issn : 1675-990 bilangan 2|2006| …library.uitm.edu.my/v1/images/stories/infopintar/2006bil2... ·...

8
ISSN : 1675-990 BILANGAN 2|2006| http://www.uitm.edu.my/ptar/ LibFe 2006 ISO 9001:2000 PTAR P erpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA dengan jayanya telah men- ganjurkan konferensi bermula pada 25 dan 26 April 2006 yang lalu. P enganjuran konferensi ini adalah bersempena dengan sambutan ulangtahun ke 50 UiTM pada 2006 yang bertemakan “Libraries For The Future : Towards World Class Aca- demic Libraries (LibFe 2006)”. K onferensi ini adalah kali kedua yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak. Konferensi antarabangsa yang per- tama telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Fakulti Pengajian Maklumat dan Syarikat Access Dunia pada 25-26 Jun 2002 bertempat di Hotel J.W. Marriott, Kuala Lumpur. Tujuan penganjuran konferensi ini adalah untuk menemukan Pustakawan Akademik dan pembentang ker- taskerja bagi sama-sama mencari idea, pengalaman, memahami dan membuat penambahbaikan ke atas semua aspek pengurusan dan perkh- idmatan perpustakaan akademik. Penganjuran konferensi ini dianjurkan bersempena dengan sambutan ulang- tahun ke 50 UiTM dengan objektif : Untuk berkongsi pengala- man, mengenalpasti isu-isu dan cabaran di dalam bidang perkh- idmatan maklumat ke arah per- pustakaan akademik bertaraf dunia. Untuk mempromosikan ama- lan terbaik dan mengenalpasti kae- dah pendekatan yang perlu di- gunapakai dalam menguruskan perpustakaan akademik yang ber- bentuk “knowledge-based world”. Untuk mempertingkatkan jar- ingan dan perhubungan di kalan- gan professional maklumat di per- ingkat nasional dan antarabangsa Jumlah keseluruhan peser- ta yang menyertai konferensi ini adalah seramai 196 orang. Mereka terdiri daripada Pustakawan akademik, profesion- al Maklumat, pembekal perkhid- matan maklumat, pentadbir, pe- runding, pakar pendidikan, ahli teknologi, penerbit, dan para pelajar. oleh Roslina Mohd Ali Maklumat InfoPinTAR Info PinTAR merupakan buletin rasmi Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi MARA. Buletin ini diterbitkan tiga kali setahun bertujuan menjadi perantara warga PTAR dengan seluruh pelangannya. Penerbitan buletin ini diharap akan menjadi satu alat dalam mempro- mosikan perkhidmatan perpustakaan kepada pelanggan dalaman dan luaran. Info PinTAR mengalu-alukan sumbangan artikel ilmiah dari warga PTAR dan seluruh cawangannya. Pihak InfoPinTAR tidak bertang- gungjawab di atas semua pendapat penulis. Menarik di dalam : Dari Meja Ketua Pustakawan - mukasurat 2 Fokus Bulan Ini Bahagian Perkhidmatan Maklumat - mukasurat 3 Pameran Pak Lah Perjalanan Seorang Pemimpin - mukasurat 3 Team Building PTAR - mukasurat 4 Teknik Pencarian Pangkalan Data “EBSCOHOST” - mukasurat 5 & 6 Berita Bergambar PTAR - mukasurat 7 Conference on Libraries for the Future- Towards World Class Academic Libraries

Upload: vuongnguyet

Post on 06-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISSN : 1675-990 BILANGAN 2|2006| …library.uitm.edu.my/v1/images/stories/infopintar/2006bil2... · oleh Roslina Mohd Ali. ... risalah,direktori, laporan tahunan dan pengkela-san)

ISSN : 1675-990 BILANGAN 2|2006| http://www.uitm.edu.my/ptar/

LibFe 2006 ISO 9001:2000 PTAR

P erpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi

MARA dengan jayanya telah men-ganjurkan konferensi bermula pada 25 dan 26 April 2006 yang lalu.

P enganjuran konferensi ini adalah bersempena dengan sambutan

ulangtahun ke 50 UiTM pada 2006 yang bertemakan “Libraries For The Future : Towards World Class Aca-demic Libraries (LibFe 2006)”.

