latar belakan asia barat

Upload: kamal-omr

Post on 16-Jul-2015

363 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Bab 1 Latar belakang Asia BaratMembicarakan tentang latar belakang sejarah geografi Asia Barat merupakan suatu perkara yang amat indah untuk direnungkan bersama. Adakah apa yang terjadi di rantau Asia Barat hari ini adalah merupakan rantaian, gambaran, dan kesinambungan daripada sejarah lampau Asia barat itu sendiri atau sebaliknya. Sejarah perkembangan peradaban dunia telah membuktikan kepada kita bahawa Asia Barat memainkan peranan yang amat significant kepada dunia semalam dan hari ini. Seperti yang kita selalu baca dalam surat khabar, majalah, internet, dan tontoni di televisen mengenai apa yang sedang berlaku di rantau Asia Barat yang sebenarnya bukan bermula pada hari ini, namun telah lama iaitu sejak daripada keruntuhan Empayar Uthmaniyah lagi. Seperti konflik Israel-

paleastin(Arab), perang salib, pencerobonan Amerika di Iraq, perang Iran-Iraq dan isu-isu semasa yang ada kaitan dengan rantau asia barat. Menurut definisi geografi yang khusus, kawasan Asia Barat paling sesuai dinamai Asia Barat Daya dan Afrika Utara, walaupun sebahagian terletak di kawasan Eropah terutamanya Greece dan Balkan, namun masih terangkum dalam kawasan Asia Barat kerana kawasan ini adalah bekas tanah jajahan Empayar Uthmaniyah1. Terdapat sesetengah sarjana menyifatkan Negara-negara yang berbahasa Arab sebagai kawasan Timur Tengah atau Asia Barat iaitu meliputi Iran, Israel, Turki Afghanistan dan Cyprus. Walau apa pun untuk memudahkan kita daripada skop persoalan ini dapat kita ringkaskan bahawa Rantau Asia Barat adalah kawasan bekas tanah jajahan Emapyar Uthmaniyah.

1

Lois A. Aroian, Richard P. Mitchell (terjemahan Mohd Redzuan Othman) 1991. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

1

Dari sudut pandangan sejarah kawasan Asia Barat atau Timur Tengah merupakan pusat perkembangan tamadun awal manusia, iaitu Tamadun Rom, Parsi, Byzantine, Mesir Kuno, Mesopotamia, Islam dan Karajan Bani Israel. Seterusnya kawasan Asia Barat turun menjadi pusat kepada perkembangan tiga agama utama di dunia atau agama semawi yang terdiri daripada agama Islam, Kristian dan Yahudi yang memiliki tempat suci masingmasing seperti Jurusalem, Mekah, Madinah, Karbala, Iskandariah dan Esfahum. Tidak dapat di nafikan bahawa kawasan Asia Barat menjadi pusat kepada perkembangan keilmuan terutamanya ilmu sains dan matematik. Keadaan ini telah menjadikan kawasan ini sangat significant kepada peredaran dunia khususnya dan amnya keadaan semasa di rantau tersebut. Manakala dari sudut pandangan geografi kawasan Asia Barat memberikan banyak manfaat kepada rantau Asia Barat secara khususnya dan dunia amnya. Walaupun secara rambang boleh kita katakan terdapat kepelbagaian unsur geografi hujud di kawasan Asia Barat iaitu banjaran gunung, Padang pasir dan sungai2. Namun. Kedudukan Asia barat ini bertambah penting dengan adanya laut Maditerranean, kedudukan geografi Asia barat yang sangat strategit iaitu terletak di tengah-tengah perjalanan Barat dan Timur yang menghubungkan benua barat dan timur atau jambatan bagi Asia-Barat Terusan Seuz dan Laut Merah yang merupakan laluan perdagangan tersibuk di dunia. Rantau Asia barat juga merupakan kawasan yang terkaya dengan sumber galian seperti petroleum yang telah menyebabkan kuasa besar dunia berebut-rebut untuk mendapatkan hak cari-gali melalui campurtangan politik, ketenteraan, dan ekonomi sejak daripada zaman pertengahan sehingga ke hari ini.2

Lois A. Aroian, Richard P. Mitchell (terjemahan Mohd Redzuan Othman) 1991. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

2

Bagi membicarakan tentang Sejarah Geogafi rantau Asai Barat secara lebih lanjut dan teperinci kami telah cuba membahagikan kepada beberapa bahagia yang kami fikirkan perlu bagi menjelaskan dan menentukan samaada keadaan semasa di rantau Asai Barat memiliki Kerelevenan dengan Sejarah Geografi rantu tersebut atau sebaliknya.

