teori pembelajaran merujuk kepada prinsip

Upload: salaross

Post on 11-Oct-2015

101 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Teori-teori Pembelajaran

TRANSCRIPT

Teori pembelajaran merujuk kepada prinsip- prinsip dan hukum- hakam pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian- kajian ahli psikologi pendidikan. Teori pembelajaran ini merupakan asas kepada para pendidik agar dapat memahami tentang cara pelajar belajar. Selain itu, dengan adanya pengetahuan yang menyeluruh tentang teori pembelajaran ini, pendidik diharapkan agar dapat menghubung kaitkan prinsip dan hukum pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang akan digunakan. Terdapat empat teori pembelajaran utama dalam pendidikan. Teori- teori ini adalah behaviorisme, kognitif, sosial dan humanis (Dr Bushra binti Ali).

Teori BehaviorismeBehaviorisme secara umumnya merujuk kepada sains psikologi bagi keupayaan perhatian tingkah laku. Menurut Cik Hajjah Siti Fatimah Mohd Yassin, ahli-ahli psikologi Behavoris berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkahlaku. Perubahan tingkah laku semasa proses pembelajaran adalah kerana wujudnya perhubungan rangsangan (stimuli) dengan tindak balas(respon) organisma.Berasaskan perlaziman (conditioning), perkaitan rangsangan dan tindak balas akan membentuk sesuatu perhubungan baru. Apabila tindak balas terhadap sesuatu rangsangan wujud maka proses pembelajaran boleh dimulakan.Proses pembelajaran ini akan diteruskan apabila unsur motivasi diselitkan. Behaviorisme secara umumnya merujuk kepada sains psikologi bagi keupayaan perhatian tingkah laku. Menurut Cik Hajjah Siti Fatimah Mohd Yassin, ahli-ahli psikologi Behavoris berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkahlaku. Perubahan tingkah laku semasa proses pembelajaran adalah kerana wujudnya perhubungan rangsangan (stimuli) dengan tindak balas(respon) organisma.Berasaskan perlaziman (conditioning), perkaitan rangsangan dan tindak balas akan membentuk sesuatu perhubungan baru. Apabila tindak balas terhadap sesuatu rangsangan wujud maka proses pembelajaran boleh dimulakan. Proses pembelajaran ini akan diteruskan apabila unsur motivasi diselitkan.

Teori KognitifSementara itu, kognitif pula merujuk kepada proses mental yang melibatkan mengamati, mengetahui dan memahami. Ahli- ahli kognitif berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran manusia di mana ianya tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Proses dalaman ini termasuk celik akal, pemprosesan maklumat dan persepsi.

Teori SosialTeori pembelajaran sosial pula adalah gabungan peneguhan behavioris dengan psikologi kognitif dalam pembelajaran yang sistematik. Para pelajar ditekankan agar menggunakan pemikiran dalaman dan tidak bergantung kepada pelaziman atau operan seperti dalam teori Behavioris. Tokoh yang begitu sinonim dengan teori sosial ini adalah Albert Bandura, yang mana berpendapat bahawa pemerhatian model penting dalam pembelajaran.

Teori humanismeTeori pembelajaran terakhir adalah teori pembelajaran humanis. Teori ini menegaskan kepentingan cara pengajaran- pembelajaran yang dapat memenuhi kehendak individu berdasarkan perkembangan emosinya. Dalam konteks pendidikan, guru membantu klien (pelajar) bagi mengenal pasti masalahnya, bertindak terhadap masalah itu dan menuju ke arah penyelesaian.

Berdasarkan pemerhatian saya, teori yang digunakan oleh guru ini di dalam pengajaran dan pembelajaran ialah teori kognitif.Guru ini mementingkan perubahan tingkah laku pelajar dan tingkah laku tersebut adalah sejajar dengan perubahan kognitif.Pengajaran guru ini mementingkan aspek pemahaman dan berlakunya perubahan mental kepada murid-murid.Proses pengajaran dan pembelajaran dianggap berjaya apabila berlakunya perubahan mental di dalam diri pelajar, iaitu bertambahnya maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka masa panjang. Guru ini memulakan pengajaran dengan mempamerkan ayat ayat yang bermakna iaitu petikan pantun di MS Power Point. Di dalam pengajaran dan pembelajaran ini terdapat langkah di mana guru menyuruh murid-murid membaca petikan pantun yang ditayangkan sehingga murid-murid memahami apa yang mereka baca.Ini bersesuaian dengan teori kognitif yang mementingkan murid-murid memahami apa yang dibaca dan berlaku perubahan mental di dalam diri mereka.Teori pembelajaran merujuk kepada prinsip- prinsip dan hukum- hakam pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian- kajian ahli psikologi pendidikan. Teori pembelajaran ini merupakan asas kepada para pendidik agar dapat memahami tentang cara pelajar belajar. Selain itu, dengan adanya pengetahuan yang menyeluruh tentang teori pembelajaran ini, pendidik diharapkan agar dapat menghubung kaitkan prinsip dan hukum pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang akan digunakan. Terdapat empat teori pembelajaran utama dalam pendidikan. Teori- teori ini adalah behaviorisme, kognitif, sosial dan humanis (Dr Bushra binti Ali).

Teori BehaviorismeBehaviorisme secara umumnya merujuk kepada sains psikologi bagi keupayaan perhatian tingkah laku. Menurut Cik Hajjah Siti Fatimah Mohd Yassin, ahli-ahli psikologi Behavoris berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkahlaku. Perubahan tingkah laku semasa proses pembelajaran adalah kerana wujudnya perhubungan rangsangan (stimuli) dengan tindak balas(respon) organisma.Berasaskan perlaziman (conditioning), perkaitan rangsangan dan tindak balas akan membentuk sesuatu perhubungan baru. Apabila tindak balas terhadap sesuatu rangsangan wujud maka proses pembelajaran boleh dimulakan.Proses pembelajaran ini akan diteruskan apabila unsur motivasi diselitkan. Behaviorisme secara umumnya merujuk kepada sains psikologi bagi keupayaan perhatian tingkah laku. Menurut Cik Hajjah Siti Fatimah Mohd Yassin, ahli-ahli psikologi Behavoris berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkahlaku. Perubahan tingkah laku semasa proses pembelajaran adalah kerana wujudnya perhubungan rangsangan (stimuli) dengan tindak balas(respon) organisma.Berasaskan perlaziman (conditioning), perkaitan rangsangan dan tindak balas akan membentuk sesuatu perhubungan baru. Apabila tindak balas terhadap sesuatu rangsangan wujud maka proses pembelajaran boleh dimulakan. Proses pembelajaran ini akan diteruskan apabila unsur motivasi diselitkan.

Teori KognitifSementara itu, kognitif pula merujuk kepada proses mental yang melibatkan mengamati, mengetahui dan memahami. Ahli- ahli kognitif berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran manusia di mana ianya tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Proses dalaman ini termasuk celik akal, pemprosesan maklumat dan persepsi.

Teori SosialTeori pembelajaran sosial pula adalah gabungan peneguhan behavioris dengan psikologi kognitif dalam pembelajaran yang sistematik. Para pelajar ditekankan agar menggunakan pemikiran dalaman dan tidak bergantung kepada pelaziman atau operan seperti dalam teori Behavioris. Tokoh yang begitu sinonim dengan teori sosial ini adalah Albert Bandura, yang mana berpendapat bahawa pemerhatian model penting dalam pembelajaran.

Teori humanismeTeori pembelajaran terakhir adalah teori pembelajaran humanis. Teori ini menegaskan kepentingan cara pengajaran- pembelajaran yang dapat memenuhi kehendak individu berdasarkan perkembangan emosinya. Dalam konteks pendidikan, guru membantu klien (pelajar) bagi mengenal pasti masalahnya, bertindak terhadap masalah itu dan menuju ke arah penyelesaian.

Berdasarkan pemerhatian saya, teori yang digunakan oleh guru ini di dalam pengajaran dan pembelajaran ialah teori kognitif.Guru ini mementingkan perubahan tingkah laku pelajar dan tingkah laku tersebut adalah sejajar dengan perubahan kognitif.Pengajaran guru ini mementingkan aspek pemahaman dan berlakunya perubahan mental kepada murid-murid.Proses pengajaran dan pembelajaran dianggap berjaya apabila berlakunya perubahan mental di dalam diri pelajar, iaitu bertambahnya maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka masa panjang. Guru ini memulakan pengajaran dengan mempamerkan ayat ayat yang bermakna iaitu petikan pantun di MS Power Point. Di dalam pengajaran dan pembelajaran ini terdapat langkah di mana guru menyuruh murid-murid membaca petikan pantun yang ditayangkan sehingga murid-murid memahami apa yang mereka baca.Ini bersesuaian dengan teori kognitif yang mementingkan murid-murid memahami apa yang dibaca dan berlaku perubahan mental di dalam diri merekaPelajar akan didedahkan dengan pengetahuan mengenai konsep alam

belajar murid; pelbagai teori pembelajaran; implikasi faktor perbezaan

individu, motivasi, gaya pembelajaran terhadap pemilihan dan pengaplikasian

pendekatan dan strategi pengajaran pembelajaran.

Di samping interaksi dengan pensyarah pada masa cuti, anda boleh

menggunakan panduan pembelajaran ini untuk memperkukuhkan

pengetahuan dan kemahiran anda dalam beberapa tajuk (Tajuk 1 7). Harap

anda mendapat pengalaman belajar yang menarik dan mencabar.

HASIL PEMBELAJARAN

(1) Menjelaskan konsep alam belajar dan pengajaran-pembelajaran

(2) Menjelaskan kepentingan alam belajar dalam perkembangan dan

pembelajaran kanak-kanak.

(3) Menghuraikan teori-teori pembelajaran utama dan implikasi terhadap

pengajaran dan pembelajaran.

(4) Memilih dan mengaplikasi pendekatan serta strategi pengajaran

pembelajaran yang sesuai berdasarkan teori pembelajaran

(5) Mengaplikasi pengetahuan tentang perbezaan individu, gaya

pembelajaran dan motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

(6) Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

TAJUK 1 ALAM BELAJAR

PENGENALAN

KONSEP ALAM BELAJAR

Alam belajar murid terdiri daripada dua komponen. Cuba kaji Rajah 1 dan

nyatakan dua komponen itu. Di bawah setiap komponen, nyatakan elemen-elemennya.

Alam Fizikal:-

Fizikal boleh diibaratkan sebagai guru yang kedua bagi seseorang pelajar dalam bilik darjah. Alam fizikal banyak mencerminkan gaya pengajaran seorang guru di bilik darjah. Sususan kerusi dan meja , pokok-pokok dalam pasu, gambar-gambar pemandangan, papan kenyataan , hasil kerja pelajar akan mengwujudkan satu keadaan yang kondisif untuk seseorang pelajar.Penyusunan meja kerusi pelajar sebagai gaya auditorium, gaya bersemuka ,gaya off-set ,gaya seminar dan gaya cluster akan membantu pelajar untuk meningkatkan pelajaran mereka.

