20150209042550_bbgo4103 topik 1

20
PENGENALAN Apakah gelagat organisasi? Gelagat organisasi adalah tingkah laku individu dan kumpulan dalam sesebuah organisasi. Kajian dalam gelagat organisasi setakat ini menekankan hubungan psikososial interpersonal dan gelagat dinamik dalam sesebuah organisasi. Untuk menjadi pengurus yang berkesan, adalah penting untuk seseorang individu mempunyai pemahaman mengenai gelagat organisasi. T T o o p p i i k k 1 1 Pengenalan kepada Gelagat Organisasi HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan apa itu pengurus; 2. Menerangkan fungsi dan peranan pengurus; 3. Membincangkan maksud gelagat organisasi; 4. Mengenal pasti lima disiplin yang menyumbang kepada bidang gelagat organisasi; 5. Menilai cabaran dan peluang bagi pengurus dalam mempraktikkan gelagat organisasi; dan 6. Menerangkan hubungan antara pemboleh ubah bersandar dan bebas dalam bidang gelagat organisasi.

Upload: satu-dua-tiga

Post on 05-Sep-2015

424 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

bb dalam BM

TRANSCRIPT

  • G

    G

    PENGENALAN

    Apakah gelagat organisasi? Gelagat organisasi adalah tingkah laku individu dan kumpulan dalam sesebuah organisasi. Kajian dalam gelagat organisasi setakat ini menekankan hubungan psikososial interpersonal dan gelagat dinamik dalam sesebuah organisasi. Untuk menjadi pengurus yang berkesan, adalah penting untuk seseorang individu mempunyai pemahaman mengenai gelagat organisasi.

    TTooppiikk

    11 Pengenalan

    kepada Gelagat Organisasi

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menerangkan apa itu pengurus;

    2. Menerangkan fungsi dan peranan pengurus;

    3. Membincangkan maksud gelagat organisasi;

    4. Mengenal pasti lima disiplin yang menyumbang kepada bidanggelagat organisasi;

    5. Menilai cabaran dan peluang bagi pengurus dalammempraktikkan gelagat organisasi; dan

    6. Menerangkan hubungan antara pemboleh ubah bersandar danbebas dalam bidang gelagat organisasi.

  • TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI 2

    Kajian gelagat organisasi juga termasuk melihat pemboleh ubah lain yang boleh mempengaruhi gelagat individu di tempat kerja. Ini termasuklah pekerjaan, reka bentuk kerja, komunikasi dan struktur dan reka bentuk organisasi. Untuk pemahaman yang lebih baik tentang gelagat organisasi, anda perlu tahu dan faham tentang disiplin dan pemboleh ubah yang mempengaruhi kajian berkenaan gelagat organisasi. Di samping itu, anda perlu memerhatikan perubahan dalam persekitaran kerja kerana faktor ini menimbulkan cabaran kepada pembangunan sesebuah organisasi. Dalam topik ini, kita akan membincangkan asas gelagat organisasi; definisi beserta disiplin, cabaran dan peluang yang terlibat.

    PENGURUS DAN ORGANISASI

    Sebelum kita melihat secara mendalam untuk topik ini, anda perlu tahu definisi seorang ppengurus. Berdasarkan perbincangan dalam kursus Prinsip Pengurusan pada semester sebelumnya, ppengurus ditakrifkan sebagai:

    Apakah sebuah organisasi? Sebuah oorganisasi secara umumnya ditakrifkan sebagai:

    Definisi yang lebih tepat tentang organisasi, bagaimanapun, melibatkan pemahaman struktur sosial organisasi, penglibatan, matlamat, teknologi dan persekitaran. Subtopik seterusnya akan memperkenalkan fungsi dan peranan pengurus dan kemahiran pengurusan beliau.

    1.1.1 Fungsi-fungsi Pengurus

    Apakah fungsi pengurus dalam memastikan bahawa matlamat organisasi tercapai? Rajah 1.1 menunjukkan empat fungsi dalam pengurusan.