3

Bab 2 Bentuk Muka Bumi Yang UtamaKedudukan Asia Barat merujuk kepada kawasan di sisi Timur Tengah iaitu Mesir, negara asia yang rakyatnya berbahasa Arab,Israel, Iran, Cyprus, Turki dan termasuk juga Libya dan Sudan3. Kewujudan Asia Barat telah memainkan peranan yang penting dalam ketamadunan dunia. Hal ini disebabkan disinilah terlataknya dan bermulanya perkembamgan tamadun di dunia ini seperti Tamadun Mesopotamia, Mesir, Rom, Parsi, Byzantine, Mesir Kuno, Bani Israel Dan Tamadun Islam. Selain itu di sini juga terletaknya ketinggian tamadun dan pemikiran manusia dengan terbinanya Piramid dan Taman tergantung Babylon. Di samping itu, kedudukan Asia Barat yang sangat strategic dan berada ditengah-tengah jalan perdagangan Timur dan Barat. Hal ini disebabkan disinilah terlataknya Terusan Seuz, Teluk Parsi, dan Laut Mediteranian yang menjadi jalan penghubung yang cepat ke Timur Jauh. Kekayaan Asia Barat yang utama ialah minyak. Hal ini menyebabkan banyak negara Barat berlumba-lumba untuk menguasai Asia barat untuk kepentinga ekonomin mereka sehinggakan mereka sanggup mengunakan kekuasaan ketenteraan. Asia Barat dan Afrika Utara mempunyai bentuk muka bumi yang pelbagai seperti bajaran gunung, Padang pasir, dan sungai. Topografi di kawasan darat Timur Tengah dan Afrika Utara ialah banjaran gunung, dataran pamah dan dataran tinggi. Di Maghribi terdapat kawasan pergunungan yang di kenali sebagai pergunungan Atlas yang menganjur dari barat daya ke timur laut.Kawasan ini merangkumi sebahagian besar kawasan pedalaman Maghribi. Di Turki, bentuk Topografi yang jelas dan menjadi latar3

LOIS A. AROIAN & RICHARD P.MITCHELL (terjamahan Mohd. Redzuan Othman),1991,Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, Kuala Lumpur,Dewan Bahasa Dan Pustaka.

4

belakang negara tarsebut ialah dua buah banjaran gunung yang besar, iaitu Banjaran Pontus di utara dan Banjaran Taurus di selatan. Banjaran gunung ini talah bersatu dengan Banjaran Elburz di Iran dan menyebabkan kesukaran manusia untuk melaluinya sejak dahulu lagi. Kawasan pergunungan Turki dan Iran ini telah menyebabkan Evolusi Islam iaitu negara bukan Arab yang terletak di kawasan ini telah dinaungi oleh orang Islam. Walau bagaimanapun pergerakan geologi di kawasan ini telah menyebabkan berlakunya gempa bumi yang dahsyat. Kawasan pergunungan di Timur Tengah memainkan peranan yang penting iaitu kawasan pergunungan ini dapat melindungi kumpulan-kumpulan menoriti Timur Tengah, terutamanya orang kristian Maronite dan kaum Druze, penyokong kepada satu cabang Islam Syiah. Terdapat satu lagi sistem pergunungan yang memainkan peranan yang penting iaitu Pergunungan Republik Yaman di Yaman utara. Pergunungan ini memainkan peranan pemencilan kepada penghuninya secara perbandingan walau pun terdapat kegiatan perdagangan .Hal ini kerana kawasan ini terletak di jalan perdagangan yang melibatkan Laut Mediterranian, Laut Merah dan Timur Jauh. Pada keseluruhannya kawasan Timur Tengah di liputi kawasan tanah datar dan tanah tinggi. Kawasan Timur Tengah yang sebahagian besarnya Padang pasir tidak pernah menghalang pergerakan penghijrah dan tentera. Gurun Sahara telah membahagikan Afrika kepada dua kawasan yang berbeza dari sudut budaya dan bangsa yang telah di huni dan dilalui oleh orang Namad dan para pedagang. Sementara itu, walaupun terdapat Padang pasir yang luas di Syria, namun keadaan ini tidak sedikit pun mengecualikan Syria daripada di serang malah serangan musuh kerap kali berlaku dari timur dan utara. Walau bagaimanapun berbeza pula keadaanannya dengan kawasan di pedalaman Tanah Arab,

5

keluasan saiz padang pasir di semananjung Tanah Arab telah menghalang dan menyelamatkan kawasan pendalaman tanah Arab daripada pencerobohan dan serangan musuh. Padang pasir seperti gunung telah memisahkan dan mengasingkan daerah-daerah di Timur Tengah dan Utara Afrika.

