20120531200501 kuliah 7 imperialisme barat di asia tenggara

67
Imperialisme Barat di Asia Tenggara

Upload: tatulrich-tatul

Post on 23-Jun-2015

2.431 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

imperialisme, kolonialisme dan mekantilisme di asia tenggara abad ke-19

TRANSCRIPT

Page 1: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Imperialisme Barat di Asia Tenggara

Page 2: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Pendahuluan

Kuasa-kuasa imperialis Barat yang mempunyai kawasan kawalan dan pengaruh di Asia Tenggara ialah Portugis, Sepanyol, Belanda, British, Perancis dan Amerika Syarikat.

 

Penguasaan Portugis tidak penting lagi selepas kekalahannya di Melaka oleh Belanda pada tahun 1641.

Page 3: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

 

Hanya Pulau Timur masih di bawah kekuasaan Portugis. Penguasaan Sepanyol di Filipina yang bermula sejak pertengahan abad ke-16 berakhir setelah dikalahkan oleh angkatan laut Amerika Syarikat pada tahun-tahun akhir abad ke-19.

Oleh itu, empat kuasa sahaja, iaitu British, Belanda, Perancis dan Amerika Syarikat yang mempunyai jajahan takluk di Asia Tenggara hingga abad ke-20.

Page 4: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Kawasan pengaruh Belanda tertumpu ke kawasan Kepulauan Indonesia, khususnya Jawa.

Penguasaannya di Melaka dan pengaruhnya di kawasan pantai barat Semananjung Tanah Melayu berakhir secara rasmi dengan termeterainya Perjanjian London 1824 antara Belanda dengan British.

Belanda sebagai satu kuasa yang telah lama berpengaruh telah berjaya membentuk empayar kolonial di Kepulauan Indonesia sebelum abad ke-19 lagi.

Page 5: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Belanda

Page 6: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

 

Walau bagaimanapun, dari tahun 1795 hingga tahun 1814, negara Belanda dikuasai oleh Perancis. Politik Belanda terbahagi kepada dua pihak yang berseteru.

 

Puak yang bekerjasama dengan Perancis mengambil alih pentadbiran apabila Raja Belanda (Stadhouder) William V, lari ke Britain.

 

Melalui Perjanjian Surat Kew, baginda mengizinkan Britain mengambil dan melindungi kepentingan Belanda di luar Eropah.

Page 7: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Keadaan ini menyebabkan tanah jajahan Belanda seperti Sri Lanka dan Jawa menjadi rebutan antara British dan Perancis yang mendakwa sebagai penaung Belanda.

 

Pihak British mengambil Melaka pada tahun 1795 dan kemudiannya pada tahun 1811 British telah menyerang Jawa dan mendudukinya apabila Perancis cuba memperkukuhkan pengaruhnya di situ.

 

Stamford Raffles yang dilantik oleh pihak British sebagai Penguasa Jawa memperkenalkan pentadbiran ekonomi bersifat liberal bagi menggantikan corak merkantilisme monopoli Belanda.

Page 8: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Setelah tamat Perang Napoleon dan melalui Perjanjian London pada tahun 1814, tanah-tanah jajahan Belanda yang diambil dan diuruskan oleh pihak British telah dipulangkan semula kepada Belanda.

 

Jawa diserahkan kepada Belanda pada tahun 1816 dan Melaka pada tahun 1818. Penyerahan jawa dan Melaka menimbulkan semula kebimbangan pihak British kerana Belanda memperkukuhkan semula sistem merkantilisme monopoli di kawasan pengaruhnya.

 

Dasar Belanda itu menutup peluang perdagangan dan sumber bahan mentah kepada pihak British terutamanya kerana dominasi Belanda melibatkan kedua-dua bahagian Selat Melaka.

Page 9: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Oleh itu, Perjanjian London 1824 diadakan bagi menetapkan sempadan kawasan pengaruh di antara pihak British dengan Belanda di Kepulauan Melayu. Selat Melaka dipersetujui sebagai sempadan pembahagian.

 

Kawasan ke selatan Selat Melaka menjadi kawasan pengiruh Belanda dan pihak British menguasai kawasan sebelah utaranya.

