212582065-budaya

27
ISI KANDUNGAN 1.0 SOALAN TUGASAN.................................................2 2.0 PENGENALAN.....................................................3 3.0 WORLD VIEW MASYARAKAT MELAYU...................................4 EKONOMI.......................................................... 4 POLITIK.......................................................... 6 SOSIAL........................................................... 8 4.0 ISI-ISI PENTING DALAM POWERPOINT..............................11 5.0 REFLEKSI dan RUMUSAN..........................................17 Bibliografi.......................................................21 1

Upload: roslan-suraji

Post on 02-Oct-2015

226 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Budaya - simpulan bahasa/peribahasa dalam masyarakat melayu

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN

21.0 SOALAN TUGASAN

32.0 PENGENALAN

43.0 WORLD VIEW MASYARAKAT MELAYU

4EKONOMI

6POLITIK

8SOSIAL

114.0 ISI-ISI PENTING DALAM POWERPOINT

175.0 REFLEKSI dan RUMUSAN

21Bibliografi

1.0 SOALAN TUGASANPeribahasa Melayu menggambarkan world view (tasawwur) masyarakat Melayu dahulu. Ada pendapat yang menyatakan bahawa sebahagian peribahasa tersebut tidak lagi relevan dalam kehidupan era globalisasi kini.

Dengan berdasarkan kenyataan di atas, bina satu esei dengan berpandukan soalan-soalan berikut :

1. Berikan penjelasan terhadap world view masyarakat Melayu dari aspek politik, sosial dan ekonomi yang terdapat dalam peribahasa, kemudian berikan justifikasi anda tentang kenyataan di atas. (40%)2. Sediakan bahan dalam bentuk powerpoint tentang isi-isi penting tugasan anda dan bentang tugasan tersebut. (30%)

3. Secara individu, anda dikehendaki menyediakan rumusan tentang perkara yang dikaji. Anda juga dikehendaki menulis refleksi berhubung dengan pengalaman dan pengetahuan baharu yang diperoleh hasil daripada tugasan yang dilaksanakan. Hubungkaitkan pengalaman dan pengetahuan baharu yang anda peroleh dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. (30%)

2.0 PENGENALAN

Proses globalisasi telah wujud sejak 500 tahun yang lalu, namun ia hanya dapat dikenal pasti dengan jelas selepas kejatuhan Soviet Union pada tahun 1991 (Riggs,1999). Kenyataan ini menunjukkan proses globalisasi yang melanda dunia sekarang bukanlah satu proses yang baru berlaku. Lima ratus tahun dahulu globalisasi lebih dikenali sebagai kolonialisasi Barat ke atas negara mundur (membangun) akibat cetusan Revolusi Industri. Menurut Shamsul (2000), apabila pihak Eropah membandingkan peradaban mereka sebagai suatu peradaban yang sedang naik dan peradaban di luar Eropah (negara membangun) pula dalam keadaan menurun, terjelma kepada pihak Eropah wujudnya jurang antara kedua-dua peradaban ini.

Dalam hal ini, kata-kata hikmat pendekar ulung Melayu, Laksamana Hang Tuah, Tak Akan Melayu Hilang di Dunia mungkin akan menjadi sebaliknya jika proses globalisasi pada hari ini tidak ditangani dengan betul. Kebudayaan merupakan tamadun sesuatu masyarakat yang diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi yang berikutnya. Kebudayaan berkaitan dengan keseluruhan sistem kehidupan yang dipraktikkan oleh sesuatu masyarakat. Dalam kebudayaan itu, terkandung unsur sosial, kepercayaan, sistem simbol, unsur teknologi, ekonomi yang menjadi milik masyarakatnya. Budaya sesuatu masyarakat dapat menentukan keperibadian kebangsaan sesebuah negara. Di Malaysia, budaya Melayu dipersetujui sebagai teras kebudayaan kebangsaan, namun unsur-unsur budaya kaum lain seperti Cina dan India turut diambil kira.

Menurut Kamus Dewan (2005) mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Tuntasnya, sesebuah anggota masyarakat itu dinilai berdasarkan cara berfikir dan itulah yang dinamakan budaya. Budaya juga boleh dinilai sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Menurut Edward B. Tylor (1871) pula, budaya ialah suatu keseluruhan sistem yang kompleks, yang dalamnya terkandung unsur-unsur ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat istiadat dan kemahiran-kemahiran lain yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Oleh itu, di dalam tugasan ini akan membincangkan peranan peribahasa yang ada pada waktu ini dalam masyarakat Melayu itu sendiri dari segi ekonomi, politik dan sosial.3.0 WORLD VIEW MASYARAKAT MELAYU

