mte 3123e topik 1

37
MTE 3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK TAJUK 1 PENGUJIAN DAN PENILAIAN 1.0 Definisi Istilah Pengujian dan Penilaian 1.1 Sinopsis Tajuk ini memperkenalkan tentang definisi istilah pengujian, pengukuran dan penilaian. 1.2 Hasil Pembelajaran Menjelaskan istilah serta dapat membezakan tujuan pengujian, pengukuran dan penilaian. 1.3 Kerangka Tajuk 1

Upload: jaikral-jaidal

Post on 27-Dec-2015

375 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

modul

TRANSCRIPT

Page 1: MTE 3123e TOPIK 1

MTE 3112AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

TAJUK 1 PENGUJIAN DAN PENILAIAN

1.0 Definisi Istilah Pengujian dan Penilaian

1.1 Sinopsis

Tajuk ini memperkenalkan tentang definisi istilah pengujian, pengukuran dan

penilaian.

1.2 Hasil Pembelajaran

Menjelaskan istilah serta dapat membezakan tujuan pengujian, pengukuran

dan penilaian.

1.3 Kerangka Tajuk

1

Page 2: MTE 3123e TOPIK 1

MTE 3112AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

1.4 Definisi dan Istilah

Pengukuran, penilaian dan pengujian adalah salah satu bahagian dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Ketiga-tiga konsep, walaupun mempunyai tafsiran

yang berbeza dari segi pengertian, tujuan dan ciri-ciri, memangnya ada kaitan rapat

dengan proses pelaksanaan. Malah, ketiga-tiga perkara ini saling membantu dalam

pencapaian matlamat yang sama dalam proses pendidikan.

1.4.1 Pengujian

Umumnya, pengujian digunakan untuk melihat darjah kemahiran matematik yang

dicapai melalui pembelajaran matematik. Oleh kerana proses pembelajaran itu

penting di dalam sistem pendidikan, maka soalan pengujian haruslah diberi perhatian

yang sewajarnya Pengujian juga merupakan suatu cara yang sistematik untuk

mengukur perubahan tingkahlaku seseorang individu.

Prosedur pengujian di katakan sistematik kerana:

Soalan-soalan yang dibina mengikut peraturan tertentu.

Prosedur untuk mentadbirkan ujian ditentukan.

Prosedur pemarkahan dinyatakan secara terperinci.

1.4.2 Pengukuran

Proses mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrumen

sebelum ukuran itu dapat di nilai atau di interpretasi. Ianya merupakan satu proses

atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda, perkara

atau keadaan. Dalam pendidikan, pengukuran adalah satu proses untuk menghasilkan

nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan murid dalam

pembelajaran.

2

Page 3: MTE 3123e TOPIK 1

MTE 3112AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

1.4.3 Penilaian

Istilah penilaian ini merujuk kepada satu proses sistematis bagi meninjau proses atau

hasil sesuatu rancangan pengajaran-pembelajaran matematik dengan memeriksa dan

menilainya untuk melihat sama ada objektif-objektif tertentu yang telah ditetapkan,

tercapai atau tidak.

Perkaitan Antara Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Latihan pengukuhan

Jelaskan perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian.

3

Page 4: MTE 3123e TOPIK 1

MTE 3112AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

2.0 Rekabentuk Pentaksiran

2.1 Sinopsis

Tajuk ini menerangkan rekabentuk pentaksiran dari segi prinsip pembinaan item,

taksonomi Bloom dan huraian sukatan pelajaran serta jadual spesifikasi ujian.

2.2 Hasil Pembelajaran

Memahami aspek-aspek dalam penyediaan JSU

Membina ujian berdasarkan taksonomi Bloom berpandukan Jadual Spesifikasi

Ujian (JSU)

2.3 KerangkaTajuk

2.4 Prinsip Penyediaan Item

Penyediaan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan.

Kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan jadual spesifikasi

ujian, pembinaan item ujian, membuat ujian rintis dan memurnikan item ujian. Langkah

seterusnya setelah guru mengetahui tentang tujuan ujian dan merancang ujian ialah

menyenaraikan item mengikut aras kesukaran.