Psikososial:-

Faktor psikososial seperti nada suara yang sesuai, suasana yang kondusif , tingkah laku yang diterima dan saling berbudi bahasa akan membantu seorang pelajar dalam aspek keselamatan dan keselesaan mereka dalam persekitaran sekolah.Seorang guru yang prihatin terhadap kebajikan pelajar dan mudah didampingi, beramah tamah, cekap, berkeyakinan diri dan mengambil berat tentang keselamatan dan keselesaan pelajar akan memenuhi keperluan-keperluan psikososial murid-murid yang diajar.

KOMUNITI PEMBELAJARAN

Pembelajaran murid amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Teori Ekologi

Bronfenbrenner menjelaskan pengaruh sosiobudaya persekitaran terhadap

perkembangan dan pembelajaran individu.

Cuba melayari internet tentang teori ini dan nyatakan elemen-elemen dalam

setiap sistem dalam model Bronfenbrenner.

1. Mikrosistem.

Persekitaran yang terdekat dimana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Contoh ibubapa, adik beradik,rakan-rakan,jiran dan guru.

2. Mesosistem.

Perhubungan antara mikrosistem.Apa yang berlaku dalam satu mesosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Contoh rumah-sekolah, rumah jiran, sekolah-jiran.

3. Ekosistem.

Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak dan dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Contoh sekolah-pasar raya, kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.

4. Makrosistem.

Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma ,nilai-nilai dan amalan masyarakat . Misalnya dalam sesetengah masyarakat peranan jantina dititik beratkan (santrock 200H).Di sesetengah Negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan dimana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting

5. Kronosistem.

Perubahan keadaan dalam sesuatu tempat masa .Misalnya kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan komputer jika dibandingkan dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.

Interaksi elemen-elemen dalam 5 sistem ekologikal Teori Ekologi

Bronfenbrenner boleh mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran murid.

Apakah implikasi teori ini kepada anda sebagai seorang guru?

Implikasi Sistem Teori Ekologi Bronfenbrenner kepada guru.

Persekitaran banyak mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan intelek dan rohani seorang pelajar. Persekitaran yang membina dan positif akan membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam akedemik manakala persekitaran yang tidak sesuai atau negatif akan membantutkan segala usaha yang diambil oleh pelajar tersebut. Persekitan yang diwarisi oleh seorang pelajar akan membentuk tingkah laku yang akan mencorakkan perkembangan akedemik dan sahsiah. Oleh yang demikian persekitaran boleh mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran murid secara mutlak.

PERANAN DAN KEPENTINGAN MAIN DALAM PEMBELAJARAN MURID-MURID

Pernahkah kita berfikir bahawa kanak-kanak memerlukan main dalam

perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif.Terdapat 2 kategori main iaitu

permainan sosial dan permainan kognitif. Dengan merujuk kepada nota kuliah

dan carian internet, cuba senaraikan 3 jenis permainan tradisional

untuk setiap kategori.

Permainan Sosial

1. Permainan congkak

2. Permainan batu seremban

3. Permainan main guli

Permainan Kognitif

1. Permainan galah panjang

2. Permainan lari ikat kaki

3. Permainan tingting

Pilih satu permainan tradisional dan nyatakan kepentingannya kepada

perkembangan intelek, sosioemosi dan fizikal kanak-kanak.

Jenis Permainan Tradisional: Permainan sepak raga bulatan

Perkembangan IntelekPerkembangan sosioemosiPerkembangan Fizikal

Dapat belajar cara mengimbangkan bola dalam bulatan yang ditetapkan

Dapat berkomunikasi dengan baik dan tunjuk ajar yang berterusan untuk mengimbangi bola.Pergerakan kaki, tangan,mata dan badan.Permainan yang memerlukan pergerakan pantas.

TAJUK 2 KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KONSEP PENGAJARAN

Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu

pengetahuan yang meliputi aktiviti 1perancangan, 2pengelolaan, 3penyampaian,

4bimbingan dan 5penilaian. Secara ringkas, pengajaran merupakan proses untuk

menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu,

menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar

untuk belajar dan mencabar pelajar kearah pencapaian potensi optimum.

Apakah respon anda terhadap gambar di bawah yang dikaitkan dengan konsep

pengajaran dan pembelajaran?

Gambar 1 adalah berkaitan pengajaran seorang ibu kepada anaknya di rumah. Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dimana banyak tumpuan adalah kepeda proses pengajaran dan tunjuk ajar oleh ibu.

Gambar 2 adalah bimbingan seorang guru kepada anak muridnya dimana guru mengambil berat tentang pelajaran anak muridnya.

Gambar 3 adalah berkaitan pembimbing rakan sebaya dimana rakan sekelas akan membantunya dalam proses pembelajaran.

INCLUDEPICTURE "C:\\DOCUME~1\\Afizi_UM\\LOCALS~1\\Temp\\msohtmlclip1\\01\\clip_image006.gif" \* MERGEFORMATINET

INCLUDEPICTURE "C:\\DOCUME~1\\Afizi_UM\\LOCALS~1\\Temp\\msohtmlclip1\\01\\clip_image008.gif" \* MERGEFORMATINET KONSEP PEMBELAJARAN

Konsep pembelajaran adalah perubahan tingkah laku. Ramai ahli psikologi

menyatakan pembelajaran adalah proses, melalui latihan atau pengalaman

organisma, dan menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal.

TEORI PEMBELAJARAN GAGNE

Gagne(1968) mengatakan pembelajaran bergerak daripada tahap yang paling

mudah kepada yang kompleks. Beliau telah mengenalpasti lapan jenis

pembelajaran dan setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar

telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal.

Dalam jadual hieraki pembelajaran Gagne(1968), lengkapkan ciri-ciri

pembelajaran untuk setiap peringkat.

Hieraki PembelajaranCiri-ciri Pembelajaran yang berlaku & Contoh

1. Pembelajaran Isyarat

Seseorang individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat.Contohnya,apabila seseorang menguap, kita dapat isyarat dia mengantuk.

2. Pembelajaran Gerak Balas

Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengan gerak balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya gerak balas yang positif dapat dikekalkan.Contohnya, Ali menunjukkan kerja sekolah yang dia dapat 80 %.Ibunya memberi pujian,bagus,Ali pandai.Ali akan mengulangi tingkah laku itu lagi untuk mendapatkan pujian daripada ibunya.

3. Rangkaian Motor

Pembelajaran rangkaian motor digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti permainan,muzik,elektronik,mekanikal dan lain-lain.Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan.

4. Pertalian Bahasa

Untuk menyatakan sesuatu prinsip,pelajar memerlukan kemahiran bahasa untuk mengaitkan fakta,data,dan konsep.Pertalian bahasa merupakan satu rangkaian berbahasa.Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari dahulu.

5. Diskriminasi

Belajar membezakan benda-benda yang dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu,untuk memudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan.Pada masa yang sama,pelajar dapat membezakan rangsangan atau maklumat penting berbanding maklumat tidak penting dan memberi gerak balas berlainan untuk rangsangan yang berlainan.Pembelajaran diskriminasi adalah sangat penting dalam proses pembelajaran.Pelajar dapat menapis maklumat penting daripada maklumat tidak penting dan ini memudahkan proses pengkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang.

6. Konsep

Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi,iaitu mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat.Pelajar dapat membentuk konsep yang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa.Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas supaya dia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat.

7. Hukum

Pembelajaran ini melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus,prinsip dan generalisasi.

8. Peneyelesaian Masalah

Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip,rumus,generalisasi,konsep dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat beberapa langkah dalam penyelesaian masalah,iaitu mengenal masalah,mencari maklumat,membuat hipotesis,membuat pilihan ,membuat rumusan.

KLASIFIKASI HASIL PEMBELAJARAN GAGNE

Gagne juga telah mengklasifikasi hasil pembelajaran kepada lima jenis

pembelajaran. Dengan merujuk kepada nota kuliah dan carian internet, sila

lengkapkan jadual di bawah.

Kategori Huraian

Maklumat lisan

Mendapatkan semula maklumat yang disimpan:

Keadaan dalaman yang menyokong termasuk:

-ilmu sedia ada;

-strategi untuk memperoses maklumat baru;

Kemahiran Intelek

Operasi mental yang membolehkan murid-murid memberi respon kepada pelbagai konsapsi mereka berhubung dengan persekitaran di mana mereka berada.

Keadaan dalaman yang menyokong.

Strategi Kognitif

Perencangan

Kawalan diri

Pemantuan pemikiran dan pembelajaran oleh murid-murid termasuk:

-khusus kepada tugas

-umum

-eksekutif

Sikap

Satu keadaan dalaman atau semulajadi yang mempengaruhi pilihan tindakan seseorang;

Kemahiran motor

Kebolehan untuk melakukan pergerakan fizikal mengikut urutan;

Melibatkan tiga tahap:

(i) Belajar urutan yang berkenaan;

(ii) Amalkan pergerekan tersebut;

(iii) Murnikan pergerakan berasaskan maklum balas daripada persekitaran;

TAJUK 3 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Pernahkah anda mengenali dan membaca hasil penemuan bagi tokoh-tokoh

yang berkaitan dengan teori pembelajaran di bawah?:

Jean Piaget ,SeymourPapert ,Jerome Bruner, Lev Vygotsky dan John Dewey

Apa pula tanggapan dan persepsi anda terhadap gambar di bawah? Apakah

yang anda fikirkan? Adakah anda pernah melihat sebelum ini? Mungkin anda

pernah mempelajarinya sewaktu mengikuti kursus perguruan diperingkat sijil

perguruan sebelum ini. Berikan respon anda.

INCLUDEPICTURE "C:\\DOCUME~1\\Afizi_UM\\LOCALS~1\\Temp\\msohtmlclip1\\01\\clip_image012.gif" \* MERGEFORMATINET

INCLUDEPICTURE "C:\\DOCUME~1\\Afizi_UM\\LOCALS~1\\Temp\\msohtmlclip1\\01\\clip_image014.gif" \* MERGEFORMATINET Dengan menggunakan format yang disediakan, anda dikehendaki membuat

catatan tentang ujikaji yang dilakukan oleh setiap tokoh teori pembelajaran serta

hasil penemuannya. Kemudian anda harus memberikan komen terhadap hasil

penemuan tokoh berkenaan.

TokohUjikajiHasil DapatanKomen

Burrhus F. Skinner

(1904 1990)

Kotak Skinner. Seekor tikus yang sedang melompat-lompat disekeliling kotak tiba-tiba menekan butang yang akan mengeluarkan seketul makanan.Tanpa membuang masa tikus itu akan mengulangi menekan butang tersebut untuk mendapatkan makanan.Jika seorang kanak-kanak diberi pujian selepas melakukan susuatu yang diingini ,maka kanak-kanak itu akan mengulangi lagi tingkah laku tersebut untuk mendapatkan pujian atau pun peneguhan.Faktor ganjaran iaitu peneguhan positif dan dendahan iaitu peneguhan negatif akan berperanan membentuk perkembangan kanak-kanak. Peneguhan positif perlu dipergiatkan dari masa kesemasa dan peneguhan negatif perlu dihentikan.

Albert Bandura

(1925 sekarang)

Kajian patung Bobo yang berfokuskan kepada pola tingkahlaku berhubung kait dengan tingkahlaku agresif .Kebanyakan kelakuan manusia dipelajari melalui pemerhatian terhadap permodelan.Melalui proses memerhati orang lain,seseorang individu membentuk satu idea bagaimana kelakuan dilaksanakan dan apakah kesannya.Pemerhatian dan pengekalan merujuk kepada perolehan atau pembelajaran sesuatu tingkahlaku, manakala penghasilan semula dan motivasi menentukan mutu atau kualiti mencontohi tingkahlaku yang dikenalpasti.