Orang Melayu Malaysia, terdiri daripada 55% jumlah penduduk diMalaysia, ditakrifkan secara umum sebagai "bangsaMelayu" berbanding lebih spesifik sebagai "kumpulan etnik Melayu". Masyarakat Melayu di Malaysia wujud hasil dari percampuran di antara tiga rumpun bangsa yang berbeza, iaitu Negrito, Austro-Asiatic dan Austronesia dengan pengaruh dari bangsa-bangsa dari luar Asia Tenggara.Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang berbilang agama dan budaya. Struktur ini merupakan satu cabaran serta juga satu aset kepada kepimpinan dan pengurusan negara kita. Masyarakat Melayu yang beragama Islam merupakan majoriti penduduk negara ini sejak dari sebelum Merdeka lagi. Disebabkan faktor sejarah, khususnya dasar penjajah, masyarakat Melayu dan Bumiputera yang lain, telah ketinggalan dari segi ekonomi, walaupun semasa pemerintahan Kesultanan Melaka, rakyat tempatan (Melayu) tidak dikatakan miskin dan mereka sangat aktif pula dalam bidang perdagangan. Cabaran Ekonomi Melayu akan menjadi lebih kompleks pada abad ini dan berhadapan dengan pelbagai cabaran yang lebih besar. Cabaran merupakan elemen yang penting bagi usahawan untuk mengetahui tahap kemajuan dan kemampuan mereka di dalam mengurus perniagaan. Cabaran yang dapat diatasi dengan baik merupakan suatu kejayaan. Oleh itu, persepsi berbeza telah berlaku mengikut perubahan zaman dari segi ekonomi, politik dan sosial. Hal ini dapat dilihat daripada peribahasa orang Melayu yang masih rasional ataupun tidak lagi jika mahu digunakan pada zaman sekarang.EKONOMI

Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.Malaysia dan negara-negara serantau sedang mengalami kegawatan ekonomi yang agak membimbangkan. Ekoran itu, peribahasa Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis ini memang sesuai untuk menggambarkan keperluan rakyat semasa. Sebagai konsumer, kita haruslah sedar bahawa setiap perbelanjaan yang kita buat mestilah dengan rasional dan tidak melampau kerana kita haruslah berjimat cermat sebelum "poket" kita kering.

Kata orang lama-lama Indah khabar dari rupa sangatlah berkesan jika digunakan bagi menggambarkan keadaan ekonomi yang banyak berlaku ketika ini. Peribahasa tersebut bermaksud perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan. Contohnya, ramai terutamanya kaum Melayu yang tertipu untuk membeli sesuatu barang yang dijual melalui internet. Saya sendiri pernah mengalami situasi tersebut di mana, saya dijanjikan dengan sebuah telefon pintar yang canggih namun berharga agak murah daripada harga asal. Tanpa usul periksa, saya terus memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun penjual tersebut. Akhirnya, apa yang dihajati tidak kesampaian kerana apa yang sampai di tangan saya hanyalah sekotak bekas menyimpan tisu. Saya berasa sangat hampa. Hal ini disebabkan saya sendiri yang terburu-buru untuk membeli tanpa menanyakan sesiapa yang lebih pakar berkaitan perniagaan internet. Jadi, apa yang ingin saya katakan pepatah Beringat sebelum kena amat sesuai untuk situasi pada zaman sekarang ini.

Pada masa kini, terdapat pelbagai cabaran buat para usahawan Melayu di Malaysia. Antaranya ialah, kejayaan perniagaan juga bergantung kepada kesediaan usahawan untuk memperkasakan kerja kepada pekerja mereka. Mereka perlu. melibatkan pekerja dalam membuat sesuatu keputusan. Mereka juga perlu berperanan sebagai pembimbing, penasihat, penaja, dan pemudahcara. Oleh itu, kebebasan perlu diberikan kepada pekerja terutama mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan penjadualan masa bertugas, prosedur dan membuat keputusan berkaitan dengan kerja yang dipertanggungjawabkan. Usahawan perlu menerima hakikat bahawa pekerja merupakan orang yang paling mengetahui mengenai kerja yang mereka lakukan dan mereka juga aset paling berharga kepada syarikat. Bak kata pepatah Bagai aur dengan tebing yang bermaksud perhubungan yang sangat akrab dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Pepatah ini seharusnya dihayati oleh majikan kerana sangat mementingkan hubungan yang baik sesama insan terutamanya dengan pekerja mereka sendiri. Jadi, barulah kerja yang dilakukan akan membuahkan hasil yang bermutu tinggi dalam sistem negara kita.

