2d dan 3d

39
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN ( PISMP ) SEMESTER 4 PENGGUNAAN BAHAN – BAHAN 2 DIMENSI DAN 3 DIMENSI NAMA : K. KALADEVI E. GONASUNDARI UNIT : BAHASA TAMIL NAMA PENSYARAH : DR. NIZAM BIN ABD LATIB

Upload: kaladevi-kalippan

Post on 09-Dec-2015

27 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ppt

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS RAJA MELEWAR

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN( PISMP )

SEMESTER 4

PENGGUNAAN BAHAN – BAHAN 2 DIMENSI DAN 3 DIMENSI

NAMA : K. KALADEVI

E. GONASUNDARI

UNIT : BAHASA TAMIL

NAMA PENSYARAH : DR. NIZAM BIN ABD LATIB

Pengenalan

Pelbagai jenis bahan 2 dan 3 dimensi (2D dan 3D) yang

dapat membantu pelajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Bahan-bahan ini akan merangsang pelajar untuk

menggunakan pelbagai deria pelajar dalam pembelajaran

mereka.

Antara bahan tersebut termasuklah bahan bercetak, graf,

carta selain realia, model dan objek sebenar. Bahan realia

dan model-model merupakan bahan sebenar yang dibawa

ke dalam bilik darjah.

Konsep 2 dimensi (2D)

Bahan-bahan 2D merujuk kepada bahan yang

mempunyai 2D seperti lebar dan panjang.

Bahan ini adalah leper dan tidak direka

bentuk untuk memberikan kedalaman.

Antara contoh bahan 2D termasuk gambar,

bahan becetak dan poster yang hanya

mempunyai dua ciri, iaitu lebar dan panjang.

Jenis – Jenis Bahan 2 Dimensi

Carta

Graf

Poster

Gambar

Peta

Carta

Carta pada amnya merupakan kumpulan gambarajah

yang menunjukkan sesuatu konsep atau idea yang

kompleks secara lisan dan bertulis.

Carta selalunya mempunyai satu sifat utama, iaitu

melibatkan gambaran satu proses ataupun aliran

perubahan sesuatu.

Menurut Smaldino et al. (2005), carta sentiasa

dipamerkan dalam buku teks dalam bentuk carta aliran dan

jadual.

Carta juga dicetak sebagai carta dinding

dalam bentuk carta organisasi, carta

kasifikasi, dan garisan masa digunakan untuk

tontonan semua daam kelas atau secara

berkumpulan.

Secara amnya, carta patut memberi satu

konsep utama sahaja. Carta yang baik mesti

dapat menyampaikan mesejnya melalui

visualnya.

Jenis-jenis carta :

- Carta organisasi

- Carta klasifikasi

- Carta garisan masa

- Carta jadual

- Carta aliran

Carta Organisasi 

Carta yang menunjukan hubungan atau rantaian

pentadbiran ataupun pemerintahan di dalam

sesuatu organisasi kumpulan dan sebagainya.

 

Carta Klasifikasi 

Carta yang digunakan untuk mengkelaskan atau

menunjukkan kategori bahan bahan tertentu,

peristiwa, spesis dan taksonomi haiwan atau

tumbuhan mengikut sifat, kumpulan dan

sebagainya.

Carta Garisan Masa 

Carta yang menggambarkan hubungan masa dan

peristiwa, berguna untuk meringkaskan masa satu

siri peristiwa yang telah berlaku.

Carta Jadual 

Carta menunjukkan keterangan berdata atau

bernilai yang memberi penjelasan mengenai masa

dan waktu suatu perkara atau peristiwa akan

berlaku.

Carta Urutan 

Carta yang menggambarkan satu siri urutan /

sekuen / prosedur / tatacara / aliran suatu proses /

tindakan tertentu. Carta ini selalunya dibuat

mendatar agar perkembangannya mudah diikuti

serta difahami langkah-langkah satu persatu.

