33643275-rph-pengasasan-melaka.doc

Upload: jessica-reynolds

Post on 02-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENGASASAN MELAKA

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SEJARAH(SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI JUDAH,PULAU CAREY,SELANGOR)Mata Pelajaran : SejarahKelas

: Tahun 4Bil Murid

: 16 orang

Masa

: 10.30 pagi 11.30 pagi

Tarikh

: 12 September 2014Tema

: Tokoh Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu MelakaTajuk

: Paremeswara Pengasas MelakaLatar Belakang Parameswara

1. Hasil Pembelajaran

Selepas pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1) Menceritakan latarbelakang Parameswara sebagai pengasas Melaka.2) Menyatakan rentetan perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.3) Menceritakan peristiwa pembukaan Melaka.4) Menyatakan sifat sifat kepimpinan tokoh yang dicontohi. 2. Unsur Patriotisme

a) berbangga dengan sejarah negara

b) menghargai jasa pengasas Kesultanan Melayu Melaka

3. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

1) Pedagogi

a) Kecerdasan pelbagai

b) Kemahiran berfikir

c) Kaedah koperatif

d) Sumbang saran

e) Inkuiri penemuan

f) Kaedah pemerhatian

g) Kaedah kontekstual

h) Kemahiran belajar

i) Kaedah konstruktivisme

Penerapan Nilai - menghargai dan bangga dengan negara kita

- sanjung para pemimpinUnsur Patriotisme- Berbangga dengan pencapaian negara kita

Pengetahuan Perlu ada :

- Beberapa orang murid pernah mendengar, melihat atau pernah makan kuih Melaka.

Bahan Sumber P & P: - Gambar

- Buku teks Sejarah Tahun 4 - kad arahan / kad tugasan

- Lembaran kerja

- LCD/ lap top (Microsoft Power Point)Prosedur PelaksanaanElemen Pengurusan Pembelajaran Bestari / Kemahiran GenerikCatatan

SET INDUKSI (5 minit)1. Guru menunjukkan sedulang kuih Melaka yang terkenal di negeri Melaka.

2. Berdasarkan bahan tersebut, guru menanyakan soalan kepada murid.

Contoh soalan

a) Pernahkah murid melihat kuih tersebut dan merasainya ?b) Apakah yang dapat difahami melalui sedulang kuih tersebut ?

c) Di negeri manakah kuih ini terkenal ?

3. Guru mengaitkan topik pelajaran hari ini, iaitu pengasasan Melaka

INKUIRI PENEMUAN: Menjana idea

KB : Berfikir,melihat , mendengar

SPP :

Sedulang kuih Melaka

LANGKAH 1 (10 minit)

1. Guru memberi penjelasan tentang latarbelakang Parameswara dan sebab-sebab Parameswara berhijrah dari Palembang ke Melaka.2. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid yang mengandungi soalan berkaitan latar belakang Parameswara dan sebab Parameswara melarikan diri dari Palembang.3. Guru bersoal jawab dengan murid jawapan bagi lembaran kerja yang diberikan.

. KB : berfikir, mendapatkan maklumat, memproses maklumat, menyampaikan maklumat

SPP:

Pengembaraan Paremeswara.Lembaran kerja

Slide power point

Nilai : bersyukur dan berbangga

Langkah 2 (10 minit)

1. Murid diminta merujuk petikan Pengembaraan Paremeswaradi dalam buku teks Sejarah Tahun 4 ms 112 . 2. Secara berpasangan murid diminta menanda dan melabel perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka pada peta Kepulauan Melayu berdasarkan maklumat dalam petikan tersebut. 3. Guru memilih murid secara rawak untuk

membentangkan peta perjalanan Parameswara.4. Guru membincangkan jawapan murid dan menerangkan dengan lebih lanjut peta perjalanan Parameswara.

