2.0 fokus kajian

Upload: farah-fazley

Post on 03-Mar-2016

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

fokus

TRANSCRIPT

2.0 FOKUS KAJIAN Kajian ini hanya melibatkan murid-murid yang dari kelas aliran perdana seramai 5 orang murid Tahun 1 Marikh yang belajar di Sekolah Kebangsaan Temiang. Sampel kajian pula terdiri daripada seorang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan. Kumpulan ini dipilih berdasarkan pencapaian mereka yang lemah pada ujian bulanan dan keputusan peperiksaan akhir tahun. Kajian ini tidak melibatkan murid secara menyeluruh namun ia cukup untuk dijadikan sampel bagi membangunkan modul bersesuaian untuk menangani masalah keciciran penguasaan kemahiran membaca dikalangan murid.Data dikutip dan dikumpul melalui keputusan peperiksaan dan ujian semasa. Selain itu, ujian diagnostik turut dijalankan bagi mengenal pasti medan kelemahan murid. Saya mengaplikasikan kad pintu dalam proses P&P Bahasa Malaysia, iaitu membaca perkataan KVK+KVK. Pemilihan aktiviti kad pintu hati dilihat dapat membantu murid meningkatkan penguasaan membaca perkataan KVK+KVK. Aktiviti yang cuba diketengahkan ini mempunyai ciri kebolehtadbiran yang tinggi di mana aktiviti ini boleh dilaksanakan dalam masa yang luwes, sama ada masa senggang murid atau masa P&Pdi kelas . Selain itu, aktiviti ini mudah difahami oleh murid kerana saya menggunakan bahasa yang sesuai dengan aras kebolehan murid. Kos penyediaan kad pintu hati ini juga adalah minimum tetapi dapat memberikan pengalaman belajar yang optimum kepada kanak-kanak. Kad pintu hati ini dilihat sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan, aktiviti pengukuhan, atau aktiviti pengayaan. Aktiviti yang dilaksanakan menggunakkan kad pintu hati ini dapat menarik minat murid yang lemah membaca kerana penggunaan pelbagai warna ,gambar dan ilustrasi yang dapat menjadikan murid begitu teruja untuk membacanya . Pelaksanaan aktiviti ini dirancang selaras dengan prinsip pembelajaran, iaitu dari mudah kepada kompleks, dari konkrit kepada abstrak, dan daripada diketahui kepada yang belum diketahui. Malah, kad pintu hati ini boleh dilaksanakan secara individu atau berpasangan. Aktiviti ini tidak akan mewujudkan kebisingan yang tidak terkawal. Murid akan melakukan bacaan nyaring untuk menunjukkan keupayaan mereka menyatakan secara verbal perkataan yang terdapat di dalam kad suku kata yang disediakan. Murid akan banyak berinteraksi dengan bahan pembelajaran sementara guru akan bertindak membimbing murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran mereka. Secara tidak langsung, interaksi pelbagai hala dapat diwujudkan, iaitu antara murid dengan guru, murid dengan persekitaran, dan murid dengan bahan pembelajaran. Secara tidak langsung, aktiviti ini akan berjaya mengubah persepsi diri yang negatif kepada yang positif seperti kurang percaya kepada diri sendiri kepada lebih berkeyakinan, tidak bersedia untuk belajar kepada bersemangat untuk belajar. Aktiviti kad pintu hati ini diaplikasikan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid membaca perkataan KVK+KVK. Secara tidak langsung, pelaksanaan aktiviti ini berupaya membantu pihak sekolah mensifarkan masalah membaca dalam kalangan murid sekolah.