2.1 TanahTimur Tengah mempunyai komposisi tanah yang pelbagai dan sangat subur seta sesuai untuk aktiviti pertanian.Tanah lanar meliputi kawasan Lembah Nil Mesir dan Sudan serta kawasan Tigris-Euphrates yang lebih hilir, Lembah Iraq, dan Iran Barat Daya, Pantai Laut Kaspia di utara Iran dan di sepanjang pantai Algeria. Sementara itu terdapat tanah ferra rossa dan tanah kemerahan di Syria, utara Iraq, pantai Levantine, Sudan, dataran rendah di utara Maghribi serta sebahagian kecil Libya dan Turki. Jenis tanah ini sangat sesuai untuk tanaman bijirin. Manakala Tanah yang sesuai bagi tanaman kontang yang tidak memerlukan pengairan dan untuk tanaman secara bergilir-gilir terdapat di Maghribi, sebahagian kawasan Syria dan di kawasan atas kawasan dataran tinggi Anatolia yang pada hari ini membentuk sebahagian negara Turki. Walau bagaimanapun kebanyakan kawasan tanah yang luas di Timur Tengah Dan Afrika adalah tidak subur dan tidak sesuai untuk tujuan pertanian. Hal ini disebabkan kawasan tanah di Timur tengah lebih kepada kawasan gurun panas dan Padang Garam di Afrika. Walaupun Maghribi, Turki, Lubnan, dan Tunisia tidak mampunyai gurun namun terdapat kawasan tanah tinggi yang menghalang aktiviti pertanian secara besar-besaran di jalankan. Walaupun Tunisia dan Maghribi memiliki hampis keseluruhan tanah yang sangat sesuai bagi tujuan pertanian tetapi keluasan negara tersebut sangat terhad.

6

2.3 IklimKeadaan iklim di Timur Tengah dan Afrika adalah panas sepanjang tahun. Hal ini telah menyebabkan kawasan Timur Tengah menjadi kering kerana hujan yang turun terlalu kurang dan tidak mencukupi dalam mengekalkan kelambapan di kawasan ini. Hujan hanya turun di kawasan tertentu dan mencukupi bagi mengairi kawasan pertanian yang kecil dan tidak memerlukan simpanan air khas atau tali air. Pergerakan angin secara besaran yang berlaku akan membawa hujan ke kawasan Timur Tengah dan Afrika. Namun, pada musim luruh dan bunga faktor angin ini akan menyebabkan rebut pasir dan habuk. Angin-angin ini di kenali sebagai Khamsin bagi orang Mesir, shlur di Syria serta Lubnan, Sharqi di Iraq, Simun di Iran, dan Ghibli di Libya. Sementara itu, keadaan suhu pada waktu malam dan siang adalah sangat berbeza. Pada waktu siang suhu meningkat dan naik sehingga mencecah 40 darjah, manakala pada waktu malam pula suhu turun menjunam ke paras negatif. Keadaan ini tidaklah berlaku di keseluruhan Asia Barat tetapi meliputi semua kawasan gurun panas. Keadan Iklim yang tidak menentu ini talah menghalang rantau Asia Barat daripada memiliki kawasan tanah yang sesuai bagi tujuan pertanian yang luas serta mempunyai daya pengeluaran yang tinggi seperti yang di miliki oleh orang Barat. Ketandusan yang berlaku di Asia Barat bukanlah disebabkan oleh faktor cuaca semata-mata. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh bahagan matahari yang sangat terik. Seperti yang di ketahui Kawasan asia Barat berada pada kedudukan 30 darjah selari dari utara. Keadaan ini menyebabkan kadar penyajatan menjadi semakin tinggi sehinggakan tubuh-tumbuhan mudah kehilangan kelambapan melalu proses penyajatan dan perpeluhan. Di beberapa kawasan di Asia Barat seperti Mesir, Kuwait, Laut Merah dan sebahagian

7

besar semananjung tanah Arab mengalami kadar penyajatan yang terlalu tinggi akibat daripada bahangan matahari yang begitu tinggi dan berlaku selama sepanjang tahun. Keadaan ini menyebabkan kawasan ini menjadi kawasan yang sangat kering kontang dan tidak sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian. Disamping menyebabkan masalah kekurangan kawasan pertanian keadaan iklim yang sengat panas ini telah menyukarkan masyarakat yang tinggal di kawasan Asai Barat mencari bekalan air kerana hujan yang turun adalah sangat sedikit. Oleh yang demikian kerajaan di Asia Barat telah menjalankan penyulingan air laut bagi kegunaan seharian supaya dapat menampung dan memastikan bekalan air sentiasa mencukupi.