K onferensi ini adalah kali kedua yang dianjurkan oleh

Perpustakaan Tun Abdul Razak. Konferensi antarabangsa yang per-tama telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Fakulti Pengajian Maklumat dan Syarikat Access Dunia pada 25-26 Jun 2002 bertempat di Hotel J.W. Marriott, Kuala Lumpur.

Tujuan penganjuran konferensi ini adalah untuk menemukan Pustakawan Akademik dan pembentang ker-taskerja bagi sama-sama mencari idea, pengalaman, memahami dan membuat penambahbaikan ke atas semua aspek pengurusan dan perkh-idmatan perpustakaan akademik.

Penganjuran konferensi ini dianjurkan bersempena dengan sambutan ulang-tahun ke 50 UiTM dengan objektif :

• Untuk berkongsi pengala-man, mengenalpasti isu-isu dan cabaran di dalam bidang perkh-idmatan maklumat ke arah per-pustakaan akademik bertaraf dunia.

• Untuk mempromosikan ama-lan terbaik dan mengenalpasti kae-dah pendekatan yang perlu di-gunapakai dalam menguruskan perpustakaan akademik yang ber-bentuk “knowledge-based world”.

• Untuk mempertingkatkan jar-ingan dan perhubungan di kalan-gan professional maklumat di per-ingkat nasional dan antarabangsa

Jumlah keseluruhan peser-ta yang menyertai konferensi ini adalah seramai 196 orang.

Mereka terdiri daripada Pustakawan akademik, profesion-al Maklumat, pembekal perkhid-matan maklumat, pentadbir, pe-runding, pakar pendidikan, ahli teknologi, penerbit, dan para pelajar.

oleh Roslina Mohd Ali

Maklumat InfoPinTAR

Info PinTAR merupakan buletin rasmi Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi MARA.

Buletin ini diterbitkan tiga kali setahun bertujuan menjadi perantara warga PTAR dengan seluruh pelangannya.

Penerbitan buletin ini diharap akan menjadi satu alat dalam mempro-mosikan perkhidmatan perpustakaan kepada pelanggan dalaman dan luaran.

Info PinTAR mengalu-alukan sumbangan artikel ilmiah dari warga PTAR dan seluruh cawangannya. Pihak InfoPinTAR tidak bertang-gungjawab di atas semua pendapat penulis.

Menarik di dalam :

Dari Meja Ketua Pustakawan - mukasurat 2

Fokus Bulan Ini Bahagian Perkhidmatan Maklumat - mukasurat 3

Pameran Pak Lah Perjalanan Seorang Pemimpin - mukasurat 3

Team Building PTAR - mukasurat 4

Teknik Pencarian Pangkalan Data “EBSCOHOST” - mukasurat 5 & 6

Berita Bergambar PTAR - mukasurat 7

Conference on Libraries for the Future-Towards World Class Academic Libraries

Page 2: ISSN : 1675-990 BILANGAN 2|2006| …library.uitm.edu.my/v1/images/stories/infopintar/2006bil2... · oleh Roslina Mohd Ali. ... risalah,direktori, laporan tahunan dan pengkela-san)

DARI MEJA

KETUA PUSTAKAWAN

ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan izin dan limpah kurni-anya dapat kita bertemu dalam Bu-letin Info Pintar bilangan 2/2006.

Bertempat di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam (25 dan 26 April 2006) pihak Pengurusan Perpustakaan Tun Ab-dul Razak (PTAR), Universiti Teknolo-gi MARA telah menganjurkan konfe-rensi buat kali kedua dengan jayanya.

Dikesempatan ini saya ingin merakam-kan setinggi-tinggi rasa penghargaan serta ucapan terima kasih kepada semua

para peserta serta semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan pen-ganjuran konferensi ini. Saya juga meng-harapkan, agar hubungan kerjasama sepanjang konferensi ini akan terus ku-kuh terjalin di masa-masa akan datang.

Tuan-Tuan dan puan-puan yang dihor-mati sekalian,

Saya pasti seluruh warga PTAR telah bersiap sedia dalam mempertingkatkan

lagi pencapaian kerja serta perkhid-matan yang terbaik bagi menerima pe-lajar baru yang akan mendaftar bagi sesi Julai 2006 ini. Selamat Datang diucap-kan kepada para pelajar. Selamat men-empuhi setiap cabaran sebagai maha-siswa yang berwawasan dan berkualiti.

