152221240-tinjauan-literatur.doc

16
Tinjauan literatur 1 Tajuk Teknik bermadu : satu kaedah meningkatkan penguasaan subtopik hukum ohm dan hukum voltan kirchoff dalam kalangan murid tahun 5 kejuruteraan elektrik 1. Penulis Hajah suhana binti haji subahir Tahun diterbitkan 2005 Sumber Kajian tindakan Masalah Analisis antara kesilapan yang dapat dikesan semasa murid menjawab soalan latihan : - Kefahaman jenis litar yang bercampur adukantara siri dan selari. - Persamaan hukum kirchoff yang diterbitkan daripada litar yang diberi. Tujuan / objektif Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan murid dalam memahami hukum ohm dan hukum voltan kirchoff dalam satu litar lengkap. - Membantu murid mengenal hukum ohm dan hukum voltan kirchoff - Memudahkan murid dalam membezakan hukum ohm dan hukum voltan kirchoff - Membantu murid dalam menerbitkan persamaan hukum ohm dan hukum voltan kirchoff pada satu litar lengkap - Meningkatkan kemahiran murid menyelesaikan persoalan hitungan yang menggunakan hukum ohm dan hukum voltan kirchoff.

Upload: mohd-ridzuan

Post on 21-Nov-2015

19 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Tinjauan literatur 1Tajuk

Teknik bermadu : satu kaedah meningkatkan penguasaan subtopik hukum ohm dan hukum voltan kirchoff dalam kalangan murid tahun 5 kejuruteraan elektrik 1.

Penulis Hajah suhana binti haji subahir

Tahun diterbitkan 2005

Sumber Kajian tindakan

MasalahAnalisis antara kesilapan yang dapat dikesan semasa murid menjawab soalan latihan :

Kefahaman jenis litar yang bercampur adukantara siri dan selari.

Persamaan hukum kirchoff yang diterbitkan daripada litar yang diberi.

Tujuan / objektif Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan murid dalam memahami hukum ohm dan hukum voltan kirchoff dalam satu litar lengkap. Membantu murid mengenal hukum ohm dan hukum voltan kirchoff

Memudahkan murid dalam membezakan hukum ohm dan hukum voltan kirchoff

Membantu murid dalam menerbitkan persamaan hukum ohm dan hukum voltan kirchoff pada satu litar lengkap

Meningkatkan kemahiran murid menyelesaikan persoalan hitungan yang menggunakan hukum ohm dan hukum voltan kirchoff.

Hipotesis

Metadologi Pemerhatian Temubual

Ujian

Penerangan tentang subjek lain

Hasil dapatan Pemerhatian murid keliru dan tidak dapat menerbitkan serta membezakan hukum ohm dan hukum kirchoff.

Temubual temubual dijalankan secara informal di dalam kelas tentang punca mereka tidak dapat menjawab soalan ulangkaji dengan betul. Terdapat murid yang mengatakan bahawa guru mengajar terlalu cepat, murid tidak memahami konsep, serta murid menginginkan guru memberikan banyak contoh-contoh yang berkaitan dengan tajuk.

Ujian murid mencapai markah lebih daripada 60 dan ini menunjukkan mereka menguasai tajuk ini dengan tepat.

Kesimpulan Berdasarkan keputusan ujian-ujian dan analisis yang telah dilaksanakan, didapati TEKNIK BERMADU yang diperkenalkan kepada murid 5KE1merupakan satu analogi yang mudah untuk difahami oleh mereka yang juga merupakan remaja pada hari ini. Ia adalah analogi realiti harian yang dapat mereka gambarkan untuk diadaptasikan semasa proses P&P .

Perbelanjaan suami bersamaan jumlah perbelanjaan isteri-isteri senang untuk difahami dengan mudah. Analogi Nilai Perintang yang digambarkan dengan beban tanggungan Isteri lebih dapat membantu mereka dalam menerbitkan persamaan Hukum Kirchoff dan sekali gus dapat membezakan dengan persamaan Hukum Ohm yang telah mereka pelajari sebelum ini.

Kajian tindakan ini telah menunjukkan hasil dan perkembangan yang positif ke atas minat murid. Bertitik tolakkan minat, mereka akan lebih fokus terhadap mata pelajaran ini dan sikap positif yang mereka tunjukkan juga memberi motivasi kepada guru untuk mengajar dengan penuh dedikasi.

KekuatanMurid mudah untuk mengingat hukum voltan kirchoff dan hukum ohm kerana teknik bermadu yang diperkenalkan kepada mereaka mudah untuk meraka fahami dan juga dekat dengan mereka kerana ia melibatkan keluarga.

Kelemahan

Limitasi kajian

Tinjauan literatur 2Tajuk

Keberkesanan kaedah amalan amali terhadap kefahaman murid dalam mengenalpasti bentuk litar dan litar skematik untuk litar siri dan litar selari.

Penulis Amirul fahmi bin yusup

Tahun diterbitkan Oktober 2011

Sumber Kajian tindakan

Masalah Murid tidak dapat mengenal pasti dan menamakan litar siri dan litar selari dengan betul Murid tidak dapat melakarkan lukisan skematik untuk kedua-dua jenis litar.

