3 roslina ahmad faisal

Upload: egan-ash-arijenan

Post on 06-Jul-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 3 Roslina Ahmad Faisal

    1/20

     Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    37

    KEPUASAN TERHADAP AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT

    DAN PEMBANGUNAN KESEJAHTERAAN SOSIAL DALAM

    KALANGAN PELAJAR TAHUN SATU DI UNIVERSITI

    KEBANGSAAN MALAYSIA

    Roslina Ahmad Faisal

    Salleh Amat Noriah Mohd. Ishak 

    Abstrak 

    Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum universiti yang penting

    dalam memberi sumbangan terhadap penyuburan fizikal, mental, emosi dan

    sosial pelajar.Kejayaaannya di universiti bergantung kepada beberapa faktor.

    Antara faktor-faktor yang dianggap penting ialah kewangan, kemudahandan peralatan yang mencukupi selain daripada penglibatan tenaga pengajar

    dan pelajar. Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk menganalisis tahap

    kepuasan pelajar terhadap aktiviti Khidmat Masyarakat dan pembangunan

    kesejahteraan sosial pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam kajian

    ini 119 orang pelajar yang menyertai aktiviti ko-kurikulum telah menjadi

    responden kajian.Kajian ini menggunakan teknik soal-selidik.Hasil analisis

    kajian ini menunjukkan bahawa tahap kepuasan pelajar terhadap aktiviti

    Khidmat Masyarakat adalah pada tahap sederhana. Begitu juga dengan tahap

    kesejahteraan sosial pelajar juga pada tahap sederhana.Selain itu, kajian jugamendapati bahawa tiada perbezaan dari segi tahap kepuasan dan kesejahteraan

    sosial berdasarkan jantina.Secara statistik, kajian ini mendapati wujud

    hubungan yang signifikan antara tahap kepuasan terhadap aktiviti Khidmat

    Masyarakat dengan tahap kesejahteraan sosial pelajar.Implikasi kajian juga

    turut dibincangkan dalam kajian ini.

    Kata kunci:Kokurikulum, Khidmat Masyarakat, Kesejahteraan Sosial

     Abstract 

    Cocurriculum are part of the university curriculum in contributing to the

    enrichment of the physical, mental, emotional and social aspect of the students.

     Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010 (37 - 56)

  • 8/18/2019 3 Roslina Ahmad Faisal

    2/20

     Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    38

     Its success in university depends on several factors. Among the factors are

    thefinancial, adequate facilities and equipment, other than the involvement

    of teachers and students. The purpose of this study is to determine students’

    level of satisfaction of the Community Service and the development of social

    well-being in Universiti Kebangsaan Malaysia. In this study, 119 students who

     participate in extracurricular activities have been the respondents.This study

    uses a questionnaire. The results of analysis of this study indicate that the

    level of student satisfaction with the activities of theCommunity Service is at

    a moderate level. Similarly, the level of social well-being of students is also a

    moderate level. The study also found that there was no difference in satisfaction

    levels based on gender and social welfare. In addition, this study also found

    that there was no significant relationship between the levels of satisfaction

    with the level of Community Service activities of social well-being of students.

     Implications of the study are also discussed in this research.

     Keywords: Cocurriculum, Community Services, Social Well-being 

    PENGENALAN

    Kokurikulum di universiti telah menjadi sebahagian daripada sistem

     pendidikan di institusi pengajian tinggi di Malaysia ketika ini.Ianya telah

    menjadi satu kegiatan yang diwajibkan kepada setiap pelajar di semua

     pusat pengajian tinggi. Aktiviti kokurikulum dianggap penting sebagai

    alat untuk memenuhi hasrat unggul dasar pendidikan kebangsaan,

    iaitu perpaduan di kalangan pelajar-pelajar yang terdiri dari berbilang

    kaum. Di Universiti Kebangsaan Malaysia, aktiviti kokurikulum

    yang disediakan diharap dapat membekalkan serta memenuhi masasenggang siswa-siswi dengan kegiatan yang lebih bermakna dan

     berfaedah. Justeru, ianya memberi peluang kepada siswa-siswi untuk

    meneroka pengalaman dalam mengurus, mentadbir, mengelola,

    melaksana, menyelia dan menilai kegiatan kokurikulum yang mereka

     pilih.

    Penglibatan para pelajar dalam aktiviti kokurikulum juga diharap

    dapat membentuk siswa-siswi supaya mempunyai kestabilan emosi,

    kejelekitan kelompok dan saling menghormati tanpa mengira

    keturunan atau agama, pemikiran rasional serta kecergasan

     jasmani. Justeru ianya diharap dapat membantu siswa-siswi dalam

    meneroka keilmuan menerusi penglibatan yang bercorak penyertaan

     Roslina Ahmad Faisal, Salleh Amat & Noriah Mohd. Ishak 

  • 8/18/2019 3 Roslina Ahmad Faisal

    3/20

     Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    39

    untuk semua. Pendidikan melalui kegiatan kokurikulum ditakrifkan

    sebagai satu pengalaman pembelajaran meliputi aspek akal, adab,

    fizikal, afektif dan sosial yang diterapkan secara formal, tak formal,

    supaya dapat mengamati, menghayati, menganalisis dan menyelesaikan

    sesuatu masalah melalui pendekatan yang lebih sesuai supaya hasilnya

    dapat digunakan seumur hidup.