    1.1

    Seseorang yang berjaya melakukan tugas tertentu melalui orang laindan/atau sekumpulan orang. Pengurus ialah seorang individu yangmembuat keputusan, mengagihkan sumber sesebuah organisasi danmengarahkan pekerja dalam melaksanakan aktiviti tertentu untukmencapai matlamat organisasi. .

    Satu unit sosial yang terdiri daripada dua atau lebih individu yang bekerjabersama-sama untuk mencapai satu matlamat.

  • TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI 3

    Rajah 1.1: Empat fungsi pengurusan

    1.1.2 Peranan-peranan Pengurus

    Setelah mengambil kira fungsi pengurus, mari kita mengkaji pula peranan pengurus. Menurut Henry Mintzberg, seseorang pengurus mempunyai tiga peranan utama: (a) PPeranan Interpersonal Ini merujuk kepada keperluan berkomunikasi dengan orang bawahan

    dan/atau rakan kerja. Terdapat tiga jenis peranan interpersonal:

    (i) Sebagai boneka atau ketua pemimpin yang mempunyai tanggungjawab utama sewaktu majlis rasmi organisasi seperti merasmikan dan menutup upacara, atau melawat pekerja yang dimasukkan ke hospital dan lain-lain;

    (ii) Sebagai ppemimpin yang perlu memberi motivasi, melatih dan mengambil tindakan disiplin ke atas pekerja; dan

    Berdasarkan Rajah 1.1, pernahkah anda melakukan sebarang fungsiyang disenaraikan? Jika pernah, bagaimanakah anda melakukannya?Bincangkan semasa tutorial.

    AKTIVITI 1.1

  • TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI 4

    (iii) Sebagai ppenghubung yang perlu berinteraksi dengan pihak lain untuk mewujudkan bukan sahaja hubungan kerja yang saling menguntungkan, tetapi juga peluang rangkaian.

    (b) PPeranan Informasi Pengurus selalunya bertanggungjawab untuk mendapatkan dan menyebar

    maklumat dari dalam dan juga luar organisasi. Maklumat ini dikumpul dan dipantau di mana maklumat yang sesuai akan disebarkan kepada kakitangan dan pihak lain dalam organisasi. Di samping itu, pengurus juga bertindak sebagai wakil jurucakap untuk organisasi apabila berurusan dengan pihak luar.

    (c) PPeranan Pembuat Keputusan Untuk peranan ini, seorang pengurus boleh menyumbang idea untuk satu

    projek tertentu sambil memaparkan peranannya sebagai seorang usahawan, mengendalikan pekerja dalam masalah yang berkaitan dan membuat keputusan yang sesuai. Pengurus juga dipertanggungjawabkan untuk memperuntukkan sumber dan menjadi perunding dalam semua transaksi perniagaan.

    Rajah 1.2 menunjukkan tiga peranan seorang pengurus.

    Rajah 1.2: Tiga peranan seorang pengurus

  • TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI 5

    1.1.3 Kemahiran-kemahiran Pengurusan

    Pengurus yang efektif perlu dilengkapi dengan tiga jenis kemahiran; teknikal, manusia dan konseptual. Penjelasan untuk ketiga-tiga kemahiran ditunjukkan di Jadual 1.1.

    Jadual 1.1: Tiga Kemahiran Pengurus

    Kemahiran Pengurusan Penjelasan

    Kemahiran Teknikal Ia merujuk kepada keupayaan pengurus menggunakan pengetahuan atau kepakaran beliau dalam bidang tertentu, contohnya kepakaran dan kemahiran teknikal yang dimiliki oleh doktor dan jurutera. Individu daripada profesion ini adalah tertakluk kepada pembelajaran formal yang menyeluruh. Walau bagaimanapun, beberapa kemahiran teknikal diperoleh melalui pengalaman semasa kerja.