 

Bagi melaksanakan ketetapan itu maka Belanda menyerahkan Melaka kepada British, manakala British pula menyerahkan Bengkulen di Sumatera kepada Belanda.

Page 10: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Belanda yang menguasai semula Jawa dan beberapa kawasan lain telah menghidupkan semula ekonominya sebelum Perang Napoleon.

 

Dasar ekonomi liberal yang diperkenalkan oleh Raffles dianggap tidak sesuai kerana ia memberi kebebasan kepada petani selaingga mengurangkan pendapatan piliak kerajaan.

 

Kerajaan Belanda perlu menguasai kegiatan ekonomi kerana ia menghadapi masalah kewangan akibat Perang Jawa dan Perang Belgium.

Page 11: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Sebagai langkah pertama ke arah dasar merkantilisme monopoli, maka sebuah kompeni bernama Nederlandse Handel Maatschappij (N.H.M.) ditubuhkan pada tahun 1825 yang menjadi ejen yang menjalankan urusan import dan eksport kepada kerajaan Belanda.

 

Bank Jawa ditubuhkan pada tahun 1828 dengan modal terbesar dibiayai oleh kerajaan.

 

Kedua-dua institusi ekonomi ini memerlukan barang atau bahan mentah untuk pertukaran yang menguntungkan.

Page 12: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Oleh itu, Sistem Kultur (tanaman paksa) diperkenalkan di Jawa yang digerakkan oleh Gabenor van den Bosch pada tahun 1830.

 

Tanaman yang diutamakan ialah tebu, kopi, bahan rempah dan tembakau. Hampir kesemua balian ini menjadi monopoli kompeni N.H.M yang memberi keuntungan yang besar kepada kerajaan Belanda.

 

Sistem Kultur telah dapat memulihkan ekonomi Belanda dan dari tahun 1830 hingga tahun 1877, keuntungan yang diperoleh berjumlah 837 juta guilders.

Page 13: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Orang Cina yang menjadi ejen eksploitasi Belanda turut menikmati keuntungan dan kuasa ekonomi, manakala rakyat Jawa umumnya menanggung penderitaan.

 

Dasar tanaman paksa dan monopoli kerajaan telah dikecam oleh golongan liberal di Betanda. Perubahan perlembagaan Belanda pada tahun 1848 menyebabkan segala urusan tanah jajahan perlu dilaporkan kepada parlimen.

 

Laporan-laporan itu menyedarkan orang Belanda, khususnya golongan liberal, terhadap keburukan Sistem Kultur. Kecaman terhadap dasar-dasar yang diamalkan di tanah jajahan memaksa kerajaan menamatkan monopolinya secara beransur-ansur.

Page 14: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Sistem ekonomi berubah kepada bentuk liberal yang membuka peluang kepada perdagangan bebas antarabangsa. Dasar Liberal juga menggatakkan penglibatan pemodal-pemodal bebas Belanda.

 

Akta Pertanian tahun 1870 membenarkan para pengusaha memajak tanah bukan sahaja di Jawa, bahkan ke kawasan lain di Kepulauan Indonesia.

 

Walau bagaimanapun, penguasaan kerajaan terhadap ekonomi Indonesia tetap penting. Tanaman tebu ditamatkan pada tahun 1890, sementara tanaman kopi ditamatkan pada tahun 1917.

Page 15: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Bagi mengatasi persaingan perdagangan antarabangsa, kerajaan telah membentuk syarikat perkapalan moden iaitu Syarikat Kapal Dagang Diraja (Koninglijki Paketvaart Mij atau ringkasnya KPM) pada tahun 1884.

 

Perluasan pengaruh politik dan eksploitasi ekonomi walaupun mendapat tentangan seperti di Aceh dan Kalimantan, tetapi pada awal abad ke-20, hampir seluruh Indonesia berada di bawah kolonialisine-imperialisme Belanda.

 

Pengaruh Belanda yang berkembang pesat selepas Perjanjian London disaingi oleh perluasan pengaruh pihak British di Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo Utara.

Page 16: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Sebelum termeterainya Perjanjian London, pihak British hanya menguasai Bengkulen, Pulau Pinang dan Singapura. Pulau Pinang diambil oleh pihak British pada tahun 1786 dari Kedah dan Singapura pula pada tahun 1819 dari kerajaan Johor.

