literasi bahasa - topik 1

27

Click here to load reader

Upload: jalalludin-ibrahim

Post on 01-Jul-2015

12.421 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: LITERASI BAHASA - TOPIK 1

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

Page 2: LITERASI BAHASA - TOPIK 1

Maklumat Kursus

Nama Kursus : Literasi Bahasa Melayu

Kod Kursus : WAJ 3104

Kredit : 2 (0+2) (60 jam)

Nama Pensyarah: Jalalludin b. Ibrahim

Jabatan/unit : Jabatan Pengajian Melayu

Kumpulan Pelajar: PISMP S2 (BM2)

Page 3: LITERASI BAHASA - TOPIK 1

Penilaian

Kerja kursus pendek (amali) : 70%(kumpulan 4-5 orang)

Ujian akhir kursus (UAK) : 30%

Pecahan penilaian KKP:A : pemerolehan ilmu 20%B : penguasaan ilmu (UAK) 50%C : pemindahan ilmu 20%D : sikap/siasah 10%

Page 4: LITERASI BAHASA - TOPIK 1

TAJUK LITERASI BAHASA

1. Prabacaan (KUMP 3)

2. Bengkel Asas Membaca; Kaedah Fonetik (KUMP2)

3. Bengkel Asas Membaca: Kaedah Abjad (KUMP1)

4. Bengkel Asas Membaca; Kaedah Pandang dan Sebut (KUMP 4)

5. Bengkel Aktiviti Pratulisan (KUMP 3)

6. Bengkel Aktiviti Penulisan Mekanis (KUMP 5)

7. Bengkel Penyerapan Pemulihan dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Muzik(KUMP 1)

Page 5: LITERASI BAHASA - TOPIK 1

8. Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual (KUMP 3)

9. Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (KUMP 4)

10. Membina dan Menggunakan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bukan Elektronik (KUMP 5)

11. Bengkel Pengajaran Menggunakan Boneka (KUMP 2)

12. Bengkel pembelajaran Secara Individu, Berpasangan dan Berkumpulan (KUMP 2)

Page 6: LITERASI BAHASA - TOPIK 1

Apr 14, 2023 JALALLUDIN IBRAHIM

13. Bengkel Pembinaan bahan Pemulihan dengan Power Point (KUMP 4)

14. Bengkel Membuat Rakaman Bunyi-bunyian dengan Menggunakan Alat Perakam Digital (KUMP 5)

15. Seminar dan pameran bahan Pemulihan bahasa Melayu (KUMP 1)

Page 7: LITERASI BAHASA - TOPIK 1

Apr 14, 2023 JALALLUDIN IBRAHIM

AGIHAN TAJUK MENGIKUT KUMPULAN (PAMERAN)

KUMPULAN NOMBOR TAJUK

K1 3 7 15

K2 2 11 12

K3 1 5 8

K4 4 9 13

K5 6 10 14

Page 8: LITERASI BAHASA - TOPIK 1

HASIL PEMBELAJARAN LITERASI BAHASA

1. Menjelaskan dan menghuraikan Teori Pemerolehan Bahasa, Konsep KIA2M, Kemahiran-kemahiran Asas

KIA2M, Prinsip dan Kriteria Pemilihan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran KIA2M.

2. Membina bahan elektronik dan bukan elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran KIA2M.

3. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran KIA2M dalam mata pelajaran Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni Visual, dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

4. Menilai dan memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk melaksanakan KIA2M kepada murid-murid yang pelbagai latar belakang.

Page 9: LITERASI BAHASA - TOPIK 1

Literasi (celik huruf atau kenal huruf) bermaksud keupayaan membaca dan menulis, atau keupayaan menggunakan bahasa untuk membaca, menulis, mendengar dan bertutur.

Dalam konteks yang lebih tepat, literasi bermaksud kemampuan untuk membaca dan menulis pada tahap yang memadai untuk berkomunikasi atau tahap yangmembolehkan seseorang memahami dan meluahkan pandangan dalam masyarakat celik huruf dan seterusnya dapat bergaul dalam masyarakat.