Bagi memastikan perkhidmatan yang diberi dapat memenuhi ekspektasi pelanggan ke tahap yang terbaik, pi-hak PTAR telah melaksanakan pelbagai usaha bagi meningkatkan tahap perkh-idmatan kami termasuklah usaha-usaha persijilan ISO ke seluruh perpustakaan

cawangan yang amat giat dijalankan.

Kami amat mengalu-alukan setiap komen yang diberi

dalam memperbaiki lagi mutu perkhidmatan PTAR dalam memasti-kan keberkesanan perkh-

idmatan berterusan.

Mudah-mudahan pihak PTAR akan terus dapat memuaskan hati pelanggan dan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik .

Syukur

Kami amat mengalu-alu-kan setiap komen yang di-

beri dalam memperbaiki lagi mutu perkhidmatan PTAR dalam memastikan keber-

kesanan perkhidmatan

InfoPinTAR | 2

Page 3: ISSN : 1675-990 BILANGAN 2|2006| …library.uitm.edu.my/v1/images/stories/infopintar/2006bil2... · oleh Roslina Mohd Ali. ... risalah,direktori, laporan tahunan dan pengkela-san)

oleh: Haron Wee Ah

oleh Nurul Diana Jasni

InfoPinTAR | 3

MISI :

Mempertingkatkan perkhidmatan perpustakan melalui sumber dan pengurusan ilmu serta teknologi terkini

bagi menyokong pembelajaran dan penyelidikan dengan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti serta penyedi-aan persekitaran yang selesa dan mesra untuk seluruh warga UiTM. OBJEKTIF :• Menyediakan bantuan rujukan yang setara kepada pihak pengurusan, kakitangan akademik, kakitangan pentadbiran dan pelajar• Mengumpul, menyusun atur dan mengendalikan sumber bahan maklumat yang terdiri daripada bahan bercetak dan bukan bahan bercetak• Mengenalpasti dan mempromosi perkhidmatan maklumat kepada para pengguna sasaran iaitu warga UiTM• Menggunakan kepakaran kakitangan yang terlatih dalam penyebaran bahan maklumat• Memastikan pengguna perpustakaan menerima perkhid-matan yang berkualiti dan konsisten•Menyediakan program pengajaran dan panduan penggu-naan sumber maklumat perpustakaan yang komprehensif.• Mengenalpasti keperluan maklumat pengguna melalui temubual rujukan• Menjadi institusi rujukan utama bagi warga universiti• Menjalinkan kerjasama dengan institusi dan organisasi lain yang berkaitan dalam usaha memperbaiki perkhidmatan• Memberi panduan kepada pengguna terhadap sumber

maklumat yang bersesuaian dan mampu membekalkan maklumat yang diperlukan.

KOLEKSI BAHAN REZEB (KBR) :

- Bahan Bercetak (monograf, peta, kertas peperiksaan, akh-bar, carta, risalah,direktori, laporan tahunan dan pengkela-san)- Bahan Elektronik (CD Buku, Kaset,Pita Video)- Penerbitan Luaran- Penerbitan UiTM

PERKHIDMATAN :- Khidmat Nasihat dan Rujukan- Kelas Kemahiran Maklumat- Program Pendidikan Pengguna- Orientasi Perpustakaan- Pameran Perpustakaan- Galeri PTAR- Taklimat Perpustakaan- Aktiviti Lawatan Perpustakaan- Aktiviti Promosi Perpustakaan- Penerbitan Perpustakaan

Maklumat Lanjut Sila Hubungi :03 - 5544 3746 / 3713

P ameran yang berlangsung dari 15 Mei hingga 15 Jun 2006 ini meru-

pakan pameran yang didedikasikan khas kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersempena dengan sambutan Majlis Konvokesyen UiTM yang ke 63.

Pameran ini diharap akan memboleh-kan para pengunjung mendekati, me-nilai dan memahami Perdana Menteri Malaysia dengan lebih dekat lagi.

Pameran yang dianjurkan oleh Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) ini mempa-merkan maklumat meliputi keratan artikel suratkhabar yang dikumpul se-

jak (Oktober 2005 – Mei 2006) serta karya penulisan mengenai kepimpinan serta pentadbiran beliau sebagai Per-dana Menteri Malaysia yang kelima.