Ivan Petrovich

Pavlov

(1849 - 1936)Melatih anjing untuk mengeluarkan air liur apabila kedengaran bunyi loceng.(konsep rangsangan dan gerakbalas)Pavlov berpendapat pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan anatar rangsangan dengan gerak balas.Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan ini dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua rangsangan inimdikenali sebagai pelaziman klasik.

Abraham Maslow

( 1908- 1970)Hirarki keperluan Maslow.Keperluan Fisiologi, keselamatan, kasih sayang, harga diri dan penyempurnaan kendiri.Keperluan manusia boleh disusun mengikut satu hirarki bermula dengan keperluan fisiologi,diikuti dengan keselamatan,kasih sayang,harga diri dan berakhir dengan penyempurnaan kendiri.Secara semulajadi murid-murid kita hendaklah mempunyai kawalan kendiri ke atas apa yang hendak mereka pelajari, bertindak ke ats persekitaran dan membuat pilihan atau keputusan, setiap individu berusaha bersungguh-sungguh untuk menimba pengalaman seharian dan guru menjadi fasilitator.

Jean Piaget

(1896- 1980)

Kanak-kanak aktif membentuk kefahaman terhadap persekitaran melalui empat tahap perkembangan kognitif.Dua proses penting dalam membina kefahaman tentang dunia persekitaran ialah organisasi dan adaptasi.Adaptasi dibahagikan kepada asimilasi dan akomodasi.Emapat tahap perkembangan berkait rapat dengan umur. Setiap tahap perlu diberi penekanan khusus mengikut tahap perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut.

Lev Vygotsky

( 1896- 1934)Kebolehan intelek adalah spesifik kepada budaya di mana kita dipelihara dan dibesarkan. Kebanyakan daripada apa yang kita berfikir dan cara berfikir dipengaruhi oleh budaya.Murid-murid biasanya membina pengetahuan secara individu serta sosial. Penyediaan persekitaran yang kondusif akan membantu pelajar menilai dan memanipulasi persekitara tersebut.Guru harus memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi mencari inteprestasi maing-masing. Setiap murid adalah berbeza dan guru harus memainkan peranan sebagai fasilitator dalam proses pembinaan pembelajaran murid-murid.

TUGASAN

Anda di kehendaki menyediakan satu portfolio berkaitan dengan teori

pembelajaran dengan mengemukakan sekurang-kurangnya dari 3 bahan yang

berbeza dari sumber-sumber tertentu bagi setiap teori pembelajaran, iaitu teori

pembelajaran behavioris, teori kognitif dan konstruktivis, teori humanistik dan

teori pembelajaran sosial.

REFLEKSI

Anda perlu membuat refleksi serta menilai setiap teori pembelajaran yang

dipelajari dan menganalisis sejauh manakah teori-teori itu berguna dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dengan berpandukan kepada mata pelajaran

major masing-masing.

TAJUK 4 MODEL, PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH

PENGAJARAN

Berpandukan kepada bahan yang dikumpulkan, anda perlu merumuskan dengan

bantuan satu pengurusan grafik untuk membanding beza teori-teori

pembelajaran yang dibincangkan.

PENGENALAN

Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti

perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Terdapat beberapa

model pengajaran yang telah diperkenalkan oleh pakar-pakar pendidik sebagai

panduan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih

berkesan

JENIS-JENIS MODEL PENGAJARAN.

1. Model Pemprosesan Maklumat

Konsep

Pengajaran konsep

- Inkuiri

- Ekspositori

Implikasi Model Pemprosesan Maklumat dalam pengajaran dan

pembelajaran.

2. Model Behavioral

Pengajaran Langsung (Direct Instruction) untuk penguasaan kemahiran

Pembelajaran Masteri

Implikasi Model Behavioral dalam pengajaran dan pembelajaran

3. Model Sosial

Pembelajaran Koperatif

Main Peranan & Simulasi

Implikasi Model Sosial dalam pengajaran dan pembelajaran

4. Model Personal

Synectics (aplikasi kreativiti seperti membuat analogi dan metafora)

- Kesedaran Peribadi

- pemupukan konsep kendiri dan harga diri yang tinggi

Implikasi Model Personal dalam pengajaran dan pembelajaran

Jenis Model

Pengajaran

ContohHuraianImplikasi terhadap

Pengajaran dan

Pembelajaran dalam

bilik darjah

1. Model pemprosesan

Maklumat

InkuiriModel ini,murid melibatkan diri dalam menguji konsep dan hipotesis. Murid akan mengambil bahagian yang aktif dalam pembelajaran, menganalisis data,menyemak hipotesis dan membuat refleksi terhadap pembentukan ilmu yang timbul.

Ekspositori

Model ini murid akan akan menerima isi pelajaran dari guru.Murid tidak digalakkan memikirkan atau menyoal tentang apa yang dipelajari.Mereka hanya mempelajari apa yang patut dipelajari sahaja.

2. Model BehavioralPengajaran

Langsung

Model ini berarahkan guru dimana guru akan menyampaikan isi pengajaran secara langsung kepada murid-murid serta menstruktur masa pengajaran supaya menyusun langkah pengajaran dan pembelajaran.Kaedah ini agak sesuai untuk mengajar bacaan dan metematik tetapi kurang sesuai bagi matapelajaran yang mirip kepada penerokaan dan penemuan.

Pembelajaran MasteriModel ini digunakan untuk menyesuaikan pengajaran dimana faktor perbezaan individu diambil kira.Dalam kaedah ini isi pelajaran disusun daripada mudah kepada kompleks sebelum disampaikan kepada murid-murid agar murid dapat mengikuti pengajaran guru mengikut kadar kecekapan masing-masing

3. Model SosialPembelajaran

Koperatif

Model pembelajar ini berfokuskan kepada perkembangan konsep dan kemahiaran melalui kerja berkumpulan.Kaedah ini akan meningkatkan kemahiran sosial dan perpaduan anatar ahli kumpulan dan pembelajaran ini juga mempunyai impak ke atas pencapaian akademik dan harga diri murid-murid.

Main Peranan

& SimulasiMain peranan membantu murid-murid memahami tingkahlaku sosial ,peranan mereka dalam interaksi sosial dan cara-cara menyelesaikan masalah dengan berkesan. (Watak lakonan) Simulasi menggabungkan maklumat mengenai satu-satu kemahiran melalui demonstrasi,praktis dan latihan khusus.

Main peranan amat berguna dalam P&P sains sosial di mana murid-murid kita dapat memahami keprihatinan,nilai dan perspektif orang lain. Simulasi membantu murid-murid untuk melihat perwakilan objek yang sebenar.

4. Model PersonalSynectics

Model ini mengajar kemahiran menyelesaikan masalah,aktiviti penulisan dan bidang-bidang yang lain.Murid-murid akan mengikuti satu siri bengkel sehingga mereka berupaya untuk mengaplikasi prosedur-prosedur tertentu secara individu dan kumpulan koperatif.

DEFINISI, JENIS & PRINSIP-PRINSIP SETIAP PENDEKATAN

Pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu. Ia merujuk kepada cara

bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya. Terdapat

beberapa pendekatan yang boleh anda guna di dalam bilik darjah iaitu

pendekatan induktif, deduktif, integratif, eklektik dan tematik.

AKTIVITI

Berdasarkan pengalaman anda, terangkan satu contoh pelajaran/aktiviti untuk

setiap jenis pendekatan

Jenis

Pendekatan

Prinsip PembelajaranContoh aktiviti

Induktif

Mengajar dari spesifik ke umumPengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu penulisan.Tajuk yang khusus perlu diberi penerangan yang jelas dengan membentuk soalan-soalan yang berkaitan secara lisan dan mengembangkan tajuk dengan fakta-fakta yang relevan.

Deduktif

Mengajar dari umum ke spesifikPengajaran mata pelajaran Sains.Membuat ujikaji berkaitan tajuk yang diajar supaya pelajar dapat meneroka hubungan antara elemen-elemen yang khusus.

Integratif

Mengintegrasi isi kandungan &

kemahiran ke dalam satu

pelajaranTugasan kumpulan yang diberikan oleh guru.Pelajar akan menggunakan kemahiran asas komunikasi untuk berfikir,mensistesis dan memberi pendapat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.Pendekatan ini lebih berpusatkan kepada pelajar.

Eklektif

Kombinasi deduktif, induktif atau

IntegrativeLembaran kerja yang diberikan oleh guru kepada pelajar untuk sesuatu mata pelajaran akan lebih menitik beratkan perbezaan individu dari segi minat, kebolehan,pengalaman, pengetahuan sedia ada.Pelajar dapat menyiapkan kerja yang diterima kerana ia menepati aras kebolehannya.

Tematik

Mengajar pelajaran mengikut satu

tema sahaja

Guru mengajar tajuk yang sama bagi satu minggu untuk semua mata pelajaran.Tema yang sama akan diperjelaskan mengikut mata pelajaran yang diajar. Contohnya pengajaran haiwan peliharaan akan diperjelaskan dalam Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Metematik dan Sains.Tema yang sama akan diajar oleh semua guru.

DEFINISI, JENIS & PRINSIP-PRINSIP SETIAP STRATEGI

Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh didefinisikan kebijaksanaan

memilih, menyusun dan mengurus sesuatu rancangan supaya boleh

menghasilkan pencapaian yang optimum.

Strategi-strategi yang boleh digunakan dalam bilik darjah adalah seperti berikut:

Strategi Pemusatan guru

Strategi Pemusatan murid

Strategi Berasaskan bahan

Strategi Berasaskan tugasan/aktiviti

AKTIVITI

Anda dikehendaki melayari internet http://vels.vcaa.vic.edu.au/support/ teaching.

Html atau merujuk sumber-sumber lain untuk memahami dengan mendalam

strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PEDAGOGI

BESTARI

Elemen-elemen bestari yang terkandung dalam Kursus Latihan Guru Bestari

melibatkan:

4. Ciri-ciri pelajar (kecerdasan pelbagai, kecerdasan emosi dan gaya

pembelajaran)

2. Pendekatan Pembelajaran (Pendekatan berpusatkan pelajar, individu,

berfikrah, berbantukan teknologi, berasaskan otak dan berasaskan projek)

5. Strategi Pengajaran-Pembelajaran (strategi-strategi direktif, pemerhatian,

mediatif, uclearc, kolaboratif, pemudahcaraan, konteks luar, kontekstual,

kajian masa depan dan strategi metakognitif)

AKTIVITI

Sediakan satu Rancangan Pengajaran Harian(RPH) untuk mata pelajaran yang

anda mengajar di sekolah. Anda dikehendaki mengintegrasikan elemen-elemen

bestari yang sesuai ke dalam RPH anda.

Anda boleh melayari website ini: http://www.moe.gov.my untuk mengetahui

dengan lebih mendalam tentang sekolah bestari.