8

Bab 3 Perang SalibPerang Salib merupakan perang yang dianggap suci oleh penganut agama Kristian di benua Eropah pada zaman pertengahan. Perang Salib atau dalam bahasa inggeris di sebut sebagai The Crusades dan bahasa Arab di istilahkan sebagai Al-Hurub Al-Solibiyah buat pertama kalinya berlaku pada tahun 1095 M. Istilah salib ini digunakan kerana tenteratentera kristian yang terlibat dalam perang salib mengunakan tanda atau lambing salib di baju mereka. Perang salib telah dimulakan oleh orang yang beragama Kristian dan tujuan utama perang ini adalah merampas kembali tanah suci orang kristian iaitu Baitul Muqaddis tempat lahir Nabi Isa a.s. Jelaslah bahawa perang salib berlaku disebabkan oleh faktor keagamaan. Pada tanggal 25 November 1095 M, di Konsili Clermont, Paus Urban II telah menyeru agar dilancarkan perang salib Pertama4. Beliau telah berkotbah dan menyeru orang Kristian memerangi orang Islam dan menegakkan agama kristian. Selain itu, Beliau juga menyeru orang kristian supaya berhenti bergaduh sesama sendiri dan bersatu menentang kerajaan Islam. Beberapa faktor yang membawa kepada perang salib selain faktor agama ialah faktor sejarah. Agama Islam merupakan pesaing yang hebat kepada kristian di Eropah dan Asia Barat.Selain itu, kedudukan Constentinople sebagai sebuah negara kristian akan terancam dengan perluasan kuasa kristian di Timur Tengah. Seterusnya, keadaan ekonomi yang teruk di Eropah pada ketika itu menyebabkan tuan-tuan tanah berharap dapat mencari kawasan tanah baru untuk memantapkan kembali ekonomi. Hal ini menyebabkan mereka bersatu dan menyokong peperangan menentang islam supaya dapat kawasan baru yang4

KAREN ARMSTRONG 2001, perang suci dari perang salib hingga perang Teluk (Terjamahan Hikmat Darmawan) Indonesia.

9

lebih luas dan subur. Selain itu, keadan politik juga menjadi pendorong berlakunya perang salib. Hal ini dapat di lihat apabila pemerintahan kerajaan Saljuk yang mengetatkan peraturan bagi orang kristian yang mahu mengerjakan ibadat di tanah suci mereka. Hal ini mendatangkan kemarahan orang kristian dan mereka pun bersatu bangkit memerangi orang islam seterusnya merampas kembali tanah suci mereka. Walaupun terdapat banyak siri perang salib namun semuanya menemui kegagalan di pihak kristian. Walau bagaimanapun pihak kristian telah berjaya menawan Baitul Muqaddis pada 1099 M namun berjaya dirampas kembali Sultan Salahuddin Al-Ayubi pada tahun 1192 M. Perang salib telah membawa kesan yang sangat besar sama ada kepada Islam mahupun Kristian. Perang Salib telah menjadi punca utama perpecahan Islam di Asia Barat yang berlarutan sehingga ke hari ini. Perpecahan ini telah menyebabkan orang Islam membina dan membentuk Imarah-imarah mereka mengikut kepercayaan dan fahaman mereka. Walau pun mereka seagama namun mereka sering berperang dan berbalah sesama sendiri. Hal ini telah menguatkan semangat orang Kristian yang mahu memusnahkan ketamadunan islam yang dikatakan agung dan kuat. Mereka dengan mudah menceroboh dan merampas kawasan dan tahah orang islam sambil mengetawakan kelemahan ornag islam yang berperang sesama sendiri. Mereka juga sengaja melaga-lagakan kerajaan di Asia Barat demi mencapai maksud mereka. Sementara itu, Walau pun pihak kristian telah mengalami kekalahan dalam perang salib. Namun, mereka telah berjaya melemahkan kerajaan Islam yang terdapat di Asia Barat. Mereka telah berjaya menyatukan kristian yang telah lama berpecah disebabkan perbezaan mazhab. Mereka telah berjaya menguatkan dan mengerahkan hubungan seagama sehinggakan mereka menjadi semakin kuat dan berkuasa sehingga kehari ini. Mereka juga