    Kemahiran Manusia Ia merujuk kepada keupayaan pengurus untuk bekerja dengan orang lain sambil memahami dan memotivasi mereka. Terdapat ramai orang yang kurang berkeupayaan untuk mengaitkan dan berinteraksi dengan orang lain walaupun mempunyai pengetahuan teknikal yang kukuh. Kemahiran manusia merupakan alat penting bagi pengurus yang memerlukan bantuan seseorang individu dan/atau kumpulan individu dalam menjalankan kerja mereka.

    Kemahiran Konseptual Ia merujuk kepada keupayaan pengurus untuk menganalisis dan mendiagnosis keadaan kompleks atau masalah. Sebagai contoh, dalam membuat apa-apa keputusan, pengurus perlu mengenal pasti masalah, mencari alternatif untuk mengatasi masalah tersebut, menilai dan memilih penyelesaian yang terbaik untuk masalah ini.

    1. Apakah tugas dan tanggungjawab seorang pengurus?

    2. Nyatakan tiga jenis peranan interpersonal.

    3. Apakah perbezaan antara peranan informasi dan peranan pembuatkeputusan?

    SEMAK KENDIRI 1.1

  • TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI 6

    DEFINISI GELAGAT ORGANISASI

    Gelagat organisasi didefinisikan secara mudah sebagai:

    Definisi lain termasuklah:

    Menurut Robbins (2008), gelagat organisasi ialah:

    Dalam bahasa yang mudah, definisi di atas menerangkan gelagat organisasi sebagai kajian tentang bagaimana tingkah laku seorang individu dalam organisasi dan kesan reaksi beliau kepada prestasi keseluruhan organisasi. Memandangkan gelagat organisasi adalah berkenaan hubungan di tempat kerja, ia adalah nyata bahawa fokusnya adalah kepada kerja, tugas, ketidakhadiran, pusing ganti, produktiviti, prestasi dan pengurusan. Pemahaman yang kukuh tentang gelagat organisasi akan membolehkan pengurus mengenal pasti masalah, mendapatkan keyakinan staf apabila mengambil tindakan pembetulan dan memastikan bahawa semua perubahan yang dibuat mencapai matlamat mereka. Ringkasnya, gelagat organisasi cuba untuk memahami, menerangkan, meramal dan mengubahsuai tingkah laku individu dalam sesebuah organisasi.

    1.2

    Ketiga-tiga kemahiran yang disebut adalah penting untuk pengurus.Pada pendapat anda, adakah kesemua kemahiran itu sama pentingkepada pengurus yang berbeza di pelbagai peringkat pengurusan?Bincangkan.

    AKTIVITI 1.2

    Kajian terhadap individu dan kumpulan dalam organisasi.

    Tindakan dan sikap individu dalam organisasi.

    Satu bidang kajian mengenai kesan individu, kumpulan dan strukturterhadap gelagat manusia di dalam organisasi dan penggunaan pemahaman ini ke arah meningkatkan kecekapan sesebuah organisasi.

  • TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI 7

    DISIPLIN-DISIPLIN YANG MENYUMBANG KE ARAH GELAGAT ORGANISASI

    Beberapa bidang pengajian, teori, model dan kepercayaan menyumbang kepada gelagat organisasi iaitu psikologi, sosiologi, psikologi sosial, antropologi dan sains politik. Penerangan bagi lima disiplin ditunjukkan dalam Jadual 1.2.

    Jadual 1.2: Lima Disiplin yang Menyumbang kepada Gelagat Organisasi

    Disiplin Penjelasan

    Psikologi Ia merupakan sains yang cuba untuk mengukur, menerangkan dan pada masa-masa tertentu mengubah suai gelagat manusia dan haiwan. Ahli psikologi berusaha untuk memahami gelagat individu secara berterusan.

