2.0 teori pembelajaran

3
Teori Pembelajaran Apakah yang dimaksudkan dengan teori ? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, teori bermaksud prinsip-prinsip am atau asas-asas kasar yang menjadi dasar pembentukan (perkembangan) sesuatu pengetahuan. Pembelajaran pula merupakan satu proses berterusan. Menurut, Kamus Dewan Edisi Keempat pembelajaran adalah usaha memperoleh ilmu pengetahuan, menuntut ilmu pengetahuan. Proses ini mengkehendaki pelajar melalui pengalaman seperti mendapat penerangan guru, membuat latihan bertulis atau amali sehingga berlaku perubahan dalam diri pelajar. Oleh itu pembelajaran merupakan satu proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia menerusi pengalaman. Penjelasan tentang cara manusia dan haiwan belajar dikenali sebagai teori pembelajaran. Teori pembelajaran berusaha untuk menjelaskan cara manusia belajar dan memberikan cadangan mengenai cara menyelesaikan masalah dan memberi pilihan-pilihan penyelesaian masalah. Teori- teori pembelajaran terdiri daripada kognitif, konstruktisme, behavioris, humanisme dan sosial yang boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P & P). Mengikut Teori Pembelajaran Behaviorisme, tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Tokoh mazhab behavioris menekankan perkaitan antara gerak balas individu dengan rangsangan pembelajaran untuk membentuk sesuatu tingkah laku yang baru dalam proses pembelajaran. Hal ini bermakna, apabila murid diberi rangsangan oleh guru seperti pujian terhadap sesuatu yang mereka lakukan di dalam bilik darjah, mereka akan menghasilkan tindak balas seperti berusaha untuk menjadi yang lebih baik maka perubahan tingkah laku telah terjadi. Pengukuhan yang berterusan di dalam bilik darjah seperti memberi latihan, latih-tubi dan aktiviti yang 2

Upload: tarmizi-hanafiah

Post on 11-Jan-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

teori

TRANSCRIPT

Page 1: 2.0 Teori Pembelajaran

Teori Pembelajaran

Apakah yang dimaksudkan dengan teori ? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, teori

bermaksud prinsip-prinsip am atau asas-asas kasar yang menjadi dasar pembentukan

(perkembangan) sesuatu pengetahuan. Pembelajaran pula merupakan satu proses

berterusan. Menurut, Kamus Dewan Edisi Keempat pembelajaran adalah usaha

memperoleh ilmu pengetahuan, menuntut ilmu pengetahuan. Proses ini mengkehendaki

pelajar melalui pengalaman seperti mendapat penerangan guru, membuat latihan bertulis

atau amali sehingga berlaku perubahan dalam diri pelajar. Oleh itu pembelajaran

merupakan satu proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia menerusi

pengalaman. Penjelasan tentang cara manusia dan haiwan belajar dikenali sebagai teori

pembelajaran. Teori pembelajaran berusaha untuk menjelaskan cara manusia belajar dan

memberikan cadangan mengenai cara menyelesaikan masalah dan memberi pilihan-pilihan

penyelesaian masalah. Teori-teori pembelajaran terdiri daripada kognitif, konstruktisme,

behavioris, humanisme dan sosial yang boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (P & P).

Mengikut Teori Pembelajaran Behaviorisme, tingkah laku pelajar boleh diperhatikan,

dikawal dan diramal. Tokoh mazhab behavioris menekankan perkaitan antara gerak balas

individu dengan rangsangan pembelajaran untuk membentuk sesuatu tingkah laku yang

baru dalam proses pembelajaran. Hal ini bermakna, apabila murid diberi rangsangan oleh

guru seperti pujian terhadap sesuatu yang mereka lakukan di dalam bilik darjah, mereka

akan menghasilkan tindak balas seperti berusaha untuk menjadi yang lebih baik maka

perubahan tingkah laku telah terjadi. Pengukuhan yang berterusan di dalam bilik darjah

seperti memberi latihan, latih-tubi dan aktiviti yang berterusan di dalam bilik darjah amat

diberikan penekanan dalam teori ini.