Selain itu, usahawan perlu menyedari bahawa setiap pekerja mempunyai bakat yang tersendiri. Sesuai dengan simpulan bahasa memerah otak,seharusnya usahawan pada masa kini harus bersama dengan pekerja untuk memikirkan jalan penyelesaian tentang sesuatu perkara dengan cara yang terbaik. Oleh itu, usahawan perlu memberi kesempatan kepada pekerja menyelesaikan tugas dengan menggunakan kreativiti. imaginasi, dan inovasi mereka sendiri. Usahawan juga perlu lebih fleksibel dan menumpukan kepada pencapaian hasil yang maksimum. Mereka perlu mengelakkan diri daripada terlibat dalam perkara yang remeh-temeh yang boleh menjejaskan tumpuan terhadap kerja-keria mereka.

Akhir kata semua pihak perlu bergabung tenaga, idea serta pengalaman sesuai dengan peribahasa yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang bermaksud sesuatu perkara tidak akan dapat dicapai tanpa usaha. Banyak yang kita dapat ambil iktibar daripada perkara-perkara yang pernah berlaku di hadapan kita iaitu bagaimana seseorang itu begitu berharapkan sesuatu tanpa usaha. Contohnya Skim Cepat Kaya yang mana ramai daripada kita yang telah tertipu dengan skim ini. Masakan tidak, peluang yang dijanjikan begitu lumayan tanpa sebarang usaha. Kesimpulannya, eloklah kita berbincang terlebih dahulu dengan orang yang lebih pakar berkaitan dengan sesuatu perkara bagi mengelakkan diri kita daripada ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab.POLITIK

Tidak seorang pun tahu tentang masa depan. Mungkin masa depan itu cerah. Mungkin masa depan itu gelap. Mungkin masa depan itu tidak ada sama sekali. Kita cuma tahu manusia boleh berusaha dan mereka masa depannya. Usaha itulah yang akan menentukan sama ada masa depan itu cerah, gelap atau musnah sama sekali. Mencari masa depan tidak sama dengan bermimpi. Masa depan orang Melayu mesti berasaskan pada realiti hari ini, pada masalah-masalah hari ini, pada apa yang kita mahu dan telah kita capai, dan pada apa yang kita mahu tetapi belum tercapai, pada apa yang kita boleh buat dan pada apa yang kita tidak boleh buat.Politik ialah perjuangan. Kalau orang Melayu mahu terus berkuasa alam politik orang Melayu mesti sanggup berjuang dan mencari jalan yang bermaksud berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara. Orang Melayu mesti tahu apakah yang mereka perjuangkan itu. Satu parti ialah kumpulan manusia yang mempunyai perjuangan yang sama. Apakah perjuangan orang Melayu sekarang. Sana sini kita dengar orang Melayu bergaduh fasal balak, fasal bijih, fasal tanah, fasal gadai negeri pada Cina. Tidak pernah fasal orang Melayu masih miskin. Bila perjuangan mati orang Melayu mati.Sediakan payung sebelum hujan yang bermaksud berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana hendaklah diamalkan oleh para pemimpin Melayu kini. Politik ialah Kuasa. Kita berpolitik kerana kita mahu parti kita berkuasa. Bila berkuasa kita pilih beberapa orang anggota parti untuk membentuk kerajaan. Pemimpin-pemimpin inilah yang bertanggungjawab menggunakan kuasa ini untuk melaksanakan apa yang diperjuangkan oleh parti.Tetapi hari ini orang Melayu heboh dengan soal pemimpin-pemimpin yang tidak jujur, yang tidak berkebolehan melaksanakan cita-cita orang Melayu. Seorang pemimpin mempunyai pengikut-pengikut.Kita harus akui apabila pengikut jujur, pemimpin juga mahu tidak mahu akan turut jujur.Tetapi banyak pengikut ampu bodek kerana hendak itu, hendak ini. Sebelum mesyuarat agung pengikut hot menyatakan si anu tak ada guna. Bila mesyuarat agung, si anu menang juga. Ada pengikut yang boleh dibeli undinya. Pengikut yang jujur sahaja boleh melahirkan pemimpin yang jujur. Bila kita memilih, kita dasarkan pada otak kita, bukan perut. Politik di negara kita ialah pilihanraya. Dalam pilihanraya siapa dapat banyak undi dia menang. Masa depan orang Melayu bergantung pada undi orang Melayu.Tidak berharap harap pada bangsa lain.Untuk menang orang Melayu mesti ramai bilangannya. Pepatah ada menyebut, Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai yang bermaksud kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah seperti mengundi calon bukan Melayu yang pada zahirnya sudah jelas akan hanya mementingkan kepentingan kaum mereka sendiri. Jadi, bagaimana perkara ini dapat dibendung?

