertempat di Hotel Nikko Kuala Lumpur yang dianjurkan

bersempena dengan Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF 2010).

Muzakarah tersebut melibatkan penyertaan penasihat perbankan syariah negara serantau seperti Indonesia, Thailand, Brunei dan Singapura serta 25 institut perbankan dan kewangan Islam di Malaysia. Penganjuran muzakarah

ini menghimpunkan 450 pembuat dasar, pakar-pakar kewangan syariah dan pengamal industri kewangan Islam yang memberi fokus kepada produk perbendaharaan patuh syariah, sukuk dan isu-isu kewangan global.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa Jakim melalui Darul Quran juga telah menawarkan program Diploma Tahfiz Wal-Muamalat yang telah bermula semenjak 25 April tahun ini. Program ini diinspirasikan daripada strategi jangka panjang ke arah melahirkan modal insan serta tenaga pakar

dalam bidang muamalat dan kewangan Islam yang berlatar belakang tahfiz al-Quran. Sementara itu, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) akan mewujudkan Sijil Tinggi Muamalat yang melibatkan tenaga pakar daripada IPTA dan ISRA yang dijangka akan ditawarkan dalam sedikit masa lagi.

Dato’ Haji Wan Mohamad telah diberikan penghormatan untuk meyampaikan ucaptama pada muzakarah tersebut bertajuk “Kewangan Islam: Cabaran dan Harapan.”

Kewangan Islam: Cabaran dan Harapan - KP Jakim

Page 12: Buletin Jakim September 2010

12 | September 2010 12

Rakaman takbir sempena Aidilfitri pada tahun ini diadakan pada 25 Ogos 2010 yang dihadiri lebih 20

orang kakitangan Jakim antaranya Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Haji Ismail Muhammad, Imam Besar Masjid Putra, Tn. Hj. Abdul Manaf Haji Mat dan Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Tn. Hj. Md. Ali Sarbini.

Rakaman Takbir Raya yang dikendalikan oleh Bahagian Media Jakim tersebut turut dihadiri oleh imam tarawih jemputan Jakim yang berada di tiga buah masjid utama turut hadir dan mengepalai takbir tersebut.

Imam-imam tersebut ialah Syeikh Abdul Rahman Taha Radwan dari Masjid Negara, Sheikh Badawi Rami dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan 2 orang imam dari Masjid Wilayah Persekutuan iaitu Syeikh Amro Abdo Sayed Ahmed dan Syeikh Mahmood Mohamed El-Tantawi. Rakaman tersebut dapat disaksikan oleh rakyat Malaysia menerusi RTM1 pada malam dan hari raya.

Pada 23hb Ogos 2010, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim, En. Mohd. Noor Abd. Hamid telah mengadakan lawatan tapak pembinaan Sekolah Rendah Agama di Presint 9, Putrajaya.

Turut sama dalam lawatan tapak tersebut ialah En. Jamaludin Kasbi dan En. Azeezee Md. Nasir dari Bahagian Pembangunan JPM, Ustazah Zainab Abdul Rahman dari Jawi Cawangan Putrajaya, pegawai-pegawai dari JKR WP Putrajaya, pegawai-pegawai dari Jakim dan kontraktor.

Sebelum memulakan lawatan tapak, satu taklimat ringkas oleh Pn. Norhayati binti Ibrahim; KPP Bahagian Projek JKR WP Putrajaya. Projek ini telah terlewat dari jadual asalnya, tetapi kontraktor cuba menyiapkan projek ini dalam tahun ini dan dapat beroperasi pada Januari 2011.

RAKAMAN TAKBIR RAYA BERSAMA 4 Imam Jemputan JakIm

TKP(P) lawaT TaPaK sRa PResInT 9SRA di Presint 9 ini dilengkapi dengan 12 bilik darjah, bilik guru, kantin, pondok pengawal dan lain-lain keperluan asas, sementara surau pula dibina untuk kapasiti 300 jemaah juga dilengkapi dengan kemudahan asas dan juga laluan berbumbung .

Kelewatan projek ini disebabkan oleh kekurangan pekerja. Walau bagaimanpun, kontraktor cuba menambah bilangan pekerja dan bekerja lebih masa untuk menyiapkan projek ini.

En. Mohd. Noor juga melahirkan rasa kurang berpuas hati dengan kemajuan di tapak memandangkan warga Putrajaya menanti penyiapan projek ini sudah sekian lama.

