2.2.3-aktiviti 3 refleksi diri hubungan etnik

4
AKTIVITI 3 :REFLEKSI KENDIRI PENGALAMAN HARIAN DAN PELAN TINDAKAN INDIVIDU SEBAGAI AGEN PENYATUPADUAN Esei Negara kita iaitu Malaysia adalah sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara. Seperti yang kita semua maklum, keunikan negara Malaysia adalah terletak pada sistem perlembagaannya dan juga dengan adanya kepelbagaian etnik. Namun, apa yang ingin saya tekankan di sini adalah mengenai kepelbagaian etnik yang terjalin di negara kita. Melalui kepelbagaian ini, rakyat Malaysia telah di didik dan di jelaskan bahawa mereka adalah bangsa Malaysia. Sebagai bangsa Malaysia, kita mestilah sentiasa berusaha dan saling bekerjasama dalam mencapai matlamat perpaduan sejagat supaya negara aman dan makmur. Namun, setelah 58 tahun kita merdeka, janganlah kita merasa senang dan selesa dengan keamanan sekarang. Ini kerana negara yang mempunyai pelbagai etnik ini mempunyai pelbagai cabaran. Kita perlu sedar bahawa cabaran untuk menjaga sensitiviti setiap kaum amatlah sukar jika tidak di jaga dan di ikuti oleh setiap etnik-etnik di Malaysia. Oleh itu, di sini saya ingin menceritakan sedikit sebanyak pengalaman harian saya dan pelan tindakan saya sebagai agen penyatupaduan etnik di negara tercinta iaitu Malaysia agar sedikit sebanyak dapat membantu untuk menjaga keharmonian di negara ini. Saya sebagai rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun (2015) tidaklah mempunyai pengalaman yang banyak jika hendak dibandingkan dengan orang-orang yang telah hidup sewaktu awal kemerdekaan lagi tetapi ini tidak bermakna saya tidak ada pengalaman harian dengan etnik-etnik yang lain. Saya merupakan anak Malaysia yang berketurunan Jawa dan tinggal di negeri Johor sejak dari zaman kanak-kanak, zaman persekolahan sehinggalah waktu sekarang di universiti. Semasa zaman kanak-kanak, pengalaman harian saya terhadap mengenali kaum-kaum di Malaysia amatlah tebal batas etnik nya. Ini kerana saya tinggal di kawasan taman perumahan yang majoritinya adalah kaum Melayu. Oleh itu, majoriti rakan sepermainan saya adalah kanak-kanak yang berbangsa Melayu. Hal ini menyebabkan pada masa itu saya kurang mengenali kaum-kaum yang lain dan ini amat merugikan saya kerana pengetahuan saya

Upload: anonymous-59kjvq4olb

Post on 04-Dec-2015

297 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

hubungan etnik

TRANSCRIPT

Page 1: 2.2.3-AKTIVITI 3 Refleksi Diri Hubungan Etnik

AKTIVITI 3 :REFLEKSI KENDIRI PENGALAMAN HARIAN DAN PELAN TINDAKAN INDIVIDU SEBAGAI AGEN PENYATUPADUAN

Esei

Negara kita iaitu Malaysia adalah sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara. Seperti yang kita semua maklum, keunikan negara Malaysia adalah terletak pada sistem perlembagaannya dan juga dengan adanya kepelbagaian etnik. Namun, apa yang ingin saya tekankan di sini adalah mengenai kepelbagaian etnik yang terjalin di negara kita. Melalui kepelbagaian ini, rakyat Malaysia telah di didik dan di jelaskan bahawa mereka adalah bangsa Malaysia. Sebagai bangsa Malaysia, kita mestilah sentiasa berusaha dan saling bekerjasama dalam mencapai matlamat perpaduan sejagat supaya negara aman dan makmur.

