topik 1 perkembangan kognitif.pdf

25
PENGENALAN Topik pertama ini akan menyentuh tentang definisi kognitif dan mengenali beberapa tokoh yang mempelopori perkembangan kognitif. Perbincangan juga akan menumpukan aspek teori perkembangan dan teori kecerdasan yang dikemukakan oleh beberapa tokoh. Kita juga akan membincangkan peringkat perkembangan kognitif, fungsi kognitif dan bagaimana persekitaran boleh mempengaruhi perkembangan ini. Selain itu, tajuk ini juga akan menyentuh tentang otak dan kognisi, yang akan menumpukan aspek fungsi hemisfera kanan dan hemisfera kiri, daya ingatan serta potensi pembelajaran. Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan definisi kognitif dan tokoh-tokoh yang mempelopori perkembangan kognitif; 2. Menjelaskan teori kecerdasan dan teori perkembangan kognitif; 3. Menghuraikan fungsi kognitif dan perkembangannya dari empat aspek yang berbeza; dan 4. Menghuraikan tentang otak dan kognisinya meliputi fungsi hemisfera, daya ingatan dan potensi pembelajaran. HASIL PEMBELAJARAN Perkembangan Kognitif T T o o p p i i k k 1 1

Upload: fadzlun65

Post on 16-Sep-2015

180 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN Topik pertama ini akan menyentuh tentang definisi kognitif dan mengenali beberapa tokoh yang mempelopori perkembangan kognitif. Perbincangan juga akan menumpukan aspek teori perkembangan dan teori kecerdasan yang dikemukakan oleh beberapa tokoh. Kita juga akan membincangkan peringkat perkembangan kognitif, fungsi kognitif dan bagaimana persekitaran boleh mempengaruhi perkembangan ini. Selain itu, tajuk ini juga akan menyentuh tentang otak dan kognisi, yang akan menumpukan aspek fungsi hemisfera kanan dan hemisfera kiri, daya ingatan serta potensi pembelajaran.

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menyatakan definisi kognitif dan tokoh-tokoh yang mempelopori perkembangan kognitif;

    2. Menjelaskan teori kecerdasan dan teori perkembangan kognitif;

    3. Menghuraikan fungsi kognitif dan perkembangannya dari empat aspek yang berbeza; dan

    4. Menghuraikan tentang otak dan kognisinya meliputi fungsi hemisfera, daya ingatan dan potensi pembelajaran.

    HASIL PEMBELAJARAN

    Perkembangan Kognitif

    TTooppiikk

    11

  • TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 2

    KOGNITIF

    Kognitif merujuk kepada tingkah laku dan aktiviti mental, di mana pengetahuan diperoleh dan diproses secara aktif sebagai pengalaman baru. Kognitif melibatkan proses pembelajaran, persepsi, mengingat dan berfikir.

    1.1.1 Definisi

    Kognitif dari segi bahasa bermaksud pemerolehan ilmu pengetahuan dan pengalaman melalui proses berfikir, penggunaan deria atau kesedaran mental. Perkembangan kognitif pula merupakan proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan keintelektualan seseorang kanak-kanak dan kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah, memahami, menganalisa dan membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya.

    Rajah 1.1: Jean Piaget

    1.1

    AKTIVITI 1.1

    Sebelum anda meneruskan bacaan, nyatakan apa yang anda faham tentang kognitif.

  • TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 3

    Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak. Perkembangan kognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang. Proses kognitif melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan dan pola berfikir, kemahiran berbahasa dan cara individu memperoleh pengetahuan daripada lingkungannya. Aktiviti-aktiviti seperti mengamati dan mengklasifikasi, menghafal sajak atau doa, memecahkan soalan matematik dan menceritakan pengalaman, merupakan proses kognitif dalam perkembangan kanak-kanak. Dalam konteks ini, kita tidak boleh lari daripada membincangkan teori perkembangan kognitif yang diutamakan oleh Jean Piaget (lihat Rajah 1.1). Beliau berpendapat pemikiran sebagai satu proses yang disedari dan berkembang secara berperingkat-peringkat. Walaupun pandangan Piaget mendapat kritikan, namun beliau berjaya mengemukakan konsep tentang perkembangan kanak-kanak, melalui pemerhatian terperinci ke atas kanak-kanak pada tahap umur dan tahap perkembangan yang berbeza. Secara umum, perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses perkembangan yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak. Perkembangan kognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang. Perkembangan intelek merupakan proses perkembangan pemikiran, kemampuan berfikir dan menggunakan akal budi, memahami, menganalisa dan membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilalui di persekitarannya, sama ada dengan manusia ataupun objek.

