3.0 tanaman lada

37
3.0 TANAMAN LADA 3.1 Botani Tanaman Lada Taksonomi Nama Saintifik : Piper nigrum Keluarga : Piperaceae Lada merupakan pokok saka yang memanjat, berbatang agak besar dan mempunyai banyak cabang. Pokok cukup tua mempunyai daun yang merimbun berbentuk kon dan mencapai ketinggian 3 4 m. 3.1 .1 Sifat pokok, akar, batang, daun, bunga dan beri/buah lada A. Akar Bila dibiakkan, akar tumpang pada buku

Upload: hidayat-aziz

Post on 30-Nov-2015

453 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

3.0 TANAMAN LADA

3.1 Botani Tanaman Lada

Taksonomi

Nama Saintifik : Piper nigrum

Keluarga : Piperaceae

Lada merupakan pokok saka yang memanjat, berbatang agak

besar dan mempunyai banyak cabang.

Pokok cukup tua mempunyai daun yang merimbun berbentuk kon

dan mencapai ketinggian 3 – 4 m.

3.1.1 Sifat pokok, akar, batang, daun, bunga dan beri/buah lada

A. Akar

Bila dibiakkan, akar tumpang pada buku yang tersentuh

dengan tanah akan tumbuh dan membesar untuk

membentuk sistem perakaran lada hitam.

Bilangan akar rerambut yang menjadi akar utama

bergantung kepada bilangan buku yang tertanam dalam

tanah dan juga alam sekitar pertumbuhan.

Akar tumbuh di dalam tanah hingga 1 m dalam,

kumpulan akar tohor berada di antara 30 – 60 sm di

bawah permukaan tanah.

Kajian menunjukkan bahawa 90% daripada akar tohor

berada di atas 40 sm bagi pokok berumur 4 tahun.

Perkembangan akar berubah bergantung kepada

kepadatan tanaman.

B. Batang

Batang atau cabang yang memanjat boleh dibahagikan

kepada buku dan ruas.

Buku adalah bahagian sendi yang sedikit membengkak,

darinya terbit daun, matatunas ketiak dan akar tumpang.

Matatunas ketiak akan membesar untuk membentuk

dahan berbuah. Panjang ruas adalah di antara 5 – 10

sm.

Batang adalah orthotropik (menegak), memanjat dan

memberikan rangka kepada pokok di mana garispusat di

antara 4 – 6 sm di bahagian dasar dan berkayu dengan

kulit tebal semacam kepingan.

Batang mempunyai stolon yang merupakan pucuk

orthotropik yang tidak produktif. Panjang ruas ialah di

antara 10 – 25 sm dan bukunya tidak nyata.

C. Daun

Batang, dahan berbuah dan stolon mempunyai daun

ringkas berselang, petiol 2 – 5 sm panjang dan beralur di

atasnya, stipul sisi menjadi hitam dan gugur awal

lai daun licin, hijau tua dan berkilat di permukaan, hijau

pucat dan berbintik kelenjar di bahagian bawah, dengan

tekstur yang berbulu.

Saiz daun adalah berbeza di antara kultivar, iaitu di

antara 8 – 20 sm panjang dan 4 – 12 sm lebar.

Biasanya terdapat 5 – 7 urat daun utama. Bentuk lai

daun ialah bujur telur, bahagian pangkal serong, cakah,

bulat dan hujungnya runcing (tirus).

D. Jambak Bunga

Jambak bunga terbit pada buku bertentangan dengan

daun atas dahan berbuah atau dahan sisi, berukuran di

antara 3 – 15 sm panjang

mempunyai 50 – 150 bunga yang ringkas dan halus

tersusun dalam bentuk spiral yang tak nyata.

Urutan pembentukan bunga ialah dari pangkal ke hujung,

mengambil masa lebih kurang seminggu untuk semua

bunga membuka sepenuhnya.

E. Bunga

Bunga adalah samada sejantina (dalam bentuk

monoecious) atau diecious atau hermaphrodite.

Lebih tinggi peratus bunga hermaphrodite maka makin

tinggi hasil.

Keamatan lindungan akan menggalakkan lebih bunga

betina dan kurang bunga hermaphrodite.

F. Buah

Buah adalah jenis berri atau pepauh bulat tak bergagang.