10

telah mencedok segala ilmu pengatahuan orang islam yang sangat-sangat agung dan merialisasikannya mengikut cara dan kebijaksanaan mereka. Dengan adanya ilmu yang telah dicedok dan ditiru oleh orang Barat telah menyebabkan mereka berjaya membina tamadun yang besar dan kuat, lebih kuat dari tamadun orang Islam. Sebagai contohnya, Amereka Syarikat telah membangun menjadi sebuah negara yang mampu mengawal dunia dengan mengelarkan dirinya sebagai polis duniadan sering mengelar orang islam sebagai terroris. Keadaan ini seperti menampakkan yang perang Salib yang telah berlaku ratusan tahun ini masih berlarutan tanpa disedari oleh umat islam keseluruhannya.

Bab 4 Sosioekonomi Asia Barat.

11

Ekonomi Asia Barat pada awal pemerintahan kerajaan Islam bergantung kepada gabungan kekayaan pemilik tanah pertanian, Harta rampasan perang, dan aktiviti perdagangan yang dijalankan di kota-kota atau di kerajaan sekitar. Pada zaman pemerintahan Empayar uthmaniyah sistem kutipan cukai talah dikukuhkan bagi meningkatkan ekonomi negara. Sementara itu, Asia Barat merupakan kawasan yang sangat kaya dengan sumber galian seperti emas dan minyak. Iraq satu ketika dahulu telah menjadi pengeluar minyak yang tebesar dunia selepas Arab Saudi. Hal ini menyebabkan kuasa-kuasa barat berebut untuk mendapatkan hak carigali dan perlombongan sehinggakan mereka sanggup campurtangan dalam soal politik, dan ekonomi Asia Barat. Apa yang lebih menyedihkan apabila mereka sanggup menggunakan tektik-tektik kotor seperti The Great Game, mereka sanggup menggunakan ketenteraan dan meragut banyak nyawa manusia hanya kerana ingin menguasai ekonomi Asia Barat. Contohnya, Sekatan ekonomi yang di lakukan oleh Amereka syarikat selepas berakirnya perang Teluk telah mengurangkan secara drastik jumlah eksport minyak Iraq. Selain itu, Semasa perang Iran dengan Iraq Amereka syarikat telah bersikap neutral ini seperti sengaja melaga-lagakan kedua-dua belah pihak supaya terus berperang dan musnah sesama sendiri. Keadaan sosial masyarakat di Asia Barat yang sentiasa tegang menyebabkan ketidak amanan berlaku. Masyarakat di Asia Barat terbahagi kepada dua kaum utama iaitu Badwi dan Hadari. Kaum Badwi tidak tinggal secara tetap tetapi berpindah randah. Golongan inilah yang mempunyai semangat Assybiah yang tinggi berbanding masyarakat hadari yang tinggal di bandar-bandar dan secara tetap. Masyarakat di Asia Barat hidup secara berpuak-puak menyebabkan kerjasama tidak terjalin dan sering berlaku perang

12

saudara walaupun hanya disebabkan oleh perkara kecil. Semangat Assybiah yang tinggi dalam kalangan masyarakat arab ini telah menyebabkan mereka hidup secara berpuak-puak dan berpegang teguh dengan pegangan mereka. Mereka sanggup bermati-matian untuk mempertahankan puak dan kawasan mereka dari di ceroboh. Hal ini menyababkan tiada kestabilan politik di Asai Barat dengan ini kuasa-kuasa barat yang sanggat rakus ingin menguasai ekonomi Asia Barat dengan mudah masuk dan campurtangan dalam hal-ehwal dalaman negara. Contohnya negara Palastin dengan mudah di ambil oleh orang Israel melalui mandat british di kawasan Israel pada tahun 1948.

Bab 5 Kerelevenan keadaan semasa di rantau Asia Barat

13

Apakah yang terjadi di rantau ini hari ini adalah takdir semata-mata atau ada jawapan yang lebih munasabah kepada persoalan ini. Secara amnya dalam bahagian ini kita akan Cuba menghuraikan, menerangkan dan memperincikan apakah yang terjadi di rantua Asia barat hari ini adalah rentetan, gambaran dan rantaian daripada peristiwa lampau dipengaruhi oleh sejarah geografi Asia barat sendiri atau sebaliknya.

