187152832-rph-servis-tenis

9
FASA/MASA AKTIVITI BUTIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ORGANISASI CATATAN FASA –FASA KEMAHIRAN SERVIS LAJU TENIS Kemahiran servis laju tenis : I. Fasa persediaan 1. Genggaman i. Gunakan backhand atau continental grip dalam membuat lakuan servis ini. ii. Keselesaan dalam membuat lakuan servis diutamakan. iii. Keselesaan adalah lebih efektif dan membantu seseorang itu untuk mengetahui di mana permukaan raketnya. 2. Kedudukan sedia i. Berdiri di belakang sedikit dari garisan belakang gelanggang. ii. Kedua-dua kaki berada dalam kdudukan yang selari dan kaki hadapan menunjuk ke arah pihak lawan. Murid memberi perhatian Guru memantau perlakuan murid.

Upload: jeshwary-kumar

Post on 20-Oct-2015

297 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

-RPH-SERVIS-TENIS

TRANSCRIPT

Page 1: 187152832-RPH-SERVIS-TENIS

FASA/MASA AKTIVITI BUTIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

ORGANISASI CATATAN

FASA –FASA KEMAHIRAN SERVIS LAJU TENIS

Kemahiran servis laju tenis :

I. Fasa persediaan

1. Genggaman

i. Gunakan backhand atau continental grip dalam membuat lakuan servis ini.

ii. Keselesaan dalam membuat lakuan servis diutamakan.

iii. Keselesaan adalah lebih efektif dan membantu seseorang itu untuk mengetahui di mana permukaan raketnya.

2. Kedudukan sedia

i. Berdiri di belakang sedikit dari garisan belakang gelanggang.

ii. Kedua-dua kaki berada dalam kdudukan yang selari dan kaki hadapan menunjuk ke arah pihak lawan.

iii. Jarak kedua-dua belah kaki mestilah sesuai supaya lutut boleh bergerak bebas dan pindahan berat badan tidak terganggu.

iv. Bahu kiri atau kanan mengarah ke jaring.

v. Raket digenggam kemas dan leher raket disokong oleh tangan yang

Murid memberi perhatian

Guru memantau perlakuan murid.

Page 2: 187152832-RPH-SERVIS-TENIS

II. Fasa pelaksanaan

vi. sebelah lagi.

3. Lambung bola

i. Pegang bola dengan menggunakan jari. Jangan meletakkan bola di atas tapak tangan.

ii. Tangan yang melambung bola hendaklah tenang dan lurus.

iii. Bola dilambung ke paras maksimum raket.

iv. Bola dilambung serentak dengan tangan yang memegang raket.

v. Bola mestlah dilambung lebih kurang 16 inci di hadapan pemain.

4. Hayunan belakang

i. Bengkokkan tangan di bahagian siku supaya sudut antara lengan dengan bahagian atas tangan menjadi 90 darjah.

ii. Kepala raket dihayun ke belakang badan.

iii. Serentak dengan itu, badan dibengkokkan ke belakang dengan berat badan diatas kaki belakang.

iv. Semasa hayunan ke belakang dilakukan, pada masa itu juga lambungan bola dibuat.

Page 3: 187152832-RPH-SERVIS-TENIS

v. Bola dilambung tinggi lurus ke atas sebelah depan kaki.

vi. Mata fokus kepada bola yang dilambung.

5. Sentuhan

i. Dari kedudukan backswing, raket dihayun dari belakang ke atas dan ke depan hingga tangan lurus.

ii. Pembuat servis menjangkau dan meningkat.

iii. Semasa menjingkit, keseluruhan badan menegang (stretched).

iv. Bola dipukul pada ketinggian yang maksimim supaya bola dapat dipukul menjunam masuk ke gelanggang lawan.

v. Semasa sentuhan (impact), permukaan raket adalah pepat mengadap jaring dan bola mengenai sweet spot.

vi. Semasa sentuhan (impact) berlaku, pergerakan pergelangan tangan (wristsnap) adalah perlu untuk menolong mengarah bola ke gelanggang lawan.

vii. Berat badan di atas kaki hadapan sepenuhnya.

Page 4: 187152832-RPH-SERVIS-TENIS

III. Fasa ikut lajak6. Ikut lajak (follow through)

i. Setelah sentuhan (impact) tangan yang memukul terus di bawa menghala ke bawah dan kiri / kanan badan tanpa sebarang ”check‟

ii. Pemindahan berat badan dari kaki belakang ke depan.

iii. Pada masa ini, kaki yang dibelakang mula melangkah ke depan dan selari dengan kaki hadapan.

7. Penutup/Finish

i. Lajakkan raket yang berterusan untuk memenuhi hayunan dari kanan ke kiri.

ii. Badan di bawa menghadap ke arah jaring.

iii. Kaki kanan selari dengan kaki kiri.iv. Mata terus memandang bola dan

berada dalam keadaan sedia untuk lakuan seterusnya.

Page 5: 187152832-RPH-SERVIS-TENIS

FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN

IKHTISAS KEMAHIRAN TENIS (QSI 3131)

TAJUK :RANCANGAN MENGAJAR SERVIS TENIS

(SERVIS LAJU)

DISEDIAKAN OLEH:

No. Nama No Matrik 1. Mohd Zamri bin Mohd Razali D 201010392962. Muhamad Affendy bin Musa D 201010392813. Mohd Syafiq Bin Mohd Yusof D201110492814. Firdaus Bin Rahim D201110492785. Muhammad Abd Hadi Bin Dollah D20111049287

DISEDIAKAN UNTUK:Dr Abd Rahim Bin Mohd Shariff

Page 6: 187152832-RPH-SERVIS-TENIS

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tarikh : 23 September 2012 Hari : IsninBilangan Pelajar : 30 orang Masa : 4.00 p.m – 5.00 p.mJantina : Lelaki Minggu : 5Tingkan : 4 CergasTunjang Pembelajaran : Kemahiran individu

Tajuk : Permainan Tenis

Fokus Pembelajaran : Kemahiran servis laju ( untuk mendapatkan mata dan menguasai permainan)

Pengetahuan Sedia Ada : Para pelajar pernah menyertai pertandingan tenis dan melihat kemahiran servis laju di dalam televisyen.

Objektif : Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat:

Psikomotor: i. Melakukan kemahiran servis laju dengan teknik yang betul mengikut fasa persediaan, pelaksanaan dan ikut lajak.ii. Melakukan kemahiran servis laju dengan betul sekurang-kurangnya 4 kali daripada 10 kali percubaan.

Kognitif : i. Menamakan sekurang-kurangnya 3 otot yang dominan pada bahagian tubuh yang terlibat semasa melakukan servis laju.

ii. Menerangkan mengapa sendi lutut perlu difleksikan semasa hendak melakukan pukulan servis laju. Afektif :i. Mematuhi aspek-aspek keselamatan sepanjang masa aktiviti.

ii. Menunjukkan sikap bekerjasama dan jujur dengan rakan-rakan sepasukan sepanjang masa aktiviti dijalankan.

Persediaan Pelajar : Para pelajar telah mempelajari dan menguasai kemahiran lain dalam permainan tenis.Persediaan Guru : Menyediakan alatan-alatan yang diperlukan seperti raket tenis ,wisel, kon dan alat bantu mengajar.