Orang Melayu sekarang mempunyai kuasa politik di luar bandar. DI bandar, bangsa lain yang berkuasa. Orang Melayu harus sedar kini, Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur bukan orang Melayu yang menguasainya. Orang Melayu yang sedar dan mahu berkecimpung dalam politik ialah rakyat biasa. Orang-orang Melayu yang berpelajaran tinggi tidak mahu berpolitik. Mereka anggap politik untuk orang bodoh. Satu trend yang perlu difikirkan ialah bila orang Melayu bertambah cerdik, mereka tidak mahu berpolitik. Mereka tidak mahu mengundi. Mereka tidak mahu berparti seolah-olah faktor menyatupadukan orang Melayu ialah kebodohan, bukan kecerdikan.makin cerdik orang Melayu, makin runtuh bangsa Melayu di mata dunia. Jangan pula pepatah ini menjadi nyata dalam sistem politik negara kita iaitu ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua yang bermaksud kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya. Namun, masih banyak perkara yang perlu dipertingkatkan oleh pemimpin politik berbangsa Melayu kini.UMNO. UMNO mestilah merupakan satu parti yang dinamis, bukan satu parti yang statis. Pertubuhan ini mesti dapat menyahut cabaran-cabaran baru.cabaran-cabaran baru yang memerlukan pemimpin-pemimpin baru. Soal siapa menjerit dan menggenggam tangan pada tahun 1946 tidak timbul. UMNO mesti faham kekuatan dan kelemahannya. Mana yang kuat dipertahankan.Mana yang lemah diganti. Kita banyak musuh dan lawan. Kita mesti kenal musuh kita, dan lawan kita. Kita kaji strategi mereka. Kita kaji kelemahan mereka. Kita gunakan semua yang kita tahu tentang mereka untuk mengalahkan mereka. Mana yang kita tidak tahu, kita cari. Politik ialah hidup. Untuk hidup kita mesti bunuh politik orang lain. Orang lain memang berusaha membunuh kita. Dadah, isu skandal, dan rasuah mesti difikirkan sebagai taktik-taktik orang lain bagi membunuh politik Melayu kerana bimbang yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran bermaksud bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

Masa depan orang Melayu ditentukan oleh golongan muda Melayu sekarang. Golongan tua akan mati.Terpulanglah pada generasi hari ini untuk mencari sifat-sifat politik Melayu yang baik. Mereka mesti sanggup menegakkan sesuatu demi menjamin masa depan mereka. Mereka mesti mempunyai kemampuan semangat untuk bersatu. Mereka juga mesti sanggup berjuang dan paling penting mereka mesti mempunyai kemahuan untuk hidup. Permainan politik sekarang bukan lagi menjerit-jerit. Politik sekarang politik catur, siapa cerdik dia menang. Masa depan Melayu bergantung pada otak Melayu yang cekap. Sebagai kesimpulan Wahai orang Melayu, carilah masa depan kamu sebelum terlambat.SOSIAL

Hakikat yang tidak boleh dinafikan, Islamlah agama terawal yang merumuskan satu formula berkaitan kontrak sosial sebagaimana terangkum dalam Piagam Madinah. Bahkan kontrak sosial yang terbentuk melalui piagam Madinah pada tahun 622 Masihi itu merupakan dokumen perlembagaan terawal yang menggariskan prinsip kebebasan dan jaminan hak yang sama rata di kalangan pelbagai kaum. Kontrak sosial tersebut jelas memperincikan dan mempertahankan hak, keistimewaan, kebebasan dan keadilan setiap kaum di Madinah termasuklah kaum minoriti Yahudi dan bangsa Arab lain yang bukan beragama Islam.Malah jika diperhatikan, daripada 47 fasal yang terkandung dalam Piagam tersebut, 24 daripadanya adalah peruntukan hak dan kewajipan masyarakat minoriti Yahudi. Prinsip kebebasan agama amat dititikberatkan Rasullulah S.A.W hingga baginda secara jelas menegah sebarang usaha merobohkan gereja dan tempat peribadatan agama lain bagi digantikan dengan pembinaan masjid. Paderi-paderi dan ketua-ketua agama lain yang tinggal di Bukit Sinai umpamanya turut diberikan perlindungan khusus oleh Rasullulah daripada sebarang ancaman musuh. Dr Yusuf Qardawi dalam bukunya Ghayr al-Muslimeen fil Mujtama al-Islami turut membahaskan hak-hak golongan minoriti bukan Islam yang wajib dipertahankan oleh kerajaan Islam. Dalam bukunya, beliau menukilkan bagaimana di zaman Khalifah Umar al-Khatab, rakyat di Ilya (Juruselem) yang terdiri daripada pelbagai agama termasuklah Islamm Kristian dan Yahudi dikehendaki memeterai kontrak sosial yang menjamin kebebasan dan hak mereka sebagai warganegara. Ini termasuklah hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa penindasan dan penganiyaan. Malah penegasan turut dibuat bagi menghalang sebarang unsur-unsur paksaan terhadap penganut agama lain termasuklah yang bersangkutan dengan harta mahupun agama. Khalid al-Walid pula dalam memeterai kontrak sosial bersama masyarakat Anat yang terdiri daripada penganut agama Kristian jelas menyebut: Penganut Kristian mesti dibenarkan membunyikan loceng pada bila-bila masa sama ada siang mahupun malam kecuali ketika waktu umat Islam menunaikan solat. Mereka juga mesti dibenarkan mempamerkan salib pada hari-hari perayaan..

