28 ekoniaga bersama bangunkan kewangan islam · ra, bank islam asia (ib asia), encik toby...

1
ENORHAIZA HASHIM [email protected] PAKAR-PAKAR dan wakil penyedia khidmat kewangan Islam dari Singapura dan Malaysia akan berkumpul awal bulan depan bagi Sidang Khidmat Kewangan Islam yang julung-julung kali diadakan. Mereka akan berbincang antara lain usa- ha membangunkan sistem eko kewangan Is- lam serta meneliti cabaran, peluang dan usa- ha sama yang boleh dijalankan kededua negara. Sidang sehari pada 1 Oktober di Hotel Orchard itu dianjurkan bersama Dewan Per- niagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Persatuan Pelaburan Berlandas- kan Syariah Teluk Asia atau Gulf Asia Shari- ah Compliant Investment Association (Gas- cia) dan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF). Berita Harian (BH) turut menyokong sidang itu yang dibentuk hasil cetusan Majlis Perniagaan Malaysia-Singapura (MSBC), se- buah wadah perniagaan yang diiktiraf pe- merintah Singapura dan kerajaan Malaysia. Pengerusi jawatankuasa penganjur sidang, Encik Suhaimi Zainul Abidin, berka- ta: “Walaupun Malaysia dan Singapura bera- da dalam tahap pembangunan berbeza dan dirangsang oleh faktor dan sekitaran kewa- ngan berlainan, banyak boleh dilakukan kededua negara bagi membangunkan indus- tri kewangan Islam itu bersama di peringkat negara, rantau dan antarabangsa.’’ Lantas, sidang itu bertujuan meneroka ke- samaan dan perbezaan serta peluang kerjasa- ma agar dapat meningkatkan usulan nilai khidmat kewangan Islam, tambah Encik Su- haimi, pengarah firma dana perlindungan, Quant Edge dan Penasihat Five Pillars Pte Ltd. Dua banker Malaysia, ketua pegawai ek- sekutif (CEO) CIMB Islamic, Encik Badli- syah Abdul Ghani, dan CEO Maybank Islam- ic, Encik Muzaffar Hisham, akan menyertai dialog bagi meninjau usaha pembangunan sistem eko kewangan Islam. Mereka akan disertai CEO bank Singapu- ra, Bank Islam Asia (IB Asia), Encik Toby O’Connor dan Presiden Gascia yang juga Ketua Pegawai Strategi Reit Sabana, Encik Bobby Tay. Sebuah sesi dialog akan mengupas caba- ran dan peluang bagi penyedia khidmat ke- wangan Islam di Singapura dan potensi ker- jasama dengan Malaysia. Ia disertai Ketua Unit Perbankan Islam Maybank Singapore, Encik Mohd Ismail Hus- sein; Pengurus Negara CIMB Islamic Singa- pore, Encik Sazali Baharom; dan Pengarah Unit Promosi Pusat Kewangan Islam Antara- bangsa Malaysia, Nik Mohamed Din Nik Musa. “Industri kewangan Islam di Singapura boleh berkembang jika penyedia khidmat ke- wangan Islam sanggup melihat wadah untuk melengkapi dan bekerja sama dengan Malay- sia. Dengan pasaran kewangan dan pernia- gaan di dunia semakin bersepadu, terdapat keperluan memahami dan menilai trend ant- arabangsa dan serantau dan sentiasa menero- ka pakatan dan usaha sama dalam semua ta- hap,’’ jelas Penasihat Gascia, Encik Zainul Abidin Rasheed, yang juga Duta Besar Si- ngapura ke Kuwait. Presiden Terkini DPPMS, Encik Rohim Abdul Sarip, berkata DPPMS menganjurkan sama sidang itu kerana melihat kewangan Is- lam sebagai alternatif penting dan menarik bagi dipertimbangkan para peniaga. ENORHAIZA HASHIM [email protected] TIDAK semua orang Singapura beruntung dan tersenyum lebar apa- bila nilai ringgit Malaysia jatuh ke paras paling rendah sejak 15 tahun berbanding dolar Singapura. Sedang mereka yang bekerja di si- ni tetapi tinggal di Malaysia dan mereka yang sering membeli-belah, makan-makan, melancong dan beli rumah di sana menikmati faedah daripada kejatuhan nilai ringgit, ada pula yang gigit jari kerana rugi. Ini termasuklah mereka yang menyewakan rumah atau bekerja di seberang tambak. Nilai ringgit merosot kepada RM2.6037 bagi sedolar Singapura pada 29 Ogos lalu, paras paling rendah sejak 1998. Sejak tiga bulan lalu, ringgit telah susut 4 peratus ber- banding dolar Singapura. Semalam, tinjauan menunjukkan para pengurup wang menawarkan kadar RM2.56 hingga RM2.59 bagi setiap dolar Singapura, berbanding RM2.49 pertengahan bulan lalu. Seorang warga Singapura yang tinggal di Johor, Encik Nazzi Beck, berkata kuasa