    1.1.2 Tokoh-tokoh Perkembangan Kognitif

    Para pengkaji Barat telah memberi pendapat dan pandangan yang berbeza-beza tentang perkembangan kognitif. Ada yang melihat bidang kognitif dari sudut tingkah laku, sesetengahnya membicarakannya dari sudut bahasa, emosi, sosial dan intelek itu sendiri. Mereka mempunyai prinsip dan pendirian tersendiri apabila membicarakan aspek-aspek perkembangan kognitif ini. Antara tokoh yang telah menyumbang kepada aspek-aspek perkembangan kognitif ialah:

  • TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 4

    (a) Jean Piaget (18961980);

    (b) Lev Vygotsky (18961934);

    (c) Albert Bandura (lahir 1925);

    (d) Howard Gardner (lahir 1943);

    (e) Robert Sternberg (lahir 1949);

    (f) Charles Spearman (1863-1945); dan

    (g) Urie Bronfenbrenner (19172005). Walau bagaimanapun, perbincangan kita hanya akan menumpukan kepada tiga tokoh yang memberi sumbangan yang dominan dalam perkembangan kognitif ini. Perbincangan selanjutnya mengenai tokoh ini dapat kita lihat melalui teori atau aliran yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh tersebut di bawah. Ini akan memudahkan perbincangan kita dan dapat mengenali tokoh dan sumbangan mereka kepada bidang kognitif dengan lebih baik lagi.

    (a) Jean Piaget (18961980) Piaget berasal dari Switzerland dan memulakan profesionnya dalam

    bidang biologi. Beliau mendapat ijazah PhD pada umur 21 tahun. Penemuan-penemuan Piaget berdasarkan pemerhatian, deskripsi dan analisis bilangan kecil kanak-kanak. Beliau menumpukan perhatian kepada 3 anaknya sendiri yang dilahirkan antara 1925 dan 1931. Bagaimanapun pendekatan ini tidak diterima oleh ahli-ahli psikologi lain terutamanya ahli-ahli psikologi behavioris apabila beliau menerangkan peristiwa-peristiwa mental (mental events). Piaget sungguh tertarik dengan cara siput atau mollusks menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Dengan menggunakan idea daripada biologi, beliau mengemukakan pendapat bahawa pembelajaran adalah hasil daripada dua proses utama iaitu organisasi dan adaptasi. Organisasi adalah satu kebolehan mengklasifikasi dan menyusun pengalaman dan maklumat (skema), manakala adaptasi ialah keupayaan menyesuaikan maklumat dengan kehendak-kehendak persekitaran.

    1. Apakah yang anda faham tentang definisi kognitif?

    2. Ceritakan pengalaman menarik yang pernah anda lalui bersama kanak-kanak dari aspek pemerolehan ilmu.

    AKTIVITI 1.2

  • TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 5

    Menurut beliau, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak- kanak, sebaliknya, kanak-kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya. Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan, manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya.

    Untuk menerangkan dengan lebih lanjut bagaimana kedua-dua proses ini berlaku, Piaget memperkenalkan empat konsep utama:

    (i) Skema Piaget yakin bahawa minda manusia adalah seperti tubuh manusia

    yang mengandungi perut yang bertanggungjawab terhadap proses penghadaman atau buah pinggang yang bertanggungjawab terhadap penapisan bahan buangan daripada darah.

    Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan

    individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran.

    Skema adalah seperti sebuah kabinet yang menyimpan banyak fail

    dan setiap fail mewakili satu skema. Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar, skema yang diperoleh semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi.

    Skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan,

    menyusun dan mengurus pengetahuan kita. Satu analogi bagi memahami skema ini adalah sebuah fail yang

    mempunyai kategori. Setiap kategori diwakili oleh satu warna. Setiap warna yang berbeza-beza mewakili kategori yang berbeza. Contohnya, warna biru untuk satu kategori dan warna merah untuk satu kategori yang lain pula. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan menggenggam. Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnya akan dihisapnya, seperti puting susu atau jari tangan. Bayi berkenaan masih belum dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu dan sebaliknya, kerana hanya ada satu sahaja skema iaitu menghisap. Lama kelamaan, bayi berkenaan memperoleh pengalaman baru dan dapat membezakan benda yang boleh mengeluarkan susu dan sebaliknya. Pada peringkat ini, bayi berkenaan telah memperoleh dua skema.

  • TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 6

    Rajah 1.2: Seorang bayi menghisap alat permainannya kerana pada peringkat ini bayi tersebut hanya mempunyai satu skema sahaja. Piaget berpendapat bayi berkenaan

    sedang mengasimilasikan alat permainan tersebut ke dalam skema menghisap dan menggenggam

    (ii) Asimilasi Apa yang dimaksudkan dengan asimilasi adalah:

    Asimilasi akan berlaku apabila pengalaman yang dilaluinya mencapai tahap skema (sesuatu yang bermakna);

    Satu proses yang sangat aktif, hanya maklumat-maklumat tertentu sahaja yang disimpan dalam skema; dan

    Ia boleh mengubah maklumat sedia ada. Contoh: apabila saya mengatakan baju anda berwarna biru, saya akan mengingat yang baju itu berwarna biru gelap atau biru cair.

    Ringkasnya asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumat-maklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyesuaian maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman.

    1. Apakah yang anda faham tentang skema?

    2. Bagaimanakah skema berfungsi, memperkaya dan memantapkan pemahaman kita?

    SEMAK KENDIRI 1.1

  • TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 7

    Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif dan bukan kualitatif.

    (iii) Akomodasi Apabila individu menemui pengalaman baru, dia cuba mengasimilasikan dengan skema yang sedia ada tetapi tidak berjaya kerana tidak ada skema yang sedia ada yang sesuai. Oleh itu terdapat dua pilihan:

    Mengubah suai skema sedia ada untuk menerima pengalaman baru; dan

    Membentuk atau mewujudkan skema baru untuk menerima pengalaman baru.

