134-petua-dakwah-buat-pemuda-islam.pdf

4
Petua Dakwah Buat Pemuda Islam Wednesday, 15 July 2009 22:31 Mengapa anda, seorang pemuda Islam, perlu membantu rakan-rakan untuk mengenali dan mendekati Allah? Mana tidaknya, anda sendiri pun sudah mempunyai banyak masalah sendiri untuk difikirkan: perlu menerangkan mengapa orang Islam diwajibkan solat, diskriminasi terhadap Hijab, mempertahankan Islam apabila Profesor anda menyerangnya, berhadapan denga ibubapa yang marah apabila anda mula menyimpan janggut dan pelbagai lagi dugaan dan kepayahan yang terpaksa dihadapi oleh pemuda Islam yang cuba mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Islam bukan agama yang individulistik, yang dikhaskan buat mereka yang tertentu sahaja. Seorang Muslim mempunyai tanggungjawab untuk menyebarkan Deen ini, dan pemuda, samada yang baru mula memahami dan mengamalkan Islam, aktivis atau pemimpin memainkan peranan yang penting. “Allah telah meletakkan mereka pada satu kedudukan di mana tiada orang lain yang berada di kedudukan tersebut”, kata Sheema Khan, bekas penasihat Muslim Youth of North America bagi Kanada Timur. "Mereka mempunyai pelbagai cara untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan, mereka memahami apa yang pemuda lain lalui dan mereka juga mendapat petunjuk Islam." Jangan panik. Berikut adalah petua dan nasihat daripada para pemuda Muslim yang pernah berda’wah dan berjaya melakukannya: Petua 1: Ikhlaskan Niat Setiap perkara yang kita lakukan mestilah kerana Allah. Itu termasuklah tugas mengajak kepada Allah (berda’wah). Ini bermakna anda tidak boleh sombong dan meninggi diri kerana memikirkan bahawa anda adalah guru dan penyelamat dan orang lain harus bersyukur kerana anda telah memilih untuk melakukan misi menyelamatkan mereka.Hidayah dan petunjuk itu dari Allah. Berdoalah dan lakukan semuanya kerana Allah. Ingat bahawa Allah boleh menyesatkan dan memesongkan anda jika Dia mahu (sama-sama kita mohon perlindungan daripada Allah) Petua 2: Amalkan Apa Yang Anda Sampaikan Tidak mengamalkan apa yang disampaikan adalah satu kesalahan. Orang akan hilang kepercayaan terhadap anda apabila mereka mengetahuinya. Allah telah banyak kali berpesan di dalam Al-Quran:” Mengapa kamu katakan apa yang tidak kamu lakukan?’ 1 / 4

Upload: nawawi-abd-kadir

Post on 22-Dec-2015

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 134-petua-dakwah-buat-pemuda-islam.pdf

Petua Dakwah Buat Pemuda IslamWednesday, 15 July 2009 22:31

Mengapa anda, seorang pemuda Islam, perlu membantu rakan-rakan untuk mengenali danmendekati Allah? Mana tidaknya, anda sendiri pun sudah mempunyai banyak masalah sendiriuntuk difikirkan: perlu menerangkan mengapa orang Islam diwajibkan solat, diskriminasiterhadap Hijab, mempertahankan Islam apabila Profesor anda menyerangnya, berhadapandenga ibubapa yang marah apabila anda mula menyimpan janggut dan pelbagai lagi dugaandan kepayahan yang terpaksa dihadapi oleh pemuda Islam yang cuba mengamalkan ajaranIslam yang sebenar.

Islam bukan agama yang individulistik, yang dikhaskan buat mereka yang tertentu sahaja.Seorang Muslim mempunyai tanggungjawab untuk menyebarkan Deen ini, dan pemuda,samada yang baru mula memahami dan mengamalkan Islam, aktivis atau pemimpinmemainkan peranan yang penting.

“Allah telah meletakkan mereka pada satu kedudukan di mana tiada orang lain yang berada dikedudukan tersebut”, kata Sheema Khan, bekas penasihat Muslim Youth of North America bagiKanada Timur.

"Mereka mempunyai pelbagai cara untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan, merekamemahami apa yang pemuda lain lalui dan mereka juga mendapat petunjuk Islam."