membelinya lebih tinggi. “Oleh kerana saya mendapat gaji dalam dolar Singapura dan tinggal pula di Johor, saya dapat rasakan barangan dibeli di Johor semakin murah. Bayangkan setiap $1,000 yang kita tukar, kita akan dapat tam- bahan RM100. Bolehlah saya belan- ja lebih sikit,’’ kata Encik Nazzi, 37 tahun, yang bekerja di sebuah bank di Singapura dan tinggal di Johor ber- sama isteri dan anaknya yang ber- usia enam tahun. Bagi Cik Manisah Ali, kelemahan ringgit merupakan berita baik bagi- nya yang kerap ke pasar Larkin un- tuk membeli keperluan makanan. “Nampak gaya, lebih keraplah saya ke Larkin dan menjamu selera di Johor. “Anak-anak baru mencadangkan mahu melancong ke Desaru pada cu- ti sekolah September ini,’’ kata Cik Manisah, 53 tahun, seorang suri ru- mah. Lebih ramai warga Singapura di- jangka melancong ke Malaysia hu- jung tahun ini, dengan ramalan pe- ningkatan antara 30 dengan 40 pera- tus, menurut pemilik Shahidah Tra- vel & Tours Pte Ltd, Haji Ayob An- gullia. “Kita sudah mula lihat kesesakan di koswe semakin teruk. Saya jang- kakan lebih ramai orang kita yang akan melancong ke Malaysia pada cuti sekolah Disember ini kerana ber- dasarkan analisis saya, nilai ringgit boleh merosot mencecah RM2.75 berbanding sedolar Singapura Di- sember ini,’’ ujar beliau semasa di- hubungi semalam. Kelemahan ringgit mendorong ejen hartanah Cik Qurratu Ain Mo- hd Yusope menggalak pelanggannya yang berminat membeli rumah di Jo- hor menukar duit mereka. “Nasihat saya tukarlah duit se- karang dan buka akaun bank di Ma- laysia. Mereka ni memang minat hendak beli rumah di Johor tetapi se- dang menunggu pelancaran projek perumahan yang menarik dan baik di kawasan Puteri Harbour dan Me- dini akhir tahun ini,’’ ujar beliau yang banyak memasarkan projek pe- rumahan di Johor. Bagi warga setempat yang me- nyewakan rumah di Malaysia, kelemahan ringgit bermakna penda- patan sewa mereka merosot. “Kondominium dua bilik yang saya sewakan sebanyak RM6,000 se- bulan di Kuala Lumpur memboleh- kan saya mendapat $2,500 berdasar- kan tukaran RM2.4 beberapa bulan lalu. Tetapi kini, saya hanya dapat $2,340 berdasarkan kadar RM2.56 – satu kemerosotan $160,’’ ujar pesa- ra, Encik Najib Abdul Rahim, 63 tahun. Bagi Encik Hafiz Mohd yang be- kerja di Kuala Lumpur, gaji yang be- liau perolehi lebih rendah jika di- tukar kepada dolar Singapura. “Rasanya rugi kalau tukar seka- rang. Nampaknya, saya tak balik ke Singapuralah buat masa terdekat ini,’’ kata pemuda yang telah beker- ja sebagai perundingcara selama dua tahun di Kuala Lumpur ini. Bersama bangunkan kewangan Islam Ada yang muram bila nilai ringgit menjunam PENGANJUR BERSAMA: (Dari kiri) Encik Suhaimi Zainul Abidin, Encik Rohim Sarip, Pengarah Jabatan Asean dan Asia Selatan SBF, Encik Alan Tan; mahasiswa yang bekerja sambil belajar, Encik Ian Lim; lulusan universiti yang sedang bekerja sambil belajar, Mohd Adzfar Alami dan CEO Five Pillars, Encik Raja Mohamad. EKONIAGA PEMILIK RUMAH Beli rumah di Malaysia Tinggal di Johor, bekerja di Singapura Bayar ansuran bulanan rumah di Malaysia PELANCONG SINGAPURA Beli belah di Malaysia Melancong di Malaysia PENIAGA/PELABUR Beli produk dari Malaysia, dijual di Singapura Beli hartanah komersial di Malaysia Kemerosotan ringgit : Kesan kepada warga Singapura PEMILIK RUMAH Jual rumah di Malaysia Dapat pendapatan sewa rumah/ hartanah di Malaysia PEKERJA Bekerja di Malaysia PENIAGA/PELABUR Jual produk/khidmat di Malaysia Beli produk Singapura jual di Malaysia Jual hartanah komersial di Malaysia YANG RUGI YANG UNTUNG Grafik KARIM NASIR Nota: Ringgit merosot RM2.49 pertengahan bulan lalu dan mencapai RM2.56 bagi setiap dolar Singapura semalam. SABTU, 7 SEPTEMBER 2013 (1 ZULKAEDAH 1434) Buat julung kalinya pakar Singapura dan Malaysia bincang peluang kerjasama dalam usaha bangunkan sektor di kededua negara 28 Diterbitkan dan dicetak oleh Singapore Press Holdings Limited. Co. Regn. No. 198402868E. Anggota Pengedaran Biro Audit Singapura. Perkhidmatan Pengguna (Pengedaran): 6388-3838, [email protected], Faks: 6746-1925.

