[2013] minit curai kursus kp pend islam

8
LAPORAN KURSUS / SEMINAR / MESYUARAT / TAKLIMAT MINIT CURAI Nama Kursus : Kursus Peningkatan Profesionalisme Ketua-Ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah-Sekolah Rendah WPKL Anjuran : Sektor Pendidikan Islam JPWP Tarikh / Masa : 06 November 2013 (Rabu), 8.00 pagi - 5.00 petang Tempat : Bilik j-QAF SK Seri Permaisuri, Cheras Kuala Lumpur ISI KANDUNGAN / INPUT: BIL PERKARA 1 Ucapan Perasmian Oleh : Hjh Nik Samihah binti N. Mohd Maidi (Ketua Sektor Pend Islam JPWP) Tidak ada perbezaan antara guru j-QAF dan GPI. Semua perjawatan guru agama adalah sama. j-QAF adalah satu program untuk memperkasakan Pendidikan Islam. Guru GPI perlu : Mengubah mentaliti dan memperbaiki perhubungan awam (public relation) dalam profesion. Guru GPI perlu mahir pelbagai bidang dan menjadi contoh kepada orang lain. Maju kehadapan, berimej positif dan berdaya saing Menjalankan tugas hakiki sebagai guru dan perjawatan dengan amanah, cekap dan berintegriti. Menepati etika berpakaian, bersih dan kemas. Menjaga imej sebagai guru Pendidikan Islam (GPI) hubungan dengan pentadbir hubungan guru j-QAF dan GPI (Kolaboratif) Hubungan dengan rakan sejawata 1 SK (P) METHODIST 2 BRICKFIELDS, KUALA LUMPUR

Upload: pinggan88

Post on 14-Apr-2016

51 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

,,

TRANSCRIPT

Page 1: [2013] Minit Curai Kursus KP Pend Islam

LAPORAN KURSUS / SEMINAR / MESYUARAT / TAKLIMAT

MINIT CURAI

Nama Kursus : Kursus Peningkatan Profesionalisme Ketua-Ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah-Sekolah Rendah WPKL

Anjuran : Sektor Pendidikan Islam JPWPTarikh / Masa : 06 November 2013 (Rabu), 8.00 pagi - 5.00 petangTempat : Bilik j-QAF SK Seri Permaisuri, Cheras Kuala Lumpur

ISI KANDUNGAN / INPUT:

BIL PERKARA

1 Ucapan PerasmianOleh : Hjh Nik Samihah binti N. Mohd Maidi (Ketua Sektor Pend Islam JPWP)

Tidak ada perbezaan antara guru j-QAF dan GPI. Semua perjawatan guru agama adalah sama. j-QAF adalah satu program untuk memperkasakan Pendidikan Islam.

Guru GPI perlu : Mengubah mentaliti dan memperbaiki perhubungan awam (public relation) dalam

profesion. Guru GPI perlu mahir pelbagai bidang dan menjadi contoh kepada orang lain. Maju kehadapan, berimej positif dan berdaya saing Menjalankan tugas hakiki sebagai guru dan perjawatan dengan amanah, cekap dan

berintegriti. Menepati etika berpakaian, bersih dan kemas. Menjaga imej sebagai guru Pendidikan Islam (GPI)

• hubungan dengan pentadbir• hubungan guru j-QAF dan GPI (Kolaboratif)• Hubungan dengan rakan sejawata• Hubungan dengan ibu bapa dan murid• syahsiah Guru Agama

2 Pelaksanaan Program j-QAF 2014Oleh : Ustaz Rahawaluddin bin Ismail

1. MODEL KELAS PEMULIHAN JAWI- bertujuan untuk memulihkan murid yang keciciran dalam Jawi- melibatkan murid di antara 6 hingga 10 orang- dilaksanakan serentak dengan waktu Jawi dalam Pendidikan Islam.- tempat berasingan yang bersesuaian- dijalankan oleh Guru j-QAF

1

SK (P) METHODIST 2BRICKFIELDS, KUALA LUMPUR

Page 2: [2013] Minit Curai Kursus KP Pend Islam

BIL PERKARA

2. MODEL KHATAM AL-QURAN- bertujuan untuk memastikan semua murid Islam khatam Al-Quran di peringkat sekolah

rendah.- menggunakan pendekatan talaqi dan musyafahah.- dilaksanakan dalam waktu Pendidikan Islam mengikut sukatan dan agihan waktu yang

telah ditetapkan- dijalankan oleh Guru Pendidikan Islam (GPI) bersama seorang atau dua orang Guru j-

QAF (GJQ) di kelas yang sama secara kolaboratif.