4

Page 5: MTE 3123e TOPIK 1

MTE 3112AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

2.5 Taksonomi Bloom

Analisis dan penyediaan ítem perlu dibuat terhadap objektif pendidikan yang

diasaskan pada taksonomi pendidikan yang dikemukakan oleh Benjamin S. Bloom.

Taksonomi Bloom memberi sumbangan untuk mengukur objektif pengajaran dan

pembelajaran. Taksonomi ialah klasifikasi berhirarki dari sesuatu, atau prinsip yang

mendasari klasifikasi.

Aras kognitif taksonomi Bloom ditunjukkan dalam Rajah 2.1 sementara huraian

mengenai pelbagai tahap Taksonomi Bloom adalah seperti dalam Jadual 2.1

5

Rajah 2.1 : Aras Kognitif taksonomi Bloom

Page 6: MTE 3123e TOPIK 1

MTE 3112AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

TAHAP ISTILAH

Pengetahuan

Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas.

Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.

Kefahaman

Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.

Pilih, terangkan,tulis semula.

Aplikasi

Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll.

Selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.

Analisis

Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.

Bezakan, pasti, pilih.

Sintesis

Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.

Bina, hasilkan, susun, kembangkan.

Penilaian

Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik

Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

Jadual 2.1 : Tahap Taksonomi Bloom

6

Page 7: MTE 3123e TOPIK 1

MTE 3112AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

2.6 Huraian Sukatan Pelajaran dan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang memperincikan Sukatan Pelajaran

yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi

berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.

Huraian Sukatan Pelajaran menjelaskan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh

murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan

secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid.

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) ialah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian

dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap konstruk,

konteks, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran.

Biasanya JSU terdiri daripada dua paksi, iaitu paksi kandungan dan paksi peringkat

yang mengaitkan objektif pengajaran dan aras kognitif yang hendak diuji seperti dalam

contoh Jadual 2.2. Carta ini juga menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar

dan ingin diukur. Dengan demikian, JSU boleh menjadi panduan kepada guru tentang

sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar.

Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU akan menjadi panduan kepada guru supaya

item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal

hingga akhir.

Antara kepentingan penyediaan JSU ialah:

Kertas ujian dapat digubal secara sistematik;

Kesahan  dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin;

Taburan  soalan mengikut tajuk adalah seimbang;

Ujian  meliputi keseluruhan sukatan pelajaran; dan

Aras  kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item

dibina oleh pembina lain.

7

Page 8: MTE 3123e TOPIK 1

MTE 3112AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

Terdapat lima (5) langkah am pembinaan item ujian, iaitu:

1. Menyediakan JSU

2. Menulis item ujian

3. Menyemak item ujian

4. Menilai item ujian, dan

5. Membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item.

8

Page 9: MTE 3123e TOPIK 1

MTE 3112AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

Aras Jumlah

KandunganPengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian %

M Sd S M Sd S M Sd S M Sd S M Sd S M Sd S

Kaedah Penghapusan

1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 10

( 20% )

Kaedah Penggantian

1 1 1 1 1 1 2 2 2 1 1 1 15

( 30 % )

Kaedah Gauss-Jordan Method

1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 11

( 22 % )

Aplikasi Sistem Persamaan Linear

1 1 1 1 1 1 2 2 1 2 1 14

( 28 % )

1 2 1 2 3 2 4 3 2 6 4 1 6 4 2 4 3

Jumlah % 3

( 6 % )

6

( 12 % )

9

( 18 % )

12

( 24 % )

11

( 22 % )

9

( 18 % )

50

( 100% )

M = Mudah Sd = Sederhana S = Sukar

Jadual 2.2 : Contoh Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

9

Page 10: MTE 3123e TOPIK 1

MTE 3112AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

Latihan menghasilkan JSU

Anda dikehendaki menyediakan kertas Matematik Peperiksaan Semester yang telah ditetapkan. Kertas anda mengandungi 20 soalan objektif.

a) Tetapkan bilangan item, peruntukan masa dan peratusan item mengikut aras kognitif berdasarkan topik dalam sukatan pelajaran.

b) Sediakan satu JSU berdasarkan format ditetapkan.