Tujuan / objektif Mengkaji kefahaman murid terhadap bentuk litar siri dan litar selari Mengkaji kefahaman murid terhadap bentuk litar skematik untuk litar siri dan juga litar selari.

Mengkaji terjemahan murid mengenai bentuk litar siri dan litar selari ke dalam lukisan skematik.

Hipotesis

Metadologi Ujian bertulis Soal selidik

Pemerhatian

Temu bual

Penerangan tentang subjek lain

Hasil dapatan Ujian bertulis subjek kajian mengalami peningkatan markah yang ketara di dalam ujian selepas tindakan berbanding markah ujian sebelum tindakan.Soal selidik subjek kajian dilihat mempunyai perubahan yang ketara selepas kajian dilakukan terhadap mereka. Ini menunjukkan kaedah ini berkesan dan dapat membantu murid memahami litar siri dan juga litar selari.Pemerhatian pemerhatian dijalankan semasa subjek kajian menjalani amali pemasangan kit model litar siri dan juga litar selari. Subjek kajian menepati semua kriteria-kriteria item pemerhatian yang dikehendaki.

Temu bual subjek kajian memberikan jawapan yang positif terhadap semua soalan yang diajukan oleh penyelidik. Ini menunjukkan bahawa objektif pengkaji tercapai kerana subjek kajian faham mengenai litar siri dan juga litar selari.

Kesimpulan Hasil daripada penyelidikan tindakan ini dapat dirumuskan bahawa kefahaman subjek kajian mengenai bentuk litar dan bentuk litar skematik untuk litar siri dan litar selari dapat ditingkatkan mnenerusi kaedah amali. Selain itu kaedah amali member kesan yang positif kepada subjek kajian di dalam menterjemahkan bentuk kefahaman mereka mengenai bentuk litar kepada lukisan skematik litar untuk litar siri dan litar selari.

KekuatanMurid dapat mengingat dan menguasai bentuk litar siri dan litar selari kerana murid melakukan sendiri amali. Oleh hal yang demikian daya ingatan murid menajdi lebih kuat. Terbukti kaedah amali berkesan bagi mengajar topik ini.

Kelemahan

Limitasi kajian

Tinjauan literatur 3Tajuk

Kaedah analogi membantu meningkatkan kefahaman pelajar tahun 5 terhadap fungsi komponen elektronik.

Penulis Akmal Bin Mat Kesumin

Tahun diterbitkan 2011

Sumber Kajian tindakan

Masalah Murid tidak memahami fungsi setiap komponen elektronik.

Murid tidak mengingati fungsi setiap komponen elektronik.

Tujuan / objektif Kajian ini dijalankan adalah untuk: Mengenalpasti tahap kefahaman murid-murid terhadap fungsi komponen elektronik dengan menggunakan kaedah analogi berbanding kaedah konvensional.

Menggunakan kaedah analogi bagi membantu murid-murid memahami fungsi komponen elektronik.

Hipotesis

Metadologi Analogi Pemerhatian

Soal selidik

Temubual

Ujian lisan

Penerangan tentang subjek lain

Hasil dapatan Ujian lisan murid dapat memberikan jawapan yang lebih tepat, betul dan lengkap jika dibandingkan dengan jawapan sebelum kajian dijalankan.Soal selidik kesemua murid menyokong dan menyatakan bahawa mereka lebih mudah memahami apa yang diajar oleh guru dengan membuat perbandingan dengan sesuatu perkara yang lain(analogi).

Pemerhatian kaedah analogi banyak membantu murid-murid untuk memahami fungsi komponen elektronik dan seterusnya menunjukkan peningkatan positif terhadap diri mereka sendiri mahupun terhadap tahap kefahaman mereka.

Temu bual kaedah analogi yang digunakan amat membantu murid-murid dalam memahami fungsi setiap komponen elektronik dan proses pemahaman menjadi lebih mudah.

Kesimpulan Kajian ini dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid dalam meningkatkan kefahaman murid terhadap fungsi setiap komponen elektronik. Kajian yang dijalankan ini secara tidak langsung telah memberi satu alternatif baru kepada murid-murid bagi membantu mereka memahami dan seterusnya menyelesaikan soalan-soalan yang diberikan. Ini secara tidak langsung memberikan kesan positif terhadap amalan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

Kekuatan

Kelemahan

Limitasi kajian

Tinjauan literatur 4Tajuk

Penggunaan blok penyambungan dan kaki LED berwarna bagi meningkatkan kefahaman murid mengenai konsep membuat penyambungan litar elektronik.

Penulis Ali salihin bin alias

Tahun diterbitkan 2011

Sumber Kajian tindakan

Masalah Murid salah meletakkan kutub komponen elektrik dan elektronik pada bongkah penyambungan. Murid tidak dapat mengesan kekutuban diod pemancar cahaya.

Tujuan / objektif Murid dapat membuat penyambungan litar elektronik dengan mudah dengan menggunakan teknik warna pada bongkah penyambungan. Teknik pengajaran menggunakan bongkah penyambungan berwarna lebih menarik berbanding bongkah penyambungan biasa (tidak berwarna).

