31636.doc master.doc

6
PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN ___________________________________________________________________________ AMSS5103 KAEDAH PENGAJIAN SYARIAH JANUARI 2015 ______________________________________________________________ _____________ Arahan: Tugasan ini mengandungi SATU soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa Malaysia. Format tugasan: i. Gunakan jenis huruf Times New Roman saiz 12 dan langkau baris 1.5. ii. Teks tugasan mengandungi antara 3000-5000 patah perkataan (15-20 halaman). iii. Susunan rujukan dikehendaki menggunakan format American Psychological Association (APA). iv. Rujukan hendaklah dari tahun 2006 ke atas. Nota: a. Tugasan ini hendaklah diserahkan sebelum/pada 15 Mac 2015. Serahan selepas 15 Mac 2015 TIDAK akan diterima. b. Sila serahkan tugasan anda dalam bentuk softcopy secara dalam talian melalui myVLE dan hardcopy kepada fasilitator anda.

Upload: noor-hafizah

Post on 25-Dec-2015

12 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 31636.doc master.doc

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN___________________________________________________________________________

AMSS5103 KAEDAH PENGAJIAN SYARIAH

JANUARI 2015___________________________________________________________________________

Arahan:

Tugasan ini mengandungi SATU soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa Malaysia.

Format tugasan:

i. Gunakan jenis huruf Times New Roman saiz 12 dan langkau baris 1.5.

ii. Teks tugasan mengandungi antara 3000-5000 patah perkataan (15-20 halaman).

iii. Susunan rujukan dikehendaki menggunakan format American Psychological

Association (APA).

iv. Rujukan hendaklah dari tahun 2006 ke atas.

Nota:

a. Tugasan ini hendaklah diserahkan sebelum/pada 15 Mac 2015. Serahan selepas

15 Mac 2015 TIDAK akan diterima.

b. Sila serahkan tugasan anda dalam bentuk softcopy secara dalam talian melalui myVLE

dan hardcopy kepada fasilitator anda.

c. Plagiat adalah tidak dibenarkan. Sekiranya anda tidak pasti maksud plagiat sila layari

laman web yang membincangkan perkara ini seperti owl.english.purdue.edu/handouts.

Page 2: 31636.doc master.doc

SOALAN TUGASAN

TUJUAN

Tugasan ini bertujuan untuk menguji kemampuan pelajar dalam merujuk dan menganalisis

peruntukan undang-undang keluarga Islam yang berkaitan serta membincangkannya dalam

konteks isu-isu kekeluargaan.

KEPERLUAN

Bincangkan isu-isu berhubung hak-hak isteri selepas berlakunya perceraian dengan merujuk

kepada seksyen-seksyen berkaitan dalam Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah

Persekutuan) 1984. Analisis sama ada peruntukan-peruntukan tersebut selari dengan

tuntutan syarak dengan mengemukakan dalil-dalil dari al-Quran dan hadis berkaitan.

Penulisan anda hendaklah membincangkan perkara-perkara berikut:

i. Penjelasan secara ringkas berhubung hak-hak yang boleh dituntut selepas

perceraian merangkumi mut’ah, nafkah iddah dan hadhanah.

ii. Menghuraikan tentang konsep mut’ah, nafkah dan hadhanah dengan merujuk

kepada dalil-dalil berkaitan.

iii. Mengupas isu-isu semasa berkaitan hak-hak tersebut dengan merujuk kepada

seksyen-seksyen berkaitan seperti seksyen 56, seksyen 122, seksyen 65, seksyen

71, seksyen 81, seksyen 82, seksyen 83 dan seksyen 84.

iv. Menganalisis peruntukan-peruntukan di atas dan mengemukakan pandangan sama

ada pemakaiannya selari dengan syarak.

[JUMLAH:60 MARKAH]

Page 3: 31636.doc master.doc

Bil. Kriteria penilaian Markah pemberat

Lemah Sederhana Baik CemerlangMarkah

0 1 2 3 41. Pendahuluan. 1 Pendahuluan tidak

berkaitan dengan topik.

Pendahuluan terlalu umum dan tidak spesifik menyatakan objektif tugasan.

Pendahuluan kurang spesifik dalam menyatakan objektif tugasan.