3. MODEL TASMIK

- untuk memastikan semua murid Islam khatam dan menguasai bacaan Al-Quran.- dilaksanakan sepanjang tahun di luar waktu persekolahan.- dijalankan oleh Guru j-QAF, Guru Pendidikan Islam dan guru mata pelajaran lain yang

berkebolehan.- semua murid Islam perlu mengikuti kelas Tasmik sekurang-kurang sekali seminggu.- Waktu Tasmik boleh dikira sebagai waktu Pdp dan boleh dijalankan dalam mana-mana

waktu Pdp.

4. MODEL PELUASAN BAHASA ARAB- bertujuan untuk mempeluaskan pelaksanaan Bahasa Arab di semua sekolah yang terlibat

dengan Program j-QAF.- status mata pelajaran pilihan/modul elektif- murid Islam hendaklah mengambil Bahasa Arab sekiranya tidak mengambil mata

pelajaran pilihan/modul elektif yang lain.- murid bukan Islam boleh belajar dengan kebenaran bertulis ibu bapa.

5. MODEL BESTARI SOLAT (KOKURIKULUM)- dilaksanakan di luar jadual waktu persekolahan.- pelaksanaan selama dua hari tanpa bermalam.- kekerapan 4 kali setahun.- melibatkan semua murid Islam Program j-QAF.- aktiviti kokurikulum yang perlu dimasukkan dalam takwim sekolah.- dijalankan dengan kerjasama semua warga sekolah termasuk penglibatan PIBG dan

komuniti setempat.- peruntukan khas daripada KPM.

Rujukan dan Punca Kuasa

1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.13/2004 Pelaksanaan Program j-QAF Di Sekolah Rendah.

2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/2008Penubuhan Persatuan B.Arab dan Kelab Jawi / Khat

3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.11/2010Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

4. Surat Siaran KPM Bil.35/2012Peluasan Program j-QAF Semua Sekolah Rendah 2013

2

Page 3: [2013] Minit Curai Kursus KP Pend Islam

BIL PERKARA5. Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum

Program j-QAF.

6. Buku Panduan Pelaksanaan Model-Model Pengajaran dan Pembelajaran dan Kokurikulum (Tahun 1 hingga 6)

7. Buku Panduan Pelaksanaan dan Rancangan Tahunan Pendidikan Islam j-QAF (Tahun 1 hingga 6).

3 Pelaksanaan Bahasa Arab KSSROleh : Ustaz Mohammad Nazri Musa

*Rujuk Isu-Isu Kurikulum Pendidikan Islam, j-QAF Dan Bahasa Arab & Isu-Isu Pemantauan

4 Pelaksanaan Pendidikan Islam KBSR / KSSR & Penilaian PAFAOleh : Ustaz Mohammad Nazri Musa

Menghantar pelan strategik Panitia Pendidikan Islam pada awal bulan Februari 2014.

*Rujuk Isu-Isu Kurikulum Pendidikan Islam, j-QAF Dan Bahasa Arab & Isu-Isu Pemantauan

5 Penilaian PAFA & PBSOleh : Ustaz Mohammad Nazri Musa

Ujian Formatif perlu dijalankan bagi Tahap 1 dan Tahun 4 sebagai evidens untuk mengukur tahap penguasaan murid.

6 Kutipan Data GPI, j-QAF & Data Murid 2014Oleh : Ustaz Misron bin Ali

Perlu hantar 4 kali setahun data kepada Sektor Pendidikan Islam

3

Page 4: [2013] Minit Curai Kursus KP Pend Islam

BIL PERKARA

7 Isu-Isu Kurikulum Pendidikan Islam, j-QAF Dan Bahasa Arab & Isu-Isu PemantauanOleh : Ustaz Wan Mohd Zaidi bin Wan Mahmood

Melakukan kerja luar dan mengabaikan tugas hakiki sebagai guru Tidak menulis buku rekod mengajar Tidak memberi kerjasama pada program sekolah Fail panitia tidak lengkap

Bil Soalan Jawapan1 Berapa waktu kelas

pemulihan jawi yang sebenarnya?

Sekolah perlu melaksanakan Modul kelas pemulihan jawi 1 waktu sahaja dari tahun 1-6 berdasarkan pekeliling surat siaran KPM bilangan 35 tahun 2012

2 Bolehkah Guru Kelas Pemulihan Jawi meninggalkan PdP Pemulihan Jawi untuk menjadi guru ganti di kelas yang lain pada masa yang sama?

Tidak boleh kerana waktu Kelas Pemulihan Jawi adalah waktu rasmi Guru j-QAF.

3 Bolehkah murid pemulihan Jawi lebih daripada 10 orang?

Tidak boleh, murid pemulihan jawi mestilah tidak lebih daripada 10 orang dengan seorang guru pemulihan jawi seperti mana yang ditetapkan. Ini bertujuan untuk memberikan tumpuan yang lebih kepada pelajar.