Oleh itu, dalam mencari formula terbaik untuk merangka pelan tindak memperkasakan persefahaman dan perpaduan kaum di Malaysia kini, semua pihak khususnya generasi muda negara ini harus kembali menelusuri sejarah serta menjunjung prinsip dan nilai luhur yang terkandung di dalam ajaran Islam. Asyraf Wajdi Dusuki, (2006) Hanya dengan memahami sejarah dan menjiwai prinsip Islam sejati generasi muda akan lebih menghargai kontrak sosial dan sensitiviti kaum yang menjadi teras pembentukan masyarakat Malaysia yang aman, makmur dan bahagia. Begitulah betapa hebatnya prinsip keadilan dan kebebasan yang menjadi bukti perakuan Islam terhadap pembentukan kontrak sosial di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama. Semuanya bagi menjamin keharmonian dan kestabilan yang berkekalan khususnya dalam realiti masyarakat plural dalam sesebuah negara.Yang lama dikelek, yang baharu didukung. Peribahasa ini bermaksud yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu. Begitu banyak budaya yang diserap masuk ke dalam masyarakat Melayu kita pada masa kini. Misalnya, dalam seni muzik, budaya sesuatu suku masyarakat diceritakan dalam bentuk lagu seperti lagu Rembau Most Wanted yang dinyanyikan oleh WARIS dimasukkan dengan cirri-ciri suku Negeri Sembilan di dalam versi rap.Selain itu, sejak akhir-akhir ini, masyarakat Malaysia sering dikejutkan dengan berita mengenai kes rogol hingga membawa kepada kes bunuh selepas dirogol di negara kita pada saban tahun. Fenomena ini berpunca daripada pelbagai faktor. Antaranya ialah, keadaan politik di Malaysia kerana ianya melibatkan kepimpinan negara. Senario politik yang berlaku ini menyebabkan pengabaian program untuk mendidik masyarakat.negara kita. Apabila didikan diperingkat Negara tidak dijalankan melalui media elektronik dan media massa maka masyarakat akan kosong jiwa mereka. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya yang bermaksud tidak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. Pepatah tersebut sesuai untuk ditujukan kepada masyarakat kita yang hanya pandai menunding jari menyalahkan kerajaan jika berlaku kes seperti ini namun hakikatnya,mereka sendiri yang tidak mengambil endah akan kempen serta saranan yang telah dibuat oleh kerajaan bagi mengatasi masalah sosial ini.Selain itu dengan kecanggihan teknologi yang semakin pesat ini contohnya teknologi telefon bimbit yang terlalu canggih sehingga kerajaan ataupun pihak berkuasa tidak dapat mengawalnya. Akhirnya terjadilah penyalahgunaan telefon bimbit ini sehingga berlakunya penyebaran video lucah yang dilakonkan sendiri oleh golongan remaja di Malaysia terutamanya remaja melayu yang beragama Islam. Cuba kita lihat di sana sini, majalah hiburan merata-rata dijual dengan gambar-gambar yang menjadi perangsang kepada nafsu. Ditambah dengan media elektronik seperti TV, DVD, internet yang sukar dibendung. Kemudahan yang disalah guna untuk perkara yang tidak sepatutnya mengubah naluri manusia untuk bersikap ganas seterusnya mendorong mereka melakukan jenayah tersebut. Oleh yang demikian, disebabkan faktor ini juga hingga dapat mempengaruhi masyarakat yang nipis imannya dan kurangnya pengetahuan agama dihanyutkan nafsu serakah mereka. Bahkan yang lebih mengecewakan apabila timbul pula Istilah haruan makan anak ataupun harapkan pagar,pagar makan padi,inilah istilah yang paling sesuai digunakan untuk golongon ini yang bermaksud seseorang itu melanggar amanah yang diberikan. Berkaitan dengan amanah, isu pecah amanah juga dilihat begitu banyak berlaku dalam masyarakat kita. Oleh itu marilah kita berpegang teguh kepada pepatah ini supaya tiada lagi isu seperti masalah sosial dalam kalangan remaja ataupun dewasa khususnya masyarakat Melayu berlaku selepas ini. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh yang bermaksud buat sesuatu perkara dengan bantuan lebih baik daripada bersendirian. Kita mesti bergabung tenaga bagi melaksanakan sesuatu perkara ke arah kebaikan dan untuk manfaat semua. 4.0 ISI-ISI PENTING DALAM POWERPOINT