Namun, setelah 58 tahun kita merdeka, janganlah kita merasa senang dan selesa dengan keamanan sekarang. Ini kerana negara yang mempunyai pelbagai etnik ini mempunyai pelbagai cabaran. Kita perlu sedar bahawa cabaran untuk menjaga sensitiviti setiap kaum amatlah sukar jika tidak di jaga dan di ikuti oleh setiap etnik-etnik di Malaysia. Oleh itu, di sini saya ingin menceritakan sedikit sebanyak pengalaman harian saya dan pelan tindakan saya sebagai agen penyatupaduan etnik di negara tercinta iaitu Malaysia agar sedikit sebanyak dapat membantu untuk menjaga keharmonian di negara ini.

Saya sebagai rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun (2015) tidaklah mempunyai pengalaman yang banyak jika hendak dibandingkan dengan orang-orang yang telah hidup sewaktu awal kemerdekaan lagi tetapi ini tidak bermakna saya tidak ada pengalaman harian dengan etnik-etnik yang lain. Saya merupakan anak Malaysia yang berketurunan Jawa dan tinggal di negeri Johor sejak dari zaman kanak-kanak, zaman persekolahan sehinggalah waktu sekarang di universiti.

Semasa zaman kanak-kanak, pengalaman harian saya terhadap mengenali kaum-kaum di Malaysia amatlah tebal batas etnik nya. Ini kerana saya tinggal di kawasan taman perumahan yang majoritinya adalah kaum Melayu. Oleh itu, majoriti rakan sepermainan saya adalah kanak-kanak yang berbangsa Melayu. Hal ini menyebabkan pada masa itu saya kurang mengenali kaum-kaum yang lain dan ini amat merugikan saya kerana pengetahuan saya pada waktu kecil untuk mengenali kaum-kaum yang lain amatlah kurang. Tetapi, walaupun saya mempunyai kekurangan dari segi mengenali kaum-kaum yang lain pada zaman kanak-kanak, ia juga merupakan satu kelebihan untuk saya lebih mengenali kaum Melayu dengan lebih dekat lagi.

Kaum Melayu adalah kaum majoriti yang menganut agama Islam di Malaysia dan saya merupakan penganut agama Islam. Agama Islam adalah agama rasmi negara Malaysia. Setiap kali musim Hari Raya Aidilfitri , ia merupakan perkara yang ditunggu-tunggu oleh saya pada waktu kecil. Ini kerana, pada masa itu, kaum Muslimin dan Muslimat akan mengadakan aktiviti rumah terbuka dengan menjemput ramai kaum yang berbilang bangsa serta berbeza agama untuk menikmati juadah hari raya. Melalui aktiviti ini, apa yang dapat saya lihat di sini adalah, proses Asimilasi dan Akomodasi berlaku. Ini menunjukkan bahawa penerimaan rakyat Malaysia pada masa itu adalah bersifat terbuka. Melihat dari situasi tersebut, saya telah belajar untuk bersifat terbuka dan telah membawa sikap tersebut sehingga ke alam persekolahan.

Di alam persekolahan, saya amat seronok sekali kerana pada masa ini lah saya dapat melihat rakan sebaya yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India, Sikh dan Iban. Ini merupakan langkah pertama saya untuk mengenali kaum lain dan sedikit sebanyak ketebalan

Page 2: 2.2.3-AKTIVITI 3 Refleksi Diri Hubungan Etnik

batas etnik saya semakin berkurang. Saya amat bertuah sekali kerana diperkenalkan dengan rakan-rakan yang mengamalkan sikap bertoleransi, hormat-menghormati dan terbuka di antara satu sama lain. Pada awalnya kami amat kekok untuk berkenalan dengan mereka namun disebabkan guru-guru telah memainkan peranan yang amat penting dalam menyatupadukan kami , sejak itu kami semakin selesa untuk berkawan. Antara aktiviti-aktiviti yang mengeratkan hubungan kami pada masa itu adalah kami melibatkan diri dalam gotong-royong, aktiviti sukan rakyat dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti seperti ini memang patut diadakan dan diamalkan oleh semua sekolah kerana terdapat banyak kebaikan yang diperoleh melaluinya.