5.1 Konflik Israel- Palestine (Arab)Pertama, kita melihat kepada keadaan semasa rantau Asia barat yang telah hujud hasil daripada konflik antara Israel dengan Palestine (Arab). Israel telah mendapat kemerdekaan pada 14 Mei 1948 melalui mandat British di Palestine. Namun pada

keesokan harinya Israel telah di serang oleh tentera Lubnan, Syaria, Jordan, Mesir dan Iraq. Walau bagaimanapun serangan tersebut berjaya dipatahkan oleh Israel dengan kejayaan ini Israel telah berjaya menakluki 70 peratus bumi Palestin. Di sini bermulalah konflik antara Israel-Palestine (Arab) yang telah berlalutan hingga ke hari ini seolah-olah tiada langkah dan jalan penyelesai yang muktamat antara kedua-dua belah pihak. Konflik Israel-Palestin merupakan konflik yang besar diantara dua bangsa iaitu seluruh bangsa Israel atau Yahudi yang berfahaman Israel dengan seluruh bangsa Palestin atau Arab. Bangsa Israel ingin merampas seluruh tanah Palestin dan akan berhasrat untuk membina Negara sendiri dengan campurtangan yang minima. Dalam konflik ini Israel telah mendapat simpati daripada kuasa luar terutamanya Amerika Syarikat dan British. Hal ini terbukti semasa perang tahun 1967 Israel telah menimbulkan persaan simpati masyarakat terutamanya Amerika. Dalam masa satu minggu sekitar $500 juta derma berjaya dikumpul

14

di Amerika Syarikat sahaja5. Tetapi sebaliknya terjadi kepada masyarakat Palestine peperangan ini adalah mimpi buruk kerana menghadapi perbezaan pendapat tentang visi bangsa Palestine sendiri terutamanya diantara puak AL-Fatah dan Hamas6. Dalam menerangkan perbezaan pendapat ini kita dapat kaitkan keadaan ini dengan bentuk muka bumi Asia barat yang terdiri daripada Padang gurun. Keadaan ini menimbulkan semangat Assyabiah iaitu semangat kesukuan di antara orang Arab. Apabila menghadapi ancaman dari luar masyarakat Arab telah berpecah-belah kerana masih mengamalkan semangat Assyabiah dalam kehidupan mereka. Sebaliknya Israel telah menampakan kesatuan yang kuat antara agama kristean dan Yahudi dalam menentang umat Islam di kawasan Asia Barat seolah-olah semangat perang salib yang kita bincangkan tadi ada kesinambungan dengan keadaan konflik Israel-Palestine (Arab). Konflik diantara Israel-Palestine ini juga di kelaskan sebagai perang antara agama iaitu diantara agama Yahudi kadang kala termasuk Kristean dengan agama Islam. Ini dapat di bukti dengan dakwaan Israel atau Yahudi keatas Jerusalem yang dikatakan sebagai tanah suci bagi orang Yahudi dan Kristein. Seolah- olah konflik diantara Israel-Palestine pada hari ini ada kesinambungan dengan perang salib sewaktu zaman pererintah Empayar Ottmaniah lagi.

5

LOIS A. AROIAN & RICHARD P.MITCHELL (terjamahan Mohd. Redzuan Othman),1991,Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, Kuala Lumpur,Dewan Bahasa Dna Pustaka. Berita Harian 5 Februari 2007; BandarRaya Gaza pejuang Hamas dan Fatah terus bertempur di kawasan kejiranan berdepan laut di Bandaraya Gaza ..

6

15

5.2 Perang Iran IraqPerang Iran dan Iraq telah berlangsung selama lapan tahun. Iran dan Iraq sejak dulu lagi sememangnya dingin. Iraq dahulunya merupakan sebahagian daripada empayar Othmaniah di Turki dan selalu menyerang empayar Parsi.Iraq di bawah perintahan Saddam Hussein yang pada mulanya memerintah dengan matlamat mahu memodenkan Iraq sehinggakan beliau mendapat sokongan barat dan nagara-negara arab.Walau bagaimanapun beliau telah bertindak memerintah dengan kejam. Pada 22 september 1980 tentera Iraq di bawa pimpinan Saddam Hussein telam menceroboh Iran. Ketegangan antara kedua pihak telah lama dirasai bagi menguasai Jalan Air Shatt Al-Arab yang memisahkan kedua buah pihak. Satu lagi matlamat Saddam menceroboh Iran adalah untuk menuntut kembali Wilayah Khuzestan di Iran7. Setelah dua tahun peperangan meletus pada bulan Jun 1982 kekuatan tentera Iran melebihi kekuatan tentera Iraq. Hal ini menyebabkan Saddam mengundurkan tenteranya . Walau bagaimanapun perang ini belum tamat setelah Iraq melakukan serangan keatas kapal-kapal yang melalui kawasan teluk Parsi seterusnya membabitkan negara-negara lain kekancah peperangan. Iran telah membalas dendam dengan menyerang kapal-kapal Iraq yang mengangkut senjata Iraq. Perang Iran dengan Iraq telah menyebabkan banyak negaranegara seperti Perancis yang bertanggungjawab menjual senjata kepada Iraq. Kuwait dan negara arab teluk pula memberi bantuan kewangan kepada Saddam. Amerika Syarikat (AS) pula bersikap neutral iaitu menyokong kedua belah pihak. Iraq diberi bantuan ketenteraan dan perisikan, manakala senjata api dijual secara haram kepada Iran8. Apakah motif7