Upload: doduong

Post on 07-Jun-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 28 EKONIAGA Bersama bangunkan kewangan Islam · ra, Bank Islam Asia (IB Asia), Encik Toby O’Connor dan Presiden Gascia yang juga ... Bagi Cik Manisah Ali, kelemahan ringgit merupakan

ENORHAIZA [email protected]

PAKAR-PAKAR dan wakil penyediakhidmat kewangan Islam dari Singapura danMalaysia akan berkumpul awal bulan depanbagi Sidang Khidmat Kewangan Islam yangjulung-julung kali diadakan.

Mereka akan berbincang antara lain usa-ha membangunkan sistem eko kewangan Is-lam serta meneliti cabaran, peluang dan usa-ha sama yang boleh dijalankan kededua

negara.Sidang sehari pada 1 Oktober di Hotel

Orchard itu dianjurkan bersama Dewan Per-niagaan dan Perusahaan Melayu Singapura(DPPMS), Persatuan Pelaburan Berlandas-kan Syariah Teluk Asia atau Gulf Asia Shari-ah Compliant Investment Association (Gas-cia) dan Persekutuan Perniagaan Singapura(SBF).

Berita Harian (BH) turut menyokongsidang itu yang dibentuk hasil cetusan MajlisPerniagaan Malaysia-Singapura (MSBC), se-

buah wadah perniagaan yang diiktiraf pe-merintah Singapura dan kerajaan Malaysia.

Pengerusi jawatankuasa penganjursidang, Encik Suhaimi Zainul Abidin, berka-ta: “Walaupun Malaysia dan Singapura bera-da dalam tahap pembangunan berbeza dandirangsang oleh faktor dan sekitaran kewa-ngan berlainan, banyak boleh dilakukankededua negara bagi membangunkan indus-tri kewangan Islam itu bersama di peringkatnegara, rantau dan antarabangsa.’’

Lantas, sidang itu bertujuan meneroka ke-samaan dan perbezaan serta peluang kerjasa-ma agar dapat meningkatkan usulan nilaikhidmat kewangan Islam, tambah Encik Su-haimi, pengarah firma dana perlindungan,Quant Edge dan Penasihat Five Pillars PteLtd.