Selepas taklimat, En. Mohd. Noor dan hadirin meninjau kawasan tapak sambil diberi penerangan oleh kontraktor bagi kerja-kerja yang sedang dijalankan.

Akhir sekali sebelum mengakhiri sesi lawatan tersebut, En. Mohd. Noor

sekali lagi mengingatkan kontraktor supaya menyiapkan projek ini dalam tempoh yang ditetapkan agar bangunan sekolah dan surau dapat beroperasi awal tahun depan.

Page 13: Buletin Jakim September 2010

13September 2010 |

Bahagian Hab Halal telah menjadikan negeri Johor sebagai destinasi ke-3 untuk mengadakan Kempen 1Malaysia

1Halal pada 6 hingga 8 Ogos 2010 bertempat di Danga Bay, Johor Bharu. Negeri Johor sememangnya terkenal sebagai destinasi utama pelancongan dan mampu menarik ramai pengunjung dari dalam dan luar negara terutama para pengunjung dari Singapura.

Perasmian kempen tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, YB Datuk Zainal Abidin Osman. Dalam ucapannya, beliau menegaskan aspek berkaitan halal amat sensitif dan dituntut oleh agama Islam. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah

Bahagian Hab Halal, Puan Hjh. Saimah Mukhtar.

Objektif utama 1Malaysia 1Halal bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan keprihatinan para pengguna terhadap logo halal Malaysia serta memberi maklumat kepada para pengguna supaya membeli barangan yang mempunyai logo halal Malaysia sahaja. Kempen ini juga merupakan satu platform bagi pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) terutama bumiputera untuk memperkenalkan produk yang bermutu dan halal.

Sebanyak 64 syarikat pengeluar produk halal dan lapan agensi kerajaan telah mengambil bahagian pada kempen tersebut.

Di samping itu juga, pelbagai acara menarik diadakan seperti kempen menderma darah dan pemeriksaan kesihatan percuma oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, pameran dan jualan produk dan perkhidmatan oleh usahawan, pertandingan melukis, mewarna

dan dekorasi kek, demonstrasi dan tips masakan halalan toyyiban, pertandingan busana muslim, pertandingan usahawan halal negeri terbaik, Forum Perdana Hal Ehwal Islam, Seminar Halalan Toyyiban dan persembahan nasyid.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) bagi

kali ke-91 telah diadakan pada 3 hingga 5 Ogos 2010 di PNB Darby Park, Kuala Lumpur. Muzakarah yang dipengerusikan oleh Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin ini telah dihadiri oleh para mufti dan timbalan mufti serta ahli-ahli yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja.

Beberapa isu penting yang telah dibincangkan pada muzakarah kali ini, antaranya ialah Garis Panduan Penilaian Risiko dan Intervensi Primer Kemudharatan Alkohol, Haiwan Jalalah dalam Industri

Ternakan Moden, Penggunaan Alkohol Dalam Makanan dan Minuman dan Garis Panduan Bersuci bagi Kakitangan Operasi Sistem Pembentungan.

Pakar-pakar dalam bidang berkenaan telah dijemput untuk memberikan taklimat dan penjelasan mengenai isu-isu tersebut antaranya Dr. Rozanim Kamarudin dan Dr. Rushidi Ramly; Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia serta Prof. Dr. Yaakob Che Man, Dr. Suhaimi Ab. Rahman dan Encik Dzulkifli Mat Hashim dari Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia.

Muzakarah kali ini juga telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti ke arah memantapkan lagi hubungan kerjasama dan kesepakatan dalam aspek-aspek muamalat dan kewangan Islam yang melibatkan hukum hakam. Selain itu, muzakarah juga turut mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan tertinggi Permodalan Nasional Berhad ke arah mempertingkatkan lagi kesempurnaan Islamic compliance dalam semua aspek pelaburan unit-unit amanah PNB.