10

Page 11: MTE 3123e TOPIK 1

MTE 3112AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

3.0 Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan Bilik Darjah

3.1 Sinopsis

Tajuk ini melihat maksud dan perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian

sumatif, jenis-jenis penilaian formal dan penilaian tak formal.

3.2 Hasil Pembelajaran

Membanding dan membezakan bentuk penilaian formatif dan sumatif

Memberikan contoh penilaian formal dan penilaian tak formal

3.3 Kerangka Tajuk

3.4 Penilaian Formatif

Penilaian formatif ialah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang

proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran

guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. Contoh ujian

formatif ialah soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian mingguan.

11

Page 12: MTE 3123e TOPIK 1

MTE 3112AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

3.5 Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran (akhir

penggal/akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar.

Berbeza dengan penilaian formatif, yang lebih menumpukan kepada penilaian

penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk

menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan/akhir tahun,

yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum. Contoh ujian

sumatif ialah penilaian akhir tahun, peperiksaan percubaan, UPSR,PMR dan

SPM.

Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif ditunjukkan dalan

Jadual 3.1

12

Page 13: MTE 3123e TOPIK 1

MTE 3112AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

Perkara Penilaian Formatif Penilaian SumatifKonsep Penilaian yang boleh dibuat

secara formal/tidak formal untuk mengesan penguasaan/ kelemahan pelajar bagi setiap tajuk pengajaran.

Penilaian yang dijalankansecara formal bagi menentukan pencapaian pelajar di akhir pengajaran,seperti padahujung penggal/akhir tahun.

Waktu Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Pada akhir penggal atau akhir tahun persekolahan.

Kaedah Formal : Ujian pensel kertasTidak formal:Pemerhatian,soaljawab,tugasan,latihan.Dibuat secara individu/kumpulan.

Formal :Ujian pensel ke atas, ujian lisan.Ditadbir secara berkumpulan

Tujuan Selepas tahap kemajuan/penguasaan pelajarr ditentukan,tindakan susulan perlu diambiluntuk mengatasi kelemahanpelajar.

Selepas pencapaian pelajar ditentukan bagi tempoh persekolahan tertentu,gredpencapaian diberikan kepada pelajar.

Selepas penilaian dijalankan

Mengatasi kelemahan pelajardengan mengulang semula topik atau mengadakan pemulihan.Menjalankan aktiviti pengayaanbagi pelajar yang tiada masalah.

Menempatkan murid mengikutpencapaian.Memberipengiktirafan – sijil,hadiahdan sebagainya.Membaikikurikulum.

Jadual 3.1 : Perbezaan Antara Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif

13

Page 14: MTE 3123e TOPIK 1

MTE 3112AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

3.6 Penilaian Formal dan Tak Formal

Penilaian boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formal dan

penilaian tidak formal. Penilaian formal merangkumi penilaian formatif dan

sumatif. Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur

perkembangan pembelajaran setelah pelajar selesai mengikuti satu unit

pelajaran yang kecil. Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir

suatu kursus. Tujuannya adalah untuk menentukan gred atau taraf sijil. Skop

ujian sumatif adalah luas dan ia lazimnya mengukur satu contoh semua tugasan

pembelajaran yang ditetapkan dalam pengajaran.

Matlamat utama penilaian tidak formal adalah memberi gambaran yang

menyeluruh mengenai profil pelajar dari segi nilai dan sikap. Pelaporan

penghayatan ini hendaklah membayangkan ciri-ciri perkembangan pelajar. Ia

tidak seharusnya memberi gambaran gagal atau lulus tetapi menghuraikan tahap

kemajuan pelajar.

