topik 1 definisi istilah

Upload: wei-fen-chua

Post on 02-Mar-2016

55 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • TOPIK SATU

    Definisi istilahUjian, pengukuran, pentaksiran dan penilaianTujuan pentaksiranMaklum balas, laporan, penempatan, perancangan dan penggredanBidang pentaksiran dalam sains sekolah rendahPengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murniBentuk pentaksiranFormatif (lisan, pemerhatian, perlakuan), sumatif (ujian diagnostik, ujian kertas pensil)

  • DEFINISI ISTILAH- UJIAN/PENGUJIANPENGUJIANProses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulisTujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran.Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

    Menurut Cronbach (1970)Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori.

  • UJIAN/PENGUJIANKepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa:Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan.

  • UJIAN/ PENGUJIANProses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan,kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan gurukecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

  • PENTAKSIRANsatu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikansatu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

  • TUJUAN PENTAKSIRANProses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan muridMelibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

  • PENILAIANsatu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaranPenilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuranjuga dapat didefinisikan sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.

  • PENILAIANPerkaitan di antara pengujian, pengukuran dan penilaian

  • TUJUAN PENILAIAN

  • DIAGNOSISmemberikan maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah diajarmemberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajarandapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajarmengenal pasti pelajar yang cepat/cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihanGuru juga perlu membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran, supaya ia lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar atau mengulang pelajaran dengan menggunakan strategi yang sama dan sebagainya.

  • PENCAPAIANPenilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ingin disampaikan gurumenentukan gred pencapaian para pelajar secara keseluruhanHasil penilaian ini akan menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut gred yang diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal.

  • PEMILIHAN DAN PENEMPATANPenilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula kerana guru perlu meninjau sejauh manakah pelajar-pelajarnya menguasai pengetahuan dan kemahiran asas kepada tajuk yang hendak diajarMaklumat ini penting untuk guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran.dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka

  • BIMBINGAN DAN KAUNSELINGPenilaian juga dapat digunakan untuk tujuan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang memerlukannyaSetiap pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi daripada dalam diri pelajar itu sendiri.terdapat pula motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran, iaitu motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar

  • PENILAIAN TUJUAN LAINMembantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajarMembantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain.Membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam subejk tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain.Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah keupayaannya dan lemah pencapaiannyaMembantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan.Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka.Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya.

  • PENGUKURANPengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding dengan pengujian. Pengukuran membawa definisi sebagai suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen. Atau dalam erti kata lain langkah menentukan tahap sejauh mana seseorang individu memiliki sifat-sifat tertentu.Biasanya kita mewakilkan sesuatu indeks berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu supaya status individu berkenaan lebih tepat dan dapat mewakili sifat tertentu. Misalnya, Ramli mendapat markah 60 peratus dalam ujian Matematik. Kita tidak menyatakan prestasi Ramli berkenaan sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, kita hanya mengukur tanpa menentukan nilai. Justeru, pengukuran adalah hanya penentuan status atau tahap.

  • PENGUKURANPengukuran boleh dilaksanakan tanpa pengujian. Sebagai contoh, proses mendapatkan maklumat berbentuk kuantitatif menggunakan proses pencerapan atau penggunaan skala pemeringkatan. Berbeza dengan pengujian yang ingin mendapatkan maklumat sebanyak mana prestasi yang diperolehi, pengukuran pula menjurus kepada banyak mana skor atau markat yang diperolehi dengan menggunakan proses tertentu.

  • PENGUKURANMisalnya, seseorang murid yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda murid yang mendapat skor 45 walaupun skor 90 itu dua kali angka 45. Manakala seseorang yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari sebarang perkara atau tidak memahami sebarang perkara tentang sesuatu pelajaran yang dilalui. Ini jelas menunjukkan pengukuran aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana mengukur ketinggian murid menggunakan kayu ukur atau pembaris.

    Seperti pengujian, pengukuran juga tidak bersifat mutlak. Pengukuran ketinggian mental seseorang individu sudah tentu lebih sukar dan tidak dapat dilakukan dengan tepat berbanding pengukuran ketinggian fizikal seseorang individu menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan pembaris.

  • ARAS UKURAN Pembolehubah asas dalam pengukuranJenis kuantitatifJenis kategoriSemua pembolehubah boleh diukur dengan skalaSkala nominalSkala ordinalskala selaSkala nisbah

  • Skala NominalPaling mudahKetepatan paling rendahTiga ciri; setiap data diwakili oleh satu kategori sahaja, kategori tiada susunan pemeringkatan, bersifat satu sama lainContohGuru mengkategorikan murid kepada etnikCinaMelayuIndiaLain-lain

    Nombor mewakili pembolehubah dan tiada hubungan antara satu sama lain dari segi nilai

  • Skala OrdinalData menurut urutan atau pangkatData dati tinggi ke rendah atau sebaliknyaMembezakan kategori dan nilai susunan secara pemeringkatanCiri utama; mengelaskan data bersifat saling eksklusif, pemeringkatan secara logik, data mempunyai pemberatContoh?

  • Skala SelaMempunyai urutan atau pangkatPerbezaan antara sela wujudSkala sela mempunyai ciri-ciri nominal dan ordinalCiri; kategori salin eksklusif, gambarkan susunan logik, nilai mempunyai pemberat, nilai arbitari dan persamaan perbezaan digambarkan dalam nilai nombor

    Contoh?

  • Skala NisbahMempunyai ukuran sela yang samaMempunyai nilai mutlak kosongContoh?