 

Bengkulen kemudiannya diserahkan kepada Belanda sebagai pertukaran dengan Melaka melalui perjanjian tersebut.

 

Ketiga-tiga kawasan itu (Melaka, Singapura dan Pulau Pinang) kemudiannya dicantumkan ke bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat.

Page 17: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

British

Page 18: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Penguasaan pihak British di Negeri-Negeri Selat, terutamanya di Singapura membantu kegiatan perdagangan pihak British dengan negara China.

 

Singapura dijadikan pangkalan perdagangan pihak British untuk menembusi kawasan monopoli Belanda di Kepulauan Indonesia.

 

Kejayaan pihak British di Negeri-Negeri Selat banyak berpunca daripada dasar ekonomi liberal yang diamalkannya.

Page 19: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Dasar ini menggalakkan kedatangan para pemodal dan syarikat perniagaan dari pelbagai negara Barat, termasuklah Jerman dan Amerika Syarikat.

 

Manakala kejayaan ekonomi yang dicapainya turut dibantu oleh kemasukan beramai-ramai buruh Cina.

 

Sebilangan besar orang Cina ini mendapat kekayaan setelah bergiat dalam urusan perdagangan, pertanian dan perniagaan.

Page 20: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Kekayaan dan kemahiran serta jumlah besar tenaga buruh orang Cina ini telah menjadi tiket penting keterlibatan mereka dalam kegiatan ekonomi di negeri-negeri Melayu.

 

Pada peringkat awal, orang Cina bergiat dalam bidang perlombongan bijih timah di Perak dan Selangor, dan pertanian di Johor.

 

Keuntungan yang diperoleh oleh orang Cina dalam kegiatan ekonomi di negeri-negeri Melayu mendapat perhatian orang Eropah.

Page 21: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Mereka berminat untuk terlibat dalam perlombongan bijih timah kerana permintaannya semakin meningkat dan nilainya tinggi di pasaran Eropah.

 

Peluang terbuka kepada para pengusaha Eropah terutamanya orang Inggeris apabila kerajaan British memulakan gerakan mara menguasai negeri-negeri Melayu.

 

Alasan pihak British menguasai negeri-negeri Melayu ialah untuk mewujudkan keamanan akibat berlakunya keadaan kacaubilau yang ditimbulkan oleh orang Cina yang bersaing merebut monopoli kawasan perlombongan.

Page 22: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Selain itu, berlaku pula perbalahan merebut kuasa di kalangan raja-raja dan pembesar Melayu.

 

Walaupun alasan itu ada kebenarannya, tetapi kekayaan sumber ekonomi serta kesuburan tanah negeri-negeri Melayu menjadi faktor yang dominan kepada penguasaan British di negeri-negeri tersebut.

 

Malah British takut kuasa Barat yang lain, terutamanya Jerman dan Perancis akan mendahuluinya jika ia tidak bertindak cepat menguasai negeri-negeri Melayu yang kaya dengan bijih timah.

Page 23: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Negeri Perak merupakan negeri yang pertama dikuasai oleh pihak British melalui Perjanjian Pangkor pada tahun 1874.

 

Setelah itu, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang pula dijajah. Keempat-empat negeri itu diletakkan di bawah pentadbiran sistem Residen.

 

Kemudian, keempat-empat negeri itu disatukan pentadbirannya menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1898.

Page 24: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Negeri-negeri Melayu yang lain di Tanah Melayu lambat dikuasai kerana beberapa sebab.

 

Walaupun Johor mempunyai potensi ekonomi yang baik, tetapi sukar dikuasai oteh pihak British kerana pentadbiran kerajaan Johor sudah dimodenkan mengikut struktur Barat.

 

Kedah juga mempunyai pentadbiran yang baik, tetapi pihak British lewat menguasainya kerana tidak mahu bertelagah dengan Siam yang menganggap negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu sebagai jajahan naungannya.

Page 25: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Setelah ancaman Perancis dan Jerman semakin kuat dirasakan oleh pihak British dan juga Siam, maka baharulah negeri-negeri itu dipengaruhi oleh pihak British melalui sistem penasihat.

