2.1 perkembangan kurikulum

16
PENGURUSAN DAN PERKEMBANGAN KURIKULUM

Upload: azmiaina

Post on 17-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Page 1: 2.1 Perkembangan Kurikulum

PENGURUSAN DAN PERKEMBANGAN KURIKULUM

Page 2: 2.1 Perkembangan Kurikulum

Falsafah Epistemologi Dengan Kurikulum

• Falsafah epistemologi banyak digunapakai dalam pembentukan konsep kurikulum.

• Falsafah ini menjurus kepada teori ilmu yang mana ianya berkaitan kajian tentang sumber dan asal usul ilmu manusia, hasilan dan proses perkembangannya.

• Teori epistemologi ini terbahagi kepada dua iaitu empirisisme dan rasionalisme. Kedua-dua mazhab ini banyak digunapakai dalam dalam system pendidikan masa kini.

• Teori rasionalisme ini banyak mengunakan pendekatan demonstrasi formal dalam logic dan matametik.

• Manakala teori empirisisme lebih menumpukan kepada penggalaman sensori sebagai ilmu yang betul.

Page 3: 2.1 Perkembangan Kurikulum

Empirisisme Rasionalisme

1. Semua ilmu diperolehi daripada pengalaman

1. Semua ilmu diperolehi daripada deduksi secara logik dan rasional

2. Di dalam dunia ilmu, tiada wujudnya idea semula jadi.

2. Idea semula jadi sahaja membentuk ilmu asas yang kekal

3. Pandangan bersifat sintesis, iaitu ilmu dibentuk melalui perkaitan beberapa konsep

3. Pandangan bersifat analitis, iaitu ilmu dibentuk melalui pernyertaan daripada beberapa perkataan.

4. Ilmu sebagai posteriori, iaitu ilmu diperolehi daripada pengalaman

4. Ilmu sebagai priori iaitu ilmu didapati daripada penakulan tulrn, bebas daripada pengalaman

Berikut adalah perbezaan diantara empirisisme dan rasionalisme:

Page 4: 2.1 Perkembangan Kurikulum

Definisi KurikulumKerr J.K. (1968)“Kurikulum sebagai semua pelajaran yang dirancang dan dibimbing oleh sekolah, sama ada dilaksanakan secara individu atau kelompok, baik di dalam mahupun di luar sekolah”

Hirst (1975)“ Kurikulum sebagai satu program yang mengandungi aktiviti-aktiviti pembelajaran dan disusun oleh guru untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif yang ditentukan”

Nicholls S.H dan Nicholls A (1978)“Kurikulum sebagai semua kesempatan pembelajaran yang dirancang oleh guru-guru untuk murid-murid sekolahnya”

Walker (1990)Telah mengkaji definisi-definisi kurikulum yang diutarakan serta telah menyenaraikan 5 konsep am iaitu:• Pembelajaran yang diingini• Mata Pelajaran• Aktiviti Pendidikan• Pengalaman Pelajar• Pencapaian Pembelajaran

Page 5: 2.1 Perkembangan Kurikulum

Objektif-Objektif

Kurikulum

Aktiviti-Aktiviti

Pengajaran-Pembelajaran

Kandungan

Kurikulum

Proses Penilaian

Kurikulum

Dapat dirumuskan bahawa kurikulam terbahagi kepada 4 komponen dan ianya saling berkaitan iaitu:

Page 6: 2.1 Perkembangan Kurikulum

Perkaitan Sumber Ilmu Dengan Kurikulum

Secara amnya sumber-sumber ilmu adalah berasal dari kajian yang menggunakan 3 pendekatan iaitu pendekatan rasionalis, pendekatan empiris dan pendekatan pragmatic.

Pendekatan RasionalisAndaian bahawa ilmu pengetahuan dipeolehi melalui penaakulan semata-mata. Ahli-ahli falsafah menggunakan pendekatan rasionalis dengan cara penaakulan ataupon melalui perhubungan logik.