Murid dapat memasang litar elektronik dalam masa yang ditetapkan.

Hipotesis

Metadologi Pemerhatian Ujian

Soal selidik

Soalan terbuka

Penerangan tentang subjek lain

Hasil dapatan Pemerhatian murid dapat membuat amali penyambungan litar secara bekerjasama dan tidak meniru rakan lain setelah kajian dijalankan ke atas mereka.Ujian semua kumpulan mendapat seratus markah pada ujian selepas tindakan berbanding dengan ujian sebelum tindakan. Ini menunjukkan bahawa murid sudah memahami konsep penyambungan litar elektronik yang diberikan.Soal selidik didapati kesemua subjek kajian bersetuju dengan penyataan yang ditulis di dalam borang soal selidik. Semua subjek kajian bersetuju bahawa pengajaran dan pembelajaran menggunakan bonkah penyambungan dan kaki LED berwarna lebih mudah difahami dan sangat menarik.

Soalan terbuka tiada subjek kajian yang menganggap penyambungan litar menggunakan bongkah berwarna adalah sukar. Ini menunjukkan bahawa objektif kajian tercapai.

Kesimpulan Hasil daripada kajian yang telah dilaksanakan ini menunjukkan teknik warna pada bongkah penyambungan dan kaki LED dapat emningkatkan kefahaman subjek kajian mengenai konsep penyambungan bagi sesebuah litar elektronik. Jika sebelum ini iaitu membuat penyambungan dengan menggunakan bongkah penyambungan dan kaki LED biasa, subjek kajian sering tersalah letak posisi kaki LED pada bongkah penyambungan. Ini menyebabkan litar tidak berfungsi. Masalah lain yang biasa dilakukan oleh subjek kajian ialah tidak mengetahui tempat yang betul bagi alat dan komponen elektrik pada litar elektronik. Apabila menggunakan teknik warna pada bongkah penyambungan dan kaki LED, di dapati tiada masalah bagi subjek kajian untuk membuat penyambungan litar elektronik.

KekuatanMurid dapat mengecam dan mengingat dengan lebih mudah kerana menggunakan warna.

KelemahanMurid tidak dapat membuat penyambungan litar jika diberikan bongkah penyambungan yang tidak berwarna kerana murid tidak dapat mengecam cara penyambungan litar jika tiada bongkah berwarna. Ini menunjukkan murid masih keliru dengan kekutuban kaki LED dan juga penyambungannya.

Limitasi kajian

Tinjauan literatur 5Tajuk

Keberkesanan kaedah demonstrasi dalam kuliah secara interaktif bagi topik keelektrikan dalam pengajaran dan pembelajaran fizik.

Penulis Mohd zaid bin tusof.

Tahun diterbitkan 2003

Sumber Jurnal

MasalahPermasalahan kajian adalah : adakah pembelajaran dengan kaedah demonstrasi dalam kuliah secara interaktif (ILD) akan menghasilkan pencapaian yang lebih baik dalam matapelajaran fizik ?

adalakah pembelajaran fizik menggunakan kaedah ILD akan menghasilkan pelajar yang lebih memahami konsep fizik?

Tujuan / objektif Kajian dijalankan untuk melihat dan menilai beberapa perkara : untuk melihat perubahan pencapaian akademik oleh pelajar yang mengikuti kelas pengajaran dan pembelajaran fizik dengan menggunakan kaedah ILD. Untuk melihat penguasaan konsep, pengajaran dan pembelajaran fizik setelah pelajar mengikuti kelas fizik dengan menggunakan kaedah ILD.

Untuk memperbetulkan miskonsepsi pelajar dalam pembelajaran fizik.

Hipotesis Beberapa hipotesis nul telah dibentuk :HO : tiada peningkatan pencapaian dalam skor ujian fizik dikalangan pelajar yang di ajar dengan menggunakan kaedah ILD.

HO : tiada perbezaan terhadap tahap penguasaan konsep dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar yang diajar dengan menggunakan kaedah ILD.

Metadologi Ujian

Penerangan tentang subjek lain

Hasil dapatan Peningkatan markah murid di dalam ujian pra dan juga ujian pos. Ini menunjukkan murid lebih memahami konsep fizik yang diajar apabila menggunakan kaedah ILD.

Kesimpulan Pelajar yang mengikuti pembelajaran matapelajaran fizik untuk tajuk elektrik telah memahami konsep selepas mempelajari fizik dengan menggunakan kaedah ILD. Pelajar juga dapat memahami konsep tersebut seterusnya membaiki konsep yang salah (miskonsepsi) yang telah terdapat di dalam minda mereka dan menerima konsep yang betul.

Kekuatan

Kelemahan

Limitasi kajianDijalankan ke atas pelajar-pelajar semester empat pengajian pendidikan sains pengkhususan matapelajaran fizik yang sedang mengikuti kuliah keelektrikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Seramai 90 orang pelajar dipilih secara rawak sebagai sampel.