1malaysIa 1Halal DI JOHOR MERIAH

muzakaraH Jawatankuasa Fatwa mkI BersIdang BagI kalI ke-91

Page 14: Buletin Jakim September 2010

14 | September 2010

bengKel Penyelarasan Pengurusan Fatwa

Jabatan muFti seluruH malaysia

Timb. KeTua menTeri Sabah raSmi Pelancaran Taqwim berbuKa PuaSa dan imSaK unTuK maS dan maSwingS

Bahagian Pengurusan Fatwa telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Pengurusan Fatwa Jabatan Mufti Seluruh Malaysia pada 27 hingga 29 Julai 2010 di Bayu Beach

Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bengkel ini merupakan kesinambungan kepada bengkel-bengkel penyelarasan pengurusan yang telah diadakan sebelum ini. Pada bengkel kali ini, wakil-wakil dari Jabatan Mufti yang dijemput adalah terdiri daripada kalangan Timbalan-timbalan Mufti serta Pegawai Istinbat dari Jabatan Mufti seluruh Malaysia.

Bengkel kali ini memfokuskan isu pengistinbatan fatwa melalui proses dan metodologi yang dipraktikalkan ulama’ dan sarjana Islam. Tiga kertas kerja pembentangan telah dibengkelkan bagi mengupas dan membincangkan isu dan tema bengkel kali ini.

Berdasarkan perbincangan dan diskusi yang telah dilaksanakan, bengkel ini telah merumuskan satu cadangan draf garis panduan istinbat fatwa / kaedah istinbat fatwa bagi digunakan sebagai panduan mengistinbat fatwa dan hukum di peringkat negeri.

Majlis Pelancaran Taqwim Berbuka Puasa dan Imsak 1431H/2010M Bagi Negeri Sabah untuk Edaran

Pesawat Malaysia Airlines dan MASwings Sdn. Bhd. anjuran Jakim Cawangan Sabah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Pejabat Mufti Negeri Sabah, Malaysia Airlines, MASwings Sdn. Bhd. dan Malaysia Airports Sdn. Bhd. Kota Kinabalu diadakan pada 6 Ogos 2010 di Check In Island C, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Majlis pelancaran dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin.

Pelancaran taqwim ini merupakan suatu inovasi dan alternatif kepada taqwim bersaiz konvensional dengan memperkenalkan taqwim bersaiz poket yang mudah dibawa ke mana sahaja terutama oleh golongan musafir. Sesi gimik pelancaran taqwim dilaksanakan dengan menggunakan MASwings aircraft ATR7 dan YB Datuk Seri

Panglima Haji Yahya Hussin mengedarkan taqwim kepada para penumpang di dalam pesawat berkenaan.

Selain daripada memberikan maklumat waktu berbuka puasa dan imsak yang merangkumi sembilan zon seluruh negeri Saba, taqwim ini juga memuatkan panduan ringkas puasa Ramadan berserta zikir solat sunat Tarawih dan solat sunat witir.

14

Page 15: Buletin Jakim September 2010

15September 2010 |

PERTUKARAn

BIL NAMA PEGAWAI GRED DARI KE TARIKH KUAT KUASA

1. TUAN HAJI GHAZALI SAAD S52 JAB. AGAMA ISLAM PULAU PINANG

JAWI CAW. LABUAN 1.8.2010

2. MUHAMMAD HAFEEZ ABU SEMAN S41 LATIHAN HAB HALAL 1.8.2010

3. MUHAMAD MAZUAN RAZALY S41 PEMBANGUNAN PENDIDIKAN ISLAM

HAB HALAL 1.8.2010

4. SAIDI JAAFAR S41 PENYELIDIKAN HAB HALAL 1.8.20105. MOHD YAZID DISUN S27 PERHUBUNGAN HAB HALAL 16.8.20106. FOZI SAAD S27 PERHUBUNGAN HAB HALAL 16.8.20107. SHAHRIL REKAN S27 AADK SABAH JAWATAN

KUMPULAN, JAKIM25.8.2010

PEnEMPATAn

BIL NAMA PEGAWAI GRED DARI KE TARIKH KUAT KUASA

1. HANIZAN TAIB DG44 - DARUL QURAN 2.8.20102. KHAIRUNNISA CHE OMAR C41 - HAB HALAL 2.8.20103. NUR ANIS MOHD SANI C41 - HAB HALAL 16.8.20104. NORFAZLINA MOHAMED SHAFIE M41