    Sosiologi Sementara tumpuan psikologi adalah ke atas individu, ahli sosiologi berusaha memahami peranan individu dalam sistem sosial, iaitu hubungan dengan orang lain. Sumbangan sosiologi ke atas gelagat organisasi mempunyai kaitan dengan kumpulan, pembentukan pasukan, budaya organisasi, komunikasi, kuasa dan konflik.

    Psikologi Sosial Psikologi sosial ialah gabungan psikologi dan sosiologi yang menjurus kepada pengaruh individu dan/atau kumpulan individu kepada individu lain dan/atau kumpulan.

    Antropologi Antropologi memberi tumpuan kepada aktiviti manusia. Kajian ini memberi tumpuan kepada budaya dan persekitaran yang boleh membantu kita memahami perbezaan dalam nilai-nilai asas, sikap dan gelagat antara rakyat di negara dan dalam organisasi yang berbeza.

    Sains Politik Sains politik merupakan kajian individu dan kumpulan dalam persekitaran politik. Ini termasuk konflik struktur, pengagihan kuasa dan juga manipulasi kuasa oleh individu untuk kepentingan diri mereka sendiri.

    1.3

  • TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI 8

    CABARAN DAN PELUANG DALAM GELAGAT ORGANISASI

    Subtopik ini akan memperkenalkan anda kepada cabaran yang dihadapi oleh pengurus pada hari ini dalam usaha mereka untuk memenuhi matlamat organisasi dan untuk kekal berdaya saing. Lima cabaran dan peluang dalam arena global adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.3.

    1.4

    Rajah di bawah menunjukkan pelbagai disiplin yang menyumbang kepada bidang gelagat organisasi. Padankan topik di sebelah kanan dengan disiplin yang berkaitan di sebelah kiri.

    AKTIVITI 1.3

  • TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI 9

    Rajah 1.3: Cabaran dan peluang dalam arena global

    Sekarang kita akan melihat lima cabaran dan peluang dalam arena global ini.

    1.4.1 Mengurus Globalisasi

    Organisasi hari ini menghadapi pelbagai cabaran daripada pesaing-pesaing antarabangsa dan tempatan. Oleh itu, pengurusan yang berkesan perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua jenis pengurus:

    (a) Pertama sekali, seorang pengurus yang terdedah kepada tugasan luar negara akan memerlukan dia untuk berurusan dengan tenaga kerja yang berlainan dengan tenaga kerja dalam negara dalam aspek seperti kemahuan, keperluan, sikap dan aspirasi.

    (b) Kedua, seorang pengurus yang walaupun ditempatkan dalam negara, boleh diberikan tugas mengendalikan orang atasan asing, rakan sekerja dan staf. Kaedah komunikasi yang berbeza akan digunakan untuk penduduk tempatan dan pekerja asing, contohnya menggalakkan pekerja menjadi lebih terbuka dan telus berbanding pekerja tempatan yang mungkin melihat menjaga air muka sebagai faktor penting. Perbezaan ini kadang-kadang boleh meletakkan pengurus dalam kedudukan yang janggal. Oleh itu, pengurus yang berkesan akan memastikan persekitaran kerja yang kondusif dan produktif dicapai dengan keupayaan beliau untuk memahami pelbagai budaya pekerja dalam sebuah organisasi dan menyesuaikan diri dengan perbezaan ini melalui stail pengurusan yang serba boleh.

    Adalah penting bagi organisasi untuk menerima pakai pendekatan globalisasi dalam usaha untuk kekal berdaya saing di pasaran.

  • TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI 10

    1.4.2 Mengurus Kepelbagaian Tenaga Kerja

    Organisasi hari ini juga menghadapi cabaran untuk menyesuaikan diri dengan kepelbagaian dalam tenaga kerja, iaitu daripada segi jantina, umur, bangsa dan kumpulan etnik. Pada masa ini, terdapat ramai wanita yang memegang jawatan berpangkat tinggi di tempat kerja (rujuk Rajah 1.4 sebagai contoh). Di samping itu, golongan kurang upaya juga diberi peluang pekerjaan sama rata, manakala perbezaan budaya ialah norma dalam semua organisasi. Perbezaan ini memerlukan kreativiti dan inovasi dalam sesebuah organisasi manakala tenaga kerja yang pelbagai ialah aset jika kepelbagaian itu diakui dengan betul dan mereka diberikan layanan yang sama adil.