    Kedua-dua proses ini dikenali sebagai akomodasi dan menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema. Jika maklumat yang diterima secocok dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat itu tidak secocok, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubah suai. Oleh itu, proses akomodasi berlaku apabila skema yang sedia ada diubah suai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu. Kesimpulannya, akomodasi ialah penciptaan skema baru atau pengubahsuaian skema yang sedia ada lalu membentuk skema baru dan hasilnya meningkatlah skema yang sedia ada.

    1. Huraikan perbezaan antara asimilasi dengan akomodasi.

    2. Bagaimanakah tahap keseimbangan menurut Piaget tercapai?

    SEMAK KENDIRI 1.2

  • TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 8

    (iv) Keseimbangan Bayangkan sekiranya seorang kanak-kanak hanya semata-mata menambah maklumat dan tidak membuat akomodasi atau sebaliknya. Sudah tentu akan berlaku kerosakan dalam skema. Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses asimilasi dan akomodasi. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya, proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubah suai melalui akomodasi skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari peringkat bayi sehingga dewasa. Contoh: individu yang hanya mengasimilasikan dan tidak mengakomodasi akan menghasilkan beberapa skema besar sahaja. Dalam keadaan seperti ini, kebanyakan yang diperhatikan adalah sama dan dia melihat keadaan secara umum sahaja. Contoh: individu yang hanya mengakomodasi mempunyai banyak skema kecil. Dia tidak dapat membuat generalisasi kerana setiap pengalaman adalah skema berlainan dan dia tidak dapat menentukan persamaan dan kelainan antara skema berkenaan. Dalam kehidupan seharian, kita sentiasa cuba mewujudkan keadaan keseimbangan antara kedua-dua proses kognitif berkenaan.

    Berdasarkan teori kognitif Piaget, bagaimanakah tahap keseimbangan boleh dicapai?

    SEMAK KENDIRI 1.3

  • TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 9

    (b) Lev Vygotsky (18961934)

    Vygotsky (lihat Rajah 1.3) merupakan ahli psikologi Rusia yang bekerja bersama kanak-kanak kurang upaya. Kajiannya telah menimbulkan minat yang mendalam tentang isu itu sebagai satu cabang perkembangan manusia. Teori beliau ini adalah berdasarkan kepada keupayaan kanak-kanak menggunakan perantaraan bahasa, sistem nombor dan peta bagi perkembangan pemikiran mereka. Beliau amat menekankan pengaruh interaksi sosial dalam perkembangan kanak-kanak.

    Rajah 1.3: Lev Vygotsky

    Menurut beliau, kemahiran kognitif kanak-kanak diperoleh melalui bimbingan orang yang lebih dewasa seperti kakak dan abang, serta ibu dan bapa, atau saudara yang lebih tua, yang menjadi model dan menstrukturkan pengalaman pembelajaran kanak-kanak. Proses bimbingan seperti ini kemudiannya dikenali sebagai scaffolding. Pembelajaran ini menurut beliau akan berlaku dalam zone of proximal development (ZPD) atau zon pembangunan kedekatan. Pada peringkat ini, sangat sukar bagi seorang kanak-kanak melakukan kemahiran kognitif dengan sendiri tanpa bimbingan dan bantuan sesiapa. Lama-kelamaan tahap ZPD ini akan meningkat.

    1. Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku sekiranya seseorang itu hanya mengasimilasi atau mengakomodasi?

    2. Jelaskan mengapa kanak-kanak yang melihat seorang bayi menganggapnya sebagai sebuah anak patung?

    AKTIVITI 1.3

  • TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 10

    Vygotsky berpendapat bahasa merupakan kunci untuk mencapai keadaan itu. Walau bagaimanapun, beliau bersetuju dengan pendapat Piaget bahawa kepentingan memberi peluang untuk meneroka dan terlibat secara aktif bagi kanak-kanak. Namun bagi Vygotsky, beliau lebih menekankan kepada perlunya bimbingan orang yang lebih dewasa. Bimbingan yang boleh diberikan contohnya mengemukakan soalan-soalan, tunjuk cara, penerangan dalam lingkungan ZPD agar kanak-kanak lebih mudah meneroka maklumat baru sekalipun kanak-kanak itu datang daripada pelbagai latar belakang. Zon perkembangan kedekatan menurut Vygotsky adalah jarak antara kemampuan kanak-kanak melakukan sesuatu tanpa pembantu dan apakah yang mereka dapat lakukan bagi berinteraksi secara terus dengan pembantu. Pendedahan kanak-kanak dengan manusia di sekelilingnya sangat bermakna kepada perkembangan kognitif, sosial dan kemahiran mengawal perasaan.

    (c) Albert Bandura (Lahir 1925)

    Bandura sangat terkenal dengan Teori Pembelajaran Sosial, salah satu konsep dalam aliran behaviorisme yang menekankan pada komponen kognitif, pemahaman dan evaluasi. Albert Bandura (Rajah 1.4) menjadi ketua American Psychological Association (APA) pada tahun 1974 dan pernah dianugerahi penghargaan Distinguished Scientist Award pada tahun 1972.