    Kegiatan Kokurikulum

    Kegiatan kokurikulum dianggap sangat berkesan untuk memupuk

    keseimbangan perkembangan mental dan perkembangan rohani,

     jasmani dan sosial pelajar. Aktiviti-aktiviti kokurikulum memberi arah

    dan hala tuju kepada pelajar supaya menceburkan diri dalam kegiatan

    yang berfaedah. Berikutan penceburan dalam kegiatan ini, diharapkan

    dengan kemahiran-kemahiran yang dipelajari melalui aktiviti-aktiviti

    tersebut boleh memupuk gaya hidup yang sihat.

    Kegiatan kokurikulum juga dapat mengukuhkan interaksi antara

     pelajar dan sekaligus memupuk integrasi antara kaum di samping

    memupuk sifat kesopanan, berdikari, kerajinan bekerja, berdisiplin dan patuh kepada undang-undang yang boleh membentuk pelajar supaya

    menjadi warganegara yang berguna (Wee Eng Hoe, 1996).

    Aktiviti sukan yang melibatkan permainan dan melibatkan

     penyertaan sebagai dalam satu pasukan, atau dua peserta iaitu sukan

     berpasukan atau aktiviti sukan perseorangan atau sukan individu.Sukan

     juga didefinisikan dalam beberapa makna.

    Kesejahteraan Sosial

    Terdapat beberapa definisi kesejahteraan sosial menurut beberapa ahli.

    Pertama, menurut Gertrude Wilson, “Kesejahteraan sosial merupakan

     perhatian yang terorganisasi dari semua orang untuk semua orang”.

    Walter Friedlander pula mendefinisikan “Kesejahteraan sosial sebagai

    sistem yang terorganisasi dari institusi dan pelayanan sosial yang

    dirancang untuk membantu individu atau kelompok agar dapat mencapai

    standard hidup dan kesihatan yang lebih baik”.Elizabeth Wickenden telah mendefinisikan “Kesejahteraan sosial

    termasuk di dalamnya peraturan perundangan, program, tunjangan

     Kepuasan Terhadap Aktiviti Khidmat Masyarakat 

  • 8/18/2019 3 Roslina Ahmad Faisal

    4/20

     Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    40

    dan pelayanan yang menjamin atau memperkuat pelayanan untuk

    memenuhi keperluan sosial yang didasari dari masyarakat serta menjaga

    ketenteraman dalam masyarakat”.Akhir sekali, menurut Pre-conference

    working committee for the XVth International Conference of Social

    Welfare menyatakan bahawa “Kesejahteraan sosial adalah keseluruhan

    usaha sosial yang terorganisasi dan mempunyai tujuan utama untuk

    meningkatkan taraf hidup mayarakat berdasarkan kontek sosialnya.

    Di dalamnya tercakup kebijakan dan pelayanan yang terkait dengan

     berbagai kehidupan dalam masyarakat seperti pendapatan, jaminan

    sosial, kesihatan, perumahan pendidikan, rekreasi, tradisi budaya, dan

    sebagainya”.

    KERANGKA KONSEPTUAL KESEJAHTERAAN SOSIAL

    Konsep kesejahteraan sosial dapat diinterpretasikan seperti model yang

    diambil daripada barat iaitu daripada jurnal The Measurement Of Social

    Well Being seperti Rajah 1.

    Rajah 1: Kerangka Konsep Kesejahteraan Sosial James S. Larson

    (Jurnal The Measurement Of Social Well Being )

     Roslina Ahmad Faisal, Salleh Amat & Noriah Mohd. Ishak 

     KESEJAHTERAAN SOSIAL

    SOKONGAN SOSIALPENYESUAIAN SOSIAL

    Kepuasan

    Dalam

    Perhubunga

    Prestasi

    Peranan

    Sosial

    Penyesuaian

    Persekitaran

    Bilangan

    Jaringan

    Kepuasan

    Dengan

    Kontekn

  • 8/18/2019 3 Roslina Ahmad Faisal

    5/20

     Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    41

    Konsep kesejahteraan sosial dibahagikan kepada dua bahagian

    iaitu penyesuaian sosial dan sokongan sosial. Penyesuaian dapat

    dibahagikan kepada tiga faktor iaitu kepuasan dalam perhubungan,

     prestasi peranan sosial dan penyesuaian persekitaran. Sokongan sosial

     pula mengandungi dua faktor utama iaitu bilangan jaringan dan kepuasan

    dengan konteks.Jadi, tujuh faktor inilah yang dijadikan panduan oleh

     pengkaji bagi membina instrumen kajian.

    PERSOALAN KAJIAN

    Persoalan kajian dalam penyelidikan ini adalah untuk mengetahui:

    1. Apakah tahap kepuasan di kalangan para pelajar yang mengambil

    kursus Khidmat Masyarakat di Universiti Kebangsaan Malaysia.

    2. Adakah wujud perbezaan tahap kepuasan kalangan para pelajar

    yang mengikuti kursus Khidmat Masyarakat di Universiti

    Kebangsaan Malaysia berdasarkan jantina.

    3. Apakah tahap kesejahteraan sosial di kalangan para pelajar yang

    mengambil kursus Khidmat Masyarakat di Universiti Kebangsaan

    Malaysia.

    4. Adakah wujud perbezaan tahap kesejahteraan sosial dalam

    kalangan para pelajar yang mengikuti kursus Khidmat Masyarakat

    di Universiti Kebangsaan Malaysia berdasarkan jantina.

    5. Adakah wujud hubungan antara tahap kesejahteraan sosial dengan

    tahap kepuasan pelajar terhadap aktiviti kokurikulum Khidmat

    Masyarakat di Universiti Kebangsaan Malaysia.

    KAEDAH KAJIAN

    Lokasi Kajian

    Kajian ini dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia di kampus

    Kuala Lumpur.