Dengan penganjuran pameran ini, di-harapkan para pengunjung serta sege-nap lapisan warga UiTM dapat menge-nali Perdana Menteri Malaysia kelima ini dengan lebih dekat lagi. Secara tidak langsung, maklumat yang diperolehi dapat menjadi sumber rujukan ke atas kepimpinan negara dan teladan yang berpaksikan gagasan “cemerlang, gemi-lang, terbilang” demi kesejahteraan masa depan agama, bangsa dan tanah air ke arah pembentukan masyarakat kelas pertama, masyarakat cemerlang.

Pameran Galeri PTAR“ Pak Lah Perjalanan Seorang Pemimpin “

FOKUS BULAN INIBahagian Perkhidmatan Maklumat

10

11

Page 4: ISSN : 1675-990 BILANGAN 2|2006| …library.uitm.edu.my/v1/images/stories/infopintar/2006bil2... · oleh Roslina Mohd Ali. ... risalah,direktori, laporan tahunan dan pengkela-san)

InfoPinTAR | 4

Satu Suara, Satu Hati, Satu Tekad merupakan tema Kursus “Team

Building” PTAR yang di adakan pada 05 – 08 Jun 2006 di Rainforest Re-sort, Taman Negara, Pahang Darul Makmur.

Seramai 81 orang staf Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dari UiTM Shah Alam dan Cawangan telah sama- sama menjayakan kursus ini yang ob-jektifnya adalah untuk meningkatkan kompitensi staf melalui pembentukan satu kumpulan yang mengamalkan se-mangat bekerjasama.

Kesemua peserta telah mengambil baha-gian dalam setiap aktiviti yang dijalank-an dengan penuh semangat dari awal hinggal ke penghujung kursus. Antara aktiviti-aktivi yang dijalankan adalah suikenal, kaunseling, senamrobik, solo drop, night walk, canopy walk, rapid

shooting, explore race, sukaneka, lati-han dalam kumpulan, ceramah dan ujian umur fisiologi.

Penyertaan pihak pengurusan terutama Ketua Pustakawan telah menambahkan lagi kesungguhan peserta dan ini meru-pakan komitmen pengurusan atasan dalam mengwujudkan sebuah pasukan PTAR yang berdaya saing.

Suasana persekitaran tempat berkursus yang dikelilingi hutan belantara amat bersesuaian dengan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan ianya sudah tentu memberi sedikit cabaran kepada fizikal dan mental peserta. Walaupun program kursus agak padat dan membuatkan peserta merasa keletihan, namun mer-eka masih bersemangat untuk mengikuti setiap aktiviti yang telah dirancangkan.

Pada malam terakhir kursus para peser-ta telah mengadakan sesi persembahan

TEAM BULDING PTAR 20065-8 Jun 2006

oleh : Abd. Rashid Abdullah

kumpulan yang bertujuan untuk mem-pertingkatkan kemampuan diri dan kreativiti peserta.

Kesimpulannya Kursus ‘Team Building’ adalah satu pendekatan yang sistematik bagi sebuah jabatan bagi membentuk sikap setiap ahli kumpulan memahami tentang pentingnya menjadi sebuah kumpulan kerja yang berkesan. Me-lalui kursus ini semua peserta diberi peluang untuk berbengkel,berbincang dalam satu kumpulan dan secara tidak langsung telah dapat mengeratkan hubungan silatulrahim dikalangan staf PTAR . Kursus ini telah dapat mem-berikan pendedahan dan pengalaman yang amat berguna dalam mendorong diri staf menjadi pekerja yang berupaya memberikan perkhidmatan yang ber-mutu dan berkualiti tinggi.

Pembinaan Kumpulan & Logo

‘NightWalk’

‘Canopy Walk‘

‘Solo Drop‘

Sukaneka

Abseling

‘Rapid Shooting’

Page 5: ISSN : 1675-990 BILANGAN 2|2006| …library.uitm.edu.my/v1/images/stories/infopintar/2006bil2... · oleh Roslina Mohd Ali. ... risalah,direktori, laporan tahunan dan pengkela-san)

InfoPinTAR | 5

TEKNIK PENCARIAN PANGKALAN DATA “EBSCOHOST “

oleh : Hani Liza Norfin

3

41

Klik di sini

2

Pilih

mengikut

subjek

anda

Klik di sini

5Contoh pencarian : Bidang Nursing. Sila klik di sini

Page 6: ISSN : 1675-990 BILANGAN 2|2006| …library.uitm.edu.my/v1/images/stories/infopintar/2006bil2... · oleh Roslina Mohd Ali. ... risalah,direktori, laporan tahunan dan pengkela-san)

InfoPinTAR | 6

96

1 . Pilih Advanced Search untuk pencarian yang lebih efektif

2 . Masukkan kata kunci

3 . Pilih sama ada ingin kata kunci terdapat di dalam tajuk, subjek, teks dll.