(Kontrak)LANTIKAN BARU DARUL QURAN 12.8.2010

5. MARZITA MOKHTAR N36 - ILIM 10.8.2010

6. AZAHARI MOHD SALLEH N36 - DARUL QURAN 10.8.20107. SALLEHAN MOHD SALLEH F29 LANTIKAN BARU MASJID NEGARA 20.8.2010

8. JASNITA ABD RAHMAN N27 LANTIKAN BARU MASJID NEGARA 17.8.2010

9. HAMID SABRAN S17 - JAKIM CAW. SABAH

23.8.2010

10. ROSNAH AGAT N17 - DARUL QURAN 2.8.201011. DAYANG NOR ZAINAB IKHSAN N17 LANTIKAN BARU BPSM 3.8.2010

12. DAYANG HANIDAWATI HAMZAH N17 - PENYELIDIKAN 16.8.2010

PenemPaTan dan PerTuKaran Pegawai JaKim bulan OgOS 2010

Sebanyak 6,500 naskhah taqwin diedar kepada penumpang pesawat MASwings (bagi penerbangan dalam negeri Sabah/domestik) dan pesawat MAS (bagi penerbangan destinasi Kuala Lumpur - Kota Kinabalu).

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Mufti Kerajaan Negeri Sabah, SS Datuk Haji Ahmad Alawi Haji Adnan, Pengetua Pusat Latihan Dakwah Kudat, Tuan Haji Abdul Roni Haji Tahir; Tuan Haji Khamis Jamil mewakili Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Pengurus Kawasan Sabah Malaysia Airlines, Encik Morris Ong, Pengurus Wilayah Sabah MASwings Sdn. Bhd., Encik Shauqi Ahmad, dan Pengurus Keselamatan Malaysia Airports Sdn. Bhd. Tuan DSP Kossim Samsi.

Page 16: Buletin Jakim September 2010

16 | September 2010

ISTILAH-ISTILAH FIQAH DAN USUL : EMPAT MAZHAB

Penulis : Dr.ZulkiflibinMohamadal-BakriCetakanPertama : 2010 ISBN : 978-983-042-451-4Harga : RM30.00Halaman : 520halaman

SINOPSIS Umat Islam mempunyai banyak keistimewaan dengan barisan cendekiawandantokohulama’yangberkarya,yangmenghasilkanpelbagai jenis ilmusejakawallagi.Halinimakinberkembangdarisatuzamankesatuzamanhinggalahkezamanini.Karya-karyamerekaitusaratdenganistilah-istilahfiqahdanusulyangkadang-kadangberlainanantarasatumazhabdenganmazhabyanglain.Justeru, buku Istilah-Istilah Fiqah dan Usul : Empat Mazhab tulisan oleh Dr.ZulkiflibinMohamadal-Bakriinidikemukakanbertujuanmenjelaskanistilahyangdigunapakaiolehulama’mazhab,yangberkemungkinanberlakukekeliruandankesamaran. Walaupun begitu, ia terhad kepada empat mazhab sahaja, iaituHanafi,Maliki,SyafiedanHanbali.

CERGAS FIZIKAL SOLAT SEMPURNA

Penulis : MohdSufianbinSulaimanCetakanPertama : 2010ISBN : 978-983-042-450-7Harga : RM10.00Halaman : 38halaman

SINOPSIS

Solat tiang agama. Ia menjadi kewajipan kepada setiap Muslimuntukmenunaikannya sebanyak lima waktu sehari semalam. Ketikamelaksanakan solat terdapat pergerakan-pergerakan tertentu sepertiberdiribetul,ruku’,i’tidal,sujud,dudukantaraduasujud,tahiyyatawaldantahiyyatakhiryangmemberikanbanyakkebaikankepadakesihatandankecergasantubuhbadan.

BukuCergasFizikalSolatSempurnadapatdijadikanpanduantentangcara-caramelakukan senaman yang betul meliputi teknik regangan,kontraksi secara isometrik dan isotonik, selang rehat, bebanandan sebagainya untuk membina fizikal yang cergas. Beberapa tipskecergasandantegurandiberikandidalambukuiniuntukmengatasimasalahkecederaanfizikalyangbolehmenyebabkanlenguh,sakitdankebasdisebabkanolehamalansenamanyangsalah,agarkitamampumelaksanakansolatdengansempurna.

Hubungikamidandapatkannaskhahandadi:BahagianPenerbitanJakim,Aras1,BlokD9,KompleksD,

PusatPentadbiranKerajaanPersekutuan,62519Putrajaya.Tel:03-88864575

buKu terbitan JaKim