     Kepuasan Terhadap Aktiviti Khidmat Masyarakat 

  • 8/18/2019 3 Roslina Ahmad Faisal

    6/20

     Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    42

    Populasi

    Subjek kajian adalah terdiri daripada 119orang di kalangan pelajar

    lelaki dan perempuan yang belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia

    di kampus Kuala Lumpur.Pelajar yang terpilih merupakan pelajar-

     pelajar yang sedang menuntut di tahun satu.Pemilihan sampel adalah

    menggunakan persampelan rawak mudah kerana populasi sampel tidak

    seragam dan teknik dapat mengurangkan ralat persampelan.

    Instrumen Kajian

    Instrumen kajian yang digunakan adalah gabungan daripada tiga

    instrumen iaitu instrumen kajian Kesejahteraan Psikologikal,

    Kesejahteraan Sosial dan kepuasan terhadap Aktiviti Kokurikulum.

     pengkaji hanya menggunakan dua daripada instrumen kajian iaitu

    instrumen Kesejahteraan Sosial dan instrumen Kepuasan Terhadap

    Aktiviti Kokurikulum. Instrumen Kesejahteraan Psikologikal pula

    digunakan oleh rakan pengkaji dalam penyelidikan yang lain. Instrumen

    ini telah dibina sendiri oleh pengkaji bersama rakan penyelidik yang

    seorang lagi.

    Soal Selidik 

    Penyelidik menggunakan soal selidik sebagai alat kajian untuk

    mengumpul maklumat mengenai latar belakang sampel kajian serta

    menjawab domain-domain soalan yang berkaitan dengan kajian ini.

    Rasionalnya penyelidik menggunakan set soal selidik ini adalah

     berasaskan kepada pendapat Mohd Majid Konting (1993) yang

     berpendapat bahawa soal selidik digunapakai untuk mendapatkan

    maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak

    dan sebagainya. Tuckman (1985), menyatakan soal selidik merupakan

    satu cara berkesan untuk mendapatkan maklumat daripada responden

    selain daripada pemerhatian terhadap tingkahlaku. Isaac dan Michael

    dalam Ghazali (2002) juga mengutarakan idea yang hampir sama iaitu

    soal selidik digunakan untuk memperolehi maklumat mengenai fakta,kepercayaan, perasaan dan sebagainya

     Roslina Ahmad Faisal, Salleh Amat & Noriah Mohd. Ishak 

  • 8/18/2019 3 Roslina Ahmad Faisal

    7/20

     Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    43

    Penyelidik telah menggunakan Iventori Kesejahteraan

    Psikologikal, Sosial dan Kepuasan Terhadap Aktiviti Kokurikulum.

    Dalam kajian ini, terdapat dua sub-domain yang digunakan oleh pengkaji

    iaitu domain Kesejahteraan Sosial dan domain Kepuasan Terhadap

    Aktiviti Kokurikulum. Sub domain yang pertama mengandungi 50 item

    soalan manakala sub domain yang kedua mengandungi 20 item soalan.

    Kesahan dan kebolehpercayaan bagi sub domain yang pertama iaitu

    domain Kesejahteraan Sosial iaitu dari segi analisis reabiliti 50 item

    yang ada ialah alpa 0.9205 dan kesahan bagi sub- domain yang kedua

    iaitu Kepuasan Terhadap Aktiviti Kokurikulum ialah alpa 0.9545. Jadi,

    menurut tafsiran nilai Cronbach bagi pekali-pekali korelasi alpa, kedua-dua instrumen ini mempunyai kebolehpercayaan yang sangat baik.

    Analisis Data

    Data-data yang diperolehi akan dianalisis berdasarkan tujuan,

     persoalan dan hipotesis kajian. Data-data yang diperolehi dianalisis

    menggunakan perisian komputer. Program yang digunakan ialah

    Stastistical Package For Social Science (SPSS/PC) (Norusis & SPSSIns. 1993). Penganalisisan data berstatistik menggunakan perisisan

     pengaturcaraan SPSS dapat menghasilkan pengiraan yang tepat dan

    kerana itu bebas daripada ralat (Mohd Majid Konting, 1990).Data yang

    diperolehi ditunjukkan adalah menggunakan jadual dan rajah.Hal ini

     bagi memudahkan pemahaman mengenai kajian ini.Keputusan analisis

    deskriptif dan inferensi ini diterangkan dengan mendalam dan secara

    terperinci berdasarkan jadual yang ditunjukkan. Bagi analisis tahap

    kepuasan pelajar terhadap aktiviti Khidmat Masyarakat dan tahap

    kesejahteraan sosial pelajar, dapatan data dibahagikan kepada tahaprendah, sederhana dan tinggi. Tahap rendah adalah bagi skala jawapan

    (0 sehingga 2), tahap sederhana (3), dan tahap tinggi ialah skala jawapan

    (4 - 5).Jadi, setelah melihat bilangan skala jawapan yang diperolehi,

    data dianalisis menggunakan kaedah peratusan bagi menunjukkan

    ketiga-tiga tahap yang dicapai dalam kajian ini.

    Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

    Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen amat penting bagi

    mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada

     Kepuasan Terhadap Aktiviti Khidmat Masyarakat 

  • 8/18/2019 3 Roslina Ahmad Faisal

    8/20

     Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    44

    kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan

    instrumen maka semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi

    menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti.

    Kesahan didefinisikan sebagai ketepatan (appropriateness),

    kebenaran (truthfulness),bermakna (meaningfulness) dan kebolehgunaan

    (usefulness) instrumen yang membolehkan data-data diinferenkan.

