kuliah 7 -proses endogenik: lipatan, gelinciran dan gunung berapi

38
PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

Upload: asmawi-abdullah

Post on 22-Jan-2018

486 views

Category:

Education


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

PROSES ENDOGENIK:

LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

Page 2: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

i. Proses lipatan kerak bumi berlaku kerana wujudnya daya mampatan dan tekanan secara mendatar semasa proses pertembungan plat-plat tektonik. Semasa plat tektonikbertembung, tolakan mewujudkan asakan plat-plat dari dua hala yang bertentangan yang menyebabkan lapisan kerak bumi tersebut terhimpit dan terlipat.

ii. Proses gelinciran/sesaran ialah proses yang menyebabkan blok bumi boleh jatuh atau terangkat akibat adanya daya regangan dan mampatan yang dialami oleh lapisan kerak bumi.

Page 3: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

i. Lipatan simetri, iaitu bentuk lipatan yang kedua-dua cerunnya mempunyai kecerunan yang sama atau hampir sama. Kadar proses tolakan yang hampir sama dialami oleh kiri dan kanan cerun.

ii. Lipatan tak simetri, iaitu satu cerun lipatan berkeadaan lebih curam atau landai berbanding dengan cerun lipatan disebelahnyadisebabkan oleh kadar proses tolakan yang tidak seimbang antara kedua-dua belch cerun lapisan kerak bumi yang terlipat.

Page 4: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

Sistem gunung lipat muda tidak stabil kerana daripada sejarah geologinya is baru terbentuk dan geologinya juga tidak stabil berbanding dengan sistem gunung lipat tua. Di kawasan gunung lipat muda mudah berlakunya gunung berapi, gempa bumi dll

Page 5: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI
Page 6: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

i. Sesar biasa berlaku apabila wujud daya tegangan yang menarik kerak bumi atau blok batuan dan daya yang menolak kerak bumi/blok batuan dari bawah. Sesar biasa hanya melibatkan pergerakan menegak kerana satu bahagian blok batuan terangkat atau terlempar ke atas manakala satu bahagian lagi terjatuh atau terlempar ke bawah.

ii. Sesar songsang terjadi apabila daya mampatan dan tegangan yang bertindak terhadap blok batuan dari dua arah yang bertentangan. Tindakan ini menghasilkan garisan Sesar pads permukaan blok batuan tersebut dan seterusnya menyebabkan salah satu daripadablok batuan tersebut terangkat atau terjulang ke atas.

iii. Sesar rabak berlaku apabila daya mampatan dan tegangan yang dikenakan terhadap lapisan kerak bumi/blok batuan sehingga terjadi pergerakan secara melintang pads blok-blok batuan tersebut dari keduadua arah yang bertentangan. Pergerakan ini hanya berlaku secara mendatar dan tidak melibatkan sebarang kenaikan atau kejatuhan terhadap blok batuan.

Page 7: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

i. Terhasilnya lurah gelinciran dan gunung bongkah. Jika berlaku sesaran yang berulangkali di kawasan slur sungai maka terhasilnya teres-teres sungai mengikut siri kejatuhan blok bumi tersebut.

ii. Kewujudan air terjun seperti air terjun Niagara akibat sesaran yang berlaku merentangi sungainya.

iii. Kewujudan dataran tinggi seperti Dataran Tinggi Deccan di India yang mempunyai puncak yang rata akibat kenaikan blok bumi.

Page 8: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

Gunung berapi yang pernah meletus dan sedang menyimpan magmanya untuk letusan berikutnya. Tempoh antara letusan biasanya mengambil masa yang lama. Contohnya Gunung Berapi Vesuvius di Itali dan Gunung Berapi Fuji di Jepun.