    Rajah 1.4: Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, Governor, Bank Negara Malaysia

    Sumber: Bank Negara Malaysia Pengurus tidak lagi mampu untuk menganggap bahawa kakitangan beliau adalah sama atau homogenus, tetapi sebaliknya perlu menghargai perbezaan dalam setiap individu sebagai aset yang berpotensi.

  • TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI 11

    1.4.3 Mengurus Perubahan Teknologi

    Pengurus hari ini juga mesti berupaya untuk bersaing dengan perubahan yang berlaku dalam teknologi, yang telah menjadi sinonim dengan kemajuan. Apakah teknologi? Nelson and Quick (2008) mendefinisikan teknologi sebagai:

    Memandangkan bahawa teknologi sedang mengalami perubahan pesat, pengurus harus mengenal pasti orang yang betul untuk tugas tertentu dan memilih teknologi yang paling bersesuaian untuk organisasi beliau. Kegagalan untuk mengenal pasti dan menyesuaikan diri dengan teknologi yang paling terkini dan sesuai boleh mengakibatkan organisasi tewas kepada pesaingnya. Inovasi dan teknologi hampir pasti akan menyebabkan beberapa perubahan dalam persekitaran kerja. Perubahan ini dianggap sebagai sumber tekanan kerana pekerja umumnya mempunyai pandangan negatif terhadap perubahan; bimbang yang perubahan akan menjejaskan kerjaya mereka. Pengurus yang berkesan harus mengambil kira kesukaran ini.

    1.4.4 Mengurus Etika

    Pengurus tidak terkecuali daripada mengalami cabaran etika dan dilema. Organisasi yang mempunyai dasar yang jelas dan amalan kerja biasanya amat berjaya dalam menguruskan cabaran dan dilema yang melibatkan etika. Walau bagaimanapun, beberapa buah organisasi mungkin akan menghadapi kesukaran dalam menguruskan mereka yang mempunyai masalah berkaitan etika. Ini kerana tidak semua individu atau pekerja mempunyai pendapat yang sama tentang apa yang betul dan salah (rujuk Rajah 1.5).

    Proses intelektual dan mekanikal yang digunakan oleh organisasi untukmenukar input kepada produk atau perkhidmatan yang boleh mencapaimatlamat organisasi.

  • TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI 12

    Rajah 1.5: Sikap yang salah

    Sumber: www.cartoonstock.com Mujurlah, masyarakat kini secara umum adalah lebih berpengetahuan tentang keperluan mereka untuk bertindak selaras dengan sempadan undang-undang dan peraturan, dalam keadaan sedar sepenuhnya bahawa pecah amanah dan mengejar kepentingan peribadi dengan mengorbankan organisasi akan mengakibatkan kesan yang tidak diingini kepada mereka dan organisasi. Secara keseluruhan, mengurus etika kerja merujuk kepada keupayaan individu untuk membuat keputusan dan memilih gelagat yang betul, yang tidak bercanggah dengan nilai dan prinsip organisasi. Nilai ini perlu diterapkan ke dalam semua individu semenjak mula lagi.

    1.4.5 Mengurus Pengecilan

    Urusan pengecilan atau proses mengurangkan secara kekal bilangan kakitangan secara sengaja dalam organisasi telah menjadi amalan perubahan meluas sejak tahun 1970an. Pelbagai strategi boleh dikaitkan dengan pengecilan yang lebih menjangkau daripada pendekatan pengurangan kos yang mudah. Syarikat boleh menggunakan pengecilan sebagai salah satu antara beberapa kaedah untuk mencapai pemotongan kos, kadang-kadang menggunakan ia sebagai pilihan terakhir (rujuk Rajah 1.6).

  • TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI 13

    Rajah 1.6: Kartun berkenaan pengecilan

    Sumber: John McPherson Pengurangan pekerja mempunyai beberapa cabaran yang tersendiri. Pengecilan memberikan beberapa cabaran yang tersendiri. Menurut Palmer (2009), pengecilan mewujudkan isu pengekalan pekerja. Melalui pengecilan, ia mungkin membawa kepada kehilangan pekerja mahir yang penting. Apabila pekerja melihat rakan sekerja meninggalkan mereka, mereka mula meragui masa depan mereka di syarikat itu. Tanpa ahli yang penting dalam organisasi, produktiviti syarikat itu boleh menurun. Palmer (2009) juga berkata pengecilan boleh membuat sindrom terselamat. Dalam konteks ini, pekerja yang kekal dalam organisasi setelah aktiviti pengecilan, boleh mengalami sindrom ini di mana mereka mempersoalkan mengapa perubahan berlaku, berasa bersalah bahawa mereka kekal dalam organisasi manakala beberapa rakan kerja yang mereka hargai menganggur dan mungkin mempunyai semangat yang rendah disebabkan mereka tertanya-tanya sama ada mereka mungkin hilang pekerjaan dalam aktiviti pengecilan pada masa depan. Mereka berasa tiada kaitan lagi dengan organisasi terutamanya bila mereka tidak terlibat dalam melakukan perancangan dan matlamat yang berikutnya untuk organisasi.

  • TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI 14

    MODEL GELAGAT ORGANISASI

    Seterusnya, kita akan melihat model gelagat organisasi. Secara umum, gelagat organisasi (lihat Rajah 1.7) adalah terdiri daripada tiga komponen. Kumpulan terbentuk atas asas yang dibina oleh individu. Sistem atau struktur formal bertindak sebagai rangka kerja dalam memenuhi matlamat organisasi.

    Rajah 1.7: Model asas gelagat organisasi

    Sumber: Robbins (2008) Subtopik seterusnya akan menerangkan dua jenis pemboleh ubah yang terlibat: bersandar dan bebas, untuk memahami hubungan antara komponen dalam model gelagat organisasi. Mari kita baca.

    1.5.1 Pemboleh Ubah Bersandar

    Pemboleh ubah bersandar ialah faktor utama yang meramal atau menjelaskan hasil dan dipengaruhi oleh faktor lain. Pemboleh ubah bersandar yang utama termasuklah produktiviti, ketidakhadiran, pusing ganti, kepuasan kerja dan kewarganegaraan organisasi. Mari kita lihat penjelasan pemboleh ubah bersandar dalam Jadual 1.3.

    1.5

    Bincangkan lima cabaran yang dihadapi oleh pengurus dalam gelagatorganisasi dan terangkan peluang yang ada daripada cabaran ini.

    AKTIVITI 1.4

  • TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI 15

    Jadual 1.3: Pemboleh Ubah Bersandar

    Pemboleh Ubah Bersandar Penjelasan

    Produktiviti Ia merujuk kepada kecekapan dan keberkesanan organisasi dalam mencapai matlamat. Ia membantu untuk menilai sama ada sesebuah pertubuhan tertentu dapat mencapai matlamatnya dengan jaya dengan penggunaan sumber organisasi yang optimum.

    Ketidakhadiran Ia merujuk kepada kegagalan pekerja untuk hadir di tempat kerja. Organisasi akan mengalami kerugian besar jika ia mempunyai ketidakhadiran pekerja yang tinggi. Pada waktu ini, kerja dan pembuatan keputusan akan terganggu dan terkesan. Ada masanya operasi akan terhenti bila pekerja gagal hadir untuk bekerja.