Pelbagai cara digunakan untuk menjalankan penilaian tidak formal iaitu :

Pemerhatian

Senarai semak

Kaedah lisan

Kaedah penulisan

Kaedah portfolio

14

Page 15: MTE 3123e TOPIK 1

MTE 3112AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

3.7 Pentaksiran Alternatif

Pentaksiran alternatif merupakan mana-mana cara untuk mengetahui apa yang

pelajar tahu dan bertujuan untuk melaporkan perkembangan pelajar dan

pengajaran terurus sebagai satu alternatif kepada ujian tradisional. Pelbagai cara

digunakan untuk menjalankan penilaian alternatif iaitu :

3.7.1 Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian ialah kaedah pengumpulan maklumat, yang kemudian

dijadikan ukuran, secara memerhati dan merekod apa yang dilakukan oleh

seseorang dan orang- orang lain yang berkenaan serta keadaan di sekelilingnya.

3.7.2 Senarai semak

Senarai tingkah laku yang dijangka oleh pelajar yang telah ditentukan terlebih

dahulu. Guru akan menyemak prestasi pelajar berasaskan kriteria tingkah laku

yang ditentukan untuk satu tempoh tertentu. Semakin tinggi markah senarai

semak, semakin banyak tingkah laku positif yang dijangkakan telah ditonjolkan

oleh murid-murid.

3.7.3 Kaedah Lisan

Kaedah lisan ialah kaedah pengumpulan maklumat secara lisan dan merekod

apa yang maklumkan oleh individu yang menjadi subjek dan oleh orang-orang

lain yang berkenaan tentangnya.

3.7.4 Kaedah Penulisan

Kaedah penulisan ialah kaedah pengumpulan maklumat yang biasa digunakan

untuk mendapatkan ukuran bagi sesuatu konstruk. Kaedah ini mengunakan

teknik penulisan sebagai respons kepada satu set soalan ujian atau satu set

pernyataan soal selidik.

15

Page 16: MTE 3123e TOPIK 1

MTE 3112AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

3.7.5 Kaedah Portfolio

Penilaian potfolio (portfolio evaluation) ialah kaedah kaedah pengumpulan

maklumat melalui pendapat penilai terhadap satu set hasil kerja pelajar. Potfolio

melibatkan pengumpulan hasil kerja pelajar yang berkait dengan

pengetahuan/kemahiran yang ingin dinilai.

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan.

Bandingkan penilaian formal dan tidak formal berasaskan aspek-aspek berikut:-

PERBANDINGAN PENILAIAN FORMAL

PENILAIAN TIDAK FORMAL

Fungsi

Kelebihan

Kelemahan

Anda perlu rehat dahulu sebelum meneruskan bacaan berikutnya

16

Page 17: MTE 3123e TOPIK 1

MTE 3112AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

4.0 Pentafsiran Pentaksiran

4.1 Sinopsis

Tajuk ini menganalisis dan membuat penafsiran item soalan ujian berdaskan

indeks kesukaran dan indeks diskriminasi.

4.2 Hasil Pembelajaran

Menilai soalan berdasarkan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi

Melaporkan kesesuaian item berdasarkan Indeks Kesukaran dan Indeks

Diskriminasi

4,3 Kerangka Tajuk

4.4 Analisis dan Pentafsiran Item

Selepas item ujian dibina dan digubal, analisis item perlu dijalankan untuk

memastikan bahawa item ujian yang dihasilkan itu sesuai digunakan. Analisis

dijalankan untuk menghasilkan indeks yang dinamakan indeks kesukaran item

dan indeks diskriminasi.

17

Page 18: MTE 3123e TOPIK 1

MTE 3112AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

4.5 Indeks Kesukaran

Indeks kesukaran ialah kadar pelajar yang dapat menjawab item dengan betul.