INTEGRASI KEMAHIRAN GENERIK DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

Kemahiran uclear melibatkan kemahiran berfikir, kemahiran pemudahcaraan,

kemahiran belajar, kemahiran menilai dan mentaksir dan kemahiran teknologi

maklumat dan komunikasi. Sebagai seorang pendidik dan pelajar, kemahiran ini

amat penting dan berguna dalam pengajaran dan pembelajaran anda. Cuba

dapatkan maklumat lanjut dari sumber-sumber rujukan yang sesuai dan

persembahkan maklumat ini dalam bentuk grafik. Pemilihan bentuk grafik

(jadual/peta minda/pengurusan grafik) adalah bebas. Simpan latihan ini di dalam

portfolio anda

TAJUK 5 PERBEZAAN INDIVIDU DAN PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Perbezaan individu adalah variasi yang boleh diperhatikan di kalangan ahli-ahli

dalam satu kumpulan individu dalam aspek temperamen, tahap tenaga, pola

persahabatan dan hubungan ibu bapa dengan anak-anak (Borich & Tombari,

1997).

Slavin (2005) pula menumpukan perhatian kepada perbezaan individu dalam

konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau menjelaskan kepelbagaian murid

dari segi tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif atau gaya pembelajaran,

etnik, budaya, kelas sosial, bahasa di rumah, jantina, bakar serta minat.

Perbezaan Individu

Budaya dan Etnik

Jantina

Kecerdasan

Gaya Pembelajaran

Sosio ekonomi

TEORI KECERDASAN PELBAGAI GARDNER

Howard Gardner telah memperkenalkan 9 jenis kecerdasan. Di bawah adalah

jadual yang menunjukkan jenis-jenis kecerdasan yang ada pada setiap orang.

Cuba layari internet dan lengkapkan sifat-sifat utama untuk setiap jenis

kecerdasan.

KecerdasanPekerjaanSifat-sifat Utama

Logik MatematikSaintis, pakar statistik

ahli nuklear, ahli kaji

bintang-Berminat dengan nombor.

-Suka pada penaakulan dan penyelesaian masalah.

-Gemar menyukat, mengukur dan mengurus data.

Linguistik/BahasaPengarang,penyair,

wartawan, pemidato, ahli

politik

-Berminat dengan perkataan,sama ada lisan atau bertulis.

-Mahir membaca, menulis, bercerita dan menghafal perkataan.

-Gemar membaca dan mencatat nota.

MuzikalPenggubal lagu, penyanyi,

pemain alat-alat muzik-Gemar dengan ritma, muzik dan pendengaran.

-Peka terhadap bunyi, ritma dan pic.

-Boleh menyanyi, bermain alat muzik, dan menggubah lagu.

-Menggunakan lagu atau ritma untuk belajar.

Ruang (Spatial)Pelaut, juruterbang, pelukis-Gemar berkaitan ruang.

-Mahir dari segi visualisasi dan manipulasi objek secara mental.

-Mempunyai ingatan visual yang kuat.

-Mahir dari segi kordinasi mata-tangan.

-Cenderung kepada seni.

Kinestetik badanPenari, ahli sukan, ahli

Gimnastik-Gemar dengan kemahiran pergerakan motor halus.

-Cenderung kepada sukan,tarian atau lakonan.

-Belajar melalui aktiviti fizikal.

InterpersonalJuru jual, kaunselor, guru

-Gemar berinteraksi dengan orang lain.

-Bersifat ekstrovert dan pandai berkomunikasi.

-Boleh bekerjasama dalam kelompok.

-Gemar melibatkan diri dalam perbincangan atau perbahasan.

IntrapersonalAhli ulama, ahli falsafah,

ahli psikologi dan ahli

teologi.-Berkaitan dengan kapasiti introspektif dan refleksi kendiri.

-Bersifat introvert dan gemar bekerja perseorangan.

-Mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi.

-Bersifat memahami emosi, matlamat dan motivasi sendiri.

NaturalistAhli botanist, ahli pencinta

Alam-Gemar berkaitan dengan alam semulajadi.

-Berupaya menghubungkait maklumat dengan persekitaran semulajadi.

-Gemar menanam tumbuh-tumbuhan.

-Gemar berinteraksi dengan haiwan.

ExistentialistIndividu yang berminat

tentang hayat, evolusi

manusia dan kematian-Berkobolehan untuk menimbulkan dan membuat refleksi mengenai persoalan berbentuk falsafah, berkaitan dengan kehidupandan kematian.

GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (2000)

Perbezaan Individu yang kedua dan relevan dengan profesion kita adalah

perbezaan gaya pembelajaran. Gaya pembelajaran sesorang merujuk kepada

stail pembelajarannya. Pada umumnya terdapat tiga jenis gaya pembelajaran

iaitu Visual, Audio dan Kinestetik. Akan tetapi, Dunn & Dunn (2000)

memperkenalkan lima rangsangan yang boleh mempengaruhi gaya

pembelajaran seseorang. Jadual berikut menunjukkan faktor-faktor yang

memainkan peranan dalam mempengaruhi gaya pembelajaran murid.

Lengkapkan ruang yang kosong.

Faktor

Faktor

Huraian

Rangsangan

Persekitaran

Cahaya

Ada pelajar yang suka belajar suasana terang dan sederhana terang. Tidak ramai pelajar yang suka belajar dalam cahaya yang malap dan terlalu terang.

Bunyi

Ada pelajar yang suka belajar dengan bunyi muzik dan ada pelajar yang suka belajar dalam keadaan yang senyap dan sunyi.

Suhu

Suasana sejuk dan nyaman dapat mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran

Reka bentuk tempat

BelajarSusunan kerusi meja dalam bilik darjah yang selesa dapat mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran.

Rangsangan EmosiMotivasi

Motivasi intrinsik dan ekstrinsik.Motivasi intrinsik suka belajar dengan insiatif sendiri dan motivasi ekstrinsik suka mengikut yang berstruktur daripada guru.

Keazaman & Tanggung-

Jawab

Pelajar yang mempunyai keazaman yang kuat akan mengambil insiatif sendiri dan dapat belajar dalam tempoh masa yang panjang.

Struktur

Pelajar yang struktur suka membuat peraturan sendiri dan mengikut apa yang distruktur.

Sosial

Perseorangan

Suka belajar secara sendiri dan tidak berharap orang lain berdamping dan mengganggunya semasa belajar.

Berpasangan

Belajar bersama rakan karib dan boleh memperolehi banyak kemajuan melalui interaksi dua hala.

Berkumpulan

Gaya pembelajar merangkumi ciri perbincangan dan kerjasama.

Orang dewasa

Belajar bersama orang yang disanjung contohnya seperti ibubapa.Orang dewasa dapat menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapi.

FisiologiMasa BelajarMemilih waktu tertentu untuk belajar.Ada pelajar yang lebih suka belajar pada waktu pagi ataupun pada waktu malam.

Mobiliti

Terdapat belajar yang suka berdiri atau berjalan sana sini semasa belajar. Ada pelajar yang suka menukar tempat duduk kerap kali semasa belajar.

Pemakanan

Terdapat pelajar yang suka makan, atau minum semasa belajar.

Persepsi

Terdapat pelajar yang membuat andaian semasa belajar.

PsikologiOtak Kiri & Otak Kanan

Mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang logik, analitis, bahasa, fakta, matematik dan ingatan.(kiri)

Mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang kreatif, sintesis, warna, rekabentuk, perasaan, irama, muzik dan imaginasi.(Kanan)

Refleksi

Pelajar yang suka belajar dengan cara berfikir.

Gerak hati

Belajar bergantung kepada angin atau moodnya.

Global/Analitik

Suka belajar sesuatu dengan teliti. Suka menganalisis fakta dan isi pelajaran secara terperinci dan secara menyeluruh.

REFLEKSI DAN TUGASAN:

Dalam pengajaran seharian anda, pernahkah anda jumpa murid yang

mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza? Cuba anda senaraikan

perbezaan-perbezaan itu. Dengan mengambilkira perbezaan murid anda,

sediakan satu Rancangan Pengajaran Harian yang mengandungi aktiviti yang

bersesuaian dengan kepelbagaian kecerdasan dan gaya pembelajaran murid.

Cuba anda hasilkan RPH berdasarkan mata pelajaran major anda dan serah

kepada pensyarah untuk disemak.

TAJUK 6 MOTIVASI UNTUK PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Motivasi bermakna sesuatu kuasa yang mendorongkan seseorang melakukan

sesuatu untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, motivasi dianggap sebagai satu unsur yang penting yang

membolehkan murid-murid melibatkan diri secara aktif, disamping menjadikan

proses pembelajaran itu berlangsung dalam keadaan bermakna, berfaedah dan

menggembirakan (Kamarudin Hj Husin, 1993)

Santrock (2008) mengatakan motivation is the reason why people behave the

way they do. Motivated behavior is energized, directed, and sustained. Motivasi

adalah kuasa yang menggerakkan manusia mencapai sesuatu matlamat.

Terdapat dua jenis motivasi yang umum. Beri definisi untuk setiap jenis motivasi

dengan contoh.

1. Motivasi Ekstrinsik: Huraian: Motivasi ini adalah penggerak yang mendorong pelajar untuk melakukan sesuatu kerana inginkan ganjaran nyata yang disediakan. Motivasi ini hanya berfokuskan kepada ganjaran yang diberi.

Contoh: Ganjaran yang jelas dan nyata seperti member markah, gred,agregat,keistimewaan , penghargaan, pujian persaingan dan sebagainya.

2. Motivasi Intrinsik: Huraian: Motivasi ini menggerakkan pelajar untuk melakukan sesuatu kerana percaya ia tindakan yang betul dan baik.Motivasi ini wujud dari dalaman pelajar. Motivasi ini melibatkan pelajar sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran. Ia melibatkan perasaan ingin tahu mengenai sesuatu perkara dan melibatkan penggunaan praktikal perkara yang dipelajari.

Contoh: Mereka yang gemar mengumpul barang-barang antic sanggup belanjakan ribuan ringgit kerana motivasi ini akan menggerakkan mereka melakukan perkara ini.

Nilai sesuatu aktiviti atau tugasan mempengaruhi motivasi seseorang

melakukkan sesuatu. Tugasan mempunyai tiga jenis nilai yang penting kepada

murid ,iaitu nilai pencapaian (attainment value), nilai minat atau intrinsik dan nilai

utiliti.

Nilai pencapaian: Pentingnya melakukan sesuatu tugasan dengan baik.

Kejayaan sesuatu tugasan memenuhi keperluan peribadi.

Nilai Intrinsik/Minat: Keseronokan yang didapati dari melakukan sesuatu

tugasan.

Nilai Utiliti: Sumbangan sesuatu tugasan kepada pencapaian sesuatu matlamat.

AKTIVITI APLIKASI

Baca scenario-scenario berikut dan kenalpasti samada aktiviti ini mempunyai

nilai pencapaian,nilai intrinsik atau nilai utiliti.

1. Ibu saya sediakan masakan yang sedap. Masakan beliau menunjukkan

perasaan kasih sayang terhadap keluarga. Beliau juga adalah seorang

isteri dan ibu yang baik. Akan tetapi beliau tidak suka memasak.

Jawapan: Nilai Utiliti.

2. Ayah saya adalah seorang yang handal dalam memberi ucapan umum.

Beliau menunjukkan banyak kualiti kepimpinan. Beliau memegang banyak

jawatan pentadbiran yang penting dalam syarikatnya dan

mempengerusikan majlis gereja. Jadi apabila ayah saya di minta menjadi

Presiden dalam salah satu aktiviti gereja, beliau setuju walaupun

menghadapi kekangan masa.