    Walau bagaimanapun, tidak semua ketidakhadiran adalah negatif. Sebagai contoh, kakitangan yang tidak sihat, letih atau mempunyai masalah peribadi perlu mengambil masa rehat untuk pulih sehingga dia sudah bersedia untuk kembali bekerja.

    Pusing ganti Pusing ganti merujuk kepada situasi di mana pekerja secara sukarela ataupun tidak meninggalkan organisasi. Kadar pusing ganti yang tinggi boleh menjejaskan kelancaran perjalanan dalam sesebuah organisasi. Ini amat dirasakan jika kakitangan yang sangat berkemahiran dan berpengalaman meninggalkan organisasi. Pekerja baru perlu diambil untuk mengisi jawatan yang kosong.

    Kepuasan kerja Adakah anda gembira dengan kerja anda sekarang? Respons anda kepada soalan ini menunjukkan tahap kepuasan kerja kerana kepuasan kerja merujuk kepada perasaan umum seseorang pekerja terhadap kerjaya beliau.

    Tahap kepuasan meningkat jika tugas dan tanggungjawab seorang pekerja adalah sejajar dengan jangkaan, nilai serta piawai beliau. Sebaliknya, pekerja akan mempunyai kepuasan kerja yang rendah jika jangkaannya tidak dipenuhi, tugas dan tanggungjawab yang dilakukan bercanggah dengan nilai serta sistem kepercayaan beliau.

    Kewarganegaraan organisasi

    Sikap yang tidak dianggap sebagai satu keperluan formal tetapi penting ke arah keberkesanan organisasi dikenali sebagai kewarganegaraan organisasi. Pekerja dengan kewarganegaraan organisasi yang baik merupakan mereka yang bersedia untuk bekerja dengan baik di samping menyumbang lebih masa dan tenaga untuk kerja mereka.

  • TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI 16

    1.5.2 Pemboleh Ubah Bebas

    Sumbang saran faktor yang mempengaruhi tahap produktiviti, ketidakhadiran, pusing ganti, komitmen dan kepuasan kerja. Jawapan kepada soalan ini adalah dikaitkan dengan pemboleh ubah bebas yang melibatkan tiga daripada komponen utama yang disebut dalam Jadual 1.4.

    Jadual 1.4: Pemboleh Ubah Tidak Bersandar

    Pemboleh Ubah Bebas Penerangan

    Peringkat Individu Individu yang bekerja dengan organisasi biasanya membawa bersama mereka beberapa kualiti yang akan mempengaruhi gelagat mereka dalam organisasi. Kualiti ini termasuk umur, jantina, status perkahwinan dan personaliti. Di samping itu, persepsi, motivasi, tahap pendidikan dan nilai budaya individu juga akan memberi kesan kepada gelagat individu dalam organisasi.

    Peringkat Kumpulan Apabila dalam satu kumpulan, individu biasanya bertindak dengan cara berbeza berbanding bila mereka bersendirian, oleh itu ia adalah penting untuk memahami kumpulan itu sebagai pemboleh ubah bebas. Komunikasi, kepimpinan, kuasa, politik dan konflik adalah faktor kumpulan yang berkaitan yang akan dibincangkan kemudian.

    Peringkat Organisasi Kerja dan reka bentuk organisasi yang membentuk struktur formal sesebuah organisasi adalah pemboleh ubah bebas yang mempengaruhi gelagat organisasi. Di samping itu, budaya dan dasar yang diamalkan juga memainkan peranan penting dalam menentukan gelagat yang dinyatakan.

    1. Berapa kerap anda tidak hadir kerja tahun ini? Kenapakah andatidak hadir bekerja? Apakah kesan ketidakhadiran anda kepadaorganisasi?

    2. Bolehkah anda bezakan hubungan antara kepuasan kerja dan

    pusing ganti? Adakah anda akan bersetuju kalau kami katakanbahawa organisasi akan mempunyai pusing ganti yang rendah jikapekerjanya mempunyai tahap kepuasan kerja yang tinggi?