Saiz buah di antara 4 – 6 mm.

Setiap buah mengandungi satu biji yang dibaluti

mesokarp.

Bila masak, eksokarp bertukar warna dari hijau kepada

kuning dan akhirnya merah terang.

Bila dijemur, buah masak bertukar menjadi hitam.

Biji bergaris pusat 3 – 4 mm.

Perisperma kaya dengan kanji dan minyak.

Buah lada matang lebih kurang 6 – 9 bulan selepas

berbunga.

Setiap mayang menghasilkan 50 – 60 buah.

3.2 Keperluan Asas Tanaman

3.2.1 Faktor mempengaruhi pertumbuhan tanaman

Lada hidup subur pada tanah alluvium yang mempunyai

saliran yang sempurna, kandungan humus yang tinggi dan

pH 5.5. Sifat-sifat tanah yang paling sesuai adalah seperti

berikut :

o Saliran yang baik

o Keupayaan pegangan air yang cukup

o Struktur peroi

o Keasidan yang rendah

o Kandungan nutrien yang tinggi

o

Melalui amalan pertanian yang sempurna, lada didapati

boleh ditanam dikebanyakan tanah.

Di Sarawak, biasanya lada ditanam di tanah podzolik

merah-kuning.

Lada adalah tanaman tropika yang memerlukan suhu tinggi,

hujan yang banyak sepanjang tahun.

Taburan hujan 2500 mm/tahun dan altitud 500m ke bawah

adalah sesuai. Tanah tinggi sehingga 1500m

3.3 Kultivar Tanaman

Varieti Yang Disyorkan

Ada tiga kultivar yang disyorkan iaitu Kuching (varieti tradisi),

Semongok emas dan Semongok aman

Purata hasil beri hijau untuk ketiga-tiga kultivar ini adalah sama 6 -

8 kg/pohon/tahun

Kuching mudah diserang penyakit beri hitam dan reput akar

Phytophthora

Semongok emas lebih toleran kepada penyakit beri hitam dan

masak sekata, memerlukan 2 – 3 pusingan menuai semusim

berbanding dengan 5 – 6 pusingan untuk Kuching

Semongok aman terhasil daripada klon pilihan, ia mempunyai

kumpulan buah yang baik, beri besar dan mayang yang

panjang daripada Kuching.

Semongok aman buah masak sekata dan memerlukan pusingan

tuaian yang pendek

Semongok aman lebih toleran kepada penyakit beri hitam dan

penyakit reput akar Phytophthora berbanding

Kuching. Ia juga toleran kepada penebuk batang dan kutu lada

Di tempat-tempat dimana penyakit beri hitam dan kutu lada

banyak, Semongok emas dan Semongok aman boleh mengatasi

hasil Kuching

Dari sudut kualiti kimia, Semongok aman mempunyai kandungan

piperine, oleoresin dan minyak yang tinggi daripada Kuching dan

Semongok emas

Sos lada hijau dihasil daripada beri Semongok aman lebih pedas

daripada yang dihasilkan oleh beri Kuching

Untuk penghasilan lada putih berkrim, Kuching masih menjadi

varieti pilihan.

Semongok aman lebih sesuai untuk penghasilan lada hitam

premium dan produk lada hijau.

Varieti Kuching

Varieti Semongok Aman

Varieti Semongok Emas

Ringkasan ciri-ciri varieti lada yang disyorkan

CIRI VARIETI

Kuching Semongok

Emas

Semongok

Aman

Hasil beri hijau

(kg/pokok/tahun) 6 - 8 6 - 8 6 - 8

% driage (nisbah pertukaran

kepada lada hitam 33 31 33

% driage (nisbah pertukaran

kepada lada putih 24 22 22

Berat 100 biji beri hijau

matang (g) 13.8 15.6 15.7

Panjang spike buah (sm) 9.7 9.9 10.1

Kualiti kimia

% piperine

% oleoresin

% minyak meruap / volatile

% minyak bukan meruap /

non-volatile

3.5

11.0

2.8

7.9

3.4

11.0

3.0

8.0

5.4

15.5

3.8

11.5

Pusingan penuaian setiap

musim 4 - 6

2 – 3

(masak

sekata)

2 – 3

(masak

sekata)

Mudah kena serangan

Penyakit Reput Pangkal

Phytophthora

Sangat

mudahMudah Kurang

Mudah kena serangan

Penyakit Beri Hitam

Sangat

toleranToleran Kurang

Kumbang belalai Sangat

toleranToleran Kurang

3.3.1 Jenis bahan tanaman

Bahan Tanaman

Lada biasanya dibiakkan secara vegetatif (tampang) kecuali

dalam kerja-kerja pembaikbiak.