TAKRIF LITERASI

Page 10: LITERASI BAHASA - TOPIK 1

Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) telah menggariskan takrifannya sepertiberikut:

"‘Literasi' ialah keupayaan mengenal pasti, memahami, mentafsir, mencipta, menyampaikan, mengira danmenggunakan bahan cetak dan bertulis yang berkenaan dengan pelbagai konteks.

Literasi melibatkan suatu kontinum (struktur) pembelajaran untuk membolehkan seseorang individu mencapai matlamatnya, mengembangkan ilmupengetahuan dan potensinya, serta menyertai masyarakat lebih luas dengan sepenuhnya."

Page 11: LITERASI BAHASA - TOPIK 1

LITERASI BAHASA

Kebolehan Seseorang Menguasai Kemahiran Membaca dan Menulis

Page 12: LITERASI BAHASA - TOPIK 1

Apr 14, 2023 JALALLUDIN IBRAHIM

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

1.Teori Behavioris / Mekanis

2.Teori Mentalis / Innatis

3.Teori Kognitif

Page 13: LITERASI BAHASA - TOPIK 1

Apr 14, 2023 JALALLUDIN IBRAHIM

Teori Behavioris / Mekanis

1. Dipelopori oleh B. F. Skinner

2. Menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa.

3. Pemerolehan bahasa dikuasai daripada kelaziman dan pengulangan.

4. Pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga mengajar kanak-kanak bercakap dan memberikan galakan dan ganjaran setiap kali dapat menyebut atau meniru.

5. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk bahasa (pujian) dan bukan bahasa (ganjaran) akan membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan lebih cepat.

Page 14: LITERASI BAHASA - TOPIK 1

Teori Mentalis / Innatis

1. Dikemukakan oleh Noam Chomsky

2. Kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal (meliputi seluruhnya)

3. Kanak-kanak berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari bahasa apa saja yang didedahkan kepada mereka.

4. Otak manusia telah dipersiapkan secara semula jadi untuk berbahasa.

5. Proses pemerolehan semua kanak-kanak dikatakan sama.

6. Prose pemerolehan bahasa tidak ada kaitan dengan kecerdasan. Anak yang IQ rendah pun memperoleh bahasa pada masa dan cara yang sama.

Page 15: LITERASI BAHASA - TOPIK 1

Apr 14, 2023 JALALLUDIN IBRAHIM

Teori Kognitif

1. Diasaskan oleh Jean Piaget.

2. Perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan mentalnya.

3. Untuk memperoleh penguasaan bahasa, kanak-kanak perlu melalui beberapa peringkat perkembangan kognitif iaitu: 18 bulan – 2 tahun – deria motor 2 – 7 tahun - praoperasi konkrit

7 – 12 tahun - operasi konkrit selepas 12 - operasi formal

Page 16: LITERASI BAHASA - TOPIK 1

PROGRAM KIA2M

1. Kelas Intervensi awal Membaca dan Menulis (KIA2M)

2. Tercetus hasil daripada mesyuarat memperkasakan sekolah Kebangsaan pada 22 November 2005.

3. Program bertujuan agar 100% murid-murid tahun 1 dapat menguasai kemahiran 2M.

4. Program disasarkan untuk kumpulan murid-murid tahun 1 yang lambat atau belum menguasai kemahiran membaca dan menulis.

5. Program dijalankan oleh guru bahasa Melayu.

6. Berlangsung sepanjang murid berada dalam tahun 1 atau setelah melepasi Ujian Pelepasan 1 dan 2.

Page 17: LITERASI BAHASA - TOPIK 1

Apr 14, 2023 JALALLUDIN IBRAHIM

7. Murid akan menjalani proses menyebut, mengeja dan menulis pola suku kata, perkataan dan ayat.

8. murid-murid akan mengikuti kelas biasa setelah lulus Ujian Pelepasan 1 dan 2.

9. Tenaga pengajarnya ialah guru bahasa Melayu tahun 1, guru Pemulihan Khas, guru Pendidikan Jasmani dan guru Pendidikan Seni Visual.