Anda juga boleh menggunakan Boolean Operator iaitu AND, Or dan NOT untuk mendapatkan result yang spesifik.7

8

Sila isi ruang ini jika ingin mendapatkan artikel sama ada teks penuh, ingin tahun penerbitan tertentu, jenis penerbitan, jenis dokumen dll.

Klik untuk mendapatkan teks penuh

Artikel juga boleh diemelkanTeks penuh

10

11

Page 7: ISSN : 1675-990 BILANGAN 2|2006| …library.uitm.edu.my/v1/images/stories/infopintar/2006bil2... · oleh Roslina Mohd Ali. ... risalah,direktori, laporan tahunan dan pengkela-san)

KETUA PUSTAKAWAN

InfoPinTAR | 7

Berita| BERGAMBAR

Taklimat Peg. Perhubungan Perpustakaan21 Mac 06

Pelawat Kedutaan Jerman3 Julai 06

Hari Mesra Pelanggan PTAR10 Ogos 06

Hari Sukan PTAR 1 Julai 06

Audit Perluasan ISO Cawangan15 Mei hingga 17 Julai 06

Tazkirah PTAR - 25 Ogos 06

Staf-staf Bersara dan kenaikan pangkat - 11 Mei 06

Pelawat S.K. TTDI - 10 Mei 06 Pelawat S.M.K. Junjung - 30 Mei 06

oleh : Ridzuan

Page 8: ISSN : 1675-990 BILANGAN 2|2006| …library.uitm.edu.my/v1/images/stories/infopintar/2006bil2... · oleh Roslina Mohd Ali. ... risalah,direktori, laporan tahunan dan pengkela-san)

LibFe 2006

• STAF BERSARA WAJIBPn. Redimah SulimanJawatan : Kerani PTAR 2Catatan : Bersara Wajib Mulai 25/04/2006

En. Mohd Hatta b. AliJawatan: Kerani PTAR 2Catatan : Bersara Wajib Mulai 18/05/2006

• STAF BERSARA PILIHANTn. Hj. Muhamat Khazali Mhd. NasirJawatan : Pembantu Pemuliharaan Unit Jilid, PTAR 1Catatan : Bersara Pilihan mulai 3/06/2006

• KENAIKAN PANGKATPuan Norashamti Md. ZenJawatan : Kerani, Unit Kewangan & Stor, PTAR 1Catatan : Kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Eksekutif di MITRANS Mulai 16/05/2006

En. Abdul Halim Bin Mohd. DaudJawatan/Gred : Pembantu Perpustakaan (S17Penempatan : Perpustakaan Kampus Bukit Beruntung, Hulu Sgor (Asal) Unit Latihan (Sementara)Catatan : Lapor Diri 03/07/2006

Encik Nur Aiman Bin DahlanJawatan/Gred : Pembantu Perpustakaan (S17)Penempatan : Perpustakaan Kampus Bukit Beruntung, Hulu Sgor. Unit Kewangan & Stor (Ganti Tempat En. Yusop)Catatan: Lapor Diri 03/07/2006

Cik Fatimah Munirah Bt ShafiiJawatan/Gred : Pembantu Perpustakaan (S17)Penempatan : Perpustakaan Kampus Bukit Beruntung, Hulu Sgor (Asal). Bhg. Perkhidmatan Maklumat (Sementara)Catatan : Lapor Diri 17/07/2006

Cik Nor’ain Bt Mohd. NoorJawatan/Gred : Pembantu Pemuliharaan (S17)Penempatan : Unit Jilidan, Ptar 1Catatan : Lapor Diri 03/07/2006

En. Md. Haizar Bin JamianJawatan/Gred : Pembantu Pemuliharaan (S17)Penempatan : Unit Jilidan, Ptar 1Catatan : Lapor Diri 17/07/2006

En. Mohd. Ruzaimee Bin Abd. AzizJawatan/Gred : Pembantu Pemuliharaan (S17)Penempatan : Unit Jilidan, Ptar 1Catatan : Lapor Diri 17/07/2006