 

Siam melepaskan negeri-negeri itu kepada pihak British kerana mahukan bantuan British bagi menghadapi ancaman Perancis yang, telah bertapak di Kemboja.

 

Negeri-negeri Melayu ini menjadi kawasan pengaruh British hanya pada awat abad ke-20 dan yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Page 26: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Kuasa British juga berusaha menguasai Brunei yang kaya dengan minyak. Walau bagaimanapun,

 

Brunei tidaklah dijajah sepenuhnya, sebaliknya hanya dijadikan negeri naungan Mahkota British.

Page 27: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Burma menjadi negeri takluk kuasa British melalui tiga peperangan. Peperangan pertama (1823-1826) menyebabkan kawasan selatan Burma jatuh ke tangan kuasa British.

 

Melalui peperangan kedua (1852), pihak British memperoleh kawasan tengah Burma. Dalam peperangan ketiga (1883) pula, kawasan utara jatuh kepada pihak British.

 

Selepas peperangan ketiga sehingga tahun 1890-an, British melancarkan pula gerakan (Pendamaian dan pemantapan pengaruh) ke seluruh Burma.

Page 28: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Alasan pihak British memerangi Burma ialah untuk melindungi kepentingan perdagangan dan keselamatan sempadan jajahan British di India.

 

Sebaliknya, Burma menganggap peperangan itu berpunca daripada pencerobohan ekonomi terutamanya ke atas monopoli diraja Burma oleh para pedagang British.

 

Burma juga memusuhi pihak British kerana telah memberi perlindungan kepada pemberontak Burma di sempadan Burma-India.

Page 29: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Di samping itu, faktor-faktor lain yang menjadikan Burma memusuhi pihak British ialah masalah keengganan orang Eropah menghormati budaya Burma terutamanya tidak mahu membuka kasut sewaktu memasuki istana dan rumah ibadat serta masalah kekasaran tentera kedua-dua belah pihak.

 

Secara keseluruhannya, alasan dan dakwaan kedua-dua pihak mempunyai asasnya, tetapi masalah ekonomi adalah punca utama tercetusnya setiap peperangan.

Page 30: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Kesan penaklukan kuasa British dan pengenalan sistem pentadbiran British pada peringkat awalnya di selatan Burma:

mengancam sistem pentadbiran tradisional Burma

memberi ruang pertapakan kepada penerokaan ekonomi imperialis ke kawasan Burma.

Page 31: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Kegiatan para pedagang dan kemasukan beramai-ramai orang India meruntuhkan struktur dan kegiatan ekonomi orang Burma.

 

Pertembungan kepentingan ekonomi imperialis dengan Burma menjadi pencetus utama peperangan seterusnya.

 

Usaha Burma mendapat bantuan pihak ketiga bagi menghadapi penerokaan ekonomi dan wilayah oleh pihak British menambah kesungguhan British untuk menguasai seluruh Burma.

Page 32: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Perancis

Page 33: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Perancis membantu Burma kerana Perancis mahu menghalang pihak British mendapat jalan darat ke China melalui hulu Burma.

 

Ini disebabkan Perancis sedang memperluaskan dan memperkukuhkan penguasaannya di Indochina.

 

Di samping itu, Perancis sedang berusaha membentuk jalan dagang darat ke China melalui Sungai Mekong.

Perancis mula memperluaskan empayarnya ke Asia Tenggara pada tahun 1850-an.

Page 34: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Perluasan kuasa Perancis bermula dengan tindakan angkatan tentera lautnya menguasai sebahagian Cochin-China dan bandar Saigon antara tahun 1859 hingga tahun 1861.

 

Tindakan berikutnya berlaku antara tahun 1885 dan tahun 1886 yang menyebabkan seluruh wilayah Vietnam jatuh ke tangan Perancis.

 

Penguasaan Perancis di Vietnam dilakukan kerana dua sebab utama. Pertama, berpunca daripada tindakan pihak berkuasa Vietnam menindas rakyatnya yang telah dikristiankan oleh para mubaligh Perancis.

Page 35: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Pada tahun 1800, terdapat kira-kira 300 000 orang di Vietnam yang menganut agama Kristian dengan usaha para mubaligh Kristian Perancis sejak abad ke-17.

