20120308111042 jurnal reflektif

5

Click here to load reader

Upload: lina-abu-bakar

Post on 20-Jun-2015

98 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 20120308111042 jurnal reflektif

1

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

Oleh Lt Kol (B) Hamid bin Awang [email protected]

Pengenalan Jurnal Reflektif (JF) juga dikenali sebagai log pembelajaran adalah himpunan rekod yang didokumenkan berasaskan pengalaman pembelajaran. Ia adalah kerangka yang membolehkan seseorang individu merekod, mencatat dan membuat maklum balas terhadap permasalahan yang diperhatikan serta memberikan respons terhadap permasalahan tersebut. Setiap maklumat yang telah dirakam boleh digunakan kembali untuk membuat penafsiran, analisis, dan kritikan berdasarkan cara berfikir dan konteks yang dialami oleh guru. Jurnal yang dihasilkan juga boleh sama ada dalam bentuk penulisan, paparan imej, lakaran, dan lain-lain jenis sumber rujukan yang berkaitan. Kegunaan Jurnal Reflektif

merekodkan pembangunan idea-idea dan wawasan guru / atau kumpulan dalam konteks yang diberikan dan ia boleh melibatkan konsep, idea, dan isi atau permasalahan yang dihadapi dalam konteks pengajaran dan pembelajaran.

merenung kembali kandungan subjek dan pengalaman peribadi sebagai satu cara untuk meningkatkan pemahaman penyelesaian masalah.

menganalisis pembelajaran kendiri yang bersesuaian dengan diri sendiri untuk dikongsi bersama ke arah memajukan diri orang lain.

Membina suatu kerangka pembelajaran yang baru bersesuaian dengan keperluan semasa berasaskan pengalaman peribadi serta persekitaran.

Persoalan Dalam Jurnal Reflektif Beberapa persoalan perlu diteliti dan dikaji untuk membantu kita memahami serta berupaya menggunakan Jurnal Reflektif sebagai salah satu cabang dalam proses penyelesaian masalah pembelajaran. Antara persoalan yang boleh kita teliti ialah:

Apakah permasalahan atau isu semasa yang dihadapi?

Apakah maklumat tambahan yang berguna untuk penyelesaian masalah?

Bagaimanakah ia dapat dikaitkan dengan isu atau masalah yang dihadapi?

Siapakah yang dipercayai boleh membantu?

Apakah yang boleh saya ciptakan untuk melaksanakan perubahan?

Apakah kemungkinan hasilan yang diterima?

Apakah tindakan yang perlu saya ambil untuk membaiki keadaan?

Bagaimanakah boleh saya melakukan perubahan untuk masa akan datang?

Page 2: 20120308111042 jurnal reflektif

2

Perbezaan Di antara Karangan dan Penulisan Jurnal

JADUAL 1 : Perbezaan Di Antara Karangan dan Penulisan Jurnal

Keterangan Karangan Jurnal

Kegunaan Pengolahan atau respons terhadap sesuatu tajuk yang diberikan

Koleksi rekod yang berkaitan dengan perkembangan idea

Topik Respon kepada soalan yang ditetapkan berasaskan pembacaan

Refleksi terhadap pengalaman dan kandungan.

Audien (Khalayak) Pensyarah/Tenaga Pengajar Diri sendiri dan tenaga pengajar

Format Format ditetapkan dalam bentuk pemerengganan (Pendahuluan, isi kandungan, dan kesimpulan atau penutup)

Tiada format yang ditetapkan. Pelbagai format penulisan boleh diterima.

Gaya Gaya penulisan adalah formal. Gaya penulisan tidak formal

Penilaian Berasaskan koheran hujahan dan maklumat yang berkualiti serta ada bukti yang dinyatakan

Berdasarkan perkembangan pemikiran dan wawasan terhadap sesuatu topik yang dibincangkan.

Proses Reflektif Reflektif bertujuan untuk membina suatu kerangka pemikiran secara positif ke arah pembinaan wawasan yang lebih sempurna. Dalam konteks ini, suatu putaran atau roda reflektif perlulah dipraktikkan. Putaran atau roda refleksi ini boleh dilihat seperti contoh berikut:

RAJAH 1 : PUTARAN PROSES REFLEKTIF

Rekod

Reflektif (Berfikir)

Menganalisis

Tindakan

ISU ATAU MASALAH

Page 3: 20120308111042 jurnal reflektif

3

Rekod Merekod melibatkan penulisan berkaitan dengan perkara yang berlaku, bilakah perkara tersebut berlaku dan mereka yang terlibat untuk memahami situasi atau konteks tersebut. Permasalahan yang wujud cuba dijelaskan dalam situasi ini. Analisis yang berkaitan dengan permasalahan dengan bantuan rajah dan sumber rujukan dijelaskan dalam bahagian ini agar setiap permasalahan yang dikemukakan dapat dijelaskan dengan nyata dan terperinci. Seberapa banyak peristiwa atau catatan yang boleh menyokong penyelesaian atau cara berfikir perlulah direkodkan. Beberapa persoalan yang dapat membantu kerja merekod :

Apakah permasalahan yang berlaku?

Siapakah yang terlibat?

Apakah penglibatan mereka dalam situasi atau konteks tersebut?