Melalui cara ini, kita dapat lihat konsep takrifan harian menjadi panduan kita dalam mengenal pasti bentuk, tahap, tingkat dan intensiti hubungan etnik yang wujud dalam sesuatu kawasan, tempat, komuniti dan juga masyarakat di Malaysia secara keseluruhannya. Ini juga bermakna jika kita berusaha serta rajin dalam melibatkan aktiviti sekolah secara tidak langsung kita akan lebih terdedah dalam kehidupan bermasyarakat yang berbilang kaum.

Selain daripada melibatkan diri dalam aktiviti sekolah, kemesraan kami sebagai kawan yang berbilang kaum tidak tersekat pada waktu itu sahaja. Setelah tamat sesi persekolahan, kami akan melakukan aktiviti seperti bermain basikal, bermain gasing, layang-layang dan lain-lain. Zaman di awal remaja, kami sering menghabiskan masa dengan aktiviti yang sihat serta di pantau dan mendapat bimbingan daripada ibu bapa pada masa itu. Ini bagi memastikan kami tidak terjebak dengan gejala yang tidak baik seperti dadah dan vandalisme.

Mempunyai ramai kawan yang berbilang kaum juga amat bagus kerana kita dapat menikmati pelbagai jenis makanan yang unik dan sedap. Sewaktu di sekolah, jika terdapat jamuan akhir tahun, rakan saya yang berketurunan India akan memberikan makanan Muruku yang dibuat sendiri oleh neneknya. Manakala, yang salah seorang rakan saya berketurunan Cina pula akan membawa buah-buahan yang sedap dari kebun ayahnya. Pada masa itu, kami menikmati jamuan makanan dengan rasa bersyukur dan bahagia sekali.

Di sini kita dapat lihat bahawa, apabila sesetengah kaum dapat berkongsi makanan dari hasil titik peluh etnik lain, ini bermakna kesepaduan sosial telah terjalin. Selain itu, kita dapat lihat bahawa anggota masyarakat yang terdiri daripada berbilang etnik dan agama ini saling bergantung dan melengkapi antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan bermasyarakat.

Di sekolah, kita dapat lihat bahawa proses Akulturasi berlaku, di mana etnik selain daripada Melayu dapat menerima cara pemakaian baju kurung dalam kalangan perempuan bukan Melayu di sekolah, Selain itu juga, budaya penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam setiap cara berkomunikasi di Malaysia. Saya berasa amat kagum dengan rakan sebaya pada masa itu kerana mereka berjaya dalam membiasakan diri untuk menerima budaya lain dalam usia sebegitu. Ini menunjukkan bahawa untuk mendidik rakyat perlulah bermula sejak dari kecil lagi. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Namun, setelah diri ini termasuk dalam alam dewasa dan masuk ke alam Universiti, perubahan pemikiran setiap etnik di Malaysia semakin berubah. Dengan adanya laman sosial seperti “Facebook”, “Instagram” dan lain-lain, kita sering didedahkan dengan unsur-unsur negatif sehingga menyebabkan berlakunya pergaduhan mulut di antara setiap etnik di Malaysia. Hal ini amatlah merunsingkan saya, kerana jika hal ini berlarutan dan tidak di kawal dengan rapi, sejarah hitam 13 Mei 1969 pasti akan berlaku.

Page 3: 2.2.3-AKTIVITI 3 Refleksi Diri Hubungan Etnik

Oleh itu, saya sebagai rakyat Malaysia perlu memastikan supaya sumber-sumber yang diterima dalam laman sesawang adalah dari sumber yang sahih. Selain itu, jika ada rakan-rakan saya yang cuba untuk menyebarkan khabar angin yang tidak baik saya akan cuba menasihatinya agar menjaga sensitiviti kaum di Negara Malaysia agar tidak tersebar dengan meluas.

Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia, perlu mengekalkan keharmonian di dalam negara untuk generasi yang akan datang. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum, semangat bersatu padu dan sifat keterbukaan amatlah penting untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai bangsa Malaysia. Perpaduan melalui konsep kesepaduan sosial merupakan harta yang amat penting dan bermakna kepada negara, kerana tanpanya tidak mungkin keharmonian, kemakmuran, kestabilan dan keindahan dapat dinikmati oleh masyarakat.