    Kesahan juga bermaksud persetujuan antara dua percubaan untuk

    mengukur trait yang sama secara maksimum dengan kaedah yang

     berlainan. Pentafsiran pekali kebolehpercayaan yang boleh diterima

    mengikut pengamal penyelidikan dalam sains sosial ialah lebih daripada

    = .60. Dengan menggugurkan butiran-butiran yang merendahkan

     pekali tersebut (dalam membina dan petunjuk item), penyelidik boleh

    meningkatkan nilai reliabiliti terhadap alat ukur. Mengikut Mohd Majid

    Konting (1993) tahap = 0.71 – 0.99 adalah tahap yang terbaik

    (71% - 99%) kebolehpercayaan item oleh sampel.

    DAPATAN KAJIAN

    Jadual 1: Bilangan dan peratusan Tahap Kepuasan Terhadap Aktiviti

    Khidmat Masyarakat Mengikut Kategori Rendah, Sederhana dan

    Tinggi

    Tahap kepuasan Bilangan Peratusan (%)

    Rendah 8 6.7

    Sederhana 66 55.5Tinggi 45 37.8

    Jumlah 119 100

     Roslina Ahmad Faisal, Salleh Amat & Noriah Mohd. Ishak 

  • 8/18/2019 3 Roslina Ahmad Faisal

    9/20

     Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    45

    Carta 1:Peratusan Tahap Kepuasan Terhadap Aktiviti Khidmat

    Masyarakat Mengikut Kategori Rendah, Sederhana dan Tinggi

    Jadual 1 dan Carta 1 di atas merupakan hasil analisis mengenai

    tahap kepuasanpelajar terhadap aktiviti Khidmat Masyarakat. Didapati

    tahap kepuasan pelajar Khidmat Masyarakat adalah pada tahap sederhana

    dengan bilangan peratus yang paling tinggi iaitu 55.5 peratus.

    Jadual 2:Ujian –t Menunjukkan Perbezaan Tahap Kepuasan Dalam

    Kalangan Pelajar Mengikut Jantina

    TKTAKM N M SD t df P

    Lelaki 33 3.6576 .62238 -1.386 115 0.168perempuan 84 3.8321 .60920

     Jadual 2 menunjukkan hasil analisis ujian –t perbezaan tahap

    kepuasan dalam kalangan pelajar mengikut jantina. Didapati tiada

     perbezaan tahap kepuasan dalam kalangan pelajar mengikut jantina

    apabila (t=-.1.386, p >.05).

     Kepuasan Terhadap Aktiviti Khidmat Masyarakat 

  • 8/18/2019 3 Roslina Ahmad Faisal

    10/20

     Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    46

    Jadual 3:Bilangan Dan Peratusan Tahap Kesejahteraan sosial Dalam

    Kalangan Pelajar Yang Mengikuti Kursus Khidmat Masyarakat

    Kategori Rendah, Sederhana dan Tinggi

    Tahap kepuasan Bilangan Peratusan (%)

    Rendah 2 1.7

    Sederhana 73 61.3

    Tinggi 44 37.0

    Jumlah 119 100

    Carta 2:Peratusan Tahap Kesejahteraan Sosial Dalam Kalangan

    Pelajar Aktiviti Khidmat Masyarakat Mengikut Kategori Rendah,

    Sederhana dan Tinggi

     Jadual 3 dan Carta 2 merupakan hasil analisis mengenai tahap

    ksejahteraan sosial pelajar Khidmat Masyarakat. Didapati tahap

    kepuasan pelajar Khidmat Masyarakat adalah pada tahap sederhana

    dengan bilangan peratus yang paling tinggi iaitu 61.3 peratus.

     Roslina Ahmad Faisal, Salleh Amat & Noriah Mohd. Ishak 

  • 8/18/2019 3 Roslina Ahmad Faisal

    11/20

     Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    47

    Jadual 4: Ujian-t Menunjukkan perbezaan tahap kesejahteraan sosial

    dalam kalangan para pelajar yang mengikuti kursus

    Khidmat Masyarakat

    TKS N M SD t df P

    Lelaki 33 3.8988 0.38665 0.116 115 0.908

    perempuan 84 3.8886 0.44226

     

    Jadual 4 merupakan hasil Ujian-t yang menunjukkan perbezaan tahap

    kesejahteraan sosial dalam kalangan para pelajar yang mengikuti kur-sus Khidmat Masyarakat. Di dapati bahawa (t=0.116, df=115, p >0.05).

    Oleh itu, Hipotesis nul 2 diterima di mana tidak wujud perbezaan yang

    signifikan antara tahap kesejahteraan sosial dalam kalangan pelajar

    yang mengikuti kursus Khidmat Masyarakat mengikut jantina.

    Jadual 5:Hasil Korelasi Bagi Dua Pembolehubah iaitu Tahap

    kesejahteraan Sosial Dengan Tahap Kepuasan Terhadap

    Aktiviti Kokurikulum Khidmat Masyarakat

    TKDAKM

    TKS

    Pearson Correlation 0.680(**)

    Sig. (2-hujung) 0.000

    N 119

    Berdasarkan Jadual 5 hasil ujian pekali korelasi Pearsonmenunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifkan antara

    tahap kesejahteraan kesejahteraan sosial dengan tahap kepuasan

    pelajar terhadap aktiviti Khidmat Masyarakat di Universiti

    Kebangsaan Malaysia iaitu (r=0.680, p

  • 8/18/2019 3 Roslina Ahmad Faisal

    12/20

     Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    48

    PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

    1. Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Aktiviti Khidmat

    Masyarakat

    Berdasarkan analisis yang dibuat dapatlah dirumuskan bahawa

    kebanyakan pelajar mendapat kepuasan pada tahap sederhana sahaja.