Slaid 1

Slaid 2

Slaid 3

Slaid 4

Slaid 5

Slaid 6

Slaid7

Slaid 8

Slaid 9

Slaid 10

Slaid 11

Slaid 12

Slaid13

Slaid 14

Slaid 15

Slaid 16

Slaid 17

5.0 REFLEKSI dan RUMUSANPada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21. Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian, Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam. Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, orang ramai dan murid di seluruh negara. Dokumen awal Pelan Pembangunan Pendidikan telah dibangunkan bagi menilai prestasi semasa sistem pendidikan Malaysia dengan mengambil kira secara objektif pencapaian lampau dan dengan tanda aras antarabangsa. Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan. Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan. Usaha yang telah dirangka dan akan dilaksanakan untuk mentransformasi sistem pendidikan negara diharap dapat difahami dengan jelas oleh masyarakat keseluruhannya. Kementerian akan mendapatkan maklum balas tentang laporan awal pelan ini daripada seluruh komuniti laporan akhir pelan ini dihasilkan pada Disember 2012.Objektif pertama Pelan Pembangunan Pendidikan ini ialah, memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem. Sehubungan dengan itu, setelah melaksanankan kerja kursus ini, saya dapat menyatakan bahawa betapa pentingnya mempelajari budaya ketika ini. Budaya dapat mengeratkan perpaduan antara pelajar, guru, ibu bapa serta orang ramai. Caranya ialah, mempelajari serta menghormati budaya kaum lain. Selain itu, masyarakat Melayu sendiri khususnya, harus cuba untuk menonjolkan budaya mereka kepada umum agar budaya tersebut tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Jadi subjek ini sedikit sebanyak membantu untuk mencapai objektif pertama Pelan Pembangunan Pendidikan di Malaysia kini.Seterusnya, objektif kedua pula adalah ingin mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun akan datang. Sehubungan itu, satu perkara yang ingin saya tekankan ialah bagaimana untuk mencapai objektif ini sekiranya setiap kaum masih tidak bersatu dan apa peranan institusi persekolahan itu sendiri. Murid yang berumur antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah. Oleh itu, sekolah berperanan untuk mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan murid. Melalui interaksi bersama murid lain dari pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, dan belajar untuk memahami, menerima serta menghayati perbezaan, suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi dapat dibentuk. Kementerian berhasrat untuk menjanakan suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia dan ini menjelaskan lagi betapa pentingnya subjek budaya ini diajarkan di Institut Pendidikan Guru bagi melahirkan guru yang berkemahiran dan terlatih dalam bidang budaya.Objektif yang terakhir ialah menggariskan program transformasi sistem pendidikan, yang merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan masyarakat yang meningkat, menyemarak serta menyokong keseluruhan transformasi perkhidmatan awam. Malaysia terus memperuntukkan bajet yang tinggi untuk pendidikan. Usaha ini telah meningkatkan akses yang hamper sejagat di peringkat pendidikan rendah. Pada masa yang sama, akses di peringkat menengah telah meningkat dengan ketara. Walau bagaimanapun, masih terdapat ruang untuk menambah baik dari aspek kualiti, ekuiti dan perpaduan. Ekshibit 6 membandingkan perbezaan prestasi pelbagai negara yang menyertai pentaksiran antarabangsa berdasarkan perbelanjaan pendidikan per murid. Perbezaan setiap band prestasi (Lemah, Sederhana, Baik, Sangat Baik, Cemerlang) adalah bersamaan dengan satu tahun persekolahan. Data yang diperoleh pada tahun 2010 menunjukkan prestasi Malaysia berada pada kedudukan di belakang negara-negara yang menyediakan jumlah peruntukan yang hampir sama atau lebih rendah seperti Thailand, Chile, dan Armenia. Terdapat beberapa faktor yang memungkinkan perkara ini berlaku antaranya terdapat pemimpin yang pecah amanah dalam sesebuah organisasi. Perkara ini tidak mustahil berlaku sekiranya seseorang pemimpin itu tidak mempunyai kesedaran atau ilmu berkaitan kesan sekiranya mereka pecah amanah. Oleh itu, sistem pendidikan yang mantap mampu menjana sebuah pendidikan yang bercorak dinamis bagi membentuk diri dari segi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.Bagi memenuhi keperluan semua rakyat Malaysia dan menyediakan negara untuk bersaing di peringkat antarabangsa adalah penting untuk negara melakarkan wawasan kejayaan sistem pendidikan yang ingin dibangunkan, khusus berdasarkan konteks Malaysia. Kumpulan murid terbaik yang bagaimanakah ingin dihasilkan untuk berdepan dengan cabaran ekonomi abad ke-21? Jenis pendidikan yang bagaimanakah perlu disediakan untuk mereka hadapi dunia globalisasi yang pantas berubah? Kedua-dua aspirasi ini merangkumi dua aspek: pertama, sistem pendidikan secara keseluruhan, dan kedua, murid secara individu. Visi dan aspirasi ini akan menjadi landasan transformasi sistem pendidikan Malaysia. Pelan pembangunan pendidikan ini berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan teras pendidikan bagi menentukan kejayaaan sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan (Ekshibit 7). Keberhasilan yang ditetapkan ini adalah selari dengan aspirasi yang disuarakan oleh peserta Dialog Nasional Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan berprestasi tinggi juga menetapkan teras yang sama yang perlu dicapai. Tindakan bagi merealisasikan lima teras berkenaan adalah penting, dan tidak ada inisiatif dalam teras berkenaan yang boleh dilaksanakan secara berasingan, malah perlu disepadukan dan digerakkan secara bersama.Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa kualiti guru merupakan faktor berasaskan sekolah yang paling signifikan dalam menentukan keberhasilan murid. Kualiti sistem tidak boleh melangkaui kualiti guru. Walaupun terdapat guru yang cemerlang dalam sistem pendidikan Malaysia, kajian tahun 2011 mendapati bahawa hanya 50% pengajaran disampaikan dengan berkesan. Hal ini bermakna pengajaran mata pelajaran tidak melibatkan murid secukupnya, dan penyampaiannya lebih pasif. Mata pelajaran yang diajar lebih berfokus kepada pemahaman yang tidak mendalam dan tidak memberi tumpuan kepada kemahiran berfikir aras tinggi. Statistik ini juga menunjukkan cabaran besar yang dihadapi kerana lebih kurang 60% guru pada hari ini akan terus mengajar bagi tempoh 20 tahun lagi. Profesion keguruan akan menjadi lebih berprestij dan elit apabila pengambilan dibuat hanya dalam kalangan graduan 30% terbaik dalam negara untuk menceburi bidang keguruan. Guru pelatih akan menerima latihan yang sebaik mungkin dari mula mereka mengikuti program latihan sehingga mereka bersara. Mereka akan memperoleh peluang pembangunan kerjaya yang menarik merentas beberapa laluan kerjaya, dengan kemajuan berasaskan prestasi dan kompetensi, bukan bergantung kepada tempoh perkhidmatan. Sistem pendidikan akan mewujudkan budaya bimbingan rakan sejawat untuk meningkatkan profesional menerusi pementoran, pembangunan dan perkongsian amalan terbaik, serta meningkatkan kebertanggungjawaban rakan sejawat memenuhi standard profesional kerjaya.Bibliografi