Bagi ujian berbentuk objektif (betul/salah, isi tempat kosong, padanan, beraneka

pilihan), indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang

memberi jawapan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab

item tersebut. Pengiraannya adalah seperti persamaan berikut:

Jika jumlah pelajar yang menjawab item ialah J dan bilangan pelajar yang dapat

menjawab item dengan betul ialah B;

Indeks Kesukaran (p) = B/J

Contoh:

Sekiranya daripada 50 pelajar yg menjawab Item X itu, 30 pelajar dapat menjawab dengan betul, maka Indeks Kesukaran Item X ialah:

Indeks kesukaran (p) = 30/50

0.60

Nilai p yang paling tinggi ialah 1.0 dan yang paling rendah ialah 0; Nilai p adalah sentiasa positif; Nilai p yang tinggi menunjukkan item lebih senang; Nilai p yang rendah menunjukkan lebih sukar (lihat Jadual 4.1)

18

Page 19: MTE 3123e TOPIK 1

MTE 3112AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

Jadual 4.1 : Aras Kesukaran dan Pengelasan Item

4.6 Indeks Diskriminasi

Soalan sesuatu ujian hendaklah dapat membezakan dengan jelas antara calon

yang baik (tinggi prestasinya) dengan calon yang lemah (rendah prestasinya).

Sesuatu soalan dikatakan mempunyai kuasa diskiriminasi yang baik apabila

kebanyakan calon yang baik memilih opsyen yang betul manakala kebanyakan

calon yang lemah memilih opsyen yang salah. Salah satu cara mengukur kuasa

diskriminasi adalah dengan menggunakan rumus

D = U - L

D = indeks diskriminasi,

U = bilangan calon daripada kumpulan yang tinggi prestasinya

yang menjawab soalan dengan betul,

L = billangan calon daripada kumpulan yang rendah prestasinya

yang menjawab soalan dengan betul,

N = Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan tinggi dan

kumpulan rendah.

19

N2

Page 20: MTE 3123e TOPIK 1

MTE 3112AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

Contoh Pengiraan Indeks Diskriminasi :

30 pelajar dalam kelas dibahagikan kepada kumpulan atas dan kumpulan bawah

mengikut markah ujian, setiap kumpulan mempunyai 15 pelajar;

Didapati 12 orang dalam kumpulan atas menjawab Item Q dengan betul;

manakala hanya 6 orang sahaja dalam kumpulan bawah yang menjawab item itu

dengan betul. Indeks diskriminasi dapat dihitung seperti berikut:

PA = 12/15 = 0.80; PB = 6/15 = 0.40;

D = PA - PB

= .80 - .40

= 0.40

Maka indeks diskriminasi D bagi Item Q ialah 0.40.

Rajah 4.2 : Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item

20

Page 21: MTE 3123e TOPIK 1

MTE 3112AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

4.7 Pemantauan

Guru perlu memantau pencapaian setiap pelajar sepanjang sesi pengajaran dan

pembelajaran dilaksanakan. Pemantauan boleh dilakukan dengan lebih spesifik

dengan cara mengukur keupayaan dan pencapaian pelajar bagi setiap aktiviti

pembelajaran. Antara langkah pemantauan yang boleh dilakukan ialah dengan

bersoal jawab secara lisan dengan murid atau menyediakan soalan-soalan

objektif atau struktur yang perlu dijawab oleh para pelajar dan merekod

pencapaian pelajar. Dengan cara ini guru dapat memantau pencapaian pelajar

seterusnya menentukan langkah terbaik bagi membantu pelajar-pelajar

berkenaan.

Latihan untuk mengira indeks diskriminasi

Seramai 40 daripada 50 orang pelajar berpencapaian rendah dapat menjawab

satu soalan objektif dengan betul, sementara 20 daripada 50 orang pelajar

berpencapaian tinggi dapat menjawab soalan ini dengan betul. Kira indeks

diskriminasi soalan ini dan jelaskan kesesuaiannya.

21

Page 22: MTE 3123e TOPIK 1

MTE 3112AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

5.0 Pentadbiran Pentaksiran

5.1 Sinopsis

Tajuk ini melihat langkah-langkah mentadbir ujian, moderasi ujian dan skema

pemarkahan, membuat laporan dan pelaporan serta proses pembinaan item

ujian dari segi kesahan dan kebolehpercayaan.