    Rajah 1.4: Albert Bandura

  • TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 11

    Beliau mengambil pendekatan mengkaji tingkah laku sebagaimana ia berlaku dalam keadaan sosial yang sebenarnya. Beliau menerima pendapat bahawa pembelajaran adalah hasil daripada proses peneguhan, namun Bandura menegaskan bahawa tingkah laku boleh dipelajari tanpa kehadiran sesuatu yang berfungsi sebagai peneguhan. Bandura percaya bahawa kognitif atau proses pemikiran boleh mempengaruhi pembelajaran melalui pemerhatian. Individu tidak meniru sepenuhnya tingkah laku orang lain, sebaliknya membuat penilaian terhadap tingkah laku berkenaan sama ada ingin melakukannya dengan cara yang sama atau tidak. Beliau berpendapat individu boleh mengawal tingkah lakunya dengan membayangkan kesan dan akibat perbuatan berkenaan walaupun belum mengalaminya. Ia melibatkan proses kognitif. Maka, teori Bandura dikenali sebagai teori sosial-kognitif. Fokus beliau ialah peranan proses pemerhatian terhadap tingkah laku orang lain sebagai proses pembelajaran yang melibatkan kognitif.

    1.1.3 Ujian Kecerdasan

    Menurut Piaget, kecerdasan terdiri daripada:

    (a) Kandungan Tingkah laku yang boleh diperhatikan; seperti seorang kanak-kanak yang

    melihat dirinya sebagai penyebab semua aktiviti (egocentric). Kandungan kecerdasan berbeza mengikut umur dan antara individu.

    (b) Fungsi Merujuk kepada proses asimilasi dan akomodasi dan berlaku sepanjang

    perkembangan intelektual.

    1. Apakah aspek penekanan Vygotsky dan Bandura dalam teori kognitif mereka masing-masing?

    2. Pada pendapat anda, adakah pendapat mereka sesuai dalam konteks Malaysia? Berikan ulasan anda.

    AKTIVITI 1.4

  • TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 12

    (c) Struktur Merujuk kepada skema. Seorang kanak-kanak yang mengatakan barisan 8

    biji guli lebih banyak berbanding dengan barisan 9 biji guli, kita boleh membuat kesimpulan bahawa dia tidak mempunyai skema nombor yang lengkap.

    Kebanyakan ujian kecerdasan mengukur kandungan dan bukan struktur atau skema. Ujian kecerdasan adalah pengukuran kuantitatif dan bukan pengukuran kualitatif. Piaget mencadangkan bahawa ujian kecerdasan harus mengukur struktur dan kandungan, sekiranya perkembangan kognitif hendak diukur dengan tepat.

    TEORI KECERDASAN PELBAGAI HOWARD GARDNER

    Howard Gardner berpendapat, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian intelligence quotient (IQ) adalah terlalu terhad. Justeru, beliau telah mengemukakan teori kecerdasan pelbagai untuk mengukur potensi kecerdasan manusia. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa dan kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa (special population). Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua ibu bapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ, tidak semestinya anak-anak mereka bersifat begitu dan sebaliknya. Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada antara murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibu bapa yang kedua-duanya adalah profesional. Beliau mengemukakan lapan (pada awalnya tujuh) perbezaan kecerdasan seperti berikut:

    1.2

  • TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 13

    Rajah 1.5: Teori kercerdasan pelbagai Gardner

    Sumber: htpp://myschoolnet.ppk.kpm.my/bhn_pnp/modul_psv/04

  • TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 14

    (a) Kecerdasan Verbal Linguistik (Bijak Perkataan Penulis) Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara

    lisan atau tulisan, termasuk kebolehan memanipulasi ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna.

    Contoh aktiviti: Perbahasan, perbendaharaan kata, ucapan formal, penulisan

    kreatif, jurnal, diari, puisi, jenaka dan bercerita. Kerjaya: Sasterawan, Penyajak, Penceramah, Pensyarah dalam bidang

    sastera. Contoh: Faisal Tehrani, A. Samad Said, William Shakespeare. (b) Kecerdasan Logik Matematik (Bijak Nombor/Penaakulan Saintis)

    Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logik). Melibatkan pemikiran saintifik, termasuk pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens, mengkategorikan, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis.

    Contoh aktiviti: Penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan sebab dan akibat (logik), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan.

    Kerjaya: Ahli matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan. Contoh: Carl Friedrich Gauss, Al-Khawarizmi, Isaac Newton. (c) Kecerdasan Fizikal Kinestatik (Bijak Badan Penari)

    Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan. Menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan perasaan. Contoh aktiviti: Tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, pemain sukan dan seni pertahanan diri. Kerjaya: Atlet sukan, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis. Contoh: Nicole David, Rosyam Noor, David Beckham, Shazlin Zulkifli, Muhammad Ali, Jackie Chan.

  • TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 15

    (d) Kecerdasan Visual Spatial (Bijak Gambar Ahli Seni Reka) Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Peka terhadap warna, garis, bentuk dan ruang. Berkebolehan menvisual secara spatial dan mengorientasikan diri dalam matriks ruang. Contoh aktiviti: melukis, mengecat, skema warna, garis bentuk dan ruang, mencipta gambaran mental, imaginasi aktif, peta minda, menvisual secara spatial dan mengorientasikan diri dalam matriks ruang. Kerjaya: Pelukis, pengukir, arkitek. Contoh: Hijjaz Kasturi, Pablo Picasso, Leonardo Da Vinci.