TKP:

Verbal-linguistikBCB :

Membuat rujukanSPP :

Buku teks Sejarah Tahun 4 petikan Pengembaraan ParemeswaraPeta Kepulauan Melayu.Nilai Murni :

Kerjasama

LANGKAH 3 (15 minit)1. Guru menayangkan Munculnya Negeri Teragung dan sedutan animasi kepada semua murid. 2. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan. 3. Setiap kumpulan diagihkan satu tugasan iaitu melakonkan peristiwa pembukaan Melaka berdasarkan skrip yang diberi. 4.Murid perlu menggunakan kreativiti sendiri bagi melakonkan watak yang diberikan.

Koperatif , kolaboratif

TKP Verbal linguistik, visual ruang, interpersonal, kecerdasan muzik, naturalis

KB:PemerhatianSPP : Kad arahan

SkripMunculnya Negeri Teragung serta tayangan

LANGKAH 4 (15 minit)1. Pembentangan / persembahan hasil kerja kumpulan 2. Guru merumuskan hasil lakonan tadi dengan peristiwa pembukaan Melaka. 3. Menyatakan sifat sifat kepimpinan yang boleh dicontohi.

Koperatif , kolaboratif

TKP Verbal linguistik, visual ruang, interpersonal, naturalis

Nilai murni :

Bekerjasama

Berpandangan jauhbijaksana

PENUTUP (5 minit )

1. Guru merumuskan kembali pelajaran hari ini dengan mengimbas kembali pengasas Melaka dan peristiwa yang membawa kepada pembukaan Melaka.2. Guru memberi pengukuhan dengan soalan ringkas menggunakan lembaran kerja. Aktiviti susulan :

Murid diminta menulis sifat sifat patriotisme yang dipunyai oleh paremeswara dan kita contohi oleh pemimpin dan rakyat buat selama-lamanya.

KB :

MerumusKBKK :

Menjana idea

Strategi :

Penerapan

GANESAN A/L MUNIANDY,

IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN,

PISMP SEJARAH SEMESTER 2,

KM 10,JALAN PADANG TENGKU,

27200 KUALA LIPIS,

PAHANG DARUL MAKMUR.

TUAN GURU BESAR,

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI JUDAH,

42960 PULAU CAREY,

SELANGOR DARUL EHSAN. 9 SEPTEMBER 2014TUAN,MEMOHON KEBENARAN MENJALANKAN TUGASAN KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH 3063) TAHUN 4

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya salah seorang guru pelatih PISMP SEJARAH SEM 2 di IPG Tengku Ampuan Afzan,Kuala Lipis,Pahang dengan ini memohon jasa baik pihak tuan untuk menjalankan TUGASAN PENGAJARAN MAKRO bagi memenuhi keperluan proforma KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH 3063).3. Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini akan membantu saya sebagai guru pelatih untuk meningkatkan taraf pengajaran saya dalam matapelajaran sejarah di sekolah rendah pada masa akan datang.

4. Segala kerjasama dan prihatin pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,terima Kasih.

Yang benar,

----------------------------------------------------

(GANESAN A/L MUNIANDY)

PISMP SEJARAH SEM 2,

IPGK TENGKU AMPUAN AFZAN,KUALA LIPIS,PAHANG

Contoh : Lembaran Kerja

Namakan kawasan dibawah yang berkaitan dengan perjalanan Paremeswara dari Palembang ke Melaka:

1.Palembang

2.Temasik

3.Muar

4.Melaka

Munculnya Negeri TeragungParemeswara : Wah,sungguh hebat pelanduk itu ! Anjing beta berjaya dikalahkannya.

Pembantu 1 : Benar,Tuanku.Inilah kali pertama patik melihat peristiwa sebegini.

Paremeswara : Jika binatang sekecil ini dapat mengalahkan lawannya yang lebih besar,tempat ini

amat bertuah.Baik beta berbuatkan negeri di sini.Apakah fikiran Memanda?

Pembantu 2 : Ampun Tuanku.Nampaknya Tuanku memang

berpandangan jauh.

Paremeswara : Apakah nama pokok tempat beta bersandar ini?

Pembantu 3 : Ampun Tuanku.Pokok ini pokok Melaka,Tuanku.

Paremeswara : Baiklah.Beta namakan negeri ini Melaka.Mari kita bersama sama memajukan negeri Bertuah ini.

Pembantu : Menjunjung kasih,Tuanku.

7