Jawapan: Nilai Pencapaian dan Nilai Intrinsik

3. Teresa menghasilkan kraftangan yang cantik. Beliau menghadiahkan

kepada kawan dan keluarga sebagai hadiah. Apabila saya mencadangkan

bahawa beliau sepatut jual kraftangan yang dihasilkan, Teresa

mangatakan itu bukan matlamatnya.

Jawapan: Nilai Intrinsik

4. Jerry adalah murid yang pandai dalam Algebra dan digelar professor

oleh kawan-kawannya. Dia merasa agak malu sebab sebenarnya beliau

tidak suka Algebra. Akan tetapi beliau sedar bahawa dia perlu mencapai

prestasi yang baik dalam matematik supaya dia boleh mencapai citacitanya

sebagai seorang angkasawan.

Jawapan: Nilai Pencapaian

5. Ali menjadi seorang ahli dalam Kelab Alam Sekitar. Beliau menegaskan

bahawa beliau tidak mempunyai kepakaran dalam aspek alam sekitar

tetapi beliau mengakui amat menghargai kecantikan dan ketenangan

alam sekitar.

Jawapan: Nilai Intrinsik

TEORI-TEORI BERKAITAN MOTIVASI

Teori motivasi boleh dilihat dari perspektif Teori Pembelajaran Tingkahlaku/

Behaviorisme, Teori Pembelajaran Kognitif, Teori Humanisme dan Teori

Pembelajaran Sosial-kognitif. Dengan merujuk nota kuliah dan carian internet

isikan jadual di bawah.

Jadual Menjelaskan Tentang Beberapa Perspektif Tentang Motivasi

KonsepIdea UtamaHuraian

Perspektif tentang

MotivasiBehaviorismeSumber motivasi ialah Ekstrinsik.Lebih mementingkan pengukuhan, ganjaran ,imsentif dan dendaan. Ahli teoris Skinner.

Humanistik

Sumber motivasi intrinsik. Lebih mementingkan keperluan harga diri, kepuasan kendiri dan penentuan kendiri. Ahli teoris Maslow, Rogers.

Kognitif

Sumber motivasi intrinsik.Mementingkan kepercayaan, atribut kejayaan dan kegagalan, jangkaan. Ahli teoris Weiner, Vroom.

Sosial-

Kognitif

Sumber motivasi intrinsik.Mementingkan penglibatan dalam komuniti pembelajaran, identiti melalui penglibatan dalam aktiviti kumpulan. Ahli teoris Lave,Wenger.

TAJUK 7 PEMBENTUKAN PERSEKITARAN

PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF

HASIL PEMBELAJARAN

(1) Membuat refleksi tentang aspek-aspek yang mempengaruhi persekitaran

bilik darjah

(2) Melakarkan pelan bilik darjah yang mempunyai persekitaran pembelajaran

yang kondusif

PENGENALAN

Cuba renung kembali tajuk-tajuk yang anda telah pelajari. Aspek manakah paling

mempengaruhi persekitaran bilik darjah? Berdasarkan pengalaman anda

sebagai pengurus bilik darjah, bagaimana anda dapat mewujudkan

persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam bilik darjah?

Cuba anda melakarkan pelan bilik darjah yang mempunyai persekitaran

pembelajaran yang kondusif dengan maklumat dan pengetahuan yang diperolehi

sepanjang kursus ini. Rajah di bawah menunjukkan contoh susunan bilik darjah

yang selesa. Selain daripada susunan fizikal bilik darjah yang selesa, apakah

aspek-aspek lain yang harus di beri perhatian dalam menghasilkan persekitaran

pembelajaran yang kondusif?

Contoh susunan bilik darjah sekolah rendah yang selesa

Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif boleh dikekalkan sekiranya tiga perkara ini dipatuhi.

1. Strategi Umum

2. Prosedur dan peraturan

3. Kerjasama murid

1.Strategi umum- Strategi Autoritatif dan Mengurus kumpulan

Strategi Autoritatif

-Guru memantau tingkah laku murid-murid di samping menggalakkan mereka untuk berdikari dari segi pemikiran dan perlakuan.

Mengurus kumpulan

Menyedari apa yang berlaku dalam bilik darjah.

Mampu menangani situasi dalam bilik darjah yang bertindan tindih.

Mengekalkan kesinambungan isi pelajaran yang disampaikan.

Libatkan murid-murid dalam aktiviti pembelajaran.

2. Prosedur peraturan

Rutin pentadbiran

Pergerakan murid keluar masuk kelas

Pengurusan bilik darjah

Rutin pengajaran dan pembelajaran

Interaksi antara guru dan murid

3.Kerjasama murid

1. Membina hubungan positif dengan murid.

2. Berkongsi dan memikul tanggungjawab bersama

3. Memberi ganjaran bagi tingkahlaku yang susuai.

Posted in: MAB

Email This

HYPERLINK "http://ariedrifke.blogspot.com/2009/10/&target=blog" \o "BlogThis!" \t "_blank" BlogThis!

HYPERLINK "http://ariedrifke.blogspot.com/2009/10/&target=twitter" \o "Share to Twitter" \t "_blank" Share to Twitter

HYPERLINK "http://ariedrifke.blogspot.com/2009/10/&target=facebook" \o "Share to Facebook" \t "_blank" Share to Facebook Newer Post Older Post Home

1 comments:

Anonymous says:

February 7, 2012 2:32 AM Reply

tqvm atas perkongsian maklumat...semoga allah mblas nyr yer adik...smoga sukses n mnjadi guru yg cmrlng nt

Kakak PPG IPTHOHamidah Mohd Apandi

Post a Comment

Share

Sebarkan.

Top of Form

HTMLCONTROL Forms.HTML:Image.1 Bottom of Form

Share

PopularTagsBlog ArchivesPopular Posts

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARAFalsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988 telah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor agama...

PerMainaN KeciL (Pergerakan ASas)INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM), KAMPUS KOTA BHARU, PENGKALAN CHEPA,16109 KOTA BHARU, KELANTAN DARUL NAIM PERGERAKAN ASAS (PJM 13...

Hubungan Etnik Di Malaysia!!Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan, dan kemajuan pembangunan negara banyak bergantung kepada perpaduan dan...

UNSUR-UNSUR PENTING DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANFalsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan satu landasan negara kearah membentuk satu sistem pendidikan yang seimbang. Falsafah Pendidikan Keb...

PKK FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN KANAK-KANAK)3.0 FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada 5 aspek iaitu aspek ...

Dasar Pecah dan PerintahJurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering dikatakan akibat dasar pecah dan perintah (devide and rule) oleh penjaj...

CABARAN PENDIDIKAN GURU , CABARAN BIDANG KEGURUANCabaran Pertama: Selepas tahun 2000, cabaran profesionalisme pendidikan guru semakin hebat apabila kerajaan memutuskan mata pelajaran Mat...

Daily Lesson Plan for Mathematics!!An Example of Daily Lesson Plan for Mathematics Tarikh: ...

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARAFalsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988 telah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor agama...

PKK (Refleksi)REFLEKSI Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Perkembangan Kanak-Kanak ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan ...

Labels

Bahasa Melayu (3)

Berkesan: (1)

BIG(Bina Insan Guru) (4)

Cara belajar (1)

Dengan (1)

ELP (3)

English (6)

Falsafah Pendidikan (13)

Gerko (2)

Guru (1)

Hubungan Etnik (7)

Inkuiri Penemuan (4)

Kalendar 2012 (1)

Kata Ganda (1)

KKE(Kecerdasan Emosi) (14)

Lesson Plan (1)

MAB (5)

Membaca (1)

MRSM (2)

Panduan (1)

Pembelajaran Koperatif (1)

Pembelajaran MASTERI (11)

Pembelajaran Matematik (2)

Pengurusan BiliK Darjah (24)

Pergerakan Asas (3)

Perkembangan Kanak-kanak(PKK) (11)

PnP (9)

Praktikum (1)

PSV (3)

Resources in Mathematics (1)

SBE/PBS (2)

Seni Dalam Pendidikan (2)

Seni dan Kreativiti dalam Matematik (2)

Teknik Membaca (8)

Teras Asas Pendidikan (1)

TITAS (9)

Blog Archive

HYPERLINK "http://ariedrifke.blogspot.com/search?updated-min=2011-01-01T00:00:00-08:00&updated-max=2012-01-01T00:00:00-08:00&max-results=6" 2011 (6)

HYPERLINK "http://ariedrifke.blogspot.com/2011_12_01_archive.html" December (4)

BAGAIMANA PENTINGNYA PENILAIAN DIAGNOSTIK MATEMATI...Sejauh Manakah Proses Membuat Kaitan Dapat Mening...Laporan Seni dan Kreativiti dalam MatematikRefleksi Program Seni dan Kreativiti dalam Matemat...

HYPERLINK "http://ariedrifke.blogspot.com/2011_11_01_archive.html" November (1)

Takwim Kalendar 2012 | Takwim dan Jadual Cuti Pers...

HYPERLINK "http://ariedrifke.blogspot.com/2011_05_01_archive.html" May (1)

Membaca Dengan Berkesan: Panduan Umum

HYPERLINK "http://ariedrifke.blogspot.com/search?updated-min=2010-01-01T00:00:00-08:00&updated-max=2011-01-01T00:00:00-08:00&max-results=50" 2010 (75)

HYPERLINK "http://ariedrifke.blogspot.com/2010_08_01_archive.html" August (1)

Daily Lesson Plan for Mathematics!!

HYPERLINK "http://ariedrifke.blogspot.com/2010_07_01_archive.html" July (55)

Jenis cetakan Dalam Pendidikan Seni Visual ( Seni ...Warna (Pendidikan Seni Visual)/ Seni Dalam Pendidi...CETAKAN ( Pendidikan Seni Visual)Kata GandaanKUALITI-KUALITI PEMBACA YANG BAIKMotivasi Belajar ...Membaca Dengan Berkesan: Panduan UmumTeknik Membaca PQRSTMeningkatkan Mutu Pembacaan Teknik Membaca Berkesa...Skimming dan ScanningTeknik Membaca SQ3RTeknik Membaca KWLHTeknik MemabacaRumusan Pembelajaran MasteriPengurusan Bilik darjah Dan Aktiviti Pengajaran da...Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Pembelajar...Pembelajaran koperatifKaedah P&p Untuk Pembelajaran masteriGaya Pembelajaran Pelajar Konsep Pembelajran Maste...Ciri-ciri Guru Dalam Konsep Pembelajaran MasteriKepentingan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Kons...KONSEP MASYARAKATHubungan Etnik Di Malaysia!!PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)INTERAKSI DALAM BILIK DARJAHJENIS JENIS INTERAKSIINTERAKSI SEHALA/INTERAKSI TRADISIONALINTERAKSI DUA HALA DI ANTARA MURID DENGAN MURIDInteraksi dua hala di antara murid dengan muridInteraksi Pelbagai Hala Antara Guru dengan Murid d...KEPENTINGAN INTERAKSI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELA...CARA MEWUJUDKAN INTERAKSI YANG BERKESAN DALAM BILI...KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAHCIRI-CIRI KOMUNIKASI VERBALCIRI-CIRI KOMUNIKASI BUKAN VERBALMODEL CLAUDE SHANNON DAN WARREN WEAVERMODEL WILBUR SCHRAMM IMODEL WILBUR SCHRAMM IIModel Komunikasi Wilbur Scramm IIICARA MEWUJUDKAN KOMUNIKASI BERKESAN DALAM BILIK DA...Konsep dan Kepentingan DisiplinJenis-jenis disiplinPUNCA-PUNCA MASALAH DISIPLINCADANGAN-CADANGAN MENGATASI MASALAH DISIPLIN