     Namun begitu, masih terdapat pelajar yang mendapat kepuasan terhadap

    aktiviti Khidmat Masyarakat pada tahap tinggi. Analisis bagi menguji

    tahap kepuasan ini dilakukan menggunakan analisis deskriptif iaitu min,

     peratusan, dan kekerapan. Hasil kajian menunjukkan sedikit persamaan

    dengan kajian Mohd Lotpi pada tahun 1997 dari segi perbezaan tahap

    kajian yang dikaji iaitu mengenai aktiviti kokurikulum. Dapatan kajian

    yang diperolehi oleh Lotpi menyatakan bahawa terdapat perbezaan

    tahap penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dengan peribadi pelajar.

    Terdapat perbezaan tahap peribadi pelajar kumpulan tak aktif, aktif

    dan sangat aktif manakala pengkaji menyatakannya dari segi rendah,

    sederhana dan tinggi.

    Kajian ini selaras dengan kajian Ramli (1999) yang mengkajitahap penglibatan kokurikulum pelajar. Walaupun beliau mendapati

     persepsi dan sikap yang positif terhadap aktiviti kokurikulum, namun

    ianya hanya pada tahap sederhana.

    Selain itu, tahap kepuasan para pelajar Khidmat Masyarakat

    adalah pada tahap sederhana kerana masalah yang timbul seperti masa,

    kemudahan, kos, perbelanjaan, respon ibu bapa, pelajar, guru, insentif,

     pentadbiran dan peralatan menjadi penghalang kepada tanggapan

     posistif terhadap aktiviti kokurikulum. Pendapat pengkaji sama dengan pendapat Mat Aris (1994) dalam kajiannya mengenai tanggapan

    terhadap aktiviti sukan. Dapatan kajian Mat Aris mengenai tanggapan

     para pelajar tentang aktiviti sukan adalah tidak memuaskan iaitu pada

    tahap sederhana sahaja.

    2. Perbezaan Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Aktiviti

    Khidmat Masyarakat Berdasarkan Jantina.

    Bagi perbezaan tahap kepuasan pelajar terhadap aktiviti Khidmat

    Masyarakat berdasarkan jantina pula, dapat disimpulkan bahawa

     Roslina Ahmad Faisal, Salleh Amat & Noriah Mohd. Ishak 

  • 8/18/2019 3 Roslina Ahmad Faisal

    13/20

     Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    49

     pengkaji perlu menerima hipotesis nul yang telah dibina di mana hasil

    kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan tahap kepuasan

     pelajar terhadap aktiviti Khidmat Masyarakat berdasarkan jantina.

    Perkara ini dibuktikan merujuk kepada andaian apabila menggunakan

    ujian-t iaitu apabila nilai p>0.05, maka hipotesis nul diterima.

    Kajian yang dilakukan oleh pengkaji lebih selaras dengan kajian

    Zulkifli (1997) apabila membandingkan beberapa pembolehubah dalam

    kajian aktiviti kokurikulum. Bezanya apabila kajian Zulkifli mengkaji

    tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum berdasarkan faktor

    saiz, kemudahan, bilangan guru, dan pentadbiran sekolah manakala

    kajian pengkaji adalah mengenai tahap kepuasan pelajar terhadap

    aktiviti kokurikulum berdasarkan jantina.

    3. Tahap Kesejahteraan Sosial Dalam Kalangan Pelajar

    Khidmat Masyarakat

    Kajian yang menguji tahap kesejahteraan sosial ini menggunakan

    analisis deskriptif iaitu min, peratusan, dan kekerapan. Dapatan

    membuktikan bahawa para pelajar mempunyai tahap kesejahteraansosial yang sederhana sahaja. Para pelajar yang cemerlang bukan hanya

    diukur dari segi akademik tetapi juga tahap kesejahteraan sosial yang

    tinggi. Kajian Lim Yen Yun (1991) mempunyai pendapat yang sama

    dengan pengkaji. Beliau menyatakan bahawa pelajar yang cemerlang

    adalah pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi

     juga dari segi aspek kecergasan fizikal dan kemahiran sosial. Oleh itu,

     pendedahan mengenai kepentingan aspek kesejahteraan sosial amat

     penting melalui penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum.Selain itu, pembangunan kesejahteraan sosial amat penting

    melalui penglibatan para pelajar dalam aktiviti kokurikulum kerana

    ianya dapat membentuk sahsiah diri pelajar yang tinggi. Adnan (1988)

     juga menyatakan perkara yang sama iaitu aktiviti kokurikulum perlu

    dilaksanakan bagi mengatasi masalah gejala sosial yang makin

    meruncing di kalangan para pelajar hari ini. Beliau berpendapat bahawa

    aktiviti kokurikulum dapat mengisi masa lapang pelajar.

    Pandangan ini disokong oleh kajian Coakley,(1998) dan Salman(1997) yang menyatakan bahawa faktor yang menggalakkan penyertaan

     pelajar dalam aktviti kokurikulum ialah budaya, kesihatan, psikologi dan

     Kepuasan Terhadap Aktiviti Khidmat Masyarakat 

  • 8/18/2019 3 Roslina Ahmad Faisal

    14/20

     Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    50

    sosial. Hasil kajian ini menyokong pandangan kajian-kajian yang lepas

    ini. Berlakunya keadaan ini penyertaan yang tinggi oleh pelajar dalam

    sesuatu aktiviti kokurikulum bergantung kepada tahap pendedahan

    fakta bahawa pelajar akan mendapat tahap kesejahteraan sosial tinggi

    apabila melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.