Graf

Graf adalah gambaran visual mengenai satu set

nilai data yang dapat memberi penerangan

mengenai hubungan dan perubahan-perubahan

yang berlaku pada set data itu.

Graf adalah satu persembahan visual yang

menarik dan berguna dalam pengajaran-

pembelajaran.

Jenis-Jenis Graf

 - Graf Bar atau Batang,

 - Graf Gambar atau Pictograf,

 - Graf Bulat atau Pie,

 - Graf Garisan.

Graf Bar atau Batang

Data-data ditukar menjadi batang atau bar yang

mempunyai nilai-nilai tertentu. Selalunya graf ini

dilukis menegak, dimana skala menunjukkan

perubahan. Graf bar adalah mudah untuk dibaca

dan amat sesuai untuk murid tahap rendah.

Graf Gambar atau Pictograf

Untuk graf ini pula, data-data ditukarkan menjadi

gambar atau symbol ringkas yang membawa nilai-

nilai tertentu. Graf jenis ini kelihatan menarik

walaupun nilai-nilai yang dipaparkan tidak begitu

tepat.

Graf Bulat atau Pie

Satu bulatan dilukis dan bulatan itu dibahagikan

kepada beberapa segmen. Setiap segmen

merupakan sebahagian ataupun peratus daripada

nilai utama satu set data.

Graf garisan

Ini ialah bentuk graf yang paling tepat dan paling

kompleks. Graf garisan ditulis berpandukan

kepada dua paksi bersudut tepat. Setiap paksi

membawa skala-skala masing-masing.

Poster              

Satu lukisan atau cetakan yang menggabungkan

penggunaan garisan-garisan, hurufan-hurufan dan warna-

wama di dalam satu persembahan visual yang memaparkan

satu atau lebih mesej-mesej tertentu.

Kerap kali poster digunakan sebagai satu daya penarik

kepada satu peristiwa atau acara yang bakal diadakan.

Poster boleh digunakan dengan berkesan dalam bilik darjah

kerana poster mempunyai bentuk yang dinamik dan

berwarna-warna dapat menarik perhatian serta boleh

menyampaikan mesejnya dengan spotan.

Contoh Poster

Gambar

Gambar merupakan perwakilan visual manusia,

tempat-tempat atau benda-benda.

Gambar boleh diperoleh daripada majalah, surat

khabar, poster, poskad dan kalender.

Gambar membantu guru menerangkan sesuatu yang

mungkin sukar untuk dihuraikan dengan perkataan,

seperti pepatah Inggeris yang berbunyi a picture is

worth a thousand words.

Mamandangkan gambar merupakan suatu universal

language which is self explanatory, ia dapat

menyampaikan maklumat tanpa bantuan perkataan.

Gambar dapat membantu pelajar yang lemah utuk

memahami sesuatu walaupun manghadapi masalah

perbendaharaan kata semasa membaca.

Peta

o Peta merujuk kepada perwakilan abstrak tempat sebenar di

mana manusia tinggal.

o Peta terdiri daripada simbol visual, garisan, dan warna yang

mungkin tidak ada kaitan atau persamaan dengan bahan-

bahan sebenar yang diwakili.

o Membaca dan mentafsir peta perlu diajar kerana simbol-

simbol tidak bermakna kepada pelajar sehingga mereka diajar

tentang simbol-simbol peta yang mewakili benda-benda

sebenar.

o Setelah memahami konsep ini, barulah pelajar dapat

mentafsir simbol-simbol untuk menjadi sesuatu yang

bermakna.

o Penggunaan warna dalam peta juga menunjukkan

dengan jelas pelbagai perbandingan dan klasifikasi.

o Sebagai contoh, warna yang berbeza untuk tanah tinggi

dengan tanah pamah, pelbagai jenis tumbuhan, dan

tanah dengan laut.

Konsep 3 Dimensi (3D)

Bahan 3D merujuk kepada bahan yang mempunyai panjang,

lebar dan ketinggian.

Bahan 3D mendeskripsi sesuatu imej sebagai mempunyai

persepsi kedalaman.