Page 9: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

i. Kon gunung berapi lava asid bercerun curamkerana ciri-ciri lava asid yang likat dan cepa. membeku. Semasa lava atau magma meletus keluar dari genahar atau lohong yang terletak di puncak gunung berapi, lava tidak mampu mengalir jauh sebaliknya menyejuk dan membeku dengan cepat. Keadaan ini membentuk cerun kon gunung berapi yang curam.

ii. Kon gunung berapi lava bes lebih landai berbanding dengan gunung berapi lava asid. Gunung berapi ini juga dinamakan gunung berapi perisai Kelandaian gunung ini disebabkan sifat lava bes yang dimuntahkan keluar dari lohong yang cair serta mampu mengalir jauh sebelum membeku. Gunung berapi jenis ini sangat kaya dengan mineral ferum/besi.

Page 10: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

i. Krater atau genahar terbentuk setelah puncak gunung berapi yang meletus hancur dan membentuk satu lekukan atau kawah yang besar. Saiz krater yang terbentuk bergantung kepada kekuatan letupan gunung berapi berkenaan. Semakin kuat letupan maka semakin lugs puncak gunung yang mampu dihancurkan dan kesannya krater yang lebih besar akan terhasil.

ii. Kaldera terbentuk akibat daripada cantuman beberapa krater gunung berapi yang letaknya berdekatan antara satu sama lain. Siri letupan gunung berapi akan memusnahkan setiap kraterdan seterusnya kraterkrater tersebut akan bercantum antara satu sama lain membentuk tasik kawah yang sangat besar yang dinamakan kaldera

Page 11: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

Gunung berapi sering berlaku di Asia Pasifik kerana is terletak di sempadan plat tektoknik yang aktif yang sering mengalami pertembungan dan pencapahan. Zon ini mengalami geologi yang tidak stabil dikenali sebagai zon lingkaran api pasifik.

Page 12: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

Letusan gunung berapi terjadi akibat tolakan magma dari mantel bumi yang keluar menerusi lohong-lohong gunung. Rempuhan magma ini akan menghancurkan batuan-batuan yang membentuk gunung berapi.

Page 13: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

i. Kepulan asap dan gas. Asap tebal sebelum berlakunya letusan; menunjukkan aktiviti igneus peringkat akhir. Gas yang dibebaskan seperti gas sulfur oksida dan nitrus oksida. Sulfur oksida merupakan gas utamayang dibebaskan. Bergantung kepada komposisi lahar yang diletuskan.

ii. Muntahan debu. Muntahan debu dari gunung berapi yang lebih bersifat peroi dan banyak bahan sulfur. Ketinggian muntahan debu boleh mencapai beberapa kilometer bergantung kepada magnitud letusan.

iii. Bahan piroklastik . Terdiri daripada ketulan, serpihan dan bongkah batuan yang dihancurkan oleh letupan yang kuat. Serpihan batuan dari lohong gunung berapi yang dilontarkan oleh letusan yang kuat.

iv. Lava atau cairan magma yang mengalir keluar. Terbahagi kepada dua jenis iaitu Lava asid yang sangat likat/pekat, melekit dan mengalir perlahan serta cepat membeku dan juga lava bes yang cair dan boleh mengalir jauh.

Page 14: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

Jenis bahan yang diletuskan. Keanekaan bahan yang diletuskan mempengaruhi kepelbagaian rupa gunung berapi. Sebagai contohnya, lava bes akan membentuk gunung berapi perisai yang bercerun landai dengan ukur lilit yang sangat besar. Manakala letusan yang mengeluarkan lava asid pula akan menghasilkan gunung berapi berkubah dengan cerun yang curam.

3 (a) Mengapakah terdapatnya pelbagai

jenis dan bentuk gunung berapi?

[12]

Page 15: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

Sifat lohong gunung berapi. Sifat lohong wung berapi akan menentukan cara dan arah aliran lava. Sebagai contohnya, lohong linear/mendata akan menghasilkan dataran lava apabila lava tersebut membeku. Bagi lohong tengah/tunggal pula akan menghasilkan kon. Sekiranya terdapat lohong-lohong yang banyak dan berdekatan antara satu sama lain maka kon-kon gunung berapi yang terbentuk akan bercantum dan boleh menghasilkan kon serba ragam.

