pusat perkembangan kurikulum kementerian pendidikan malaysia 2003

23
PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2003 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembanng potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan , berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan , menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. OBJEKTIF Pendidikan prasekolah membolehkan murid: 1. Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik. 2. menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan memperkembang kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi. 3.Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa penghantar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. 4. menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua. 5. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam. 6. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. 7. Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah. 8. Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial . 9. Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik ; dan 10. mempunyai daya kreativiti dan estatika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya. MODUL KONSEPTUAL KURIKULUM KEBANGSAAN PRASEKOLAH Kurikulum prasekolah berasaskan empat prinsip iaitu : i. Perkembangan diri secara menyeluruh dan bersepadu - memberi fokus kepada penyuburandari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Potensi murid hendaklah dikembangkan secara bersepadu kerana setiap aspek perkembangan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Individu yang seimbang dan harmonis memiliki:

Upload: maznah-mad-saad

Post on 25-Jul-2015

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2003

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2003KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembanng potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu  untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia  yang berilmu pengetahuan, berketerampilan , berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

 MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAHPendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan , menguasai kemahiran  asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. OBJEKTIFPendidikan prasekolah membolehkan murid:1. Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik.2. menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan memperkembang kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi.3.Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa  Tamil  dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang  menggunakan  bahasa penghantar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.4. menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua.5. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.6. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.7. Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.8. Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial .9. Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan  yang baik ; dan10. mempunyai daya kreativiti dan estatika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya. MODUL KONSEPTUAL KURIKULUM KEBANGSAAN PRASEKOLAHKurikulum prasekolah berasaskan empat prinsip iaitu :i.    Perkembangan diri secara menyeluruh dan bersepadu - memberi fokus  kepada penyuburandari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Potensi murid hendaklah dikembangkan secara bersepadu kerana setiap aspek perkembangan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Individu yang seimbang dan harmonis memiliki:

Kepercayaan kepada Tuhan Ilmu pengetahuan Kemahiran asas Akhlak mulia Emosi yang stabil kesihatan dan kecerdasan

ii.   Pembelajaran yang menggembirakan - memberi penekanan kepada minat dan semangat untuk belajar. Semangat ini akan dapat dipupuk melalui suasana dan persekitaran pembelajaran yang menarik, selesa, mencabar dan menggembirakan. Suasana yang kondusif untuk belajar dengan sendirinya memupuk semangat cinta akan ilmu pengetahuan yang akan menjadikan seseorang itu berfikiran luas dan terbuka.

iii. Pengalaman pembelajaran   yang bermakna  memberi penekanan kepada penglibatan murid

Page 2: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2003

secara aktif dalam aktiviti sebenar supaya mereka dapat mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman kehidupan seharian . Usaha ini akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan bermakna.

iv. Pendidikan sepanjang hayat adalah suatu usaha yang  berterusan untuk memperolehan dan pemindahan pengetahuan , nilai murni dan kemahiran . Pengalaman pendidikan prasekolah yang mengembirakan dan bermakna akan dapat mengekalkan minat untuk terus belajar dalam diri sesorang sejak kecil hingga ke akhir hayat.

Perkembangan murid akan dicapai melalui enam komponen pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu . Komponen tersebut adalah seperti beriku:

Bahasa dan Komunikasi Perkembangan Kognitif Kerohanian dan Moral Perkembangan Sosioemosi Perkembangan Fizikal dan Kreativiti dan Estatika

Penekanan diberi kepada bahasa yang merentas semua komponen kerana penguasaan bahasa penting dalam proses pembelajaran . Penguasaan kemahiran bahasa boleh diperoleh melalui kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Penguasaan kemahiran bahasa akan membantu murid berfikir, memahami sesuatu konsep, berimaginasi, melahirkan idea, berinteraksi dan berkomunikasi secara lisan.

Pelaksanaan kurikulum adalah secara bersepadu yang dirancang melalui Amalan Bersesuaian  dengan Perkembangan kanak-kanak (ABP)

ABP ialah satu pendekatan yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur, perkembangan diri, kebolehan, bakat serta minat murid.