8

MARIA OSHEA ,Negara Serata Dunia IRAN (terjamahan Nik Naemah Nik Mahir ,Singapore: Time Book International ,2002. MARIA OSHEA ,Negara Serata Dunia IRAQ (terjamahan Nik Naemah Nik Mahir ,Singapore: Time Book International ,2002.

16

Amereka Syarikat berbuat demikian?. Perang iran dengan Iraq ini dengan kuasa Amereka Syarikat telah terhenti dengan gencatan senjata. Namun mengapakah Amereka Syarikat sengaja melengah-lengahkan sehingga menyebabkan perang ini berlarutan selama bertahun-tahun dengan korban nyawa dan jiwa raga yang ramai sedangkan Amerika Syarikat boleh bertindak lebih awal bagi mengelakkan dan menghentikan perang daripada terus berlaku. Amereka Syarikat dan negara Eropah lain seperti sengaja membiarkan perang ini berlaku supaya orang islam berperang sesama sendiri dan menjadi lemah. Mereka takut Empayar islam akan bersatu kerana sekiranya penyatuan berlaku Empayar islam mampu menyayingi Eropah dalam semua sudut seperti ekonomi dan ketenteraan. Persengkitaan ini tidak pernah tamat sehingga sekarang sepertinya negara barat benarbenar mahu memusnahkan empayar Islam keseluruhannya..

5.3 Perang Teluk ParsiPada 2 ogos 1990, tentera Iraq telah menceroboh Kuwait dan Saddam Hussein mengistytiharkan Kuwait sebagai wilayah Iraq yang kesembilan belas. Untuk mempertahankan pencerobohan ini, Saddam mendakwa yang Kuwait pernah dimiliki oleh Basra di bawah wilayah Ottoman sehingga kejatuhan Empayar Ottoman, sempadan yang ada sekarang tidak dibuat sehinggalah selepas Perang Dunia Pertama. Tambahan juga, Baghdad telah memerdekakan Kuwait pada tahun 1963. Saddam juga mendakwa tanpa bukti yang Kuwait telah menyedut minyak Iraq secara haram. Majlis keselamatan PBB telah meluluhkan 12 resolusi yang mengecam tindakan Iraq dan telah mengundurkan diri secara aman dari Kuwait pada 15 Januari 1991. Berikutan dengan keengganan Iraq, Perang Teluk Parsi pun bermula pada 16 Januari 1991.

17

Perikantan ketenteraan yang diketuai oleh Amerika Syarikat untuk menghalau Iraq keluar dari Kuwait terdiri daripada tentera beberapa negara. Amerika Syarikat menyumbang jumlah tentera yang paling ramai iaitu 500,000 askar, 1,800 pesawat perang dan 100 kapal perang. Tentera Amerika Syarikat mendarat di Arab Saudi dan memulakan Operasi Desert Shield untuk melindungi Arab Saudi dan jirannya daripada serangan Iraq. Pada bulan November 1990, apabila tentera perikatan mula menghalau tentera Iraq dari Kuwait, nama Operasi ini diubahkan kepada Operasi Desert Storm. Untuk mengurangkan korban, komander tentera Amerika, Jeneral Norman Schwarzkopf telah mengarahkan banyak serangan dari udara, dengan melepaskan peluru berpandu ke atas tumpuan ketenteraan iraq. Bagaimanapun, Schwarzkopf sedar yang beliau akan terpaksa menghadapi perang yang lebih sukar di darat. Perang di darat yang bermula pada 23 Februari berlangsung hanya selama 100 jam. Schwarzkopf mengerahkan bala tentera ke behagian barat daya Iraq. Dari situ, anggota tentera dikerah masuk untuk mengepungi tentera Iraq di Kuwait dan di selatan selatan Iraq. Tentera Iraq yang sudah dilemahkan melalui serangan udara selama lima minggu, dengan mudah ditewaskan. Pada tengah malam 28 Februari, presiden Amerika Syarikat, George H. W. Bush mengisytihrkan tamat perang darat. Walaupun tempoh Perang Teluk Parsi tidaklah lama, kesan-kesannya kepada Iraq masih terasa hingga ke hari ini. Selepas perang, ekonomi Iraq runtuh disebabkan sekatan ekonomi PBB yang dikenakan ke atasnya yang menyekat perdagangan Iraq dengan negaranegara lain.