3 (a) Mengapakah terdapatnya pelbagai

jenis dan bentuk gunung berapi?

[12]

Page 16: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

Sifat dan jenis letusan. Letusan yang senyap dan berterusan akan mewujudkan kon gunung berapi yang sekata. Letusan yang kuat pula akan mengakibatkan lohong gunung berapi musnah dan mewujudkan kawah yang besar atau kaldera di puncak gunung berapi

3 (a) Mengapakah terdapatnya pelbagai

jenis dan bentuk gunung berapi?

[12]

Page 17: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

Kuantiti lava dan bahan piroklas yang keluar. Saiz gunung berapi amat bergantung kepada kuantiti lava yang dikeluarkan. Lebih banyak bahan yang dikeluarkan beret lebih besar gunung berapi akan terbentuk.

3 (a) Mengapakah terdapatnya pelbagai

jenis dan bentuk gunung berapi?

[12]

Page 18: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

Aktiviti Pertanian; menyediakan tanah yang subur untuk tanaman padi sawah yang ditanam di lerenglereng bukit/cerun gunung berapi di Indonesia dan Filipina.

3 (b) Bincangkan kesan letusan gunung berapi ke atas alam sekitar manusia.

[13]

Page 19: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

Aktiviti Pelancongan; gunung berapi yang aktif menjadi daya tarikan pelancong. Tinggalan gunung berapi juga dijadikan kawasan pelancongan seperti Danau Toba, Indonesia.

3 (b) Bincangkan kesan letusan gunung berapi ke atas alam sekitar manusia.

[13]

Page 20: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

Sumber tenaga elektrik; sumber tenaga geoterma boleh dijana untuk bekalan elektrik kepada penduduk seperti di Iceland dan New Zealand.

3 (b) Bincangkan kesan letusan gunung berapi ke atas alam sekitar manusia.

[13]

Page 21: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

Penyelidikan aktiviti seismik dan volkanik untuk meramalkan risiko bencana kepada manusia.

3 (b) Bincangkan kesan letusan gunung berapi ke atas alam sekitar manusia.

[13]

Page 22: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

Sumber perubatan; batu gunung berapi dan lumpur gunung berapi menjadi sumber perubatan untuk kulit.

3 (b) Bincangkan kesan letusan gunung berapi ke atas alam sekitar manusia.

[13]

Page 23: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

Mengancam nyawa – kematian secara besar-besaran jika tidak ads usaha untuk pemindahan secara sistematik.

3 (b) Bincangkan kesan letusan gunung berapi ke atas alam sekitar manusia.

[13]

Page 24: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

Memusnahkan harts bends –rumah, kenderaan dsb disebabkan litupan debu, gas panas dan lava yang berasid.

3 (b) Bincangkan kesan letusan gunung berapi ke atas alam sekitar manusia.

[13]

Page 25: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

Memusnahkan kawasan pertanian – diliputi debu/sulfur, hujan asid dan juga mematikan haiwan ternakan.

3 (b) Bincangkan kesan letusan gunung berapi ke atas alam sekitar manusia.

[13]

Page 26: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

Pencemaran persekitaran manusia – pencemaran udara dan air yang memudaratkan kesihatan manusia.

3 (b) Bincangkan kesan letusan gunung berapi ke atas alam sekitar manusia.

[13]

Page 27: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

Lipatan simetri, iaitu bentuk lipatan yang kedua-dua cerunnya mempunyai kecerunan yang sama atau hampir sama.

4 (a) Huraikan kepelbagaian jenis

lipatan dan gelinciran yang dialami

oleh lapisan kerak bumi.

[13]

Page 28: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

Lipatan tak simetri, iaitu satu cerun lipatan berkeadaan lebih curam atau landai berbanding dengan cerun lipatan disebelahnya.

4 (a) Huraikan kepelbagaian jenis

lipatan dan gelinciran yang dialami

oleh lapisan kerak bumi.

[13]

Page 29: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

Lipatan lampau, iaitu keadaan lipatan tertekan dan herot ke depan.