    4. Perbezaan Tahap Kesejahteraan Sosial Berdasarkan

    Jantina

    Kajian ini juga menerima hipotesis nul 2 yang dibina iaitu tidak

    terdapat perbezaan tahap kesejahteraan sosial dalam kalangan pelajar

    Khidmat Masyarakat mengikut jantina. Keadaan ini terjadi kerana nilai

     p adalah lebih besar dari aras signifikan yang telah ditetapkan iaitu

    0.05. Dapatan Kajian ini berbeza dengan dapatan kajian Crawford et al

    (1987). Kajian Crawford mendapati pelajar perempuan yang menyertai

    aktiviti kokurikulum mempunyai faktor interpersonal yang lebih tinggi

     berbanding dengan pelajar lelaki. Perbezaan kajian ini dengan kajian

    Crawford ialah kajian ini terhadap tahap kesejahteraan sosial pelajar

    adalah tidak berbeza dari segi faktor jantina.Selain itu, kajian ini selari dengan kajian Zulkifli (1997) apabila

    membandingkan beberapa pembolehubah dalam kajian aktiviti

    kokurikulum. Bezanya apabila kajian Zulkifli mengkaji tahap

     penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum berdasarkan faktor saiz,

    kemudahan, bilangan guru, dan pentadbiran sekolah manakala kajian

    ini adalah mengenai tahap kesejahteraan sosial pelajar terhadap aktiviti

    kokurikulum berdasarkan jantina.

    5. Hubungan Antara Faktor Kesejahteraan Sosial Dengan

    Kepuasan Pelajar Terhadap Aktiviti Khidmat Masyarakat

    Dapatan kajian ini juga adalah selaras dengan kajian Mashitah (1995)

    dan Yusuf (1983) iaitu menolak hipotesis nul yang dibuat. Namun

    ianya berbeza dari segi pemboleh ubah yang dikaji. Kajian Mashitah

    mendapati bahawa wujud perhubungan yang positif di antara tahap

     penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan daya kepimpinan pelajar manakala kajian Yusuf menunjukkan bahawa wujud hubungan

     Roslina Ahmad Faisal, Salleh Amat & Noriah Mohd. Ishak 

  • 8/18/2019 3 Roslina Ahmad Faisal

    15/20

     Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    51

    antara penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dengan prestasi

    akademik.

    Selain itu, kajian Mohd Lotpi (1995), Mohd Zuki (1994), dan

    Hamidah (1999) adalah selari dengan kajian ini yang mengkaji

    mengenai hubungan pembolehubah kajian. Kajian Mohd Lopti

    mendapati bahawa wujud perhubungan di antara tahap penglibatan

     pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan peribadi pelajar. Mohd zuki

     pula menyatakan bahawa GERKO (Gerakan Kokurikulum) mempunyai

    hubungan dengan pembentukan personaliti pelajar dan kajian Hamidah

    mendapati bahawa aktiviti kokurikulum mempunyai hubungan dengan

    mata pelajaran kurikulum.

    Implikasi Kajian

    Berdasarkan keputusan analisis kajian ini, dapat dilihat bahawa para

     pelajar yang mengikuti kursus Khidmat Masyarakat masih tidak

    mendapat kepuasan sepenuhnya setelah mengikuti program ini. Hal ini

    menunjukkan bahawa para pelajar masih belum mendapat faedah yang

    mereka inginkan apabila mereka mengikuti program ini.Kelemahan

    dari segi perancangan serta penstrukturan program perlu dilakukan

    dengan lebih rapi lagi agar mereka yang menyertai program ini

    mendapat kepuasan yang maksima.Pihak pentadbiran universiti perlu

    sedar tentang keperluan kursus ini terutama mengambil kira tentang

    keperluan pelajar ketika mengikuti kursus ini.

    Selain itu, bagi pembangunan kesejahteraan sosial pula,

    dapatlah disimpulkan bahawa kebanyakan pelajar masih tidak sedar

    akan kewujudannya kesan daripada penglibatan mereka dalam aktivitikokurikulum di universiti. Oleh itu, hasil kajian ini diharap dapat

    membantu pelbagai pihak terutama pihak universiti iaitu bahagian

    kokurikulum dan tenaga pengajar membuat perancangan yang lebih

    sistematik agar kesan daripada program kokurikulum yang ditawarkan

    kepada para pelajar universiti akan mendapat kepuasan yang

    semaksimum mungkin terutama dari segi pembangunan kesejahteraan

    sosial pelajar.

     Kepuasan Terhadap Aktiviti Khidmat Masyarakat 

  • 8/18/2019 3 Roslina Ahmad Faisal

    16/20

     Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    52

    Cadangan Kajian

    Hasil daripada dapatan kajian ini, beberapa tindakan perlu diambil

    khasnya oleh pihak universiti terutama bahagian kokurikulum pelajar,

    tenaga pengajar dan ibu bapa untuk mempertingkat dan mempergiat

     penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum.

    1. Cadangan Kepada Pihak Pentadbiran Universiti

    Memandangkan hasil daripada dapatan kajian menunjukkan bahawa para pelajar kurang mendapat kepuasan daripada penglibatan mereka dalam

    aktiviti kokurikulum seterusnya pembangunan kesejahteraan sosial di

    kalangan para pelajar.Maka beberapa cadangan dikemukakan khusus

    untuk pihak pentadbiran universiti dengan harapan untuk mempertingkat

     pengurusan aktiviti kokurikulum di Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Kejayaan kegiatan kokurikulum memerlukan perancangan yang

    teliti dan teratur daripada semua pihak yang berkaitan. Oleh yang

    demikian adalah dicadangkan supaya pihak pengurusan universiti

    yang dipertanggungjawab untuk mengurus kegiatan ini dapat mengatur

    strategi pelaksanaan serta pengurusan yang berkesan agar kegiatan ini

     berjalan dengan berkesan sepanjang masa.