 

Jumlah yang besar itu dianggap mengancam kekuasaan tradisional Vietnam kerana para penganut agama Kristian tidak lagi mengamalkan tradisi orang Vietnam.

 

Berbagai-bagai penindasan dilakukan terhadap orang Kristian oleh pihak Vietnam sehingga para mubaligh Perancis merayu kerajaan mereka agar campur tangan.

Page 36: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Selain itu, tindakan Perancis itu adalah kerana kepentingan politik dan ekonomi. Dari segi politik, Perancis mahu meluaskan empayarnya supaya ia juga tidak ketinggalan dalam perlumbaan mendapatkan tanah jajahan di kalangan kuasa imperialis Barat.

 

Vietnam menjadi sasaran kerana kawasan itu belum dikuasai oleh imperialis lain dan di situ juga sudah terdapat kepentingan peradaban Perancis yang telah dapat menyebarkan agama Kristian.

 

Dari segi ekonomi pula, penguasaan Perancis di Vietnam memberikannya bahan-bahan perdagangan seperti kapas, sutera, gala, beras dan kayu-kayan.

Page 37: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Malah, kedudukan Vietnam berdekatan dengan pintu masuk ke negara China dan ini memberi potensi untuk mendapatkan bahan mentah dan pasaran yang baik kepada Perancis.

 

Penaklukan Perancis di Vietnam diikuti oleh penguasaannya yang lebih luas di Kemboja dan Laos.

 

Pada peringkat awal penguasaan Perancis di Indochina, pihak tentera laut memain peranan utama dalam pentadbiran kawasan itu.

 

Kemudiannya, dengan kemunculan sekumpulan ahli parlimen Perancis yang dikenali sebagai kumpulan (persatuan) kolonial, urusan pentadbiran tanah jajahan mula dipindahkan kepada pihak awam.

Page 38: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Menurut kebanyakan pendapat golongan kolonial, tanih jajahan diperoleh kerana kepentingan saudagar dan para pengusaha.

 

Pandangan ini menjadi kenyataan kerana para pengusaha Perancis lebih bergiat mengeksploit sumber alam dan tenaga manusia di Indochina dengan pembukaan ladang secara besar-besaran dan perlombongan.

 

Dengan perbincangan di atas, dapat dirumuskan bahawa setiap gerakan imperialistik kuasa Barat mendukung faktor asas seperti kemuliaan atau kebanggaan kebangsaan, kelebihan ekonomi, keutamaan bangsa dan misi moral (tamadun).

Page 39: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Amerika Syarikat

Page 40: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Faktor-faktor itu juga mengiringi gerakan perluasan kawasan Amerika Syarikat. Pada prinsipnya, Amerika Syarikat menentang imperialisme kerana kewujudan negara itu juga adalah hasil perjuangan menentang kongkongan empayar British.

 

Malahan, Amerika Syarikat menganggap perluasan kawasan mereka adalah satu bantuan untuk membebaskan sesebuah kawasan itu daripada kuasa imperialis dan cuba memperkenalkan prinsip demokrasi.

 

Sikap dan tindakan Amerika Syarikat yang demikian itu menjadikannya terkenal sebagai juara demokrasi dunia.

Page 41: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Amerika Syarikat juga menyifatkan tindakannya sebagai takdir nyata, iaitu gerakan perluasannya adalah pelaksanaan satu tanggungjawab moral.

 

Pendirian itu dibuktikan pada mulanya melalui Perang Amerika-Sepanyol pada tahun 1898 berhubung masalah Cuba.

 

Peperangan ini berkesudahan dengan penyingkiran penguasaan imperialis Sepanyol bukan sahaja dari kawasan Amerika Tengah, bahkan di beberapa pulau di Lautan Pasifik termasuklah Filipina.

Page 42: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Kejayaan Amerika Syarikat menyingkirkan penguasaan Sepanyol di Filipina pada tahun 1899 sangat menggembirakan para pejuang pembebasan Filipina.

 

Mereka mengganggap zaman eksploitasi imperialis dan kolonialisme Barat sudah dapat ditamatkan dengan bantuan juara demokrasi dunia.