Pendekatan kurikulum berfokus kepada hasil pembelajaran ( outcome-based learning) iaitu memberi penekanan kepada apa yang murid perlu tahu, faham dan buat serta amalkan, hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada apa yang harus diperoleh dan dicapai oleh murid.

Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu, murid dapat menguasai dan memperoleh ciri-ciri berikut:

Kecekapan berbahasa dan berkomunikasi Kemahiran berfikir Berakhlak  mulia dan beretika Berkeyakinan dan berdisiplin Sihat dan cergas dan imaginatif, kreatif dan ekspresif.

Berbekalkan kecekapan dan kemahiran di atas, murid sudah bersedia untuk ke sekolah rendah .....

 

 

Page 3: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2003

Kami pilih cara hidup riang dan sihat sepanjang hayat!!!!!!

Pengisian aktiviti pembelajaran

KOMPONEN KURIKULUM PRASEKOLAH BESTARI  IPKS

BAHASA DAN KOMUNIKASI - kemahiran berbahasa, mendengar, bertutur, membaca dan menulis . Murid diajar  konsep menyelesaikan masalah dan kemahiran berfikir melalui pelbagai aktiviti yang terancang. Bahasa yang dipelajari ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

kemahiran mendengar - membezakan bunyi

kemahiran  membaca- mengucap apa-apa yang ditulis

kemahiran bertutur- menyebut bunyi dan perkataan dengan betul

kemahiran menulis - kemahiran motor halus untuk membolehkan mereka menulis

Peralatan dan perabot yang  disediakan mengambilkira keperluan fizikal dan emosi kanak-kanak, berwarna warni dan berkualiti !

Prasekolah Bestari menyediakan kurikulum yang seimbang kepada kanak-kanak selari dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Page 4: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2003

perkataan dengan betul.

KOMPPONEN KOGNITIF - Mengikut Jean Piaget kognitif seseorang individulah yang menentukan  perkembanagan seluruh aspek yang lain dalam diri kanak-kanak . Komponen kognitif meliputi matapelajaran awal sains dan awal matematik .

konsep ruang, pengelasan, konsep nombor,

experimen sains menyelesaikan masalah memerhati membanding membeza mengukur meramal dan membuat inferens

PENDIDIKAN ISLAM - menekankan ilmu pengetahuan, kemahiran dan amalan asas yang perlu difahami oleh setiap kanak-kanak muslim. Merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan. Aspek Pendidikan Islam meliputi:

akidah fardu ain akhlak  Al -Quran dan Hadis Sirak Rasulullah S.A.W tulisan jawi

PENDIDIKAN MORAL - aspek pemupukan dan perkembangan nilai serta asas ketatanegaraan untuk diamalkan setiap hari dalam kehidupan

perkembangan diri diri dan keluarga diri dan masyarakat diri dengan alam sekitar diri dengan negara

PERKEMBANAGN SOSIOEMOSI - penguasaan emosi dan kemahiran sosial yang matang. seorang kanak- kanak perlulah mempunyai variasi emosi sesuai dengan tahap umur dan amalan kehidupan seharian.

KOMPONEN FIZIKAL - menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan fizikal kanak-

Kanak-kanak Prasekolah Bestari didedahkan dengan pelbagai  aktiviti 'hands on' sebagai satu cara pembelajaran melalui pengalaman yang bermakna. Gambar menunjukkan kanak-kanak berada di makmal komputer IPKS mendapat didikan penggunaan asas komputer daripada pelatih Prasekolah semester 5 .