Jangan panik. Berikut adalah petua dan nasihat daripada para pemuda Muslim yang pernahberda’wah dan berjaya melakukannya:

Petua 1: Ikhlaskan NiatSetiap perkara yang kita lakukan mestilah kerana Allah. Itu termasuklah tugas mengajakkepada Allah (berda’wah). Ini bermakna anda tidak boleh sombong dan meninggi diri keranamemikirkan bahawa anda adalah guru dan penyelamat dan orang lain harus bersyukur keranaanda telah memilih untuk melakukan misi menyelamatkan mereka.Hidayah dan petunjuk itu dariAllah. Berdoalah dan lakukan semuanya kerana Allah. Ingat bahawa Allah boleh menyesatkandan memesongkan anda jika Dia mahu (sama-sama kita mohon perlindungan daripada Allah)

Petua 2: Amalkan Apa Yang Anda SampaikanTidak mengamalkan apa yang disampaikan adalah satu kesalahan. Orang akan hilangkepercayaan terhadap anda apabila mereka mengetahuinya. Allah telah banyak kali berpesandi dalam Al-Quran:” Mengapa kamu katakan apa yang tidak kamu lakukan?’

1 / 4

Page 2: 134-petua-dakwah-buat-pemuda-islam.pdf

Petua Dakwah Buat Pemuda IslamWednesday, 15 July 2009 22:31

Petua 3: Guna Al-Quran dan Sirah sebagai Rujukan Da’wah.Baca dan faham ayat-ayat Al-Qu’ran yang mengisahkan tentang cara Da’wah para Nabi. BacaSirah untuk melihat bagaimana Nabi Muhammad s.a.w berda’wah kepada pelbagai jenismanusia termasuk golongan pemuda.

Sebagai tambahan, belajar daripada para penda’wah dan baca buku-buku yang ditulis olehmereka seperti buku oleh Yahiya Emerick yang berjudul "How to Tell Others About Islam".

Petua 4: Bercakaplah Dengan Manusia Seolah-olah Anda Tidak Mengenali Mereka.Jangan sangka anda kenal seseorang hanya dengan melihatnya. Anda tidak tahu jika andaboleh berbincang tentang Islam dengan remaja perempuan yang berjalan di koridor sekolahseperti ia pentas catwalk. Anda tidak boleh melabel  lelaki Muslim yang anda tidak pernahnampak di masjid sewaktu solat Jumaat sebagai seorang “Muslim yang Teruk” kerana mungkindia tidak pernah diajar tentang Islam dan tidak tahu kepentingan solat Jumaat bagi lelaki.

Petua 5: SenyumTahukah anda bahawa Nabi Muhammad saw sentiasa menguntumkan senyuman? Sayingsekali bahawa Muslim pada hari ini lokek dengan senyuman malah ramai yang sentiasaberwajah serius.

Senyum,beramah-mesra dan berbuat baik adalah tingkahlaku Nabi yang kita perlu amalkandalam hidup seharian. Jika kita mahu mengajak kepada Islam, kita mestilah menjadikan dirimudah didekati oleh orang lain. Senyuman merupakan kunci utama.

Walaubagaimanapun, berhati-hati kerana membiarkan diri mudah didekati tidak bermaksud kitaharus bermesra dengan jantina yang berlainan jenis.Islam menyediakan garis panduan yanglengkap untuk pergaulan antara lelaki dan wanita. Da’wah tidak boleh dijadikan alas an untukmengadakan perbincangan berdua-duaan antara lelaki dan wanita. Cuba adakan satu sistem dimana seseorang yang berminat dengan Islam dirujuk pada orang yang sama jantinadengannya.

Petua 6: Ambil Langkah Pertama dan Bergaul Dengan Mereka.Ambil langkah pertama untul mengajak seseorang yang anda baru kenal untuk makanbersama, menonton perlawan hoki bersama-sama atau menjemputnya berbuka puasa bersamapada bulan Ramadhan. Di samping itu berkongsi dengannya perasaan gembira, sedih, dansusah. Bantunya menyiapkan kerja sekolah, jadilah tempat dia meluahkan perasaan apabila diamenghadapi masalah, bincang masalah yang anda sama-sama hadapi dan simpan rahsianya.Walaubagaimanapun jika masalah itu sesuatu yang serius contohnya rakan anda mahumembunuh diri atau menghisap dadah cepat-cepat laporkan pada orang dewasa yang lebih arifdan boleh membantu.