Bab 6

18

PenilaianKembali kepada sejarah geografi asia barat, ia merupakan kawasan yang sangat stategik yang terletak ditengah-tengah perjalanan timur-barat atau jambatan yang menghubungkan benua eropah dengan benua afrika dan benua asia. Di kawasan ratau asia barat terletaknya Terusan Seuz, Laut Merah dan Laut Mediterranean di Asia Barat yang merupakan laluan utama perdagangan dunia. Kawasan Asia Barat juga merupakan pusat perkembangan Tamadun Dunia dan Agama Semawi yang memiliki tempat suci masing-masing. Dan tidak dapat di nafikan bahawa kawasan Asia Barat adalah merupakan kawasan terkaya dengan sumber galian dan kawasan yang subur bagi kegiatan pertanian. Secara rasionalnya sudah pasti keistimewaan yang terdapat di kawasan asia barat ini akan menjadi daya tarikan utama untuk kuasa-kuasa besar di dunia dan negara serantau. Ini jelas apabila Amerika Syarikat telah menyerang Iraq yang kononnya memikili senjata berbahaya dan selepas tidak dijumpai mereka mendakwa serangan keatas Iraq adalah untuk menghujudkan demokrasi. Namun apa yang sudah pasti ialah Amerika Syarikat telah mendapat hakcari cali di Iraq selama 30 tahun. Seterusnya bagaimana kuasa besar dunia telah menggunakan Israel untuk memberikan ancaman kepada negara sekitarnya terutamanya Palestian, ini dapat kita buktikan dengan bantuan yang disalurkan dalam bentuk senjata dan kewangan oleh kuasa besar dunia terutamanya Amerika Syarikan. Keadaan semasa politik, ekonomi dan sosial di rantau asia barat telah memberi kesempatan kepada kuasa-kuasa besar dunia untuk cuba campurtangan dengan alasan dan tujuan keamanan. Ini jelas apabila Amerika Syarikat telah terlibat dalam Perang Teluk yang kononnya untuk memberikan keselamatan kepada negara serantau. Daripada aspek sosial bagaimana perasaan dendam dan benci orang barat terhadap orang Islam yang di sebabkan

19

kesan Perang Salib yang menampakan tidak berkesudahan hingga ke hari ini. Kuasa-kuasa besar telah memonopoli ekonomi dan segala kekayaan rantau asia barat telah di manipulasikan oleh barat untuk tujuan dan kepentingan ekonomi mereka semata-mata ini dapat kita lihat bagaimana kuasa besar dunia melalui PBB telah mengadakan sekatan ekonomi terhadap mana-mana negara di rantau asia barat yang cuba menentang mereka. Apabila pihak atau orang Islam bertindak balas terhadap tekan dan belenggu kuasa besar mereka akan dikelaskan oleh kuasa-kuasa besar dunia sebagai pengganas dan mengancam kesejahtera dunia. Perang atas dasar agama di rantau asia barat juga seolah-olah berlarutan hingga ke hari ini yang menyebabkan pelbagai andaian para sarjana bahawa apa yang terjadi di rantau asia barat adalah perang salib di zaman moden. Dapat kita simpulkan bahawa apa yang terjadi di rantau asia barat hari ini bukanlah takdir semata-mata tetapi memiliki kerelevanan dengan latar belakang sejarah geografi.

Bab 7 Kesimpulan

20

Jelaslah bahawa apa yang terjadi di rantua asia barat pada hari ini adalah gambaran, rantaian dan kesinambungan daripada sejarah lampau kawasan asia barat yang di pengarohi kuat oleh faktor geografi. Dan tidak dapat nak dinafikan lagi bahawa sejarah geografi asia barat memiliki kerelevanan dengan keadaan semasa di rantau tersebut.

21