5.2 Hasil Pembelajaran

Menjelaskan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian semasa

mentadbir ujian.

Mengamalkan langkah-langkah dalam pembinaan dan mentadbirkan ujian

dengan betul

5.3 Kerangka Tajuk

5.4 Pentadbiran Ujian

Semasa mentadbirkan ujian, perkara yang perlu diambil kira adalah seperti

berikut

i. Tempat pelaksanaan (psychological setting). Ketua pengawas dan

pengawas perlu menberian arahan yang jelas sebelum mula

peperiksaan, semasa peperiksaan, sebelum tamat peperiksaan,

selepas tamat peperiksaan.

22

Page 23: MTE 3123e TOPIK 1

MTE 3112AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

ii. Suasanal fizikal tempat peperiksaan (physical setting) perlu selesa.

Susunan meja kerusi calon perlu ada jarak antara tempat duduk

yang sesuai untuk mengelakkan calon meniru.

iii. Kawalan masa (keeping track of time). Sediakan jam dinding yang

cukup jelas. Masa yang ditetapkan perlu dipatuhi. Arahan untuk

mula peperiksaan dan arahan sebelum tamat peperiksaan dan

tamat peperiksaan

5.5 Moderasi Ujian dan Skema Pemarkahan

Selepas mentadbirkan ujian, guru akan memeriksa skrip jawapan. skema

pemarkahan perlu disediakan semasa menggubal kertas peperiksaan

sebagai panduan kepada guru untuk memeriksa jawapan ujian. Moderasi

dilaksanakan untuk memastikan ada keadilan dan ketekalan bagi semua

pemeriksa dan situasi pemeriksaan. Skema pemarkahan digunakan untuk

moderasi.

i. Skema pemarkahan mestilah menepati kehendak soalan dan

mempunyai ciri-ciri keobjektifan yang tinggi. Ini bermakna markah

yang diberikan kepada setiap soalan adalah tekal (konsisten ) bagi

semua pemeriksa dan situasi pemeriksaan.

ii. Untuk menjamin keobjektifan, skema pemarkahan perlu

menyatakan peraturan-peraturan memberi markah secara

terperinci.

23

Page 24: MTE 3123e TOPIK 1

MTE 3112AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

5.6 Penilaian Laporan dan Pelaporan

Penilaian boleh dinilai dalam beberapa bentuk laporan seperti:

a. Pemerhatian

b. Projek

c. Lisan

d. Tugasan

e. Penulisan

Bentuk-bentuk laporan ini adalah penting kerana ia dapat menilai murid-murid

daripada pelbagai segi. Murid-murid yang kurang mencapai dalam peperiksaan

bertulis diberi ruang untuk menonjol keupayaan mereka dan seterusnya ini dapat

membina keyakinan diri mereka.

Selain daripada itu, bentuk penilaian laporan ini dapat memberi maklumat

tentang kekuatan dan kelemahan setiap murid dan seterusnya memberi peluang

kepada guru untuk memberi bimbingan yang lebih berkesan kepada murid-

murid.

Pemilihan kaedah penilaian laporan adalah bergantung kepada beberapa faktor

seperti:

a. Hasil pembelajaran yang hendak dinilai

b. Kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai

Penilaian boleh dilakukan melalui beberapa cara seperti:

a. Penilaian secara lisan – guru dapat melaporkan penilaian melalui aktiviti

murid-murid seperti perbahasan, bercerita, nyayian, mendengar soalan dan

memberi respon.

b. Penilaian secara penulisan – melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa

tugasan dan hasil penulisan murid-murid seperti karangan, laporan projek,

24

Page 25: MTE 3123e TOPIK 1

MTE 3112AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

latihan, ujian bertulis dan lain-lain. Ia boleh digunakan untuk mengesan

kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid-murid.