Pembiakan menggunakan biji benih mengambil masa yang

lama berbanding dengan keratan dan sifatnya juga boleh

berubah.

Keratan yang digunakan untuk pembiakan perlu mempunyai

sifat-sifat berikut :

Bahan tanaman yang serupa induk.

Tumbuh cepat dan matang awal.

Pemilihan Pokok Induk

Pokok induk yang akan diambil keratan darinya mempunyai

sifat-sifat berikut :

Kultivar yang disyorkan.

Tumbuh sihat dan cergas.

Bebas dari kecacatan akibat dari kekurangan

makanan.

Bebas dari serangan penyakit dan perosak.

Mempunyai akar tumpang yang banyak.

3.4 Keperluan Sebelum Menanam

3.4.1 Bahan Tanaman

Penyediaan Keratan

Keratan biasanya diambil dari batang terminal.

Jika pokok induk berkurangan, tunas air (stolon) boleh

digunakan.

Dahan sisi tidak boleh digunakan kerana tidak akan

membentuk batang terminal yang memanjat.

Langkah-Langkah Penyediaan Keratan 5 Buku

Pilih bahan induk berdasarkan ciri yang dikehendaki

Lihat batang terminal dari atas ke bawah untuk menanda

tempat keratan akan diambil.

Selalunya 6 – 8 buku teratas terlalu muda dan tidak

sesuai. Bahagian di bawah buku tersebut adalah sesuai.

Keratan yang disyorkan ialah keratan 5 buku.

Bila tempat keratan telah ditanda, bahagian atas (muda)

dipangkas. Dahan sisi 2 buku di atas dibiarkan,

sementara dahan sisi 3 buku di bawah dipangkas.

Batang boleh dikerat 10 – 14 hari kemudian bila tunas

ketiak keluar dari ketiak daun.

Selepas dikerat, batang diambil dengan cermat dari turus

menggunkan bahagian tumpul pisau pemangkas.

Keratan 5 buku

Menanggal keratan pilihan daripada kayu sokongan

Menyemai keratan 5 buku

Keratan 5 buku boleh ditanam terus ke ladang di musim

hujan tetapi untuk mendapat kejayaan yang baik, ia

dibiarkan berakar dalam semaian 4 – 8 minggu.

Keratan hendaklah dicelupkan ke dalam larutan

carbofuran dan benomyl (0.1%) selama 10 minit

Keratan disemai pada sudut 40 – 60o pada jarak 30 sm

dalam baris

Siraman dilakukan sekali sehari (pagi)

Keratan sesuai dipindahkan ke ladang selepas 4 – 5

minggu

Hanya pilih yang elok untuk mendapat tanaman yang sihat

dan mempunyai akar yang banyak.

3.4.2 Penyediaan Kawasan Penanaman

Penyediaan Kawasan

Melibatkan kerja-kerja berikut :

Menebang dan membersih kawasan

Membakar

Memugar

Membaris

Membusut

Penyediaan kawasan perlu dilakukan di musim kering dari

Mei - Ogos.

Kerja pemugaran mungkin agak sukar jika pemuliharaan

tanah getah lama atau hutan sekunder tua dilakukan. Ini

adalah disebabkan banyak tunggul-tunggul yang perlu

dibuang untuk mengelakkan serangan penyakit akar putih

dan akar perang.

Jarak tanaman yang biasa ialah 2.4 m x 2.4 m, tetapi jarak

tanaman 2.4 m x 1.8 m menunjukkan hasil yang lebih

tinggi.

Kepadatan yang tinggi mungkin digunakan oleh petani

yang mempunyai keluasan tanah yang terhad. Jika teres

digunakan, jarak antara baris ialah 2.4 m dan dalam baris

ialah 1.8 m.

Busut tanaman berukuran 80 sm lebar dan 20 sm tinggi

dibuat di keliling turus sementara atau turus kekal dari

kayu keras setinggi 3 – 4 m.