 

Kegembiraan itu luntur apabila Amerika Syarikat bertindak menjadikan Filipina sebagai kawasan pengaruhnya.

 

Orang Filipina berusaha menentang penguasaan Amerika Syarikat tetapi dapat dipatahkan dan dalam tempoh tiga tahun, seluruh Filipina dapat dikuasai oleh negara juara demokrasi yang bertukar menjadi kuasa imperialism.

Page 43: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Alasan Amerika Syarikat menguasai kepulauan itu ialah kerana orang Filipina belum bersedia untuk membentuk kerajaan yang bersifat demokratik.

 

Orang Filipina dianggap masih kurang berpelajaran dan pengalaman politik serta terpecah pula kepada pelbagai bangsa dan bahasa.

 

Sungguhpun orang Filipina mendakwa bahawa mereka berkeupayaan dari segi pelajaran dan selok-belok politik untuk membentuk kerajaan yang baik, tetapi soal perpecahan, khususnya dalam perkara agama, memang menjadi masalah utama.

Page 44: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Sebahagian besar penduduk di utara dan tengah Filipina terdiri daripada orang beragama Kristian, manakala di selatan Filipina dan pulau-pulau di bahagian barat kebanyakan penduduknya beragama Islam.

 

Masalah perpecahan terus menjadi penghalang bagi membentuk kesatuan Filipina semasa dan selepas penguasaan Amerika Syarikat.

 

Kejayaan Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa Barat yang lain menjajah kawasan di Asia Tenggara banyak dibantu oleh kekuatan tentera laut.

Page 45: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Konsep Perluasan Kuasa Barat di Asia Tenggara

Page 46: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Bagi kuasa-kuasa Barat seperti Jerman, Rusia dan Denmark yang tidak mempunyai kekuatan itu, maka keupayaan mereka untuk memperoleh tanah jajahan di rantau ini tidaklah besar.

 

Mereka tidak mampu menyaingi kekuatan angkatan laut British, Perancis dan Belanda.

 

Namun demikian, mereka mempunyai kekuatan dari segi perdagangan yang dapat membantu gerakan imperialisme di Asia Tenggara. Jerman merupakan kuasa yang mempunyai kekuatan perdagangan.

Page 47: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Syarikat perkapalannya, Norddeautscher Lloyd merupakan syarikat perkapalan yang, kedua terbesar di dunia pada akhir abad ke-19.

 

Pengaruh ekonomi Jerman berkembang pesat di Asia Tenggara mulai tahun 1870-an. Bandar-bandar utama di Asia Tenggara menjadi pusat kegiatan ekonomi syarikat dan pengusaha Jerman.

 

Pada tahun 1887, seorang peniaga Jerman bernama Muhlinghaus bersama-sama dengan seorang peniaga Inggeris bernama Sword telah menubuhkan Straits Trading Company.

Page 48: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Syarikat ini merupakan syarikat melebur bijih timah yang pertama di Tanah Melayu. Kejayaan syarikat dan para pengusaha Jerman di Asia Tenggara begitu ketara sehingga mencetuskan kebimbangan dan menggalakkan lagi persaingan penguasaan di antara kuasa-kuasa imperialis lain.

 

Persaingan antara kuasa-kuasa Barat bagi mendapatkan bahan mentah dan pasaran telah mempercepatkan dan memperluaskan kawasan penjajahan Barat di rantau ini.

Page 49: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Sehingga meletusnya Perang Dunia Pertama (1914), semua negara di Asia Tenggara, melainkan Thailand sahaja, telah dikuasai oleh kuasa-kuasa imperialis Barat.

 

Dua faktor utama Thailand tidak dikuasai ialah kerana raja-rajanya, terutamanya Mongkut dan Chulalongkorn, bertindak bijak membuka dan memodenkan Thailand mengikut keperluan ekonomi antarabangsa.

 

Selain itu, kesediaan pihak British dan Perancis menjadikan Thailand kawasan penampan persaingan mereka.

Page 50: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Walau bagaimanapun, Thailand tidak berupaya mengelakkan ekonominya daripada dikongkong oleh kuasa-kuasa imperialis Barat.