    (e) Kecerdasan Muzikal Ritma (Bijak Muzik Ahli Muzik) Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasikan dan meluahkan

    perasaan melalui muzik. Kecenderungan ini termasuk kepekaan terhadap ritma, melodi atau kelangsingan suatu hasil muzik.

    Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal, nyanyian dan drama lagu. Kerjaya: Komposer, penyanyi, penggubah lagu, pemain muzik. Contoh: M. Nasir, Yasin, Kitaro, Beethoven, P. Ramlee, Siti Nurhaliza. (f) Kecerdasan Intrapersonal (Bijak Kendiri Terapis) Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri.

    Mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri, kesedaran terhadap mood dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan dan kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri.

    Contoh aktiviti: Teknik metakognisi, proses emosi, taakulan tahap tinggi,

    disiplin diri dan amalan pemusatan. Kerjaya: Pengarang, Penyajak, Ahli falsafah, Ahli Motivasi, Pakar

    Kaunseling, Ahli Psikologi. Contoh: H.M Tuah Iskandar, Dato Dr. Fadzilah Kamsah, Howard Gardner,

    Jean Piaget. (g) Kecerdasan Interpersonal (Bijak Menghadapi Manusia Usahawan) Kemampuan untuk mendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal

    dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut.

    Contoh aktiviti: komunikasi antara individu, latihan kolaboratif, memberi

    maklum balas, strategi pembelajaran koperatif dan sedia bekerjasama.

  • TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 16

    Kerjaya: Ahli politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan. Contoh: Donald Trump, David Letterman, Aznil Hj. Nawawi.

    (h) Kecerdasan Naturalis (Bijak Semula Jadi Naturalis)

    Mengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai jenis flora dan fauna, sayang terhadap alam sekitar dan peka terhadap sistem ekologi. Contoh aktiviti: Mengklasifikasikan bentuk-bentuk semulajadi seperti haiwan dan spesis tumbuhan, pengetahuan yang diperolehi digunakan dalam aktiviti perladangan, perlombongan dan lain-lain kerjaya. Kerjaya: Petani, Ahli botani, Ahli biologi, Perancang bandar, Ahli geologi. Contoh: Louis Agassiz, David Starr Jordan, Edward D. Cope, Charles Darwin.

    1.2.1 Perkembangan Kognitif

    Apabila kita membincangkan tentang peringkat perkembangan kognitif, kita tidak boleh mengetepikan pandangan Jean Piaget dalam soal ini. Beliau percaya bahawa pemikiran kanak-kanak berkembang dalam satu siri peringkat yang kompleks dan setiap satunya berkait rapat antara satu sama lain. Peringkat Perkembangan Berikut merupakan peringkat perkembangan kognitif Piaget:

    (a) Tahap sensori motor (0 2 tahun);

    (b) Tahap praoperasi (2 7 tahun);

    (c) Tahap operasi konkrit (7 11 tahun); dan

    (d) Tahap operasi formal (11 tahun ke atas).

    1. Apakah yang anda faham tentang teori kecerdasan pelbagai Gardner?

    2. Bagaimanakah teori ini dapat membantu melonjakkan potensi kanak-kanak?

    SEMAK KENDIRI 1.4

  • TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 17

    Rajah 1.6: Kanak-kanak telah mula mengenali logik dan abstrak dengan bimbingan guru

    pada umur 48 tahun. Kanak-kanak mampu menyusun secara bersiri iaitu satu keupayaan menyusun objek-objek dalam satu siri yang dikehendaki seperti mengikut

    panjang atau saiz objek Sekarang mari kita lihat keterangan setiap peringkat perkembangan kognitif piaget dalam Jadual 1.1.

    Jadual 1.1: Peringkat-peringkat Perkembangan Kognitif Piaget

    Umur Peringkat Keterangan

    02 tahun

    Sensori motor Menggunakan pancaindera seperti memerhati, mendengar dan aktiviti motor untuk meneroka persekitaran. Pergerakannya banyak bergantung kepada gerak balas spontan. Persepsi pada peringkat ini bahawa objek hadir pada masa itu sahaja. Contoh: menangis apabila tidak nampak ibunya.

    26 tahun

    Praoperasi Kanak-kanak mula menggunakan simbol untuk mewakili pemahamannya sendiri bagi sesuatu objek. Lama kelamaan kanak-kanak mula memahami perspektif orang lain, membuat klasifikasi dan menggunakan logik mudah. Pada peringkat ini kanak-kanak bersikap egosentrik.

    612 tahun

    Operasi konkrit

    Perkembangan logik kanak-kanak menjangkau jauh ke hadapan selari dengan perkembangan dalaman operasi mental seperti penambahan dan penolakan. Kanak-kanak masih terikat dengan pengalaman-pengalaman spesifik, namun boleh melakukan aktiviti-aktiviti manipulasi mental dan fizikal. Walau bagaimanapun, kanak-kanak hanya boleh melakukan operasi-operasi pada imej dan objek-objek yang nyata atau konkrit sahaja dan bukan perkara-perkara yang abstrak seperti erti kebebasan.

    12 tahun

    ke atas

    Operasi formal

    Pada tahap ini, mereka telah memahami aspek-aspek yang abstrak dan logik. Mereka boleh membayangkan perkara- perkara yang tidak pernah dilihat atau dialami sebelum ini dan mampu menyusun idea secara sistematik, berfikir secara deduktif dan menjangka akibat.

  • TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 18

    FUNGSI KOGNITIF

    Dalam bahagian pertama kita telah membincangkan tentang definisi dan perkembangan kognitif mengikut beberapa teori barat. Berdasarkan definisi tersebut, perkembangan kognitif sangat penting bagi tumbesaran kanak-kanak. Kepentingan kognitif boleh dilihat melalui beberapa aspek perkembangan seperti berikut: (a) Aspek Sosial Kanak-kanak melalui pengalaman bersosial apabila mereka bersama-sama

    ahli keluarga dan rakan-rakan sebaya. Mereka berinteraksi dengan bahasa yang hanya mereka sendiri fahami dan memperoleh ilmu dan pengalaman melaluinya. Proses sosial ini berlaku secara berterusan dan semakin hari semakin meningkat kemahiran sosialnya.

    Berdasarkan teori sosial kognitif Bandura, kanak-kanak memperoleh

    kemahiran melalui pemerhatian apa yang terdapat di sekelilingnya. Maklumat untuk menjadi seorang dermawan misalnya, diperolehnya melalui perlakuan ibu bapanya yang sering memberi sedekah, atau sifat sayang kepada haiwan diperolehnya melalui pemerhatian terhadap bagaimana orang di sekelilingnya menyayangi haiwan. Dalam konteks ini, beliau menyebut pembelajaran ini sebagai pembelajaran secara pemerhatian atau pemodelan.

    1.3

    Cuba imbas kembali orientasi pembelajaran anda semasa zaman kanak-kanak dahulu. Adakah anda diberi peluang meneroka sebagaimana teori Piaget?

    SEMAK KENDIRI 1.5

    1. Jelaskan bagaimanakah teori Gardner dapat membantu kanak- kanak bersifat dinamik?

    2. Sekiranya anda sebagai Guru Besar, apakah yang anda akan lakukan jika terdapat anak murid di sekolah anda yang cenderung kepada subjek matematik dan sains semata-mata dan tidak bersungguh-sungguh dalam subjek seni?

    AKTIVITI 1.5

  • TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 19

    Persekitaran sosial yang pelbagai akan memperkaya pengalaman dan kemahiran sedia ada. Menurut Bandura, kanak-kanak yang sentiasa dikelilingi oleh persekitaran sosial yang positif akan memberi makna dan pengalaman yang positif kepadanya.

    (b) Aspek Fizikal Perkembangan fizikal meliputi perkembangan motor kasar dan motor

    halus. Perkembangan ini diperoleh melalui pelbagai aktiviti pergerakan semasa kanak-kanak bermain, berjalan, melompat, berlari dan melakukan kerja-kerja konstruktif. Skemanya akan terus berkembang dan pemahamannya akan bertambah mantap. Ini membuktikan bahawa kanak-kanak berkenaan telah berjaya mengasimilasi, membuat akomodasi dan mencapai keseimbangan. Oleh itu, proses mengorganisasikan maklumat-maklumat yang ada dan mengadaptasinya mengikut keadaan persekitaran menunjukkan skemanya berkembang.

    (c) Aspek Bahasa Bahasa merupakan aspek penting dalam kehidupan setiap individu. Ia

    merupakan alat komunikasi mustahak yang menghubungkan setiap individu. Pemerolehan bahasa bermula sejak bayi dalam kandungan ibunya. Apabila ibu bapanya berkomunikasi dan memperdengarkan bayi berkenaan dengan bahan-bahan rangsangan, sebenarnya bayi berkenaan sedang memperoleh kemahiran bahasa pertamanya. Apabila dilahirkan, bayi berkenaan akan mengingat kembali bahasa-bahasa yang pernah diperdengarkan semasa dalam kandungan. Keadaan ini berlaku apabila adanya aktiviti berkomunikasi antara ibu bapa dengan bayi berkenaan dan persekitarannya. Proses yang berterusan ini akan menjadikan bayi berkenaan memperolehi kemahiran berbahasa. Semakin bayi berkenaan membesar, pelbagai keadaan akan mempengaruhi pengayaan bahasanya. Interaksi dengan orang yang ada di persekitarannya juga akan menjadikan kemahiran bahasanya meningkat hari demi hari.

    (d) Persekitaran Aspek persekitaran tidak dinafikan mempengaruhi perkembangan kognitif

    kanak-kanak. Persekitaran yang memberangsangkan mampu meningkatkan daya pemikiran, sebaliknya pula persekitaran yang tidak kondusif tidak akan menggalakkan pemikiran. Menurut Essa (2001), persekitaran di mana keperluan asas mereka dipenuhi, mesti kaya dengan rangsangan yang sesuai dan pengalaman sensori melalui pancaindera yang membantu mereka untuk meneroka dan belajar tentang dunia mereka m.s. 285.

  • TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 20

    Persekitaran yang berkualiti memberi impak kepada tingkah laku kanak-kanak. Antara faktor persekitaran yang perlu diberi penekanan ialah:

    (i) Susunan peralatan seperti kerusi-meja, alat permainan, rak buku, rak beg dan rak kasut dan rak alat permainan perlu disusun dengan teratur bagi memudahkan kanak-kanak untuk mengambil dan menyimpannya semula.