Penyediaan busut untuk keratan lada

Pemuliharaan tanah

Kawasan lada terdedah kepada masalah hakisan yang

tinggi kerana :

a) Kerap berlakunya hujan lebat di Sarawak

b) Penanaman lada di kawasan curam

c) Merumpai secara licin

Jabatan Pertanian Sarawak telah mengesyorkan

menanam dua spesis penutup bumi kekacang iaitu

Centrosema pubescens dan Arachis pintoi

Centrosema atau Centro ditanam melalui biji benih. Ia

merupakan tanaman kekacang yang tumbuh cergas dan

jika dijaga dengan betul boleh memberi perlindungan

tanah yang memuaskan sepanjang kehidupan lada.

Arachis pintoi diperkenalkan dari Amerika Tengah, lebih

toleran kepada lindungan dan ditanam melalui keratan.

Pengapuran busut

Saliran

Lada yang ditanam di kawasan rendah perlu mempunyai

saliran yang sempurna untuk mengelak air bertakung atau

banjir – menyebabkan lada tidak subur dan daun menjadi

kuning

Parit 60sm dalam x 60 sm lebar sesuai dibuat setiap 5 – 6

baris tanaman. Hujung parit ditemukan untuk mengalirkan

air keluar dari kawasan lada.

Arachis pintoi

Centrosema pubescens

3.5 Penanaman

3.5.1 Sistem dan jarak penanaman

Jarak tanaman

Jarak tanaman yang disyorkan adalah :

a) 1.8m x 2.4m atau 2.1m x 2.1m jika ditanam pada

kawasan rata atau tanah landai penutup bumi.

b) 2.0m x 3.0m dengan jalur selebar 1.5m di antara pohon

lada ditanam dengan Centrosema pubescens.

c) 2.0m x 2.4m atau 2.4m x 2.4m dengan menanam

Arachis pintoi

3.5.2 Teknik Penanaman

Tiang sokongan dan pemangkasan

Pokok lada yang masih muda dilatih untuk tumbuh memanjat

pada tiang sokongan. Secara tradisional, tiang kayu berlian

digunakansebagai sokongan. Walau bagaimanapun, hasil

kajian telah mendapati tiang sokongan hidup daripada pokok

jenis kekacang (contohnya Gliricidia sepium dan Erythrina

indica) sesuai digunakan sebagai tiang sokongan alternatif.

Pokok lada hendaklah dicantas untuk menggalakkan

pembentukan kanopi yang sesuai. Tiga pusingan

pemangkasan disyorkan: pemangkasan pertama ialah enam

bulan selepas menanam untuk pengeluaran tiga pucuk utama.

Pangkasan kedua adalah diperingkat 12-14 bulan apabila

pokok lada mencapai ketinggian separuh tiang sokongan.

Pangkasan terakhir dilakukan apabila pucuk utama mempacai

bahagian atas tiang sokongan dan ini adalah seiring dengan

masa pengeluran buah yang pertama.

Penanaman di Ladang

Masa paling sesuai adalah bulan Oktober ke Disember.

Busut dibuat berukuran 50sm lebar dan 20sm tinggi.

Busut dikapurkan dengan dolomite.

Penanaman dilakukan selepas 3 minggu.

Bagi keratan 5 buku, 3 buku di bawah dibenam di dalam

busut pada 20 – 35o, buku ke 4 pada paras dengan

permukaan busut.

Tanah sekeliling keratan dipadatkan dan akar udaranya

diarahkan ke tiang sokongan.

Semua keratan ditanam dan ditujukan ke arah yang sama

untuk memudahkan kerja penyelenggaraan.

Keratan yang baru ditanam hendaklah terus diberi

lindungan kerana ia sensitif kepada tekanan kelembapan

dan panas matahari.

Pelepah paku-pakis (Nephrolepsis sp dan Gleichenia

linearis) atau lalang digunakan sebagai lindungan.

3 buku terbawah ditanam dalam busut

3.6 Amalan Pengurusan Tanaman

3.6.1 Jenis, kekerapan dan teknik pembajaan

Cara membaja memainkan peranan penting untuk

memastikan kerugian minimum disebabkan larian

permukaan dan peruapan. Oleh itu baja perlu diletakkan

di tempat yang sesuai supaya diambil oleh tanaman

Naungan menggunakan paku-pakis

Buku ke 4 dan 5 berada di atas tanah

dengan maksimum.