Seterusnya, menurut Teori Pembelajaran Kognitif, pembelajaran ialah satu proses

dalaman yang berlaku dalam akal fikiran dan tidak dapat diperhatikan secara langsung

daripada tingkah laku manusia. Pembelajaran hanya boleh berlaku berdasarkan pelajar

yang mempunyai cukup pengalaman yang berkaitan untuk mempelajari pengalaman baru, di

samping mempunyai motif serta rela mengambil inisiatif diri untuk menjalankan aktiviti

pembelajaran. Pembelajaran juga melibatkan pembentukan hubungan proses mental yang

mungkin tidak dapat diperhatikan. Pengetahuan murid akan disusun menjadi lebih sistematik

apabila mereka membuat perbandingan dan mengingtegrasikan maklumat baru dan

maklumat lama yang mereka pelajari.

2

Page 2: 2.0 Teori Pembelajaran

Menurut teori pembelajaran Sosial, prinsipnya melibatkan tiga unsur yang utama iaitu

individu (proses), persekitaran dan tingkah laku. Individu dirujuk sebagai keadaan motivasi

intrinsiknya, persekitaran sebagai rangsangan luaran dan tingkah laku sebagai

perlakuannya. Berdasarkan konsep pembelajaran, prinsip teori pembelajaran sosial dapat

dirumuskan sebagai penentu dan menggunakan model yang sesuai dengan perbezaan

individu dalam pembelajaran sosial. Hal ini kerana, murid belajar dari proses peniruan atau

model. Berdasarkan peniruan tersebut, telah memupuk konsep kendiri positif supaya pelajar

memperoleh keyakinan terhadap tingkah laku ditirunya dengan memberi peneguhan positif.

Daripada penerangan tersebut dapat dikaitkan dengan ciri pembelajaran iaitu pembelajaran

akan berlaku pada diri sendiri, usaha sendiri dan mengikut motif atau motivasi yang tertentu.

Motivasi yang dimaksudkan ialah penggerak luaran seperti ibu bapa, guru atau model yang

mereka lihat sebagai seorang yang boleh diikuti atau ditiru

Seterusnya, teori pembelajaran Humanis pula dipelopori oleh Rogers. Beliau

berpendapat, fitrah manusia pada dasarnya adalah mulia dan baik. Individu akan

berkembang secara semula jadi sekiranya persekitaran yang mereka hidup adalah sesuai.

Oleh itu, guru harus mengikuti keperluan pelajar dengan membantu mereka mempelajari

ilmu pengetahuan yang mereka suka dan dianggap bermakna. Prinsip tersebut dapat

dikuatkan lagi dengan setiap individu bertindak atas persekitaran masing-masing dan bebas

untuk membuat pilihan dan keputusan dalam usaha membentuk dunia peribadi dan

pembelajaran. Secara semula jadi, setiap individu ingin belajar dan menimba ilmu. Maka,

murid-murid hendaklah mempunyai kawalan kendiri ke atas apa yang hendak mereka

pelajari. Keberkesanan pembelajaran akan dicapai apabila pelajar mengambil inisiatif sendiri

dan melibatkan diri sepenuh dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Teori Pembelajaran Konstruktivisme mendukung makna ilmu pengetahuan adalah

dibina melalui proses saling berkaitan di antara pembelajaran terdahulu dengan

pembelajaran terbaru yang berkaitan di mana pelajar membina ilmu pengetahuan dengan

melibatkan dirinya secara aktif, menggunakan cara membanding maklumat baru dengan

pengalaman yang sedia ada supaya menyelesaikan sebarang perselisihan yang timbul

dengan tujuan mencapai kefahaman terhadap maklumat baru. Apabila seseorang murid

mengalami sesuatu fenomena baru, murid akan menilai fenomena itu berdasarkan idea

yang sedia ada serta pengalaman asasnya. Penilaian sedemikian berupaya mengubah

persepsi dan pemahaman atau berupaya mengabaikan maklumat baru itu sebagai sesuatu

yang tidak relevan. Dalam erti kata lain, murid akan bertanya soalan, meneroka dan menilai

apa-apa sahaja yang guru ketahui dalam proses pembinaan pengetahuannya.

3