201828153-asmnt-pendidikan-luar.docx

15
Tugasan A: 1.0 Pengenalan Dewasa ini, program-program yang berbentuk aktiviti luar telah mendapat perhatian masyarakat. Contohnya, di sekolah atau di institusi pengajian, kelab-kelab atau persatuan semakin kerap menganjurkanprogram atau aktiviti luar. Kebanyakan sekolah atau pihak institusi pengajian akan memperuntukkan sejumlah wang untuk aktiviti-aktivitirekreasi seperti mendaki gunung, berkayak, berakit, kembara alam dansebagainya (Masrina, 2009). 2.0 Definisi Pendidikan Luar 2.1 Definisi Pertama (Abu Bakar Sidek,2004) Pendidikan luar adalah pembelajaran dan pengajaran yang melibatkan alam semulajadi di mana ia menyediakan suatu tempat yang merupakan sebuah makmal hidup yang kaya dengansumber ilmu. Pendidikan luar juga bermaksud pembelajaran di dalam dan di luar rumah. Inibermakna tambahan dan pengkayaan kurikulum, menerusi pengalaman di luar. Ia boleh digabungjalinkan dengan amalan sihat yang bolehmemperkayakan pengalaman dan memupuk nilai-nilai murni bagimelahirkan individu yang sihat dari segi mental, rohani dan jasmani dalamusaha mewujudkan integrasi di kalangan masyarakat ke arah kesepaduan nasional (Abu Bakar Sidek, 2004). 1

Upload: mohamad-rizzal-wahab

Post on 21-Nov-2015

220 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Tugasan A:1.0PengenalanDewasa ini, program-program yang berbentuk aktiviti luar telah mendapat perhatian masyarakat. Contohnya, di sekolah atau di institusi pengajian, kelab-kelab atau persatuan semakin kerap menganjurkanprogram atau aktiviti luar. Kebanyakan sekolah atau pihak institusi pengajian akan memperuntukkan sejumlah wang untuk aktiviti-aktivitirekreasi seperti mendaki gunung, berkayak, berakit, kembara alam dansebagainya (Masrina, 2009).

2.0Definisi Pendidikan Luar2.1Definisi Pertama (Abu Bakar Sidek,2004)Pendidikan luar adalah pembelajaran dan pengajaran yang melibatkan alam semulajadi di mana ia menyediakan suatu tempat yang merupakan sebuah makmal hidup yang kaya dengansumber ilmu. Pendidikan luar juga bermaksud pembelajaran di dalam dan di luar rumah. Inibermakna tambahan dan pengkayaan kurikulum, menerusi pengalaman di luar. Ia boleh digabungjalinkan dengan amalan sihat yang bolehmemperkayakan pengalaman dan memupuk nilai-nilai murni bagimelahirkan individu yang sihat dari segi mental, rohani dan jasmani dalamusaha mewujudkan integrasi di kalangan masyarakat ke arah kesepaduan nasional (Abu Bakar Sidek, 2004).

2.2Definisi Kedua (Knapp, 1990)Pendidikan luar pada asasnya boleh didefinisikan sebagai penggunaansumber-sumber luar daripada bilik darjah untuk mencapai matlamat dan objektifpendidikan (Knapp, 1990). Ianya adalah merupakan suatu aktiviti yang menarikyang mana ia boleh dijalankan dengan pelbagai aktiviti seperti rekreasi, aktivitisosial dan aktiviti ibadah selain untuk pendidikan. Dalam dunia pendidikan, iadisifatkan sebagai merentas kurikulum.Definisi lain yang diberikan oleh beliau tentang pendidikanluar adalah proses pengalaman iaitu pembelajaran dengan melakukan dimana meliputi sebarang aktiviti pendidikan dalam persekitaran terbuka sama ada di bandar ataudi pedalaman.

2.3Definisi Ketiga (Meier dan Mitchell, 1993)Selain itu pendidikan luar juga merupakan salah satu media yangmembekalkan pembelajaran melalui pengalaman. Perkara ini turut diakui olehMeier dan Mitchell (1993), yang menyatakan bahawa pendidikan luartermasuklah semua jenis pengalaman yang meningkatkan pengetahuan, tingkahlaku atau kemahiran luaran dan membantu membuatkan kita lebih menghargai antara satu sama yang lain. Gabungan elemen kognitif, psikomotor dan afektif dalam pendidikan luar akan menyumbangkepada pembinaan penghargaan diri (self-esteem), ke arah pembentukan pelajaryang sihat dari segi mental dan fizikal. Maka, melalui pendidikan luar, ia dapat diertikan sebagai proses pembelajaran dan pengajaran yang menyatakan kepentingan bagi keperluan danhubungan yang rapat antara pengalaman sebenar dan pendidikan. Selain itu,pendidikan luar turut membantu memperkembangkan fizikal yang diingini, mental,sosial dan semangat yang berkualiti (Meier & Mitchell,1993).