Page 5: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2003

kanak yang seimbang dan sihat dari aspek psikomotor, kesihatan dan keselamatan. Kanak-kanak perlu diberi pendedahan supaya amalan cara hidup yang sihat diamalakan sehingga mereka dewasa kelak. Aspek utama :

perkembangan motor halus perkembangan motor kasar kesihatan keselamatan

KOMPONEN KREATIVITI DAN ESTATIKA- memberi fokus  terhadap  perkembangan  kreatif dan ekspresif melalui imaginasi dan pemikiran. Kanak-kanak dilibatkan dengan pelbagai  aktiviti yang bersifat seni iaitu lukisan, lukisan, muzik, nyanyian, drama dan puisi. Semua ini diajar supaya kanak- kanak mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi dan mengenali pelbagai cita rasa sendiri. Aspek utama:

persekitaran dan keindahan alam lukisan dan kraf muzik, nyanyian dan pergerakan kreatif drama dan puisi warisan budaya

 

Interaksi meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak

Page 6: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2003

playing are children's  way of life..dont take it away from them ....

LEARNING STATION

1. PENGENALAN  Pelaksanaan Learning Station (LS) di IPKS merupakan satu usaha yang berterusan dalam meningkatkan kualiti maktab dan juga budaya penyebaran ilmu di kalangan warga pendidik sama ada di maktab ataupun  masyarakat sekeliling. Jabatan Ilmu Pendidikan memberi sumbangan dengan memilih Prasekolah Bestari IPKS sebagai satu  sudut LS yang akan dimulakan pelaksanaannya pada tahun 2004 ini .      2. RASIONAL Prasekolah Bestari IPKS setelah ditubuhkan mempunyai tradisi kecemerlangan yang menjadi pilihan utama ibu bapa bagi memberi pendidikan awal kepada anak-anak  mereka. Setakat ini program ini telah berjalan lancar dibantu oleh seorang guru terlatih dan diselia di bawah Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP). 3. MATLAMAT PRASEKOLAH Prasekolah merupakan satu program pendidikan awal kanak-kanak yang telah dimulakan  secara meluas setelah termaktub pelaksanaannya dalam Akta Pendidikan 1996.  Antara matlamat pendidikan prasekolah adalah untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek pertumbuhan dan perkembangan mereka secara menyeluruh, seimbang dan sepadu. Perkembangan ini meliputi aspek rohani, intelek, emosi dan jasmani. 4. KEPENTINGAN PRASEKOLAH SEBAGAI LEARNING STATION  Antara kepentingan prasekolah dijadikan Learning Station adalah kerana : 4.1 Prasekolah merupakan program pendidikan awal kanak-kanak yang penting sekali dalam sejarah perkembangan pendidikan awal.

Page 7: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2003

 4.2 Learning Station  dapat memberi kesedaran kepada semua pihak  tentang keperluan prasekolah diwujudkan bagi kanak-kanak 6 tahun dan sebelum mereka menjejakkan kaki ke Tahun Satu. 4.3 Prasekolah Bestari IPKS adalah ke arah pendidikan bestari dari semua aspek akademik dan kemudahan . 4.4 Prasekolah IPKS  mempu memyediakan pelbagai maklumat yang diperlukan sebagai satu sumber rujukan di maktab dan Daerah Keningau ini.  5. PENGISIAN PROGRAM 5.1 Penambahbaikan keceriaan ruang dalam dan luar       (2004) 5.2 Papan kenyataan (2004) 5.3 Pendidikan muzik ( 2005) 5.4 Pendidikan Gerko ( 2005)  

 

The right temperature in a classroom is maintained by warm hearts.....Anonymous

1. Penambahbaikan ruang  

Penambahbaikan  ruang dalaman dan luar  prasekolah termasuk pembaikan    dinding, pintu ( depan & belakang) , gril tingkap dan almari menyimpan televisyen perabut baru yang lebih  kondusif dan bersesuaian dengan kanak-kanak prasekolah .

 Mewujudkan sudut pembelajaran yang dikenalisebagai Pusat Pembelajaran ( Learning Station)

 Pusat Kognitif Pusat Kemahiran Hidup

(Practical Life) Pusat Agama dan Moral Pusat Muzik Pusat Bahasa dan

Komunikasi Pusat Permainan Luar Pusat Hasil Kerja ( sudut

pameran ) Pusat Manipulatif Pusat Main Air dan Pasir

Pusat permainan luar

Bermain adalah cara hidup kanak-kanak ....