HYPERLINK "http://ariedrifke.blogspot.com/2010_04_01_archive.html" April (17)

HYPERLINK "http://ariedrifke.blogspot.com/2010_01_01_archive.html" January (2)

HYPERLINK "http://ariedrifke.blogspot.com/search?updated-min=2009-01-01T00:00:00-08:00&updated-max=2010-01-01T00:00:00-08:00&max-results=50" 2009 (50)

HYPERLINK "http://ariedrifke.blogspot.com/2009_11_01_archive.html" November (8)

HYPERLINK "http://ariedrifke.blogspot.com/2009_10_01_archive.html" October (42)

Bloom TaxonomyThe Barret TaxonomyKaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK)Klasifikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (...KKE (Pengenalan)KKE (Emosi)KKE (JEnis EMosi)KKE (Faktor Yg Mempengaruhi KE)KKE (Strategi Mengurus Emosi)KKE (Bibliografi)KKE (ANALISIS CERPEN ANDAI MAMPU KU UBAH SEGALANYA...KKE (REFLEKSI TAHAP KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI WA...KKE (REFLEKSI INTROSPEKTIF PERKEMBANGAN TAHAP KOPE...CerPen "Andai Mampu Ku Ubah Segalanya"PKK (PENGENALAN)PKK (PERKEMBANGAN KANAK-KANAK)PKK FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN KANAK-KANAK)PKK (PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOGNITIF SERTA TEORI...PKK (IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARA...PKK (Rumusan)PKK (Refleksi)PKK (Sumber rujukan)Tamadun Islam dan Tamadun Asia (PANDANGAN SEMESTA ...Tamadun Islam dan Tamadun Asia (PANDANGAN SEMESTA ...Tamadun Islam dan Tamadun Asia (PANDANGAN SEMESTA ...Tamadun Islam dan Tamadun Asia (PERBEZAAN TAMADUN)...Tamadun Islam dan Tamadun Asia (RUMUSAN)Tamadun Islam dan Tamadun Asia (REFLEKSI)Tamadun Islam dan Tamadun Asia (SUMBER RUJUKAN)Tamadun Islam dan Tamadun AsiaTutorial & Isl M4(Falsafah Pendidikan)Tutorial & Isl M3(Falsafah Pendidikan)Tutorial & Isl M2(Falsafah Pendidikan)Tutorial & Isl (Falsafah Pendidikan)Refleksi Kendiri SBE/PBS( Pengalaman Berasaskan Se...Refleksi BIGExample of Reflection (ELP 2)KeSelarasAN BaHasaPerMainaN KeciL (Pergerakan ASas)Murid Dan Alam BelajarHistory of CalendarMuQadDimah

1.0 PENGENALAN

Istilah psikologi berasal daripada dua istilah, iaitu psyche, yang mengikut Arsitotle sebagai intipati kehidupan, dan dalam bahasa seharian dikatakan sebagai jiwa, dan logos, yang dirujuk sebagai ilmu atau sains.

William James (1890) mendefinisikan psikologi sebagai sains kehidupan mental (Bruno 1984). Beliau menekankan kepentingan unsur-unsur subjektif atau kemanusiaan yang tidak dapat didaftarkan oleh sistem deria manusia. John Watson (1919) pula menyarankan supaya definisi psikologi dikaji semula bagi membolehkannya dilihat dari segi tingkah laku yang beransur objektif, iaitu yang boleh didaftarkan oleh sistem deria manusia.

Dengan mudah psikologi bererti sains atau ilmu yang mengkaji jiwa. Namun demikian konsep psikologi sekarang adalah lebih khusus, iaitu didefinisikan sebagai sains yang mengkaji tingkah laku dan proses mental.

Daripada definisi di atas kita dapati konsep psikologi mengandungi tiga kata kunci iaitu sains, tingkah laku, dan proses mental.

Psikologi dianggap sebagai satu sains kerana ilmu psikologi cuba memahami manusia dengan mengkaji manusia melalui pemerhatian. Tingkah laku pula adalah merujuk kepada semua tindakan manusia (tingkah laku) yang ketara (dapat dilihat dengan mata kasar), seperti menangis, berjalan, makan, menulis atau apa saja tingkah laku yang dapat dilihat. Manakala proses mental merupakan aktiviti-aktiviti yang berlaku di dalam pemikiran kita, dimana secara biologisnya proses ini berlaku di dalam otak kita.

Secara keseluruhan, psikologi mengkaji semua jenis tingkah laku manusia. Kadangkala kajian-kajian ke atas binatang juga dilakukan, seperti melihat kesan dadah ke atas tingkah laku seekor tikus. Kajian ini perlu kerana ia tidak boleh dilakukan ke atas manusia. Walaubagaimanapun, semua kajian tersebut mempunyai darjah signifikan yang tinggi ke atas penggunaannya untuk manusia sama ada secara langsung ataupun tidak. Tugas manusia pula ialah untuk memahami sedikit sebanyak tentang dirinya sendiri, mengetahui jenis-jenis proses dan perasaan-perasaan yang dialami serta menghayati dengan cara keseluruhan.Psikologi pendidikan pula menjurus kepada berkenaan tingkah laku dan pemikiran pelajar yang berkaitan dengan cara belajar dan mengajar di sekolah. Selain daripada itu, psikologi sosial dalam pendidikan menitik beratkan konsep memahami tingkah laku pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya membuat ramalan tingkah laku gantian yang dijangkakan berjaya mengawal tngkah laku itu.

Individu yang berpengetahuan baik dalam disiplin psikologi sering dikaitkan dengan mempunyai perwatakan dan peribadi sempurna. Personaliti sempurna ini dapat membantu mereka membentuk pelajar-pelajar supaya dapat mengamalkan nilai-nilai kerohanian dan moral yang positif dalam kehidupan seharian. Para pelajar digalakkan bergaul, menghargai hak, dan kebolehan orang lain serta menunjukkan semangat kesefahaman, hormat menghormati, kerjasama dan toleransi antara rakan-rakannya. Selain itu, psikologi pendidikan dapat membentuk keyakinan diri bekenaan keupayaan fizikal dan mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang positif.

2.0 KONSEP ALAM BELAJAR

Konsep alam belajar ialah persekitaran yang menggalakkan dan mempercepat perkembangan, keupayaan, kebolehan menguasai sesuatu yang pada akhirnya membawa kepada perubahan tingkah laku. Perubahan tingkah laku berkenaan ialah perubahan tingkah laku yang positif dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Persekitaran yang dimaksudkan termasuklah psikososial, fizikal dan komuniti pembelajaran.

2.1 Psikososial

Psikososial ialah berkaitan dengan jiwa dan hubungan sesorang indivudu dengan individu lain. Antara komponen yang termasuk dalam psikososial ialah keselamatan, kesihatan, kebersihan dan perapatan atau kemesraan.

Amalan keselamatan dan kesihatan yang positif dapat membentuk keyakinan diri pelajar. Kemampuan fizikal pelajar dari segi psikomotor dan kesihatan minda juga dapat dikembangkan dengan mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan juga alam sekitar.

Perapatan atau kemesraan ialah merupakan hubungan antara individu dengan individu lain contohnya hubungan dengan ibu bapa dan keluarga, hubungan dengan rakan sebaya, guru dan sebagainya. Ia adalah penting bagi membina disiplin diri dan menyedari tanggungjawab sosial dan moral. Dunia sosial pelajar juga turut berkembang melalui perbincangan berkenaan keadaan keluarga serta hubungan dengan rakan-rakan mereka yang saling memerlukan antara satu sama lain.

2.2 Fizikal

Keadaan fizikal pula termasuklah keadaan fizikal bilik darjah, bahan-bahan bantu mengajar dan persekitaran.

Bilik darjah yang kreatif serta kondusif dapat mengembangkan kreativiti pelajar. Bagi menggalakkan pemikiran yang kreatif suatu suasana yang selesa perlu disediakan.Penerapan keativiti ke dalam bilik darjah seharusnya membawa kepada suatu persekitaran yang menguji dan mendatangkan kepuasan kepada pelajar dan juga guru.

Kreativiti yang wujud dalam bilik darjah seharusnya akan menjadikan pelajar-pelajar lebih berminat dan mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Bahan-bahan bantu mengajar juga memainkan peranan penting dalam mengembangkan minat serta pemikiran pelajar untuk belajar. Guru hendaklah kreatif dan inovatif dalam menyediakan bahan-bahan bantu mengajar agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan untuk menarik minat pelajar.

Guru yang bijak mengubahsuai isi pelajaran dan mengambil kira ilmu pengetahuan pelajar dan menambahkan nilai-nilai murni yang sesuai dengan isi pelajaran akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar dan berjaya menarik perhatian seluruh bilik darjah.

Seterusnya suasana dan persekitaran yang tersusun, kemas dan bersih membolehkan pelajar belajar dengan mudah. Ia juga dapat mencetuskan minda yang positif dan tenang.

Persekitaran sebegini membolehkan pelajar memberi tumpuan dan fokus yang maksimum terhadap bahan-bahan yang dipelajari. Susun atur perabot dan pengcahayaan yang baik juga turut mempengaruhi mood belajar.

2.3 Komuniti Pembelajaran

Komuniti pembelajaran melibatkan hubungan kerjasama antara manusia contohnya rakan sebaya, keluarga, kakitangan sekolah dan sebagainya yang memungkinkan berlakunya perubahan tingkahlaku. Dengan pergaulan ini wujudlah hubungan kerjasama, bantu membantu dan perkongsian idea seterusnya dapat mengembangkan sosial dan minda pelajar. Contohnya pelajar melakukan sesuatu itu bersama-sama dengan rakan mereka bagi mendapatkan ganjaran bersama. Dalam persekitaran ini, pelajar berjaya bersama-sama membantu pelajar lain bagi mencapai kejayaan bersama.Pelajar yang mempunyai keinginan bersaing yang kuat di dalam bilik darjah juga adalah dengan melakukan sesuatu perkara itu dengan lebih baik berbanding dengan rakan-rakan yang lain. Oleh yang demikian, persaingan yang sihat ini adalah salah satu cara yang baik untuk meningkatkan tahap kecerdasan pelajar.