4 Jelaskan pelaksanaan Kelas tasmik KONSEP PELAKSANAAN KELAS TASMIK

1. Dilaksanakan di luar waktu persekolahan :a. sebelum waktu persekolahanb. waktu rehatc. waktu reliefd. sejurus selepas waktu akhir persekolahane. waktu petang/ malam/ hari Sabtu dan Ahad

2. Pihak sekolah perlu menetapkan waktu pelaksanaan kelas tasmik untuk sekolah masing-masing sebelum dimaklumkan kepada ibubapa murid.

3. Dicadangkan 2 waktu lebihan yang terdapat dalam jadual waktu tahap satu dijadikan waktu tasmik.

4. Dicadangkan juga 2 waktu tasmik ini tidak semestinya diletakkan dihujung waktu untuk mengelakkan pertembungan waktu guru.

5. Pelaksanaan kelas tasmik adalah di bawah tanggung jawab Guru j-QAF.

6. Pihak sekolah boleh melantik GPI dan guru mata pelajaran lain yang berkebolehan untuk menjadi guru tasmik.

7. Waktu tasmik dikira sebagai waktu mengajar rasmi Guru j-QAF.

8. Guru perlu mencatat pelaksanaan kelas tasmik di dalam Buku Rekod Mengajar

4

Page 5: [2013] Minit Curai Kursus KP Pend Islam

BIL PERKARA

Bil Soalan Jawapan

9. Waktu tasmik tidak boleh dianggap sebagai waktu kokurikulum.

CONTOH CATATAN PELAKSANAAN TASMIK DALAM BUKU REKOD MENGAJAR

KELAS : 2 GEMILANGTARIKH/MASA :KUMPULAN : DUABILANGAN MURID : 9 / 10 ORANGIMPAK : 8 orang menguasai dan

1 menguasai cemerlang

5 Isu dan masalah yang sering dihadapi oleh guru Bahasa Arab ketika melaksanakan PdP adalah untuk merekod pencapaian semasa murid.- Menulis rekod murid

dalam senarai borang akan mengganggu masa dan aktiviti PdP guru.

- Mengingati semula pencapaian murid selepas PdP sering membuat guru terlupa dan kredibiliti guru boleh dipertikai.

- Maka teknik ini dicadangkan untuk disesuaikan dalam aktiviti PdP guru bagi melancarkan aktiviti merekod pencapaian semasa murid tanpa mengganggu kelancaran aktiviti PdP.

6 Jadual Guru GPI dan Guru j-QAF

Menyelaras jadual waktu GPI dan Guru j-QAF

ITEM PERUNTUKAN WAKTU GPI GJQ

(PI)GJQ (BA)

GURU LAIN

KhatamAl-Quran

3 / / /

Jawi / Pemulihan

Jawi1 / /

Ulum Syariah

2 /

Bahasa Arab

3 /

Tasmik luar jadual / / / /Kem

Bestari Solatluar jadual / / / /

* Pihak sekolah perlu menetapkan waktu pelaksanaan kelas tasmik

5

Page 6: [2013] Minit Curai Kursus KP Pend Islam

BIL PERKARA

TINDAKAN SAYA :1. Gunakan lebih masa untuk perkara penting.2. Capai potensi diri dan terus maju ke tahap yang lebih tinggi.3. Memiliki personaliti unggul (towering personality).4. Mempunyai world view yang positif.5. Meningkatkan kuasa profesional, keberkesanan tugas, kreativiti dan inovasi, keyakinan

diri dan kewibawaan guru dalam pelaksanaan tugas.6. Penguasaan kemahiran merancang, melaksana, memantau, mentaksir dan menilai serta

pengurusan bilik darjah yang baik dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang efisien, bermakna, dan menyeronokkan.

7. Guru perlu mengamalkan nilai teras perkhidmatan awam dan nilai profesional keguruan yang meliputi domain diri, domian profesion dan domain sosial bagi melaksanakan tenggungjawab mendidik murid dengan berkesan.

8. Menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju, berdaya saing dan dapat mendorong seseorang melakukan kebaikan.

9. Berusaha agar hasil kerja dan amalan dapat menonjolkan ciri-ciri kecemerlangan dan ketinggian kualiti yang boleh menjadi sumber inspirasi kepada rakan sejawat.

10. Sentiasa berusaha menjadi pekerja yang terbaik.

Tandatangan Guru,

………………………………….

(RAUDHATUL KHALILAH BINTI AHMAD)Guru Penolong Gred DG41

Tarikh : 9 November 2013

6