Pendahuluan ditulis dengan jelas tetapi hanya menjelaskan objektif dan isi kandungan secara ringkas.

Pendahuluan ditulis dengan jelas dan menyatakan objektif dan isi kandungan tugasan dengan baik dan terperinci.

4

2. Menghuraikan maksud mut’ah, nafkah dan hadhanah.

1.5 Tiada penjelasan bagi menerangkan maksud setiap hak.

Maksud yang diberikan tidak tepat dan hanya merujuk kepada satu hak sahaja.

Penjelasan tidak merujuk kepada kesemua tetapi hanya merujuk kepada dua hak sahaja.

Penjelasan diberikan kepada kesemua hak tetapi kurang menepati maksud sebenar.

Penjelasan yang diberikan adalah terang dan jelas bagi merujuk kepada setiap satu hak yang dinyatakan.

6

3. Membincangkan konsep mut’ah, nafkah dan hadhanah menurut syarak dan kedudukannya dalam undang-undang.

2.5 Tiada sebarang perbincangan atau memberi jawapan yang salah.

Membincangkan perkara berkaitan terlalu umum atau kurang tepat.

Membincangkan perkara berkaitan dengan penghuraian yang minima.

Membincangkan perkara berkaitandengan penghuraian yang baik, tetapi tidak menyeluruh

Membincangkan perkara berkaitandengan tepat serta penghuraian yang lengkap dan sempurna merangkumi kesemua kehendak soalan.

10

4. Menyatakan dan mengupas isu-isu semasa yang berkaitan dengan mut’ah, nafkah dan hadhanah.

3 Tiada sebarang isu dinyatakan dan dikupas.

Hanya menyatakan tentang isu tetapi tidak mengupaskannya.

Mengupas isu-isu secara umum yang tidak khusus kepada mut’ah, nafkah dan hadhanah.

Mengupas isu-isu berkaitan dengan mut’ah, nafkah dan hadhanah dengan baik.

Menyatakan dan mengupas isu-isu berkaitan dengan mut’ah, nafkah dan hadhanah secara terang dan jelas.

12

5. Merujuk kepada kesemua peruntukan yang berkaitan dengan huraian terhadap peruntukan.

3 Tiada sebarang rujukan atau membuat rujukan yang salah.

Merujuk kepada peruntukan berkaitan terlalu umum atau kurang tepat.

Merujuk kepada peruntukan dengan huraian yang ringkas.

Merujuk kepada peruntukan dengan sedikit huraian yang agak baik.

Merujuk kepada peruntukan berkaitandengan tepat dan jelas merangkumi semua hak-hak yang dinyatakan.

12

6. Memberi pandangan dan membuat penilaian terhadap pemakaian hukum syarak dalam undang-undang.

2 Tiada sebarang pandangan dikemukakan.

Pandangan dikemukakan tanpa penjelasan/justifikasi.

Pandangan diberikan berserta penjelasan yang kurang jelas.

Padangan dan penjelasan yang diberikan adalah baik.

Pandangan dan penjelasan yang jelas dan terperinci.

8

LAMPIRANRUBRIK TUGASAN_AMSS5103 KAEDAH PENGAJIAN SYARIAH/SEM. JANUARI 2015/FASS

Page 4: 31636.doc master.doc

7. Kesimpulan. 1 Tiada kesimpulan diberikan.

Gagasan kesimpulan yang lemah dan penjelasan tidak relevan dengan penerangan bahagian isi.

Gagasan kesimpulan yang ringkas dan penjelasan tidak relevan dengan penerangan bahagian isi.

Gagasan kesimpulan menyeluruh dan penjelasan relevan dengan penerangan bahagian isi, tetapi tidak menjelaskan sebarang penambahan idea.

Gagasan kesimpulan yang menyeluruh dan penjelasan relevan dengan penerangan bahagian isi serta menjelaskan penambahan idea.

4

8. Format(Muka hadapan, Isi kandungan, penomboran halaman, format rujukan APA dll).

1 Tidak mengikut format langsung.

Beberapa format terdapat dalam penulisan tetapi tidak betul.

Beberapa format terdapat dalam penulisan tetapi hanya sebilangan sahaja yang betul.

Kebanyakan format ditulis dan kebanyakannya adalah betul.

Kesemua format ditulis dengan betul.

4

JUMLAH 15 60