    (ii) Organisasi organisasi dalaman secara keseluruhannya perlu mematuhi tahap keselamatan yang ditetapkan. Ini akan memudahkan dan lebih praktikal bagi kanak-kanak untuk menjalankan pelbagai aktiviti pembelajaran.

    (iii) Saiz sesuaikan dengan bilangan yang akan diambil supaya mudah bagi kanak-kanak melakukan aktiviti sama ada secara individu mahupun secara berkumpulan

    (iv) Kepadatan (bilangan kanak-kanak mengikut saiz ruang) sesuai dengan bilangan kanak-kanak dan saiz atau ruang bilik.

    (v) Tahap kebisingan jauh dari pencemaran bunyi sama ada kenderaan dan sebagainya.

    (vi) Warna yang terang dan ceria tetapi tidak menyilaukan mata dan pandangan.

    Kesemua empat aspek tersebut jika dipatuhi akan mewujudkan persekitaran yang kondusif dan kompeten yang akan meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak. Ruang yang dapat memenuhi keperluan mereka, perkembangan minda, berpeluang melakukan aktiviti dengan selamat dan selesa serta terdapat elemen yang lembut seperti beanbag chairs dan permaidani sangat penting bagi memastikan perkembangan kognitif kanak-kanak.

    Jika anda ingin menubuhkan pusat penjagaan kanak-kanak, apakah kriteria yang akan anda tentukan untuk memenuhi keperluan kognitif mereka?

    AKTIVITI 1.6

  • TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 21

    OTAK DAN KOGNISI

    Dalam subtopik ini kita akan melihat fungsi hemisfera, dan potensi pembelajaran. Kita akan melihat fungsi hemisfera kiri dan kanan. Selain itu, kita juga akan meneliti empat faktor yang boleh dikaitkan dengan potensi pembelajaran kanak-kanak.

    1.4.1 Fungsi Hemisfera

    Perkembangan otak kanak-kanak mempunyai pertumbuhan yang pesat sebanyak 75% daripada saiz otak orang dewasa. Pertumbuhan neuron dan myelination dengan pesat membolehkan maklumat dipindahkan dengan lebih cekap antara sel otak serebrum adalah pembahagian utama otak yang menjalankan peranan kritikal dalam proses diskriminasi membuat keputusan, pembelajaran dan pemikiran. Otak terdiri daripada dua hemisfera yang diselaputi lapisan luar korteks cerebral; otak sebelah kiri memainkan peranan dalam bahasa, manakala hemisfera kanan pula berperanan dalam pemikiran dan penyatuan emosi.

    Rajah 1.4: Fungsi-fungsi otak kiri dan otak kanan

    1.4

  • TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 22

    1.4.2 Daya Ingatan

    Pada usia awal dua tahun, bayi mengalami perubahan pada sistem motor dan penglihatan. Keadaan ini membantu mereka mempelajari sesuatu dan sentiasa mencari peluang apabila sudah mula berjalan. Perkembangan sistem saraf memberi peluang kepada bayi untuk menggambar dan menyimpannya dalam unit memori mereka. Kail (1998), menyatakan bahawa sebarang maklumat perlu disimpan dalam memori jangka panjang (long-term memory); jika tidak, ia akan hilang. Beberapa kaedah untuk meningkatkan daya ingatan, ibu bapa atau pengasuh kanak-kanak perlu menunjukkan atau memperkatakan sesuatu secara berulang-ulang supaya mereka dapat menerima pembelajaran itu dengan baik. Ini kerana memori bayi masih lemah. Satu aspek yang membezakannya dengan orang dewasa ialah metamemori iaitu keupayaan memikirkan apa yang orang lain fikir. Daya ingatan kita bergantung pada bagaimana strategi individu melakukan aktiviti memori. Beberapa kaedah yang disarankan oleh para pengkaji adalah seperti melakukannya secara berulang (rehearsal), menyusun mengikut kategori, mencatatkan isi-isi penting bagi individu yang lebih dewasa, membuat perkaitan dengan sesuatu yang lain yang telah menjadi skema kita. Bagaimanapun, daya ingatan kanak-kanak masih rendah kerana skema mereka masih sedikit. Contoh pembelajaran yang baik harus diajar kepada bayi supaya direkodkan dalam memori jangka panjangnya, terutama semasa dia mula bertatih. Penyakit pelupa pada bayi berkemungkinan terjadi apabila orang dewasa tidak atau jarang bersama semasa proses pengingatan atau pembelajaran mereka. Pada masa kini, kanak-kanak lebih digalakkan melakukan aktiviti sendiri dan meneroka pengalamannya. Dengan cara ini, kita membantu meningkatkan daya ingatannya.

    Terangkan kepentingan hemisfera kiri dan hemisfera kanan dalam kehidupan seseorang. Mengapa keseimbangan antara hemisfera kiri dan hemisfera kanan perlu dilakukan oleh individu?

