3.0 teknik penyoalan

Upload: suriati

Post on 08-Jan-2016

235 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

teknik

TRANSCRIPT

3.0 Kemahiran MenyoalMATA PELAJARAN : Pendidikan IslamTAHUN : 2BIDANG : AkhlakTAJUK : Adab berpakaianHASIL PEMBELAJARAN/OBJEKTIF :Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :1-Menyatakan hukum menutup aurat dengan betul.2-Menyatakan 3 adab berpakaian dengan betul.3-Menjelaskan had aurat lelaki dan perempuan.Isi pelajaran Aktiviti

Slaid pakaian

1 Guru berada di hadapan kelas dengan nada yang tegas bertanya kepada murid mengapa kamu memilih pakaian itu ?

2- Murid dijangka akan menjawab mereka memilih pakaian tersebut menurut minat mereka.

3- Guru berada di hadapan kelas dengan nada yang tegas bertanya kepada murid bagaimanakah pakaian yang dituntut dalam islam.

4- Murid dijangka akan menjawab menurut pengetahuan iaitu seperti mana yang dipakai oleh ibu dan kakak mereka.

5- guru mengarahkan semula kepada murid yang memberikan jawapan yang betul.

5- Guru dengan nada yang santai meminta seorang murid bangun untuk memberikan jawapan.

6- Guru berada di hadapan kelas dengan nada yang tegas bertanya kepada murid apakah hukum menutup aurat.

7- Murid dijangka akan menjawab menutup aurat itu wajib.

8- Guru berada di hadapan kelas dengan nada yang tegas bertanya kepada murid bagaimanakah cara kita memakai baju.

9- Murid dijangka akan menjawab memulakan dengan memakai sebelah kanan.