4 (a) Huraikan kepelbagaian jenis

lipatan dan gelinciran yang dialami

oleh lapisan kerak bumi.

[13]

Page 30: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

Antiklin rebah, iaitu keadaan lipatan tertekan dengan kuat dan jatuh ke depan.

4 (a) Huraikan kepelbagaian jenis

lipatan dan gelinciran yang dialami

oleh lapisan kerak bumi.

[13]

Page 31: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

Nappe, iaitu antiklin yang rebah, terns mengalami tekanan sehingga wujud rekahan dan seterusnya pematahan lintap mungkum. Wujud garis gelinciran/ sesar antara lintap mungkum dengan lintap lendut.

4 (a) Huraikan kepelbagaian jenis

lipatan dan gelinciran yang dialami

oleh lapisan kerak bumi.

[13]

Page 32: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

Sesar biasa - Sesar biasa berlaku apabila wujud daya tegangan yang menarik kerak bumi atau blok batuan dan daya yang menolak kerak bumf/blok batuan dari bawah.

4 (a) Huraikan kepelbagaian jenis

lipatan dan gelinciran yang dialami

oleh lapisan kerak bumi.

[13]

Page 33: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

Sesar songsang - Sesar songsang terjadi apabila daya mampatan dan tegangan yang bertindak terhadap blok batuan dari dua arah yang bertentangan.

4 (a) Huraikan kepelbagaian jenis

lipatan dan gelinciran yang dialami

oleh lapisan kerak bumi.

[13]

Page 34: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

Sesar rabak - sesar rabak berlaku apabila daya mampatan dan tegangan yang dikenakan terhadap lapisan kerak bumf/blok batuan sehingga terjadi pergerakan secara melintang pads blok-blok batuan tersebut dari kedua-dua arah yang bertentangan.

4 (a) Huraikan kepelbagaian jenis

lipatan dan gelinciran yang dialami

oleh lapisan kerak bumi.

[13]

Page 35: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

Terbentuknya sistem gunung lipat yang terdiri daripada gunung dan lurah serta lembah Contoh sistem gunung lipat utama dunia seperti Banjaran Rocky di Amerika Utara, Banjaran Andes di Amerika Selatan, Banjaran Alps dan Banjaran Himalaya di Asia.

4 (b) Jelaskan kesan lipatan dan gelinciran ke atas landskap fizikal di atas pemukaan bumi.

[12]

Page 36: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

Terhasilnya cenuram yang bermula dari puncak gunung hingga ke dasar lurah. Cerun curam ini bergantung kepada berapa tinggi lintap mungkum yang terhasil.

4 (b) Jelaskan kesan lipatan dan gelinciran ke atas landskap fizikal di atas pemukaan bumi.

[12]

Page 37: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

Gelinciran akan menghasilkan gunung bongkah (horst), lurah gelinciran (Graben) , teres gelinciran, jurang, air terjun, garis gelinciran, dan gempa bumi. Terdapat banyak contoh proses gelinciran dalam menghasilkan horst dan graben seperti: Lurch Gelinciran Afrika yang memanjang dari utara ke selatan sejauh 6 000 kilometer. Lurah yang dilalui oleh Sungai Rhine di Eropah Barat yang merupakan satu siri graben. Tasik Baikal di tengah-tengah Asia yang merupakan tasik yang paling dalam di dunia yang terbentuk di dalam sebuah graben.

4 (b) Jelaskan kesan lipatan dan gelinciran ke atas landskap fizikal di atas pemukaan bumi.

[12]

Page 38: Kuliah 7 -PROSES ENDOGENIK: LIPATAN, GELINCIRAN DAN GUNUNG BERAPI

Manakala Blok-blok sesar yang terangkat membentuk horst ialah seperti Gunung Bongkah Vosges dan Black Forest serta pergunungan Harz di Eropah.

4 (b) Jelaskan kesan lipatan dan gelinciran ke atas landskap fizikal di atas pemukaan bumi.

[1b]