ALI, S. (1982). MASYARAKAT DAN PIMPINAN KAMPUNG DI MALAYSIA. KUALA LUMPUR: VINLIN PRESS SDN. BHD.

CHEE, T. S. (1977). MALAYS AND MODERNIZATION. SINGAPORE: SINGAPORE UNIVERSITY PRESS PTE. LTD.

DIN, A. (2008). ASAS KEBUDAYAAN DAN KESENIAN MELAYU. BANGI: PENERBIT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.

LUKMAN Z.MOHAMAD, A. A. (2003). GLOBALISASI DI MALAYSIA. KLANG,SELANGOR: YEOHPRINCO SDN. BHD.

R.M.MACIVER, C. H. (1972). MASYARAKAT SATU ANALISA PERMULAAN. KUALA LUMPUR: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.

Razak, B. A. (7 MEI, 2013). PREZI. Retrieved 4 MAC, 2014, from Cabaran Masyarakat Melayu Ekonomi | Politik | Sosial: http://prezi.com/vznffrfb6vor/cabaran-masyarakat-melayu-ekonomi-politik-sosial/

RIDHWAN, A. (2008). MINDA MELAYU. KUALA LUMPUR: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.

SWETTENHAM, S. F. (2005). PERIHAL ORANG MELAYU. KUALA LUMPUR: PENERBIT UNIVERSITI MALAYA.

TAHIR, A. (1984). ORANG MELAYU DENGAN CABARAN MASAKINI. KUALA LUMPUR: LOYAL PRESS SDN. BHD.

ZANAS. (15 7, 2001). MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA. Retrieved 9 3, 2014, from MASA DEPAN POLITIK ORANG MELAYU: http://zanas.wordpress.com/masa-depan-politik-orang-melayu/

5

Kalau orang Melayu mahu terus berkuasa alam politik orang Melayu mesti sanggup berjuang dan mencari jalan

Bermaksud berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

Orang Melayu mesti tahu apakah yang mereka perjuangkan itu.

WORLD VIEW POLITIK

Yang lama dikelek, yang baharu didukung.