    SEMAK KENDIRI 1.6

  • TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 23

    1.4.3 Potensi Pembelajaran

    Kanak-kanak yang mengalami tumbesaran sihat dan hidup dalam suasana ceria, penuh dengan kasih sayang daripada ibu bapa dan mereka yang ada di sekelilingnya akan cenderung menjadi kanak-kanak yang cemerlang. Biasanya kanak-kanak begini akan menunjukkan potensi pembelajaran yang baik sejak pada peringkat awal lagi. Antara faktor yang boleh dikaitkan dengan potensi pembelajaran kanak-kanak ialah: (a) Bimbingan dan Galakan Sewaktu Kanak-kanak Membuat Penerokaan Apabila kanak-kanak mencari peluang dan meneroka maklumat atau

    pengalaman, kehadiran ibu bapa atau orang yang lebih tua daripadanya amat perlu supaya tunjuk ajar dan sokongan dari segi moral dapat disalurkan secara segera apabila kanak-kanak memerlukannya. Keadaan ini dapat mengekalkan minat dan semangat inkuiri yang ada dalam dirinya waktu itu.

    (b) Penggunaan Kedua-dua Hemisfera Kiri dan Kanan Secara Seimbang Otak kita terbahagi kepada dua bahagian iaitu hemisfera kiri dan hemisfera

    kanan. Kedua-dua bahagian ini mempunyai tugas dan peranan masing-masing. Bahagian kiri lebih kepada pencapaian IQ dan bahagian kanan pula lebih kepada emotional quotient (EQ). Sekiranya kedua-dua bahagian ini digunakan secara seimbang, maka potensi pembelajaran kanak-kanak akan meningkat.

    (c) Persekitaran yang Memotivasikan dan Menarik Minat Persekitaran yang selesa, selamat penuh dengan ciri-ciri kasih sayang,

    ruang yang terang dan luas, sesuai untuk aktiviti-aktiviti secara individu dan berkumpulan. Susunan perabot, rak-rak yang teratur dan kemas, menggalakkan kanak-kanak sentiasa menjaga kebersihan diri dan sekitarnya. Pemupukan sikap sebegini perlu diberi sejak awal lagi. Semua bahan bacaan dan permainan diletakkan di tempat yang sesuai dan rendah supaya mudah dicapai oleh kanak-kanak sewaktu menggunakannya dan memulangkannya semula selepas menjalankan aktiviti.

    (d) Peluang yang Diberi oleh Orang di Sekelilingnya Kanak-kanak yang sentiasa diberi peluang meneroka dan mencuba akan

    menjadikannya seorang yang berani, yakin dan sentiasa ke hadapan. Perasaan inkuirinya turut meningkat dan oleh itu akan melonjakkan potensi pembelajarannya.

  • TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 24

    Kognitif dari segi bahasa bermaksud pemerolehan ilmu pengetahuan dan

    pengalaman melalui proses berfikir dan penggunaan deria atau kesedaran mental.

    Kognitif merujuk kepada tingkah laku dan aktiviti mental, di mana pengetahuan diperoleh dan diproses secara aktif melibatkan proses pembelajaran, persepsi, mengingat dan berfikir.

    Antara tokoh-tokoh perkembangan kognitif ialah Jean Piaget, Lev Vygotsky, Albert Bandura, Howard Gardner, Robert Starnberg, Charles Spearman dan Urie Bronfenbrenner.

    Terdapat empat konsep pemerolehan maklumat dan pengalaman baru mengikut teori Piaget iaitu skema, asimilasi, akomodasi dan keseimbangan.

    Kognitif berfungsi bagi perkembangan fizikal, sosial, emosi dan bahasa kanak-kanak. Persekitaran yang selamat, kondusif, sihat, dan selesa mampu meninggalkan impak yang besar kepada perkembangan kognitif kanak-kanak secara keseluruhannya.

    SEMAK KENDIRI 1.7

    Bayangkan bagaimana potensi pembelajaran anda dicungkil. Adakah faktor persekitaran menyumbang kepada potensi itu?

    Rancang satu pelan tindakan yang dapat anda kemukakan kepada pihak pengurusan agar dapat mengaplikasikan satu strategi pembelajaran kanak-kanak yang menitikberatkan keseimbangan fungsi otak kiri dan otak kanan.

    AKTIVITI 1.7

    AKTIVITI 1.8

    Bila saya dengar, saya lupa. Bila saya buat, saya ingat.

    Berdasarkan kata-kata hikmat di atas, buat ulasan anda tentang daya ingatan.

  • TOPIK 1 PERKEMBANGAN KOGNITIF 25

    Otak manusia terbahagi kepada hemisfera kiri (lebih kepada akademik dan IQ) dan hemisfera kanan (lebih kepada kreatif dan EQ).

    Daya ingatan kita bergantung pada bagaimana strategi individu melakukan aktiviti.

    Potensi pembelajaran kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor bimbingan dan galakan, peluang yang diberi, fungsi otak kiri dan kanan dan persekitaran.

    Akomodasi

    Aktiviti mental

    Asimilasi

    Egosentrik

    Hemisfera kiri dan kanan

    Kepelbagaian kecerdasan

    Kesedaran mental

    Keseimbangan

    Metakognisi

    Metamemori

    Operasi formal

    Operasi konkrit

    Pengukuran kualitatif

    Pengukuran kuantitatif

    Perkembangan kognitif

    Praoperasi

    Scaffolding

    Sensori motor

    Skema

    Essa, E. L. (2001). Introduction to early childhood education. (3rd ed.).

    USA: Delmar. Kail, R. V. (1998). Children and their development. USA: Merill Prentice.