2.12 analisis swot

10
2.12 ANALISIS SWOT KEKUATAN : Mempunyai produk yang sememangnya dikenali dan berkualiti tinggi. Corak sentiasa di perbaharui dan tahan lasak. KELEMAHAN : Bukan semua orang mampu memilikinya disebabkan factor harganya yang mahal. Perlu bersaing untuk dengan syarikat lain yang menawarkan barangan sama tetapi berjenama berbeza dan lebih murah. PELUANG : Perlu berusaha untuk mandapat keyakinan pelanggan.

Upload: tohahaha

Post on 17-Jan-2016

250 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

analisis sword

TRANSCRIPT

Page 1: 2.12 Analisis Swot

2.12 ANALISIS SWOT

KEKUATAN :

Mempunyai produk yang sememangnya dikenali dan berkualiti tinggi.

Corak sentiasa di perbaharui dan tahan lasak.

KELEMAHAN :

Bukan semua orang mampu memilikinya disebabkan factor harganya yang mahal.

Perlu bersaing untuk dengan syarikat lain yang menawarkan barangan sama tetapi berjenama berbeza dan lebih murah.

PELUANG :

Perlu berusaha untuk mandapat keyakinan pelanggan. Mampu bersaing kerana masih terdapat produk yang murah

dan berkualiti. Berbeza dengan syarikat dari segi penggunaan material

berkualiti.

Page 2: 2.12 Analisis Swot

HALANGAN :

Perlu bersaing dengan keluaran syarikat lain. Perlukan penjagaan yang baik kerana tergolong dalam produk

mudah pecah.

Page 3: 2.12 Analisis Swot

3.0 RUMUSAN

Bagi sesebuah firma atau syarikat rancangan pemasaran amat penting dalam menentukan Berjaya atau tidak syarikat tersebut.Oleh itu, setiap perancangan yang dibuat haruslah mengambil kira semua aspek. Antara nya ialah yang paling utama pemilihan lokasi sama ada lokasi yang telah dipilih itu strategic atau tidak.Kesilapan membuat percaturan dalam pemilihan lokasi ini pasti akan merugikan syarikat atau mengurangkan peluang untuk menjana keuntungan yang sepatutnya. Begitu juga dengan pemilihan produk yang ingin dipasarkan. Lazimnya setiap produk baru yang akan bersaing dalam pasaran mestilah mempunyai kelainan dan keunikan yang tersendiri berbanding produk sedia ada.

Seorang pengurus pemasaran perlulah bijak dan peka dengan keadaan pemasaran semasa dan cekap bertindak jika berlaku sesuatu insiden diluar jangka.Jika dilihat dari aspek kewangan pula, pengurusan kewangan yang betul boleh menjamin perjalanan sesebuah syarikat.

Selain itu, sebaik mana pun rancangan pemasaran yang diatur, pastinya tidak akan Bejaya membawa kejayaan kepada syarikat jika tidak mendapat kerjasama dan kepercayaan semua kakitangan syarikat bermula dari peringkat atas hingga bawah .

Page 4: 2.12 Analisis Swot

BIBLIOGRAFI

Jamaliah Che Sab, (2009), Bagaimana Memulakan Perniagaan, PTS Profesional,

Kuala Lumpur,

Mazura Mansor, (2009) Rancanagn Perniagaan Cili, Fajar Bakti,Shah Alam.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (2007). Usahawan & Keusahawaan: Satu Perspektif Pendidikan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Habibah Elias.(1998). Keusahawanan &Motivasi

Diri, Serdang, Universiti Putra Jaya Malaysia.

http://rajakamil.biz/2009/10/06/tip-…uatan-pesaing/

http://www.rancanganperniagaan.com/

http://mohdashraf.com/v1/pertanian/ rancangan-perniagaan-2/

http://www.scribd.com/doc/36717646/RANCANGAN-PEMASARAN

Page 5: 2.12 Analisis Swot

REFLEKSISaya berpasangan dengan rakan saya untuk menyiapkan kerja kursus Pengajian Perniagaan dan Keusahawan ini. Kami ditugaskan untuk membina satu rancangan pemasaran yang dapat digunakan bagi memasarkan satu produk . Rancangan pemasaran ini kelak akan dapat membantu pihak yang berkepentingan membuat pemasaran sesuatu produk mereka.

Pada mulanya kami tidak memahami apakah kehendak soalan. Ini disebabkan saya kurang memahami subjek ini. Lagipun saya tidak meminati hal-hal perniagaan kerana bagi saya ia memenigkan saya. Kami cuba juga membuat yang sebaiknya dan setakat yang kami faham.Setelah perbincangan dengan En.Amran Bin Pa selaku pensyarah pembimbing, barulah kami memahami apa kehendak soalan dan mendapat sedikit idea untuk menyiapkan tugasan.

Setelah perbincangan,kami telah merancang untuk membuka syarikat bagi menjual pinggan mangkuk bagi produk baru berdasarkan tinjauan kurangnya syarikat seperti ini di kawasan persekitaran kami. Hasil dari kajian saya strategi pemasaran amat penting bagi sesebuah syarikat untuk memasarkan produk mereka supaya supaya produk tersebut dapat dijual kepada pengguna dan berada di pasaran dalam jangka masa yang lama.