Jika 3>2 dan 2>1

Maka secara logiknya:

3>1

Page 7: 2.1 Perkembangan Kurikulum

Pendekatan Empiris

Ilmu pengetahuan diperolehi melalui organ deria manusia iaitu penglihatan, pendengaran, rasa, sentuhan dan menghidu. Contoh yang boleh digunapakai adalah melalui prinsip-prinsip tindak balas kimia yang mana boleh dilihat, dirasa, disentuh dan dihidu secara ujikaji.

Pendekatan Pragmatik

Pendekatan pragmatic ini adalah perkaitan diantara manusia dengan alam sekitarnya. Melalui pendekatan ini sesuartu idea, prinsip atau fakta dianggap benar dan bermakna apabila telah diuji secara objektif serta saintifik.

Page 8: 2.1 Perkembangan Kurikulum

Konsep Kurikulum

Siapa Mengajar

(Guru)

Mengajar Siapa

(Murid)

Mengajar Apa

(Kurikulum & Bahan Pelajaran)

Bagaimana Mengajar

(Kaedah & Tenik)

Sememangnya sebarang aktiviti pengajaran dan pembelajaran menimbulkan pelbagai persoalan. Oleh yang demikian ianya dapat mementuk konsep kurikulum seperti:

Page 9: 2.1 Perkembangan Kurikulum

Jenis-Jenis Kurikulum

Terdapat 4 kategori bagi merealisasikan matlamat kurikulum iaitu:

• Kategori Kognitif: Konsep asas ilmu, teori dan hukum, kemahiran memahami dan berfikir.

• Kategori Kemahiran: Tingkah laku, amalan, kemahiran sukan dan interaksi social.

• Kategori Afektif: Pemikiran, sikap dan kepecayaan seperti nilai estetik dan nilai moral.

• Kategori Aplikasi: Kebolehan penggunaan ketiga-tiga katagori diatas. Kemampuan pelajar untuk menyelesaikan masalah social dan kehidupan harian.

Page 10: 2.1 Perkembangan Kurikulum

Kurikulum Ideal(Ideal Curriculum)

• Yang digubal dan dibentuk berlandaskan pedagogi, psikologi dan teori kurikulum.• Di bentuk oleh sarjana pendidikan dan pakar kurikulum dengan merujuk kepada

pandangan anggota-anggota yang terlibat dalam bidang pendidikan.• Merangkumi komponen seperti matlamat dan tujuan kurikulum, sukatan pelajaran

dan huraiannya, bahan-bahan pelajaran termasuk buku panduan guru, system perlaksanaan dan penilaian kurikulum.

Kurikulum Rasmi(Official Curriculum)

• Kurikulum formal atau kurikulum piawai.(Standard)• Penggubal adalah sarjana pendidikan atau pakar kurikulum di Kementerian

Pendidikan. • Terdapat dua bahagian iaitu kurikulam formal dan kurikulum tak formal.

Kurikulum Formal (Formal Curriculum)

• Dikenali juga kurikulum rasmi (official curriculum), kurikulum terbuka (overt curriculum) dan kurikulum nyata (manifest/explicit curriculum)

• Di gubal berlandaskan matlamat pendidikan Negara.• Mengandungi segala isi pengajaran dan pembelajaran serta penilaian dalam bilik

darjah, aktiviti kokurikulum(persatuan, klab, permainan dan unit berunifom)

Page 11: 2.1 Perkembangan Kurikulum

Kurikulum Operasi (Operational Curriculum)

• Dikenali juga sebagai kurikulum pengajaran (teaching curriculum) atau kurikulum praktik (practical curriculum)

• Merujuk kepada ringkasan mengajar yang disediakn oleh guru yang mana mengikut jadual waktu sekolah dan sukatan pelajaran.

Kokurikulum (Co-curriculum)

• Juga dikenali sebagai kurikulum tambahan.• Merangkumi aktiviti persatuan, kelab, permainan dan sukan serta unit

berunifom.

Kurikulum Teras (Core-curriculum)

• Berlandaskan kurikulum roda.• Mengutamakan perkembangan individu dan keperluan masyarakat.• Mata pelajaran teras merupakan matapelajaran yang penting seperti bahasa

melayu, bahasa inggeris, matematik, sains, pendidikan islam, sejarah.