Peribahasa ini bermaksud yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

Begitu banyak budaya yang diserap masuk ke dalam masyarakat Melayu kita pada masa kini.

WORLD VIEW SOSIAL

Haruan makan anak & harapkan pagar,pagar makan padi.

Bermaksud seseorang itu melanggar amanah yang diberikan.

Berkaitan dengan amanah, isu pecah amanah juga dilihat begitu banyak berlaku dalam masyarakat kita.

WORLD VIEW SOSIAL

Sekian terima kasih

Pepatah ada menyebut, Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

Bermaksud kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah.

Seperti mengundi calon bukan Melayu yang pada zahirnya sudah jelas akan hanya mementingkan kepentingan kaum mereka sendiri.

WORLD VIEW POLITIK

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh .

Bermaksud buat sesuatu perkara dengan bantuan lebih baik daripada bersendirian.

Kita mesti bergabung tenaga bagi melaksanakan sesuatu perkara ke arah kebaikan dan untuk manfaat semua.

WORLD VIEW SOSIAL

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Bermaksud tidak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah.

Pepatah tersebut sesuai untuk ditujukan kepada masyarakat kita yang hanya pandai menunding jari menyalahkan kerajaan jika berlaku kes-kes tertentu.

WORLD VIEW SOSIAL

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

Bermaksud kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya.

Masih banyak perkara yang perlu dipertingkatkan oleh pemimpin politik berbangsa Melayu kini.

WORLD VIEW POLITIK

Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran

Bermaksud bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

Orang lain memang berusaha membunuh kita. Dadah, isu skandal, dan rasuah mesti difikirkan sebagai taktik-taktik orang lain bagi membunuh politik Melayu.

WORLD VIEW POLITIK

Sediakan payung sebelum hujan

Bermaksud berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana

Hendaklah diamalkan oleh para pemimpin Melayu kini.

WORLD VIEW POLITIK

Pepatah Beringat sebelum kena amat sesuai untuk situasi pada zaman sekarang ini.

Saya sendiri pernah mengalami situasi tersebut di mana, saya dijanjikan dengan sebuah telefon pintar yang canggih namun berharga agak murah daripada harga asal. Tanpa usul periksa, saya terus memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun penjual tersebut. Akhirnya, apa yang dihajati tidak kesampaian kerana apa yang sampai di tangan saya hanyalah sekotak bekas menyimpan tisu. Saya berasa sangat hampa. Hal ini disebabkan saya sendiri yang terburu-buru untuk membeli tanpa menanyakan sesiapa yang lebih pakar berkaitan perniagaan internet.

WORLD VIEW EKONOMI

Usahawan perlu menyedari bahawa setiap pekerja mempunyai bakat yang tersendiri.

Sesuai dengan simpulan bahasa memerah otak,seharusnya usahawan pada masa kini harus bersama dengan pekerja untuk memikirkan jalan penyelesaian tentang sesuatu perkara dengan cara yang terbaik.

Oleh itu, usahawan perlu memberi kesempatan kepada pekerja menyelesaikan tugas dengan menggunakan kreativiti. imaginasi, dan inovasi mereka sendiri.

WORLD VIEW EKONOMI

Akhir kata semua pihak perlu bergabung tenaga, idea serta pengalaman sesuai dengan peribahasa yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang

Bermaksud sesuatu perkara tidak akan dapat dicapai tanpa usaha.

WORLD VIEW EKONOMI

Bak kata pepatah Bagai aur dengan tebing yang bermaksud perhubungan yang sangat akrab dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

Pepatah ini seharusnya dihayati oleh majikan kerana sangat mementingkan hubungan yang baik sesama insan terutamanya dengan pekerja mereka sendiri.

Jadi, barulah kerja yang dilakukan akan membuahkan hasil yang bermutu tinggi dalam sistem negara kita.

WORLD VIEW EKONOMI

Menurut Kamus Dewan (2005) mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya.

Budaya juga boleh dinilai sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Menurut Edward B. Tylor (1871) pula, budaya ialah suatu keseluruhan sistem yang kompleks, yang dalamnya terkandung unsur-unsur ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat istiadat dan kemahiran-kemahiran lain yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

P E N G E N A L A N

Kata orang lama-lama Indah khabar dari rupa sangatlah berkesan jika digunakan bagi menggambarkan keadaan ekonomi yang banyak berlaku ketika ini.

Peribahasa tersebut bermaksud perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

Contohnya, ramai terutamanya kaum Melayu yang tertipu untuk membeli sesuatu barang yang dijual melalui internet.

WORLD VIEW EKONOMI

Disediakan oleh :Alif Amirul Azrin Bin Ahmad Shamsuddin911112-11-5425

World view MASYARAKAT MELAYU

K E B U D A Y A A NM E L A Y U

B M M 3 1 1 4