Dua banker Malaysia, ketua pegawai ek-

sekutif (CEO) CIMB Islamic, Encik Badli-syah Abdul Ghani, dan CEO Maybank Islam-ic, Encik Muzaffar Hisham, akan menyertaidialog bagi meninjau usaha pembangunansistem eko kewangan Islam.

Mereka akan disertai CEO bank Singapu-ra, Bank Islam Asia (IB Asia), Encik TobyO’Connor dan Presiden Gascia yang jugaKetua Pegawai Strategi Reit Sabana, EncikBobby Tay.

Sebuah sesi dialog akan mengupas caba-ran dan peluang bagi penyedia khidmat ke-wangan Islam di Singapura dan potensi ker-jasama dengan Malaysia.

Ia disertai Ketua Unit Perbankan IslamMaybank Singapore, Encik Mohd Ismail Hus-sein; Pengurus Negara CIMB Islamic Singa-pore, Encik Sazali Baharom; dan PengarahUnit Promosi Pusat Kewangan Islam Antara-

bangsa Malaysia, Nik Mohamed Din NikMusa.

“Industri kewangan Islam di Singapuraboleh berkembang jika penyedia khidmat ke-wangan Islam sanggup melihat wadah untukmelengkapi dan bekerja sama dengan Malay-sia. Dengan pasaran kewangan dan pernia-gaan di dunia semakin bersepadu, terdapatkeperluan memahami dan menilai trend ant-arabangsa dan serantau dan sentiasa menero-ka pakatan dan usaha sama dalam semua ta-hap,’’ jelas Penasihat Gascia, Encik ZainulAbidin Rasheed, yang juga Duta Besar Si-ngapura ke Kuwait.

Presiden Terkini DPPMS, Encik RohimAbdul Sarip, berkata DPPMS menganjurkansama sidang itu kerana melihat kewangan Is-lam sebagai alternatif penting dan menarikbagi dipertimbangkan para peniaga.

ENORHAIZA [email protected]

TIDAK semua orang Singapuraberuntung dan tersenyum lebar apa-bila nilai ringgit Malaysia jatuh keparas paling rendah sejak 15 tahunberbanding dolar Singapura.

Sedang mereka yang bekerja di si-ni tetapi tinggal di Malaysia danmereka yang sering membeli-belah,makan-makan, melancong dan belirumah di sana menikmati faedahdaripada kejatuhan nilai ringgit, adapula yang gigit jari kerana rugi.

Ini termasuklah mereka yangmenyewakan rumah atau bekerja diseberang tambak.

Nilai ringgit merosot kepadaRM2.6037 bagi sedolar Singapurapada 29 Ogos lalu, paras palingrendah sejak 1998. Sejak tiga bulanlalu, ringgit telah susut 4 peratus ber-banding dolar Singapura.

Semalam, tinjauan menunjukkanpara pengurup wang menawarkankadar RM2.56 hingga RM2.59 bagisetiap dolar Singapura, berbandingRM2.49 pertengahan bulan lalu.

Seorang warga Singapura yangtinggal di Johor, Encik Nazzi Beck,berkata kuasa membelinya lebihtinggi.

“Oleh kerana saya mendapat gajidalam dolar Singapura dan tinggalpula di Johor, saya dapat rasakan

barangan dibeli di Johor semakinmurah. Bayangkan setiap $1,000yang kita tukar, kita akan dapat tam-bahan RM100. Bolehlah saya belan-ja lebih sikit,’’ kata Encik Nazzi, 37tahun, yang bekerja di sebuah bankdi Singapura dan tinggal di Johor ber-sama isteri dan anaknya yang ber-usia enam tahun.

Bagi Cik Manisah Ali, kelemahanringgit merupakan berita baik bagi-nya yang kerap ke pasar Larkin un-tuk membeli keperluan makanan.

“Nampak gaya, lebih keraplahsaya ke Larkin dan menjamu seleradi Johor.

“Anak-anak baru mencadangkanmahu melancong ke Desaru pada cu-ti sekolah September ini,’’ kata CikManisah, 53 tahun, seorang suri ru-mah.

Lebih ramai warga Singapura di-jangka melancong ke Malaysia hu-jung tahun ini, dengan ramalan pe-ningkatan antara 30 dengan 40 pera-tus, menurut pemilik Shahidah Tra-vel & Tours Pte Ltd, Haji Ayob An-gullia.