Objek 3D terdiri daripada pelbagai bentuk seperti kuboid, kon,

kiub, sfera , model-model, diorama, dan realia.

Bahan 3D dibina dan digunakan untuk membantu pelajar

memahami dunia kini dan dahulu.

Bahan ini memberikan pelbagai jenis pengetahuan berbanding

dengan bahan-bahan bertulis atau lisan.

Bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru

sebagai alat bantu mengajar antara lain 

termasuklah : 

a. Realia 

b. Model 

c. Diorama 

d. Akuarium  

e. Terrarium 

f. Boneka 

g. Topeng 

Realia

Realia adalah bahan-bahan yang

sebenarnya dan ia boleh dibahagikan

kepada beberapa jenis seperti berikut:

- Realia Asli 

- Realia Awet

- Spesimen

Realia Asli 

Ini merupakan bahan hidup yang sebenarnya, dan

masih hidup seperti cacing tanah, belalang dan

sebagainya, ataupun bahan sebenarnya yang

kaku (bukan hidup) seperti mesin, jentera dan lain-

lain.

Realia Awet

Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan

disimpan didalam bendalir kimia.

Contoh, ikan dan serangga.

Spesimen 

Ini merupakan sample atau contoh hidupan yang dapat

mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang

mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang lazimnya

terdapat pada kumpulan hidup tersebut.

Biasanya spesimen didapati sebagai bentuk bahan

awetan. Contohnya Kutu Daun dan udang.

Model 

Model adalah binaan rupa bentuk bahan

atau benda asal yang mungkin diperbuat

daripada bahan keras seperti tanah liat,

plastersin dan getah.

 

Diorama 

Diorama adalah satu persembahan pameran model-model

yang disusun rapi supaya dapat menggambarkan

keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan

asal.

Kebanyakanm diorama dapat dilihat di dalam muzium

yang mempamerkan pemandangan-pemandangan atau

keadaan semasa zaman silam.

Akuarium 

Akuarium ialah tempat untuk memelihara hidupan

dalam air. Akuarium boleh disediakan dengan

menggunakan bekas-bekas kaca ataupun balang-

balang plastik. Ikan tropika boleh dipelihara

didalam akuarium tersebut.

 

Terrarium  Terrarium pula ialah tempat untuk memelihara hidupan

kecil atas tanah.

Terrarium boleh digunakan untuk memelihara haiwan-

haiwan kecil seperti mengkarung, kura-kura kecil, katak

dan reptilia-reptilia kecil yang tidak berbahaya.

Kotak-kotak kecil bertutup boleh digunakan sebagai

terrarium.

Boneka atau Patung 

Boneka boleh digunakan sebagai alat Bantu mengajar

yang berkesan terutama untuk pelajaran Bahasa atau

Pendidikan Moral. Beberapa jenis boneka boleh

dihasikan untuk kegunaan guru termasuklah : 

(i) Boneka sarung Tangan 

(ii) Boneka Lidi 

(iii) Boneka Kulit 

(iv) Wayang Kulit 

(v) Boneka Bertali 

Topeng 

Topeng boleh diperbuat daripada kertas atau

dengan menggunakan papier mach. Topeng amat

sesuai untuk situasi main peranan atau lakonan

dalam mata pelajaran Bahasa atau Pendidikan

Moral. 

Kesimpulan

Pemahaman murid terhadap sesuatu konsep

atau idea mudah tercapai melalui pengalaman

‘hands-on’ dengan melibatkan pelbagai deria.

Dengan mengaplikasikan bahan 2D dan 3D

dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

pengetahuan dan kemahiran murid akan

dikembangkan secara berterusan.

Latihan

1. Huraikan konsep 2 dimensi dan 3

dimensi.

2. Nyatakan beberapa jenis carta.

3. Jelaskan perbezaan diantara akuarium

dan terrarium.

4. Apakah perbezaan diantara realia awet

dan spesimen?

Sekian, terima kasih.Jumpa lagi!