 

Malah, beberapa kawasan naungan Thailand di sebelah timur, barat dan selatan terpaksa diserahkan kepada penguasaan British dan Perancis untuk mengekalkan kemerdekaannya.

 

Pada peringkat awal, imperialisme British dan Belanda dilakukan oleh pertubuhan perdagangan berpiagam yang diberi kuasa membolot semua perdagangan.

Page 51: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Syarikat-syarikat itu dikenali sebagai Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) dan Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC).

 

Syarikat-syarikat itu kemudiannya dibubarkan dan peranan mereka diambil alih oleh syarikat-syarikat perdagangan yang sebahagiannya ditubuhkan di pelabuhan utama seperti Singapura, Betawi, Bangkok dan Manila.

 

Syarikat-syarikat ini berpeluang mendapat keuntungan yang lumayan dan berperanan penting dalam perkembangan imperialisme Barat kerana wujudnya kapal-kapal berenjin wap.

Page 52: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Pada pertengahan pertama abad ke-19, syarikat-syarikat perdagangan British menguasai jalan perdagangan antara rantau ini dengan dunia luar kerana mereka merupakan pelopor dalam sistem pengangkutan kapal wap.

 

Selepas itu, wujud syarikat-syarikat perkapalan moden kuasa-kuasa imperialis Barat yang lain.

 

Kemajuan teknologi perkapalan juga membantu memperkuatkan lagi tentera laut negara Barat Yang sangat berguna dalam menjamin kepentingan mereka di luar negeri.

Page 53: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Sebilangan daripada syarikat perdagangan itu kemudiannya meluaskan kegiatan ekonomi mereka secara Iangsung ke dalam bidang perladangan dan perlombongan.

 

Ada juga syarikat yang meniadi ejen (wakil) pihak pelabur di Eropah menanam modal di ladang dan lombong orang Eropah di Asia Tenggara.

 

Modal juga diperoleh daripada syarikat kewangan dan bank. Institusi kewangan semakin banyak ditubuhkan mulai pertengahan abad ke-19.

Page 54: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Kemampuan kuasa Barat menyediakan modal yang cukup membolehkan mereka menguasai bidang ekonomi yang utama.

 

Di Asia Tenggara, salah satu bidang yang mereka kuasai ialah perlombongan. Hasil galian utama di kawasan ini ialah bijih timah, minyak, arang batu dan emas. Petroleum banyak terdapat di Indonesia.

 

Perlombongan minyak dikuasai oleh Syarikat Royal Dutch Shell, iaitu satu syarikat usaha sama antara British dan Belanda.

Page 55: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Di Kalimantan Timur, perlombongan minyak diusahakan oleh Syarikat Standard Oil dari Amerika Syarikat.

 

Bijih timah banyak terdapat di Tanah Melayu. Bahan ini telah dilombong sejak dahulu lagi oleh orang tempatan, tetapi pada skala yang kecil sahaja.

 

Pengeluaran bijih timah bertambah pada abad ke-19 apabila modal, kemahiran, pengurusan dan tenaga buruh Cina digunakan.

Page 56: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Walau bagaimanapun, pengeluaran bahan itu masih tidak dapat memenuhi permintaan kilang-kilang di Barat.

 

Kemasukan modal, peralatan moden dan penguasaan Barat telah menjadikan perlombongan bijih timah dijalankan secara besar-besaran untuk memenuhi permintaan terhadap bahan tersebut.

 

Pada awal abad ke-20, syarikat dan pemodal Barat berjaya menguasai perlombongan bijih timah di Tanah Melayu yang mengatasi dominasi orang Cina sebelumnya.

Page 57: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Modal Barat disalurkan juga dalam perusahaan pengeluaran tanaman kontan yang dilakukan secara besar-besaran melalui pembentukan ladang yang luas.

 

Tanaman yang diusahakan ialah getah, kelapa sawit, tebu, kopi, tembakau dan kelapa. Syarikat-syarikat Barat seperti Guthrie, Harrisons & Crossfield, Sime Darby dan Socfin terlibat dalam bidang ini.

 

Kebanyakan hasil perusahaan ladang getah diuruskan oleh syarikat-syarikat itu tetapi syarikat besar pembuat barangan getah seperti Dunlop, Goodyear, Michelin dan Pirelli memiliki ladang getah sendiri.