“Kita sudah mula lihat kesesakandi koswe semakin teruk. Saya jang-kakan lebih ramai orang kita yangakan melancong ke Malaysia pada

cuti sekolah Disember ini kerana ber-dasarkan analisis saya, nilai ringgitboleh merosot mencecah RM2.75berbanding sedolar Singapura Di-sember ini,’’ ujar beliau semasa di-hubungi semalam.

Kelemahan ringgit mendorongejen hartanah Cik Qurratu Ain Mo-hd Yusope menggalak pelanggannyayang berminat membeli rumah di Jo-hor menukar duit mereka.

“Nasihat saya tukarlah duit se-karang dan buka akaun bank di Ma-laysia. Mereka ni memang minathendak beli rumah di Johor tetapi se-

dang menunggu pelancaran projekperumahan yang menarik dan baikdi kawasan Puteri Harbour dan Me-dini akhir tahun ini,’’ ujar beliauyang banyak memasarkan projek pe-rumahan di Johor.

Bagi warga setempat yang me-nyewakan rumah di Malaysia,kelemahan ringgit bermakna penda-patan sewa mereka merosot.

“Kondominium dua bilik yangsaya sewakan sebanyak RM6,000 se-bulan di Kuala Lumpur memboleh-kan saya mendapat $2,500 berdasar-kan tukaran RM2.4 beberapa bulan

lalu. Tetapi kini, saya hanya dapat$2,340 berdasarkan kadar RM2.56 –satu kemerosotan $160,’’ ujar pesa-ra, Encik Najib Abdul Rahim, 63tahun.

Bagi Encik Hafiz Mohd yang be-kerja di Kuala Lumpur, gaji yang be-liau perolehi lebih rendah jika di-tukar kepada dolar Singapura.

“Rasanya rugi kalau tukar seka-rang. Nampaknya, saya tak balik keSingapuralah buat masa terdekatini,’’ kata pemuda yang telah beker-ja sebagai perundingcara selama duatahun di Kuala Lumpur ini.

Bersama bangunkan kewangan Islam

Ada yang murambila nilai ringgit menjunam

PENGANJUR BERSAMA: (Dari kiri) Encik Suhaimi Zainul Abidin, Encik Rohim Sarip, Pengarah Jabatan Asean dan Asia Selatan SBF, Encik Alan Tan; mahasiswa yang bekerja sambil belajar, Encik Ian Lim; lulusan universiti yang sedang bekerja sambil belajar, MohdAdzfar Alami dan CEO Five Pillars, Encik Raja Mohamad.

EKONIAGA

PEMILIK RUMAH• Beli rumah di Malaysia• Tinggal di Johor, bekerja di Singapura • Bayar ansuran bulanan rumah di Malaysia

PELANCONG SINGAPURA• Beli belah di Malaysia • Melancong di Malaysia

PENIAGA/PELABUR• Beli produk dari Malaysia, dijual di Singapura• Beli hartanah komersial di Malaysia

Kemerosotan ringgit : Kesan kepada warga Singapura

PEMILIK RUMAH• Jual rumah di Malaysia• Dapat pendapatan sewa rumah/ hartanah di Malaysia

PEKERJA• Bekerja di Malaysia

PENIAGA/PELABUR• Jual produk/khidmat di Malaysia• Beli produk Singapura jual di Malaysia• Jual hartanah komersial di Malaysia

YANG RUGIYANG UNTUNG

Grafik KARIM NASIRNota: Ringgit merosot RM2.49 pertengahan bulan lalu dan mencapai RM2.56 bagi setiap dolar Singapura semalam.

SABTU, 7 SEPTEMBER 2013 (1 ZULKAEDAH 1434)

Buat julung kalinya pakar Singapura dan Malaysiabincang peluang kerjasama dalam usaha

bangunkan sektor di kededua negara

28

Diterbitkan dan dicetak oleh Singapore Press Holdings Limited. Co. Regn. No. 198402868E. Anggota Pengedaran Biro Audit Singapura. Perkhidmatan Pengguna (Pengedaran): 6388-3838, [email protected], Faks: 6746-1925.