Baja dibekalkan dalam bentuk jalur pada kedalaman 10 –

15 sm berdekatan dengan akar dan ditutup dengan tanah.

Parit/alur kecil dihujung kanopi dibuat dan baja diletakkan

ke dalam parit tersebut.

Baja tidak boleh diletakkan hingga menyentuh batang

tanaman kerana akan menyebabkan melecur dan pokok

mati.

Dolomit diberikan berasingan sekali setahun. Ianya

ditabur di atas busut dan dicakar-cakarkan ke dalam

tanah.

3.6.2 Jenis, simptom dan kawalan perosak

Kumbang Belalai Lada (Lophobaris piperis)

Simptom :

Kedua-dua larva dan dewasa menyebabkab kerosakan.

Dewasa memakan beri, jambakbunga, daun muda dan

pucuk.

Larva menebuk batang dan dahan dan bahagian atas layu

dan kering.

Simptom awal kerosakan: menguning dan merkah pada

kulit dahan.

Pengurusan:

• Dahan dan batang yang diserang dipangkas dan

dimusnahkan.

• Tisu-tisu mati dibahagian bawah batang utama

berdekatan dengan tanah dikikiskan untuk membuang

dewasa dan tempat persembunyiannya.

• Buang semua daun-daun mati, ranting dan sampah-

sarap lain.

• Buang pohon-pohon di kebun terbiar.

• Sembur cypermethrin atau deltamethrin dan tumpukan

ke dalam kanopi.

Kutu Daun (Toxoptera aurantii)

Simptom:

Kutu daun menghisap cecair dari bahagian lembut.

Menyebabkan daun bergulung, menguning dan pucuk

muda dan daun terpusing.

Perosak biasa di tapak semaian.

Pengurusan:

Sembur Albolineum (white oil) 200 – 250 ml dalam 18 li air.

Di tapak semaian, kutu dibuang dengan menyembur air

deras.

Larva kumbang belalai

3.6.3 Jenis, Simptom Dan Kawalan Penyakit

Reput Pangkal Phytophthora (Phytophthora capsici)

Simptom :

Simptom awal daun layu dan dahan menjuntai, diikuti

dengan daun menguning.

Batang dasar dan akar berpenyakit menjadi hitam.

Infeksi daun menunjukkan bengkak hitam dengan tepi

yang bersirip.

Pohon mungkin mati dalam masa 2 – 3 minggu.

Pengurusan penyakit:

Ambil bahan tanaman yang bebas dari penyakit.

Elak kawasan yang bertakung air untuk penanaman lada.

Buat saliran untuk mengalirkan segera air hujan.

Dirikan pagar di keliling kawasan untuk memgelakkan

kawasan menjadi tempat laluan orang dan ternakan.

Musnahkan siput dan semut.

Symptom serangan kutu daun

Cuci dan basmi kuman alat ladang, kasut dan pakaian

setelah digunakan di tempat yang berpenyakit.

Elak berkongsi alat ladang kawasan sihat dan kawasan

berpenyakit.

Bahagikan kawasan besar kepada blok-blok kecil dengan

jarak kawasan 7 – 14 m yang boleh ditanam dengan

tanaman lain.

Beri Hitam, Antraknos Daun (Collectotricum capsici, C.

piperis dan C. gloeosporioides)

Simptom :

Beri hitam

Serangan jambakbunga baru dari hujung dan keatas

sehingga kesemua menjadi hitam dan gugur.

Pada mayang matang, bintik-bintik hitam membentuk pada

beri.

Antraknos daun

Kehadiran tompok-tompok perang nekrotik pada daun

diserang.

Tompok-tompok membesar dan membentuk bentuk yang

tidak sekata dengan tengah-tengah perang pucat atau

kekelabuan dan tepi yang perang tua.

Daun-daun yang diserang akan gugur.

Pengurusan penyakit:

Sembur dengan salah satu racun kulat berikut bagi

kawasan yang pernah diserang

o Benomyl

o Carbendazamin

o Prochloraz dengan manganese chloride atai asid

fosforus.

o Jarak semburan adalah 14 hari, kepekatan dan

bilangan semburan maksimum mestilah seperti tercatit

pada label.