Mural dibangunan luar prasekolah

Learning Station2. Papan kenyataan

Papan kenyataan learning station akan dilengkapi dengan maklumat seperti berikut: 6.1.1 Tokoh tokoh awal pendidikan kanak-kanakFriederich Wilhelm

Maria Montessori

Imam Al Ghazali6.1.2 Matlamat dan objektif penubuhan praskeolah6.1.3 Sejarah Perkembangan Pendidikan Prasekolah di Malaysia6.1.4 Kurikulum Prasekolah ( Kementeria Pendidikan Malaysia)

Page 8: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2003

Pusat Kreativiti dan Estatika

 

Pusat Pandidikan Islam dan Moral

aah ..keceriaan dalaman ni pulak oleh pelatih kumpulan prasekolah semester 3 (1)

Pusat Sains

Tumbuhan merupakan bahan pemerhatian semasa membuat eksperimenPusat Kreativiti dan Estatika

Kemudahan yang bersih dan ceria

Pelatih KPLI Prasekolah melaksanakan keceriaan taman permainan Prasekolah Bestari melalui prog. BIG

Berwarna-warni seperti impian

6.1.5 Aktiviti- aktivitiPrasekolah6.1.6 Carta organisasi Jawatankuasa Induk Prasekolah          

 

Page 9: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2003

Lipatan merupakan satu latihan perkembangan motor halus kanak-kanak

Macam mana kelas tak ?

kanak-kana

Kaedah pengajaran yang utama dijalankan ialah :

BELAJAR MELALUI BERMAINAktiviti bermain dijadikan sebagai teknik yang berkesan dalam pembelajaran di prasekolah . Sedang bermain apa tu dik....... ........??????????

Bermain adalah fitrah kanak-kanak .

BERSEPADUAspek yang disepadukan ialah kemahiran , teori , nilai , komponen , teknik , pengajaran diluar dan dalam bilik darjah dan kaedah

Disepadukan dari pelbagai aspek kehidupan

ICTPenggunaan komputer dan perisian yang sesuai dengan tahap kanak-kanak menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan, lebih tumpuan , menarik minat  dan berkesan

Tumpuan kanak-kanak adalah tinggi semasa menggunakan ICT

BERTEMATema di pilih berasasakan  keadaan setempat , bahan  , tahap murid , musim  dan minat murid

Tema menjadi fokus pembelajaran

Page 10: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2003

Prasekolah Bestari Institut Perguruan Keningau Sabah

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Bahagian ini akan menyediakan beberapa maklumat yang berguna untuk tatapan awam dan ibu bapa yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak .

1. PENGESANAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK  

 1.     Pengesanan  Perkembangan Kanak-kanak Keperluan khas    

  Semua kanak-kanak adalah istimewa dan unik Cara pengajaran dalam bilik darjah juga perlulah disusun dan dirancang

untuk memenuhi keperluan murid – murid yang berbeza. Guru perlu melihat murid secara individu yang berbeza Cara terbaik seorang guru mengenalpasti perkembangan murid dalam

bilik darjah adalah dengan melihat perkembangan murid secara menyeluruh – akademik ( kognitif), fizikal ( motor halus & kasar ), sosial, rohani dan psikologi.

Kanak-kanak berkeperluan khas perlu diberi bantuan  dalam bilik darjah. Guru yang tidak mahir perlu mendapat bantuan untuk membimbing

kanak-kanak keperluan khas.     1.1 Keperluan Khas 

        Limitation on a person’s functioning restricts the individual activities.        Sensory and physical disabilities

- visual ( vision problem ) - hearing impairment ( menggunakan pendekatan oral – membaca bibir)

Page 11: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2003

atau pendekatan manual – isyarat tangan )        Physical  disorders

-  cerebral palsy  ( spastic)-  epilepsy

        Mental  retardation-  masalah mental ( intelektual) /  IQ rendah

        Speech and language disorders-  masalah menyebut perkataan-  masalah suara ( terlalu kuat, garau, nyaring, terlalu rendah )- bahasa berulang-ulang ( Fluency disorders)          - masalah memahami arahan secara oral- masalah memberi respon  dalam komunikasi- masalah mencari tata bahasa yang sesuai dalam komunikasi