    AKTIVITI 1.5

  • TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI 17

    Dengan merujuk kepada Rajah 1.8, cuba fahami komponen yang terlibat dalam bidang gelagat organisasi. Komponen ini akan dibincangkan secara terperinci dalam topik yang berikutnya.

    Rajah 1.8: Model gelagat organisasi

    Sumber: Diadaptasi dari Robbins, S. P., & Judge, T. A. (2008)

  • TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI 18

    1. Bezakan pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah bebas.

    2. Lakarkan rajah untuk menjelaskan hubungan antara keduapemboleh ubah.

    SEMAK KENDIRI 1.2

    Pilih jawapan yang betul 1. Kesemua faktor di bawah adalah cabaran dalam arena global

    KECUALI: A. Mengurus etika. B. Mengurus keluarga. C. Mengurus globalisasi. D. Mengurus kepelbagaian tenaga kerja.

    2. Pernyataan yang manakah tidak menerangkan fungsi seorang

    pengurus dalam organisasi? A. Menetapkan tanggungjawab dalam menyudahkan tugas. B. Menunjukkan sikap dan disiplin yang baik semasa bekerja. C. Gunakan pengaruh diri untuk memotivasi pekerja. D. Mengenal pasti matlamat dan kaedah bagi mencapai

    matlamat yang telah ditetapkan. 3. Semua topik ini menyumbang kepada bidang gelagat organisasi

    KECUALI: A. Strategi B. Motivasi C. Pembentukan kumpulan D. Persekitaran luar yang ganas

    AKTIVITI 1.5

  • TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI 19

    Topik ini membincangkan peranan pengurus serta pelbagai aspek berkaitan

    dengan gelagat organisasi, termasuklah disiplin yang menyumbang kepada kajian, cabaran yang terlibat dan kedua-dua pemboleh ubah yang memberi kesan kepada gelagat organisasi.

    Pengurus membuat keputusan dan mengagihkan sumber dalam sesebuah

    organisasi. Pengurus melakukan empat fungsi iaitu merancang, mengawal, menyusun

    dan mengarah, di samping memainkan tiga peranan iaitu interpersonal, informasional dan pembuatan keputusan.

    Gelagat organisasi ialah kajian individu dan kumpulan dalam organisasi. Pengurus menghadapi banyak cabaran dengan keadaan persekitaran

    termasuk cabaran menguruskan kepelbagaian di tempat kerja, etika, perubahan teknologi dan pengecilan. Cabaran ini memberi tekanan yang besar ke atas pengurus kerana mereka perlu berurusan dalam membantu pekerja dan organisasi untuk mencapai matlamat.

    4. Pernyataan yang manakah menerangkan cabaran dan peluangdalam gelagat organisasi? A. Beberapa buah organisasi menghadapi kesukaran dalam

    mengurus etika. B. Inovasi dan teknologi sudah hampir pasti akan menyebabkan

    perubahan dalam persekitaran kerja. C. Organisasi menghadapi tekanan atas kesamaan peluang

    setara dan perbezaan budaya. D. Kesemua di atas.

    5. Yang manakah antara disiplin di bawah tidak menyumbang

    kepada skop gelagat organisasi? A. Biologi B. Sosiologi C. Psikologi D. Antropologi

  • TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA GELAGAT ORGANISASI 20

    Terdapat dua jenis pemboleh ubah dalam model gelagat organisasi iaitu bersandar dan bebas. Kedua-dua pemboleh ubah memberi pengaruh yang kuat dalam tingkah laku dan prestasi.

    Pengetahuan ini semua adalah perlu bagi anda untuk mempunyai

    pemahaman yang lebih baik dalam konsep gelagat organisasi dan akibatnya.

    Cabaran persekitaran

    Kemahiran konseptual

    Kemahiran teknikal

    Kepelbagaian tenaga kerja

    Kepuasan kerja

    Produktiviti