Jarak pra tuai (PHI) untuk racun kulat mesti diperhatikan.

PHI adalah dalam lingkungan 7 – 30 hari bergantung pada

racun kulat digunakan.

Jika dikesan, antraknos daun boleh dikawal menggunakan

racun yang disarankan untk penyakit beri hitam.

Kebersihan kebun sangatlah penting untuk mengawal

penyakit-penyakit.

Daun dan jambakbunga yang gugur mesti dikumpul dan

dibuang untuk mengurangkan inokulum penyakit.

Beri hitam

Penyakit Akar Putih (Rigidiporus lignosus)

Simptom:

Berlaku pada kawasan lama getah.

Serangan penyakit ini menunjukkan pohon menjadi

kuning, pada peringkat ini sedikit keguguran daun berlaku.

Apabila ia sudah membentuk, dahan menjuntai.

Terdapat bebenang putih pada akar.

Busuk akar berlaku jika serangan menjadi serius.

Pengurusan penyakit:

Buang semua tunggul sebelum menanam.

Jika serangan sederhana, alih tanah pada dasar pohon

untuk mendedahkan batang dan akar.

Kemudian cat dengan copper fungicide.

Timbus balik tanah beberapa hari kemudian.

Penyakit Akar Putih

3.6.4 Jenis dan kawalan rumpai

Rumpai bersaing dengan tanaman untuk mendapatkan

nutrien dan air. Secara tradisional, merumpai bersih selalu

diamalkan.

Pada tanah rata, rumpai meningkatkan kelembapan tanah.

Ini mengakibatkan pokok lebih peka kepada penyakit reput

pangkal. Walaubagaimanapun, rumpai yang terdapat di

kawasan yang telah diserang penyakit reput pangkal dapat

menghalang dari direbakkan oleh kaki manusia atau

haiwan.

Rumpai juga dapat mengurangkan hakisan. Pada masa

ini merumpai secara kimia menggunakan racun kimia jenis

sentuh seperti paquat dilakukan. Merumpai bersih secara

manual hanya dilakukan pada busut. Biasanya 4 – 6 kali

merumpai setahun adalah memadai.

3.7 Peringkat Kematangan dan Pengutipan Hasil

3.7.1 Indeks Kematangan Hasil

Peringkat masak

Apabila 1 atau lebih beri pada mayang menunjukkan

warna kekuningan, bermakna mayang tersebut sudah

boleh dituai

Beri ini sesuai untuk diproses menjadi lada hitam

Biasanya beri yang dipetik dari pusingan pertama, kedua

dan terakhir akan diproses menjadi lada hitam

Bagi penuaian pusingan terakhir, semua beri sama ada

masak atau tidak dipetik untuk memastikan lada

mengeluarkan bunga semula pada waktu sama selepas

pembajaan supaya beri masak rata pada musim akan

datang.

3.7.2 Tempoh penghasilan buah

Pokok lada biasanya digalakkan berbuah dengan bebas

selepas tiga tahun menanam.

Pengeluaran buah sepenuhnya berlaku diantara 4 hingga

7 tahun umurnya. Produktiviti selepas itu akan menurun.

Faktor-faktor yang mempengaruhi produktiviti lad a ialah:

1. Amalan kultura

Beri lada yang cukup matang

2. Keadaan tanah

3. Amalan pembajaan

Jangkahayat ekonomik pokok lada ialah diantara 12

hingga 20 tahun.

Purata hasil meningkat dari >< 2 kg lada hitam pada

penuaian pertama kepada 3 kg atau lebih sepokok.

Angka ini kekal sehingga 8 tahun, mungkin lebih jika

pembajaan yang cukup diberikan.

Pohon yang diselenggara dengan sempurna boleh

mengeluarkan hasil hingga 12 tahun.

3.7.3 Pengutipan hasil

Musim menuai

Lada dituai pada bulan Mac ke Ogos. Beri lada mengambil

masa 6 – 9 bulan untuk matang.

Beri tidak masak serentak, oleh itu penuaian dilakukan

beberapa pusingan bergantung kepada kadar beri masak.

Biasanya penuaian 4 – 6 pusingan.

Kadar pertukaran

Dari 100 kg beri segar menghasilkan kira-kira 32 kg lada

hitam atau 23.5 lada putih.