Petua 7: Tunjukkan Bahawa Islam Masih Relevan pada Zaman Ini.Mungkin ada golongan muda yang merasakan bahawa Islam sudah lapok dan ketinggalanzaman malah tidak sesuai untuk diamalkan pada zaman moden. Buktikan sangkaan merekasalah. Tunjukkan bahawa ajaran Islam mengutamakan hubungan dengan Allah dan ini bolehdilakukan oleh sesiapa sahaja , pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Allah lebih

2 / 4

Page 3: 134-petua-dakwah-buat-pemuda-islam.pdf

Petua Dakwah Buat Pemuda IslamWednesday, 15 July 2009 22:31

dekat dengan anda berbanding urat nadi anda sendiri. Allah Maha Mendengar dan MahaMengetahui segala yang ada di langit dan di bumi. Galakkan rakan-rakan memohonpertolongan dan bantuan Allah sewaktu menduduki ujian dan peperiksaan dan sewaktumenghadapi masalah. Di samping itu tunjukkan bagaimana Islam mengambil berat tentangremaja dan pemuda: Islam menyediakan fokus dan kefahaman yang jelas tentang diri anda danhala tuju anda.

Petua 8: Ajak Rakan-rakan Menyertai Aktiviti Sukarela Bersama AndaJika anda terlibat dengan aktiviti berkomuniti, ajak rakan-rakan anda untuk turut serta. Mintamereka membuat iklan untuk aktiviti remaja atau memikirkan aktiviti-aktiviti yang sesuai untukdiadakan pada waktu cuti sekolah. Penglibatan sebegini akan membuat mereka rasa bahawamereka sebahagian dari komuniti Islam dan akan merapatkan silaturahim kerana anda bekerjabersama. Pastikan anda mengucapkan terima kasih atas sumbangan mereka.

Petua 9: Tanya Mereka 4 Soalan Asas.Semakin anda rapat dengan rakan-rakan, anda akan sedar bahawa perkara-perkara yangdibincangkan semakin serius dan lebih mendalam. Anda mungkin berbincang tentang matlamatdan perancangan hidup pada masa akan datang. Khan mencadangkan 4 soalan yang bolehmemandu perbincangan anda kepada perbincangan tentang Allah dan Islam:

i) Ke mana arah tuju hidup saya dan perkara apa yang akan memberi kebahagiaan pada dirisaya?ii) Apakah yang saya percaya?iii) Kepada siapa harus saya bersyukur dan berterima kasih?iv) Adakah saya dapat sampai ke tahap sekarang tanpa bantuan daripada sesiapa pun?

Petua 10: Beri Penekanan Kepada Solat 5 Waktu Sehari Sebelum Memberi PenekananKepada Aspek-aspek Lain.Medium perhubungan utama seorang hamba dengan Allah padasetiap hari adalah melalui solat lima waktu sehari. Jangan menekankan tentang aspek-aspeklain dalam Islam sehingga rakan anda sudah benar-benar berusaha menjaga solat lima waktusehari. Tekankan hubungan terus dengan Allah dalam solat tanpa sebarang perantaraan. Jikamereka menghadapi masalah, galakkan mereka solat dan memohon bantuan Allah dalamSolat. Jika boleh, ajak rakan anda solat berjemaah sewaktu anda bersama dengannya. Apabilarakan anda sudah mula Solat, ia merupakan langlah pertama kepada aspek-aspek lain sepertimenghormati ibubapa, menutup aurat dan berhenti bercakap perkara yang tidak berfaedah.

Petua 11: Bantu Mereka Percaya Pada Orang DewasaOrang dewasa seperti bapa Bart Simpson, Homer dalam kartun bersiri “The Simpsons” selalumenjadi bahan gelak ketawa remaja hari ini kerana dianggap bodoh. Tugas anda adalah untukmembuang persepsi buruk remaja terhadap orang dewasa dan menanamkan perasaan hormatpada mereka. Apa yang anda perlu lakukan: Setiap kali seorang Muslim dewasa melakukansuatu kebaikan (seperti menyelamatkan nyawa seseorang, menderma pada jalan Allah,menjaga keluarganya dengan baik) sebutkan dalam perbualan anda dengan rakan-rakan danpuji perbuatan orang dewasa tersebut. Hal ini bukan sahaja boleh mengubah pandangn rakananda terhadap orang dewasa malah boleh menggalakkan mereka lebih menghormati danmenghargai ibubapa.

3 / 4

Page 4: 134-petua-dakwah-buat-pemuda-islam.pdf

Petua Dakwah Buat Pemuda IslamWednesday, 15 July 2009 22:31

Petua 12: Teruskan Menyokong MerekaIngat, hanya kerana seseorang sudah mula rajin dan istiqamah dalam melaksanakan ajaranIslam, hal ini tidak semestinya sentiasa lancar. Mungkin akan tiba masanya dia akanmenghadapi kesusahan dan kepayahan. Akan ada masanya rakan anda ragu-ragu terhadapapa yang diamalkannya. Pastikan anda di sisinya untuk terus memberi galakan dan sokongan.

Wallahua’lam. Mohd Razali MaarofKetua Biro Latihan HALUAN Pusat

4 / 4