10. Murid akan melalui proses pencalonan tapisan.Skor 09 – dirujuk kepada pengamal perubatan.Skor 10-44 menjalani program KIA2MSkor 45-60 – meneruskan p&p seperti biasa

11. Murid-murid dipantau setelah melepasi Ujian Pelepasan 1 & 2

12. Proses p&p KIA2M perlu menyerapkan m.pel PJK, Muzik dan PSV

Page 18: LITERASI BAHASA - TOPIK 1

Apr 14, 2023 JALALLUDIN IBRAHIM

Kemahiran Asas KIA2M

i. Mendengar sebutan, mengenal menyebut, membunyikan huruf dan suku kata.

ii. Membina, mengeja, membaca perkataan dan ayat.

iii.Menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat.

Skop Pengajaran KIA2M

iv.Abjad, semua huruf vokal dan konsonan- a hingga z

v. Suku kata terbuka (bu, di, go dll) dan suku kata tertutup (man, per, rum, wap, dll)

vi.Perkataan – rumah, buku, lori

vii.Ayat Tunggal – Nama saya Abu

Page 19: LITERASI BAHASA - TOPIK 1

Apr 14, 2023 JALALLUDIN IBRAHIM

TOPIK 1

Melaksanakan Aktiviti Prabacaan

• Melaksankan Aktiviti Pengamatan Penglihatan

• Melaksanakan Aktiviti Pengamatan Pendengaran

• Melaksanakan Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata

Page 20: LITERASI BAHASA - TOPIK 1

Konsep Membaca

Satu perlakuan mendapatkan maklumat melalui lambang-lambang bertulis atau bercetak yang melibatkan proses:

* menterjemah lambang* mendapatkan maklumat dan makna

Page 21: LITERASI BAHASA - TOPIK 1

Apr 14, 2023 JALALLUDIN IBRAHIM

Konsep Membaca

Atan Long (1978) Proses membaca melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula kepada bunyi suara dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985)Membaca ialah proses menggabungkan beberapa kemahiran iaitu:- Kemahiran penglihatan yang diskriminatif (untuk mengenal dan membezakan bentuk-bentuk huruf0- kemahiran mengingat, - kemahiran mendengar dan membezakan bunyi-bunyi- menyebut bunyi-bunyi yang dilambangkan oleh huruf- menggabungkan penyebutan bunyi untuk membentuk perkataan- menterjemah dan memahami apa yang dibaca.

Page 22: LITERASI BAHASA - TOPIK 1

Apr 14, 2023 JALALLUDIN IBRAHIM

Kamarudin Hj. Husin, 1988

Seseorang yang boleh membaca tetapi tidak memahami isi bacaan serta tidak mampu menterjemahkannya secara tepat dan betul sama ada secara lisan atau bertulis boleh dikategorikan sebagai tidak pandai membaca.

Page 23: LITERASI BAHASA - TOPIK 1

KONSEP KESEDIAAN MEMBACA

Kesediaan membaca bermaksud kemampuan seseorang untuk menerima pengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal.

Secara luas, kesediaan membaca melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan, sama ada pada peringkat mendirikan asas, mengukuhkan asas mahupun peringkat-peringkat lain yang lebih tinggi.

Page 24: LITERASI BAHASA - TOPIK 1

Konsep Kesediaan Membaca Kemampuan seseorang (kanak-kanak)

untuk menerima pengajaran dari segi fizikal, emosi dan mental.

Fizikal :– - keupayaan alat-alat sebutan

menghasilkan bunyi- kebolehan mata mengecam bentuk- kebolehan telinga mengecam bunyi

Page 25: LITERASI BAHASA - TOPIK 1

Kesedian Membaca ...samb

Emosi :– - minat kanak-kanak terhadap bahan bacaan (bermain dengan bahan)

Mental :– - kebolehan kanak-kanak mengingat apa

yang telah diberitahu dan kebolehan menyatakan semula apa yang diketahui.

Page 26: LITERASI BAHASA - TOPIK 1

Aktiviti Kesediaan Membaca

Prabacaan:Satu tempoh menyediakan pelajar untuk membaca

Peringkat bacaan:Kemahiran mengenal abjad hingga membina ayat

Page 27: LITERASI BAHASA - TOPIK 1

Aktiviti Prabacaan

Kemahiran:

Pengamatan1. Pengamatan pendengaran2. Pengamatan penglihatan3. Kordinasi psikomotor4. Latihan menajamkan ingatan5. Latihan bahasa pertuturan