Untuk menghasilkan 100kg lada hitam, 312.5 kg beri segar

diperlukan, manakala 425.5 kg untuk lada putih.

3.8 Lepastuai

3.8.1 Pengumpulan buah

Biji lada yang telah dikutip dikumpulkan mengikut tahap

kemasakan dan tujuan hasil akhir (Lada hitam atau Lada

putih). Biji yang masak (berwarna merah) digunakan untuk

menghasilkan lada putih manakala biji yang berwarna

hijau digunakan untuk menghasilkan lada putih.

Pengumpulan biji lada untuk menghasilkan lada hitam atau

lada putih adalah berdasarkan kepada kualiti berri dan

harga pasaran. Jika harga pasaran lada putih adalah 36%

lebih tinggi dari lada hitam, maka lebih ekonomik

menghasilkan lada putih.

3.8.2 Penggredan

Berri yang dipetik dari pusingan ketiga dan keempat, yang

betul-betul matang dan masak rata, adalah sesuai untuk

diproses untuk menjadi lada putih.

Lada hitam disediakan dari berri yang sudah matang.

Jambak buah yang telah mempunyai beberapa berri yang

berwama kekuningan adalah sesuai untuk tujuan ini. Untuk

memastikan samada berri cukup matang untuk

menghasilkan lada hitam, pecahkan beri menggunakan

kuku ibu jari kemudian dipicitkan. Jika cecair berwama

putih kelihatan, bermakna berri tersebut belum lagi sesuai

dipetik untuk dijadikan lada hitam.

3.8.3 Penghantaran ke kilang

Lada hitam

Lada hitam disediakan daripada beri yang matang.

Mayang buah yang mempunyai beberapa beri kekuningan

adalah sesuai untuk tujuan ini.

Beri diasingkan daripada mayang dengan cara memijak.

Lada hitam dihasilkan dengan menjemur beri-beri segar di

bawah matahari selama 4 – 5 hari bergantung kepada

intensiti cahaya.

lada yang betul-betul kering mengandungi 12%

kelembapan sudah sedia untuk dijual.

Kadar tukaran lada berbeza dari 29 ke 36 % bergantung

kepada varieti dan kematangan pada masa ia dituai.

Lada Putih

Beri dipetik daripada pusingan menuai ketiga dan

Mengasingkan beri lada dari mayang

Menjemur lada atas tikar

keempat, ia masak sekata

Mayang buah dimasukkan ke dalam guni dan direndam di

dalam air bertakung selama 8 – 12 hari dan air mengalir

10 – 14 hari

Tujuan merendam adalah untuk mereputkan kulitnya.

Selepas direndam, beri dikeluarkan dari guni dan

diletakkan didalam bekas di mana ia dipijak-pijakkan untuk

menanggalkan perikarpnya.

Kemudian ia dibasuh dengan air bersih beberapa kali

untuk membuang perikarp yang reput, tangkai dan beri

yang ringan

Beri hendaklah dibasuh didalam bakul rotan untuk

memudahkan air serta bendasing keluar

Hasil tadi dijemur di bawah cahaya matahari selama 3 hari

Selepas dikeringkan, lada tadi diayak untuk mengasingkan

lada-lada yang kecil.

lada yang berkedut, hitam atau kelabu diasingkan dengan

tangan

Lada putih berkrim merupakan lada gred premium yang

mempunyai rupa yang putih berkrim dan saiz yang sekata

dengan 4.0mm garispusat.

Ianya dimasukkan ke dalam beg yang bersih untuk

dieksport atau dibotolkan.

Beri hendaklah dibasuh didalam bakul rotan untuk

memudahkan air serta bendasing keluar

Hasil tadi dijemur di bawah cahaya matahari selama 3 hari

Selepas dikeringkan, lada tadi diayak untuk mengasingkan

lada-lada yang kecil.

lada yang berkedut, hitam atau kelabu diasingkan dengan

tangan

Lada putih berkrim merupakan lada gred premium yang

mempunyai rupa yang putih berkrim dan saiz yang sekata

dengan 4.0mm garispusat.

Ianya dimasukkan ke dalam beg yang bersih untuk

dieksport atau dibotolkan.

Merendam beri lada dalam takungan

Merendam beri lada dalam sungai

Menjemur lada putih