Di samping itu sesebuah syarikat haruslah mengambil kira saingan dari syarikat lain yang mengeluarkan produk yang sama.Syarikat juga perlu memastikan akan mendapat keuntungan yang memaksimum bagi penjualan produk tersebut.Sasaran pasaran,strategi pemasaran dan belanjawan pemasaran adalah antara istilah-istilah dalam perniagaan yang baru saya pelajari.Ia amat penting bagi pihak pengurusan untuk mencapai matlamatnya.

Page 6: 2.12 Analisis Swot

Setelah menyiapkan tugasan ini saya telah mempelajari sedikit sebanyak tentang dunia perniagaan dan cara menyediakan rancangan pemasaran . Ini amat berguna bagi saya untuk diaplikasikan di masa hadapan. Saya bersyukur setelah pencarian dan kajian dijalankan, dapatlah saya menyiapakn kerja kursus ini dengan jayanya.Walaupun pada awalnya terdapat sedikit masalah, tetapi dapat saya atasi bagi menyelesaikan tugas ini. Dihara kerja kursus ini dapat dijadikan sebagai perkongisan ilmu bagi memantapkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

REFLEKSI

Rekabentuk teknologi merupakan satu subjek yang sememangnya telah lama di ajar di sekolah rendah mahupun sekolah menengah.Namun bagi saya apabila subjek ini sebagai elektif saya rasa agak janggal kerana tidak pernah mengajar atau pun terlibat dengan subjek ini sejak 19 tahun yang

Page 7: 2.12 Analisis Swot

lalu.Interaksi kali ini merupakan semester yang kedua saya dan rakan-rakan mempelajari subjek ini.Namun kali ini ada sedikit kelainan berbanding kuliah semester lalu.Ini kerana pada semester ini saya dan rakan rakan diberi pendedahan tentang bidang perniagaan dan keusahawanan.Apa yang terbayang dalam minda kami apabila saya pelajari.

Setelah mendapat proformanya daripada pensyarah Encik Amran baharulah saya tahu bahawa skop yang akan kami pelajari agak luas.Ini pastinya sesuatu yang dirasakan agak sukar kerana tiada dalam kalangan kami yang mempunyai kemahiran dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.Bukan sekadar itu sahaja malah kami juga diberi pendedahan oleh Tn. Hj. Azizan tentang kunci kira-kira.Apalagi pastinya yang kusut menjadi semakin berserabut. Bagai tikus dengan besi jadinya.Apabila mendapat tugasan daripada pensyarah saya dan rakan-rakan cuba mendapatkan maklumat daripada berbagai-bagai sumber.Dalam proses untuk mencari bahan-bahan untuk tugasan ini kami perlu meneliti dan mengenalpasti segala maklumat supaya menepati kehendak soalan yang diberi.

Ini secara tidak langsung telah menambah ilmu pengetahuan saya dan rakan-rakan tentang bidang perniagaan dan keusahawanan ini.Walaupun telah mendapat segala maklumat yang diperlukan, namun kami masih belum dapat memahami sepenuhnya. Kami dikehendaki meninjau mana-mana syarikat dan mendapat seberapa banyak maklumat untuk menyiapkan tugasan berkaitan dengan Rancangan Pemasaran syarikat yang telah dipilih. Saya dan rakan dalam kumpulan terpaksalah meninjau dan bersoaljawab tentang maklumat syarikat. Namun,bukan perkara yang mudah apabila ada antara pemilik premis atau perkhidmatan yang enggan member kerjasama. Akhirnya saya Berjaya memperoleh maklumat tentang rancangan pemasaran ini melalui seorang rakan saya Puan Aida binti Othman yang baharu sahaja membuka perniagaan dengan Syarikat

Page 8: 2.12 Analisis Swot

Akojaya yang terletak di Arked Mahkota ,Alor Setar. Walaupun tidak begitu terperinci , tetapi segala maklumat yang diperoleh begitu tinggi nilai kepada kami.Selain itu kami juga mengadakan perbincangan dengan pensyarah untuk mendapat bimbingan tentang tugasan yang perlu disiapkan.

Semasa dalam proses menyiapkan tugasan ini saya telah mendapat pelbagai ilmu pengetahuan tentang istilah-istilah baru yang digunakan dalam bidang perniagaan.Contohnya, leveraj,kompaun,diskaun,ekuiti dan anuiti.tambah rumit lagi apabila kami diminta membuat pengiraan berdasarkan kunci kira-kira.

Walau bagaimanapun segala maklumat dan ilmu yang saya dan rakan-rakan pelajari ini amat berguna dan fleksibel dengan situasi kini. Contohnya kami diajar tentang cara mencari kadar faedah di bank dan jumlah nilai tambah.bukanlah begitu mahir, namun sekurang-kurangnya berpengetahuan dalam bidang yang berkaitan dengan Matematik Wang dapat juga membantu kami.Tuntasnya, segala ilmu yang kami pelajari dapatlah dijadikan sebagai panduan walaupun bukan merupakan kandungan subjek yang akan diajar di sekolah.