2.3.1 Komuniti Pembelajaran (Teori Ekologi Bronfenbrenner)

Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917). Bronfenbrenner memberi fokus utama kepada konteks sosial iaitu dimana kanak-kanak membesar dan individu yang mampengaruhi kehidupan serta perkembangan kanak-kanak tersebut. setiap individu berbeza kerana konteks sosial yang berbeza dalam perkembangan sepanjang hayatnya. Bronfenbrenner telah menggariskan 5 sistem yang mempengaruhi ekologi, iaitu:

i. Sistem Mikro

Sistem mikro adalah seting di mana seseorang individu itu menghabiskan sebahagian besar masanya. Situasi yang dimaksudkan adalah termasuk bersama keluarga, rakan sebaya, berada di sekolah, atau berada di kawasan setaman atau sekampung.Dalam sistem mikro ini, individu mempunyai hubungan yang langsung dengan ibu bapa, adik-beradik, rakan sebaya, guru, jiran dan lain-lain lagi. Bagi Bronfenbrenner, seseorang individu itu bukanlah penerima yang pasif kepada pengalaman persekitaran tetapi adalah merupakan seorang yang berinteraksi timbale balik dengan orang lain dan merupakan salah seorang yang membina seting tersebut.

ii. Sistem Meso

Sistem meso pula melibatkan hubungan antara sisitem mikro. Contohnya, menghubungkan pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman di sekolah; iaitu antara pengalaman bersama ahli keluarga dengan pengalaman bersama guru serta rakan sebaya. Pengalaman dalam satu sistem mikro boleh mempengaruhi pengalaman dalam satu sistem mikro yang lain.Contohnya, seorang pelajar yang menghadapi masalah dalam keluarga dengan merasa tersisih, maka pelajar ini akan menghadapi masalah dalam menjalin hubungan yang positif dengan gurunya.

iii. Sistem Ekso

Sistem ekso adalah keadaan dimana pengalaman dalam sesuatu seting (dimana pelajar tidak aktif) akan mempengaruhi pengalaman guru serta pelajar itu sendiri secara langsung. Contohnya, Lembaga Penyeliaan Sekolah dan Taman Permainan di sesuatu daerah (sama seperti Majlis Perbandaran). Mereka mempunyai peranan yang besar dalam menentukan kualaiti sekolah, taman permainan, kemudahan rekreasi dan perpustakaan. Keputusan pihak tersebut akan mempengaruhi perkembangan pelajar-pelajar tersebut.

iv. Sistem Krono

Sistem ini merujuk kepada keadaan sosio-sejarah perkembangan pelajar. Contohnya, pelajar hari ini hidup dalam banyak perkara pertama yang dilaluinya. Mereka adalah generasi pertama yang mengalami jagaan harian di tempat asuhan kanak-kanak(taska) atau dijaga oleh orang lain atau pembantu rumah. Mereka juga adalah generasi pertama yang yang hidup dalam buih elektronik (electronic bubble), juga generasi yang dibesarkan dalam kawasan perbandaran yang tersebar.

2.4 Ciri-Ciri Alam Belajar

Alam belajar yang menunjukkan keserasian perkembangan dan pengalaman dengan keperluan-keperluan unik kanak-kanak mempunyai tiga ciri seperti berikut :

2.4.1 Menggalakkan Penglibatan Aktif

Kanak-kanak belajar dengan melakukannya sendiri. Mereka belajar melalui eksplorasi dan penemuan, menggunakan semua deria. Alam belajar optimum yang menggalakkan penglibatan aktif dan menyediakan banyak peluang untuk kanak-kanak melihat, merasa, mendengar, merasa, menghidu dan menyentuh.

2.4.2 Bersifat Kendiri

Keperluan kanak-kanak adalah unik dan bersifat tersendiri. Perbezaan di kalangan kanak-kanak adalah jelas dan perbezaan ini memberi panduan dalam memilih instruksi. Aras perkembangan, gaya pembelajaran, latar belakang keluarga dan minat kanak-kanak adalah di antara faktor-faktor yang membantu dalam memformulasikan alam belajar.

2.4.3 Berpusatkan Pelajar

Pendekatan berpusatkan pelajar yang memfokuskan perkembangan kanak-kanak secara total, menyokong pertumbuhan kognitif, sosial, afektif dan fizikal kanak-kanak. Amalan yang sesuai dengan perkembangan kanak-kanak ialah kaedah berpusatkan pelajar.

3.0 PENGALAMAN BELAJAR KANAK-KANAK YANG OPTIMUM

Setiap kanak-kanak akan menimba pengalaman dari apa yang dilakukan oleh dirinya. Alam belajar akan memperkembangkan mental dan pengalaman kanak-kanak. Terdapat tiga pembahagian melalui pengalaman belajar kanak-kanak yang optimum iaitu:

i. Pengalaman langsung ( first hand experience )

Pengalaman ini selalunya melibatkan penggunaan deria seperti deria sentuh, bau,rasa, lihat dan dengar. Pengalaman ini juga adalah berkaitan dengan pengalaman kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak biasanya akan melakukan sesuatu perkara dan selepas itu, kanak-kanak itu sendiri akan merasai kesan disebalik perbuatan yang dilakukannya.

Contohnya: apabila kanak-kanak menyentuh pemanas air di dapur, secara automatik kanak-kanak akan menarik tangannya kerana merasa panas. Di sini, kanak-kanak telah menggunakan deria sentuhnya dengan merasai kepanasan. Pengalaman yang sebegini akan mengingatkan kanak-kanak supaya tidak akan menyentuh sesuatu yang panas lagi. Secara tidak langsung kanak-kanak ini telah belajar dari pengalaman mereka sendiri.

ii. Penglibatan aktif ( active involvement )

Kanak-kanak akan belajar melalui perkara yang dilakukannya. Kanak-kanak yang melibatkan diri secara aktif akan mempunyai pengalaman yang banyak berbanding kanak-kanak yang tidak aktif atau pasif. Untuk itu, ianya terpulang kepada usaha kanak-kanak itu sendiri disamping sokongan dari ibu bapa dan guru. Kanak-kanak yang dapat melibatkan diri secara aktif dapat menambah pengalaman dari segi komunikasi dengan rakan yang lain, menguasai bahasa dengan lebih baik, bentuk kemahiran fizikal, lebih berdisiplin atau tahu had serta batasan yang perlu mereka patuhi dalam sesuatu yang mereka lakukan.

Contohnya: kanak-kanak yang suka bermain bola dengan rakan-rakannya pada setiap petang akan mendapat lebih ramai kawan dan dapat memperkembangkan dirinya sendiri dari sudut fizikal dan kognitif. Berbanding dengan kanak-kanak yang hanya mengurungkan diri di dalam bilik, mereka tidak mempunyai ramai kawan-kawan dan ini mungkin akan mempengaruhi kemahiran berbahasa kanak-kanak tersebut.

iii. Kebebasan belajar mengikut gaya belajar, gaya berfikir, minat, masa dan lain-lain.

Setiap kanak-kanak mempunyai minat, gaya belajar, gaya berfikir dan gaya belajar yang berbeza. Pengalaman yang mereka dapati adalah ditentukan bagaimana kanak-kanak belajar serta minat mereka terhadap sesuatu perkara.

Contohnya: kanak-kanak yang mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta akan mula menunjukkan bakat dalam menamakan jenis-jenis kereta yang diketahui atau akan membuat sendiri model keretanya sendiri. Pengalaman kanak-kanak ini akan lebih bertambah dengan adanya buku-buku yang berkaitan atau mereka dibawa pergi untuk menonton perlumbaan kereta.

4.0 PERANAN DAN KEPENTINGAN BERMAIN DALAM PROSES PEMBELAJARAN

4.1 Konsep Main

Tanggapan main pada kanak-kanak adalah belajar. Naluri kanak-kanak suka bermain dan pada waktu yang sama mereka berlajar menerusi bermain. Tanggapan main antara kanak-kanak dengan orang dewasa adalah berbeza. Main pada orang dewasa adalah untuk beriadah. Ada juga yang menjadikan main sebagai suatu profesion seperti bermain bola sepak, badminton dan golf. Main pula bagi kanak-kanak dua perkara akan berlaku pada perkembangan kanak-kanak iaitu sosial dan kognitif.

4.2 Kepentingan Main dan Permainan

Main melibatkan pemilihan aktiviti bebas yang datang dari motivasi sendiri, dan menyeronokkan. Ini bermakna aspek di luar masa, penggunaan bahan dan alatan, persekitaran, peraturan aktiviti bermain dan peranan yang mengambil bahagian yang dibuat semasa kanak-kanak bermain. Semua berasaskan deria realiti kanak-kanak. Pada masa yang sama main dapat memberi menfaat terhadap perkembangan kanak-kanak dari segi sosial dan kognitif.

Sebenarnya kanak-kanak yang bermain tidak memerlukan ganjaran pujian, wang atau makanan. Mereka bermain kerana sukakannya. Disebalik kanak-kanak yang bertanding untuk membina kereta, menggunakkan bongkah dianggap tidak bermain. Kanak-kanak yang disuruh untuk menggunakan bongkah berwarna merah sahaja untuk bermain adalah bukan bermain. Kanak bermain tanpa mengikut arahan orang dewasa. Proses pembelajaran akan berlaku secara tidak langsung semasa bermain.

4.3 Kategori dan Jenis-Jenis Main

Kanak-kanak belajar menerusi main. Hal ini mengundang ramai pendidik awal kanak-kanak mengkaji peranan main kepada kanak-kanak. Terdapat dua pandangan tentang peringkat main kanak-kanak yang telah dikaji:

4.3.1 Permainan Sosial Mildred Parten (1932)

Beliau telah mengkaji main dari aspek sosial. Beliau mengkategorikan main sosial kepada enam peringkat pembentukan sosial kanak-kanak menerusi main. Kajiannya tentang main sosial masih dianggap sesuai sehingga hari ini. Pemeringkatan main yang digunakan oleh beliau terus dijadikan rujukan. Kategori main sosial mengikut Mildred Parten (1932) adalah seperti berikut:

i. Perlakuan tidak menentu (unoccupied behavior)

Kanak-kanak bergerak di kelas dari satu tempat ke tempat lain sambil memerhati tetapi tidak bermain.

ii. Permainan Solitary

Kanak-kanak bermain seorang diri dan dia juga tidak memperdulikan apa yang kanak-kanak lain sedang buat. Kanak-kanak ini mungkin bermain membina menara dengan bongkah-bongkah kayu dan lansung tidak menyedari apa yang sedang dilakukan oleh kanak-kanak lain di dalam bilik yang sama.

iii. Permainan Memerhati (onlooker play)

Permainan ini selalu terjadi kepada kanak-kanak yang bermain secara individu serentak memerhatikan rakan-rakannya yang bermain di kawasan yang sama. Kanak-kanak tersebut mungkin berinteraksi dengan rakannya. Kanak-kanak yang memerhatikan rakan-rakannya bermain mungkin akan mengubah atau meningkatkan cara permainan mereka selepas memerhatikan rakan mereka bermain.Selalunya kanak-kanak yang memerhati akan bersikap pasif sementara rakan-rakannya sedang bermain, tetapi kanak-kanak ini sangat peka terhadap pergerakan yang berlaku di sekelilingnya.

iv. Permainan Selari (parallel play)

Beberapa orang kanak-kanak bermain permainan yang sama jenis tetapi bermain di dalam kumpulan yang berasingan. Seseorang kanak-kanak itu tidak terlalu bergantung kepada rakan-rakannya untuk bermain. Contohnya, guru mengarahkan semua murid membentuk beberapa kumpulan dan guru memberi setiap kumpulan permainan yang sama.

v. Permainan Assosiatif (associative play)

Permainan ini dimainkan secara beramai-ramai tetapi tidak memerlukan kerjasama yang kuat di kalangan pemain. Contohnya, permain kejar-kejar, apabila seorang kanak-kanak dicuit oleh pihak lawan maka kanak-kanak tersebut terkeluar dari permainan tetapi kanak-kanak yang lain masih meneruskan permainan.

vi. Permainan koperatif (cooperative play)

Permainan ini juga dimainkan secara beramai-ramai. Setiap pemain mempunyai tanggungjawab dan peranan masing-masing. Contohnya, bermain pondok-pondok, di dalam permainan ini setiap kanak-kanak mempunyai peranan tersendiri seperti menjadi ayah, emak dan sebagainya.