Pelaporan merupakan aktiviti seperti merekod, mencatatkan maklumat dengan

sistematik di mana catatan ini melaporkan perkembangan, kebolehan, kemajuan

dan pencapaian murid-murid. Ia memudahkan guru untuk membuat rujukan dan

memantau perkembangan pembelajaran murid-murid. Maklumat dalam rekod

perlu dianalisis dan ditafsir untuk tujuan tindakan susulan dan pelaporan yang

lebih terperinci.

Rekod-rekod boleh dibuat dalam beberapa bentuk seperti membuat pernyataan,

memberi markah atau memberi gred. Ia boleh dibuat dalam dokumen-dokumen

seperti buku rekod mengajar, buku latihan murid, buku laporan kemajuan murid,

rekod prestasi murid atau rekod profil murid.

Aktiviti pelaporan ini harus dilakukan dari masa ke semasa supaya maklumat

menyeluruh tentang penguasaan pembelajaran murid terkumpul dan mudah

dibuat rujukan apabila diperlukan.

Pelaporan adalah sangat penting kerana ia adalah satu proses penyampaian

maklumat penilaian dari masa ke semasa tentang perkembangan pengetahuan,

kemahiran, nilai, sikap dan pencapaian murid. Ia membolehkan murid, pihak

sekolah dan ibu bapa mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Dalam

pelaporan, guru boleh melaporkan beberapa perkara yang releven berkaitan

dengan murid seperti prestasi akademik, pernyataan tentang minat, sikap dan

perlakuan murid serta cadangan untuk memperkembangkan potensi seseorang

murid.

Pelaporan boleh dilakukan secara lisan atau bertulis dalam bentuk markah,

pernyataan dan gred. pelaporan bertulis boleh dibuat dalam bentuk seperti buku

25

Page 26: MTE 3123e TOPIK 1

MTE 3112AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

laporan kemajuan murid, rekod profil murid, laporan ringkasan oleh guru mata

pelajaran atau guru kelas.

5.7 Kesahan

Kesahan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu relevan dan cakupan. Perekaan

item ujian harus memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan

sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan .Item-item yang dikemukakan perlu

akur dengan kurikulum dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari

segi kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi.

5.8 Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu ketekalan dan

ketepatan. Ketekalan bermaksud apabila item yang sama diuji beberapa kali kepada

subjek yang sama pada selang masa yang berlainan tetapi tetap memberi skor keputusan

atau jawapan yang sama atau hampir sama

Satu spesifikasi ujian direka bentuk bagi setiap ujian untuk dijadikan piawaian

yang diikuti dalam pembinaan instrumen. Ini adalah untuk memastikan ketepatan

ujian.

Fikir

Terangkan bagaimana anda menyediakan satu ujian pencapaian matematik

yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

26

Page 27: MTE 3123e TOPIK 1

MTE 3112AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

5.9 Bank Item

Bank Item diwujudkan bagi menyelaras dan memastikan kualiti item yang

dihasilkan adalah sah, bolehpercaya dan cukupcakup. Fungsi bank item ini

adalah untuk membina, menilai, mengumpul dan menyelaras item ujian.yang

berkualiti. Item-item yang baik akan digunakan sebagai “stok” dan digunakan

apabila perlu umpamanya untuk tujuan peperiksaan utama, peperiksaan

percubaan, peperiksaan ulangan dan sebagainya.

Proses membuat penilaian atau pertimbangan terhadap kualiti item yang dibina

berdasarkan prinsip pembinaan item dan ciri-ciri item yang berkualiti. Panel

penilai perlu membuat penilaian dan memastikan item yang telah dibina adalah

berasaskan kepada ciri-ciri item berkualiti seperti berikut:

i. Keakuran – Keakuran terhadap Standard, spesifikasi dan peluang;

ii. Ketepatan dan Kejelasan – tepat keterampilan, tepat kandungan dan jelas;

iii. Kesesuaian – Sesuai mengikut aras kesukaran, kepentingan dan keadilan.

Proses ini berakhir dengan membuat keputusan tentang item sama ada diterima,

ditolak atau dalam perhatian (KIV).

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan untuk membantu pemahaman anda.

Tamat

27