Bilakah perkara ini berlaku? Reflektif Reflektif pula melibatkan cara berfikir dan membuat interpretasi terhadap pengalaman yang dilalui dalam konteks permasalahan di atas. Setiap guru perlulah berfikir secara kritis terhadap permasalahan dan memberikan cadangan yang bernas untuk mengatasi masalah tersebut. Dalam konteks berfikir secara reflektif ini juga guru boleh melibatkan nilai, kepercayaan dan andaian terhadap perkara yang ditulis. Tempoh masa terhadap penyelesaian masalah juga boleh dijelaskan oleh guru dalam kerangka refleksi ini. Beberapa persoalan boleh dijadikan panduan kepada guru, antaranya ialah :

Kenapakah perkara ini berlaku sedemikian rupa?

Bagaimanakah cara ia boleh diperbaiki?

Bagaimanakah cara yang boleh saya lakukan untuk membaiki perkara tersebut?

Bagaimanakah situasi tersebut boleh diperbaiki?, tindakan susulan yang perlu diambil oleh guru

Apakah kesan terhadap penambahbaikan?

Apakah nilai, kepercayaan, dan andaian yang boleh menjelaskan perlakuan dan setiap fenomena yang berlaku

Apakah jangkaan penilaian terhadap penambahbaikan yang dilakukan? Menganalisis Analisis dalam proses reflektif melibatkan 3 perkara penting, iaitu analisis tentang pengalaman atau kandungan, integerasi di antara pengalaman dan teori-teori yang berkaitan dan penambahbaikan kesedaran serta pembangunan diri. Ketiga-tiga perkara ini juga akan memberikan impak kepada penilaian terhadap kejayaan yang telah dicapai dalam usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebagai persoalan terhadap tugasan analisis ini, antaranya ialah:

Apakah kelebihan, kekuatan, kekurangan dan kelemahan yang dikenal pasti?

Bagaimanakah setiap kekurangan dan kelemahan boleh diatasi?

Apakah persamaan dan perbezaan di antara teori-teori yang berkaitan dengan penulisan reflektif?

Page 4: 20120308111042 jurnal reflektif

4

Bagaimanakah pengalaman dan teori-teori yang berkaitan dapat menyumbang ke arah penambahbaikan masalah yang dihadapi.

Tindakan Tindakan ialah suatu proses di akhir putaran reflektif. Setiap tindakan yang diambil adalah berdasarkan penilaian yang dilakukan pada peringkat analisis. Setiap tindakan perlulah berasaskan teori atau kerangka model yang praktik dan boleh diukur pelaksanaannya. Perlu diingat bahawa tindakan adalah suatu proses cadangan yang boleh memperbaiki atau menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Penggredan Penulisan Reflektif Jurnal Sesebuah penulisan reflektif jurnal yang baik perlulah mengambil kira perkara-perkara berikut di dalam penulisannya, iaitu :

Objektif yang jelas dan relevan dengan permasalahan yang cuba diselesaikan

Pengumpulan data atau maklumat yang relevan dan logik

Situasi pengalaman yang dinyatakan bersesuaian dengan permasalahan yang dinyatakan

Tafsiran dan analisis data yang logik dan berasaskan pemerhatian yang sebenar serta konsep-konsep yang telah dipelajari atau difahami

Keputusan yang berwibawa dan disokong oleh tafsiran yang logik serta boleh diterima akal.

Pelan tindakan yang munasabah

Ditulis dalam bentuk penulisan berformat dan mempunyai ciri kepintaran (smart writing). Aplikasi Penulisan Jurnal Reflektif Seperti yang dijelaskan di atas, penulisan Jurnal Reflektif adalah suatu catatan atau log peristiwa yang dialami oleh guru semasa melaksanakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran yang dimaksudkan tidaklah hanya tertumpu di dalam bilik darjah sahaja, malahan ia boleh juga berlaku di luar bilik darjah khususnya ketika mengendalikan aktiviti kokurikulum. Ketika melaksanakan aktiviti kokurikulum banyak perkara atau peristiwa yang dihadapi oleh guru sama ada yang bersifat positif ataupun negatif. Keupayaan guru menganalisis dan menterjemahkan kembali setiap peristiwa tersebut dalam bentuk perancangan serta tindakan susulan akan memberikan impak kepada wawasan ataupun harapan baru dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi dalam bentuk penulisan Jurnal Reflektif bolehlah berdasarkan proses carta aliran gambar rajah 2 berikut:

Page 5: 20120308111042 jurnal reflektif

5

RAJAH 2 : PROSES APLIKASI PENULISAN REFLEKTIF

Diskripsi Diskripsi atau huraian tentang permasalahan/isu/peristiwa

Apa yang terjadi. Apa yang dilihat dan apa yang dialami serta

dilakukan

Perasaan dan Fikiran Apa yang anda rasakan/fikirkan

berkaitan dengan masalah/isu/peristiwa tersebut

Penilaian Apakah kebaikan/ kelemahan/

perkara bermanfaat/tidak bermanfaat daripada peristiwa yang telah anda alami. Aktiviti

permainan tradisional amat digemari oleh pelajar.

Analisis Apa yang anda fahami daripada peristiwa/pengalaman tersebut. Contohnya, daripada penilaian aktiviti permainan tradisional

memang seronok dan disokong oleh teori atau konsep tertentu.

Kesimpulan Sesuatu yang menjadi pegangan

dan secara kesimpulannya memberikan impak kepada

penyelesaian sesuatu isu atau masalah. Contohnya jika pelajar

berminat dengan permainan

tradisional maka perlu diteruskan. anda fahami daripada

peristiwa/pengalaman tersebut. Contohnya, daripada penilaian aktiviti

permainan tradisional memang seronok dan disokong oleh teori atau

konsep tertentu.

Tindakan Seterusnya Tindakan adalah suatu proses

cadangan yang boleh memperbaiki atau menyelesaikan

permasalahan yang dihadapi