    Selain itu, pemilihan tenaga pengajar yang berkebolehan dan

     berminat melaksanakan dan menjadi pengurus kegiatan kokurikulum

     perlu dilakukan dengan teliti sebelum seorang dilantik untuk

    memegang jawatan dalam satu-satu aktiviti kokurikulum. Ini adalah

    kerana kemahiran dan kebolehan seseorang tenaga pengajar dalam

    melaksanakan kegiatan kokurikulum akan mempengaruhi minatseterusnya penglibatan pelajar dalam aktiviti tersebut. Oleh yang

    demikian adalah dicadangkan juga tenaga pengajar diberi pendedahan,

    kursus dan sebagainya dalam bidang yang berkaitan agar mereka

    mempunyai kemahiran yang tinggi dalam sesuatu bidang yang diceburi.

    Kemahiran yang dimiliki akan menambah keberkesanan pelaksanaan

    dalam perjalanan kegiatan kokurikulum di universiti.

    Perancangan jangka panjang dan berterusan memainkan peranan

    yang penting dalam menentukan perjalanan kegiatan kokurikulum berjalan lancar dan berkesan.Di samping itu, aktiviti yang dijalankan

     Roslina Ahmad Faisal, Salleh Amat & Noriah Mohd. Ishak 

  • 8/18/2019 3 Roslina Ahmad Faisal

    17/20

     Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    53

    dalam sesuatu kegiatan dapat memenuhi keperluan dan minat pelajar.

    Oleh itu, dicadangkan agar pihak universiti merancang semua aktiviti

    kokurikulum dengan teliti menggunakan pendekatan tertentu seperti

    Pengurusan Strategik, dan Sistem Pengurusan Berkualiti Berasaskan

    ISO dan sebagainya.

    Kemudahan dan kelengkapan yang mencukupi untuk pelajar

    mengikuti aktiviti kokurikulum yang dijalankan di universiti juga akan

    mempengaruhi minat mereka. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab

     pihak universiti untuk menyediakan kemudahan dan kelengkapan yang

    mencukupi untuk pelajar-pelajar mengikuti aktiviti kokurikulum.

    2. Cadangan Kepada Guru

    Tenaga pengajar merupakan individu yang berperanan membimbing

     pelajar seharusnya dapat membimbing pelajar memahami betapa

     pentingnya aktiviti kokurikulum terhadap diri mereka.Tenaga pengajar

     berperanan memimpin dan membimbing pelajar menjadi insan yang

    seimbang selaras dengan matlamat pendidikan kebangsaan. Oleh itu,

    tenaga pengajar mestilah mempertingkat usaha mereka bagi menarik

    minat dan seterusnya mencungkil bakat yang terpendam dalam

    diri pelajar. Tenaga pengajar juga harus sentiasa berusaha meraih

     pengetahuan mereka dalam bidang yang berkaitan.

     3. Cadangan Kepada Ibu Bapa

    Peranan ibu bapa tidak kurang pentingnya.Ada segelintir ibu bapa yang

    tidak menggalakkan anak mereka terlibat dalam aktiviti kokurikulum.

    Ibu bapa sewajarnya berperanan memberi galakan dan menyediakan

    kemudahan kepada anak mereka untuk melibatkan diri dalam bidang ini.

    Tidak ramai ibu bapa atau penjaga yang menyediakan kemudahan untuk

     pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum serta membenarkan

     pelajar menyertai aktiviti kokurikulum yang dijalankan di universiti.

    Ini jelas menunjukkan bahawa ibu bapa atau penjaga pelajar tidak

    menyedari akan kepentingan penglibatan anak mereka dalam aktiviti

    kokurikulum.

     Kepuasan Terhadap Aktiviti Khidmat Masyarakat 

  • 8/18/2019 3 Roslina Ahmad Faisal

    18/20

     Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    54

    Cadangan Kajian Lanjutan

    Kajian yang dijalankan ini hanya memfokuskan kepadaresponden

    secara rawak terhadap pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia

    yang mengambil kursus Khidmat Masyarakat. Diharapkan kajian yang

    dilaksanakan pada masa akan datang dapat melibatkan populasi yang

    lebih besar bagi memberi gambaran yang lebih jelas dan menyeluruh.

    Kajian persepsi tenaga pengajar terhadap aktiviti kokurikulum juga

     perlu dijalankan. Hal ini kerana tenaga pengajar merupakan sumber

    tenaga yang menjalankan sesuatu program dalam sesebuah institusi

    yang memainkan peranan penting dan seterusnya akan mempengaruhi

     pencapaian kejayaan sesuatu aktiviti.

    Kajian juga perlu dilakukan ke atas ciri-ciri pelaksanaan

     pengurusan aktiviti kokurikulum cemerlang dan cara pelaksanaannya.

    Dijangkakan pengurusan yang cemerlang dapat meningkatkan

     penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Kajian terhadap kesan

    yang diperoleh oleh pelajar daripada aktiviti kokurikulum di universiti

    terutama pembangunan kesejahteraan sosial perlu diperbanyakkan lagi.

    Ini kerana daripada kesan tersebut kemungkinan satu strategi untukmeningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat

    dirancangkan dengan lebih sistematik.