4.3.2 Permainan Kongnitif Sara Smilansky (1968)

Beliau melihat main dari aspek kognitif. Beliau melihat main dapat membina perkambangan kognitif kanak-kanak. Main dapat meningkatkan keupayaan kognitif kanak-kanak iaitu diukur dari segi cara kanak-kanak menggunakan bahan atau peralatan bermainan itu sendiri. Pandangan Smilansky yang berbaza dengan Parten diangga sebagai pelengkap kepada pandangan Parten. Kategori main kognitif mengikut Sara Smilansky (1968):

i. Main berfungsi (functional play)

Kanak-kanak ini bermain menggunakan motor untuk meneroka rupa bentuk objek dan cuba memahami apa yang boleh dibuat dengan objek berkenaan. Pada peringkat ini kanak-kanak akan belajar mengenali barang permainan dan fungsinya. Mainan fungsional mendorong kanak-kanak untuk berlatih dan belajar kemampuan fizikal mereka semasa menerokai persekitaran yang baru. Contohnya, kanak - kanak sentiasa berusaha menyusun dominoes yang bertaburan sehingga menjadi sebuah susunan atau bangunan.

ii. Main konstruktif (constructive play)

Mainan binaan boleh ditonjolkan oleh kanak-kanak dengan aktiviti bermain dimana dapat membina pengetahuan mereka tentang dunia. Kanak-kanak mengubahsuai alat mainan dan menggunakannya untuk membuat pelbagai bentuk. Kanak-kanak ini juga bermain dengan mencipta sesuatu objek.

iii. Main dengan peraturan (games with rules)

Permainan pada peringkat ini bermula sekitar umur 7 atau 8 tahun. Pada peringkat ini , kanak-kanak belajar bermain dengan peraturan dan had serta mengawal tingkah laku mereka untuk membolehkan mereka mengikut peraturan sosial. Permainan dengan peraturan ini selalunya dimainkan oleh kanak-kanak pada peringkat pertengahan dan dewasa.

iv. Mainan Simbolik

Pada peringkat ini, kanak-kanak bebas menunjukkan kreativiti mereka, kemampuan fizikal dan keupayaan bersosial dalam beberapa cara, contohnya, dengan menjadikan diri mereka sebagai benda lain, seperti binatang. Mainan simbolik juga berlaku apabila kanak-kanak menganggap satu objek itu adalah objek yang lain contohnya, bangunan itu adalah kereta, dan berlakon menjadi seperti orang lain emak, ayah atau nenek. Sebagai awal kanak-kanak dan kanak-kanak prasekolah semakin membesar, mainan simbolik mereka menjadi bertambah bagus dan pelbagai.

Menurut Jean Piaget, beliau menyarankan bahawa pembelajaran bahawa memerlukan masa untuk memainkannya dengan membuat sesuatu menerusi berbagai alternatif. Oleh itu kanak-kanak memerlukan masa yang fleksibel dalam aktiviti main untuk mencapai matlamatnya.

4.3.3 Mainan Sosiodramatik (dramatic play)

Permainan sosiodramatik ini menggalakkan kanak-kanak untuk menyertai lakonan yang saling berhubung kait dengan kehidupan keluarga, masyarakat dan kebudayaan mereka sendiri serta kebudayaan warisan. Mainan sosiodramatik keseluruhannya terbahagi kepada dua jenis iaitu sosiodramatik dan fantasi. Mainan sosiodramatik biasanya melibatkan realiti aktiviti kehidupan dan peristiwa, manakala mainan fantasi pula melibatkan cerita dongeng dan mainan pahlawan(superhero). Mainan dramatik biasanya melibatkan penjaga rumah, cara berpakaian, pekerjaan, anak patung, sekolah serta situasi mengikut minat kanak-kanak. Dalam mainan sosiodramatik , kanak-kanak berpeluang untuk menonjolkan diri mereka, menerima pelbagai watak atau peranan dan berinteraksi dengan rakan. Golongan profesional boleh belajar tentang kanak-kanak dengan menyaksikan dan mendengar kanak-kanak memberitahu sesuatu pada anak patungnya semasa dia memberi makan awak makanlah semua ni kerana hanya ini saja yang ada di rumah kita. Selepas menyiasat, golongan profesional boleh membantu keluarga tersebut melalui jabatan kebajikan masyarakat supaya membekalkan mereka dengan makanan dan pertolongan.

4.4 Ciri-Ciri Permainan

i. Motivasi intrinsik (dalaman)ii. Bebas untuk memilihiii. Menyeronokkaniv. Proses penyesuaianv. Aktifvi. Penerokaanvii. Simulasi (menyerupai keadaan sebenar)

5.0 IMPLIKASI PERMAINAN TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sesuatu permainan yang dimainkan mempunyai implikasi tersendiri terhadap pengajaran dan pembelajaran. Permainan yang telah dibincangkan ialah permainan tradisional masyarakat Melayu. Antara permainannya ialah galah panjang, guli, congkak, teng-teng, dan batu seremban. Kesemua permainan tersebut mempunyai implikasinya yang tersendiri.

Antara implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran ialah memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain. Hal ini kerana dalam sesuatu permainan kerjasama amatlah penting. Oleh yang demikian semangat kerjasama tersebut akan meresap dalam jiwa pelajar dan akan dapat diterapkan dalam setiap aktiviti pembelajaran seterusnya dapat mengembangkan minda pelajar.

Kanak-kanak juga dapat mengembangkan aspek rohani dan moral dengan mengikuti dan memahami setiap peraturan permainan. Sesetengah permainan mereka juga perlu menunggu giliran di samping belajar bersabar. Setiap permainan yang diceburi oleh kanak-kanak juga dapat menggalakkan kanak-kanak meluahkan perasaan gembira dan keseronokan semasa bermain. Oleh yang demikian, proses pembelajaran kanak-kanak akan lebih menyeronokkan disamping dapat belajar kemahiran-kemahiran yang ada dalam permainan contohnya mengira dan berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Seterusnya guru dapat mengukuhkan proses pemindahan pembelajaran yang berlaku dalam matapelajaran tertentu seperti Matematik serta dapat meningkatkan daya ingatan murid terhadap apa yang dipelajari.

Selain daripada itu, dalam aktiviti permainan ini juga dapat menggalakkan persaingan yang sihat antara satu sama lain dan dapat memupuk semangat j uang yang tinggi seterusnya dapat meningkatkan tahap sosial kanak-kanak dan mewujudkan interaksi antara mereka. Disamping itu ia juga dapat melatih pelajar supaya dapat berfikir secara kreatif dan kritis.

Ini dapat dirumuskan bahawa dalam aktiviti permainan juga terdapat proses pempelajaran yang positif yang dapat diterapkan dalam diri kanak-kanak. Ia juga amat berkesan dan dapat meningkatkan daya pemikiran yang kreatif, kritis serta inovatif di kalangan kanak-kanak.

5.1 Strategi Yang Boleh Digunakan Oleh Guru Dalam Konsep Alam Belajar. (Trostle & Yawkey, 1981)

1. Fizikal

Guru memberi izin kepada murid-murid untuk menggunakan objek yang mereka hendak. Guru membantu murid untuk mencari objek yang menarik, berguna dan selamat.

2. Keseronokan (bermain)

Guru juga boleh turut serta bersama murid semasa bermain. Selain itu guru hendaklah menyediakan bahan atau objek yang menarik bagi memeriahkan lagi suasana. Seterusnya guru boleh juga memberi hadiah kepada murid yang menang supaya timbul motivasi diri murid untuk menang.

3. Mendalami / mengkaji

Guru akan memberi masa kepada murid untuk mendalami tentang sesuatu objek atau bahan sebelum menggunakannya dalam pemikran kreatif.

4. Oral

Guru menggunakan idea sparks (idea yang pelbagai) dalam kreatif thinking. Contoh, guru menyuruh murid bermain dengan anak patung dan tunjukkan bagaimana anak patung itu berjalan ke kedai.

5. Huraian

Guru menghuraikan apa yang telah dikatakan oleh murid dengan lebih terang dan mudah difahami.(gambar-gambar)

6. Ubahsuai objek

Guru akan mengubahsuai sesuatu objek agar lebih menarik.

7. Menambah objek (penambahan)

Apabila murid sedang melakonkan sesuatu peranan guru boleh menyediakan alatan yang relevan bagi murid-murid menggunakannya dalam permainan yang kreatif.

5.2 Langkah-langkah Perlaksaan Teknik Bermain Sambil Belajar

1. Menentukan tema iaitu tema yang berkaitan dengan pelajaran.

2. Tujuan guru hendaklah sama seperti untuk memotivasikan murid, membentuk konsep atau memberi peneguhan.3. Menentukan aras permainan yang dsediakn hendaklah sesuai dengan tahap kebolehan kanak-kanak.

4. Menentukan bentuk permainan sama ada secara individu atau kumpulan.

5. Menentukan jenis permainan seperti kad, main kad atau sebagainya.

6. Mengumpul bahan.

7. Menentukan cara menilai.

6.0 RUMUSAN

Kita perlu menyedari bahawa setiap kanak-kanak adalah berbeza daripada segi fizikal dan pemikiran mereka. Untuk itu, ramai ahli pendidik kanak-kanak sendiri telah melakukan kajian terhadap kanak-kanak. Tanggapan main pada kanak-kanak adalah belajar. Naluri kanak-kanak suka bermain dan pada waktu yang sama mereka berlajar menerusi bermain. Tanggapan main antara kanak-kanak dengan orang dewasa adalah berbeza. Main pada orang dewasa adalah untuk beriadah. Ada juga yang menjadikan main sebagai suatu profesion seperti bermain bola sepak, badminton dan golf. Main pula bagi kanak-kanak dua perkara akan berlaku pada perkembangan kanak- kanak iaitu sosial dan kognitif. Sebenarnya kanak-kanak yang bermain tidak memerlukan ganjaran pujian, wang atau makanan. Mereka bermain kerana sukakannya.

Oleh yang demikian, sebagai seorang guru kita mestilah peka akan kaedah yang paling sesuai bagi kanak-kanak untuk belajar dan dapat menarik minat mereka. Kita tidak boleh memaksa mereka untuk membuat sesuatu perkara ang mereka tidak tahu kerana mereka akan merasa terpaksa dan menyebabkan pemikiran mereka terganggu. Ini akan menyebabkan masa depan mereka terganggu. Menurut Jean Piaget, beliau menyarankan bahawa pembelajaran bahawa memerlukan masa untuk memainkannya dengan membuat sesuatu menerusi berbagai alternatif. Oleh itu kanak-kanak memerlukan masa yang fleksibel dalam aktiviti main untuk mencapai matlamatnya. Oleh itu, bukan belajar sahaja dapat mendidik kanak-kanak, tetapi bermain juga dapat mengasuh mereka untuk memperolehi ilmu.

Anda mungkin juga meminati:

TEORI PEMBELAJARAN

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA

JENIS DAN CIRI-CIRI MAIN

_1391191586.unknown

_1391191585.unknown