Page 58: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Di Filipina, tembakau merupakan tanaman yang menguntungkan. Tiga perempat pengeluaran tembakau Filipina dimiliki oleh syarikat Sepanyol, La Tabacalera.

 

Di Indonesia, syarikat Belanda, Deli Maatschappij telah muncul sebagai syarikat penanaman tembakau di kawasan pantai timur Sumatera.

 

Kelapa sawit yang berasal dari Afrika Barat telah diperkenalkan ke Asia Tenggara oleh Syarikat Socfin.

Page 59: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Syarikat-syarikat, modal dan teknologi Barat hanya akan berjaya jika ada tenaga buruh yang banyak dan murah.

 

Sungguhpun penduduk peribumi Asia Tenggara turut memainkan peranan ekonomi, tetapi sumber tenaga buruh yang diutamakan oleh kuasa imperialis Barat khususnya Britain ialah orang Cina dan orang India.

 

Kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu dan orang India ke Burma membantu pertumbuhan ekonomi eksport di kedua-dua tanah jajahan British tersebut.

Page 60: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Di kawasan lain di Asia Tenggara termasuk Thailand, peranan orang Cina tetap penting kepada kegiatan ekonomi Barat.

 

Peranan mereka yang penting dalam ekonomi eksport menempatkan mereka pada strata sosial yang lebih baik berbanding dengan penduduk peribumi.

 

Imperialisme Barat juga dibantu oleh politik penjajahan atau kolonialisme Barat.

 

Sistem pemerintahan tempatan walaupun dikekalkan asasnya, tetapi diletakkan di bawah sistem pentadbiran Barat.

Page 61: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Para pemerintah tempatan tidak berdaya mempertahankan kekuasaan kerana mereka tidak bersatu dan tidak memahami keadaan dunia luar.

 

Corak pemerintahan mereka tidak dapat menyaingi sistem pentadbiran Barat yang tersusun baik dan disokong pula oleh kemantapan sistem perundangan dan kepolisian.

 

Imperialis Barat mengukuhkan lagi penguasaannya dengan cara-cara lain seperti membangunkan sistem perhubungan, institusi pendidikan dan melatih masyarakat tempatan untuk berkhidmat sebagai pegawai tadbir peringkat bawah.

Page 62: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Di samping itu, para mubaligh Kristian turut membantu kerajaan kolonial dengan mewujudkan golongan yang propenjajah melalui pengembangan agama dan pendidikan.

Page 63: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Rumusan

Page 64: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Kesimpulannya, imperialisme Barat berkembang berasaskan kepentingan ekonomi Eropah yang pesat dimajukan setelah berlakunya Revolusi Perindustrian.

 

Matlamat untuk mendapatkan bahan mentah dan pasaran mewujudkan persaingan antara kuasa-kuasa imperialis Barat menguasai kawasan tuar Eropah, termasuklah Asia Tenggara.

Page 65: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Kekayaan sumber alam, baik daripada hasil galian dan kesuburan tanah serta kesesuaian iklim Asia Tenggara untuk pelbagai jenis tanaman menjadi daya tarikan utama kepada penguasaan itu.

 

Akibatnya berlakulah pelbagai perubahan ekonomi, politik dan sosial di rantau ini. Oleh sebab imperialis Barat mementingkan ekonomi wang atau eksport, maka wujudlah bidang-bidang ekonomi baru.

Page 66: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Pertanian dagangan berkembang pesat, manakala pertanian tradisional diabaikan. Perlombongan, perdagangan dan perniagaan berkembang pesat di tangan mereka yang mempunyai modal, teknologi dan kemahiran serta kegigihan.

 

Masyarakat peribumi yang tidak mempunyai kesemua faktor itu atau sebahagian daripada sifat-sifat itu, tertinggal ke belakang.

Page 67: 20120531200501 kuliah 7   imperialisme barat di asia tenggara

Perubahan yang berlaku seterusnya sehingga Perang Dunia Kedua, menambah lagi luas jurang kemajuan antara masyarakat peribumi dengan golongan yang berperanan secara langsung kepada kepentingan imperialis Barat.