En. Shahrizal Akmar Bin Abdul AzizJawatan/Gred : Pembantu Pemuliharaan (S17)Penempatan : Unit Jilidan, Ptar 1Catatan : Dijangka Lapor Diri 01/09/06

Encik Mohd. Farid Bin Mohamed SaidJawatan/Gred : Pembantu Perpustakaan (S17)Penempatan : PTAR 4Catatan : Lapor Diri Pada 03/07/2006

Cik Noraini Binti Ahamad KamilJawatan/Gred : Pembantu Perpustakaan (S17)Penempatan : Perpustakaan Kampus Puncak Perdana Catatan : Lapor Diri 17/07/2006

Encik Kamarulazlan Bin MohamedJawatan/Gred : Pembantu Perpustakaan (S17)Penempatan : PTAR 2, Ganti En. Hatta, N17

• PERTUKARAN TEMPAT BERTUGAS Pn. Jumilah @ Zainab bt JailaniJawatan : Kerani, Bhg. Jurnal & Pangkalan Data PTAR 1Catatan : Penempatan baru di Unit Kewangan & Stor Bhg. Pen-tadbiran, PTAR 1 mulai 16 Mei 2006

En. Md. Kamil b. IbrahimJawatan : Pembantu Perpustakaan, Bhg. Perkhidmatan Pelanggan& Pengurusan Koleksi, PTAR 1Catatan : Penempatan baru di Bhg. Jurnal dan Pangkalan Data, PTAR 1 Mulai 16 Mei 2006

• STAF BARU LAPOR DIRIEncik Erry Ezzani Bin MazleeJawatan/Gred : Pembantu Perpustakaan (S17)Penempatan : PTAR 1, Bhg. Pembangunan Sumber IlmuCatatan : Lapor Diri 01/08/2006

Cik Siti Zubaidah Bt KhalidJawatan/Gred : Pembantu Perpustakaan (S17)Penempatan : PTAR 2, Ganti Tempat Pn. Redimah, N17.Catatan : Lapor Diri 17/07/2006

Cik Nor Kamala Bt YahyaJawatan/Gred: Pembantu Perpustakaan (S17)Penempatan : PTAR 1, Bhg. Peng. PengetahuanCatatan : Lapor Diri 17/07/2006

Cik Juliana Bt HandanJawatan/Gred: Pembantu Perpustakaan (S17)Penempatan : PTAR 3, (Bantu Untuk Rehat Awal Sb Norsafarina Tukar Jwt. Kerani)Catatan : Lapor Diri 03/07/2006)

En. Shahrul Hairy Bin ShaharuddinJawatan/Gred : Pembantu Perpustakaan (S17)Penempatan : Ptar 1, Ditukar Tempat Ke Perpustakaan Kampus Bukit BeruntungCatatan : Lapor Diri 17/07/2006

En. Mohd. Fitri Bin RuslanJawatan/Gred : Pembantu Perpustakaan (S17)Penempatan : Perpustakaan Kampus Bukit Beruntung, Hulu Sgor (Asal). Perpustakaan Intec (Ganti En. Razaman Bin Ramli, S17)Catatan : Lapor Diri 03/07/2006

AJK InfoPinTAR 2006Penasihat: Pn. Hajah Paiza bt. Idris. Editor: En. Haron Wee Ah Boo. Penolong Editor: Pn. Baimah bt. Bujang/En. Abdul Rashid b. Abdullah.Bendahari: Pn. Nor Aziah bt. Abdullah. Setiausaha: Pn. Nurul Diana Jasni. Wakil BahagianUnit Kualiti: Pn. Junaida bt. Kamarudin. Bah. Perkhidmatan Maklumat: Pn. Nurul Diana bt. Jasni. Bah. Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi: Cik Nurhayati bt. Hassan. Bah. Pembangunan Bibliografik dan Pemprosesan Teknikal: Pn. Aznur Umiza bt. Abu Kassim. Bah. Perpustakaan Fakulti: Pn. Sakmah bt. Sarif. Bah. Pembangunan Sumber Ilmu: Pn. Adlina bt. Abdullah. Bah. Sistem dan Teknologi Maklumat: En. Azizi b. Jantan. Bah. Jurnal dan Pangkalan Data: Pn. Hani Liza bt. Norfin. Bah. Pentadbiran: Pn. Rosmah bt. Sulaiman. Jurufoto/Pereka Grafik: En. Mohd Ridzuan b. Atan@Mohamed.

MaklumatStafoleh Fauziah Mohamed