        Emotional and behavioral disorders- masalah pergaulan- autisme- agresif- kemurungan ( mood disorder)- ketakutan  ( fear)- cemas ( anxiety)

        Kanak-kanak pintar cerdas- mempunyai keupayaan IQ lebih tinggi daripada kanak-kanak lain   ( 120 > lebih )

-         menguasai sesuatu kemahiran lebih cepat daripada kanak-kanak lain

-         lebih berdikari dalam aktiviti p & p-         mempunyai keupayaan memberi fokus kepada aktiviti p & p-         mempunyai kepimpinan-         dll

 1.2 Punca keadaan di atas disebabkan oleh

        Faktor genetic        Persekitaran        Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran  biasanya:

a. di bawah keupayaan normal atau lebih normal dari kanak-kanak lain          b. mempunyai masalah sekurang-kurangnya satu atau      lebih mata pelajaran akademik          c. masalah kesihatan yang tidak dapat dikenalpasti puncanya 1.3 Pengesanan (Screening) Cara saintifik dan sistematik mengesan sama ada kanak- kanak memerlukan bantuan semasa sesi p & p di bilik darjah .

Page 12: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2003

 1.4 Proses Pengesanan 

        Mengenalpasti kanak-kanak keperluan khas        Mengumpul maklumat  

-         kesihatan  kanak-kanak-         kesihatan ibu bapa-         penglihatan, pendengaran, tingkah laku  dll

        Memproses maklumat / data        Menganalisis maklumat  / data        Mengambil tindakan susulan        Dilakukan secara sekali atau berperingkat-pringkat  (periodical)

 1.5 Alat Pengesanan 

        Ujian khas menggunakan instrument-         Debver Developmental Screening Test (DDST) – lahir-6 tahun-         Batelle Developmental Inventory (BDI) – lahir – 8 tahun-         Wechler Preschool & Primary Scale of Intelligence ( WPPSI-R)-         DIAl-R-         BRIGANCE  K and 1 – prasekolah – tahun 1

        Pemerhatian-         senarai semak-         rekod anekdot-         rekod berterusan-         time sampling-         soal selidik ibu bapa / penjaga

        Portfolio murid-         -    Guru akan menyimpan contoh hasil kerja murid,              sama ada tulisan, lipatan, bahan projek dll untuk              melihat perkembangan tertentu murid ( cth. emosi,              motor halus, sosial dan kognitif)

-         hasil kerja murid disimpan dalam fail khas yang dipanggil portfolio.

        Kesihatan ibubapa murid    SOALAN1. Apakah kepentingan pengesanan kepada guru prasekolah ?2. Apakah cara yang paling sesuai bagi guru menjalankan pengesanan perkembangan di prasekolah. Berikan cadangan dan  langkah-langkah mengikut

Page 13: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2003

situasi  keperluan khas.3. Apakah data / maklumat  yang anda perolehi berasaskan pengesanan hasil kerja ( portfolio) kanak-kanak ?  2. Pemerhatian Sebagai Satu Cara Pengesanan 

        pemerhatian perlu dijalankan berasas matlamat tertentu        soalan-soalan yang perlu difikirkan ..

-         kenapa pemerhatian itu dijalankan-         apakah objektif yang hendak dicapai-         apakah situasi yang sesuai untuk mengumpul maklumat (setting)-         apakah focus perkembangan yang hendak diperhatikan     ( perkembanagn fizikal - motor halus, kasar,       bahasa, tingkahlaku  bermasalah, kesihatan …)-         bagaimana merekod maklumat-         siapa diperhatikan ( individu, kumpulan, beberapa kanak-kanak ..)-         bagaimana maklumat hendak direkod ( senarai semak, rekod

anekdot ..)-         apa yang perlu dilakukan semasa membuat pemerhatian-         terdapat perubahan tingkahlaku semasa diperhatikan?-         Berapa lama masa diperlukan untuk membuat pemerhatian

-event sampling – perlukan masa yang lama                   - time sampling – masa yang pendek sahaja 