    RUJUKAN

    Adnan Khamis. 1988. Nilai-Nilai Murni Dalam Aktiviti Kokurikulum

    Pergerakan Ke Arah Menghasilkan Insan Yang Mantap LagiSeimbang Mengikut Falsafah KBSM-Fokus Pergerakan Pengakap

    Sekolah. Seminar Nilai-nilai murni Merentas Kokurikulum

     Bersepadu Sekolah Menengah. Bangi: Universiti Kebangsaan

    Malaysia.

    Coakley, J. J. 1998. Sport In Society: Issues And Controversies. Boston,

    MA: Irwin Mc Graw-Hill.

    Ghazali Darusalam. 2003 .Keberkesanan Kursus Diploma Perguruan

    Malaysia [Pengkhususan Pengajian Islam] Di Maktab-Maktab

    Perguruan Malaysia. Tesis Ph.D. Universiti Malaya, Kuala

    Lumpur.

     Roslina Ahmad Faisal, Salleh Amat & Noriah Mohd. Ishak 

  • 8/18/2019 3 Roslina Ahmad Faisal

    19/20

     Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    55

    Ghazali Darusalam.  Jurnal Kesahan Dan Kebolehpercayaan Dalam

     Kajian Kuantitatif Dan Kualitatif . Maktab Perguruan Bangi.

    Hamidah Bt Abdul Karim. 1999. Penglibatan Pelajar Islam Dalam

    Kegiatan KokurikulumDan Sumbangannya Ke Arah Pencapaian

    Akademik : Satu Tinjauan Di Sekolah Menengah Subang Jaya,

    Selangor Darul Ehsan. Tesis tidak diterbitkan : Universiti

    Teknologi Malaysia.

    Lim Yen Yen.1991. Remaja Mengabaikan Sukan dlm  Dewan Siswa,

    hlm 19.

    Mashitah Ghazali. 1995. Kegiatan kokurikulum di sekolah membantu

    membina daya kepimpinan di kalangan pelajar menengah atasKolej Sultan Abdul Hamid. Tesis tidak diterbitkan : Universiti

    Utara Malaysia.

    Mat Aris Abdul Hadi. 1994.Tanggapan pelajar dan guru terhadap

    kegiatan sukan di Sekolah Menengah Vokasional (Lembah

    Kelang). Tesis tidak diterbitkan : Universiti Teknologi Malaysia.

    Mohd Lotpi Razali. 1997.Kesan aktiviti kokurikulum ke atas peribadi

     pelajar (Satu kajian di sekolah menengah Daerah Larut, Matang

    dan Selama, Perak). Tesis tidak diterbitkan : Universiti UtaraMalaysia.

    Mohd Majid Konting. 1990.  Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala

    Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

     Norusis, M. J., & SPSS Ins. 1993. SPSS for windows: Base system

    user’s guide. Chicago :SPSS Ins.Philips, J. C. (1993) Sociology

    of sport. Massachusetts: A Division of Simon & Schuster, Inc.

    Ramli Ishak. 1999. Persepsi Dan Sikap Pelajar-Pelajar Tingkatan

    Empat Di Sekolah Menengah Batu Lima, Gurun, Kedah TerhadapKegiatan Kokurikulum : Satu Tinjauan.Tesis tidak diterbitkan :

    Universiti Teknologi Malaysia.

    Salman, N. W. 1997. Sports In Malaysia : Opportunities And Barriers

    For Women. Unpublished Master’s Thesis, Leed Metropolitan

    University.

    Sheridan J. Coakes. 1999.  SPSS Analysis Without Anguish.Wiley &

    Sons Ltd. Australia.

    Siti Hajar Bt Ismail. 2000. Satu Kajian Mengenai Hubungan PengurusanDengan Pencapaian Dalam Bidang Kokurikulum. Tesis tidak

    diterbitkan : Universiti Utara Malaysia .

     Kepuasan Terhadap Aktiviti Khidmat Masyarakat 

  • 8/18/2019 3 Roslina Ahmad Faisal

    20/20

     Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

    56

    Tuckman Bruce W. 1985. Evaluating Instructional Program .Ed. Ke-2.

    Boston :Allyn and Bacon.

    Wee Eng Hoe. 1994. Organisasi Dan Pentadbiran Sukan Dan

     Pendidikan Jasmani. KualaLumpur : Fajar Bakti.

    Wee Eng Hoe 1996.Gerak kerja kokurikulum (sukan).Selangor  : Fajar

    Bakti Sdn Bhd.

    Wiersma W. 2000. Research In Education : An Introduction. Boston :

    Allyn and Bacon.

    Yusof Man. 1983. Sejauh Manakah Penglibatan Murid-Murid Dalam

    Gerak Kerja Kokurikulum Di Sekolah Mempengaruhi Pencapaian

    Akademik. Tesis Bacelor Pendidikan : Universiti Putra Malaysia.

    Zulkafli Mansor. 1997. Hubungan antara faktor sekolah dengan

     penglibatan kokurikulum di kalangan pelajar. Tesis tidak

    diterbitkan : Universiti Utara Malaysia

    Roslina Ahmad Faisal (Puan)

    Pusat PERMATApintar Negara

    Universiti Kebangsaan Malaysia,43600 UKM Bangi Selangor, Malaysia.

    Email: [email protected]

    Salleh Amat (Dr.)

    Timb. Pengarah, Pusat Pembangunan Akademik,

    Universiti Kebangsaan Malaysia,

    43600 UKM Bangi Selangor, Malaysia.

    Email: [email protected]

     Noriah Ishak (Prof. Madya Dr.)

    Pengarah

    Pusat PERMATApintar, Negara

    Universiti Kebangsaan Malaysia,

    43600 UKM Bangi Selangor, Malaysia.

    E-mel: [email protected]

     Roslina Ahmad Faisal, Salleh Amat & Noriah Mohd. Ishak