2.4Definisi Keempat (Brookes, 1994)Selain itu aktiviti pendidikan luar adalah pembelajaran yang menghasilkan pengalaman yang membolehkan interaksi dan mengetahui persekitaran alam semulajadi (Brookes, 1994). Oleh itu, pendidikan luar didefinisikan sebagai satu medium untukmasyarakat mendekatkan diri dengan alam sekitar. Contohnya, melalui aktiviti perkhemahantermasuk dalam sukatan pelajaran dalam sesuatu pendidikan.Pendidikan luar mempunyai sejumlah besar objektif, di antaranyatermasuklah: untuk membantu individu hidup dalam keadaan harmoni denganalam semulajadi, untuk memperkembangkan asas pemahaman di antara satusama lain, untuk mempergunakan pendekatan disiplin ke arah pendidikan,belajar menggunakan deria, belajar dalam makmal semulajadi dan untukmembangkitkan perasaan ingin tahu dalam kalangan pelajar.

2.5Definisi Kelima (Ford, 1986)Pendidikan luar boleh didefinisikan sebagai sebarang proses pengajarandan pembelajaran yang merentasi pelbagai matapelajaran dan dijalankansama ada di dalam atau di luar bilik kuliah (Ford, 1986). Ia merangkumi banyaksubjek yang berkaitan secara langsung dengan alam persekitaran dan situasihidup sebenar di luar bilik kuliah. Pendidikan luar menumpukan kepadapenggunaan teknik pembelajaran secara hands-on untuk mendapatpengetahuan. Buku bacaan perlu disokong dengan pengalaman agar pelajardapat memahami isi kandungannya dengan lebih mudah. Maka pendidikan luar merupakansuatu pendekatan pembelajaran bersifat realistik yang mengandungi elemenkognitif, psikomotor dan afektif yang berpusat kepada pelajar. Beliau juga menegaskan bahawa konsep definisi pendidikanluar adalah terdiri daripada aktiviti mencabar, aktiviti fizikal, aktiviti mengembaraatau aktiviti persekitaran. Pendidikan luar juga adalah proses yangberasaskan pada aktiviti berstruktur yang mana menggunakan alam semulajadiatau persekitaran tiruan untuk menentukan kekuatan individu atau intrapersonaldan interpersonal kumpulan

Kesimpulannya, berdasarkan perbincangan dan kesemua definisi yang dikemukakan,dapatlah dirumuskan bahawa kebanyakan pengkaji mendefinisikan pendidikanluar sebagai satu pendekatan untuk mencapai objektif pembelajaran menerusipengalaman melakukan sendiri di persekitaran terbuka ataupun semulajadi.

3.0Perbandingan Aktiviti Pendidikan Luar Pada Zaman Purba Dan Era ModenMenurut Ikmalhisam (2012), Pendidikan Luar merupakan satu pendekatan untuk mencapai objektif pembelajaran menerusi pengalaman melakukan sendiri dalam persekitaran terbuka atau semula jadi. Aktiviti ini telah dijalankan sejak zaman purba lagi, di mana banyak melibatkan aktiviti semula jadi seperti aktiviti memburu haiwan untuk mendapatkan sumber makanan.Terdapat pelbagai reaksi terhadap kesan penglibatan individu dan kumpulandi dalam aktiviti pendidikan luar terutama yang melibatkan aktiviti yang lasakseperti berkayak, aktiviti tali, meredah hutan dan sebagainya. Ada yangberpendapat aktiviti sebegini tidak perlu dilakukan kerana menyebabkan pelajarterbabit menghadapi risiko terdedah kepada kecederaan dan ancaman-ancamanlain. Selain itu ramai yang berpendapat dan mengatakan menjalani aktivitipendidikan luar akan mendedahkan pelajar kepada bahaya yang boleh mengundang kecederaan fizikal dan membuang masa tanpa memberi kesanpositif kepada bakal guru (Isjoni, 2004).Sungguhpun begitu, tidak kurang jugayang berpendapat bahawa dengan cara memberi pendedahan pelajar kepadapelbagai aktiviti dan persekitaran yang lasak dan cergas akan menghasilkanindividu yang tahan lasak, tahan diuji dan bersedia untuk menghadapi dugaan(Normar, 2000).(cth dan gambar menarik)

Tugasan B:

1.0PengenalanPerubahan budaya rekreasi kepada bersifat pembelajaran dan riadah amat ditekankan dewasa ini. Ini kerana, ia dapat menyeimbangkan aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) dalam kalangan pelajar maupun anggota masyarakat sekeliling. Oleh itu, salah satu aktiviti pendidikan luar yang sesuai ke arah tersebut adalah melalui kem perkhemahan. Budaya pembelajaran dan aktiviti sosialisasi yang dinamik boleh dipupuk melalui kem perkhemahan. Secara keseluruhannya, kem perkhemahan dapat menunjukkan beberapa pengaruh yang positif seperti nilai murni yang tinggi, sikap bekerjasama dan budaya bersatu padu dalam pelbagai kaum maupun agama. Di samping itu, membentuk diri yang berdisiplin, yakin diri, berdikari serta bersemangat tinggi dalam menghadapi sesuatu pengalaman yang baru, turut akan diperolehi daripada aktiviti perkhemahan. Semua ini sesuai dengan apa yang diwar-warkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di mana beliau menegaskan ciri-ciri utama pelajar atau remaja adalah yang mampu untuk membawa negara inimencapai status negara maju melalui perpaduan yang kukuh, mempunyaiperwatakan yang baik, mempunyai nilai murni dan mempunyai matlamat hidup yang besar (Hatta, 2010).

10

2.0Program Pendidikan Luar

b.Sebagai seorang guru kokurikulum sekolah, anda dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan satu program Pendidikan Luar yang melibatkan masa dua hari satu malam. Rancang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dalam program Pendidikan Luar tersebut. Anda hendaklah menyediakan jadual tentatif secara terperinci aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang dua hari tersebut. Aktiviti akan bermula pada pukul 8.00 pagi hari pertama dan berakhir pada pukul 5.00 petang hari kedua. Berikan justifikasi anda bagi setiap cadangan aktiviti.Tarikh : 28 Januari 2014 Hingga 29 Januari 2014 (Dua Hari Satu Malam)Tempat: Taman Sepilok SandakanSasaran: Murid Tahun 6 dari:- SK. Pekan Beluran- 10 peserta dan 2 orang guruSK. Sungai Nangka Beluran- 10 pesertadan 2 orang guruSK. Moynod Beluran- 10 pesertadan 2 orang guruSK. Sungai Sapi Beluran- 10 pesertadan 2 orang guruSK. Sungai Nangka Beluran- 10 pesertadan 2 orang guruSK. Balaban Jaya- 10 pesertadan 2 orang guruTarikhHariMasaAktivitiJustifikasi

28.01.2014

PAGI

SELASA8.00 pagi 8.30 pagi Pendaftaran Peserta Dan Guru Sesi mengagihkan peserta dan guru mengikut kumpulan nama-nama pokok buah-buahan tempatan. Pengurusan pelajar dan penempatan pelajar mengikut khemah serta guru pengiring yang ditugaskan bagi setiap kumpulan. Menjaga keselamatan dan memupuk disiplin kendiri.

8.30 pagi 9.30 pagi Sarapan Pagi Perhimpunan Bersama Peserta Dan Guru Pengiring Nyanyian Lagu:-a) Lagu Negarakub) Lagu Sabah Tanah Airku Menyiapkan Khemah bagi setiap kumpulan yang diagihkan. Membentuk budaya bekerjasama dan saling menghormati dalam satu kumpulan. Membentuk budaya kepimpinan berkumpulan. Bertoleransi sambil berkongsi pengalaman serta kemahiran.

9.30 pagi-10.00 pagi

Sesi Berkenalan Mengikut Kumpulan Nama-nama Pokok Buah-buahan Tempatan Yang Diberikan. Dengan Menyanyikan Lagu Tanya Sama Kawan (Dengan nada lagu Tanya Sama Pokok)Tanya sama kawan,Siapa nama kawan?Nama saya Alfred,Siapa nama kawan? Memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar. Saling menghargai dan menyayangi satu sama lain. Menggabungjalinkan estetik, seni dan komunikasi pelbagai hala.

10.00 pagi-10.30 pagi

10.30 pagi 11.30 pagi

11.30 pagi-12.30 t/hari

PETANGSELASA12.30 t/hari-

MALAMSELASA

29.01.2014PAGIRABU4.30 pagi 6.00 pagi Solat Membersihkan Diri Persiapan Pakaian dan Kemaskan Khemah

6.00 pagi-8.00 pagi Senaman ringan dan aerobik. Sukaneka Berkumpulan: a) Pertandingan memasang khemah yang paling cepat dan kemas.b) Pertandingan Mengumpul Ranting Kayu paling banyak

8.00 pagi 9.00 pagiMemasak makanan mengikut menu yang ditetapkan.Persiapan dan pertandingan makanan secara berkumpulan.

9.00 pagi 9.30 pagi Perhimpunan pagi. Nyanyian Lagu:-a) Lagu Negarakub) Lagu Sabah Tanah Airku

9.30 pagi-10.30 pagi

10.30 pagi-11.30 pagi

11.30 pagi 12.30 pagi

PETANGRABU

RUJUKANHatta, 2010Masrina, 2009