Page 12: 2.1 Perkembangan Kurikulum

Kurikulum Integrasi (Integrated Curriculum)• Kurikulam Penyerapan atau kurikulam mata pelajaran gabungan.• Menggabungkan beberapa mata pelajaran yang berkaitan menjadi satu

matapelajaran yang baru.• Contohnya Alam Manusia mempunyai unsure sains, sejarah, geogafi dan

siviks.

Kurikulam Aktiviti (Activity Curriculum)• Dikenali sebagai kurikulum pengelaman.• Berlandaskan minat dan keperluan kanak-kanak dengan menggunakan aktiviti-

aktiviti sebagai pusat pembelajaran untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pengalaman mereka.

Kurikulum Lingkaran (Spiral Curriculum)• Perkembangan isi pelajaran disusun mengikut bentuk bulatan sepusat.• Bermula dengan teori asas kemudian bahan pembelajaran ditambah, diperluas

dan diperdalamkan seperti bentuk lingkaran.

Kurikulum Tersirat (Hidden/Latent Curriculum)• Pembelajaran secara tidak langsung.• Penerapan bilai murni melalui peniruan tingkah laku guru.• Penilaian guru untuk membentuk tingkah laku, sikap, pandangan dan nilai

kemasyarakatan kepada murid-murid.

Page 13: 2.1 Perkembangan Kurikulum

Model-Model Kurikulum

Model Kurikulum Tyler

• Berasaskan objektif dan proses.• Mendifinikan kurikulum sebagai pelajaran yang dirancang, dikelola dan

dilaksanakan oleh pihak sekolah.• Merangkumi aspek perkembangan tingkah laku kendiri pelajar dan isi

kandungan mata pelajaran yang beroperasi dengan tingkah laku pelajar.• Tyler telah mencadangkan 4 perkara utama yang harus ada dalam kurikulum

sekolah• Perkara dan aktiviti harus dilakukan oleh guru.• Topik dan konsep yang disenaraikan.• Tingkah laku bersama dengan objektif perkembangan hendaklah dinyatakan

dalam setiap topic pelajaran.• Ojektif pelajaran hendaklah dinyatakan dalam bentuk objektif eksplisit agar

guru dapat menghasilkan perubahan tingkah laku murid.

Page 14: 2.1 Perkembangan Kurikulum

Model Kurikulum Taba

• Berlandaskan Kurikulum Sekolah Dewey.• Objektif pelajaran ditentukan berdasarkan falsafah pragmatism yang

mengandungi logic penyelesaian melalui aktiviti inkuiri-penemuan.• 4 garis panduan melaksanakan kurikulum sekolah -Mengenalpasti objektif kurikulum -Penentuan kaedah dan strategi untuk mencapai objektif kurikulum. -Organisasi kaedah dan strategi. -Penilaian untuk pencapaian objektif

Model Kurikulum Stenhouse• Berlandaskan model proses dan tidak bermula dengan objektif pengajaran dan

pembelajaran sebagai kompenan utama.• Pemilihan isi kandungan kurikulum berdasarkan nilai justifikasi.• Mata pelajaran teras mengandungi isi kandungan kognitif• Banyak bergantung kepada kemahiran guru untuk melaksanakan dengan

berkesan. Stenhouse menitik beratkan proses pengajaran guru berbanding pemilihan isi kandungan.

• Guru perlu merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan garis panduan yang disediakan.

Page 15: 2.1 Perkembangan Kurikulum

Kesimpulan

Komponen kurikulum akademik berlandaskan falsafah epistemology, menitik beratkan pemerolehan ilmu dan penguasaan kemahiran pelbagai mata pelajaran. Berlandaskan kurikulum , pengajaan dan pembelajaran guru dapat dilaksanakan di peringkat sekolah melalui aktiviti di dalam mahupon di luar bilik darjah.

Page 16: 2.1 Perkembangan Kurikulum

SEKIAN,TERIMA KASIH