2.1                         Matlamat pemerhatian          -    Antara matlamat membuat pemerhatian :

-         sebagai satu latihan professional-    pengalaman-         mengenalpasti tingkah laku kank-kanak-         membuat keputusan  contoh kesesuaian perabut dalam kelas, alat

permainan, ruang dll-         keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

        Objektif pemerhatian perlulah  bersesuaian dengan persekitaran dan  sumber 

2.2 Pendekatan pemerhatian        Terdapat pelbagai cara melakukan pemerhatian :

-         participant observation – terlibat dengan sample-         without being seen – behind mirror-         in distance – present in the situation-         jarak dekat – cth . mengesan pertuturan murid

pemerhati perlu mencatat dan bersemuka dengan kanak-kanak untuk mengumpul maklumat dengan tepat dan jelas.

2.3  Faktor-faktor yang mempengaruhi pemerhatian

Page 14: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2003

        sensitive dengan situasi dan keadaan emosi kanak-kanak        personaliti pemerhati        pengaruh setting – bahan , persekitaran , ruang …dll 

2.4 Apa yang hendak dilakukan semasa membuat pemerhatian        memilih kedudukan  yang sesuai        membuat catatan 

2.5 Ralat dalam pemerhatian 

        silap merekod peristiwa yang melibatkan tingkah laku        tidak cekap mencatat maklumat ( tidak dilakukan serta merta)        menambah maklumat yang tidak wujud        keletihan dalam pemerhatian        gangguan cth .  bunyi dari persekitaran        ketidak selesaaan        personaliti pemerhati ( cth. perihatin & sabar?)        sikap bias  ( biases) dalam pemerhatian        kesesuaian tempat / situasi

 2.6 Pemerhatian individu dan kumpulan              Kumpulan

- sekumpulan kanak-kanak yang mempunyai matlamat  yang sama   dan homogeneous  ( umur dan tahap  perkembangan )- sulit mencatat perbualan- sesuai menggunakan rakaman video- untuk 2 kanak-kanak – perhatian mestilah silih berganti  sepanjang masa.- sesuai untuk memerhatikan tingkah laku dalam  kumpulan dan bukan individu . Komponen kumpulan        karakter ahli kumpulan ( member characteristic) –

umur , bangsa ,  etnik , budaya dan agama .             - ianya mempengaruhi output  aktiviti dalam                  kumpulan .

        tingkah laku ahli  ( member behavior)        tingkah laku kontekstual ahli – hubungan antara

ahli  kumpulan sebagai satu sistem ( norma)              2.7 Langkah-langkah pemerhatian

Page 15: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2003

        tentukan perkara yang hendak diperhati        merekod maklumat dengan lengkap        merekod serta merta semasa pemerhatian        hadkan satu rekod untuk 1 peristiwa sahaja        rekod fakta yang tepat dan tidak membuat interpretasi        rekod peristiwa positif dan negative 

2.8 Kaedah pemerhatian ( methods)        kaedah bermaksud ‘ how to do it '  dan seluruh proses yang terlibat

dengan pemerhatian, prosedur  pemerhatian- tingkah laku – behavior

          - setting dan situation        normal dan tidak formal

-         normal – dilakukan secara teratur, terancang dan sistematik-         tidak formal - melalui aktiviti dan situsai semasa

 Teknik / kaedah  merekod dan membuat pemerhatian tingkah laku         penulisan narrative ( narrative description)

-         menggunakan huraian yang panjang dan terperinci-         on the spot-         khusus kepada tingkah laku-         tanpa gangguan,  interpretasi  atau penilaian-         boleh dilaksanakan melalui video, audio atau pemerhatian terus-         cth:

                           masa: 9.20 pagi : Ali tiba lebihkurang 35 minit setelah rakan-rakan lain tiba di sekolah . Ia meletakkan begnya di rak beg dan terus berdiri di sebelah rak beg dan melihat  rakan-rakannya . Ia melihat rakan dan keadaan persekitaran bilik darjah. Ia tidak bergerak selama 1 minit . Ia hanya mengerakkan matanya selama ia berdiri dan melihat terus ke arah rakan-rakannya melakukan aktiviti dalam bilik darjah .tamat : 9.22 pagi                              kebaikan penulisan narrative

-         gambaran penuh tentang peristiwa sebenar-         menjadi data mentah yang boleh diguna semula-         mencatat perbualan yang berguna untuk penilaian

           kelemahan-         memerlukan masa dan tenaga yang lama-         data perlu diproses untuk mendapat maklumat-         teknik skala tidak digunakan untuk mencatat ulangan tingkah laku-         memerlukan kecekapan mencatat dan memerhati 

Page 16: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2003

        time sampling-         pemerhati mencari satu masa tertentu  dan tingkah laku yang sesuai

untuk dijadikan sample-    pemerhatian yang bertujuan untuk mencatat kekerapan sesuatu

tingkahlaku berulang / berlaku .     Contoh tingkah laku yang diperhatikan ialah seprti bergaduh ,

bertengkar dan  panas baran ( aggresif) Tingkahlaku yang diperhatikan pada masa itu merupakan 'samples'

-    Memberi maklumat yang terperinci berkaitan tingkahlaku yang diperhatikan . .

-         cth. Dalam kelompok 15 murid, pemerhati akan memperuntukkan selama 3 minit untuk setiap kanak-kanak sehingga semua kanak-kanak di buat pemerhatian.

-         biasanya menggunakan senarai semak / koding dan mudah digunakan semasa membuat pemerhatian .

          kebaikan-         mudah digunakan khusus untuk pelbagai tingkahlaku-         tidak memerlukan belanja tinggi-         jimat masa-         data mempunyai kebolehpercayaan tinggi

        event sampling-         pemerhati memillih event/ tingkah laku sebagai

sample  untuk diperhati  semasa membuat pemerhatian Cth : tingkah laku sosial

-   Cara ini digunakan sekiranya sesuatu tingkah laku itu tidak selalu dipamerkan oleh murid semasa time sampling dilakukan.

-   Pemerhati biasanya akan menunggu berlakunya 'tingkah laku ' yang hendak diperhatikan berlaku dan mencatat peristiwa tersebut untuk dianalisis.

-         maklumat boleh ditulis secara naratif atau menggunakan koding     ( senarai semak )-         catatkan sama ada event / tingkah laku wujud dalam masa

pemerhatian-         tingkah laku yang tidak menjadi  focus tidak diambil kira ( senarai

semak ) , namu jika menggunakan  penulisan naratif semua perkara perlu dicatat

  rekod anekdot

-         maklumat murid di rekod secara berterusan mengikut tahap dan boleh disambung oleh guru lain.

-         melalui pemerhatian terus-         mencatat tingkahlaku murid sama ada normal atau bermasalah

Page 17: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2003

-         catatan pemerhatian diasingkan dengan tafsiran.-         pemerhati hanya perlu memerhati dan mencatat tingkah laku murid

yang wujud pasa masa pemerhatian.-         mencatat perubahan yang berlaku dalam tingkah laku murid-         membantu guru memahami  perkembanagn murid dari semasa ke

semasa 

        rekod frekuensi-         merekod tingkah laku murid menggunakan frekuensi. ( mencatat /

sebagai kekerapan )-         mudah digunakan dan ditafsir-         menyediakan maklumat/ data yang mudah difahami-         carta bar. cth : 20 % ali terlibat dengan aktiviti koperatif, 30%

solidarity  dan 50% secara unoccupied 

        rekod harian-         mencatat perkembangan murid  bagi satu jangka masa yang

panjang.-         tertumpu kepada tingkah laku yang baru berbanding yang sedia

ada ( perkembangan)-         step by step progress over a period of time-         satu cara yg informal

         senarai semak ( check list)

-         specific behavior-         given content- sebahagaian daripada tingkah laku itu wujud dalam

pemerhatian 

        skala  ( rating scale)-         menggunakan skala cth: cemerlang, sangat baik, baik,     sederhana, lemah     

 

Prasekolah Bestari Institut Perguruan Keningau Sabah